LAPORAN KAJIAN PENYELIDIKAN KEBERKESANAN KAEDAH INKUIRI PENEMUAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 6 Pengenalan Subjek sains merupakan matapelajaran teras di sekolah rendah di Malaysia. Justeru itu matapelajaran ini merupakan satu matapelajaran yang sangat penting dan perlu dikuasai oleh semua murid. Salah tanggapan murid yang mengganggapkan sains sebagai satu matapelajaran yang susah dan sukar untuk memahaminya. Ini kerana kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berpusatkan guru menyebabkan murid-murid cepat bosan dan hilang minat dalam matapelajaran sains. Maka pengajaran dan pembelajaran sains yang melibatkan kemahiran proses sains dan manipulatif telah diterapkan untuk menarik minat murid-murid Antara usaha ke arah mencapai wawasan 2020, memastikan untuk melahirkan masyarakat yang berilmu Sains. Sejurus itu , kami telah menjalankan suatu kajian untuk mengenal pasti keberkesanan kaedah inkuiri penemuan dalam pengajaran dan pembelajaran sains tahun 6 di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Bandar Springhill, Negeri Sembilan. Kaedah inkuiri penemuan ini adalah pembelajaran yang berasaskan Discovery sebagai inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran Sains di sekolah tersebut.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
LAPORAN KAJIAN PENYELIDIKAN
KEBERKESANAN KAEDAH INKUIRI PENEMUAN DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 6
Pengenalan
Subjek sains merupakan matapelajaran teras di sekolah rendah di Malaysia. Justeru itu
matapelajaran ini merupakan satu matapelajaran yang sangat penting dan perlu dikuasai oleh
semua murid. Salah tanggapan murid yang mengganggapkan sains sebagai satu matapelajaran
yang susah dan sukar untuk memahaminya.
Ini kerana kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berpusatkan guru
menyebabkan murid-murid cepat bosan dan hilang minat dalam matapelajaran sains. Maka
pengajaran dan pembelajaran sains yang melibatkan kemahiran proses sains dan manipulatif
telah diterapkan untuk menarik minat murid-murid
Antara usaha ke arah mencapai wawasan 2020, memastikan untuk melahirkan
masyarakat yang berilmu Sains. Sejurus itu , kami telah menjalankan suatu kajian untuk
mengenal pasti keberkesanan kaedah inkuiri penemuan dalam pengajaran dan
pembelajaran sains tahun 6 di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Bandar Springhill, Negeri
Sembilan. Kaedah inkuiri penemuan ini adalah pembelajaran yang berasaskan Discovery sebagai
inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran Sains di sekolah tersebut.
Kaedah inkuiri penemuan telah digunakan untuk mengajar topik ‘Pengawetan ’ sains
tahun 6 untuk melihat tahap penguasaan murid-murid dalam topik itu dan kesannya terhadap
pencapaian murid dalam sains melalui kaedah inkuiri penemuan. Cara ini telah dibuktikan
melalui beberapa kajian dan menggalakkan murid-murid mengaitkan maklumat baru yang ingin
dipelajarinya dengan pengetahuan sedia ada yang terdapat struktur kognitifnya. Kaedah
pembelajaran inkuiri merupakan satu pendekatan pengajaran yang ditekankan dalam falsafah
pendidikan sains moden yang merentasi kurikulum pendidikan sains KSSR.
Latar Belakang Kajian
Menurut Brunner (1960) strategi inkuiri penemuan dalam pengajaran dan pembelajaran
sains boleh dilakukan secara amali melalui pendekatan berpusatkan murid. Mereka membentuk
peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea. Melalui proses ini
murid-murid telah menyesuaikan pengetahuan yang baru diterima dengan pengetahuan sedia ada
untuk membina pengetahuan baru melaluiu kegiatan hans-on dan mindson yang telah
disepadukan.
