Page 1
i
LAPORAN PENYELIDIKAN
(GERAN UNIVERSITI)
PENENTUAN KEANJALAN PERMINTAAN PRODUK
MINYAK KELAPA SAWIT: IMPLIKASI KEPADA POLISI
PENGELUARAN
SELAMAH MAAMOR
(PUSAT PENGAJIAN PERNIAGAAN ISLAM)
dan
ASAN ALI GOLAM HASSAN
(PUSAT PENGAJIAN EKONOMI, KEWANGAN DAN
PERBANKAN)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
2012
Page 2
ii
PENGAKUAN
Kami dengan ini mengaku bertanggungjawab di atas ketepatan semua pandangan, komen
teknikal, laporan fakta, data, rajah, dan gambar yang dikemukakan di dalam laporan ini.
Kami bertanggungjawab sepenuhnya bahawa bahan yang diserahkan ini telah disemak dari
aspek hak cipta dan hak keempunyaan. Universiti Utara Malaysia tidak
dipertanggungjawabkan terhadap ketepatan mana-mana pandangan, komen teknikal, laporan
fakta, data, rajah, gambar, serta terhadap tuntutan hak cipta dan juga hak keempunyaan.
Ketua penyelidik:
SELAMAH BINTI MAAMOR ________________________
Ahli-ahli:
ASAN ALI GOLAM HASSAN ________________________
Page 3
iii
PERHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat Dan Salam
Ke Atas Junjungan Besar Kita Nabi Muhammad SAW
Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga kami
menyiapkan penyelidikan ini. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak
Universiti Utara Malaysia (UUM) yang membiayai penyelidikan ini.
Juga penghargaan dan terima kasih kepada pihak pentadbiran Kolej Sastera dan Sains
(CAS), Kolej Perniagaan (COB), dan Program Ekonomi khususnya serta pihak RIMC atas
segala bentuk urus selia yang diberikan dalam tempoh kami menjalankan penyelidikan ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan berbanyak terima kasih kepada Cik Hazira selaku
pembantu penyelidik bagi penyelidikan ini yang telah bertungkus lumus mendapatkan data-
data kajian yang diperlukan dan segala urusan untuk menyiapkan penyelidikan ini.
Akhir sekali kami ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua rakan
akademik yang tidak jemu memberikan sokongan moral, nasihat, tunjuk ajar dan segala
bentuk bantuan dalam usaha kami menyediakan penyelidikan ini. Juga kepada seluruh ahli
keluarga kami yang begitu memahami kesibukan kami dalam tempoh penyelidikan ini.
Seterusnya kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
penyelidikan ini. Semoga Allah merahmati dan melindungi kita semua.
Sal dan Asan
Page 4
iv
ABSTRAK
PENENTUAN KEANJALAN PERMINTAAN PRODUK MINYAK KELAPA SAWIT:
IMPLIKASI KEPADA POLISI PENGELUARAN
Kajian ini dijalankan untuk menganggarkan keanjalan permintaan harga minyak kelapa
sawit, keanjalan silang, keanjalan pendapatan penggunaan dan kecenderungan mengimport
marginal (MPM) minyak kelapa sawit. Kajian ini menggunakan data siri masa iaitu dari
tahun 1980 hingga tahun 2010 dengan menggunakan data bahan mentah pengeluaran produk
minyak tersebut. Kajian menggunakan regresi mudah (OLS) untuk mengira pekali keanjalan
penggunaan dan mengimport bersandar kepada pendapatan negara. Hasil dapatan kajian
yang diperoleh mendapati bahawa keanjalan permintaan harga bagi minyak kelapa sawit
menunjukkan ia adalah barang perlu. Begitu juga dengan keanjalan pendapatan penggunaa
yang menunjukkan implikasi yang sama. Selain itu, minyak biji sawi, kelapa dan lelemak
haiwan menunjukkan ia adalah barang pengganti kepada minyak kelapa sawit. Manakal
kecenderungan mengimport tidak dapat ditentukan dalam kajian ini. Oleh itu, harga minyak
masak kelapa sawit ini perlu sentiasa dipantau oleh kerajaan. Selaku pengeluar minyak
masak kelapa sawit yang terbesar di dunia, adalah penting bagi Malaysia untuk
mempertahankan kedudukan ini. Persaingan daripada minyak masak sayuran yang lain
menyebabkan MPOB dan agensi-agensi yang berkaitan perlu sama-sama bekerjasama
meningkatkan lagi mutu keluaran minyak sawit ini di pasaran. Teknologi-teknologi terkini
digunakan bagi meningkatkan lagi nilai tambah produk berasaskan kelapa sawit ini.
Pengguna juga perlu turut membantu membeli minyak masak dari jenis kelapa sawit.
Minyak masak berasaskan lemak haiwan adalah tidak digalakkan kerana ianya kurang baik
untuk kesihatan.
Page 5
v
ISI KANDUNGAN
PENGAKUAN ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
ISI KANDUNGAN v
BAB 1 : PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Perkembangan indusri minyak kelapa sawit di Malaysia 3
1.3 Pernyataan Masalah 10
1.4 Objektif Kajian 18
1.4.1 Objektif umum
1.4.2 Objektif khusus
1.5 Signifikan Kajian 19
1.6 Skop dan batasan kajian 20
1.6 Organisasi Kajian 21
BAB 2 : ULASAN KARYA
2.1 Pengenalan 22
2.2 Pengaruh penetapan harga kelapa sawit 22
2.3 Kesimpulan 29
BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 30
3.2 Kaedah Penganalisaan Data 30
Page 6
vi
3.3 Ujian diagnostik 34
3.3.1 Ujian Autoregressive Conditional Heteroscedasticity
(ARCH)
3.3.2 Ujian Normaliti
3.3.3 Ujian Multikolineariti
3.3.4 Ujian Autokolerasi
3.3 Sumber Data 38
3.4 Kesimpulan 38
BAB 4 : DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 39
4.2 Keputusan hasil regresi bagi ujian diagnostik 40
4.2.1 Ujian Normaliti
4.2.2 Ujian Autoregressive Conditional Heteroscedasticity
(ARCH)
4.3 Keputusan hasil regresi 44
4.4
Kesimpulan
50
BAB 5 : RUMUSAN DAN IMPLIKASI DASAR
5.1 Pengenalan 51
5.2 Rumusan Kajian 52
5.3 Implikasi Dasar 53
RUJUKAN 57
LAMPIRAN
Page 7
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 PENGENALAN
Malaysia kaya dengan komoditi kelapa sawit, getah, tembakau, koko dan lada. Komoditi ini
menjadi penyumbang utama kepada keluaran Negara sejak sekian lama hingga kini. Pada
tahun 2009, kelapa sawit umpamanya telah menyumbang sebanyak RM17 bilion atau 3.3%
kepada KDNK. Dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10)(2011-2015) Malaysia telah
mensasarkan untuk meningkatkan keluaran industri minyak sawit kepada Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM21.9 bilion.
Perkembangan sumbangan kelapa sawit bermula pada tahun 1960an apabila Negara
mengurangkan kebergantungan terhadap bijih timah dan getah. Ini mendorong kepada
peningkatan yang pesat terhadap bilangan tanaman kelapa sawit di Malaysia. Di kawasan
ladang-ladang berlaku pertambahan dalam bilangan estet yang menanam tanaman kelapa
sawit (Shamshuritawati, 2002). Walau bagaimanapun, pada tahun 1980an sektor pembuatan
telah mengambilalih peranan sektor pertanian sebagai sektor utama yang menyumbang
kepada ekonomi negara. Namun, dasar Negara kembali memberi tumpuan kepada sektor
Page 8
2
pertanian pata tahun 2005 dengan tujuan meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar.
Justeru, industri yang berasaskan pertanian juga semakin diberi perhatian begitu juga
industri berasaskan kelapa sawit.
Industri berasaskan kelapa sawit bermula dari aktiviti perladangan sehinggalah ke
projek hiliran. Projek huluan melibatkan pengeluaran buah dari ladang, pemprosesan buah
di kilang, proses melumatkan isirong sawit dan aktiviti penapisan minyak dari sawit. Antara
agensi kerajaan yang terlibat di dalam perluasan penanaman kelapa sawit ini adalah
Lembaga Kemajuan Tanah dan Persekutuan (FELDA).
FELDA bertanggungjawab sepenuhnya dalam memajukan ladang-ladang baru
khusus untuk pekebun kecil menanam tanaman kontan seperti kelapa sawit. Penempatan
semula penduduk yang tinggal di luar bandar ini ke kawasan-kawasan penerokaan baru ini
secara tidak langsung dapat meningkatkan taraf ekonomi hidup rakyat tempatan. Selain itu,
FELDA juga bertanggungjawab dalam menjalankan aktiviti komersial di kawasan yang
diterokai FELDA. Kegiatan – kegiatan yang berkaitan dengan jumlah pengeluaran tanaman,
aktiviti pemprosesan sehinggalah ke peringkat untuk memasarkan hasil keluaran tanaman
kontan seperti kelapa sawit juga dilakukan oleh FELDA.
Pelbagai rancangan penanaman kelapa sawit lain juga giat dijalankan sekitar empat
dekat yang lalu. Antaranya adalah Rancangan Kemajuan Pahang Tenggara, Segitiga Jengka,
Rancangan Kemajuan Johor Tenggara dan Rancangan Kelantan Selatan. Rancangan-
Page 9
3
rancangan pembangunan tanah yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan
lagi jumlah pengeluaran hasil berasaskan kelapa sawit.
1.2 PERKEMBANGAN INDUSTRI MINYAK KELAPA SAWIT DI MALAYSIA
Dalam era globalisasi ini, industri berasaskan kelapa sawit ini terus berkembang pesat. Di
dalam Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9) turut dinyatakan mengenai hasrat kerajaan dalam
mempergiatkan lagi dan menambahnilai aktiviti dan produktiviti kelapa sawit selaku
komoditi utama sektor pertanian di Malaysia. Pemerkasaan industri asas tani dilihat sangat
penting bagi menampung pertambahan jumlah penduduk dunia. Sektor pertanian yang
dipimpin oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dibantu oleh Kementerian
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan
Komoditi turut bekerjasama dalam membangunkan industri ini.
Dalam tahun 2009, Perbendaharaan telah meluluskan sebanyak RM6 bilion jumlah
pinjaman bagi program tanam semula yang diuruskan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan
(KESEDAR) (KESEDAR, 2011). Kawasan-kawasan yang terlibat dengan aktiviti
penanaman semula yang diuruskan KESEDAR ini termasuklah di Rancangan Kemajuan
Tanah (RKT) Chalil (577 hektar), RKT Paloh 2 (470.34 hektar) dan di RKT Renok Baru,
projek penanaman semula melibatkan dua fasa iaitu fasa satu (424 hektar) dan fasa dua (378
hektar).
Page 10
4
Selain itu, industri sawit juga termasuk dalam sektor yang diberikan penekanan
dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA). Peruntukan sebanyak RM297 juta di bawah
skim ‘Palm Oil Smallholders Replanting and New-Planting’ telah diberikan kepada pekebun
kecil. Objektifnya adalah untuk meningkatkan lagi produktiviti dan jumlah pendapatan para
pekebun kecil. Industri ini dijangka menyumbang sebanyak RM178 bilion daripada
Keluaran Negara Kasar (KNK) negara jika dibandingkan dengan RM52.7 bilion pada 2009.
Bantuan berupa penyelenggaraan ladang juga turut diberikan iaitu sebanyak RM500 sebulan
bagi tempoh dua tahun. Bantuan penyelenggaraan ini diberikan sementara para pekebun
kecil menunggu hasil daripada buah tandan segar (Borneo Post online, 2011).
Kerajaan juga turut membantu Malaysia menjadi negara pengeluar minyak
berasaskan kelapa sawit di dunia. Pada tahun 2011, insentif yang diberikan oleh kerajaan
adalah Skim Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil (TSSPK). Tujuan skim ini adalah untuk
menanam semula pokok-pokok kelapa sawit yang sudah tua dan tidak produktif. Ia penting
bagi meningkatkan produktiviti dan membantu dalam meningkatkan jumlah pengeluaran
minyak sawit di Malaysia. Bantuan meliputi kos untuk menyediakan tapak untuk menebang,
membaris, menanam dan membeli biji benih dan baja. Berikut pula adalah jumlah
pengeluaran minyak sawit mentah Malaysia bagi tahun 2007 hingga 2009:
Page 11
5
Rajah 1 : Arah Aliran Pengeluaran Bulanan Minyak Sawit Mentah Malaysia bagi tahun
2007-2009 (tan)
Sumber: MPOB, 2007-2009
Berdasarkan Rajah 1, pada tahun 2007 sehingga 2009, jumlah pengeluaran minyak
kelapa sawit Malaysia menunjukkan turun naik. Malaysia mengeluarkan minyak sawit
sebanyak 1,115,340 tan pada Januari 2007 dan 1,468,921 tan pada Jun 2008. Pengeluaran
Oktober 2009 ini adalah paling tinggi jika dibandingkan pada bulan-bulan yang lain
sepanjang 2007 hingga 2009. Berikut pula adalah arah aliran eksport bulanan minyak sawit
di Malaysia bagi tahun 2008-2010 :
Page 12
6
Rajah 2 : Arah Aliran Eksport Bulanan Minyak Sawit bagi Malaysia pada tahun
2008-2010 (tan)
Sumber : MPOB, 2008-2010
Berdasarkan Rajah 2, pada tahun 2008 sehingga 2010, jumlah pengeluaran minyak
kelapa sawit Malaysia juga menunjukkan turun naik. Malaysia mengeksport minyak sawit
sebanyak 1,040,983 tan pada Januari 2008 dan 1,279,720 tan pada Jun 2009. Manakala
jumlah eksport bagi minyak isirung sawit pula adalah sebanyak 106, 839 tan. (MPOB,
2011). Ini menunjukkan negara Malaysia mengeksport lebih banyak minyak kelapa sawit
berbanding minyak isirung sawit.
