LAPORAN SENAMROBIK SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT LINTANG, MELAKA Pada 10 Julai 2012 bersamaan hari Selasa yang lalu, telah diadakan Program Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia. Program ini berlangsung selama 30 minit yang melibatkan semua warga sekolah iaitu semua guru, murid-murid dan staf sokongan. Senamrobik di sekolah ini, bertujuan bagi memupuk gaya hidup sihat dan cergas. Matlamat program ini adalah melahirkan generasi muda yang cergas dan sihat. Selain itu, dapat membina keyakinan diri murid agar tidak malu dalam melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti kecergasan seperti senamrobik dan sukan. Terdapat beberapa objektif di dalam program ini iaitu menggalakkan murid untuk mempraktikkan gaya hidup sihat, mengeratkan silaturrahim antara murid dan guru dan dapat melahirkan murid-murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial. Sebelum program ini berlangsung, saya dan rakan berbincang dengan pihak pentadbir sekolah untuk mengendalikan program ini. Pihak pentadbir memberi kepercayaan kepada kami berdua untuk mengendalikan program ini. Satu mesyuarat mengenai program senamrobik ini telah diadakan bagi melantik ahli jawatankuasa. Kerjasama guru-guru amat kami harapkan untuk sama-sama menjayakan program ini. Selepas berbincang dan melantik ahli jawatankuasa, kami membuat kertas kerja dan buku program. Selain warga sekolah, kami juga turut menjemput ibubapa/PIBG untuk turut serta di dalam program ini.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.