PENAKSIRAN HEMOGLOBIN Penaksiran Hemoglobin Menggunakan Kuprum Sulfat Peralatan yang diperlukan: A. Radas : lanset pakai buang, swab alkohol, mikropipet, tips B. Reagen : larutan kuprum sulfat Objektif: Menganggar paras hemoglobin penderma secara semikuantitatif, iaitu melebihi 12.5 g/dl atau kurang dari 12.5 g/dl. Prosedur: 1. Jari manis penderma dibersihkan dengan swab alkohol dan jari manis penderma dicucuk dengan menggunakan lancet pakai buang. 2. Titisan darah pertama yang keluar dari jari yang dicucuk dilap. 3. Dengan menggunakan mikropipet dan tips, 50 L darah kapilari penderma μ diambil dan darah tersebut dimasukkan ke dalam bekas berisi larutan kuprum sulfat. 4. Titisan darah yang dimasukkan ke dalam larutan kuprum sulfat diperhatikan. Keputusan: Sekiranya titisan darah penderma tenggelam di dasar bekas larutan kuprum sulfat dalam masa kurang dari 10 saat, paras hemoglobin dianggarkan melebihi 12.5 g/dl. Namun sekiranya titisan darah timbul atau berada di pertengahan larutan, maka paras hemoglobin dianggarkan kurang dari 12.5 g/dl. PENYEDIAAN AMPAIAN SEL A, B DAN O UNTUK PENGUMPULAN ABO SERUM
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
PENAKSIRAN HEMOGLOBIN
Penaksiran Hemoglobin Menggunakan Kuprum Sulfat
Peralatan yang diperlukan:
A. Radas : lanset pakai buang, swab alkohol, mikropipet, tips
B. Reagen : larutan kuprum sulfat
Objektif:
Menganggar paras hemoglobin penderma secara semikuantitatif, iaitu melebihi 12.5 g/dl atau
kurang dari 12.5 g/dl.
Prosedur:
1. Jari manis penderma dibersihkan dengan swab alkohol dan jari manis penderma dicucuk
dengan menggunakan lancet pakai buang.
2. Titisan darah pertama yang keluar dari jari yang dicucuk dilap.
3. Dengan menggunakan mikropipet dan tips, 50μL darah kapilari penderma diambil dan
darah tersebut dimasukkan ke dalam bekas berisi larutan kuprum sulfat.
4. Titisan darah yang dimasukkan ke dalam larutan kuprum sulfat diperhatikan.
Keputusan:
Sekiranya titisan darah penderma tenggelam di dasar bekas larutan kuprum sulfat dalam masa
kurang dari 10 saat, paras hemoglobin dianggarkan melebihi 12.5 g/dl. Namun sekiranya titisan
darah timbul atau berada di pertengahan larutan, maka paras hemoglobin dianggarkan kurang
dari 12.5 g/dl.
PENYEDIAAN AMPAIAN SEL A, B DAN O UNTUK PENGUMPULAN ABO SERUM
Penyediaan Ampaian Sel A, B, Dan O Untuk Pengumpulan ABO Serum
Peralatan atau bahan yang diperlukan:
A. Radas : serofuge, tabung uji 10x75mm, pipet pasteur
B. Reagen : sel A, B dan O yang diketahui, salin normal
Objektif:
Memastikan penyediaan ampaian sel A, B dan O boleh dipercayai dan mengurangkan
kesilapan.
Prosedur:
1. Pilih sel A, B dan O yang diketahui di mana tiada hemolisis atau kekeruhan pada
supernatan melalui pemerhatian secara kasar dan negatif bagi semua penyaringan
virologi.
2. Tiga tabung uji dilabel sebagai A, B dan O dan 1 ml sel padat ditambah.
3. Sel dicuci dalam setiap tiub dengan salin normal sebanyak tiga kali. Cara mencuci sel
adalah dengan sebatikan sel padat dengan salin normal dan diempar pada kelajuan 3000
selama 50 saat.
