MOHAMAD BUDRIZ IDAIE BIN NAZRI 921121-03-5629 T3 S1 MU1 Orchestra Cina Saya telah pergi menonton pertandingan orchestra cina pada yang bertempat di Gurney Plaza. Ini merupakan pertandingan bagi sekolah-sekolah di Pulau Pinang. Banyak yang dapat saya lihat melalui persembahan ini. Orchestra cina menggabungkan elemen China dan Barat. Walaupun orchestra ini menggunakan alat tradisional Cina namun alat muzik barat seperli ‘cello’ dan ‘double bass’ juga digunakan. Orkestra ini menggunakan gubahan lagu-lagu tradisional cina dan lagu rakyat Melayu yang segar dan baru menggunakan system harmoni Barat menampilkan muzik kontemporari menciptakan identiti rakyat Malaysia. Muzik China dibina menggunakan sistem harmonik yang benar-benar konsisten dan bertindak mengawal perkembangan melodi, pergerakan kord serta sistem orkestra mereka. Ia mungkin satu-satunya sistem muzik terbesar di dunia yang mempunyai syarat-syarat yang merangkumi segala tersebut pada semua aspek muzik, dan pada masa yang sama membolehkan fleksibiliti dalam penerimaan jeda harmonik dalam muzik. seperti maklumat yang telah saya dapat, alat muzik yang digunakan dalam Orkestra Cina Moden (OCM) adalah sangat banyak. Orkestra Cina Moden (OCM) terdiri daripada empat bahagian utama. Ianya bermaksud, alat-alat ini dikategorikan mengikut cara mereka bermain. Bahagian tersebut ialah Bowed
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
MOHAMAD BUDRIZ IDAIE BIN NAZRI921121-03-5629T3 S1 MU1
Orchestra Cina
Saya telah pergi menonton pertandingan orchestra cina pada yang bertempat
di Gurney Plaza. Ini merupakan pertandingan bagi sekolah-sekolah di Pulau Pinang.
Banyak yang dapat saya lihat melalui persembahan ini.
Orchestra cina menggabungkan elemen China dan Barat. Walaupun
orchestra ini menggunakan alat tradisional Cina namun alat muzik barat seperli
‘cello’ dan ‘double bass’ juga digunakan. Orkestra ini menggunakan gubahan lagu-
lagu tradisional cina dan lagu rakyat Melayu yang segar dan baru menggunakan
system harmoni Barat menampilkan muzik kontemporari menciptakan identiti rakyat
Malaysia.
Muzik China dibina menggunakan sistem harmonik yang benar-benar
konsisten dan bertindak mengawal perkembangan melodi, pergerakan kord serta
sistem orkestra mereka. Ia mungkin satu-satunya sistem muzik terbesar di dunia
yang mempunyai syarat-syarat yang merangkumi segala tersebut pada semua
aspek muzik, dan pada masa yang sama membolehkan fleksibiliti dalam penerimaan
jeda harmonik dalam muzik.
seperti maklumat yang telah saya dapat, alat muzik yang digunakan dalam
Orkestra Cina Moden (OCM) adalah sangat banyak. Orkestra Cina Moden (OCM)
terdiri daripada empat bahagian utama. Ianya bermaksud, alat-alat ini dikategorikan
mengikut cara mereka bermain. Bahagian tersebut ialah Bowed strings- bermain
dengan cara gesekan, Plucked strings- bermain dengan cara petikan, Woodwinds-
alat tiup kayu dan Percussion
Untuk bowed strings ianya terdiri daripada alat muzik dari yang berpitch tinggi
hingga ke pitch yang rendah. Alat-alat yang tersebut adalah Gaohu, Erhu dan
Zhonghu. Alat-alat yang disenaraikan adalah mengikut pitch yang paling tinggi iaitu
Gaohu, diikuti oleh alat muzik Erhu, dan pitch yang paling rendah di antara alat-alat
tersebut ialah Zhonghu. Kesemua alat ini adalah berfungsi seperti violin dan juga
viola di dalam orkestra barat yang lazimnya kita lihat. Alat muzik yang dikekalkan
dari orkestra barat adalah Cello dan Double Bass.
MOHAMAD BUDRIZ IDAIE BIN NAZRI921121-03-5629T3 S1 MU1
Untuk plucked strings pula adalah yang menetapkan struktur Orkestra China
selain dari orkestra simfoni Barat. Alat muzik yang digunakan dalam OCM yang
tergolong dalam bahagian ini adalah Liugin, Yangqin, Paip, Zhongrua, Daruan,
Guzheng, Sanxin, Konghou. Sebahagian besar daripada alat-alat yang dinyatakan di
atas adalah alat muzik kordofon. Bunyi yang dihasilkan daripada alat-alat muzik
tersebut tidak sama seperti orkestra barat.
