PJM 3106 Anatomi Dan Fisiologi
Tajuk Amali Minggu 10Melukis dan melabel komposisi
darah.Menjawab quiz.Melakukan aktiviti senaman dan mengira kadar
nadi sebelum, semasa dan selepas senaman.Mengira kadar nadi
latihan.(Formula Karnoven).
Ahli kumpulan:(L1)Tan Yong Jie Low Yew Min Pang KhorniePJM
3106Anatomi Dan FisiologiSerumPlasmaLeukositEritrositDarah
ManusiaPlasma/Serum 55%Sel-sel Darah
45%Air(92%)Protein(7%)Lain-Lain(1%)Platlet(4.8%)Sel Darah
Putih(0.1%)Sel Darah Merah(95.1%)Komposisi Darah ManusiaDarah
ManusiaPlasma(55%)Sel-sel
Darah(45%)Plasma(55%)SerumFibrinogenMengandungi air, protein,
glukosa, lipid, garam, vitamin, enzim dan urea.Membantu dalam
pembekuan darah.
Sel-sel Darah (45%)Platlet2.5 juta mm darahTerdiri daripada
serpihan kecilTerbentuk daripada sitoplasma sel besar
(megakariosit) tanpa nukleus Berasal daripada sum-sum tulang.Fungsi
membekukan darah.
Eritosit5 juta mm darahTanpa nukleus, dwicekung, saiz tetap,
berhemoglobinBerasal daripada sum-sum tulangFungsi : mengangkut
oksigen
8 m1 m2 mLeukosit8000 mm darahBernukleus, tiada bentuk tetap,
berhemoglobinFungsi : sistem pertahanan badan.Jenisnya :
GranulositSitoplasma berganulNukleus berbentuk
cupingAgranulositSitoplasma tidak bergranulNukleus besar.
Sel Darah Merah(Eritosit)
Sel darah merah atau eritosit (sekitar 99%). Sel Darah merah
tidak mempunyai nukleus sel dan organelle.S.D.M mengandungi
hemoglobin, berfungsi untuk mengedarkan oksigen. S.D.M
bertanggungjawab bagi sistem jenis darah.
Terdapat lebih kurang 5 juta jumlah eritosit untuk setiap
milimeter padu eritosit (mm3).Berbentuk dwicekung dan bersaiz
tetap.Berasal daripada tulang sumsum.
Platlet(Thrombokytes)
Platlet, iaitu (0.6-1.0%), bertanggungjawab untuk pembekuan
darah.Terdiri daripada serpihan kecil.Terbentuk daripada sitoplasma
sel besar (megakariosit).Berasal daripada sum-sum tulang.Terdapat
lebih kurang 2.5 juta jumlah Platlet untuk setiap milimeter padu
Platlet (mm3).
Sel Darah Putih(Leukosit)
Sel darah putih atau leukosit(0.2%).Sebahagian daripada sistem
imunisasi. Bertugas untuk memusnahkan agen jangkitan(sistem
pertahanan tubuh).
Mempunyai nukleus Tidak mempunyai bentuk yang tetap dan
berhemoglobin.Terdapat lebih kurang 8000 jumlah sel darah putih
untuk setiap milimeter padu darah putih (mm3).
16Sistem homeostasisSistem pengangkutan1. Darah sebagai sistem
pengangkutan bahan makanan tercernaMakanan tercerna yang diserap
diangkut ke seluruh tubuh untuk digunakan atau disimpan.Makanan
utama yang diangkut adalah glukosa, garam mineral, asid lemak,
gliserol, dan asid amino. Asid lemak dan gliserol juga diangkut
dalam sistem limfa tubuh.2. Darah sebagai sistem pengangkutan gas
respirasi1. Oksigen meresap ke dalam permukaan respirasi alveolus
dan ke dalam kapilari darah untuk bergabung dengan hemoglobin
eritrosit lalu menghasilkan oksihemoglobin.Oksihemoglobin diedarkan
ke seluruh tubuh dan akan mengurai untuk membebaskan oksigen kepada
sel-sel yang memerlukannya untuk respirasi sel.
