LAPORAN PROJEK IDEA’21 SECARA DALAM TALIAN (ONLINE) TAJUK: PAM ANGIN DARIPADA PEMAMPAT PETI SEJUK TERPAKAI (BIDANG MEKANIKAL) PESERTA NAMA NO K/P KETUA/PENYELIA NASRUL HAKIM BIN ZAKARIA XXXXXX – XX – XXXX AHLI 1 MOHAMAD DANIAL IRFAN BIN ISMAIL XXXXXX – XX – XXXX AHLI 2 MUHAMMAD FIRDAUS BIN KHALID XXXXXX – XX – XXXX NAMA INSTITUT: SMK BERA BANDAR 32, 28300 TRIANG PAHANG.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
LAPORAN PROJEK IDEA’21
SECARA DALAM TALIAN (ONLINE)
TAJUK:
PAM ANGIN DARIPADA PEMAMPAT PETI SEJUK TERPAKAI (BIDANG MEKANIKAL)
PESERTA NAMA NO K/P
KETUA/PENYELIA
NASRUL HAKIM BIN ZAKARIA XXXXXX – XX – XXXX
AHLI 1 MOHAMAD DANIAL IRFAN BIN ISMAIL
XXXXXX – XX – XXXX
AHLI 2 MUHAMMAD FIRDAUS BIN KHALID
XXXXXX – XX – XXXX
NAMA INSTITUT:
SMK BERA BANDAR 32, 28300 TRIANG PAHANG.
1
ISI KANDUNGAN
LAPORAN PROJEK REKA CIPTA/ INOVASI
BIL PERKARA MUKA SURAT
1 SINOPSIS / RINGKASAN PROJEK 2
2 PENGENALAN / LATAR BELAKANG 3
3 OBJEKTIF REKA CIPTA/INOVASI 4
4 KUMPULAN SASARAN DAN SKOP LIPUTAN 4
5
METADOLOGI DAN PROSES PELAKSANAAN i) Peralatan / Mesin yang digunapakai ii) Senarai Komponen / Bahan yang Terlibat iii) Reka Bentuk / Lakaran / Simulasi / CAD iv) Pemasangan /Penghasilan v) Perbandingan Proses Sebelum dan Selepas
4 – 7
6
APLIKASI KREATIVITI & INOVASI i) Produk / Projek; atau ii) Proses; atau iii) Penggunaan Teknologi IR4.0
8
7 IMPAK REKA CIPTA / INOVASI TERHADAP KUMPULAN SASARAN 9
8 PENGIKTIRAFAN YANG DITERIMA (JIKA ADA) 9
9 SUMBER DAN IMPLIKASI KEWANGAN (JIKA ADA) 9
10 RUMUSAN DAN PENUTUP 9
11
LAMPIRAN (APPENDIX) i) Lukisan Teknikal ii) Graf iii) Testimonial iv) Gambar dan Sebagainya
10
2
SINOPSIS/ RINGKASAN PROJEK
Projek ini bertajuk Pam Angin Daripada Pemampat Peti Sejuk Terpakai adalah
satu idea menjadikan pemampat peti sejuk yang tidak digunakan lagi kepada produk
lain yang bermanfaat. Situasi pada hari ini di mana banyak peti sejuk yang telah
rosak terus dibuang begitu sahaja atau di jual ke kedai – kedai besi buruk.
Walaubagaimanapun terdapat komponen peti sejuk yang boleh digunapakai
menjadi produk lain yang lebih berfaedah.
Dalam projek ini kami telah mengambil komponen pemampat peti sejuk untuk
dijadikan pam angin menggunakan kuasa elektrik. Pam angin ini boleh digunakan
untuk mengepam tayar basikal, kereta dan motosikal. Malah boleh juga digunakan
untuk mengepam bola, pelampung atau kolam kanak – kanak.
Kami menggunakan hampir 90 % barang kitar semula dalam projek ini. Ia boleh
digunakan di mana sahaja asalkan ada bekalan elektrik. Fokus utama kami adalah
untuk kegunaan warga sekolah yang mengalami masalah tayar kenderaan pancit
atau kurang angin. Penghasilan projek ini mengambil masa 3 hari untuk di siapkan.
3
PENGENALAN / LATAR BELAKANG
Nama kumpulan kami ialah Vor-Tex yang ditubuhkan pada 20.1.2021. Ahli kumpulan
kami terdiri daripada Mohamad Danial Irfan Bin Ismail sebagai ketua kumpulan dan
Muhammad Firdaus Bin Khalid sebagai ahli. Kami diselia oleh guru pembimbing iaitu
En Nasrul Hakim Bin Zakaria. Kami merupakan pelajar Tingkatan 5 SMK Bera
Bandar 32 yang mengambil jurusan Pendidikan Vokasional Menengah Atas (PVMA)
dalam bidang Penyejukan & Penyamanan Udara.
Visi kumpulan kami ialah Peneraju Kreativiti & Inovasi Melalui Kemahiran dengan
misi melahirkan produk kreatif, inovatif dan mesra alam untuk faedah warga sekolah
dan masyarakat.
