Page 1
1
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH
DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
RAR
lwn.
NHA
[Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Selangor. Kes Mal No: 10000-0041-0139-2017, Y.A
Dato’ Hj. Mukhyuddin bin Hj Ibrahim (Pengerusi), Y.A Tuan Hj. Saarani bin Ismail (Ahli
Panel), Y.A Prof. Adjung Dato’ Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar (Ahli Panel)]
[2 Muharram 1440H bersamaan 12 September 2018]
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 - Kebenaran Merayu
Mahkamah Rayuan Syariah - Sek. 67(2).
Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Selangor) 2003 - Permohonan Pengenepian
kerana ketidakaturan – Tuntutan dan Pembelaan Lisan – Prosiding Interlokutori - Sek 6 , 16 &
195.
Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 – Bantahan awal mahkamah sivil- Aturan 2 Kaedah 3
Fakta Kes
[1] Kes ini adalah Permohonan Interlokutori Bantahan Awal Pemohon untuk mendapatkan
satu perintah-perintah supaya :-
[i] Notis Rayuan bertarikh 27/10/2016 yang difailkan Responden menerusi Rayuan
No : 10000-017-0089-2017 dibatalkan menurut seksyen 5 dan/atau seksyen 6
dan/atau seksyen 244 dan/atau seksyen 245 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah
Syarian (Negeri Selangor) 2003;
[ii] Keseluruhan Rekod-rekod Rayuan dan Alasan Rayuan bertarikh 20/12/2017
dibuang menurut seksyen 239 dan/atau seksyen 5 dan/atau seksyen 6 dan/atau
seksyen 244 dan/atau seksyen 245 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah
(Negeri Selangor) 2003;
Page 2
2
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH
DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
[iii] Kos permohonan ini dibayar oleh Responden kepada Pemohon menurut seksyen
222 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003;
[iv] Lain-lain perintah atau relif yang difanggap adil dan suaimanfaat oleh
Mahkamah yang mulia ini.
[2] Bantahan Awal ini dibuat oleh pihak Pemohon terhadap kes rayuan pihak Responden
atas alasan ketakakuran prosedur. Rayuan pihak Responden adalah terhadap
keseluruhan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam yang dikeluarkan pada
19/10/2016 melalui Saman No.: 10000-017-0089-2016 yang memutuskan seperti
berikut:-
[i] Mahkamah meluluskan permohonan Plaintif berdasarkan peruntukan seksyen
122 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
[ii] Mahkamah mengisytiharkan bahawa asset dan harta berikut diisytiharkan
sebagai harta sepencarian pihak-pihak iaitu:-
a) Sebuah rumah banglo dua setengah 21/2 tingkat yang beralamat di No. 13,
Jalan Anggerik Vanda 31/167, Kota Kemuning, 40460 Shah Alam, Selangor
Darul Ehsan di bawah pegang No. Hakmilik : HSD 77977, No. PT 92089,
Mukim Klang, Daerah Klang, Negeri Selangor yang berdaftar atas nama
Defendan.
b) Sebuah rumah berkembar dua tingkat yang beralamat di No. 30, Jalan USJ
2/5h, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan di bawah pegangan No
Hakmilik: HSD 32684, PT 697, Mukim Damansara, Daerah Petaling, Negeri
Selangor yang berdaftar atas nama Plaintif.
c) Sebuah kereta BMW Model X51 A3.0L dengan nombor pendaftaran JR9999
yang didaftar atas nama Plaintif.
Page 3
3
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH
DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
[iii] Mahkamah memerintahkan agar hasil jualan rumah bersih rumah Kota
Kemuning berjumlah RM768,729.40 hendaklah dibahagikan antara pihak
Plaintif dan Defendan. Plaintif berhak terhadapnya dengan kadar sebanyak 70%
dan Defendan sebanyak 30%.