Untuk bahagian woodwinds pula adalah bahagian Woodwinds yang
digunakan dalam OCM adalah lebih kecil berbanding dalam orkestra barat. Alat-alat
muzik tersebut juga terdiri daripada pelbagai saiz. Ton yang dihasilkan oleh alat-alat
ini juga adalah jauh lebih baik daripada tone yang dihasilkan oleh alat-alat muzik
yang terdapat dalam orkestra barat. Alat muzik winds Cina adalah terdiri daripada
Dizi, Sheng dan Suona
Untuk bahagian perkusi pula, ini adalah alat yang melibatkan alat muzik yang
perlu diketuk untuk menghasilkan bunyi. Ketukan tersebut adalah di bahagian
permukaan alat muzik tersebut. Alat-alat muzik yang tergolong dalam kategori ini
adalah Luo, GuBo (cymbals) dan Bianzhong. Ini adalah sebahagian alat yang saya
tengok semasa persembahan tersebut.
Lagu tempatan yang dimainkan secara heterofoni seperti Crazy Dance of A
golden Snake dan Moonlight Over the Spring River. Dalam kedua-dua lagu ini, lagu
yang dimainkan berjaya mengunakan pelbagai alat muzik yang berlain ton warna.
Lagu yang mengunakan harmoni secara triad seperti Dance of Yao People.
Kebanyakannya telah digubah semula dan merupakan muzik rakyat dan Concerto
seperti A New Song of the Herdsmen untuk dizi dan orkestra. Dalam concerto satu
instrumen solo akan bermain dengan diiringi oleh orkestra. Bahagian atau passages
yang boleh menunjukkan kebolehan pemain ditekan dalam lagu seperti ini.
Seperti kebanyakan lagu-lagu yang berasal dari China, banyak lagu yang
dimainkan oleh OCM dibahagikan kepada beberapa bahagian dalam program
muzik. Sebagai contoh lagu Moon Light Over the Spring River menceritakan
pemandangan bulan melalui bayangnya dalam air sungai yang tenang. Komposer
OCM mengabung elemen barat dan China dalam gubahan mereka. Ini jelas dari
gubahan lagu yang menggunakan elemen melodi China, scale dan notasi
digabungkan dengan sistem harmoni barat.
MOHAMAD BUDRIZ IDAIE BIN NAZRI921121-03-5629T3 S1 MU1
Selain daripada 3 kategori yang disenaraikan ada juga orkestra di Malaysia
yang memainkan gubahan lagu-lagu patriotik negara kita. Lagu-lagu seperti Berjaya,
Tanah Airku, Ayam Didik Inang Cina dan sebagainya turut digubah. Kami ada
melampirkan contoh skor lagu Tanah Airku gubahan Lee Soo Sheng yang
menunjukkan Melodi Melayu yang diwarnai menggunakan kord triad Barat
Terdapat juga composer yang menggunakan rentak melayu seperti Saw Yeong Chin
menggunakan rentak inang dalam karyanya Malay Dance.
Kesimpulannya, bagi saya, muzik orchestra cina ini banyak menggunakan
alat yang terdiri daripada beberapa bahagian. Mereka sudah mempunyai tiun sendiri
dan jika mereka memainkan lagu popular, tiun orchestra cina itu masih kedengaran
dan ianya merupakan keunikan untuk muzik ini.
MOHAMAD BUDRIZ IDAIE BIN NAZRI921121-03-5629T3 S1 MU1
MOHAMAD BUDRIZ IDAIE BIN NAZRI921121-03-5629T3 S1 MU1
MOHAMAD BUDRIZ IDAIE BIN NAZRI921121-03-5629T3 S1 MU1
Dondang Sayang
Saya dan kumpulan telah pergi menonton persembahan tentang dondang
sayang di Ice Planet iaitu bertempat di Padang Kota. Tarikh kami melihat
persembahan tersebut adalah 14 Februari 2014. Itu merupakan persembahan
bersempena dengan perayaan Chap Goh Meh. Kumpulan dondang sayang daripada
Kuala Lumpur juga turut hadir untuk melakukan persembahan. Tidak ketinggalan,
kumpulan Encik Johny juga diundang untuk membuat persembahan.
Antara lagu yang kerap dimainkan adalah lagu dondang sayang, dayung
sampan, Chap Goh Meh, lenggang kangkung, the peranakan, tua jit chee, rasa
sayang, gong xi fa chai yang dimainkan di dalam lapan bahasa dan banyak lagi.
Lagu-lagu ini dimainkan bersempena dengan perayaan ataupun persembahan social
yang lain. Contohhnya pada majlis perkahwinan, hari keramaian, pesta safar di
Melaka dan lain-lain lagi.
Untuk lagu Chap Goh Meh, lagu ini hanya dimainkan sewaktu perayaan Chap
Goh Meh sahaja. Perayaan ini merupakan perayaan hari kekasih untuk kaum cina.
Lagu ini menggunakan nada G major. Di dalam G major terdapat F#. seterusnya,
meter untuk lagu ini adalah meter empatan. Lirik lagu ini adalah di dalam bahasa
cina. Kebanyakkan melodi lagu ini adalah mengikut jeda dan tiada lompatan antara
jeda yang tinggi. Lagu ini hanya menggunakan seorang penyayi, melalui apa yang
telah saya dengar mereka hanya mempunyai seorang sahaja penyanyi di dalam
setiap persembahan. Lagu ini juga menggunakan ‘props’ untuk setiap penari.