4. Tiga tabung uji baru dilabelkan dan labelkan dengan A, B dan O dan tambahkan setitik sel
darah padat dengan 19 titik salin normal untuk menghasilkan ampaian sel 5%.
MENGUJI ANTISERA ABO & RH (D) DENGAN ‘KNOWN CELLS’
Menguji antisera ABO & Rh (D) dengan ‘Known Cells’
Bahan dan Radas
1. Jubin
2. Kayu aplikator
3. Tiub
4. Pipet
5. pengempar
Reagen
1. Darah ‘Known Cells’
2. Antisera A
3. Antisera B
4. Antisera AB
5. Antigen D
Prinsip ujian
Prosedur ini telah dicadangkan bagi kegunaan reagen tersebut yang bertujuan untuk mengesan
agglutinasi langsung yang terhasil daripada sel darah merah dimana sel ini membawa antigen
yang spesifik dan juga kehadiran antibodi yang spesifik.
Kaedah ujian(Teknik Jubin)
1. Sediakan darah( known cells ) yang telah dikenalpasti kumpulan darahnya.
2. Titiskan 1 titik darah ‘known cells’ keatas jubin mengikut ruangan kumpulan iaitu A, B,
AB dan Anti-D.
3. Keluarkan antisera A, B, AB dan Anti-D.
4. Titiskan 1 titik bagi setiap antisera dan antigen D pada ruangan kumpulan tersebut.
5. Calitkan darah tersebut menggunakan kayu aplikator serta goyangkan jubin.
6. Perhatikan agglutinasi yang terhasil.
7. Catatkan pemerhatian.
Kaedah ujian(Teknik Tiub)
1. Sediakan darah(known cells) yang telah dikenalpasti kumpulan darahnya.
2. Sediakan 3 tiub yang berlabel darah A,B,AB dan anti-D.
3. Titiskan 1 titik darah ke dalam tiub yang berlabel dengan menggunakan pipet.
4. Keluarkan antisera A, B AB dan Antigen D.
5. Titiskan 1 titik antisera kedalam tiub tersebut dengan menggunakan pipet.
6. Empar pada 3000rpm dalam masa 15 saat.
7. Perhatikan angglutinasi yang terhasil.
8. Catatkan pemerhatian.
Interpretasi ujian
Antisera
Kump.
Darah
Antisera A Antisera B Antisera AB Antigen D
A + - - +
B - + - +
O - - - +
AB + + + +
PENGUMPULAN ABO PENUH DAN RHESUS-D MENGGUNAKAN KAEDAH JUBIN
Pengumpulan ABO Penuh Dan Rhesus-D Menggunakan Kaedah Jubin
Peralatan yang diperlukan:
A. Radas : jubin, kayu aplikator, pipet pasteur
B. Reagen : anti-A, anti-B, anti-AB, anti-D, sel A, sel B, sel O
Prinsip:
Bagi pengumpulan ABO dan Rhesus D langsung, kehadiran aglutinasi sel darah merah dengan
antisera yang diketahui menentukan kehadiran antigen yang melekat pada permukaan sel
darah merah. Sekiranya terdapat aglutinasi pada sel darah yang diuji ini menunjukkan
kehadiran antigen tertentu dan menentukan kumpulan ABO dan Rhesus D sel darah tersebut,
sama ada A+, B+, AB+ atau O+. Kehadiran aglutinasi ini dikesan dengan menggunakan kaedah
jubin.
Manakala bagi pengumpulan ABO tidak langsung pula, tindak balas serum pesakit dengan
reagen sel yang diketahui akan menghasilkan aglutinasi yang akan menentukan kehadiran
antibodi di dalam serum. Ini kerana badan manusia menghasilkan antibodi terhadap antigen
yang tidak dimiliki oleh individu. Oleh itu kumpulan darah ABO ditentukan berdasarkan
kehadiran antibodi yang menunjukkan jenis antigen yang tiada dalam badan manusia.
Objektif:
Menentukan kumpulan darah ABO dan Rhesus D bagi sampel darah pesakit.