[iv] Mahkamah memerintahkan agar rumah Subang Jaya hedaklah dinilai dengan
nilaian semasa perceraian pihak-pihak pada 12 Ogos 2008 dan Plaintif berhak
terhadapnya dengan kadar sebanyak 70% dan Defendan sebanyak 30% setelah
ditolak hutang-hutang dan kos yang berkaitan.
[iiv] Mahkamah memerintahkan agar BMW Model X51 A3.0L hendaklah dinilai
dengan nilaian semasa deangan mengambilkira susut nilai dan Plaintif berhak
terhadapnya dengan kadar sebanyak 80% dan Defendan sebanyak 20% setelah
ditolak hutang-hutang dan kos berkaitan.
[3] Responden telah memfailkan Notis Rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah pada
27/10/2016, iaitu dalam tempoh had masa pemfailan Notis Rayuan. Walau
bagaimanapun, Notis Rayuan ini telah tidak diserahkan kepada pihak Pemohon dalam
tempoh had masa pemfailan (14 hari). Responden juga telah gagal menfailkan Alasan
Rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah Shah Alam dalam tempoh empat belas (14) hari
dari tarikh penerimaan pemberitahuan dan Rekod Rayuan juga tidak difailkan dalam
tempoh enam (6) minggu selepas penerimaan pemberitahuan daripada Mahkamah yang
terhadap keputusanya rayuan itu dibuat.
[4] Melalui Bantahan Awal tersebut, Pemohon telah memohon kepada Mahkamah Yang
Mulia ini supaya menolak dan mengenepikan Notis Rayuan bagi Kes Rayuan No.:
10000-017-0022-2011 bertarikh 08/01/2013 atas alasan-alasan seperti berikut:-
[i] Notis Rayuan tersebut tidak disampaikan kepada Pemohon dalam tempoh empat
belas (14) hari dari hari keputusan menurut Seksyen 139(8) Enakmen Tatacara
Mal Mahkamah Syariah (Selangor) 2003.
Page 4
4
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH
DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
[ii] Alasan rayuan tersebut tidak difailkan ke Mahkamah Rayuan Syariah Shah
Alam dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan
pemberitahuan di bawah Subseksyen 139(6) menurut Seksyen 141(1) Enakmen
Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Selangor) 2003.
[iii] Rekod-rekod rayuan tersebut tidak difailkan ke Mahkamah Rayuan Syariah
Shah Alam dalam tempoh enam (6) minggu selepas penerimaan pemberitahuan
daripada Mahkamah yang terhadap keputusanya rayuan itu dibuat yang
menyatakan bahawa salinan diperakui bagi nota-nota keterangan dan alasan-
alasan penghakiman sudah siap menurut Seksyen 142(2) Enakmen Tatacara Mal
Mahkamah Syariah (Selangor) 2003.
[iv] Rekod-rekod rayuan tersebut tidak disampaikan kepada Pemohon dalam tempoh
enam (6) minggu selepas penerimaan pemberitahuan daripada Mahkamah yang
terhadap keputusanya rayuan itu dibuat yang menyatakan bahawa salinan
diperakui bagi nota-nota keterangan dan alasan-alasan penghakiman sudah siap
menurut Seksyen 142(3) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Selangor)
2003.
[v] Rekod-rekod rayuan tersebut mengandungi dokumen dan pliding yang tidak
berkenaan dan relevan dengan perkara subjek rayuan.
[vii] Alasan Rayuan tersebut tidak mendedahkan apa-apa persoalan undang-undang
berkepentingan awam dan tidak menepati kehendak Seksyen 67 Enakmen
Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003.
[5] Responden telah memfailkan Notis Rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah Shah Alam
Selangor pada 27/10/2016, iaitu dalam tempoh had masa pemfailan Notis Rayuan.
Walau bagaimanapun, Pemohon menyatakan Notis Rayuan ini telah tidak diserahkan
kepada pihak mereka dalam tempoh had masa pemfailan yang telah ditetapkan undang-
undang. Responden juga telah gagal menfailkan Alasan Rayuan ke Mahkamah Rayuan
Syariah Shah Alam dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan
pemberitahuan dan Rekod Rayuan juga tidak difailkan dalam tempoh enam (6) minggu
Page 5
5
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH
DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
selepas penerimaan pemberitahuan daripada Mahkamah yang terhadap keputusanya
rayuan itu dibuat.