Jadual di bawah pula menunjukkan jumlah hasil tahunan minyak masak kelapa sawit di
setiap negeri di Malaysia:
Page 13
7
Jadual 1: Purata Hasil Tahunan Minyak Sawit bagi tahun 2009 dan 2010 (tan/hektar)
Negeri 2009 2010
Johor 3.74 3.54
Kedah 4.44 3.95
Kelantan 2.58 2.33
Melaka 4.87 4.25
N. Sembilan 3.97 3.61
Pahang 3.91 3.60
Penang 3.48 3.07
Perak 4.58 4.08
Selangor 4.17 3.97
Terengganu 2.76 2.83
S. Malaysia 3.86 3.57
Sabah 4.52 4.30
Sarawak 3.24 3.10
Sabah/Sarawak 4.06 3.85
MALAYSIA 3.93 3.69
Sumber : MPOB, 2009-2010
Malaysia adalah antara pengeluar terbesar minyak masak sebaris dengan Negara
China, Negara Kesatuan Eropah (EU) dan Indonesia. Pengeluaran minyak masak bagi tahun
2007 seperti dalam laporan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Negara China,
Negara EU dan Indonesia adalah sebanyak 19 ribu tan. Malaysia pula mengeluarkan 17 ribu
tan pada tahun yang sama. Jadual 1 menunjukkan jumlah hasil tahunan minyak kelapa sawit
Page 14
8
bagi tahun 2009 dan 2010 dalam bentuk tan/hektar. Statistik menunjukkan kesemua negeri
di Malaysia menanam pokok-pokok kelapa sawit. Ini termasuklah Pulau Pinang, Perlis,
Sabah dan Sarawak. Daripada statistik Jadual 1, ia menunjukkan negeri Melaka mempunyai
perolehan hasil kelapa sawit yang paling banyak iaitu 4.87 tan/hektar pada tahun 2009. Pada
tahun 2010 pula, negeri Sabah mencatatkan perolehan yang paling tinggi iaitu sebanyak 4.30
tan/hektar.
Perkembangan teknologi juga memainkan peranan penting dalam menambahnilai
produk keluaran berasaskan kelapa sawit ini. MPOB selaku pemacu utama bagi industri
berasaskan kelapa sawit ini berperanan menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan
khusus untuk mengkomersilkan lagi industri sawit di Malaysia ini. MPOB juga
menyediakan kemudahan inkubator bagi membolehkan para usahawan menguji produk
keluaran mereka. Selaras dengan visi MPOB iaitu sebagai institusi penyelidikan yang
ternama dan terulung, MPOB telah mencapai pelbagai anugerah. Antaranya adalah
Anugerah Frost & Sullivan Asia Pasifik 2007. Ini adalah anugerah yang diterima MPOB
bagi penyelidikan dalam bioteknologi dan pembiakan baka tanaman sawit. Penyelidikan ini
bertujuan untuk memaksimumkan pengeluaran dan produktiviti hiliran berasaskan sawit. Ia
bagi menghasilkan baka sawit yang bermutu tinggi. Teknik klon “in vitro” ini adalah untuk
menghalang penyakit dan serangga dari benih kelapa sawit. Di bawah pula adalah negara –
negara utama pengeluar minyak kelapa sawit di dunia bagi tahun 2003-2008 :
Page 15
9
Jadual 2: Negara–negara utama pengeluar minyak masak dunia: 2003-2008 (tan)
Negara 2003 2004 2005 2006 2007 2008
Indonesia 10,600 12,380 14,100 16,050 17,270 19,330
Malaysia 13,355 13,976 14,962 15,881 15,824 17,734
Thailand 690 735 700 860 1,020 1,170
Nigeria 785 790 800 815 835 860
Colombia 527 632 661 713 732 800
Ecuador 262 279 319 352 396 415
Sumber: Oil World Annual (2003-2008) & Oil World Weekly, 2008 dan MPOB, 2003-2008
Berdasarkan Jadual 2, Malaysia mengeluarkan minyak kelapa sawit tertinggi
berbanding negara – negara lain. Malaysia mengeluarkan minyak sawit sebanyak 13,355 tan
pada tahun 2003, 13,976 tan pada tahun 2004, 14,962 tan pada tahun 2005, 15,881 tan pada
tahun 2006, 15,824 tan pada tahun 2007, dan 17,734 tan pada tahun 2008. Pengeluaran ini
adalah sangat tinggi jika dibandingkan dengan negara Indonesia, Thailand, Nigeria,
Colombia dan Ecuador. Indonesia mencatatkan pengeluaran minyak sawit kedua tertinggi
iaitu sebanyak 10,600 tan pada tahun 2003, 12,380 tan pada tahun 2004, 14,100 tan pada
tahun 2005, 16,050 tan pada tahun 2006 , 17,270 tan pada tahun 2007, dan 19,330 tan pada
tahun 2008.
Pada Disember 2010, jumlah pengeluaran minyak sawit mentah (CPO) pula adalah
sebanyak 1,232,752 ton. Manakala jumlah pengeluaran bagi minyak isirung pula adalah
sebanyak 152, 981 ton pada Disember 2010. Import CPO pula adalah sebanyak 106, 112 ton
Page 16
10
berbanding jumlah import bagi PPO iaitu 15,160 ton (MPOB, 2011). Ini bermaksud, negara
kita mengeksport lebih banyak keluaran minyak sawit berbanding mengimport daripada
negara-negara lain.
1.3 PERNYATAAN MASALAH
Minyak masak sering digunakan setiap kali dalam pelbagai jenis menu masakan. Menu
seperti kurma, gulai, asam pedas, goreng hatta masak kicap memerlukan penggunaan
minyak masak sebagai bahan asas dalam masakan. Bahkan kuih-muih seperti pisang goreng
dan karipap juga memerlukan penggunaan minyak masak ketika menggoreng. Minyak
masak mempunyai kandungan lemak yang boleh dijadikan sebagai sumber tenaga kepada
manusia. Ia dapat membantu menyerap vitamin asid dokosaheksaenoik (DHA) yang sangat
penting untuk perkembangan sel membran dan otak (Info kesihatan, 2011).
Malaysia merupakan negara pengimport dan pengeksport makanan tertinggi di dunia.
Import makanan terus meningkat dari tahun ke tahun akibat daripada peningkatan penduduk
dan pendapatan per-kapita negara. Import makanan (termasuk minuman dan tembakau) lebih
besar dibandingkan dengan eksport makanan malahan peningkatan import makanan juga
lebih besar dibandingkan dengan peningkatan eksport makanan Malaysia bagi tahun 1988
hingga 1994 (kecuali pada tahun 1990). Dari segi penggunaan pula, rakyat Malaysia
menggunakan minyak masak hampir 4 ribu tan metrik setahun dalam tahun 2008 dan rakyat
Negara China merupakan pengguna tertinggi iaitu sebanyak 31 ribu tan (MPOB, 2011).
Page 17
11
Sebagai perbandingan, import makanan adalah sebagai RM11.4 bilion bagi tahun
2000 dan meningkat kepada RM20 bilion pada tahun 2006. Manakala eksport makanan
adalah RM6.4 bilion meningkat kepada RM11.5 bilion dalam tempoh yang sama. Jelas
bahawa import makanan Malaysia meningkat agak drastik berbanding eksport makanan
negara. (rujuk Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia).
Secara umumnya, terdapat 17 jenis minyak masak yang boleh dibahagikan kepada
dua kategori iaitu minyak sayuran dan haiwan. Contoh minyak masak yang berasaskan
sayuran adalah minyak zaitun, minyak jagung, minyak kacang soya, minyak canola dan
minyak bunga matahari. Marjerin, minyak sapi dan mentega adalah contoh produk pepejal
yang diperbuat daripada minyak berasaskan haiwan. Berikut adalah senarai 17 jenis minyak
masak yang terdapat di pasaran dan jumlah pengeluaran dunia bagi 17 jenis minyak masak
tersebut bagi tahun 2004-2009:
Page 18
12
Jadual 3 : Jumlah Pengeluaran Dunia 17 jenis minyak masak dari tahun 2004 hingga 2009
(‘000 tan)
Jenis minyak 2004 2005 2006 2007 2008 2009
Minyak kelapa sawit 31,178 33,976 37,289 38,832 43,305 45,064
Minyak isirung sawit 3,612 4,001 4,376 4,514 5,040 5,212
Minyak kacang soya 30,691 33,582 35,236 37,363 36,911 35,805
Minyak biji kapas 4,371 5,000 4,924 5,053 5,044 4,687
Mi nyak kacang tanah 4,723 4,511 4,379 4,205 4,203 4,116
Minyak bunga matahari 9,401 9,744 11,154 10,868 10,889 12,965
Minyak biji sawi 15,092 16,321 18,478 18,739 19,913 21,343
Minyak jagung 2,025 2,136 2,270 2,317 2,353 2,331
Minyak kelapa 3,037 3,237 3,124 3,111 3,162 3,223
Minyak zaitun 3,109 2,939 2,782 2,924 2,938 2,915
Minyak jarak 501 534 518 518 579 533
Minyak bijan 833 866 860 830 796 822
Minyak biji rami 628 634 700 691 625 577
Jumlah minyak sayuran 109,201 117,481 126,090 129,965 135,758 139,593
Mentega 6,503 6,671 6,748 6,913 7,078 7,121
Lemak lembu 8,247 8,389 8,491 8,537 8,415 8,434
Minyak ikan 1,128 979 1,014 1,067 1,049 1,026
Lemak babi 7,319 7,545 7,684 7,632 7,716 7,767
Jumlah minyak
haiwan/lemak
23,197 23,584 23,937 24,149 24,258 24,348
Jumlah keseluruhan 132,398 141,065 150,027 154,114 160,016 163,941
Sumber : Oil World Annual, 2000-2009, Oil World Weekly, 2009 dan MPOB 2000-2009
Page 19
13
Statistik menunjukkan jumlah keseluruhan pengeluaran 17 jenis minyak masak.
Didapati pengeluaran minyak kelapa sawit adalah paling tinggi pada tahun 2004 hingga
2009 berbanding dengan minyak sayuran yang lain. Minyak kacang soya pula mencatatkan
pengeluaran kedua tertinggi pada tahun 2004 sehingga 2009. Pengeluaran minyak jarak
adalah yang terendah pada tahun 2009 iaitu sebanyak 533,000 tan. Pada tahun 2008, jumlah
keluaran minyak masak dari kelapa sawit menduduki tempat pertama dari segi jumlah
pengeluarannya iaitu sebanyak 43,305,000 tan, diikuti oleh minyak kacang soya tempat
kedua sebanyak 36,911,000 tan dan tempat ketiga iaitu minyak biji sawi sebanyak
19,913,000 tan.
Walaupun Malaysia adalah negara pengeksport terbesar minyak kelapa sawit, negara
juga mengimport minyak, lemak binatang dan sayuran. Menurut laporan Jabatan Perangkaan
Malaysia, dalam tahun 2000, import minyak, lemak haiwan dan sayuran adalah RM0.6
bilion telah meningkat kepada RM2.6 bilion pada tahun 2006. Walau bagaimanapun minyak
sayuran mendapat lebih permintaan kerana ianya lebih baik untuk kesihatan. Dimaklumkan
bahawa minyak masak jenis ini mengandungi komposisi kandungan berbeza dan tidak
mengandungi kolestrol (Info kesihatan, 2011).