Topik ‘ Pengawetan’ telah menjadi mudah di kalangan murid-murid tahun 6. Kejayaan
mereka dalam pemahaman tajuk ‘Pengawetan’ adalah bergantung kepada pengalaman, sikap,
kepercayaan , kesediaan dan keyakinan mereka. Maka kelemahan yang berlaku dalam tajuk ini ,
telah diselasesaikam dengan kaedah yang betul.
Kajian ini membolehkan kita untuk melihat tahap kelemahan murid-murid dalam topik
‘Pengawetan’ dan seterusnya cara-cara menanganinya dengan lebih berkesan dan dapat
mengurangkan kadar kelemahan dalam pemahaman tajuk tersebut ke paras minima. Maka
impian dan wawasan pendidikan Negara selaras dengan matlamat dan aspirasi Negara dapat
mewujudkan murid-murid yang berkemampuan untuk meneroka ilmu , membuat adaptasi ,
modifikasi dan inovasi dalam menghadapi atau menangani perubahan dan cabaran masa depan
dapat dicapai.
Justeru itu, kajian ini telah menjadi penting kepada semua pihak agar proses
mempertingkatkan kemahiran yang sedia ada demi mencapai hasrat bersama menjadikan warga
sekolah sebagai warga yang berilmu dan berintelek tinggi sejajar dengan misi dan visi sekolah.
Penyataan Masalah
Kelemahan murid-murid dalam menguasai topik ‘Pengawetan ’ sains tahun 6 dapat
diatasi dengan menggunakan kaedah inkuiri penemuan.. Ramai murid berpendapat bahawa topik
‘Pengawetan ’ dalam sains merupakan suatu beban. Mereka tidak dapat menggambarkan
‘Pengawetan’ tersebut. Murid-murid juga tidak diberi pendedahan untuk mengawet bahan
makanan secara ringkas. Selain daripada itu,murid-murid juga mangalami masalah apabila
diminta menulis langkah-langkah pengawetan.
Seterusnya mereka juga tidak dapat menerangkan pemerhatian mereka dengan jelas.
Tetapi dengan pengaplikasian yang betul , murid-murid dapat lebih memahami dan menyukai
topik itu.
Bagi menangani masalah ini , kita telah memberi tumpuan terhadap beberapa aspek penting
berkaitan subjek sains. Maka , penggunaan kaedah inkuiri penemuan telah membantu murid-
murid membina keyakinan diri terhadap mata pelajaran ini.
Amanah ini amat berat. Ia telah dipikul serta dilaksanakan dengan jayanya. Masalah
dalam pemahaman topik ‘ Pengawetan’ dapat ditangani untuk mewujudkan murid-murid yang
berkebolehan dalam bidang sains dan seterusnya meningkatkan taraf kecemerlangan prestasi
sesebuah sekolah.
Objektif Kajian
i) Mengesan penguasaan kemahiran ‘Pemerhatian’ di kalangan murid dalam topik ‘Pengawetan’
ii) Membandingkan pencapaian prestasi murid dalam topik ‘Pengawetan’ antara kumpulan
kaedah tradisional dengan kaedah inkuiri penemuan. .
iii) Menilai murid dalam menulis langkah-langkah pengawetan dengan mengikut turutan
yang betul.
Hipotesis Kajian
Hipotesis nul : Tidak mendapat perbezaan dalam pencapaian prestasi murid-murid
tahun 6 dalam topik ‘Pengawetan’ melalui ujian pra sebelum mengaplikasi kaedah inkuiri
penemuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Methodologi
Reka bentuk kajian yang telah di gunakan untuk menjalankan kajian ini adalah kaedah
Quasi –Eksperimental. Mengikut kaedah ini, murid-murid telah dipilih secara rawak yang terdiri
daripada 2 kelas murid-murid. Satu kelas telah dijadikan sebagai kumpulan kawalan manakala
satu lagi kelas dijadikan kumpulan experimen. Kumpulan kawalan diajar dengan kaedah
tradisional. Manakala kumpulan experimen pula telah diajar dengan kaedah inkuiri
penemuan.