Diputuskan
SETELAH kami meneliti Notis Permohonan, Afidavit-Afidavit dan setelah meneliti hujah-
hujah kedua-dua belah pihak, MAKA kami dengan sebulat suara memutuskan seperti berikut:-
(1) Permohonan Pemohon dibenarkan.
(2) Notis Rayuan Perayu dan kes no. 10000-017-0089-2017 adalah dibatalkan.
(3) Kos ditanggung oleh Responden.
Peguam Syarie
1. Peguam Perayu : diwakili oleh Majda Binti Muda daripada Tetuan Muda.
2. Peguam Responden : diwakili oleh Puan Afshah Binti Arifin daripada Tetuan Afshah
Arifin & Associates.
Undang-Undang Yang Dirujuk
1. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 – s.67 (2)
2. Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Selangor) 2003 – s.6, 16
3. Aturan 2 Kaedah 3, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.
4. Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Selangor) 2003 – s.139(8), 141
Kes-Kes Yang Dirujuk
1. Mohd Taha b. Wan Ahmad lwn. Jaiton Bee & Zaiton Bee bt. Mohd Yaacob
2. Hamidah Bt. Elias lwn Sabariah Bee Bt. Abdul Karim & Seorang Lain [2015] JH 40
3. Krisna Handajani lwn. Azian bt. Omar JH 37
Page 6
6
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH
DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
Penghakiman Y.A Dato’ Hj. Mukhyuddin bin Hj Ibrahim (Pengerusi), Y.A Tuan Hj.
Saarani bin Ismail (Ahli Panel), Y.A Prof. Adjung Dato’ Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj.
Mokhtar (Ahli Panel), HMRyS.
[6] Berdasarkan Permohonan Interlokutori Bantahan Awal Pemohon ini dibuat, Afidavit,
Afidavit Jawapan dan hujahan pihak-pihak, kami dapati isu yang perlu diputuskan
adalah seperti berikut:-
a. Alasan Rayuan yang dideposkan oleh Responden dalam kes rayuannya tidak
mendedahkan apa-apa persoalan undang-undang berkepentingan awam dan
tidak menepati kehendak Seksyen 67 Enakmen Pentadbiran Agama Islam
(Negeri Selangor) 2003.
b. Sama ada Permohonan Bantahan Awal tidak boleh dimulakan atau difailkan
sebelum diberikan kebenaran Mahkamah.
c. Sama ada kelewatan penyerahan salinan Notis Rayuan oleh Perayu kepada
Responden sebagaimana yang ditetapkan di dalam Subseksyen 139(8) Enakmen
Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Selangor) 2003 memberi kesan kepada
kesahan sesuatu rayuan.
Isu pertama: Alasan Rayuan yang dideposkan oleh Responden dalam kes rayuannya
tidak mendedahkan apa-apa persoalan undang-undang berkepentingan awam dan tidak
menepati kehendak Seksyen 67 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor)
2003.
[7] Pemohon dalam alasan permohonanya menyatakan bahawa Alasan Rayuan tersebut
tidak mendedahkan apa-apa persoalan undang-undang berkepentingan awam dan tidak
menepati kehendak Seksyen 67 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor)
2003.
[8] Responden bertegas dalam hujahnya bahawa pihak Pemohon telah gagal memahami
kehendak peruntukan Seksyen 67 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri
Selangor) 2003. Dalam seksyen tersebut memperuntukan seperti berikut:-
Page 7
7
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH
DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
“Apabila suatu rayuan daripada sesuatu keputusan Mahkamah Rayuan
Syariah telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah
Rayuan Syariah boleh atas permohonan mana-mana pihak memberikan
kebenaran untuk diputuskan olehnya sendiri apa-apa persoalan undang-
undang berkepentingan awam yang telah timbul dalam penjalanan rayuan
itu dan yang keputusannya oleh Mahkamah Tinggi Syariah telah
menyentuh keputusan rayuan itu.”
