LAPORAN PENDAFTARAN DAN MINGGU ORIENTASI TINGKATAN ENAM SMK KOTA
SAMARAHANSMK Kota Samarahan- Pendaftaran pelajar baharu STPM sesi
2015-2016 telah diadakan di Bilik Mesyuarat pada Selasa, 05 Mei
2015. Seramai 118 calon aliran Sastera telah ditawarkan tempat di
SMK Kota Samarahan. Pada hari pertama seramai 65 pelajar telah
mendaftar masuk. Pada hari pendaftaran ini perkara yang ditekankan
adalah pengurusan dokumen dan pengurusan diri. Pelajar telah
diedarkan dengan aktiviti sepanjang minggu yang akan diikuti. Hari
kedua ,Rabu(06.Mei 2015) merupakan bermulanya Minggu Orientasi
hingga 15 Mei 2015. Semua pelajar dikumpulkan di Bilik Kuliah dan
majlis bermula dengan ucapan Penolong Kanan Ting.Enam En.Yatiman
Karsodikromo. Beliau seterusnya memberi taklimat berkaitan
perjalanan minggu orientasi selain menerangkan berkaitan dengan
e-rayuan, tukar sekolah, tukar jurusan, tukar elektif. Sementara
penyelaras Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah menerangkan Etika Pakaian
Pelajar Pra Universiti seperti yang dinyatakan dalam Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil.2 (2014).
Hari ketiga, Khamis (07.Mei 2015), minggu orientasi diteruskan
dengan En.Salhi Ayan selaku penyelaras Kokurikulum menerangkan
tentang Pengurusan Koko da Program Khidmat Masyarakat sementara Cik
Nurafilla menerangkan tentang Pengurusan Persatuan Pelajar Pra
Universiti (PPU). Seterusnya Penolong Kanan Ting.6 mendedahkan
pelajar kepada penyediaan Kertas Kerja Program dan meminta pelajar
menghasilkan satu kertas kerja yang akan dilaksanakan.
Hari keempat Jumaat (08 Mei 2015), Unit Bimbingan &
Kaunseling di bawah Pn.Noorsalehan dan En.Hossein Sedi mengambil
alih program sehari. Antara aktiviti yang dilakukan adalah Soal
Selidik Inventeri Minat Kerjaya dan Personaliti Diri.
Hari Kelima, Isnin (11 Mei 2015), En.Andrew Chan menerangkan
tentang pengunaan peta i-Think sebagai satu alat dalam pengajaran
dan pembelajaran. Pelajar telah diberi tugasan untuk menghasilkan
peta i-thnk. Program diteruskan dengan pendedahan KBAT/HOTS dalam
PdP oleh En.Yatiman. Program ini sangat penting memandangkan
soalan-soalan STPM banyak menerapkan KBAT . Seterusnya Pn.Anita
Shawal mengajar pelajar dengan Kemahiran Membuat Power Point, salu
lagi kemahiran yang perlu ada memandangkan pelajar akan diminta
membuat tugasan pembentangan. Pelajar juga didedahkan dengan
Kemahiran Mengakses Maklumat yang disampaikan oleh En.Berhim Aboi.
Kemahiran ini sangat penting supaya pelajar boleh mendapatkan
maklumat tambahan melalui internet dengan cara yang betul dan
sahih.
Hari Keenam , Selasa (12 Mei 2015), bermulanya pengenalan kepada
sukatan matapelajaran STPM. Dua matapelajaran diperkenalkan iaitu
Pengajian Am oleh guru-guru Pengajian Am iaitu En.Berhim Aboi,
Pn.Doris dan Pn.Lai Geok Hiong. Pelajar didedah dengan sukatan
pelajaran Kertas 1,2,3 dan 4 begitu juga dengan Kertas Bahasa
Melayu. Pn.Suhazana, Pn.Salviah dan Pn.Suhaila menerangkan sukatan
pelajaran Kertas 1,2,3 dan 4.
Hari Ketujuh, Rabu (13Mei 2015) pelajar didedah pula sukatan
pelajaran Sejarah 1,2,3,4 oleh En.sylvester dan Seni Visual oleh
En.Raziman dan Hjh.Nurmawati Zaman.Pada Hari kelapan, Khamis (14
Mei 2015), semua pelajar didedahkan dengan Kertas Pengajian
Perniagaan oleh Nurafilla dan KMK oleh En.Abang Musa serta Kertas
MUET oleh En.Joseph, Andrew dan Celestine.
Hari terakhir orientasi adalah pada 15 Mei 2015 bersamaan Hari
Jumaat. Majlis khas diadakan bersama ibubapa pelajar iaitu Sesi
Taklimat Sistem Pentaksiran Baharu STPM Bersama Ibubapa &
Majlis Penangguhan Orientasi. Majlis dimulakan dengan ucapan
Pengetua yang diwakili oleh Penolong Kanan Pentadbiran
Pn.Hjh.Aiwan@Noraini Binti Alli dan seterusnya ucapan aluan oleh
En.Yatiman Bin Karsodikromo. Pengisian program bersama ibubapa
ialah Pengenalan Pengeredan Sistem Modular oleh En.Andrew Chan,
Hala Tuju selepas STPM oleh Pn.Noorsalehan, Kegiatan Koko oleh
En.Salhi Ayan , Sesi Memperkenalkan Guru dan Bacaan Ikrar pelajar
sebelum majlis bersurai pada jam 11.30 pagi.
Sebahagian Ibu bapa yang hadir
Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran Hjh.Aiwan dan En.Andrew
Chan
Penolong Kanan Tingkatan Enam memberi taklimat dan juga
penerangan Hala Tuju STPM oleh Kaunslor Sekolah
Sesi memperkenalkan guru-guru Tingkatan Enam
Disediakan olehEn.Yatiman KarsodikromoPen.Kanan Ting.EnamSMK
Kota Samarahan
Bacaan Ikrar Pelajar