Prosedur:
1. Bahagian jubin yang telah dilabelkan dengan ANTI-A, ANTI-B, ANTI-AB, CELL A, CELL
B, CELL O dan ANTI- D digunakan.
2. Satu titik antisera (anti-A, anti-B, anti-AB dan anti-D) dititiskan ke atas jubin mengikut
labelnya.
3. Satu titik ampaian sel (sel A, sel B dan sel O) dititiskan ke atas jubin berdasarkan label.
4. Satu titik darah pesakit dititiskan bagi pengumpulan ABO langsung dan Rhesus D, dan
satu titis serum pesakit (pastikan sel darah dan serum adalah dari pesakit yang sama)
dititiskan bagi pengumpulan ABO tidak langsung.
5. Campuran sel dan antisera serta campuran serum dan reagen sel disebatikan dengan
kayu aplikator sehingga membentuk syiling 5 sen.
6. Aglutinasi yang terbentuk diperhatikan dan direkodkan.
Keputusan:
Kehadiran aglutinasi : positif
Tiada aglutinasi : negatif
Keputusan pengumpulan ABO dan Rhesus D (pengumpulan langsung sahaja) adalah
berdasarkan jadual berikut :
Anti A Anti B Anti AB Anti-D Sel A Sel B Sel O Kumpulan
darah
+ 0 + + 0 + 0 A+
0 + + + + 0 0 B+
0 0 0 + + + 0 O+
+ + + + 0 0 0 AB+
PENGUMPULAN ABO DAN RHESUS-D PENUH DENGAN KAEDAH TIUB
Pengumpulan ABO Dan Rhesus-D Kaedah Tiub
Peralatan yang diperlukan:
A. Radas : serofuge, tiub kaca (10 x 75mm), pipet pasteur, bikar, rak tabung uji.
B. Reagen : anti-A, anti-B, anti-D, sel A, B dan O yang diketahui, salin normal.
Spesimen:
Sampel darah yang telah beku atau darah yang disimpan dalam tiub EDTA.
Prinsip:
Aglutinasi langsung sel darah merah dengan reagen tertentu menentukan kehadiran antigen
tertentu. secara umumnya, tiada aglutinasi menunjukkan ketidakhadiran antigen tersebut.
Kumpulan ABO dan rhesus D ditentukan dari corak reaksi dengan reagen yang diuji (anti-A,
anti-B dan anti-AB serta anti-D). Serum kebanyakan individu berusia lebih dari enam bulan
menghasilkan antibodi terhadap antigen ABO yang tidak dimiliki oleh individu berkenaan.
Pengumpulan serum, menggunakan sel A1, B dan O digunakan untuk mengesahkan keputusan
pengumpulan ABO sel.
Skop ujian:
Prosedur ini digunakan untuk semua protokol ujian yang memerlukan pengumpulan ABO dan
rhesus D.
Keadaan berjaga-jaga:
1. Tindak balas negatif palsu atau lemah di luar jangkaan mungkin berlaku apabila sampel
darah dengan subkumpulan A atau B ataupun sel kord merah daripada bayi baru lahir.
Tindak balas seperti ini juga boleh berlaku dengan sel yang telah disimpan dalam jangka
masa lama.
2. Pemboleh ubah ujian seperti teknik yang tidak betul, pengemparan atau pengemparan
yang salah, alat radas kaca yang tidak dibersihkan dengan betul dan bahan
terkontaminasi boleh mengakibatkan keputusan negative palsu atau positif palsu.
3. Anomaliti serological boleh berlaku seterusnya menyebabkan tindak balas di luar
jangkaan atau kepincangan pengumpulan ABO langsung dan tidak langsung.
Prosedur:
A. Pengumpulan ABO dan Rhesus D langsung
1. Ampaian sel 3 hingga 5% disediakan dalam salin normal.
2. Satu titik anti-A, anti-B, anti-AB dan anti-D ditambah ke tiub yang telah dilabelkan.
3. Setitik ampaian sel ditambah ke dalam tiub dan disebatikan.
4. Dimparkan pada kelajuan 3000 rpm selama 15 saat. Setiap tiub digoncang untuk
diperiksa aglutinasi. Agglutinasi diredkan dan keputusan dilaporkan.
