Tajuk: Keratan (Sectioning)Pengenalan
Dalam lukisan unjuran ortografik, sesuatu bahagian 'yang tidak
kelihatan akan digambarkan dengan menggunakan garisan tersembunyi.
Jika garisan-garisan tersembunyi dilukis terlalu banyak pada
sesuatu gambarajah, ia boleh mengganggu kejelasan bentuk objek yang
dilukis itu.Bagi mengatasi masalah ini obiek yang hendak dilukis
itu akan dilukis secara pandangan keratan supaya bahagian-bahagian
yang tersembunyi dapat ditunjukkan dengari garisan keratan yang
lebih jelas. Kerja-kerja mendimensi objek seperti ini lebih mudah
berbanding dengan objek yang dilukis tanpa dikerat (potong) pada
lukisan ortografik. Kekeliruan tentang bentuk sebenar objek dapat
diatasi jika bahagian-bahagian tersembunyi objek itu dibukakan. Ini
dapat dilakukan hanya dalam lukisan keratan, supaya pembaca dan
pembuat obiek (pekerja bengkel) tidak tersalah anggap,
Peraturan dalam lukisan keratan
1. Semua garisan akhir di belakang permukaan keratan mestilah
ditunjukkan (tidak termasuk qarisan tersembunyi yang kadangkala
diperlukan untuk menjelaskan lagi pandangan itu).
2. Pandangan gambarajah keratan mestilah disempadankan dengan
garisan nyata, bukan garisan) tersembunyi atau dibiarkan sahaia
tiada bersempadan.
3 Garisan keratan mestilah selari di antara satu sama lain.
Garisan ini tidak boleh terlalu rapat, jarang, berlebih dari
sempadan, putus, kabur, terlalu tebal, tidak sekata jaraknya,
bersudut 90 darjah atau 180 darjah, tidak sama hitam dan sama arah
pada dua bahagian yang berlainan.(sama sudut kecondongannya).
Sebaik-baiknya garisan itu hendaklah halus dan terang (gunakan
pensil H yang tajam). Sudut kecondongannya kira-kira 45 darjah,30
darjah, 60 darjah atau sebarang sudut ganjil. Jarak di antara
garisan yang sejajar itu kira-kira I hingga 2mm (bergantung pada
saiz objek yang dilukis).
4. Gunakan simbol garisan keratan uintuk bahan tertentu. Pada
umumnya garisan keratan ini ialah garisan sejajar yang condongnya
45 darjah
5 . Garisan pemotongan yarig digunakan mestilah bersesuaian
dengan objek yang dipotong. garisan pemotong yang putus-putus dan
sama panjang, sesuai digunakan untuk lukisan objek yang rumit.
Pastikan anak panah garisan pemotongan itu betul arahnya mengikut
arah yang dikehendaki. Ketebalan garisan pemotong mestilah sama
dengan garisan nyata (Object line).
6 Kedudukan pandangan keratan bergantung pada sudut pandangan
lukisan unjuran ortografik yang digunakan. Jika sesuatu objek
dilukis dari sudut pandangan pertama, maka kedudokkan anak panah
garisan pemotong menunjukkan arah pandangan yang dikehendaki. ini
bererti kedudokkan gambarajah pandangan keratan itu mestilah berada
di bahagian hadapan arah panah garisan pemotonq. Bagi objek yang:
dilukis secara pandangan sudut ketiga pula, kedudukan pandangan
keratan berada pada tempat yang berlawanan dengan kedudukan objek
di pandangan sudut pertama, iaitu pandangan keratan itu dilukis
belakanq anak panah garisan pemotong.
7 . Jika terdapat dua bahagian keratan yang berlainan pada
sesuatu pandangan keratan, bahagian-bahagian itu dapat dibezakan
dengan mengunakan garisan keratan yang berlainan sudut, misalnya
45,30 & 60 darjah.
