VELMURUGAN A/L SUBRAMANIAMT2 MT2LENCANA AHLI OLAHRAGA
Pengakap melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang
berpotensi dari segi perkembangan fizikal, intelek, sosial dan
kerohanian serta bertanggungjawab kepada masyarakat, negara dan
masyarakat antarabangsa. Menyertai Pengakap adalah salah satu
langkah bijak dan berfaedah dalam hidup. Ia membuka pintu kepada
persahabatan baru, memberikan keseronokan, cabaran dan pengalaman
berharga yang sukar untuk dilupakan.Setelah memperolehi Lencana
Kemajuan Pengakap - Lencana Usaha, Pengakap itu dikehendaki
meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan DUA (2) Lencana
Kepandaian dalam Kategori Pengetahuan. Salah satu daripadanya ialah
Lencana Ahli Olahraga.SEJARAH OLAHRAGASejak bertahun-tahun dahulu
lagi kekuatan dan keupayaan manusia dinilai menerusi perlakuan
berlari, melompat dan melontar. Seseorang yang mempunyai
ketiga-tiga kemahiran asas ini dianggap sebagai seorang yang
berkedudukan tinggi pada mata masyarakat dan pemerintah. Kekuatan
menjadi sesuatu yang dikejar dan diimpikan oleh setiap individu
khususnya kaum lelaki. Kemahiran-kemahiran ini diperkembangkan lalu
diperbaiki dari semasa ke semasa sehingga menjadi sukan yang
kemudiannya dipertandingkan.Tujuan diadakan pertandingan hanyalah
semata-mata untuk mencari siapa yang lebih pantas, melompat lebih
tinggi atau melontar lebih jauh daripada yang lain. Untuk mencapai
hasrat ini, setiap individu akan berusaha menandingi yang lain dan
akhirnya wujud ciri-ciri ingin berjaya, ingin menumpaskan lawan dan
mewujudkan sifat berlumba sesama individu. Mereka yang menang akan
berusaha mengekalkan kemenangan itu atau berusaha untuk
meningkatkan keupayaan supaya kejayaan dapat dikekalkan. Bagi
mereka yang gagal pula sudah tentu akan berusaha dengan lebih gigih
lagi untuk menumpaskan lawan dan muncul sebagai pemenang pula. Di
sini mula wujud suatu pertandingan yang sudah tentu menarik dan
mendapat perhatian orang ramai.Pertandingan seperti ini diteruskan
dari semasa ke semasa dan semakin ramai pula individu yang mahu
mengambil bahagian untuk menguji kebolehan. Lama kelamaan lebih
ramai yang mengambil bahagian bagi menguji keupayaan masing-masing.
Untuk mencapai kemenangan sudah tentu mereka akan berlatih
bersungguh-sungguh dan akan mempamerkan kebolehan sebenar semasa
pertandingan. Ini menjadikan pertandingan untuk menguji kebolehan
itu lebih menarik dan berjaya pula menarik minat orang ramai di
merata dunia. Walaupun ada kalanya bentuk pertandingan agak
berbeza-beza, namun matlamat dan tujuannya sama.Hari ini kita dapat
melihat di merata tempat di dunia, pelbagai bentuk pertandingan
diadakan untuk menguji kebolehan dan kekuatan manusia, malah
terdapat juga pertandingan di kalangan wanita. Inilah yang
mewujudkan pertandingan olahraga atau athletics. Sejak zaman
Sebelum Masihi lagi sudah terdapat pertandingan olahraga ini,
khususnya di kalangan penduduk Greek Kuno.PERALATAN UNTUK
OLAHRAGADahulunya soal peralatan tidak begitu di ambil kira oleh
para olahragawan. Mereka memakai kasut biasa, dan ada kalanya
berlari berkaki ayam, selain memakai seluar pendek dan baju-T atau
singlet. Apabila terciptanya kasut lari (spikes) pada penghujung
abad ke-19, spikes terus menjadi peralatan penting para pelari
acara pecut sehingga para pelari merasakan spikes adalah suatu yang
penting bagi mereka. Umumnya dalam sukan olahraga, terutamanya
dalam acara-acara larian, terdapat beberapa peralatan yang
diperlukan selain spikes ini.1. Kasut
Kasut atau spikes merupakan peralatan penting para olahragawan
bukan sahaja mereka yang mengambil bahagian dalam acara lari pecut,
tetapi juga untuk kegunaan dalam acara lain, termasuk acara padang.
Walau bagaimanapun, penggunaan kasut ini amat penting malah
dimestikan bagi acara olahraga masa kini, terutama untuk acara lari
pecut. Jenis kasut bergantung pada keselesaan atlit secara
individu. Bagaimanapun biarlah daripada jenis yang ringan.
