PERTANDINGAN MELUKIS POSTER TAHAP 2 SEMPENA HARI KOKURIKULUM SK
NANGA MENALUN 2015Pada 12 Mac 2015 bersamaan hari khamis yang lalu,
telah diadakan pertandingan melukis poster tahap 2 bersempena Hari
Kokurikulum SK Nanga Menalun 2015. Pertandingan melukis poster ini
merupakan acara yang pertama diadakan bersempena hari kokurikulum
yang diadakan setiap tahun di SK Nanga Menalun. Pertandingan ini
disertai oleh 12 orang murid tahap 2 iaitu seramai empat orang
murid lelaki dan lapan orang murid perempuan. Pertandingan ini
diadakan pada pukul 7.30 pagi bertempat di kelas tahun 4. Taklimat
awal pertandingan telah diberikan oleh En. Mohd Zul Fadhli Bin
Hashim. Pertandingan ini dijalankan selama satu jam dari pukul 7.30
pagi hingga 8.30 pagi. Hakim bagi pertandingan ini adalah En.
Fadhirul Bin Anuar dan Cik Florence.
Terdapat lima tema yang boleh dipilih oleh murid iaitu tema anti
dadah, tak nak merokok, cintailah sungai kita, budi bahasa budaya
kita dan jagalah kebersihan. Setiap murid perlu memilih salah satu
tema yang ditetapkan bagi membolehkan mereka dipilih menjadi
pemenang. Dapat dilihat murid begitu tekun dalam menyiapkan poster
ini. Mereka juga kelihatan berusaha untuk bersaing secara sihat
sesama mereka dalam menyiapkan poster ini. Tidak hairanlah semua
poster ini kelihatan cantik dan menarik sehingga menyukarkan para
hakim untuk memilih pemenang bagi pertandingan ini. Pertandingan
telah berakhir tepat pada masanya pada pukul 8.30 pagi. Murid telah
menyerahkan hasil kerja mereka kepada penyelaras pertandingan iaitu
En. Mohd Zul Fadhli Bin Hashim. Setelah itu, hasil lukisan murid
telah diserahkan kepada hakim pertandingan untuk dinilai dan
diberikan markah.
Pemenang tempat ketiga bagi pertandingan ini ialah Jospeh
daripada tahun 5. Naib johan bagi pertandingan ini adalah
Darrlientz daripada tahun 6. Manakala johan pertandingan ini adalah
Qallixta daripada tahun 5. Syabas diucapkan kepada para pemenang
dan juga semua murid yang menyertai pertandingan melukis poster
tahap 2 sempena Hari Kokurikulum SK Nanga Menalun 2015.