SKIMA UJIAN L ENCANA KEAHL IAN PENGAKAP 2013 PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA,KUMPULAN 13, SK RUMAH BARRAU,PPD TATAU 1 NAMA PENGAKAP KANAK-KANAK:..................................................................... NAMA ENAM SEKAWAN : .................................................................................. JAWATAN : ........................................................................................................ LENCANA KEAHLIAN SKIMA KURSUS LENCANA KEAHLIAN 1 PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG PENGAKAP 2 RUKUN NEGARA 3 TABIK, HORMAT DAN COGANKATA PENGAKAP 4 PERMULAAN PERGERAKAN PENGAKAP DAN CERITA HUTAN 5 LAUNG AGONG Disediakan oleh : ABULANA BIN BOLHI PENOLONG PESURUHJAYA PENGAKAP DAERAH, PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA, PEJABAT PELAJARAN DARAH TATAU, JALAN KAMPUNG DAGANG, 97200 TATAU, BINTULU, SARAWAK
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
7/27/2019 Contoh-kertas Kerja Lencana Keahlian Pengakap
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA,KUMPULAN 13, SK RUMAH BARRAU,PPD TATAU 4
4. PERMULAAN PERGERAKAN PENGAKAP DAN CERITA HUTAN
LORD BADEN POWELL
Pengasas Pengakap Dunia
Lord Baden Powell atau nama penuhnya Robert Stephenson Smyth Baden Powell,
merupakan pengakap agung dunia yang dilahirkan pada 22 Februari 1857, berhampiran
dengan Hyde Park, London. Bapanya, reverend H.G.Baden Powell, seorang professor sains di
Universiti Oxford. Ibunya, anak kepada seorang Laksamana British bernama W.T.Smyth.
Beliau mempunyai tujuh orang adik- beradik.
Pergerakan pengakap yang ada sekarang adalah hasil ilham beliau yang merupakan
seorang askar Inggeris yang berpangkat Leftenan Jeneral. Beliau lebih dikenali sebagai BP
sahaja. Pada tahun 1907 beliau telah berjaya mengadakan satu perkhemahan du Pulau
Brownsea, di England. Perkhemahan ini merupakan perkhemahan pengakap yang pertamadi dunia. Program pengakap di dalam perkhemahan ini dibuat berpandukan buku beliau Aids
to Scouting yang ditulis semasa beliau berkhidmat di Afrika.
Pada tahun 1920 pengakap dari seluruh dunia telah berkumpul di London
menghadiri jambori dunia pertama. Pada malam akhir jambori ini Powell telah diisytiharkan
menjadi ‘Pengakap Agung Dunia’. Pergerakan pengakap terus menular ke Negara-negara
lain sehingga apabila genap usia penubuhannya 21 tahun, keanggotaannya melebihi 2 juta
orang. Mengenangkan jasa yang diberikan, Baden Powell telah dianugerahkan darjah
kemuliaan yang tertinggi di England iaitu Lord, dan diberikan gelaran Lord Baden Powell of
Gilwell.
Pada tahun 1937 sewaktu usianya 80 tahun beliau bersama-sama isterinya Lady
Baden Powell tenah meninggalkan England menuju ke Kenya,Afrika, iaitu setelah melibatkan
diri selama 33 tahun daripada penghidupannya kepada pergerakan pengakap yang
ditubuhkannya. Lord Baden Powell telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya pada 8 Januari
1941. Beliau telah disemadikan di kawasan gunung Kenya dan kata-kata terakhir sekali
kepada pengakap ialah : “Tuhan Memimpin dan Membantu di dalam Kerja-kerjamu.” Isteri
beliau pula, Lady Baden Powell adalah pengasas pergerakan Pandu Puteri dan beliau telah
banyak menolong Powell dalam semua usaha dan kerja mengembangkan pergerakan
pengakap di dunia.
7/27/2019 Contoh-kertas Kerja Lencana Keahlian Pengakap