Minyak kelapa dan kelapa sawit adalah minyak masak yang mempunyai asid lemak
tepu yang tinggi. Manakala minyak kacang soya, zaitun, bunga matahari, jagung, kanola
dan bijan pula mempunyai kandungan lemak tepu yang rendah. Walaubagaimanapun,
kandungan asid lemak poli tak tepu (PUFA) dan kandungan asid lemak mono tak tepu
(MUFA) adalah tinggi bagi minyak masak seperti ini. Oleh itu, minyak kategori ini lebih
Page 20
14
sesuai digunakan untuk menumis. Nutrisi minyak masak boleh dilihat daripada luar label
produk. Kandungan nutrisi jelas tertera pada label minyak masak ini. Walaubagaimanapun,
penggunaan minyak masak ini jelas mendatangkan keburukan jika diambil dalam kuantiti
yang berlebihan. Penggunaan yang berlebihan boleh membawa kepada risiko penyakit
jantung dan obesiti kepada individu. Berikut pula adalah jumlah eksport dunia bagi minyak
masak kelapa sawit dan minyak masak bukan berasaskan kelapa sawit di dunia bagi tahun
2004-2008:
Jadual 4 : Jumlah Eksport Minyak Sawit dan Minyak Bukan Sawit Dunia bagi tahun 2004-
2009 (Juta tan)
Jenis minyak masak 2004 2005 2006 2007 2009
Minyak sawit 24.26 26.51 30.03 29.84 33.74
Minyak kacang soya 9.10 9.78 10.42 11.20 10.04
Minyak biji sawi 2.77 3.12 4.47 4.30 4.01
Minyak bunga matahari 1.50 1.43 2.10 2.06 2.28
Minyak isirong sawit 1.89 2.10 2.39 2.68 2.71
Minyak kelapa 1.84 2.30 1.98 1.99 1.83
Minyak lelemak haiwan 3.75 3.59 3.72 3.90 3.86
Lain-lain minyak 2.27 2.37 2.45 2.31 2.19
Jumlah 47.38 51.18 57.56 58.27 60.67
Sumber : Oil World, 2004-2009
Berdasarkan Jadual 4, pada tahun 2004, keluaran minyak masak dari kelapa sawit
menduduki tempat pertama iaitu sebanyak 24,260,000 tan, diikuti oleh minyak kacang soya
Page 21
15
tempat kedua sebanyak 9,100,000 tan dan tempat ketiga iaitu minyak lelemak haiwan
sebanyak 3,750,000 tan. Pada tahun 2004 hingga 2008, eksport keluaran minyak masak dari
kelapa sawit menduduki tempat tertinggi dalam dunia berbanding minyak masak yang lain.
Eksport minyak masak berasaskan sawit adalah 26,510,000 juta tan pada tahun 2005,
30,030,000 tan pada tahun 2006, 29,840,000 tan pada tahun 2007 dan 33,740,000 tan pada
tahun 2008. Berikut pula adalah senarai negara-negara minyak masak kelapa sawit dan
minyak masak bukan berasaskan kelapa sawit di dunia bagi tahun 2004-2009 :
Page 22
16
Jadual 5 : Negara-negara Utama yang Menggunakan Minyak Sawit dan Minyak Bukan
Sawit Dunia bagi tahun 2004-2009 (‘000 tan)
Negara 2004 2005 2006 2007 2008 2009
China, P. R. 22,316 24,345 25,707 27,229 29,085 30,567
EU 21,445 21,841 23,820 27,147 28,249 28,767
USA 14,282 14,617 15,370 16,087 16,582 17,258
India 12,010 12,474 13,140 13,640 14,249 14,972
CIS 4,964 5,143 5,533 5,787 6,027 6,232
Brazil 4,566 4,548 4,576 4,872 5,432 5,961
Indonesia 3,786 3,997 4,208 4,385 4,794 5,209
Malaysia 2,800 2,991 3,301 3,494 3,543 3,677
Negara 2004 2005 2006 2007 2008 2009
Pakistan 3,002 3,047 3,214 3,385 3,500 3,599
Jepun 2,807 2,834 2,847 2,833 2,824 2,854
Turki 1,823 1,854 2,129 2,475 2,239 2,304
Nigeria 1,629 1,645 1,708 1,758 1,841 1,911
Kanada 1,390 1,394 1,361 1,350 1,388 1,395
Korea Selatan 1,009 1,051 1,107 1,153 1,212 1,241
Lain-lain 28,012 29,618 31,375 32,166 33,069 33,617
Jumlah 125,841 131,399 139,396 147,761 153,944 159,563
Sumber : Oil World Annual, 2000-2009 & Oil World Weekly, 2009 dan MPOB 2000-2009
Statistik bagi negara-negara yang menggunakan 17 jenis minyak masak yang
terdapat dalam pasaran menunjukkan negara China P.R. menggunakan sebanyak 30,567,000
Page 23
17
tan minyak masak pada tahun 2009. Ini merupakan jumlah penggunaan yang tinggi
berbanding dengan negara-negara lain seperti India, Brazil, Indonesia, Pakistan, Jepun dan
Turki. Pada tahun 2008 pula, negara Kanada mencatatkan jumlah penggunaan 17 jenis
minyak masak sebanyak 1,388,000 tan, negara Korea Selatan sebanyak 1,211,000 tan dan
negara Nigeria iaitu sebanyak 1,841,000 tan. Secara keseluruhannya, kesemua negara di
atas menggunakan 125,841,000 tan pada tahun 2004, 131,399,000 tan pada tahun 2005,
139,396,000 tan pada tahun 2006, 147,761 131,399,000 tan pada tahun 2007, 153,944,000
tan pada tahun 2008 dan 159,563,000 tan pada tahun 2009.
Berdasarkan data-data yang telah ditunjukkan di atas, jelas bahawa Malaysia sebuah
negara pengeluar minyak dan pengguna minyak masak dari produk kelapa sawit.
Walaubagaimanapun, penggunaan minyak masak dari produk kelapa sawit dijangka akan
berkurang jika pendapatan meningkat. Secara teori, peningkatan pendapatan pengguna
membawa kepada peralihan pilihan pengguna daripada menggunakan barang “biasa” kepada
barang yang agak “mewah”.
Dalam kes pilihan minyak masak, mungkin wujud satu persepsi pengguna yang
menganggap minyak masak produk dari kacang soya, jagung, biji sawi sebagai satu barang
“mewah” (kerana harganya yang lebih mahal) berbanding dengan minyak masak dari produk
kelapa sawit yang dianggap sebagai barang “biasa”. Sebagai perbandingan pada tahun 2005,
harga minyak sawit adalah US$422 satu tan manakala minyak kacang soya US$545 dan
minyak biji sawi US$669.
Page 24
18
Antara persoalan yang masih belum dijawab adalah apakah benar minyak masak
produk kelapa sawit keluaran Malaysia adalah barang biasa, dan minyak masak bukan
produk kelapa sawit adalah barang mewah? Apakah ada minyak masak masak bukan kelapa
sawit yang menjadi barang pengganti atau ada yang menjadi barang penggenap kepada
minyak sawit?
Hipotesis kajian ini adalah :
i. Minyak masak produk bukan daripada kelapa sawit seperti kacang soya,
jagung dan lain-lain dianggap sebagai barang mewah; dan
ii. Peningkatan pendapatan pengguna membawa kepada peralihan pilihan
pengguna daripada menggunakan barang biasa (minyak masak produk kelapa
sawit) kepada barang yang agak mewah (minyak pmasak produk bukan
kelapa sawit)
1.4 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif umum kajian ini adalah untuk menganggar keanjalan permintaan dan pendapatan
minyak masak produk kelapa sawit dan membandingkannya dengan minyak masak bukan
produk kelapa sawit di Malaysia.
Page 25
19
Objektif khusus kajian ini adalah:
1. Menganggarkan keanjalan permintaan minyak masak produk kelapa sawit.
2. Menganggar keanjalan pendapatan minyak masak bukan produk kelapa sawit.
3. Menganggarkan kecenderungan mengimport marginal (MPM) minyak masak produk
kelapa sawit.
4. Menganggarkan kecenderungan mengimport marginal (MPM) minyak masak bukan
produk kelapa sawit.
1.5 SIGNIFIKAN KAJIAN
Dapatan kajian ini adalah sangat penting kerana ianya dapat memberikan maklumat berguna
terutama kepada para penyelidik, pembuat dasar ekonomi dan para pengguna. Kajian-kajian
seperti melihat keanjalan permintaan harga terhadap minyak kelapa sawit dan keanjalan
pendapatan-penggunaan terhadap minyak masak kelapa sawit dan bukan berasaskan kelapa
sawit jarang dijalankan di Malaysia. Jadi ini dapat memberi sumbangan berguna kepada
para pengguna terutamanya mengenai peri pentingnya harga dan pendapatan dalam
mempengaruhi kuantiti diminta dan kuantiti diimport minyak sawit dan minyak masak
bukan produk kelapa sawit. Ini dapat mendidik para pengguna supaya lebih prihatin
terhadap harga minyak masak di pasaran.
Ianya juga dapat menyumbang kepada pembuatan dasar yang lebih baik di masa akan
datang. Pihak kerajaan dan pembuat dasar dapat menggunakan maklumat dan dapatan kajian
Page 26
20
ini sebagai panduan dalam meningkatkan mutu pembuatan dasar terutama berkaitan
penetapan harga minyak kelapa sawit dan bukan kelapa sawit di pasaran. Ianya diharap
dapat menjadi asas kepada penyelidikan di masa-masa akan datang. Diharapkan
penyelidikan dan pembangunan yang berterusan dan mendalam juga dapat dilaksanakan
dalam memantapkan kajian minyak masak ini pada masa akan datang.
Dengan adanya penyelidikan seperti ini juga, para pelajar jurusan Ekonomi dapat
mengaplikasi konsep keanjalan permintaan harga, keanjalan pendapatan dalam kehidupan
seharian. Ini kerana konsep keanjalan dan teori permintaan digunakan dalam kajian kes ini.
Peningkatan harga akan mempengaruhi jumlah kuantiti barang yang diminta di dalam
pasaran. Peningkatan jumlah pendapatan juga turut mempengaruhi corak perbelanjaan harian
pengguna. Pendapatan yang meningkat menyebabkan pengguna akan beralih kepada barang
“mewah”. Ianya membolehkan pelajar jurusan Ekonomi memahami konsep-konsep ekonomi
dengan lebih mendalam. Ianya diharap dapat membantu pelajar-pelajar meminati
matapelajaran Ekonomi dalam pembelajaran di sekolah dan institusi-institusi pengajian
tinggi.
1.6 SKOP DAN BATASAN KAJIAN
Skop kajian ini hanyalah tertumpu kepada kajian data siri masa berbentuk tahunan dalam
tempoh 1980 hingga 2010. Kajian tertumpu kepada keanjalan permintaan harga, penggunaan
pendapatan dan kecenderungan mengimport minyak kelapa sawit di Malaysia sahaja. Data-
data agak sukar diperoleh memandangkan data-data bagi import setiap minyak bukan
Page 27
21
berasaskan kelapa sawit tidak dinyatakan di dalam sumber data utama iaitu laman web
MPOB. Data-data ini diperoleh setelah mendapat kerjasama dari pegawai MPOB dan
sumber-sumber lain. Walaubagaimanapun, ianya mengambil masa bagi mendapatkan dan
melengkapkan keseluruhan data seperti yang diperlukan.
1.7 ORGANISASI KAJIAN
Laporan penyelidikan ini dipersembahkan dalam lima bahagian di mana Bahagian 1 adalah
bahagian pengenalan. Bab 2 pula membincangkan mengenai karya-karya lepas yang
berkenaan dengan tajuk penyelidikan. Bahagian seterusnya iaitu Bab 3 adalah metodologi
kajian. Hasil analisis penyelidikan akan dibincangkan dalam Bab 4. Akhir sekali adalah
kesimpulan kajian dalam Bab 5.
Page 28
22
BAB 2
SOROTAN KARYA
2.1 PENGENALAN
Bab ini akan membincangkan kajian-kajian lepas yang telah dijalankan oleh pengkaji-
pengkaji terdahulu berkaitan minyak kelapa sawit. Bukti-bukti empirikal yang
berhubungkait dengan tajuk kajian penyelidikan ini juga akan dihuraikan lebih lanjut di
dalam bab ini.
2.2 PENGARUH PENETAPAN HARGA KELAPA SAWIT
Terdapat banyak kajian terdahulu yang member penekanan kepada faktor-faktor yang
mempengaruhi harga minyak kelapa sawit dunia. Kajian juga tidak terhad di Malaysia malah
di seluruh dunia terutama di Indonesia antara pengeluar terbesar dunia yang menjadi pesaing
Malaysia. Terdapat kajian yang mengatakan faktor yang mempengaruhi penetapan harga
minyak kelapa sawit adalah disebabkan oleh permintaan dunia, stok minyak sawit, harga
komoditi lain seperti getah dan juga pertukaran wang asing. Berikut dibincangkan hasil-hasil
kajian pengkaji terdahulu.
Jan Horas (1993) umpamanya telah mengkaji kedudukan minyak sawit di pasaran
Indonesia dan pasaran antarabangsa. Ianya mengkaji pengaruh minyak sawit Indonesia
Page 29
23
terhadap harga domestik dan dunia. Menggunakan data tahunan dari tahun 1979 hingga
1998, kajian ini menggunakan kaedah persamaan serentak dengan teknik penganggaran
menggunakan kuasa dua terkecil peringkat dua (2SLS). Dapatan menunjukkan peningkatan
pengeluaran minyak sawit mentah (CPO) memberi kesan positif dalam pertumbuhan eksport
CPO Indonesia. Eksport CPO Indonesia pula dipengaruhi oleh nilai pertukaran Indonesia
dan harga CPO dunia. Harga CPO dunia sangat mempengaruhi eksport CPO bagi Malaysia.
Ini menunjukkan bahawa kedudukan Malaysia sangat mempengaruhi harga CPO dunia.
Walaubagaimanapun, pengurangan jumlah pengeluaran CPO Malaysia sangat
menguntungkan negara Indonesia. Ianya memberikan lebihan dagangan yang besar kepada
negara Indonesia.
