PENGHARGAAN
Saya (MUHAMMAH KHUZAIFAH BIN AZLI, BPKA 2011-0074) pelatih
Pembantu Kesihatan Awam melahirkan rasa syukur kepada Ilahi kerana
atas limpah dan kurnianya dapat saya menyiapkan laporan bagi Peta
Kawasan Operasi ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada
kepada Unit Bekalan Air Dan Kebersihan Alam Sekeliling (BAKAS),
Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Perak, Perak Darul Ridzuan, PPKP U36
Tn Hj Mohammad Ridzuan b. Mohd Amin, PPKP U29 Mohree bin Mokhtar,
PKAK U22 En Azni Bin Piai dan juga seluruh anggota unit bakas
kerana banyak memberikan tunjuk ajar selama saya berusaha
menyiapkan laporan ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada kepada Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Perak yang telah
memberi peluang kepada saya untuk mengikuti pelbagai program yang
telah dianjurkan oleh unit BAKAS, dengan adanya peluang ini sedikit
sebanyak dapat memberikan kami pengalaman sebelum melangkah ke alam
pekerjaaan kelak Tidak lupa juga kepada penduduk Kampung Air Jada
kerana sudi memberikan kerjasama dan sedikit informasi ketika
menjalankan aktiviti bancian. Akhir kata saya sekali lagi
mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat yang
telah banyak mencurahkan ilmu pengetahuan dan memberi tunjuk ajar
kepada saya. SEKIAN TERIMA KASIH
1
1. PENGENALAN
1.1 LATAR BELAKANG KAWASAN OPERASI (TOPOGRAFI) NEGERI PERAK
Negeri Perak merupakan negeri yang mempunyai keluasan seluas 21,005
km dan mempunyai 9 buah daerah iaitu Daerah Hulu Perak, Daerah
Kuala Kangsar, Daerah Larut Matang & Selama, Daerah Kerian,
Daerah Kinta, Daerah Perak Tengah, Daerah Manjung, Daerah Hilir
Perak dan Daerah Batang Padang.
DAERAH HULU PERAK Daerah Hulu Perak merupakan daerah yang
terbesar di negeri perak dengan keluasan kawasan 656,044 hektar
iaitu 31.2% dari keluasan negeri perak bersamaan dengan 6,563.5 km
persegi atau bersamaan juga 2,533 batu persegi dan 446,000 hektar
adalah hutan simpan kekal.
Lokasi Hulu Perak adalah seperti berikut: Utara Sempadan
Antarabangsa Thailand Barat Negeri Kedah Darul Aman Timur Negeri
Kelantan Darul Naim Selatan - Daerah Kuala Kangsar
Mukim Kenering memiliki bentuk muka bumi bukit-bukau dan kawasan
berpasir kerana berdekatan dengan sungai kerana kebanyakkan kampung
kampung di mukim ini adalah berdekatan dengan sungai. Disebabkan
oleh bentuk muka buminya yang berbukit bukit dengan iklim
khatulistiwa disamping bertanah rata, bentuk muka bumi ini
membolehkan pelbagai sektor pertanian dijalankan. Getah dan kelapa
sawit merupakan sumber ekonomi utama penduduk2
Pentadbiran Daerah Hulu Perak adalah dibahagikan mengikut
berikut: Kampong Mukim Daerah kecil Majlis Daerah
Daerah Hulu Perak dibahagikan kepada 10 Mukim iaitu: Mukim Gerik
Mukim Kenering Mukim Temenggor Mukim Belum Mukim Kerunai Mukim
Pengkalan Hulu Mukim Belukar Semang Mukim Lenggong Mukim Temelong
Mukim Durian Pipit
Mukim Kenering merupakan antara 3 mukim utama di daerah Hulu
Perak, dengan keluasan 84,433.6 hektar. Terdapat beberapa kampung
di daerah Mukim Kenering iaitu:
Kampung Lawin Kampung Malau Kampung Belum Baru Kampung Rancangan
Merah Kampung Sawa Kampung Air Jada Felda Lawin Selatan3
Felda Pepalut RPS Air Dala (OA)
1.2 TABURAN PENDUDUK (DEMOGRAFI) Mukim Kenering yang juga antara
3 mukim utama bagi daerah Hulu Perak dianggarkan mempunyai 21,120
orang populasi penduduk dengan 9 buah kampung. Dari segi keadaan
ekonomi pula hampir kebanyakan penduduk dimukim ini terlibat di
dalam sektor pertanian, iaitu dalam getah, kelapa sawit dan
pisang.
