Top Banner
Latar Belakang Pokok Gaharu Pokok Gaharu atau dikenali dalam Bahasa Ingris sebagai Agarwood adalah pokok dalam family Thymelaeceae. Pokok yang telah matang akan membesar sehingga 40 meter tinggi dan berdiameter 40cm. Pokok gaharu di hutan semulaadi mula mengeluarkan resin gaharu pada usia !0 hingga 4" tahun# bergantung pada ketahanan pokok dan tindakbalas kecederaan pokok. Pokok gaharu amat diminati kerana dapat menghasilkan aroma yang wangi dan menyenangkan apabila dibakar kayunya. $engikut data yang dikeluarkan pada Persidangan Gaharu %unia pertama di &ietnam terdapat '( spesis dari genus A)uilaria yang mempunyai nilai komersil yang tinggi. BERIKUT ADALAH JENIS-JENIS AGRAWOOD ENGIKUT RANKING '. A*+I,A-IA +BI/T G-A# 1ound at Thailand !. A*+I,A-IA 2-A /A# 1ound at Thailand# 2ambodia# ,oas# &ietnam 3. A*+I,A-IA $A,A22 / I # 1ound at Thailand# India# Indonesia 4. A*+I,A-IA API2+,ATA# 1ound at Philippines ". A*+I,A-IA BAI,, /I,# 1ound at Thailand# 2ombodia# ,oas# &ietnam (. A*+I,A-IA BA/ / I # 1ound at &ietnam 5. A*+I,A-IA B 22A-IA/# 1ound at Indonesia 6. A*+I,A-IA B-A278A/T7A# 1ound at $alaysia 9. A*+I,A-IA 2+$I/GIA/A# 1ound at Indonesia# Philippines '0.A*+I,A-IA 1I,A-IA# 1ound at /uegini# 2hina ''.A*+I,A-IA G-A/%I1, -A# 1ound at 2hina '!.A*+I,A-IA 7I,ATA# 1ound at Indonesia# $alaysia '3.A*+I,A-IA :7A IA/A# 1ound at India '4.A*+I,A-IA $I2- 2APA# 1ound at Indonesia# $alaysia '".A*+I,A-IA - T-ATA# 1ound at $alaysia '(.A*+I,A-IA I/ / I # 1ound at 2hina Pokok gaharu hidup di kawasan tanah pamah sehingga ketinggian 5"0m dari aras laut dan memerlukan taburan huan dan kelembapan yang tinggi. Gaharu digunakan dalam industri minyak wangi# produk perubatan# perubatan Ayur;edic# malis keagamaan dan sebagainya. Permintaan untuk gaharu semakin tinggi walaupun pengeluaran semakin berkurangan menyebabkan harganya semakin meningkat setiap tahun. :ebanyakan gaharu dieksport kepada. pemborong<pemborong di ingapura# Timur Tengah# 7ongkong dan Taiwan. 7arganya boleh mencecah sehingga -$'4<'6 ribu sekilogram untuk gred %ouble uper. $alahan harga pasaran untuk minyak gaharu uga amat tinggi iaitu -$4" ribu=kg >kaedah penggredan kualiti kayu dan minyak masih belum dipiawaian dan bergantung kepada penual dan pembeli?. '
9

Latar Belakang Pokok Gaharu

Nov 02, 2015

Download

Documents

Pokok gaharu
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript

Latar Belakang Pokok Gaharu

Pokok Gaharu atau dikenali dalam Bahasa Ingris sebagai Agarwood adalah pokok dalam family Thymelaeceae. Pokok yang telah matang akan membesar sehingga 40 meter tinggi dan berdiameter 40cm. Pokok gaharu di hutan semulajadi mula mengeluarkan resin gaharu pada usia 20 hingga 45 tahun, bergantung pada ketahanan pokok dan tindakbalas kecederaan pokok.