Berbeza dengan Abdul Rahman (1994) dalam hasil kajiannya menunjukkan bahawa
pengeluaran estet dipengaruhi oleh harga getah, harga masa kini dan harga minyak sawit
domestik. Keanjalan harga bagi pembolehubah ini adalah tidak anjal iaitu 0.17. Harga
minyak kelapa sawit di Malaysia dalam pasaran di dunia adalah faktor yang mempengaruhi
jumlah eksport Malaysia. Objektif kajian ini adalah mengkaji kesan polisi kerajaan dalam
mempengaruhi pasaran minyak sawit Malaysia. Ianya dianggarkan dengan menggunakan
kaedah 2SLS. Kesan polisis seperti tukaran ringgit Malaysia dan duti eksport amat
mempengaruhi harga minyak sawit domestik dan jumlah pengeluarannya. Kesan polisi ini
juga menunjukkan bahawa Malaysia adalah sebagai penerima harga di dalam pasaran
minyak kelapa sawit di dunia.
Page 30
24
Yusof (2001) pula menganalisis penawaran dan permintaan minyak dan lelemak di
pasaran dunia. Dalam kajian Yusof, pengeluaran diramal mengalami pertumbuhan sebanyak
2.3% setiap tahun. Ini kerana terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi penawaran dan
permintaan minyak sayuran dan lelemak di pasaran dunia. Hasil kajian beliau menunjukkan
permintaan dan penawaran minyak dipengaruhi oleh jumlah kos pengeluaran, sumber yang
terhad dan hasil produktiviti yang rendah. Oleh itu, menurut pengkaji tersebut, dalam
menghadapi persaingan ini, nilai tambah terhadap minyak sayuran dan lelemak perlu
dilakukan.
Selain daripada faktor ekonomi seperti harga demestik, permintaan dan penawaran
serta kadar pertukaran mata wang asing, teknologi juga memainkan peranannya yang
tersendiri dalam mempengaruhi turun naik harga minyak kelapa sawit secara tidak langsung.
Seperti mana dalam kajian Basri dan Zaimah (2002) teknologi memainkan peranan penting
dalam mempengaruhi hasil kelapa sawit Malaysia. Menerusi aktiviti penyelidikan, ianya
dapat meningkatkan kualiti produk keluaran kelapa sawit. Jumlah pokok kelapa sawit yang
ditanam juga signifikan dalam mempengaruhi harga minyak sawit dan harga getah.
Keanjalan harga bagi penentu ini adalah tidak anjal. Ini bermaksud, jumlah tanaman kelapa
sawit bertindakbalas secara perlahan terhadap perubahan dalam harga getah dan harga
minyak kelapa sawit itu sendiri.
Dasar-dasar tertentu sesebuah negara juga mempunyai pengaruhnya yang tersendiri
terhadap pengeluaran minyak kelapa sawit dan secara tidak langsung ia turut mempengaruhi
harga minyak kelapa sawit. Yusof (2002) telah mengkaji permintaan dan penawaran minyak
Page 31
25
sawit dan cabaran yang dihadapi oleh minyak kelapa sawit Malaysia dan Indonesia dalam
mempengaruhi pasaran dunia. Halangan–halangan tersebut adalah subsidi yang diperoleh
negara maju, standard piawaian yang ketat, perubahan kadar pertukaran dan tarif. Dapatan
beliau menunjukkan minyak kelapa sawit memainkan peranan penting dalam permintaan
dan penawaran minyak dan lelemak di dalam industri. Harga minyak sawit juga
dikategorikan sebagai kompetitif dan ianya sangat bertindakbalas terhadap jumlah minyak
dan lelemak di dalam pasaran dunia.
Seterusnya Azme, Zuhaimy & Ani (2003) mengkaji hubungan yang wujud antara
harga minyak CPO dengan harga minyak sayuran yang lain. Minyak sayuran tersebut adalah
minyak biji sawi (RSO), minyak sawit isirung (KPO) dan minyak kelapa (CNO). Hasil
kajian mereka menunjukkan harga CPO berhubungan positif dengan KPO dan RSO.
Manakala harga CPO berhubungan negatif dengan CNO. Kemudian dikukuhkan lagi dengan
dapatan Azme & Zuhaimy (2003). Mereka menggunakan kaedah rangkaian nueral dalam
meramal harga minyak sawit. Pembolehubah minyak kacang soya (SBO) mempengaruhi
harga minyak CPO Malaysia.
Mohd Nasir (2003) pula menganalisis jumlah eksport, duti eksport dan harga bagi 2
buah negara iaitu Malaysia dan Indonesia. Perbandingan di antara 2 buah negara ini juga
dikaji. Dapatan menunjukkan Malaysia dan Indonesia adalah negara pengeksport minyak
masak berasaskan kelapa sawit yang terbesar dan kedua terbesar di dunia. Pada tahun 2002,
negara-negara ini telah menyumbang sebanyak 89.6% daripada jumlah dagangan dunia.
Minyak sawit yang telah diproses adalah penyumbang yang paling tinggi dalam kategori
Page 32
26
eksport bagi kedua-dua negara. Tarif dikenakan bagi meningkatkan lagi jumlah hasil negara.
Kajian mendapati terdapat perbezaan dari segi duti eksport yang perlu dibayar.
Menganalisis peranan minyak sawit dalam mempengaruhi permintaan dan
penawaran minyak masak berasaskan minyak sayuran lelemak adalah kajian yang dibuat
oleh Yusof, N Balu & D Chandramohan (2004). Harga kompetitif dan peningkatan jumlah
pengeluaran membuatkan minyak kelapa sawit menjadi pilihan utama pengimport
berbanding minyak berasaskan sayuran dan lelemak yang lain. Bagi meningkatkan lagi
peranan dan daya saing industri minyak sawit, halangan perdagangan perlu dihapuskan,
penghasilan produk-produk keluaran baru yang berasaskan minyak sawit dan kegiatan
hiliran perlu dipergiatkan.
Ernawati (2004) pula mengkaji kesan dasar perdagangan bebas dalam mempengaruhi
industri minyak sawit di Indonesia. Teknik model pembetulan kesalahan dalam persamaan
serentak digunakan dalam analisis ini. Ianya menggunakan teknik 2SLS. Keputusan
menunjukkan apabila duti eksport berkurang sebanyak 10%, untung bersih adalah $857.56
ribu. Ini disebabkan berlaku peningkatan harga dan perpindahan sumber pengeluaran dari
sektor kelapa sawit ke industri lain. Begitu juga dengan cukai import, lebihan pengeluar
Indonesia sebanyak $5.42 juta dicatatkan apabila cukai import dikurangkan sebanyak 10%.
Kedua-dua jenis cukai ini menunjukkan implikasi yang berlaku kepada industri sawit di
Indonesia. Penurunan bagi kedua-dua cukai ini menunjukkan polisi perdagangan bebas yang
dibuat mempunyai implikasi yang sama dari segi lebihan pengeluar di dalam industri sawit
di Indonesia.
Page 33
27
Kajian Amna (2005) pula berkaitan permintaan bagi import minyak sawit dari negara
Timur Tengah dan Utara Afrika (MENA). Ianya menggunakan teknik Model Pembetulan
Ralat (ECM) dan kointegrasi yang melibatkan pelbagai variat. Hasil kajian mendapati
minyak berasaskan kacang soya adalah pengganti utama bagi minyak berasaskan kelapa
sawit bagi negara Iran, Algeria, Jordan, Mesir, Turki dan Maghribi. Manakala di negara
Libya dan Arab Saudi, minyak jagung adalah pengganti minyak sawit. Pengganti minyak
sawit di negara Syria adalah minyak bunga matahari dan di Sudan adalah minyak sesawi.
Berdasarkan kajian, harga minyak pengganti memainkan peranan penting dalam
permintaan minyak sawit. Harga petroleum yang naik mendadak di Arab Saudi sekitar tahun
70an merupakan faktor penting yang menyebabkan peningkatan dalam permintaan import
minyak sawit di Arab Saudi. Krisis Perang Teluk dan sekatan ekonomi yang dilakukan
terhadap Iraq juga membantu meningkatkan permintaan minyak sawit di Jordan. Harga
pengganti bagi minyak kelapa sawit, pendapatan dan keanjalan permintaan harga bagi
minyak kelapa sawit itu sendiri adalah signifikan dalam mempengaruhi pembentukan
sesuatu polisi pemasaran bagi negara yang dikaji. Unjuran juga menunjukkan permintaan
bagi import minyak sawit bagi negara-negara ini akan terus meningkat pada masa akan
datang .
Perbandingan dan cabaran-cabaran yang dihadapi bagi persaingan antara minyak
masak kelapa sawit dengan minyak sayuran telah dikaji oleh Mohd Nasir, Ayat K & Faizah
(2005). Dengan menggunakan teknik model vektor pembetulan ralat (VECM), dapatan
menunjukkan bahawa wujud hubungan jangka panjang antara harga minyak kelapa sawit
Page 34
28
dan minyak sayuran bagi jangka masa panjang. Minyak sawit olein didapati adalah penentu
harga bagi industri minyak sayuran dan lelemak di Malaysia. Cabaran yang dihadapi adalah
dalam memastikan bahawa minyak sawit olein ini adalah sebagai penentu harga utama
dalam mempengaruhi harga minyak sayuran lain dalam industri minyak masak Malaysia.
Manakala Ernawati, Fatimah, Mohd Arshad, Mad Nasir & Zainal (2006) melihat kesan
perubahan liberalisasi perdagangan dalam mempengaruhi eksport minyak sawit di Indonesia.
Dengan menggunakan kaedah ECM, keputusan menunjukkan liberalisasi perdagangan akan
menyebabkan harga minyak masak dunia jatuh. Harga minyak sawit domestik pula akan
meningkat.
Edward, David & Stephen (2006) menganalisis hubungan kointegrasi dan sebab
akibat di antara harga CPO dan harga sayur-sayuran dunia. Empat jenis minyak sayuran
digunakan iaitu minyak kacang soya, minyak biji sawi, minyak bunga matahari dan minyak
kelapa sawit. Dengan menggunakan data mingguan dari Januari 1999 sehingga Mac 2006,
analisis mendapati wujud satu hubungan jangka panjang bagi harga-harga minyak tersebut.
Minyak kacang soya pula yang paling memberi kesan terhadap harga-harga minyak yang
lain iaitu sebanyak 32% hingga 75%. Walaubagaimanapun, harga CPO ini tidak menberikan
kesan yang signifikan terhadap harga minyak yang lain.
Objektif kajian Abdul Rahim & Zariyawati (2011) adalah mengkaji hubungan jangka
panjang harga CPO ke atas harga 2 komoditi iaitu harga beras dan harga SBO di pasaran
Rotterdam. Dengan menggunakan teknik mengesan kointegrasi Autoregressive Distributed
Lag (ARDL), data yang digunakan adalah dari tahun 1970 hingga 2008. Keputusan
Page 35
29
menunjukkan hanya harga CPO yang berkointegrasi dengan harga beras di Rotterdam dalam
jangka panjang. Keputusan juga mendapati harga CPO tidak mempengaruhi harga beras dan
SBO dalam jangka pendek. Ini bermaksud, turun naik harga CPO dunia tidak memberi
sebarang kesan terhadap harga minyak SBO.
2.3 KESIMPULAN
Kesimpulannya terdapat pelbagai kajian terdahulu yang dilakukan terhadap industri sawit
ini. Kajian-kajian seperti ini ada yang dilakukan di dalam Malaysia dan ada juga kajian kes
yang dilakukan oleh pengkaji-pengkaji dari negara luar. Walaubagaimanapun, didapati
kurang kajian kes mengenai keanjalan permintaan dan keanjalan pendapatan yang
melibatkan produk minyak kelapa sawit dan produk bukan minyak kelapa sawit di Malaysia.
Kebanyakan kajian hanya melibatkan peramalan harga minyak sawit Malaysia dan
hubungan jangka panjang minyak sawit dengan minyak sayuran dan lelemak yang lain. Oleh
itu, kajian ini akan menjalankan kajian keanjalan produk minyak kelapa sawit di Malaysia
menggunakan metodologi yang akan dijelaskan dalam bab seterusnya iaitu Bab 3.
Page 36
30
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 PENGENALAN
Bahagian ini akan menjelaskan tentang kaedah-kaedah yang akan digunakan dalam
penganggaran. Empat ujian diagnostik yang hendak dijalankan iaitu ujian pengesanan
multikolineariti, heterokedastisiti, autokolerasi dan taburan normal akan diterangkan secara
terperinci. Sumber-sumber data yang digunakan dalam kajian penyelidikan ini dan
kesimpulan juga akan dinyatakan dalam bahagian akhir bab ini.
3.2 KAEDAH PENGANALISAAN DATA
Mengikut istilah ekonomi, keanjalan digunakan bagi menganggar tindakbalas yang akan
berlaku kepada sesuatu pembolehubah apabila berlaku perubahan terhadap terhadap
pembolehubah yang lain (Chamhuri, Surtahman & Norshamliza, 2005). Di dalam kajian
ini, keanjalan pendapatan-import dan keanjalan pendapatan-penggunaan digunakan bagi
menganggar peratus perubahan yang berlaku. Data dianalisis dengan cara melihat peratus
perubahan atau melihat arah aliran. Jika hasil penganggaran keanjalan adalah lebih besar
daripada 1, ini bermakna permintaan terhadap minyak kelapa sawit adalah anjal yang
Page 37
31
membolehkan ia dikategorikan sebagai barang mewah. Namun, jika hasil penganggaran
keanjalan permintaan minyak kelapa sawit adalah kurang daripada 1, tidak anjal maka ia
akan dikategorikan sebagai barang perlu.