B. Pengumpulan ABO serum/tidak langsung
1. Setitik serum atau plasma dimasukkan ke dalam tiub yang telah dilabelkan.
2. Setitik ampaian 2% sel A1, B dan O ditambah ke dalam tiub berdasarkan label.
3. Disebatikan dan diempar pada 3400 rpm selama 15 saat. Setiap tiub untuk digoncang
dan diperiksa aglutinasi. Agglutinasi digredkan dan keputusan dilapor.
Keputusan:
Kehadiran aglutinasi : positif
Tiada aglutinasi : negatif
Keputusan pengumpulan ABO dan Rhesus D (pengumpulan langsung sahaja) adalah
berdasarkan jadual berikut :
Anti A Anti B Anti AB Anti-D Sel A Sel B Sel O Kumpulan
darah
+ 0 + + 0 + 0 A+
0 + + + + 0 0 B+
0 0 0 + + + 0 O+
+ + + + 0 0 0 AB+
PENYEDIAAN COOMB’S CONTROL CELL (CCC)
Penyediaan Coomb’s Control Cell (CCC)
Peralatan yang diperlukan :
A. Radas : Tiub, Pipet, Inkubator, Pengempar
B. Reagen : Normal Saline, AHG
Spesimen :
Sel darah merah O yang kuat
Prinsip :
Sel darah merah yang tersensitasi dengan serum globulin adalah digunakan sebagai kontrol
positif untuk menguji fungsi AHG. Ia mengandungi IgG yang mana akan bertindak balas dengan
AHG(mengandungi Anti-IgG). Anti-IgG di dalam AHG akan mengikat molekul IgG seterusnya
membentuk agglutinasi.
Prosedur :
1. Tandakan 1 tabung uji (10x75mm) ‘CCC’ dan masukkan 19 titik larutan salin.
2. Masukkan 1 titik Anti-D (cairan 1/20) dan sebatikan.
3. Tambahkan 4 titik SDM padat dari kumpulan O Rh(D) positif ke dalam tabung uji dan
sebatikan dengan sempurna.
4. Eramkan tabung uji pada suhu 37°C selama 15 – 30 minit.
5. Basuh sel-sel 3 – 4 kali dengan larutan salin. Pastikan setiap pembasuhan dilakukan
dengan sempurna.
6. Buangkan semua larutan saline dengan sempurna pada pembasuhan yang terakhir.
7. Sediakan cairan 1/10 ‘CCC’ dengan memasukkan 36 titik larutan salin ke dalam tabung uji.
(Sebanyak 4 titik SDM padat telah dimasukkan ke dalam tabung uji ini semasa permulaan
ujian).
8. Uji ‘CCC’ yang disediakan dengan reagen AHG. Ia seharusnya memberikan reaksi
agglutinasi positif 2+.
9. ‘Coomb’s Control Cell’ ini boleh digunakan untuk beberapa hari jika ia disimpan pada 4°C.
(Jika sel-sel diampaikan di dalam larutan ‘Alserver’s ia boleh disimpan hampir sebulan pada
suhu 4°C.)
Interpretasi ujian
A. 4+ = agglutinasi yang sangat banyak
B. 3+ = agglutinasi yang banyak
C. 2+ = agglutinasi sederhana banyak
D. 1+ = agglutinasi sedekit
E. 0+ = tiada pembentukan agglutinasi
UJIAN KESERASIAN DARAH (CROSSMATCHING)
Ujian Keserasian Darah
Pengenalan:
Ujian keserasian darah terbahagi kepada dua jenis berdasarkan prinsipnya, iaitu :
1. Ujian keserasian darah major : serum pesakit diuji dengan sel darah penderma bagi
menentukan keserasiannya. Ujian keserasian major merupakan jenis ujian keserasian
darah yang dijalankan di Unit Tabung Darah Hospital Queen Elizabeth.
2. Ujian keserasian darah minor : sel darah pesakit diuji dengan serum penderma bagi