Maklumat Kumpulan
Nama Kumpulan Vor - Tex
Logo
Penyelia/Guru Pembimbing
(En Nasrul Hakim Bin Zakaria)
Ketua Kumpulan
(Mohamad Danial Irfan Bin Ismail)
Ahli Kumpulan
(Muhammad Firdaus Bin Khalid)
4
OBJEKTIF REKA CIPTA / INOVASI
Objektif projek ini ialah :
a) Membantu warga sekolah yang mengalami masalah tayar kenderaan pancit
atau kurang angin.
b) Menggalakkan penggunaan barang kitar semula bagi mengekalkan
kelestarian alam sekitar.
c) Mencungkil bakat dan kreativiti pelajar melalui kemahiran.
KUMPULAN SASARAN DAN SKOP LIPUTAN
Kumpulan sasaran utama projek ini adalah kepada semua pengguna kenderaan
jalan raya. Sebagai permulaan dan ujian lapangan ia digunakan untuk kegunaan
guru, pelajar dan kakitangan sekolah yang mengalami masalah tayar pancit atau
kurang angin.
Selain itu, projek ini juga disasarkan untuk digunakan semasa aktiviti kokurikulum,
aktiviti luar bilik darjah dan Hari Sukan Tahunan sekolah.
METADOLOGI DAN PROSES PELAKSANAAN
i) Peralatan / Mesin yang digunapakai
a. Mapp Gass
b. Playar
5
ii) Senarai Komponen / Bahan yang Terlibat
a. Rod silfos
b. Injap servis 1/4inci
c. Bolt & Nat M8 (L = 5cm)
d. Bolt & Nat M10 (L = 25cm)
e. Paip PVC
f. Plywood 12mm
g. Hos angin
h. Pam Adapter
i. Plug 13A
j. Wayar 3-core
iii) Reka Bentuk / Lakaran / Simulasi / CAD
Lakaran projek pam angin dari pemampat peti sejuk.
6
iv) Pemasangan / Penghasilan
Projek ini melibatkan beberapa langkah kerja seperti berikut:
Bil Aktiviti Langkah Kerja
1
Menanggalkan pemampat dari peti sejuk
terpakai.
a) Tanggalkan penakung air.
b) Cabut semua pendawaian pada
pemampat.
c) Panaskan saluran nyahcas dan
saluran sedutan untuk
menanggalkan pemampat dari peti
sejuk.
d) Buka bolt dan nat pada tapak
pemampat peti sejuk.
2
Memasang injap servis pada saluran
sedutan dan saluran nyahcas.
a) Pasang injap servis pada kedua –
dua saluran .
7
3
Memotong plywood untuk tapak.
a) Potong plywood menggunakan
gergaji kayu atau jigsaw dengan
ukuran 24cm x 21cm.
b) Membuat lubang untuk bolt dan
nat sebanyak 4.
4
Memasang bolt dan pemegang.
a) Pasang bolt dan nat M8 untuk
tapak dan M10 untuk pemegang.
b) Potong paip pvc sepanjang 23cm
dan buat lubang saiz M10.
5
Membuat pendawaian.
a) Sambung pendawaian ke terminal
pemampat seperti berikut:
Terminal E (Hijau) – Body
Terminal N (Biru) – Starter
Terminal L (Coklat) – Overload
v) Perbandingan Proses Sebelum dan Selepas (JIKA ADA)
-TIADA-
8
APLIKASI KREATIVITI & INOVASI
i) Produk / Projek; atau
ii) Proses; atau
iii) Penggunaan Teknologi IR4.0
Aplikasi projek ini sebagai pam angin ditunjukkan dalam rajah di bawah. Oleh kerana
ia mudah alih maka ia boleh dibawa ke mana –mana . Pam ini menggunakan kuasa
elekrik 240V. Bagi kegunaan pelampung atau bola, pin hendaklah digunakan
bersama – sama dengan pam adapter.
Aplikasi pam angin pada
kereta, motosikal dan basikal.
Aplikasi pam angin pada
kolam kanak – kanak, bola
dan pelampung.
9
IMPAK REKA CIPTA / INOVASI TERHADAP KUMPULAN SASARAN
Projek ini dapat membantu kumpulan sasaran iaitu warga sekolah yang mengalami
masalah tayar pancit atau kurang angin untuk mengepam tayar. Dalam kes
kecemasan di mana bengkel atau stesen minyak jauh dari sekolah, projek ini dapat
membantu kumpulan sasaran dalam kecemasan sebelum ke bengkel untuk
baikpulih.
PENGIKTIRAFAN YANG DITERIMA (JIKA ADA)
-TIADA-
SUMBER DAN IMPLIKASI KEWANGAN (JIKA ADA)
Dalam projek ini bahan yang dibeli adalah seperti di bawah manakala peralatan atau
bahan lain diperolehi dari produk terpakai atau yang sediada di bengkel.
Bil Bahan Kos/Unit Kuantiti Jumlah (RM)
1 Bolt & nat M10 3.80 2 7.60
2 Bolt & nat M8 2.80 2 5.60
3 Injap servis 1/4"in 3.60 2 7.20
JUMLAH BESAR 20.40
RUMUSAN DAN PENUTUP
Sebagai kesimpulannya projek ini adalah permulaan bagi Kumpulan Vor – Tex
dalam menceburi bidang reka cipta dan inovasi. Projek ini dapat mengetengahkan
idea kami untuk menghasilkan satu produk lain yang berfaedah daripada peti sejuk
terpakai yang tidak digunakan lagi . Diharap dengan projek ini, dapat memudahkan
warga sekolah yang memerlukan pam angin untuk kegunaan sebagai pam tayar