Kajian ini merupakan satu kajian kes mengenai hubungan pemahaman topik
‘Pengawetan’ dengan prestasi pencapaian murid dalam mata pelajaran Sains di sebuah sekolah
rendah jenis kebangsaan di Daerah Port Dickson. Di sini pengkaji telah melihat sejauh mana
murid-murid memahami topik ‘Pengawetan’ dalam pengajaran Sains tahun 6 dan seterusnya
dapat meningkatkan prestasi mereka dalam topik tersebut. Maka ujian pra telah diadakan dan
markahnya dikumpul sebelum memulakan sesi pengajaran . Rajah dibawah menerangkan
prosedur kajian yang telah dijalankan.
Kumpulan Kawalan Kumpulan Eksperimen
• Kaedah Tradisional Nota diedarkan Guru terangkan konsep Melakar gambar proses
pengawetan Menulis pemerhatian
• Kaedah Inkuiri Diberi satu masalah Murid mencari langkah
penyelesaian Menjalankan eksperimen Melakar gambar proses
pengawetan Merekod pemerhatian
Proses pengajaran-pembelajaran telah dijalankan selama 2 minggu dan di akhir minggu
ke-2, ujian pos diberikan bagi mengesan keberkesanan kaedah inkuiri penemuan berbanding
dengan kaedah tradisional. Ujian pos dijalankan dalam masa 30 minit dan ujian tersebut telah
dilaksanakan serentak bagi kedua-dua kelas murid. Hasil penilaian ini telah diambil untuk
membandingkan keberkesanan kaedah pengajaran tradisional dan kaedah pengajaran inkuiri.
Kemudian satu borang senarai semak telah digunakan untuk menilai penguasaan murid dalam
kemahiran pemerhatian. Selain itu, satu lagi senai semak juga telah digunakan untuk menilai
murid dalam menulis langkah-langkah eksperimen dengan turutan yang betul.
Populasi bagi kajian ini terdiri daripada enam puluh orang murid dari kelas tahun Enam
di SRJK (Tamil) di Bandar Springhill. Ia dipilih dari murid-murid yang sedia ada di sekolah
tersebut. Pemilihan murid-murid dibuat oleh guru Sains dengan berdasarkan kriteria seperti
berkelakuan baik, kesanggupan untuk ditemuduga dan berminat untuk menjadi sampel kajian.
Murid-murid itu terdiri daripada dua kelas iaitu kelas Tharma dan Beema. 30 orang
murid dijadikan kumpulan kawalan dan 30 orang murid lagi dijadikan sebagai kumpulan
eksperimen. Murid-murid kelas itu telah dijadikan sebagai sample kajian.
Instrumen kajian yang telah digunakan adalah berbentuk dalam tiga bahagian iaitu.Iaitu
bahagian A adalah ujian pra yang mengandungi 20 soalan objektif . Bahagian B merupakan
ujian pos yang mengandungi 20 soalan objektif. Disamping itu bahagian C adalah dua borang
senarai semak terdiri daripada 10 kretiria yang telah digunakan untuk mengesan penguasaan
murid terhadap kemahiran pemerhatian dan untuk menilai murid dalam penulisan langkak-
langkah prosedur secara berturutan yang betul.
Pembangunan instrumen kajian ketika membentuk soalan untuk ujian pra dan ujian pos,
soalannya merangkumi topik ‘Pengawetan’ sains tahun enam. Ia telah dibina berdasarkan
Jadual Penentu Ujian dan telah menyeluruhi topik yang diajar. Kedua-dua kelas yang terdiri
daripada kumpulan eksperimen dan kawalan telah diberi ujian pra dan ujian pos yang sama dan
pada masa yang sama. Soalan senarai semak adalah berdasarkan pemerhatian guru ketika
pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Pengkaji telah berjumpa dengan guru besar sekolah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan
Bandar Springhill untuk mendapat kebenaran untuk menjalankan kajian. Kemudian berjumpa
dengan penolong kanan kurikulum untuk memberitahu tentang kajian yang akan diadakan.