Seterusnya kajian ini akan menganggarkan persamaan regresi mudah yang
menunjukkan logaritma setiap pembolehubah. Semua pembolehubah di“log”kan bagi
menunjukkan perubahan dan apabila kita menjalankan regresi mudah setiap hasil beta
adalah nilai keanjalan.
Model yang akan digunakan untuk mengganggar keanjalan permintaan minyak
kelapa sawit adalah seperti yang ditunjukkan dalam model 1 hingga 3.
Model 1 :
Model 2 :
Model 3 :
Di mana petunjuk semua pembolehubah dan jangkaan tanda bagi setiap pembolehubah
ditunjukkan dalam Jadual 3.1.
Page 38
32
Jadual 3.1: Pembolehubah dan jangkaan keputusan hasil regresi (Pembolehubah bersandar
ialah kuantiti permintaan minyak sawit per kapita (DCPO)
Bil Pembolehubah Jangkaan
keputusan
Intepretasi
1
2
3
4
5
6
7
8
Pendapatan perkapita (GNI)
Harga minyak sawit mentah (PCPO)
Harga minyak kacang soya (PSBO)
Harga minyak bunga matahari (PSFO)
Harga minyak biji sawi (PRSO)
Harga minyak kelapa (PCCO)
Harga minyak lelemak haiwan
(PTALL)
Kadar pertukaran (ER)
+
-
+
+
+
+
+
+
Minyak sawit barang perlu
Minyak sawit barang perlu
Minyak kacang soya barang pengganti
Minyak bunga matahari barang pengganti
Minyak biji sesawi barang pengganti
Minyak kelapa barang pengganti
Minyak lelemak haiwan barang pengganti
Minyak sawit barang perlu
Dalam kajian ini, pendapatan perkapita diramalkan berhubungan positif dengan
jumlah kuantiti diminta. Apabila pendapatan perkapita meningkat, jumlah kuantiti minyak
masak diminta bagi CPO akan meningkat. Ini adalah kerana individu mempunyai jumlah
pendapatan yang banyak untuk dibelanjakan. Oleh kerana dalam kajian ini minyak CPO
diramalkan sebagai barang perlu, jadi apabila pendapatan meningkat, individu cenderung
untuk meningkatkan jumlah kuantiti yang diminta.
Selain itu, kuantiti minyak masak CPO juga dipengaruhi oleh harga CPO itu sendiri.
Dalam kajian ini, diramalkan bahawa kuantiti diminta bagi CPO dan harga CPO adalah
berhubungan positif. Apabila harga CPO meningkat, jumlah kuantiti diminta bagi CPO juga
akan turut meningkat kerana CPO adalah barang perlu.
Dalam kajian ini, harga minyak masak bagi SBO, SFO, RSO, CCO dan TALL akan
mempengaruhi jumlah kuantiti diminta bagi minyak masak jenis CPO. Diramalkan bahawa
harga-harga minyak yang lain iaitu SBO , SFO, RSO, CCO dan TALL adalah berhubungan
secara positif. Ini menunjukkan bahawa apabila harga minyak masak yang lain meningkat,
Page 39
33
jumlah kuantiti diminta bagi minyak masak jenis CPO akan turut meningkat. Begitu juga
sebaliknya, apabila harga minyak masak yang lain jatuh di pasaran, jumlah kuantiti diminta
bagi minyak masak jenis CPO akan turut jatuh kerana penyelidik mengandaikan minyak
selain minyak kelapa sawit adalah barang pengganti.
Bagi model yang akan digunakan untuk mengganggar keanjalan mengimport
minyak kelapa sawit, kacang soya dan kelapa adalah seperti yang ditunjukkan dalam
Model 4 hingga 6.
Model 4 :
Model 5 :
Model 6 :
Di mana ICPO ialah jumlah import bagi CPO, ISBO adalah jumlah import bagi SBO,
ICCO adalah jumlah import bagi CCO. Semua pembolehubah bebas dijangkakan berhubung
positif dengan pembolehubah bersandar.
Page 40
34
3.3 UJIAN DIAGNOSTIK
Terdapat 4 ujian yang diuji di dalam ujian diagnostik ini. Ujian-ujian tersebut adalah ujian
bagi mengesan taburan adalah berbentuk normal atau tidak, ujian bagi mengesan masalah
multikolineariti, ujian pengesanan masalah autokolerasi dan ujian bagi mengesan masalah
heterokedastisiti. Berikut adalah huraian bagi setiap ujian-ujian ini :
3.3.1 Ujian Autoregressive Conditional Heteroscedasticity (ARCH)
Di dalam penganggaran menggunakan teknik kuasa dua terkecil (OLS) ada dinyatakan
andaian bahawa ralat adalah bersifat homokedastisiti (Rizaudin, 2010). Ini bermaksud ralat
mempunyai varian yang sama. Di dalam penyelidikan ini, heterokedastisiti diuji dengan
menggunakan kaedah ARCH. Adalah penting untuk melihat masalah heterokedastisiti di
dalam model. Ini kerana ianya akan memberi kesan kepada penganggar untuk mendapat
nilai varian yang paling minimum. Penganggar masih tidak bias walaubagaimanapun nilai
varian yang tinggi akan menyebabkan nilai statistik t menjadi rendah. Ujian hipotesis bagi
statistik t adalah tidak boleh dipercayai. Peluang bagi Ralat II untuk berlaku adalah tinggi
disebabkan kita menerima hipotesis yang salah (Hassan, 2001).
3.3.2 Ujian Normaliti
Terdapat 2 kaedah yang digunakan dalam menentukan sesuatu taburan data adalah berbentuk
normal ataupun tidak iaitu dengan menggunakan kaedah Ujian Jarque-Bera dan histogram
bagi ralat (Rizaudin, 2010). Melalui histogram, nilai maksimum dan minimum bagi sesuatu
siri data dapat diperoleh. Kaedah lain pengukuran deskriptif yang digunakan adalah dengan
Page 41
35
melihat skewness dan kurtosis. Skewness adalah statistik yang melihat sifat simetri bagi
sesuatu taburan kebarangkalian. Kurtosis pula melihat ketebalan sesuatu sisi taburan.
Apabila sesuatu sisi taburan adalah normal, nilai kurtosis adalah 3.
Ujian Jarque-Bera adalah satu ujian taburan yang lebih formal digunakan untuk
mengetahui sama ada sesuatu taburan adalah normal atau tidak. Formula Jarque-Bera adalah
seperti berikut :
JB = n [ S2/6 + (K-3)
2 / 24 ]
n = saiz sampel
S = pekali skewness
K = pekali kurtosis
Taburan yang normal akan mempunyai nilai S=0 dan K=3. Manakala nilai statistik bagi JB =
0.
3.3.3 Ujian Multikolineariti
Dengan adanya ujian ini, kolerasi linear antara sesuatu pembolehubah dengan pembolehubah
bebas yang lain di dalam sesuatu model regresi dapat ditentukan (Osman & Chua, 1987).
Hubungan yang sempurna antara pembolehubah-pembolehubah bebas tersebut boleh
menyebabkan berlaku masalah regresi. Kesan bagi setiap pembolehubah bebas (Xj) yang
diuji secara terhadap pembolehubah bersanday (Y) tidak dapat dijelaskan secara berasingan.
Page 42
36
Multikolineariti yang sempurna akan menyebabkan teknik OLS tidak dapat digunapakai.
Nilai statistik t yang diperoleh akan menjadi lebih kecil. Bagi mengatasi masalah
multikolineariti yang sempurna ini, pelbagai perkara seperti berikut boleh dilakukan :
a. Mendapatkan lebih banyak data bagi setiap pembolehubah
b. Menggugurkan pembolehubah yang mempunyai kolerasi dengan pembolehubah
bebas yang lain
c. Menggunakan teknik pembezaan peringkat pertama
3.3.4 Ujian Autokolerasi
Autokolerasi terjadi apabila 2 atau lebih sebutan ralat di dalam cerapan adalah berhubungan
(Verbeek, 2008). Di dalam penyelidikan ini, ujian yang akan digunakan adalah ujian
Durbin-Watson. Ujian Durbin-Watson ini sering digunakan bagi menguji masalah
autokolerasi order pertama. Ini kerana ralat yang dianggarkan dapat diperoleh dengan
menggunakan analisis regresi.
3.4 SUMBER DATA
Data kajian dikutip dalam bentuk siri masa dari tahun 1980 hingga 2010. Data-data import
diperoleh daripada laman web Indexmundi (pelbagai minyak), laporan dari MPOB (pelbagai
tahun) dan laporan-laporan Jabatan Perangkaan (yang bersesuaian). Data pendapatan
perkapita pula diperoleh dari laman web World Bank. Data yang diperoleh adalah bagi
pendapatan perkapita semasa. Oleh itu teknik pengiraan dilakukan bagi mendapatkan nilai
pendapatan perkapita harga malar. Harga malar tahun 2000 dipilih bagi pengiraan ini.
Page 43
37
Import minyak bunga matahari dan minyak biji sawi bagi tahun 2010 pula diambil daripada
laman web fas United States Department of Agriculture (USDA).
3.5 KESIMPULAN
Kaedah-kaedah penganalisaan data telah dijelaskan di dalam bahagian ini. Sumber-sumber
bagi mendapatkan data tahunan ini juga telah dijelaskan dalam subtopik kajian. Kaedah
keanjalan pendapatan-import dan keanjalan pendapatan-penggunaan digunakan bagi
penyelidikan ini. Hasil kajian akan dapat dibincangkan secara terperinci dalam Bab 4 yang
seterusnya.
Page 44
38
BAB 4
DAPATAN KAJIAN
4.1 PENGENALAN
Bab ini terdiri daripada hasil analisis yang diperoleh daripada penganggaran minyak sawit
dan minyak bukan kelapa sawit. Keputusan hasil regresi dimulakan dengan dua ujian
diagnostik iaitu ujian bagi menentukan data adalah bertaburan normal ataupun tidak dan
ujian bagi mengesan masalah heterokedastisiti. Kemudian, hasil regresi dengan
menggunakan model kuasa dua terkecil (OLS) digunakan bagi mendapatkan penganggaran
Kecenderungan Mengimport Marginal (MPM), penganggaran di antara keanjalan
permintaan minyak kelapa sawit (TDCPO) dan pendapatan (GNI) per kapita dan
penganggaran di antara TDCPO dengan pembolehubah-pembolehubah harga dan import
yang signifikan. Setiap regresi yang diperoleh dengan menggunakan model OLS ini akan
turut melihat nilai Durbin-Watson bagi mengesan sama ada wujudnya masalah autokolerasi
di dalam setiap regresi penganggaran data tersebut. Akhir sekali adalah kesimpulan bagi
keseluruhan Bab 4.
Page 46
40
4.2 KEPUTUSAN HASIL REGRESI BAGI UJIAN DIAGNOSTIK
4.2.1 Ujian Normaliti
Jadual 4.1 : Hasil penganggaran taburan normal
Pembolehubah Mean Median Maksimm Minimum Sisihan
piawai
Skewness Kurtosis Jacque-
Bera
Kebarang-
kalian
Import SFO 17.59355 16.30000 78.50000 0.000000 20.56661 1.092828 3.661662 6.735898 0.034460
Import CPO 229311.4 121189.0 1112169.0 10637.00 265301.0 1.658575 5.480248 22.15870 0.000015
Import PKO 4.72581 1.000000 450.0000 0.000000 127.5243 1.771621 4.962402 21.19055 0.000025
Import SBO 68.18710 65.90000 162.4000 1.900000 53.32796 0.209014 1.596785 2.769023 0.250446
Import CCO 76.57419 46.20000 239.0000 0.200000 77.73894 0.638939 1.829639 3.878616 0.143811
Import RPO 20.22258 16.40000 70.30000 0.000000 17.24892 0.804395 3.522519 3.695754 0.157571
Import TALLOW 1.096774 1.000000 2.800000 0.100000 0.790141 0.627283 2.166811 2.929681 0.231115
Page 47
41
Pembolehubah Mean Median Maksimm Minimum Sisihan
piawai
Skewness Kurtosis Jacque-
Bera
Kebarang-
kalian
P CPO 502.3548 471.0000 949.0000 257.0000 173.8529 0.899140 3.302918 4.295532 0.116745
P PKO 611.0000 588.0000 1184.0000 288.0000 217.7295 0.991777 3.818939 5.948315 0.051090
P SFO 633.5484 593.0000 1499.000 360.0000 229.4073 2.037545 7.986135 53.56270 0.000000
P SBO 564.5161 545.0000 1258.000 3330.0000 203.4971 1.618224 5.914222 24.49942 0.000005
P CCO 626.3226 607.0000 1224.000 297.0000 228.3223 1.089602 3.936805 7.267602 0.026416
P TALLOW 463.2903 449.0000 885.0000 290.0000 147.1999 1.587013 5.136892 18.91098 0.000078
P RPO 578.1935 540.0000 1329.000 305.0000 224.7676 1.525344 5.467081 19.88286 0.000048
GNI 106.5855 100.0000 231.7000 53.04000 51.70367 0.934421 2.962952 4.513013 0.104716
TDCPO 1569.000 1366.000 3700.000 357.0000 1022.017 0.729326 2.298718 3.383471 0.184200
Page 48
42
Bahagian ini akan menjelaskan ujian-ujian yang telah dijalankan iaitu ujian normaliti
an ujian untuk mengesan heterokidastisiti. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.1 bagi
hasil ujian normaliti, didapati nilai median dan mean yang diperoleh bagi import minyak
bunga matahari (SFO) adalah 17.6 dan 16.3. Nilai ini adalah berbeza. Jadi dengan merujuk
kepada nilai mean dan median ini, dapat disimpulkan bahawa import SFO juga tidak
bertaburan normal. Manakala nilai mean dan median pembolehubah lain adalah seperti di
Jadual 4.1 yang juga menunjukkan bahawa pembolehubah-pembolehubah tersebut tidak
bertaburan normal.