[9] Kami bersetuju dengan hujah Responden bahawa isu persoalan undang-undang
berkepentingan awam ini hanya melibatkan kes-kes rayuan yang dirayu untuk kali
kedua. Sedangkan kes rayuan tersebut adalah rayuan kali pertama oleh pihak
Responden yang terkilan dengan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam
Selangor berkaitan harta sepencarian.
Isu kedua : Sama ada Permohonan Bantahan Awal tidak boleh dimulakan atau difailkan
sebelum diberikan kebenaran Mahkamah
[10] Responden dalam hujahnya membangkit isu bahawa permohonan Pemohon adalah
permohonan yang cacat dan pramatang kerana ianya difailkan tanpa mendapat
kebenaran Mahkamah Yang Mulia ini terlebih dahulu sebagaimana peruntukkan
Seksyen 16 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Selangor) 2003.
[11] Pemohon menghujahkan bahawa isu yang dibangkitkan oleh Responden tidak
mempunyai asas di sisi undang-undang dan tidak releven serta tidak boleh diterima
pakai ke dalam prosiding Bantahan Awal ini.
[12] Kami bersetuju dengan hujah Pemohon dan mendapati tanggapan dan intrepretasi
Responden adalah silap dan tersasar. Tiada satu pun di dalam mana-mana perenggan
Seksyen 16 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Selangor) 2003, Seksyen 195
yang sama dan Arahan Amalan No. 10 Tahun 2006 yang memberi maksud sama ada
yang tersurat atau tersirat yang memandatorikan syarat seperti yang dihujahkan
Responden iaitu sesuatu prosiding interlokutori tidak boleh dimulakan atau difailkan
sebelum dibeikan kebenaran.
Page 8
8
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH
DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
[13] Permohonan Bantahan Awal merupakan satu permohonan yang telah diamalkan di
Mahkamah Syariah sejak sekian lama. Di dalam undang-undang tatacara Mahkamah
Syariah, tiada satu peruntukan khusus dan langsung yang menyebut tentang bantahan
awal sebagaimana yang ada di dalam undang-undang mahkamah sivil. Di Mahkamah
Sivil, bantahan awal atau preliminary objection disebut secara khusus di dalam Aturan
2 Kaedah 3, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.
[14] Sebenarnya, Aturan 2 Kaedah 3 tersebut adalah selari dengan peruntukan Seksyen 6
Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Selangor) 2003 cuma istilah bantahan awal
itu tidak disebut di dalam seksyen 6. Sehubungan dengan itu, dapatlah difahami bahawa
penggunaan seksyen 6 adalah bermaksud permohonan bantahan awal bagi
mengenepikan sesuatu prosiding, tindakan, dokumen, penghakiman atau perintah
kerana ketakteraturan. Dengan hormatnya kami perturunkan Seksyen 6 Enakmen
Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Selangor) 2003:
“Apa-apa permohonan untuk mengetepikan apa-apa prosiding, langkah
yang diambil dalam apa-apa prosiding atau apa-apa dokumen,
penghakiman atau perintah dalamnya kerana ketakteraturan tidaklah
boleh dibenarkan melainkan jika permohonan itu dibuat dalam masa yang
munasabah dan sebelum pihak yang memohon itu telah mengambil apa-
ap langkah baru selepas menyedari tentang ketakteraturan”
Isu ketiga : Sama ada kelewatan penyerahan salinan Notis Rayuan oleh Perayu kepada
Responden sebagaimana yang ditetapkan di dalam Subseksyen 139(8) Enakmen Tatacara
Mal Mahkamah Syariah (Selangor) 2003 memberi kesan kepada kesahan sesuatu rayuan.