Pokok gaharu amat diminati kerana dapat menghasilkan aroma yang wangi dan menyenangkan apabila dibakar kayunya. Mengikut data yang dikeluarkan pada Persidangan Gaharu Dunia pertama di Vietnam terdapat 16 spesis dari genus Aquilaria yang mempunyai nilai komersil yang tinggi.

BERIKUT ADALAH JENIS-JENIS AGRAWOOD MENGIKUT RANKING

1. AQUILARIA SUBINTEGRA, Found at Thailand2. AQUILARIA CRASSNA, Found at Thailand, Cambodia, Loas, Vietnam3. AQUILARIA MALACCENSIS, Found at Thailand, India, Indonesia4. AQUILARIA APICULATA, Found at Philippines5. AQUILARIA BAILLONIL, Found at Thailand, Combodia, Loas, Vietnam6. AQUILARIA BANEONSIS, Found at Vietnam7. AQUILARIA BECCARIAN, Found at Indonesia8. AQUILARIA BRACHYANTHA, Found at Malaysia9. AQUILARIA CUMINGIANA, Found at Indonesia, Philippines10.AQUILARIA FILARIA, Found at Nuegini, China11.AQUILARIA GRANDIFLORA, Found at China12.AQUILARIA HILATA, Found at Indonesia, Malaysia13.AQUILARIA KHASIANA, Found at India14.AQUILARIA MICROCAPA, Found at Indonesia, Malaysia15.AQUILARIA ROSTRATA, Found at Malaysia16.AQUILARIA SINENSIS, Found at China

Pokok gaharu hidup di kawasan tanah pamah sehingga ketinggian 750m dari aras laut dan memerlukan taburan hujan dan kelembapan yang tinggi. Gaharu digunakan dalam industri minyak wangi, produk perubatan, perubatan Ayurvedic, majlis keagamaan dan sebagainya.

Permintaan untuk gaharu semakin tinggi walaupun pengeluaran semakin berkurangan menyebabkan harganya semakin meningkat setiap tahun. Kebanyakan gaharu dieksport kepada. pemborong-pemborong di Singapura, Timur Tengah, Hongkong dan Taiwan.

Harganya boleh mencecah sehingga RM14-18 ribu sekilogram untuk gred Double Super. Malahan harga pasaran untuk minyak gaharu juga amat tinggi iaitu RM45 ribu/kg (kaedah penggredan kualiti kayu dan minyak masih belum dipiawaian dan bergantung kepada penjual dan pembeli).

Asia Tenggara mengeksport gaharu bernilai RM48.3 million ke Arab Saudi dan bekalan hanya memenuhi 20% daripada permintaan pasaran.

Buat masa ini, kebanyakkan gaharu dikeluarkan daripada hasil hutan dan amat terhad. Tanpa penanaman semula. spesis ini akan terus diancam kepupusan disebabkan aktiviti pengambilan gaharu.

Penanaman gaharu di Malaysia masih baru dan belum popular, tetapi di negara lain seperti Indonesia, Thailand dan Kemboja sudah lama diusahakan. Malah ia mendapat sokongan yang amat kuat daripada pihak agensi kerajaan mereka dari segi modal dan teknologi.

Keseluruhan pokok gaharu (batang, daun & akar) berguna dan dapat dikomensilkan.

Penanaman pokok gaharu sesuai dijalankan di tanah terbiar, kawasan rezab hutan simpan, kawasan pembalakan yang telah diterokai dan dijalankan secara pertanian hutan ladang dan diintegrasikan dengan pelbagai tanaman lain seperti herba dan tanaman komoditi.