BIL. 1 2 3 4 5 6 7 8 9
NAMA LOKALITI KAMPUNG LAWIN KAMPUNG MALAU KAMPUNG BELUM BARU
KAMPUNG RANCANGAN MERAH KAMPUNG SAWA KAMPUNG AIR JADA FELDA LAWIN
SELATAN FELDA PEPALUT RPS AIR DALA (OA) KG. SG. SAROK KG. SG.
UNTONG KG. SG. URAT KG. SG. MELELA 1 KG. BUKIT NANGKA KG. SG.
MALELA 2 KG. SG. TENGAH JUMLAH
BIL. RUMAH 31 82 104 37 152 39 264 158
BILANGAN PENDUDUK 129 406 277 215 729 159 1670 886
3502
16625
4368
21120
4
1.3 KEMUDAHAN ASAS DALAM KAWASAN OPERASI Kemudahan Kesihatan
Klinik Kesihatan Lawin Klinik Kesihatan Ibu dan anak Lawin
Kemudahan Pendidikan Sekolah Kebangsaan Lawin Sekolah Menengah
Kebangsaan Lawin Sekolah Menengah Kebangsaan Kenering Sekolah
Menengah Kenering Tabika Kemas Permata
Kemudahan Awam Perpustakaan Awam Lawin Stesyen Minyak (shell)
Lawin
1.4 KUMPULAN ETNIK Terdapat sebanyak 9 Buah Kampung di mukim
Kenering dan majoritinya adalah orang asli sebanyak 16,652 dan
diikuti pula kaum melayu dengan seramai 4425 sebagai kedua
tertinggi dan selebihnya adalah kaum cina dan india. Selain itu
terdapat juga pendatang asing seperti orang siam, Indonesia dan
lain lain lagi yang tinggal di kawasan ini bagi bekerja di
ladang.
5
2. OBJEKTIF
2.1 OBJEKTIF UMUM : Memberi pengetahuan kepada PKA pelatih bagi
membiasakan diri membuat peta lakar sebelum bekerja. Memberi
pengetahuan kepada pelatih mempelajari teknik membuat peta lakar
dengan lebih tepat. Bagi membiasakan pelatih PKA untuk membiasakan
diri untuk berjumpa dengan masyarakat. Bagi mengenalpasti
kemudahan, infrastruktur dan pascarana sesebuah
kawasan.
2.2 OBJEKTIF KHUSUS : Bagi mengetahui sempadan dan had kawasan
dalam menjalankan kerja kerja operasi dalam sesuatu kawasan.
Memudahkan dalam merancang sesuatu kerja kerja operasi pada suatu
kawasan terutama apabila berlaku wabak dan segala aktiviti dengan
adanya peta kawasan operasi dan maklumat maklumat asas yg sedia ada
bagi kawasan tersebut. Untuk mengetahui jumlah kepadatan penduduk
sesebuah kawasan, kemudahan, infrastruktur dan pascarana sesebuah
kawasan.
