SAMBUTAN HARI GURU
SAMBUTAN HARI GURU2015
SJK (T) LADANG TELUK BARU,36300 SUNGAI SUMUN, PERAK.LAPORAN
SAMBUTAN HARI GURU 2015
SJK (T) Ladang Teluk Baru telah mengadakan majlis sambutan Hari
Guru pada 18 Mei 2015. Majlis ini telah diadakan pada hari Isnin
bermula jam 10.30 pagi. Majlis ini diadakan bagi mengenang jasa dan
pengorbanan guru-guru dalam mendidik anak bangsa. Di samping itu,
ianya juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan dan melahirkan
kemesraan antara ibubapa,guru-guru,murid-murid dan kakitangan
SJKTLTB.Pada pukul 10.30 pagi murid-murid dan ahli PIBG berkumpul
di kelas yang diubahsuai dijadikan sebagai dewan. Majlis dimulakan
dengan bacaan Thamilvaltzu, nyanyian lagu Negara ku dan nyanyian
lagu negeri Perak. Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
telah dibacakan oleh Pn.M.Thamayanthi. Guru Besar telah merasmikan
program Hari Guru secara rasminya dan memberi ucapan hari guru.
Ketua murid sekolah iaitu adik M.Lalithambigai telah memberi ucapan
wakil murid diikuti oleh ucapan daripada YDP PIBG SJKTLTB, iaitu
En.Aruldas. Beliau telah berterima kasih kepada semua guru atas
jasa baik mereka terhadap sekolah ini. Selepas itu, guru-guru
membacakan Ikrar Guru dan menyanyikan Lagu Guru Malaysia dengan
penuh semangat.Agenda seterusnya ialah persembahan koir yang
dilatih dibawah Panitia Muzik. Seterusnya, wakil murid dari tahun 1
hingga tahun 6 telah mempersembahkan sebuah tarian yang menarik.
Murid tahun 2 mendeklamasikan sebuah sajak yang bertemakan Hari
Guru.Guru-guru dan juga para ibubapa terhibur dengan persembahan
murid-murid. Seterusnya aktiviti sukaneka telah dijalankan.
Guru-guru, ibubapa dan murid-murid telah dibahagikan kepada 3
kumpulan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut.
:- Dart and balloon Poison box + guess the actionGuru-guru,
murid-murid dan para ibubapa telah mengambil bahagian secara aktif
dan memberi kerjasama yang baik sepanjang aktiviti dijalankan.
Setelah selesai main, markah diumumkan dan ketiga-ketiga kumpulan
diberikan hamper. Setelah berakhir acara penyampaian hadiah, sesi
pemotongan kek hari guru berlangsung. Adun Bagan Datoh, YB Dato
Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah menghadiahkan kek khas bagi Hari
Guru untuk guru-guru SJKTLB. Selepas sesi pemotongan kek selesai,
murid-murid biberi masa untuk memberi hadiah yang dibawa khas untuk
guru-guru mereka. Seterusnya para guru, ibubapa dan murid-murid
dijemput untuk makan makanan tengah hari. Setelah makan, sesi
pertukaran hadiah antara guru-guru telah dijalankan. Guru-guru
telah bertukar hadiah dengan nama yang didapat melalui cabutan
nombor. Semua guru berasa gembira dan teruja semasa menerima
hadiah. Majlis telah diakhiri dengan ucapan terima kasih atas
kerjasama seluruh warga SJKTLTB bagi menjayakan sambutan Hari Guru
yang penuh bermakna. Majlis berakhir pada jam 1.35 tengah hari.
Disediakan Oleh,Disahkan Oleh,
.................................................(SUGASHINI A/P
GUNASEKARAN)Setiausaha,Program Sambutan Hari Guru 2015
PERBERLANJAANSJK (T) LADANG TELUK BARU, 36300 SUNGAI SUMUN
PERBELANJAAN MAJLIS HARI GURUTAHUN 2015
NOPENDAPATANRMNOPERBELANJAANRM
1.JUMLAH PENDAPATAN UNTUK HARI GURU220.001.MAKANAN50.00
2.SUKANEKA18.90
3.HAMPER81.95
4.HIASAN PENTAS10.00
5. JUMLAH160.85
6.BAKI DI TANGAN79.15
JUMLAH220.00 JUMLAH BERSIH 79.15
DISEDIAKAN OLEH, DISEMAK OLEH, ___________________
____________________ (CIK A.VIMALA) (CIK GV.SUGASHINI) BENDAHARI
SETIAUSAHA HARI GURU SJKTLTB HARI GURU SJKTLTB
DISAHKAN OLEH, ______________________
LAMPIRAN BERGAMBAR
3