Kemudian pengkaji memberikan ujian pra bagi kedua-dua kelas murid-murid pada masa yang
sama . Selepas itu mengajar kedua-dua kelas selama 6 jam yang terdiri daripada 2 minggu.
Setiap minggu mengajar 3 waktu dengan kaedah tradisional 3 waktu lagi untuk kaedah inkuiri
untuk kumpulan eksperimen. Kemudian ujian pos pula telah diberi setelah selesai mengajar
topik ‘Pengawetan ’ untuk tahun 6.
Data yang diperolehi daripada ujian pra dan ujian pos telah dikumpulkan dan dianalisis
dengan menggunakan SPSS (Statistical Package for Science) dan dapatannya dipersembahkan
dalam bentuk statistik deskriptif. Ini bermakna penjelasannya melibatkan jadual kekerapan, min,
median dan frekuensi.
Kebolehan murid-murid pada peringkat awal dan akhir kajian selama 2 minggu ini dapat
dilihat berdasarkan skor markah yang diperolehi murid-murid untuk setiap item soalan dan
markah keseluruhan.
DAPATAN KAJIAN
4.1.1 Pengenalan
Bab ini melaporkan analisa data dan dapatan yang diperolehi daripada kajian yang dijalankan
di SJKT Bandar Springhill. Hasil kajian diperolehi daripada pelajar Tahun 6 dalam
matapelajaran Sains. Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan yang terdiri daripada Kumpulan
Kawalan dan Kumpulan Eksperimen. Hasil kajian pula terbahagi kepada markah ujian pra
dengan markah ujian pos dari kedua-dua kumpulan serta dapatan senarai semak. Seterusnya bab
ini membincangkan hasil kajiannya secara analisa deskriptif dan analisa interensial (compare
mean: t-test). Kemudian analisa-analisa itu dibincangkan dan dipersembahkan mengikut dapatan
serta berdasarkan objektif kajian.
4.2 Profil respondan
Kajian ini telah dijalankan di SJKT Bandar Springhill tidak kurang dari 10 jam. Data
mengenai latar belakang subjek dan pelajar diperolehi berdasarkan pemerhatian yang dilakukan
ketika pelaksanaan kajian. Responden terdiri daripada 60 orang pelajar. Data ini membantu
meninjau penguasaan kemahiran pemerhatian pelajar tahun 6 terhadap mata pelajaran sains.
Laporan Kajian : SJKT Bandar Springhill, Port Dickson
Responden : Semua murid Tahun 6
Jumlah Bilangan : 60 pelajar
Jantina : 29 lelaki
31 perempuan
Bangsa : 60 Orang Pelajar India
Jadual 2 -Profil Responden
Jadual 2.1-Kumpulan Kawalan
Kumpulan Kekerapan Peratus %
Lelaki
Perempuan
17
13
56.7
43.3
Jumlah 30 100.0
Jadual 2.2-Kumpulan Eksperimen
Kumpulan Kekerapan Peratus %
Lelaki
Perempuan
12
18
40.0
60.0
Jumlah 30 100.0
Jadual 2.1 dan 2.2 menunjukkan pengumpulan data mengenai kajian ini. Dua jenis kumpulan
telah dipilih untuk mencapai objektif kajian ini, iaitu kumpulan eksperimen dan kumpulan
kawalan . Kumpulan eksperimen terdiri daripada 30 orang pelajar India (100%). Kumpulan
kawalan pula terdiri daripada 30 orang pelajar India juga (100%). Pelajar India sahaja yang
menampung kelas 6T dan 6B. Kumpulan kawalan terdiri daripada 17 orang pelajar lelaki
(56.7%), 13 orang pelajar perempuan (43.3%). Manakala kumpulan eksperimen pula terdiri
daripada 12 orang pelajar lelaki ( 40% ) , 18 orang pelajar perempuan ( 60 % ). Semua pelajar
yang terlibat dalam kajian ini adalah pelajar India sahaja.