[15] Permohonan bantahan awal ini adalah berkaitan kegagalan Responden dalam kes ini
menyerahkan Notis Rayuan dalam tempoh masa sebagaimana yang dikehendaki oleh
Subseksyen 139(8) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Selangor) 2003 kepada
Pemohon. Subseksyen 139 (8) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Selangor)
2003 yang memperuntukkan sebagaimana berikut:-
Page 9
9
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH
DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
“Notis Rayuan hendaklah disampaikan oleh Perayu dalam masa yang
dihadkan bagi pemfailan rayuan kepada semua pihak yang terlibat
dengan rayuan itu atau kepada peguam syarie masing-masing”.
[16] Pada 27/10/2016 Responden telah memfailkan Notis Rayuan bagi perintah Mahkamah
Tinggi Syariah dalam kes rayuan no. 10000-017-0089-2016. Kami mendapati
Responden telah memfailkan Notis Rayuan di dalam tempoh yang dibenarkan oleh
undang-undang. Setelah itu, Responden telah menyerahkan Notis Rayuan tersebut
kepada Pemohon pada 16/1/2017 iaitu lewat tujuh puluh empat (74) hari dari tempoh
yang ditetapkan.
[17] Kami dengan hormatnya merujuk kepada peruntukan yang dirujuk oleh pihak Pemohon,
iaitu Subseksyen 139 (8) Enakmen Tatacara Mal 2003 yang memperuntukkan
sebagaimana berikut:-
“Notis Rayuan hendaklah disampaikan oleh Perayu dalam masa yang
dihadkan bagi pemfailan rayuan kepada semua pihak yang terlibat
dengan rayuan itu atau kepada peguam syarie masing-masing”.
[18] Timbul persoalan lagi, apakah yang dimaksudkan dengan “dalam masa yang
dihadkan”. Kami merujuk kes Mohd Taha b. Wan Ahmad lwn. Jaiton Bee & Zaiton Bee
bt. Mohd Yaacob di Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Selangor dalam kes Mal No.:
10000-017-0022-2011 yang diputuskan pada 08/01/2013 (belum dilaporkan) bahawa
tempoh masa penyampaian atau penyerahan Notis Rayuan kepada pihak Responden
adalah sama dengan tempoh pemfailan Notis Rayuan, iaitu dalam masa 14 hari dari
tarikh keputusan diumumkan oleh Mahkamah Bicara. Di dalam kes tersebut,
Mahkamah Rayuan Syariah Selangor telah menafsirkan “dalam masa yang dihadkan”
di dalam Subseksyen 139(8) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Selangor)
2003, bahawa:-
“...had masa penyerahan notis rayuan kepada Responden adalah dalam
tempoh had masa bagi pemfailan notis rayuan, iaitu dalam tempoh 14
hari tarikh keputusan diumumkan oleh Mahkamah Bicara yang ditetapkan
Page 10
10
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH
DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
dalam subseksyen 139 (4) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah
(Selangor) 2003.”
[19] Kami merujuk kepada dua lagi keputusan Mahkamah Rayuan Syariah Selangor yang
telah menggunapakai tafsiran yang sama iaitu Hamidah Bt. Elias lwn Sabariah Bee Bt.
Abdul Karim Dan Khairunnisa Bt. Ahmad, JH 40 Bhg 1 (1436H) ms 109 dan dalam kes
Krisna Handajani lwn. Azian bt. Omar, JH 37 Bhg 2 (1435H) ms 229 sepertimana
berikut:-
“had masa bagi penyerahan Notis Rayuan kepada pihak Responden, iaitu
dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan Mahkamah dan ianya
merupakan peruntukan mandatori untuk dipatuhi.”