Nilai maksimum dan minimum bagi harga minyak masak kelapa sawit (CPO) adalah
US$949/tan dan US$257/tan. Didapati harga minyak masak jenis SFO adalah paling tinggi
berbanding minyak masak yang lain iaitu dengan harga US$1499/tan.
Apabila melihat kepada nilai skewness pula, nilai skewness bagi import minyak
isirong sawit (PKO) adalah sebanyak 1.8. Nilai yang diperoleh ini bukanlah bernilai 0. Jadi
import PKO ini adalah tidak berbentuk normal. Nilai positif ini menunjukkan sisi taburan
adalah berbentuk tidak simetri dengan sisi taburan di sebelah kiri bagi import PKO adalah
lebih tebal berbanding dengan sisi kanan. Semua pembolehubah-pembolehubah yang lain
juga tidak bernilai 0. Walaubagaimanapun, nilai-nilai skewness adalah positif, jadi dapat
disimpulkan bahawa sisi taburan di sebelah kiri bagi setiap pembolehubah adalah lebih tebal
berbanding dengan sisi kanan.
Page 49
43
Nilai kurtosis yang berbentuk normal adalah 3. Didapati semua pembolehubah tidak
bernilai 3. Jadi dapat disimpulkan bahawa semua pembolehubah adalah tidak bertaburan
normal. Nilai harga minyak kelapa (CCO) adalah 4.0, iaitu melebihi 3, menunjukkan sisi
taburan bagi harga CCO adalah lebih tebal jika dibandingkan dengan taburan yang
berbentuk normal. Daripada Jadual 4.1, didapati pembolehubah import SFO, import CPO,
harga CPO, harga PKO, harga SFO, harga SBO, harga minyak bji sawi (RPO) dan harga
lelamak haiwan (TALLOW), turut menunjukkan sisi taburan yang lebih tebal jika
dibandingkan dengan taburan yang berbentuk normal.
Nilai p bagi import SFO adalah sebanyak 0.034460. Ini menunjukkan bahawa
import SFO adalah signifikan pada aras keertian 5%. Ini bermaksud ralat bagi model yang
dianggarkan tidak menghampiri taburan normal. Sebaliknya, dengan menggunakan Ujian
Jarque-Bera didapati nilai p bagi import SBO adalah sebanyak 0.3. Ini menunjukkan
bahawa import SFO adalah tidak signifikan pada aras keertian 10%. Ini bermaksud ralat
bagi model yang dianggarkan hampir bertaburan normal. Begitu juga dengan pembolehubah
import CCO, pendapatan (GNI), RPO dan permintaan atau penggunaan minyak kelapa sawit
(TDCPO). Semua pembolehubah-pembolehubah ini adalah menghampiri taburan normal.
Kesimpulannya terdapat pembolehubah-pembolehubah yang bertaburan normal dan
tidak bertaburan normal. Data yang tidak bertaburan normal akan mempengaruhi valitiditi
ujian hipotesis yang dilakukan. Namun tidak semua pembolehubah ini digunakan
sepenuhnya untuk menganggar keanjalan kerana penyelidik menjalankan penganggan
berulang kali bagi mendapatkan pembolehubah yang benar-benar boleh diguna pakai dan
Page 50
44
selari dengan teori dan situasi di Malaysia. Pembolehubah yang digunakan hanyalah bagi
TDCPO, GNI, SFO, CPO yang mana pembolehubah ini bertaburan normal dan boleh
digunakan untuk penganggaran.
4.2.2 Ujian Autoregressive Conditional Heteroscedasticity (ARCH)
Bagi hasil ujian ARCH pula dirujuk dalam Jadual 4.2 dan didapati nilai kebarangkalian
adalah 0.9. Oleh itu, nilai p bagi statistik F adalah lebih tinggi daripada 10% aras keertian.
Oleh sebab itu, dapat disimpulkan bahawa tiada masalah heterokedastisiti di dalam analisis
ini. Ini dapat mengurangkan peluang bagi Ralat II untuk berlaku kerana kita menerima
hipotesis yang betul.
Jadual 4.2 : Hasil regresi Ujian Autoregressive Conditional Heteroscedasticity
(ARCH)
F-statistik
0.006766
Kebarangkalian
0.935027
R2*
0.007248
Kebarangkalian
0.932154
* = R2 yang dianggarkan
4.3 KEPUTUSAN HASIL REGRESI
Dengan menggunakan model OLS, regresi bagi mendapatkan Kecenderungan Mengimport
Marginal (MPM) dan regresi di antara keanjalan TDCPO dan GNI per kapita dan
pembolehubah-pembolehubah yang signifikan dianalisis. Hasil regresi akan dijelaskan
dalam bahagian ini.
Page 51
45
4.3.1 Hasil regresi untuk penentuan keanjalan permintaan
Hasil keputusan regresi bagi permintaan minyak kelapa sawit (TDCPO) untuk menunjukkan
keanjalan permintaan minyak kelapa sawit ditunjukkan dalam Jadual 4.3. Pembolehubah
permintaan minyak kelapa sawit dan pendapatan adalah berbentuk per kapita bagi merujuk
kesan kepada penggunaan setiap isi rumah atau individu. Model ini juga menggunakan
model log.
Jadual 4.3: Keputusan Penganggaran Permintaan Minyak Kelapa Sawit
Pembolehubah Model 1 Model 2 Model 3
Konstan -8.434***
(-8.427)
-5.132***
(-2.880)
-4.572***
(-2.611)
GNI per kapita (GNKPK)
0.700***
(2.370)
0.667***
(2.240)
Kadar tukaran asing (ER) 0.940***
(5.292)
0.219**
(1.517)
0.212
(1.406)
Harga minyak kelapa sawit (PCPO) -1.337***
(-2.715)
-0.299
(-1.396)
-0.182
(-0.860)
Harga minyak isirong sawit (PPKO) 1.795*
(1.532)
Harga minyak kacang soya (PSBO) -0.575
(-0.875)
0.049
(0.231)
Harga minyak bunga matahari (PSFO) 0.021
(0.034)
Harga minyak kelapa (PCCO) -1.337
(-1.279)
Harga biji sawi (PRSO) 1.036**
(1.709)
0.190
(0.906)
Harga minyak lemak haiwan
(PTALLOW) 1.093***
(2.156)
Lag TDCPO
0.177
(0.623)
0.259
(0.938)
R2
0.870
F 18.353***
Nota: ( ) nilai statistik-t, *** signifikan pada aras keyakinan 95%, ** 90% dan * 85%.
Page 52
46
Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.3, model OLS dianggarkan untuk tiga
model untuk mendapatkan keanjalan permintaan dan keanjalan pendapatan penggunaan.
Perbincangan hanya akan tertumpu kepada keanjalan permintaan harga, silang dan
pendapatan penggunaan.
Daripada Model 1, keanjalan permintaan harga bagi minyak kelapa sawit (PCPO)
adalah negatif (-1.3) yang merujuk minyak kelapa sawit adalah barang perlu. Keanjalan
permintaan harga ini bermakna semakin tinggi harga minyak kelapa sawit maka semakin
kurang penggunaan atau permintaan minyak kelapa sawit dan sebaliknya. Keputusan ini
adalah selari dengan hipotesis dan bertepatan dengan teori.
Seterusnya, minyak biji sawi, minyak isirung kelapa sawit dan minyak lelemak
haiwan adalah signifikan dan bernilai positif. Ini bermakna ketiga-tiga jenis minyak ini
merupakan barang pengganti kepada minyak kelapa sawit. Semakin tinggi harga minyak
sawit, permintan terhadap ketiga-ketiga minyak ini akan bertambah atau dijadikan sebagai
pengganti kepada minyak kelap sawit. Manakala bagi minyak kelapa pula dilihat bertanda
negative yang beerti minyak ini merupakan penggenap kepada minyak kelapa sawit namun
ia tidak signifikan, maka hasil regresinya tidak boleh diambil kira.
Bagi keputusan keanjalan pendapatan pula didapati keanjalannya adalah signifikan
dan bernilai positif. Ini menyokong hasil keputusan regresi model I yang menunjukkan
minyak kelapa sawit adalah barang perlu. Keputusan ini menjelaskan bahawa semakin tinggi
Page 53
47
pendapatan individu maka semakin tinggi permintaan terhadap minyak kelapa sawit.
Keputusan ini juga selari dengan jangkaan awal penyelidikan ini.
Sebagai tambahan, penyelidik memasukkan pemboehubah kadar tukaran kerana
untuk menganggar sesuatu model, walaupun sekadar ingin melihat keanjalan permintaan
harga, silang dan pendapatan, faktor-faktor lain yang releven berdasarkan kajian-kajian lepas
juga harus diambil kira. Disamping itu, Malaysia hanya mengeluarkan minyak kelapa sawit,
sedangkan minyak-minyak lain adalah diimport dari luar Negara, maka sudah pasti ia
melibatkan kadar tukaran asing. Oleh itu, pembolehubah kadar tukaran asing turut digunakan
dalam regresi ini. Hasil keputusannya adalah signifikan bernilai positif. Ini bermakna
semakin tinggi kadar tukaran contohnya dari RM2.5/USD kepada RM3.5/USD bermakna
nilai ringgit telah merosot. Implikasinya harga barang import lebih murah, maka penduduk
akan membeli barang import lebih banyak kerana harga minyak kelapa sawit lebih mahal
secara relatifnya dengan minyak import yang lain. Maka hasil regresi ini juga selari dengan
jangkaan awal penyelidik dan selari juga dengan teori.
Seterusnya untuk melihat kecenderungan mengimport maka penyelidik hanya
memilih import minyak kelapa sawit, minyak kelapa dan kacang soya sahaja kerana minyak
lain kelapa dan kacang soya merupakan minyak yang mendapatkan permintaan yang tinggi
di Malaysia. Keputusan regresi adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.4.
Page 54
48
Jadual 4.4: Keputusan Penganggaran Import Minyak Kelapa Sawit, Kacang Soya dan
Kelapa
Pembolehubah CPO SBO CCO
Konstan -0.416
(-0.116)
-2.164
(-0.571)
-9.544
(-2.292)
GNI per kapita (GNKPK) 0.597
(0.677)
0.951
(1.134)
0.091
(0.086)
Kadar tukaran asing (ER) 0.376
(0.338)
1.2963
(1.161)
3.040***
(2.543)
Harga minyak kelapa sawit (PCPO) -0.301
(-0.388)
Harga minyak kacang soya (PSBO)
-0.567
(-0.669)
Harga minyak kelapa (PCCO)
0.796
(0.999)
Lag import CPO 0.471***
(2.520)
Lag import SBO
0.318**
(1.761)
Lag import CCO
0.472***
(2.498)
R2
0.626 0.778
F 10.475***
21.876
Nota: ( ) nilai statistik-t, *** signifikan pada aras keyakinan 95%, ** 90% dan * 85%.
Berdasarkan hasil regresi seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.4 didapati bahawa
pembolehubah GNI per kapita tidak signifikan dalam menerangkan import minyak kelapa
sawit, kacang soya dan kelapa. Ini menunjukkan bahawa kecenderungan mengimport kelapa
sawit tidak dapat ditentukan dalam hasil regresi ini.
Sebaliknya, untuk hasil regresi ini jumlah import minyak tahun sebelum ini akan
mempengaruhi permintaan import tahun semasa. Keputusannya sama bagi ketiga-tiga import
minyak tersebut.
Page 55
49
4.3.2 Ujian Multikolineariti
Jadual 4.5 Kolerasi antara pembolehubah
Jadual 4.5 di atas menunjukkan wujud hubungan yang tidak signifikan antara harga
minyak sawit mentah (PCPO) dan harga minyak kelapa (PCCO) dengan keanjalan
permintaan minyak kelapa sawit (TDCPO). Hubungan yang tidak signifikan ini masing-
masing adalah 0.28% dan 0.27%. harga minyak sawit mentah (PCPO) juga tidak mempunyai
hubungan yang signifikan dengan kadar pertukaran iaitu sebanyak -0.14%. Dapat
disimpulkan bahawa, kebanyakan pembolehubah-pembolehubah ini mempunyai nilai
multikolineariti di antara 0.3 hingga 0.9. Kewujudan multikolineariti ini sedikit sebanyak
menggangu juga hasil regresi namun dalam regresi mudah OLS, agak sukar untuk
menghapuskan semua masalah iaitu multikolineariti, autokorelasi dan heterokidastisi.