8. Walaupun pada umumnya kita menggunakan sudut 30 darjah untuk
melukis garisan-garisan Keratan, tetapi bagi objek yang mempunyai
kecondongan yang sama dan atau hampir-hampir sama dengan sudut
garisan keratan, tidaklah sesuai menggunakan sudut 30 untuk melukis
garisan keratan. Oleh kerana itu kecondongan garisan itu perlu
diubah aqar bersesuaian dengan kecondongan objek itu.
9. Apabila garisan pemotong memotong salah satu daripada
bahagian objek yang tersenarai dibawah ini, bahagian tersebut
mestilah dikecualikan daripada dilukis secara keratan supaya tidak
mengelirukan ketika memahami bentuk objek yang sebenar. Bahagian
objek yang seumpama ini biasanya bukan menjadi tumpuan utama untuk
dikerat. Dengan pengecualian ini, bahagian objek yang dikerat itu
bertambah nyata dilihat. Bahagian-bahagian objek yang dikecualikan
daripada dilukis secara keratan ialah:
a . Rusuk Paku b . Web Aci (shaft) c . Gigi gear Jejari d . Pin
Cuping e . Nat Ribet f . Bolt Atas )bebola (bearing) g . Sesendal
(washer)
Jenis-jenis lukisan keratan
Terdapat beberapa jenis lukisan keratan, antaranya adalah
seperti berikut:
a. Keratan penuh (full section) b. Keratan separuh (half
Section) c. Keratan ofset/melencong (offset section) d. Keratan
pecah (brokenout section) e. Keratan pusing (revolved section) f.
Keratan alih (removed section) g. Keratan jajaran/simetri (aligned
@;ection) h. Keratan halus (thin section) i. Keratan pecahan lazim
(conventional breaks,intersection)
A. Keratan penuh:
Keratan penuh bererti objek itu @@likerat dua sepenuhnya dan
pandangan pada yang bahagian yang dikerat itulah yang
dulukis.Keratan penuh digun@ikan untu melihat melihat seluruh
bahagian dalam o)i@,jek pada satu rataan keratan objek sahaja.
Lukisan kei@atan penuh biasanya digunakan untuk obiek yang mudah
sahaja. Arah anak panah garisan pemotong akan menertukan arah objek
yang hendak dilihat. Jika unjuran ortografik pandangan yang
dipotong dengan garisan pem(,tong, pandangan keratan ob)ek itu
boleh dilukis pada pandangan hadapan. Sebaliknya jika pandanqan
hadapar@ yanq dipotong oleh garisan pemotong, pandangan keratan
boleh dilukis pada pandangan atas. Jika pandanoan hadapan yang di
potong dengan garisan pemotong secara menegak, pandangan keratan
yang hendak dil.ukis itu dilukis pada pandangan sisi.
B . Keratan separuh
Sesuatu objek yang sama bentuknya seperti bulat, bersegi dan
sebagainya tidak perlu dikerat sepenuhnya kerana ia dapat
dijelaskan dengan hanya mengerat separuh(sebahagian) daripada objek
itu disamping dapat nenjimatkan masa melukis. Walaupun lukisan
keratan separuh ini mudah di lukis, ia jarang-jarang digunakan pada
lukisan yang memerlukan penjelasan secara mendalam,kerana proses
mendimensi dalam lukisan jenis ini sangat sukar. Kegunaan utama
lukisan ini hanyalah dalam lukisan pemasangan peralatan kerana
objek itu mempunyai bentuk yang sama. (Symetry)
c . Keratan ofset / melencong
Keratan ini sebenarnya sama juga dengaIn keratan penuh, bezanya
cuma dari segi rataan garisan Pemotongan pada keratan ini melenconq
(tidak lurus). Tujuan melencongkan garisan pemotong ialah memotong
bahaqjan-bahagian yang tidak dapat dipotong oleh garisan pemotngan
yang lurus, seperti dalam keratan penuh. Dengan perlencongan ini
bahagian-bahagian penting yang berada jauh dari garisan pemotongan
lurus dapat ditunjukkan dengan menggunakan keratan ofset. Lukisan
keratan ofset sesuai digunakan untuk menunjukkan bahagian-bahagian
tersembunyi yang berada pada rataan berbeza.
