LAPORAN GOTONG-ROYONG PERDANA SK MERU,2014
1.0 TAJUK PROGRAM
1.1 Gotong-royong Perdana SK Meru 2014
2.0 TEMPOH PELAKSANAAN
2.1 Tarikh : 11 Oktober 2014 (Sabtu) 2.2 Masa : 8.00 pagi 12.00
tengah hari
3.0 TEMPAT
3.1 Sekitar kawasan sekolah
4.0 OBJEKTIF
4.1 . Mewujudkan kawasan persekitaran sekolah yang lebih ceria
dan kondusif. 4.2. Meningkatkan kesedaran tentang pentingnya
sekolah ceria.4.3. Mewujudkan kerjasama di antara warga
sekolah.
5.0 AJK INDUK PROGRAM
Penasihat : Tn. Hj. Md San Bin SuwandiPengerusi : En. Alias Bin
Atan En. Mohamad Muhan Bin Ismail Pn. Rozita Bt Jantan Pn. Noor
Asmawiah Bt MuhammadPenyelaras: Pn. Hapizah Bt HaronSetiausaha: En.
Mohammad Azraai Bin KasaBendahari: En. Mohd Salmizan Bin
IbrahimBuku Program : Pn. Jariah Bt AmirDokumentasi: Pn. Hapizah Bt
Haron: En. Mohammad Azraai Bin Kasa
6.0 AKTIVITI PELAKSANAAN
6.1 Pendaftaran
6.2 Taklimat ringkas
6.3 Pembahagian kerja mengikut kumpulan:
i. Zon A berdekatan kawasan Anjung Bestari
ii. Zon B kawasan kolam ikan
iii. Zon C kawasan pondok berhampiran kantin
6.4 Jamuan makan & penyampaian sijil penyertaan
7.0 KEBERKESANAN PROGRAM
7.1 Mendapat kerjasama daripada AJK PIBG dan ibu bapa murid yang
tinggal di kawasan persekitaran.7.2 Guru dapat mengeratkan lagi
hubungan dengan pekerja swasta di kawasan sekolah.7.3 Sekolah dapat
diceriakan dengan tumbuhan-tumbuhan yang berwarna-warni.
8.0 MASALAH/KEKURANGAN
8.1Sangat sedikit penglibatan daripada ibu bapa dalam program
gotong-royong ini8.2Kekurangan tenaga peserta menyebabkan
sebahagian kawasan gotong-royongterpaksa dibatalkan bagi meramaikan
peserta di kawasan yang lain.
9.0 LAPORAN
Seramai lebih kurang 80 orang termasuk guru-guru, pekerja
pembersihan sekolah, dan ibu bapa menghadirkan diri untuk program
yang dikelolakan oleh Unit HEM sekolah ini. Semua peserta
mendaftarkan diri terlebih dahulu sebelum Tn Hj Mad San b Suwandi
selaku pengerusi program memberi sedikit taklimat tentang
pengagihan dan perjalanan kerja pada hari itu.Sarapan yang
disediakan dalam bentuk bungkusan dapat diagihkan dengan baik
kepada semua peserta gotong-royong. Semua peserta bersarapan di
zon-zon bertugas.Perjalanan slot gotong royong berlangsung dengan
baik, kerja-kerja dijalankan dengan penuh semangat bersatu padu dan
bekerjasama. Sijil penglibatan peserta untuk program ini
disampaikan sebelum semua peserta beransur pulang. Pembersihan dan
keceriaan kawasan berjaya dijalankan mengikut perancangan. Aktiviti
gotong-royong berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.
9.0 PENUTUP
Program Gotong-royong Perdana dapat berjalan lancar dan
dilaksanakan dengan sokongan dan bantuan daripada guru-guru,
pekerja-pekerja swasta di sekolah, dan ibu bapa yang tinggal di
kawasan berdekatan sekolah. Semoga aktiviti ini dapat membantu
menceriakan lagi seluruh kawasan sekolah lantas mewujudkan suasana
kondusif untuk penerimaan pembelajaran murid-murid.
Disediakan oleh,
Setiausaha,Unit Kebersihan TamanSK Meru.
10.0 LAMPIRAN
Gambar-gambar aktiviti gotong-royong perdana :