Hemoglobin + Oksigen
peparuTisu ototOksihemoglobin20Karbon dioksida yang terbebas
akan melarut dalam plasma darah untuk membentuk asid karbonik,
natrium karbonat, dan kalium bikarbonat.Sebahagian kecil karbon
dioksida juga akan bergabung dengan hemoglobin dalam eritrosit dan
diangkut ke peparu untuk disingkirkan.3. Darah sebagai sistem
pengangkutan air.Darah berfungsi dalam pengangkutan air yang
membentuk 70 % daripada komposisi sel hidup, ke seluruh badan.Air
ialah pelarut dan bahantara untuk kesemua tindak balas kimia yang
berlaku dalam tubuh manusia.4. Darah sebagai sistem pengangkutan
bahan kumuhBahan-bahan kumuh diangkut dalam darah ke ginjal,
peparu, atau kulit untuk disingkirkan.Bahan-bahan kumuh yang utama
ialah urea dan karbon doksida.Urea dihasilkan dalam hati, iaitu
hasil daripada proses pendeaminan asid-asid amino berlebihan yang
terdapat dalam protein makanan.5. Darah sebagai sistem pengangkutan
hormon.Hormon ialah bahan-bahan organik yang dihasilkan dalam
kelenjar endokrin dan diangkut dalam peredaran darah ke semua
bahagian tubuh tetapi rangsangannya hanya berkesan pada organ
sasaran sahaja.6. Darah sebagai sistem pengangkutan haba.Darah
memainkan peranan yang sangat penting dalam mengawal atur haba
tubuh.Haba yang dihasilkan dalam organ-organ yang menjalani kadar
respirasi yang tinggi(spt hati) akan diangkut ke kulit untuk
dibuangkan.Misalnya, darah yang meninggalkan hati mempunyai suhu
yang lebih tinggi (1 degree celcius lebih) daripada darah yang
memasuki hati.
Dengan mengawal kuantiti darah yang mengalir ke kulit, kuantiti
haba yang hilang dari badan dapat dikawal.Sistem PertahananSistem
pertahanan tubuh manusia:Reaksi keimunan bergantung kepada
usahasama beberapa jenis sel, organ, dan protein khusus yang
disebut antibodi.Asas fungsi keimunan: Kebolehan tubuh untuk
mengenali sel-sel dan molekul-molekul tubuh sendiri dan
membezakannya daripada sel-sel dan molekul-molekul organsima yang
menjangkiti badan.
Kebolehan pengenalan bergantung kepada perbezaan halus di antara
molekul-molekul besar seperti protein dengan karbohidrat setiap
organisma.Sesuatu virus atau bakteria mungkin mempunyai banyak
molekul besar yang tubuh kenal sebagai asing dan mengancam
kebajikannya.Sebarang molekul besar asing yang memasuki tubuh dan
berupaya untuk menghasilkan suatu reaksi keimunan dinamakan
antigen. Bahan yang biasa seperti debunga dan habuk juga boleh
menjadi antigen.Tubuh kita melindungi diri melalui dua
cara:Menggerakkan leukosit dan makrofaj yang akan menelan
penyerangnya.Menghasilkan antibodi yang akan bergabung dengan
antigen dan menyebankannya menjadi tidak berbahaya lagi.Reaksi
keimunan bergantung kepada tiga jenis sel:
FagositSel yang berupaya menelan bahan asing.Fagosit termasuk
leukosit berganul, monosit, dan makrofaj.Fagositosis:Leukosit atau
sel darah putih dalam saluran darah akan dengan aktifnya mencari,
menelan, dan mencernakan bakteria.LimfositPeranan limfosit sangat
kompleks. Walaupun sesuatu limfosit kelihatan seakan-akan sama
seperti limfosit yang lain, sebenarnya limfosit itu mungkin agak
berlainan secara kimia.Dianggarkan bahawa terdapat kira-kira 50,000
jenis limfosit yang berlainan untuk bertindak terhadap kehadiran
antigen yang berlainan dalam badan.Apabila sesuatu antigen memasuki
tubuh kita, hanya limfosit-limfosit yang berupaya secara kimia
untuk bertindak yang akan terlibat. Limfosit yang berkenaan akan
bergerak balas dalam dua cara:Sebahagian limfosit akan menjalani
mitosis untuk menghasilkan satu kumpulan sel yang serupa. Kumpulan
sel ini akan berpindah ke tempat jangkitan untuk memusnahkan
sel-sel asing.Sebahagian limfosit akan menjalani mitosis dan
menghasilkan satu populasi sel plasma yang mengeluarkan antibodi.
