LATARBELAKANG Objektif asal penubuhan institut ini adalah untuk memberikan latihan perhutanan kepada kakitangan lapangan Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) atau in-house training. Namun bermula pada tahun 1998 sehingga pada 2006 tumpuan latihan telah beralih kepada belia lepasan sekolah dan orang awam memandangkan tidak ada permohonan dalam kalangan kakitangan JPS sendiri. Ini adalah disebabkan oleh syarat atau ketetapan Peraturan-peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah 2008 (dahulunya dikenali sebagai Perintah Am Negeri Sabah - PANS) yang mengkehendaki penjawat awam yang bertaraf sementara meletakkan jawatan sekiranya ingin mengikuti kursus jangka panjang. Ini termasuklah untuk berkursus di IPS. Kakitangan JPS melalui Kesatuan dan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) telah membangkitkan isu tersebut untuk ditangani oleh pihak pengurusan. Oleh yang demikian, pihak pengurusan melalui Institut Perhutanan Sabah telah berusaha merangka satu program latihan khusus untuk memenuhi tujuan ini. Latihan dalam Perkhidmatan mula diperkenal dan dibuka pengambilannya yang pertama pada tahun 2008. Ini telah memberi peluang kepada semua Pekerja Awam JPS bertaraf sementara dan kontrak mendapat latihan Perhutanan seterusnya dapat meningkatkan peluang kerjaya yang lebih baik di dalam Jabatan ini. KAEDAH LATIHAN DAN HALA TUJU SELEPAS TAMAT LATIHAN Kakitangan yang terpilih untuk mengikuti latihan ini akan mendapat penempatan baru selama setahun untuk memudahkan pengurusan dan pengendalian latihan. Mereka akan ditempatkan di bawah pentadbiran Pejabat Perhutanan Daerah, Deramakot. Selama tempoh tersebut peserta adalah tertakluk kepada kawalan/arahan Pegawai Perhutanan Daerah Deramakot, menjalankan tugas-tugas yang diarahkan dan pada masa yang sama menjalani latihan di Institut Perhutanan Sabah. Peserta yang berjaya menamatkan latihan akan dianugerahkan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan. Sijil ini adalah setaraf dengan Sijil Perhutanan yang diperolehi melalui Kursus Sijil Perhutanan Pengawas Hutan yang biasa. Selain itu, semasa dalam latihan ini para peserta juga akan menjalani Kursus Penyelia RIL selama satu setengah (1 ½) bulan sebagai sebahagian daripada pakej latihan. Peserta yang berjaya akan memperolehi Sijil Penyelia RIL. Penempatan setelah tamat latihan adalah keputusan pihak pengurusan atasan Jabatan. Pihak institut tidak memberi jaminan bahawa para peserta akan diberi kenaikan pangkat dan jawatan setelah tamat latihan. Ia adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan yang ada dan keputusan pengurusan tertinggi Jabatan dan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri. SIAPA YANG LAYAK MEMOHON? Kakitangan JPS berjawatan Pekerja Awam (dahulunya PRA) bertaraf Sementara dan Kontrak yang telah berkhidmat selama satu (1) tahun. Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang terlibat secara langsung dengan kerja-kerja lapangan. SYARAT KEMASUKAN & KELAYAKAN i. Umur tidak melebihi 48 tahun pada tarikh kursus bermula; ii. Kelayakan akademik minimum adalah Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menegah Rendah (PMR) atau yang setaraf dengannya; Dengan Kepujian dalam Bahasa Malaysia/sekurang-kurang nya mendapat Gred C serta Lulus dalam matapelajaran Matematik dan Sains; iii. Markah Penilaian Prestasi Tahunan hendaklah mencapai 80% (minimum) dengan rekod disiplin yang baik. (Bagaimanapun, untuk mereka yang memperolehi markah di bawah 80% juga, boleh dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Pemilih); iv. Mendapat kelulusan untuk mengikuti kursus daripada Ketua Pejabat masing- masing; v. Lulus pemeriksaan kesihatan yang dibuktikan melalui Borang Pemeriksaan Kesihatan. Calon yang terpilih WAJIB