Untuk lagu Lenggang Kangkung, lagu ini dimainkan sewaktu persembahan
social seperti majlis perkahwinan, keramaian dan majlis-majlis lain. Lagu tersebut
menggunakan nada A major iaitu mempunyai dua shap. Lagu ini juga menggunakan
meter empatan. Ianya juga mempunyai tarian yang dilakukan oleh penari-penari.
Mereka banyak menggunakan ‘props’ untuk tarian mereka seperti payung yang
dihias dengan manik dan dengan bunga. Ini kelihatan cantik apabila di tarikan oleh
penari-penari.
MOHAMAD BUDRIZ IDAIE BIN NAZRI921121-03-5629T3 S1 MU1
Lagu dayung sampan pula adalah lagu yang mempunya dwibahasa kerana
terdapat juga lagu ini di dalam versi bahasa cina yang bertajuk Tien Mie Mie. Lagu
ini mempunyai tarian. Penari-penari akan memegang props seperti payung dan buah
limau yang di letakkan di dalam bakul. Penari akan menari mengikut lagu dan akan
ada seorang yang menyanyi. Penari hanya menari sahaja. Alat muzik yang
digunakan untuk lagu asal tidak dapat dikenal pasti namun begitu, mengikut arus
perkembangan semasa, alat muzik moden seperti kibod telah mengambil alih alat-
alat tradisional yang lain.
Persamaan di dalam setiap 3 lagu di atas adalah mereka hanya mempunyai
seorang penanyi dan semua lagu-lagu dan persembahan yang saya tengok
menggunakan ‘minus one’ sebagai iringan. Sudah tiada lagi penggunaan alat muzik
asal kerana kos yang mahal perlu ditanggung oleh sesetengah pihak. Selain itu,
penggunaan penari yang mengiringi setiap lagu juga merupakan persamaan kepada
lagu-lagu tersebut.
Seterusnya adalah lagu ‘dondang sayang’. Lagu ini berasal dari negeri
Melaka. Lagu ini terbentuk dari abad ke 15. Dondang sayang merupakan lagu
nyanyian kasih yang mempunyai pantun sebagai liriknya. Pantun tersebut
mempunyai tujuh baris pantun. Lagu ini memerlukan dua orang penyanyi atau lebih
kerana ianya perlu saling membalas pantun. Di dalam berbalas pantun tersebut
penyanyi boleh menjual dan membeli pantun sambil sindir menyindir di antara satu
sama lain. Seorang penyanyi akan menjual pantun dan seorang penyanyi lagi akan
membalas pantun tersebut secara spontan tetapi masih mengikut rima dan lagu.
Tiga baris pertama merupakan pembayang pantun dan empat baris seterusnya
merupakan maksud pantun tersebut dan dinyanyikan oleh penyanyi pertama.
Perkataan seperti dondang sayang, ala dondang, ala kawan dan cik adik sering
diselitkan antara baris ke empat dan kelima dan baris enam dan tujuh. Ini yang
membuatkan dondang sayang ini menarik. Tema untuk pantun di dalam lagu ini
adalah berkaitan dengan kasih sayang, budi, buah, jenaka iaitu unsur lawak, tentang
alam semula jadi dan berkaitan dengan nasihat.
Untuk tekstur dondang sayang pula adalah tekstur linear yang bermaksud
suara akan menyanyikan melodi dengan not yang diulangi dan biola atau violin akan
menghasilkan melodi tersendiri. Biola akan menghasilkan bunyi tersendiri pada intro
MOHAMAD BUDRIZ IDAIE BIN NAZRI921121-03-5629T3 S1 MU1lagu dan ini dipanggil tiun dondang sayang. Dari sudut melodi pula, dondang sayang
hanya mempunyai satu melodi sahaja. Setiap lirik dan pantun yang berbeza tetapi
masih menggunakan melodi yang sama. Ianya menggunakan system tonal iaitu skel
D major. Tetapi disebabkan kebanyakkan alat muzik barat digunakan, not ke 4
disyapkan dan not ke 7 difletkan untuk menghasilalkan bunyi seperti muzik melayu.
Melodi akan bertukar nada dari bahagian A ke bahagian B. Rentak pula dimainkan
oleh rebana yang memainkan rentak asli.
Kesimpulannya, persembahan yang saya tonton ini lebih kepada kaum cina
peranakan dan ini masih boleh diterima kerana di Pulau Pinang kumpulan dondang
sayang telah mengalami zaman kejatuhan dan pihak kerajaan Pulau Pinang perlu
menjemput kumpulan Dondang Sayang daripada luar untuk membuat persembahan
pada hari tersebut.
MOHAMAD BUDRIZ IDAIE BIN NAZRI921121-03-5629T3 S1 MU1
MOHAMAD BUDRIZ IDAIE BIN NAZRI921121-03-5629T3 S1 MU1