Gaharu Products (Produk produk gaharu)

Produk yang boleh dihasilkan daripada gaharu :

1. Pure Agarwood Oil2. Agarwood Chips3. Agarwood Piece4. Agarwood Chunk5. Agarwood Crushing6. Agarwood Stuffing7. Agarwood Incense8. Agarwood Tea9. Agarwood Perfume10. Agarwood Soap11. Agarwood Lotion12. Agarwood Cream13. Agarwood Lip Balm14. Agarwood Candle15. Agarwood Shampoo16. Agarwood Conditioner

Jadual Gred di Pasaran Buat masa ini tiada gred yang seragam dan selalunya berbeza mengikut negeri. Berikut adalah gred yang dikeluarkan oleh JPSM dalam Bengkel Penyeragaman Penggredan Gaharu di Semenanjung Malaysia pada awal bulan Jun 2007 yang lalu di Kuala Lipis Pahang.GREDHarga (perkilogram)

Super ARM 25,000 ke atas

Gred ARM 20,000

Gred BRM 18,000

Gred CRM 15,000

Gred DRM 8,000

Gred ERM 3,000

Lain-lain GredRM 500 RM 1,000

Gred Kayu untuk MinyakRM 5 RM 100

Minyak GaharuRM 300 RM 350/ tola (12gm)

PENGURUSAN TANAMAN POKOK KARAS Pokok Karas sesuai ditanam di antara kawasan dataran rendah hingga ke pergunungan pada ketinggian 0 750 meter dari paras laut dengan purata taburan hujan kurang dari 2000cm. Suhu yang sesuai adalah antara 27C hingga 32C dengan kadar cahaya matahari sebanyak 70%. Kesesuaian tanah adalah jenis lembut dan liat berpasir dengan pH tanah antara 4.0 hingga 6.0. Biji benih yang berkualiti amat penting untuk tujuan pembenihan, selalunya pembenihan di lakukan oleh nurseri untuk menjamin bekalan benih tanaman dalam volume yang besar dan berkekalan. Buah karas dari jenis Aquilaria Malaccencis adalah berbentuk kapsul, 3.5 cm hingga 5 cm panjang, ovoid dan berwarna coklat. Kulitnya agak keras dan berbaldu. Mengandungi 3 hingga 4 biji benih bagi setiap buah. Penanaman boleh dilakukan di tanah-tanah persedirian, tanah terbiar, hutan simpan atau tanah kerajaan negeri melalui permohonan. Ia juga boleh ditanam di ladang kelapa sawit, ladang kopi dan kebun di bawah pokok-pokok yang lain yang berumur antara 5 8 tahun. Teknik tanaman secara sistem selang atau intergrasi dengan 2 atau lebih tanaman juga boleh dilakukan. Teknik dari pendekatan Agroforestry, Inter-row planting dan Hedge planting juga boleh dilakukan. Teknik menanam adalah dengan menggali lubang dalam jarak ukuran 6 kaki x 6 kaki, 10 kaki x 10 kaki, 10 kaki x 15 kaki dan sebagainya. Ia bergantung kepada teknik tanaman secara selang, intergrasi atau sebagainya. Anak pokok dikeluarkan dari politena bag dan dimasukkan ke dalam lubang yang digali dengan keluasan diameter dan kedalaman 0.5 meter. Tanah dipermukaan dipadatkan dengan tangan untuk memastikan akar bersentuhan rapat dengan tanah dan elakkan pengaliran air di permukaan (surface water). Kadar pembajaan tidak boleh melebihi 100 gm bagi tiap-tiap lubang iaitu dengan kadar baja NPK 15:15:15 sebayak 40 50 gm dan TSP sebanyak 40 50 gm semasa proses penanaman. Pokok-pokok karas yang ditanam perlu dibersihkan dari gangguan pokok lain sekitar 50 cm untuk mengelakkan persaingan hidup. Kerja kerja ini dilakukan dalam 2 3 kali setahun sehingga pokok berusia 5 tahun. Pengemburan 2 kali setahun adalah amat baik untuk memberi oksigen ke dalam tanah untuk melancarkan penyerapan makanan oleh pokok.ANTARA KOS PENJAGAAN ANAK POKOK :

1. BAJA KHAS POKOK GAHARU ( RAWATAN TANAH & KESUBURAN ANAK POKOK ) - RM 5 sekilo

2. BAJA ORGANIK ( PENGERASAN & KETAHANAN ANAK POKOK ) - RM 35 seliter ( 1:200 )

3. ANTI KULAT & SERANGAN SERANGGA PEROSAK - RM 25 seliter ( 1:400 )Anggaran Kos Penanaman dan Anggaran Pendapatan Tanaman Gaharu