6
Untuk mengetahui tahap pencapaian pembinaan tandas curah dan
penerimaan bekalan air dan mengetahui sama ada setiap rumah
memiliki tandas curah dan bekalan air. Mengetahui teknik dan
prosedur yang tepat bagi membuat peta kawasan operasi disamping
mengetahu peranan PKA unit BAKAS
7
3.PEMERIKSAAN
3.1 PENCAPAIAN AKTIVITI KESIHATAN DALAM KAWASAN OPERASI Di
Daerah Hulu Perak, terdapat beberapa aktiviti kesihatan yang telah
dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Hulu Perak bagi memastikan tahap
kesihatan penduduk dan masyarakat disini dalam keadaan yang optimum
terutama di kalangan masyarakat yang berada di pendalaman seperti
masyarakat orang asli. Oleh itu pihak Pejabat Kesiahatan Hulu Perak
telah pun menubuhkan antaranya Mobile Team team yang mana ahlinya
terdiri daripada jururawat masyarakat dan pembantu perubatan.fungsi
pasukan tersebut ditubuhkan adalah untuk memastikan kesihatan
masyarakat orang asli terjamin. Selain itu Unit Bakas juga
merupakan antara unit yang terpenting bagi aktiviti kesihatan yang
berkaitan alam sekeliling. Unit ini juga bertindak sebagai penyedia
dan memberi kemudahan asas kepada masyarakat dan penduduk pada
sesebuah kawasan operasi. Antara aktiviti yang telah dijalankan
olek Unit BAKAS ialah: Sistem bekalan air gravity(GFS) Subsidi
Tandas Curah Sistem Pelupusan sisa pepejal (SPSP) Sistem pelupusan
Air limbah (SPAL) Projek bekalan air LAP KKM Bagi memastikan
kelicinan dan kelancaran aktivi bagi sesebuah projek, setiap
perjalanan bagi sesebuah projek terlebih dahulu akan dirangka bagi
mengelakan pertindihan dan masalah yang tak dijangaka semasa projek
di jalankan.
8
3.2 HURAIAN AKTIVITI KESIHATAN BERDASARKAN GRAF Berikut adalah
senarai aktiviti bagi unit BAKAS iaitu dari sudut sasaran dan
pencapaian dalam tempoh lima tahun.
AKTIVITI KESIHATAN 2007 S TANDAS CURAH 25 20 P 25 20 2008 S 10
20 P 10 20
TAHUN 2009 S 20 20 P 20 20 2010 S 10 10 P 10 10 2011 S 0 P 0
SPAL (KKM)
SAMBUNGAN PAIP LAP (KKM) S Sasaran P - Pencapaian
23
23
20
20
35
35
10
10
45 45
9
HURAIAN AKTIVITI KESIHATAN (PENJADUALAN GRAF)
1. Pembinaan Tandas Curah
BILANGAN
TANDAS CURAH
TAHUN
Tandas yang sanitari adalah satu kemudahan asas yang disasarkan
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terhadap semua rumah di
kawasan luar bandar melalui Program BAKAS di mana di bawah program
ini kemudahan tandas sanitari bersubsidi disediakan kepada pemohon
yang layak di kawasan luar bandar.