[20] Berdasarkan tafsiran yang telah dibuat oleh Mahkamah Rayuan Syariah Selangor di
dalam ketiga-tiga kes dirujuk, kami juga berpendapat frasa “dalam tempoh had masa
bagi pemfailan rayuan” yang terdapat di bawah Subseksyen 139(8) ETMMSNS 2003
adalah membawa maksud selepas Notis Rayuan difailkan ke Mahkamah, Perayu
hendaklah menyampaikan Notis Rayuan kepada Responden dan penyampaian tersebut
hendaklah dibuat oleh Perayu dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan Mahkamah
Bicara yang dirayu. Ianya adalah mandatori. Dalam kes ini, keputusan Mahkamah
Bicara adalah pada 19/10/2016 maka penyerahan Notis Rayuan kepada Pemohon
hendaklah dibuat pada atau sebelum 3/11/2016.
[21] Pemohon dalam hujahnya di muka surat 19 juga menyatakan bahawa pada 16/1/2017
telah menerima Notis Rayuan secara whatsapp daripada Responden. Tindakan
Responden menyerahkan Notis Rayuan secara whatsapp ini tidak mematuhi kehendak
mengikut Seksyen 141 (1) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Selangor) 2003
yang mana sepatutnya serahan tersebut hendak secara kediri sebagaimana yang telah
diputuskan dalam kes Krisna Handajani lwn. Azian bt. Omar Kes No. 10000-017-0018-
2011 dan Hamidah Elias V. Sabariah Bee bt Abdul Karim & Seorang Lain [2015] JH
40 Bhg 1.
Page 11
11
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH
DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
[22] Kami bersandarkan kepada kes Hamidah bt. Elias lawan Sabariah Bee bt. Abdul Karim
& Seorang Lain [supra], Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Selangor telah menerima
permohonan bantahan awal yang dibuat oleh Responden atas alasan ketakakuran
prosedur di mana Perayu gagal menyerahkan Notis Rayuan kepada Responden dalam
tempoh masa yang ditetapkan dibawah Seksyen 139(8) Enakmen Tatacara Mal
Mahkamah Syariah (Selangor) 2003. Permohonan Interlokutori bantahan awal tersebut
difailkan oleh Responden sebaik sahaja menerima Notis Rayuan yang dikatakan
diserahkan diluar tempoh masa kepadanya dan sebelum Responden membuat apa-apa
tindakan lain berkaitan Notis Rayuan tersebut.
[23] Berdasarkan penelitian kami, Notis Rayuan tersebut telah tamat tempoh dan Responden
telah tidak patuh kepada Seksyen 139 (8) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah
Selangor 2003. Jika tiada bantahan sekalipun, Notis Rayuan tersebut tidak lagi sah
melainkan ada kebenaran lanjut tempoh yang difailkan oleh Responden diberikan oleh
Mahkamah.
[24] Oleh yang demikian, kami berpuashati bahawa kegagalan menyerahkan Notis Rayuan
tersebut kepada Pemohon dalam tempoh had masa merupakan kecacatan kepada
prosiding rayuan ini. Pada peringkat ini kecacatan tersebut tidak mampu untuk dibaik
pulih melainkan pihak Responden memohon perlanjutan tempoh masa penyerahan notis
rayuan kepada pihak Pemohon. Malangnya, tiada permohonan sedemikian telah
difailkan oleh Responden/Perayu.
[25] Oleh yang demikian, ketakakuran prosedur ini tidak dapat untuk dipertimbangkan oleh
kami. Kami juga berpendapat, Pemohon berhak diberikan kos akibat daripada
ketakakuran prosedur di mana Responden gagal menyerahkan Notis Rayuan kepada
Responden dalam tempoh masa yang ditetapkan dibawah Seksyen 139(8) Enakmen
Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Selangor) 2003.
Page 12
12
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH
DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
Keputusan
SETELAH kami meneliti Notis Permohonan, Afidavit-Afidavit dan setelah meneliti hujah-
hujah kedua-dua belah pihak, MAKA kami dengan sebulat suara memutuskan seperti berikut:-
(1) Permohonan Pemohon dibenarkan.
(2) Notis Rayuan Perayu dan kes no. 10000-017-0089-2017 adalah dibatalkan.
(3) Kos ditanggung oleh Responden.