Correlations
1 .285 .947** .473** .275 .806** .607** .511** .453*
.120 .000 .007 .135 .000 .000 .003 .011
31 31 31 31 31 31 31 31 31
.285 1 .485** .907** .915** -.014 .866** .896** .931**
.120 .006 .000 .000 .941 .000 .000 .000
31 31 31 31 31 31 31 31 31
.947** .485** 1 .640** .448* .717** .744** .661** .641**
.000 .006 .000 .011 .000 .000 .000 .000
31 31 31 31 31 31 31 31 31
.473** .907** .640** 1 .824** .140 .966** .969** .950**
.007 .000 .000 .000 .451 .000 .000 .000
31 31 31 31 31 31 31 31 31
.275 .915** .448* .824** 1 -.024 .795** .800** .837**
.135 .000 .011 .000 .897 .000 .000 .000
31 31 31 31 31 31 31 31 31
.806** -.014 .717** .140 -.024 1 .292 .195 .094
.000 .941 .000 .451 .897 .111 .292 .616
31 31 31 31 31 31 31 31 31
.607** .866** .744** .966** .795** .292 1 .969** .920**
.000 .000 .000 .000 .000 .111 .000 .000
31 31 31 31 31 31 31 31 31
.511** .896** .661** .969** .800** .195 .969** 1 .931**
.003 .000 .000 .000 .000 .292 .000 .000
31 31 31 31 31 31 31 31 31
.453* .931** .641** .950** .837** .094 .920** .931** 1
.011 .000 .000 .000 .000 .616 .000 .000
31 31 31 31 31 31 31 31 31
Pearson Correlation
Sig. (2-tailed)
N
Pearson Correlation
Sig. (2-tailed)
N
Pearson Correlation
Sig. (2-tailed)
N
Pearson Correlation
Sig. (2-tailed)
N
Pearson Correlation
Sig. (2-tailed)
N
Pearson Correlation
Sig. (2-tailed)
N
Pearson Correlation
Sig. (2-tailed)
N
Pearson Correlation
Sig. (2-tailed)
N
Pearson Correlation
Sig. (2-tailed)
N
LTDCPOPK
LPCPO
LGNIPK
LPSBO
LPCCO
LER
LPRSO
LPSFO
LPTLW
LTDCPOPK LPCPO LGNIPK LPSBO LPCCO LER LPRSO LPSFO LPTLW
Correlation is signif icant at the 0.01 lev el (2-tailed).**.
Correlation is signif icant at the 0.05 lev el (2-tailed).*.
Page 56
50
Kebiasaannya diterima jika dapat dihapuskan salah satu masalah seperti dalam penyelidikan
ini tiada heterokidastisiti dan autokorelasi.
4.4 KESIMPULAN
Dapatan kajian telah diperoleh dalam bab ini. Dapatan kajian dimulai dengan keputusan 2
ujian diagnostik iaitu ujian bertaburan normal dan ujian ARCH. Didapati pembolehubah-
pembolehubah menunjukkan ralat bagi model yang dianggarkan hampir bertaburan normal
dan bebas dari masalah heterokedastisiti.
Keputusan hasil regresi penganggaran keanjalan menunjukkan bahawa keanjalan
permintaan harga, silang dan pendapatan adalah seperti yang dijangkakan. Hasil dapatan
kajian ini pastinya memberikan implikasi dalam pengeluaran negara. Kesimpulan dan
implikasi dasar akan dijelaskan dalam bab seterusnya iaitu Bab 5.
Page 57
51
BAB 5
RUMUSAN DAN IMPLIKASI DASAR
5.1 PENGENALAN
Malaysia merupakan sebuah negara pengeluar minyak kelapa sawit di dunia. Ianya menjadi
sumber komoditi utama kepada negara sejak pengurangan pergantungan kepada tanaman
getah. Hasil keluaran tanaman kelapa sawit ini semakin pesat berikutan berlaku
pertambahan di dalam bilangan estet bagi komoditi kelapa sawit negara. Industri ini
bermula dari aktiviti pengeluaran buah dari ladang, aktiviti pemprosesan sehinggalah ke
peringkat penapisan minyak. Pelbagai agensi turut terlibat dalam memajukan industri kelapa
sawit negara. Antaranya adalah FELDA yang telah bertanggungjawab dalam memantau,
memasarkan dan mengkomersilkan tanaman kontan ini. Selain itu, FELDA juga turut
berperanan dalam membuka kawasan-kawasan penerokaan baru untuk ditanam dengan
tanaman ini.
Pelbagai rancangan penanaman kelapa sawit lain juga giat dijalankan dalam
memantapkan lagi industri ini. Rancangan Kemajuan Pahang Tenggara, Segitiga Jengka,
Rancangan Kemajuan Johor Tenggara dan Rancangan Kelantan Selatan adalah senarai
Page 58
52
rancangan pembangunan tanah yang dijalankan bagi meningkatkan lagi jumlah pengeluaran
hasil berasaskan kelapa sawit.
Statistik menunjukkan kesemua negeri di Malaysia menanam pokok-pokok kelapa
sawit.. Ini termasuklah Pulau Pinang, Perlis, Sabah dan Sarawak (sila rujuk Jadual 1). Pada
tahun 2009, statistik tersebut menunjukkan negeri Melaka mempunyai perolehan hasil
kelapa sawit yang paling banyak iaitu 4.87 tan/hektar. Pada tahun 2010 pula, negeri Sabah
mencatatkan perolehan yang paling tinggi iaitu sebanyak 4.30 tan/hektar.
Perkembangan teknologi juga turut memainkan peranan penting dalam
menambahnilai produk keluaran berasaskan kelapa sawit ini. Dengan dibantu oleh MPOB,
aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) telah membolehkan institusi ini menerima
pelbagai anugerah. Antara aktiviti-aktiviti penyelidikan yang giat dijalankan adalah teknik
klon “in vitro” yang membantu menghalang serangga dan penyakit dari benih kelapa sawit.
Objektif umum kajian ini iaitu ingin menganggarkan keanjalan pendapatan-
penggunaan minyak kelapa sawit dan membandingkannya dengan minyak bukan kelapa
sawit di Malaysia. Dengan menggunakan penganggaran kuasa dua terkecil OLS, keanjalan
permintaan harga, silang dan pendapatan telah dapat menjawab objektif kajian.
5.2 RUMUSAN KAJIAN
Berdasarkan kepada analisis yang telah diperoleh di dalam Bab 4, didapati hampir semua
objektif telah tercapai. Didapati minyak masak jenis kelapa sawit adalah anjal. Nilainya
Page 59
53
adalah positif dan boleh dikategorikan sebagai barang perlu. Ini menunjukkan kuantiti
permintaan untuk minyak masak jenis ini adalah sangat sensitif terhadap sebarang perubahan
pendapatan. Peningkatan pendapatan akan menyebabkan individu mengubah jumlah
kuantiti diminta bagi minyak masak dengan kadar yang lebih banyak berbanding kadar
perubahan yang berlaku terhadap pendapatan.
Daripada dapatan kajian berkaitan keanjalan silang pula didapati bahawa minyak biji
sawi, minyak kelapa dan minyak lemak haiwan merupakan barang pengganti kepada minyak
kelapa sawit. Ini menunjukkan minyak kelapa sawit mempunyai pesaing dan jika pengguna
tidak memilih minyak masak jenis CPO, maka mereka akan menggantikannya dengan
membeli minyak masak jenis biji sawi, kelapa dan lemak haiwan.
Hasil penganggaran keanjalan pendapatan penggunaan, didapati keanjalannya adalah
positif dan membawa maksud semakin tinggi pendapatan maka permintaan terhadap minyak
kelapa sawit ini akan meningkat. Minyak kelapa sawit ini merupakan barang perlu kepada
masyarakat Malaysia.
5.3 IMPLIKASI DASAR
Implikasi bagi dapatan kajian adalah kerajaan perlu sentiasa mengawal harga minyak kelapa
sawit kerana ia merupakan barang parlu bagi masyarakat. Walaupun negara kita adalah
Page 60
54
antara negara pengeksport terbesar dan hasil eksport yang terbesar juga bagi negara kita,
sudah tentulah kenaikan harga minyak kelapa sawit akan memberikan keuntungan yang
lebih kepada negara. Namun, kita juga perlu awasi harga pasaran bagi minyak produk
kelapa sawit agar ianya sentiasa dikawal dan tidak dinaikkan sewenang-wenangnya oleh
peniaga.
Pengguna juga perlu memperuntukkan bahagian yang agak besar untuk mendapatkan
minyak kelapa sawit. Salah satunya pastinya menyokong kempen belilah barangan buatan
Malaysia kerana negara kita sendiri adalah pengeluar utamanya selain daripada harga yang
murah. Selain itu, kerajaan atau pihak MPOB juga harus menggiatkan lagi usaha
menjelaskan penggunaan minyak masak yang lebih baik untuk kesihatan sebagai salah satu
minyak sayuran bermutu tinggi dan dikategorikan sebagai barang yang agak mewah agar
pengguna tidak beralih kepada minyak masak lain jika pendapatan mereka meningkat kelak.
Seterusnya didapati minyak minyak biji sawi, kelapa dan lelemak haiwan adalah
pengganti kepada minyak kelapa sawit. Implikasinya ialah bukan minyak biji sawi sahaja
menjadi saingan kepada minyak kelapa sawit malah minyak kelapa dan lelemak haiwan juga
telah menjadi barang pengganti kepada minyak kelapa sawit. Oleh itu, kempen
menggunakan minyak kelapa sawit demi kesihatan dan belilah barangan buatan Malaysia
harus dipergiatkan lagi. Terutama dari sudut kesihatan, minyak lelemak haiwan adalah tidak
digalakkan sama sekali dalam diet harian. Oleh itu, penerangan demi penerangan atau
kempen demi kempen perlu diteruskan demi pembangunan ekonomi negara yang sebahagian
Page 61
55
besar dari sumbangan pengeluaran minyak kelapa sawit dan demi kesihatan masyarakat
negara ini.
Cabaran globalisasi juga merupakan salah satu cabaran besar kepada industri kelapa
sawit negara. Negara perlu bersaing dengan negara-negara luar dalam memenuhi bekalan
minyak masak yag mencukupi untuk negara. Persaingan dengan negara-negara pengeluar
minyak sayuran yang lain juga berserta dengan pertambahan jumlah penduduk dunia juga
turut mempengaruhi bekalan, permintaan dan penawaran minyak masak. Ladang-ladang
tanaman kelapa sawit yang semakin berkurang juga memerlukan kerajaan memikirkan
alternatif baru dalam menangani isu-isu ini. Perkembangan teknologi, penyelidikan dan
inovasi banyak membantu dalam mempelbagaikan produk berasaskan kelapa sawit. Kelapa
sawit perlu ditambah nilai dalam memenuhi kehendak pasaran dunia. Penghasilan baka
benih yang bermutu tinggi, pembajaan secara berkala dan peningkatan dalam pengurusan
ladang sangat perlu dalam meningkatkan lagi produktiviti kelapa sawit keluaran Malaysia.
Ini bagi mengurangkan risiko menghadapi penyakit pokok yang tinggi. Penggunaan minyak
masak yang berasaskan tanaman komoditi ini akan lebih diyakini untuk digunakan.
Kemajuan internet membolehkan hubungan dua hala terjalin. Ini dapat
mengurangkan jumlah kos pengeluaran kerana para pengilang dapat berkomunikasi secara
pantas dengan para peniaga. Dengan adanya inovasi-inovasi baru dalam industri sawit
negara ianya dapat meningkatkan lagi tahap kecekapan industri perkilangan minyak sawit di
dalam negara. Pengurangan pekerja dapat dilakukan dengan adanya kemajuan dan
pengaplikasian teknologi di dalam industri. Peningkatan perdagangan dengan negara-negara
luar turut dapat membantu menghadapi persaingan dengan minyak sayuran yang lain. Tidak
Page 62
56
mustahil majoriti penduduk dunia akan menggunakan minyak jenis ini jika ianya lebih mesra
alam pada masa akan datang. Selaku pengeluar minyak masak berasaskan sawit yang
terbesar di dunia juga, adalah penting bagi Malaysia untuk mengekalkan kedudukan minyak
sawit Malaysia berbanding dengan minyak-minyak sayuran yang lain di pasaran dunia.
Pasaran industri minyak sawit sudah tentu akan berkembang luas lagi dengan adanya
kepelbagaian produk sawit di masa-masa akan datang.
Page 63
57
RUJUKAN
Amiruddin, M. N., Ayat, K., & Faizah. (2005). Market potential and challenges for the
Malaysian palm oil industry in facing competition from other vegetable oils. Oil
Palm Industry Economic Journal, 5(1).
Abdul Rahim & Zariyawati. (2011). Causal effects of world crude oil prices on the prices of
rice and soybean oil: An ARDL approach. Pertanika Journal Social Sciences and
Human 19(1), 123-130.
Ajmani, V. B. (2009). Applied econometrics using the SAS system. Hoboken, New Jersey:
John Wiley & Sons. Inc.
Ali, H. (2001). Ekonometrik asas. Sintok : Universiti Utara Malaysia.
Amiruddin, M. N. (2003). Palm oil products exports, prices and export duties: Malaysia and
Indonesia compared. Oil Palm Industry Economic Journal, 3(2).