Sesetengah antibodi (opsonin) membalut bakteria untuk menyenangkan
penelanannya yang lebih cepat dan cekap oleh flagosit.Sesetengah
antibodi membalut mikroorganisma dan menjadikannya tidak
aktif.Sesetengah antibodi bergabung dengan toksin yang dihasilkan
oleh bakteria dan menyebabkan toksin itu menjadi tidak aktif.
Kira-kira 6 hari diperlukan oleh tubuh kita untuk menghasilkan
antibodi dalam kuantiti yang cukup untuk mengatasi serangan
antigen. Ini menjelaskan kenapa selsema biasanya mengambil masa
kira-kira seminggu untuk sembuh.Setelah antibodi untuk sesuatu
antigen dihasilkan, sebahagiannya akan tertinggal dalam tubuh kita
untuk berbulan-bulan atau bertahun-tahun lamanya.Tambahan lagi,
sel-sel plasma dan keturunannya yang telah dibentuk untuk satu-satu
antigen akan kekal untuk suatu masa yang panjang. Sel-sel ini
dinamakan sel memori kerana sel-sel ini dilengkapkan untuk
mengingat dan mengatasi antigen yang spesifik.Ini adalah sebabnya
kenapa kita biasanya tidak dijangkiti penyakit yang sama (spt cacar
atau campak) dua kali. Pengiraan Kadar Nadi Latihan.Melakukan
aktiviti senaman dan mengira kadar nadi sebelum, semasa dan selepas
senaman.Mengira kadar nadi latihan. (Formula Karnoven)Mengambil dan
mengukur tekanan darah (sistole dan diastole) ketika
rehat.Mengambil dan mengukur tekanan darah (sistole dan diastole)
selepas senaman.
Soalan 1:
Jenis AktivitiKadar nadi sebelumKadar nadi semasaKadar nadi
selepasArobikAnarobikSoalan 2:Formula karvonenKNL = KNR+% intensiti
latihan [KNM-KNR]
KNL kadar nadi latihanKNR kadar nadi rehat% intensiti latihan
(60% hingga 75%)KNM kadar nadi maksimumKNM = 220 - umur Contoh
pengiraan:Kirakan KNL seorang pelajar berumur 15 tahun dengan KNR
70 denyutan seminit dan intensiti latihan 60%.
KNL = KNR+% intensiti latihan [KNM-KNR] = 70 + 60/100 [(220-15)
70] = 70 + 3/5 [205 70] = 70 + 3/5 [135] = 70 + 81 = 151 denyutan
seminit untuk intensiti latihan 60%
Sesi Jawab SoalanSel-sel darah terdiri daipada?
Nyatakan fungsi sel platlet, eritosit dan leukosit.
Apakah jenis-jenis yang terdapat dalam leukosit?
JWP: Platlet, Leukosit, eritositJWP: membekukan darahJWP:
Granulosit, AgranulositGranulosit terdiri daripada?
Apakah formula pengiraan kadar nadi latihan?
Nyatakan kandungan yang terdapat dalam serum.
JWP: Air, protein, glukosa, lipid, garam, vitamin, enzim,
ureaSila nyatakan nama serta fungsi komposis darah di bawah.
Sel Darah MerahMengedarkan oksigen, bertanggungjawab bagi sistem
jenis darahPlatletPembekuan darah
Sel Darah PutihMemusnahkan agen jangkitanNyatakan 3 jenis fungsi
darah?
________ diedarkan ke seluruh badan dan akan mengurai untuk
membebaskan oksigen kepada sel-sel yang memerlukannya untuk
respirasi sel. .
________ yang dihasilkan dalam organ-organ yang menjalani kadar
respirasi yang tinggi akan diangkut ke kulit untuk dibuangkan.
JWP: Sistem homeostasis, sistem pertahanan, sistem
pengangkutanJWP: OksihemoglobinJWP: HabaReaksi keimunan bergantung
kepada usahasama beberapa jenis sel. Organ, dan protein khusus yang
disebut ___________.
Reaksi keimunan bergantung kepada ________, ______,
___________.
Sila nyatakan contoh sel yang menjalankan proses
fagositosis?
JWP: antibodiJWP: Fagosit, limfosit, sel-sel plasmaJWP: Leukosit
berganul, monosit, makrofaj