Anggaran Kos Permulaan Penanaman bagi Seekar Tanah

1)Membersih tanah- RM500.002)Anak Pokok ukuran 3 kaki tinggi (RM7.50 x 430 pokok)- RM3225.00 3)Baja C.I.R.P (RM0.50 x 430 ketul)- RM215.00 @ Zeolite RM65 x 3 guni (RM195)4)Kos penanaman (RM1.00 x 430 pokok)- RM430.005)Sistem siraman (anggaran polypaip untuk seekar)- RM3500.006)Kayu penegak / buluh (RM0.50 x 430 batang)- RM215.00

JUMLAH- RM8,085.00

Anggaran Kos untuk 7 tahun Seekar Tanah

1)Kos penanaman awal- RM8,085.002)Pembajaan C.I.R.P (3 x 3 tahun x RM0.50 x 430 pokok)- RM1,935.003)Penjagaan / pembersihan kawasan (RM 200 x 7 tahun)- RM1,400.004)Kos suntikan/ inducement pada tahun ke - 5 (RM50 x 430 pokok)- RM21,500.005)Kos penebangan pokok dan kutipan hasi- RM3,500.006)Lain-lain kos (pagar / jagaan dsbnya)- RM5000.00

JUMLAH- RM41,420.00

GAHARU Anggaran Hasil

Anggaran hasil minimun RM 3,000.00 sepokok.

Seekar (43o pokok)- 100% RM 1,290,000.00- 50% RM 645,000.00

* (Satu ekar tanah boleh ditanam sebanyak 400 pokok atau 1000 pokok berdasarkan jarak penanaman. Jika ditanam dengan jarak 10 X 10 bilangan pokok yang boleh ditanam ialah 400 pokok. Jika jarak penanaman 6 X 6 bilangan pokok yang boleh ditanam ialah 1000 pokok.)TEKNOLOGI PENGHASILAN GAHARU Teknik inokulasi merupakan teknik menghasilkan gaharu pada pokok yang berusia 5 tahun ke atas atau diameternya mencapai 8 hingga 10 cm. Keadaan optimal perlu bersesuaian dengan batang dalam sekitar 5 cm. Setiap batang dibuat lubang dengan jarak anatara lubang sekitar 20 cm antara satu sama lain. Lubang disumbat dengan buluh atau poly paip untuk mengelakkan lubang tercantum. Selepas dimasukkan kulat ia ditutup dengan lilin, kayu dan sebagainya untuk mengelakkan air hujan masuk ke dalam lubang. Antara kulat yang digunakan ialah Furasium sp, Phytium sp, Lasiodiplodia sp, Libertela sp, Scytalidium dan Thielaviopsis sp. Gambar 1 : Proses inokulasi pokok karas

Gambar 2 : Contoh kulat/bakteria yang digunakan dalam inokulasi

INDUSTRI PEMPROSESAN GAHARUTerbahagi kepada dua;1. Industri Pemprosesan Kepingan Gaharu. Teras di dalam pokok akan diambil setelah pokok ditebang dan dipotong mengikut bentuk dan saiz resin yang terjadi. Proses yang dipanggil mencuci biasanya akan dilakukan di rumah atau kilang kerana ia mengambil masa yang agak lama. Ia adalah proses membuang sisa kayu dari resin gaharu sehingga ia bersih dan kering. Gaharu yang siap diproses akan menjadi kepingan dan habuk dan akan digred mengikut saiz, bentuk, warna, bau Gaharu ini akan dijual kepada pekedai atau pengeksport. Kepingan gaharu ini digunakan secara dibakar untuk mendapatkan aromanya. Kebanyakan kerja-kerja mencari dan mencuci gaharu dilakukan oleh orang asli dan penduduk melayu yang tinggal di pingir-pinggir hutan (Kajian Unit Ekonomi Hutan). Biasanya harga yang ditawarkan oleh peraih agak murah kerana kuasa ekonomi mereka dan dijual semula dengan harga yang jauh lebih tinggi. Gambar3 : Kayu gaharu yang siap diproses bersih (mencuci) menjadi kepingan dan sedia untuk dipasarkan.