Anthony, A. E. B. (1989). Asas mikroekonomi STPM. Kuala Lumpur: Berita Publishing
Sdn. Bhd.
Asnawi, Talib, B. A., Nik Mustapha, N. H., & Md. Amin, M. A. (2006). Analisis ekonomi
pemasaran udang dalam prospek pembangunan perikanan di Acheh. Prosiding
Persidangan Antarabangsa Pembangunan Acheh. Dicapai dari
www.ukm.my/.../A5_Ekon_Asnawi_Analisis%20Ekonomi%20Pemasaran%20Udan
g.pdf
Asri, N. M., Md Tahir, M. Z., & Endut, W. (2010). Komposisi perbelanjaan kerajaan dan
pertumbuhan ekonomi:Kajian empirikal di Malaysia. Jurnal Kemanusiaan. Dicapai
dari www.fppsm.utm.my/.../251-komposisi-perbelanjaan-kerajaan-dan-pertumbuhan-
ekonomi-kajian-empirikal-di-malaysia.html
Bernama.com. (17 Disember 2007). MPOB menang anugerah kecemerlangan dalam
penyelidikan. Bernama.com. Retrieved from
http://www/bernama.com.my/bernama.com.my/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=30
3214.
Borneo Post Online. (1 Februari 2011). RM297 juta bantu pekebun kecil di bawah NKEA
kelapa sawit. Borneo Post Online. Retrieved from
http://www.theborneopost.com/3Fp%D91168
Ernawati. (2004). Trade liberalization impact on the Indonesian palm oil industry. Journal of
Economics and Management UPM. Retrieved from
http://www.psasir.upm.edu.my/6048/1/FEP_2004_6(1-24).pdf
Page 64
58
Ernawati, Fatimah, Moh. Arshad, Shamsudin, M. N., & Mohamed, Z. A. (2006). AFTA and
its implication to the export demand of Indonesian palm oil. Jurnal Agro Ekonomi,
24(2), 115-132.
Faizah Shariff, Ayat K., Ab., Rahman, & Mohd Nasir Amiruddin. (2006). The elasticity of
foreign demand for Malaysian palm oil. Oil Palm Industry Economic Journal, 6(2).
Gujarati, D. N. (2006). Essentials of econometrics. Singapore : The Mc Graw-Hill
Companies, Inc.
Hameed, A. A. A. (2005). An econometric study of palm oil import demand in the middle
east and north African countries. Retrieved from
http://www.psasir.upm.edu.my/6073/1/FEP_2005_9(1-24).pdf
Kalonas, J. (2011). Susu Soya Vs Susu Lembu. Mana lebih baik?. Susu Sejat Blog Gaya
Hidup Mantap!. Dicapai 20 April 2011, dari http://www.sususejat.com/susu-soya-vs-
susu-lembu-mana-lebih-baik/
Khamis, A. & Ismail, Z. (2003). Rangkaian neural dalam peramalan harga minyak kelapa
sawit. Jurnal Teknologi, 39(C), 17-28.
Khamis, Z., Ismail, Z., & Shabri, A. (2003). Pemodelan harga minyak sayuran menggunakan
analisis regresi linear berganda. Jabatan Matematik UTM, 19(1), 59-70. Retrieved
from
http://eprints.utm.my/8808/1/ZuhaimyaIsmail2003_PemodelanHargaMinyakSayuran
Menggunakan.pdf
Malaysia, Lembaga Kelapa Sawit. (2011).
Malaysia, Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan. (2011).
Malaysia, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan. (2011).
Marginal propensity to consume. (n.d). Retrieved from Marginal_propensity_to_consume:
http://www.en.wikipedia.org/wiki/Marginal_propensity_to_consume
Minyak kelapa sawit. (n.d). Retrieved from Minyak_kelapa_sawit:
http://www.ms.wikipedia.org/ wiki/Minyak_kelapa_sawit
Karim, Z. A., Md Thahir, M. Z., & Aqualdo, N. (2007). Gelagat tabungan sektor swasta di
Malaysia. Akademika 71, 75-90.
Lubis, A. R. (1994). Malaysian market model for palm oil: Some policy implication, Journal
of Economics and Management UPM. Retrieved from
http://www.psasir.upm.edu.my/8050/1/FEP_1994_3_A.pdf
Page 65
59
Purba, J. H.V. (1993). Model Ekonometrika kelapa sawit Indonesia: Analisis simulasi
kebijakan internal dan eksternal. Retrieved from http://www.jurnal-
kopertis4.tripod.com/1-02.html
Rani, O. & Chua, Y. Y. (1987). Kaedah dan model ekonometrik. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Sahlan, R. (2010). Ekonometrik : Teori dan aplikasi. Cengage Learning Asia Pte Ltd.
Shamshuritawati Sharif. (2002). Analisis pergerakan harga minyak kelapa sawit Malaysia.
Retrieved 16 March 2011, from www.docstoc.com/.../ANALISIS-PERGERAKAN-
HARGA-MINYAK-KELAPA-SAWIT-MALAYSIA
Siwar, C., Hassan, S. K., & Chamhuri, N. (2005). Ekonomi Malaysia (edisi keenam).
Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan: Pearson Longman.
Talib, B. A. & Darawi, Z. (2002). An economic analysis of the Malaysian palm oil market.
Oil Palm Industry Economic Journal, 2(1). Retrieved from
www.chgs.com.my/.../Oil%20Palm%20Industry%20Economic%20Journal/.../An%2
0Economic%20Analysis%20of%20the%20Malaysian%20Palm%20O.
Yusof, N. Balu, & D. Chandramohan. (2001). Palm oil: The driving force of world oils and
fats economy. Oil Palm Industry Economic Journal, 4(1).
Yusof, B. (2002). Palm oil and its global supply and demand prospects. Oil Palm Industry
Economic Journal, 2(1). Retrieved from www.chgs.com.my/.../Oil%20
Palm%20Industry%20Economic%20Journal/.../Palm%20Oil%20and%20Its%20Glo
bal%20Supply%20and%20Demand%2..
Verbeek, M. (2008). A guide to modern econometrics(3rd
ed.). England: John Wiley &
Sons.Ltd.
_____________ (2011). Bab 9: Memuncakkan industri minyak sawit. Dalam Program
tramsformasi ekonomi: Hala Tuju Untuk Malaysia. Dicapai March, 20, 2011, dari
www.kpkk.gov.my/pdf/tahukah_anda/ETP_bm/bab9.pdf
Page 66
1
Lampiran 1
Regression [DataSet1] C:\Documents and Settings\admin\Desktop\PALMOIL1.sav
Regression
Variables Entered/Removedb
GLTDCPO
PK,
LPCPO,
LER,
LPSBO,
LGNIPKa
. Enter
Model
1
Variables
Entered
Variables
Removed Method
All requested v ariables entered.a.
Dependent Variable: LTDCPOPKb.
Model Summary
.971a .942 .930 .12325
Model
1
R R Square
Adjusted
R Square
Std. Error of
the Est imate
Predictors: (Constant), GLTDCPOPK, LPCPO, LER,
LPSBO, LGNIPK
a.
ANOVAb
5.918 5 1.184 77.911 .000a
.365 24 .015
6.282 29
Regression
Residual
Total
Model
1
Sum of
Squares df Mean Square F Sig.
Predictors: (Constant), GLTDCPOPK, LPCPO, LER, LPSBO, LGNIPKa.
Dependent Variable: LTDCPOPKb.
Coefficientsa
-4.572 1.752 -2.611 .015
-.182 .211 -.131 -.860 .398
.049 .214 .034 .231 .820
.667 .298 .654 2.240 .035
.212 .151 .128 1.406 .173
.259 .277 .259 .938 .358
(Constant)
LPCPO
LPSBO
LGNIPK
LER
GLTDCPOPK
Model
1
B Std. Error
Unstandardized
Coef f icients
Beta
Standardized
Coef f icients
t Sig.
Dependent Variable: LTDCPOPKa.
Page 67
2
Regression [DataSet1] C:\Documents and Settings\admin\Desktop\PALMOIL1.sav
Model Summary
.971a .944 .932 .12133
Model
1
R R Square
Adjusted
R Square
Std. Error of
the Est imate
Predictors: (Constant), LPRSO, LER, GLTDCPOPK,
LPCPO, LGNIPK
a.
ANOVAb
5.929 5 1.186 80.552 .000a
.353 24 .015
6.282 29
Regression
Residual
Total
Model
1
Sum of
Squares df Mean Square F Sig.
Predictors: (Constant), LPRSO, LER, GLTDCPOPK, LPCPO, LGNIPKa.
Dependent Variable: LTDCPOPKb.
Coefficientsa
-5.132 1.782 -2.880 .008
.700 .295 .686 2.370 .026
.219 .145 .133 1.517 .142
.177 .285 .177 .623 .539
-.299 .214 -.215 -1.396 .175
.190 .209 .143 .906 .374
(Constant)
LGNIPK
LER
GLTDCPOPK
LPCPO
LPRSO
Model
1
B Std. Error
Unstandardized
Coef f icients
Beta
Standardized
Coef f icients
t Sig.
Dependent Variable: LTDCPOPKa.
Variables Entered/Removedb
LPTLW,
LER,
LPCCO,
LPSFO,
LPCPO,
LPSBO,
LPRSO,
LPPKOa
. Enter
Model
1
Variables
Entered
Variables
Removed Method
All requested v ariables entered.a.
Dependent Variable: LTDCPOPKb.
Page 68
3
Correlations [DataSet1] C:\Documents and Settings\admin\Desktop\PALMOIL1.sav
Model Summary
.933a .870 .822 .20076
Model
1
R R Square
Adjusted
R Square
Std. Error of
the Est imate
Predictors: (Constant), LPTLW, LER, LPCCO, LPSFO,
LPCPO, LPSBO, LPRSO, LPPKO
a.
ANOVAb
5.918 8 .740 18.353 .000a
.887 22 .040
6.804 30
Regression
Residual
Total
Model
1
Sum of
Squares df Mean Square F Sig.
Predictors: (Constant), LPTLW, LER, LPCCO, LPSFO, LPCPO, LPSBO, LPRSO,
LPPKO
a.
Dependent Variable: LTDCPOPKb.
Coefficientsa
-8.434 1.001 -8.427 .000
.940 .178 .560 5.292 .000
-1.337 .492 -.933 -2.715 .013
1.036 .606 .750 1.709 .102
-.575 .657 -.383 -.875 .391
-1.337 1.045 -.973 -1.279 .214
1.795 1.172 1.298 1.532 .140
.021 .605 .013 .034 .973
1.093 .507 .637 2.156 .042
(Constant)
LER
LPCPO
LPRSO
LPSBO
LPCCO
LPPKO
LPSFO
LPTLW
Model
1
B Std. Error
Unstandardized
Coef f icients
Beta
Standardized
Coef f icients
t Sig.
Dependent Variable: LTDCPOPKa.
Page 69
4
Correlations
1 .285 .947** .473** .275 .806** .607** .511** .453*
.120 .000 .007 .135 .000 .000 .003 .011
31 31 31 31 31 31 31 31 31
.285 1 .485** .907** .915** -.014 .866** .896** .931**
.120 .006 .000 .000 .941 .000 .000 .000
31 31 31 31 31 31 31 31 31
.947** .485** 1 .640** .448* .717** .744** .661** .641**
.000 .006 .000 .011 .000 .000 .000 .000
31 31 31 31 31 31 31 31 31
.473** .907** .640** 1 .824** .140 .966** .969** .950**
.007 .000 .000 .000 .451 .000 .000 .000
31 31 31 31 31 31 31 31 31
.275 .915** .448* .824** 1 -.024 .795** .800** .837**
.135 .000 .011 .000 .897 .000 .000 .000
31 31 31 31 31 31 31 31 31
.806** -.014 .717** .140 -.024 1 .292 .195 .094
.000 .941 .000 .451 .897 .111 .292 .616
31 31 31 31 31 31 31 31 31
.607** .866** .744** .966** .795** .292 1 .969** .920**
.000 .000 .000 .000 .000 .111 .000 .000
31 31 31 31 31 31 31 31 31
.511** .896** .661** .969** .800** .195 .969** 1 .931**
.003 .000 .000 .000 .000 .292 .000 .000
31 31 31 31 31 31 31 31 31
.453* .931** .641** .950** .837** .094 .920** .931** 1
.011 .000 .000 .000 .000 .616 .000 .000
31 31 31 31 31 31 31 31 31
Pearson Correlation
Sig. (2-tailed)
N
Pearson Correlation
Sig. (2-tailed)
N
Pearson Correlation
Sig. (2-tailed)
N
Pearson Correlation
Sig. (2-tailed)
N
Pearson Correlation
Sig. (2-tailed)
N
Pearson Correlation
Sig. (2-tailed)
N
Pearson Correlation
Sig. (2-tailed)
N
Pearson Correlation
Sig. (2-tailed)
N
Pearson Correlation
Sig. (2-tailed)
N
LTDCPOPK
LPCPO
LGNIPK
LPSBO
LPCCO
LER
LPRSO
LPSFO
LPTLW
LTDCPOPK LPCPO LGNIPK LPSBO LPCCO LER LPRSO LPSFO LPTLW
Correlation is signif icant at the 0.01 lev el (2-tailed).**.
Correlation is signif icant at the 0.05 lev el (2-tailed).*.