10
Tandas Sanitari ialah satu bentuk tandas yang penggunaannya
dapat mencegah kejadian penyakit berjangkit bawaan air seperti
Kolera, Disentri dan seumpamanya. Ianya terdiri daripada komponen
rumah tandas, lantai dan mangkuk tandas, paip penyambung dan lubang
najis serta penutup lubang najis. Di bawah program BAKAS,
kebanyakan tandas sanitari yang dibina adalah dari jenis tandas
curah. Kementerian Kesihatan Malaysia berhasrat memastikan semua
kemudahan yang dibekalkan dapat digunakan secara berterusan oleh
penduduk bagi menjaga kebersihan alam sekeliling dan seterusnya
mencapai matlamat pengawalan penyakit bawaan air. Berdasarkan pada
plot graf di atas, sebanyak 65 buah tandas curah telah dibina bagi
tempoh lima tahun tersebut. Pada tahun 2007 sebanyak 25 buah tandas
curah telah dibina dan ini merupakan jumlah yang teringgi kerana
pada tahun tersebut rumah yang memiliki tandas adalah kurang,
disebabkan oleh pembinaan tandas yang tinggi pada tahun 2007, pada
tahun 2008 pula jumlah tersebut berkurang kepada sepuluh kerana
hampir kebanyakkan rumah pada waktu itu telah memiliki tandas
curah. Pada tahun 2009 pula, jumlah bagi pembinaan adalah meningkat
kerana permintaan daripada masyarakat sendiri dan selain dari
peruntukan dari kerajaan sendiri. Pada tahun 2010 pula jumlah
tersebut menurun kerana kerana disebabkan kebanyakkan rumah telah
memiliki tandas curah dan mendapat peruntukan yang kurang oleh
kerajaan pada waktu itu. Pada tahun 2011 pula pembinaan tandas
curah mula diambil alih oleh pihak kontraktor. wabak
11
2. Pembinaan Sistem Pelupusan Air Limbah.
SPAL
Sistem Pengurusan Air Limbah (SPAL) adalah merupakan salah satu
komponen projek utama di bawah Program Bekalan Air & Kebersihan
Alam Sekeliling (BAKAS) yang bertujuan untuk memastikan sistem
perlimbahan di kawasan luar bandar adalah baik dan memuaskan.
Tujuan utamanya adalah untuk mengurangkan kejadian
penyakit berjangkit yang berpunca akibat pengurusan sisa
perlimbahan yang tidak sempurna. SPAL terdiri daripada beberapa
komponen utama iaitu paip saluran, penapis kotak SPAL, lubang
resapan dan kotak turasan media.
12
Perlaksanaan SPAL pada masa sekarang adalah melalui beberapa
kaedah yang disesuaikan mengikut keadaan semasa di persekitaran
rumah dan kampung. Sistem yang dibangunkan pula adalah merupakan
sistem yang ringkas dan berkos rendah yang digunakan untuk sesebuah
rumah sahaja. Pada tahun 2007 hingga 2010 jumlah pelaksanaan adalah
sama iaitu 20 pada setiap tahun kerana disebabkan oleh permohonan
yang kurang dan peruntukan yang kurang dari kerajaan. Selain itu
mungkin juga disebabkan oleh kawasan pada sesebuah tempat, seperti
kawasan yang berpasir menyebabkan air limbah merasap masuk ke dalam
tanah. Pada tahun 2011 pula projek tiada disebabkan oleh tiada
peruntukan oleh kerajaan disamping tiada permohonan baru.
13
3. Sambungan Paip LAP KKM
Penyambungan Paip LAP KKM
Penyambungan paip air LAP KKM adalah sebagai salah satu
alternatif untuk memastikan pengguna luar bandar mendapat kemudahan
bekalan air yang bersih dan selamat. Dengan adanya sistem ini, maka
tahap kebersihan dan kualiti serta keselamatan air adalah sama
dengan bekalan air awam yang sedia ada. Tujuan utama pengenalan
program paip LAP/KKM ini adalah untuk mengatasi masalah penyakit
berjangkit bawaan air terutamanya kepada penduduk luar bandar.
Keadaan sering terjadi di mana bagi sesetengah rumah yang
penduduknya tidak mampu untuk menyambung bekalan paip air awam
meskipun di kawasan tersebut sudah terdapat kemudahan bekalan air
paip awam dari PBA. Pihak KKM juga mempunyai skim bantuan berbentuk
peralatan paip dan penyambungan untuk diberikan kepada masyarakat
kampung di luar bandar supaya mereka dapat bekalan air terus14
daripada paip utama LAP, justeru air yang digunakan oleh mereka
adalah terjamin bersih dan selamat. Berdasarkan pada carta graf di
atas pada tahun 2007 sebanyak 23 penyambungan telah dilakukan dan
pada tahun 2008 pula sebanyak 20 penyambungan telah dilakukan. Pada
tahun 2008 jumlah tersebut menurun mungkin disebabkan oleh pada
tahun sebelumnya jumlah penyambungan telah banyak dilakukan
disamping kurang permohonan baru pada tahun 2008 berbanding pada
tahun 2007. Pada tahun 2009 pula jumlah penyambungan meningkat
sebanyak 35 mungkin kerana disebabkan oleh subsidi kerajaan yang
banyak disamping pihak dari LAP sendiri telah meluaskan kawasan
bagi sambungan paip utama ke kawasan pendalam. Pada tahun 2010
jumlah tersebut berkurang kepada 10 sahaja disebabkan kebanyakan
rumah telah mendapat sambungan paip pada tahun 2009 dan juga
disebabkan kekurangan peruntukan dari pihak kementerian (KKM).