Gambar 4 : Ketulan gaharu yang bernilai tinggi

2. Industri Memproses Minyak Gaharu Selain gaharu yang dijual secara kepingan dan abu, ia juga diproses untuk dijadikan minyak. Menurut data dari Jabatan Perhutanan, terdapat 12 buah kilang di semenanjung Malaysia pada tahun 2007. Ia terbahagi kepada industri berskala kecil dan besar. Kebiasaan skala kecil mempunyai kurang dari 10 unit dapur dan diusahakan sendiri. Manakala, pada skala besar meraka mempunyai anatara 10 80 dapur dan akan mengupah pekerja seramai 2 3 orang atau lebih. Mereka juga memerlukan kayu gaharu sehingga 500 kg sebulan bagi menampung permintaan minyak gaharu.

Gambar 5 : Mesin pengisar kayu gaharu

Gambar 6 : Proses memeram sebelum kayu dimasak

Gambar 6 : Minyak gaharu yang terhasil dari proses penyulingan.

Artikel :Minyak Gaharu Beri Hasil Lumayan - Kekurangan bahan mentah halangan utama pengusaha industri Petikan dari Berita Harian

PEKAN, MALAYSIA: Perusahaan menghasilkan minyak daripada pokok gaharu atau karas (Aquilaris Malascenses) yang digunakan untuk membuat pewangi sebelum ini, ternyata begitu asing bagi penduduk negara ini.

Bagaimanapun, perusahaan itu kini mula bercambah walaupun tidak terlalu menyerlah kerana kesukaran mendapatkan bahan utama iaitu teras pokok karas yang dijual antara RM1,000 hingga RM18,000 sekilogram.

Teras pokok karas berwarna hitam hanya diperoleh daripada pokok matang dan proses mengambilnya memerlukan kepakaran yang boleh dilakukan oleh individu terlatih saja.

Menyedari pulangan lumayan daripada perusahaan itu, Sarina Hussem, 27, dan suaminya, Sakree Salaemae, 39, mengusahakan pengeluaran minyak karas sejak 12 tahun lalu.

Sarina yang mempunyai dua kilang memproses minyak gaharu iaitu di Pekan, Pahang dan Kemboja berkata, kilangnya di Malaysia mampu mengeluarkan kira-kira 10 kilogram minyak gaharu gred A, sebulan.

Untuk menghasilkan minyak, teras gaharu perlu diracik dan dihancurkan menggunakan mesin sebelum diperam selama seminggu.

Habuk kayu yang diperam kemudian diasingkan sebelum diwapkan selama seminggu sehingga mengeluarkan minyak, katanya.

Beliau berkata, warna minyak yang dihasilkan bergantung kepada kualiti kayu gaharu yang diperoleh, warna hitam adalah yang terbaik berbanding jernih kekuningan.

Sarina berkata, beliau menggunakan tiga pekerja untuk menguruskan dan melakukan semua proses di kilangnya dan minyak yang dihasilkan akan dihantar ke pejabatnya di Kuala Lumpur.

"Sehingga kini permintaan terhadap minyak gaharu yang dihasilkan mendapat permintaan menggalakkan daripada pengeluar minyak wangi di Arab Saudi, Dubai, Qatar, Bahrin dan Kuwait.

"Saya hanya mampu mengeluarkan kira-kira 10 kilogram sebulan minyak gaharu gred A yang dijual pada harga RM350 bagi 12 gram atau tola istilah digunakan peniaga Arab Saudi," katanya.

Katanya, permintaan minyak gaharu begitu menggalakkan, tetapi pihaknya tidak dapat memenuhi berikutan bekalan kayu gaharu yang terhad.4