4.3 Dapatan kajian
Hasil kajian ini terdiri daripada markah ujian pra dan ujian pos bagi Kumpulan Eksperimen dan
Kumpulan Kawalan.
4.3.1. Analisa Deskriptif
Dalam kajian ini, penganalisisan data ujian pra dan ujian pos yang dikumpul telah diproses
dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science ) versi 18.0.
Jadual 3 – Analisa Deskriptif Ujian Pra dan Ujian Pos bagi Kumpulan Kawalan
N
Minimu
m
Maximu
m Min
Sisihan
Piawai
Ujian Pra 30 22 56 39.30 10.256
Ujian Post 30 22 54 39.70 9.837
Valid N
(listwise)
30
Jadual 3 menerangkan tentang data-data ujian pra dan ujian pos yang diperolehi daripada
responden Kumpulan Kawalan. Bilangan pelajar yang menduduki ujian pra dan ujian pos adalah
seramai 30 orang. Kumpulan kawalan telah memperolehi min skor sebanyak 39.30 dalam ujian
pra sebelum menggunakan kaedah tradisional. Tetapi kumpulan yang sama memperolehi min
skor sebanyak 39.70 dalam ujian pos selepas menggunakan kaedah tradisional dalam
pengajaran. Markah minimum dalam ujian pra adalah 22% manakala markah maksimum adalah
56%. Sementara itu markah minimum dalam ujian pos pula adalah 22% dan markah maksimum
pula 54%. Sisihan piawai bagi ujian pra adalah 10.256 dan bagi ujian pos pula adalah 9.837.
Jadual 4 – Analisa Deskriptif Ujian Pra dan Ujian Post bagi Kumpulan Eksperimen
N
Minimu
m
Maximu
m Min
Sisihan
Piawai
Ujian Pra 30 18 64 46.10 11.376
Ujian Post 30 52 92 77.10 9.323
Valid N
(listwise)
30
Jadual 4 menerangkan tentang data-data yang diperolehi daripada responden Kumpulan
Eksperimen dalam ujian pra dan ujian pos . Bilangan pelajar yang menduduki ujian pra dan ujian
pos adalah seramai 30 orang. Kumpulan eksperimen telah memperolehi min skor sebanyak 46.10
dalam ujian pra sebelum penggunaan keadeh inkuiri dalam pengajaran . Manakala kumpulan
yang sama berjaya memperolehi min skor sebanyak 77.10 selepas penggunaan kaedah
pengajaran inkuiri penemuan dalam ujian pos. Markah minimum dalam ujian pra adalah 18%
manakala markah maksimum adalah 64%. Tetapi markah minimum dalam ujian pos pula 52%
dan markah maksimum mencapai 92%. Sisihan piawai bagi ujian pra adalah 11.376 dan bagi
ujian pos adalah 9.323.
Jadual 5 – Analisa Kekerapan Ujian Pra Kumpulan Kawalan
Kekerapan Peratus
Valid 20-30 8 26.7
31-40
41-50
51 keatas
6
11
5
20.0
36.6
16.7
Jumlah 30 100.0
Rajah 1-Carta Bar Kekerapan Markah Ujian Pra oleh Kumpulan Kawalan
Jadual 5 dan Rajah 1 menjelaskan kekerapan markah ujian pra bagi kumpulan kawalan. Iaitu
markah dari 20 hingga 30 diperolehi oleh 8 orang pelajar setiap satu kategori dan terdiri daripada
26.7 % masing-masing. Manakala markah dari 31 hingga 40 diperolehi oleh 6 orang pelajar iaitu
20 % . Disamping itu markah dari 41 hingga 50 diperoleh oleh 11 orang pelajar iaitu 36.6 % dan
akhirnya markah 51 ke atas dicapai oleh 5 orang pelajar yang merangkumi 16.7 %. Jumlahnya
30 orang pelajar yang melibatkan 100%.