15
4. MASALAH DAN CADANGAN
4.1 MASALAH YANG TIMBUL SEMASA MENYEDIAKAN PETA KAWASAN OPERASI
Semasa menjalankan tugas dalam membanci bagi membuat peta lakar
bagi kawasan operasi, terdapat beberapa masalah yang timbul
seperti: Ketika membuat bancian, terdapat rumah yang kosong kerana
tuan rumah pergi bekerja. Keadaan cuaca yang tidak menentu seperti
hujan menyebabkan aktiviti bancian ditangguhkan. Peta operasi sedia
ada yang tidak dinaik taraf menyukarkan pelatih untuk menjadikan
peta tersebut sebagai rujukan. Kehadiran anjing liar menyukarkan
aktiviti ini dilakukan. Segelintir penduduk kampung dan warga asing
yang enggan memberikan kerjasama.
16
4.2 BERIKUT ADALAH CADANGAN PENAMBAHBAIKAN DAN LANGKAH UNTUK
MENGATASI MASALAH Pergi ke kawasan operasi pada waktu yang
bersesuaian. Peta Kawasan operasi perlulah disimpan dengan kemas
dan sentiasa kemaskini kawasan tersebut. Memperkenalkan masyarakat.
Bersedia terlebih dahulu di pejabat sebelum pergi ke lapangan bagi
mengelakan masalah. diri terlebih dahulu dan memberitahu tujuan
kepada
17
5. KESIMPULANSebagai kesimpulannya Peta Operasi merupakan suatu
perkara yang amat penting bagi seseorang Pembantu Kesihatan Awam
bagi memastikan setiap aktiviti berkaitan unit seperti aktiviti
Sistem Pelupusan Air Limbah, Gravity Feed Syatem dan lain lain lagi
dapat berjalan dengan lancar. Jika dilihat pada kawasan Kg Air
Jada, taraf kesihatan di kawasan tersebut dalam keadaan baik kerana
kemudahan seperti Tandas curah, sambungan paip dan lain lain
kemudahan lain hampir mencapai 100%. Kemudaahan kesihatan seperti
BFMP dan sampel darah filariasis turut kerap dilakukan di kawasa
tersebut bagi mengelakan penduduk tersebut dari penyakit malaria
dan denggi. Kehadiran Unit Promosi Kesihatan pada kawasan tersebut
dapat memastikan masyarakat di kampung tersebut sentiasa mengetahui
dan berpengetahuan akan penyakit penyakit dan cara pencegahanya.
Penyediaan Peta Kawasan Operasi ini juga dapat memenuhi hasrat
Kementerian Kesihatan Malaysia dalam memenuhi visi dan misi bagi
melaksanakan program kesihatan terutama pada kawasan luar bandar
disamping menjadi kayu ukur bagi keprihatinan dan kecekapan
Pembantu Kesihatan Awan dalam menjalankan tanggung jawab dan amanah
mereka. Namun jika dilihat dari sudut yang lain, tujuan membuat
peta operasi ini adalah ianya dapat membuatkan seseorang Pembantu
Kesihatan Awam itu sendiri mengenali dan memahami masyarakat di
bawah kawasan mereka, mengakrabkan hubungan mereka dan mewujudkan
sikap yang berkerjasama disamping mampu membuatkan pandangan yang
baik antara masyarakat terhadap pihak Kementerian Kesihatan
Malaysia.
18
LAMPIRAN
Peta Negeri Perak
19
20
KAWASAN KAMPUNG AIR JADA
21