2. Blok permulaan
Blok permulaan (starting block) merupakan sejenis alat yang
digunakan untuk membantu para pelari pecut membuat lonjakan yang
pantas semasa memulakan larian. Biasanya para pelari tidak
diwajibkan menggunakan blok permulaan ini, tetapi bagi kebanyakan
pelari blok ini amat diperlukan, termasuk dalam perlumbaan di
peringkat sekolah. Pelari boleh meminta nasihat guru pengawas atau
jurulatih tentang pemilihan jenis blok permulaan yang sesuai.3.
Pakaian sukan
Seperti acara sukan lainnya, para olahragawan juga perlu
mengenakan pakaian yang sesuai untuk setiap acara yang mereka
sertai. Dalam kebanyakan perjumpaan sukan terbesar dunia, para
olahragawan akan memakai singlet yang terdapat nombor peserta,
negara atau pasukan yang mereka wakili serta nama penaja yang
menganjurkan perjumpaan itu. Bagaimanapun, setiap peserta
dibolehkan memakai pakaian yang mereka gemari asalkan dipersetujui
oleh negara dan pasukan mereka. Contohnya dalam Sukan Olimpik yang
dapat kita tontoni menerusi kaca televisyen tidak lama dahulu,
pelbagai jenis dan bentuk pakaian yang dipakai oleh para
olahragawan lelaki dan wanita asalkan pakaian itu selesa dan tidak
mengganggu pergerakan dan larian mereka.
4. Peralatan sampinganSetiap olahragawan juga digalakkan
mempunyai beg peralatan masing-masing. Mungkin ada di kalangan
olahragawan yang menganggap perkara ini sesuatu yang tidak penting,
namun sebagai olahragawan, sesuatu yang mempunyai kaitan dengan
mereka hendaklah diberi perhatian. Bagi peralatan ini pula harus
mengandungi barangan seperti berikut :a. Tuala
b. Peralatan kecemasan yang ringan, seperti minyak urut,
plaster, aspirin, botol minuman dan sebagainya.
c. Seluar pendek dan singlet (sebaik-baiknya dua pasang)
d. Kasut jogging dan kasut berlari (spikes)
e. Jam randik (stop-watch) atau pita pengukur
f. Barangan lain yang difikirkan perlu
TUGASAN YANG PERLU DISIAPKAN UNTUK MEMPEROLEHI LENCANA
- Mengetahui peranan MSSD,MSSM,SUKMA,MSN.- Melakukan 6 jenis
latihan kesegaran tubuh badan.- Menyediakan buku skrap mengenai
perkembangan sukan peringkat Daerah dan Negeri.- Mengetahui jenis
makanan yang membina kesihatan.- Mengambil bahagian dalam
acara-acara berikut:-
JENIS-JENIS ACARA DALAM OLAHRAGASukan olahraga merupakan sejenis
sukan yang menarik dan amat berlainan daripada sukan-sukan lain.
Ini disebabkan dalam olahraga terdapat banyak acara baik untuk
lelaki mahupun wanita, dan acara-acara ini sama ada secara
perseorangan ataupun berpasukan. Jika dalam sukan bola sepak, hanya
satu pingat emas dijadikan rebutan dalam kebanyakkan sukan terbesar
dunia seperti Sukan Olimpik, Sukan Asia atau Sukan SEA, walaupun
terdapat sekurang-kurangnya 11 orang pemain dalam sesebuah pasukan.
Dalam olahraga setiap acara mempertaruhkan pingat emas. Dengan
hanya memenangi satu acara sahaja sudah cukup untuk mendapatkan
pingat. Ini bermakna dalam kebanyakan perjumpaan sukan yang
dinyatakan, hampir 40 pingat dipertaruhkan bagi acara olahraga.
Semua acara dalam olahraga merangkumi aktiviti larian, lompatan dan
lontaran. Seorang atlit mungkin berkemampuan dalam satu atau dua
aktiviti, tetapi adalah sukar bagi seseorang itu mahir dalam
ketiga-tiga acara ini. Kebanyakkan atlit lebih suka mengkhususkan
penyertaan dan penglibatan mereka, terutamanya di peringkat
antarabangsa. Dengan itu mereka lebih mudah meningkatkan prestasi
dari semasa ke semasa dengan hanya mengambil bahagian dalam satu
atau dua acara. Senarai lengkap acara-acara olahraga yang sering
dipertandingkan di peringkat antarabangsa, dan juga kebangsaan
adalah seperti berikut :
CIRI-CIRI SEORANG AHLI OLAHRAGA DALAM PENGAKAP Berdisiplin
tinggi Semangat untuk bertanding Berperibadi mulia dan dihormati
Mempunyai semangat berpasukan Bersemangat tinggi dan tidak mudah
menyerah kalah Penyabar dan bertimbang rasa1