d , Keratan pecahan
Kadanqkala sesuatu objek itu hanya memerlukan sebahagian kecil
pandangan keratan. Lukisan yang sesuai untuk menunjukan bahagian
ini ialah keratan pecah. Sebahagian daripada keratan pecah yang
hendak dilihat itu akan dipecahkan sedikit dengan menggunakan
(garisan pecah).Bahagian yang dapat dilihat itu kemudian dilakarkan
dengan garisan keratan. Tugas garisan pemotong sekarang diambilalih
oleh garisan pemecahan. Objek yang biasa mengunakan keratan
pemecahan ini ialah objek yang mempunyai bentuk yang sama
dikedua-dua hujungnya. Namun begitu bentuk-bentuk yang lain masih
boleh mengunakan keratan ini jika perlu.
e . Keratan pusing. Dan f . Keratan alih.
Kedua-dua keratan ini digunakan untuk menenunjukkan pandangan
keratan melintang bagi sesuatu objek yang berbentuk batang atau
bendul supaya bentuk melintang objek tersebut dapat diketahui.
Keratan ini tidak dilukis berasingan daripada objek, kecuali jika
tidak ada ruang atau ruang yang ada sempit. Kedua-dua keratan irii
boleh dilukis terus pada pandangan atas, hadapan, tepi, atau
berhampiran semua pandangan diatas mengikut kesesuaian. Kedua-dua
keratan ini dapat menjimatkan satu pandangan 'A Lukisan, bukan
sahaja unjuran ortografik malah dapat rnemberikan gambaran terus
bentuk sesuatu objek.
g . Keratan jajaran/simetri (aligned section)
Objek-objek yang mempunyai sudut yang dilihat pada satu rataan
keratan akan kelihatan lebih kecil daripada ukuran sebenarnya. Oleh
itu qarisan pemotongan sudut objek yang seumpama itu perlu dibawa
ke rataan 180 darjah . Jika tidak bentuk sebenar objek yang akan
dikerat. itu akan hilang. Terdapat juga objek yang jika dilukis
dengan keratan penuh bahagian bersudutnya tidak akan kelihatan.
Tetapi jika objek itu dilukis dengan lukisan keratan jajaran
bahagian bersudut itu seolah-olah telah dipusingkan agar sejajar
dengan garisan pemotongan biasa yang bersudut 180 darjah.
i . Keratan pecahan lazim (conventional , intersection)
Bagi memendekkan objek berbentuk panjang, lukisan pecahan lazim
digunakan. Objek berbentuk bulat dan panjang seperti dawai,paip,dan
selinder menggunakan pecahan lazim berbentuk berbentuk S" dihujung
objek itu. Objek-objek yang lain mempunyai simbol-simbol tertentu.
Keratan pecahan lazim berbentuk 'S" boleh dilukis dengan bantuan
janqka lukis dan jangka sudut dan menggunakan tangan bebas jika
objek itu kecil. Untuk persilangan antara dua lubang atau dua
selinder dan lain-lain lagi garis dan titik persilangan mestilah
ditunjukkan dengan jelas.
j. Lukisan keratan pemasangan.
Lukisan keratan pemasangan biasanya digunakan untuk menunjukan
bahagian-bahagian komponen yang diipasang bersama-sama. Semasa
melukiskan lukisan keratan pemasagan, peraturan-peraturan umum
kerataan hendaklah dipatuhi. misalnya lukisan keratan tidak perlu
dilukiskan jika terdapat bolt, nat dan sebagainya.
Tamat****************************************** Buku Rujukan:-
1. Technical Drawing Edisi 10 & 11. - Pengarang:.F.E. Giesecke,
A.Mitchell, H.C Spencer, I.L. Hill, J.T Dygdon dan Novak 2. Lukisan
Geometri - Md Nasir Abd Manan
****************************************** SOALAN KEFAHAMAN
Untuk menguji kefahaman anda sila jawab soalan berikut Soalan 1