20-30 31-40 41-50 50 keatas0
5
10
15
20
25
30
35
40
26.7
20
36.6
16.7
Kekerapan Markah Ujian Pra oleh Kumpulan Kawalan
Markah Ujian Pra
Per
atu
s
51
Jadual 6 – Analisa Kekerapan Ujian Pos Kumpulan Kawalan
Kekerapan Peratus
Valid 20-30 7 23.3
31-40
41-50
51 keatas
9
10
4
30.0
33.4
13.3
Jumlah 30 100.0
Rajah 2-Carta Bar Kekerapan Markah Ujian Pos oleh Kumpulan Kawalan
20-30 31-40 41-50 51 keatas0
5
10
15
20
25
30
35
40
23.3
30
33.4
13.3
Kekerapan Markah Ujian Pos oleh Kumpulan Kawalan
Markah Ujian Pos
Per
atu
s
Jadual 6 dan Rajah 2 menjelaskan kekerapan markah ujian post bagi kumpulan kawalan. Iaitu
markah dari 20 hingga 30 diperolehi oleh 7 orang pelajar setiap satu kategori dan terdiri daripada
23.3 % masing-masing. Manakala markah dari 31 hingga 40 diperolehi oleh 9 orang pelajar iaitu
30 % . Disamping itu markah dari 41 hingga 50 diperoleh oleh 10 orang pelajar iaitu 33.4 % dan
akhirnya markah 51 ke atas dicapai oleh 4 orang pelajar yang merangkumi 13.3 %. Jumlahnya
30 orang pelajar yang melibatkan 100%.
Jadual 7- Analisa Kekerapan Markah Ujian Pra oleh Kumpulan Eksperimen
Kekerapan Peratus
Valid 20-30 3 10.0
31-40
41-50
51 keatas
3
11
13
10.0
36.7
43.3
Jumlah 30 100.0
Rajah 3- Carta Bar Kekerapan Markah Ujian Pra Kumpulan Eksperimen
20-30 31-40 41-50 51 keatas0
10
20
30
40
50
10 10
36.743.3
Kekerapan Markah Ujian Pra oleh Kumpu-lan Eksperimen
Markah Ujian Pra
Per
atu
s
Jadual 7 dan Rajah 3 menjelaskan kekerapan markah ujian pra bagi kumpulan kawalan. Iaitu
markah dari 20 hingga 30 diperolehi oleh 3 orang pelajar setiap satu kategori dan terdiri daripada
10 % masing-masing. Manakala markah dari 31 hingga 40 diperolehi oleh 3 orang pelajar iaitu
10 % . Disamping itu markah dari 41 hingga 50 diperoleh oleh 11 orang pelajar iaitu 36.7 % dan
akhirnya markah 51 ke atas dicapai oleh 13 orang pelajar yang merangkumi 43.3 %. Jumlahnya
30 orang pelajar yang melibatkan 100%.
Jadual 8- Analisa Kekerapan Markah Ujian Pos Kumpulan Eksperimen
Kekerapan Peratus
Valid 20-30 0 0.0
31-40
41-50
51 keatas
0
0
30
0.0
0.0
100
Jumlah 30 100.0
Rajah 4- Carta Bar Kekerapan Markah Ujian Pos bagi Kumpulan Eksperimen
Jadual 8 dan Rajah 4 menjelaskan kekerapan markah ujian pra bagi kumpulan kawalan. Iaitu
semua orang pelajar telah mendapat markah 51 ke atas yang merangkumi 100 %. Jumlahnya 30
orang pelajar yang melibatkan 100%.
4.3.2. Analisa Inferensial
Jadual 9 - Jadual Ujian-t bagi Ujian Pra bagi Kumpulan Kawalan (Paired Samples Test )
20-30 31-40 41-50 51 keatas0
20
40
60
80
100
120
0 0 0
100
Kekerapan Markah Ujian Pos bagi Kumpulan Eksperimen