KERTAS KERJA
1.0 PENGENALANSistem pendidikan masa kini berdepan dengan
pelbagai cabaran dalam memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan dan
berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik
darjah merupakan salah satu faktor yang dapat membantu memenuhi
perlaksanaan matlamat tersebut. Penyediaan persekitaran yang
kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan
oleh sesebuah institusi pendidikan.Kementerian Pelajaran Malaysia
sentiasa memberi perhatian terhadap tahap kebersihan sekolah
melalui pertandingan 3K. Persekitaran sekolah yang bersih dan ceria
dapat membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran
dengan lebih berkesan dan efektif.Sehubungan dengan itu, pihak
sekolah melalui Jawatankuasa 3K (Keselamatan, Kesihatan dan
Kebersihan) telah merancang untuk menganjurkan satu aktiviti
Gotong-royong bersama pihak PIBG bagi memenuhi matlamat yang telah
diterapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Aktiviti ini
diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada murid
tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah
terutamanya bilik darjah. Di samping itu, aktiviti ini akan
membolehkan murid menerapkan nilai-nilai murni dalam diri
mereka.
Antara aktiviti yang dirangka akan dilaksanakan meliputi aspek
pembersihan kawasan longkang, kawasan pengumpulan sampah, keceriaan
kawasan sekitar sekolah serta menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk
aedes bersama pihak Jabatan Kesihatan Daerah Gombak yang akan
dijemput hadir untuk memberikan perkhidmatan `fogging` atau
menyembur asap di sekitar sekolah.
Adalah menjadi harapan agar para murid, ibu bapa, guru serta
warga SK 1 Taman Selayang akan memperoleh manfaat daripada aktiviti
ini dan seterusnya memenuhi serta mencapai matlamat 3K.2.0
OBJEKTIF
2.1 Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah
sebagai institusi yang bersih, indah, selamat dan ceria.
2.2 Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang
maksimum.2.3 Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang
padu antara murid, ibu bapa, pendidik dan warga sekolah dalam
melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan penglibatan semua pihak
dalam program kebersihan sekolah.
2.4 Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu
bapa terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai
kemudahan yang telah disediakan.
2.5 Menggembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam
merealisasikan keberkesanan aktiviti. 3.0 JAWATANKUASA AKTIVITI
Penasihat
:Pn. Minah bt Ali, Guru Besar
Pengerusi
:Pn. Hurul Ain Zahra, GPK HEM
Pengerusi Bersama:YDP PIBG
Naib Pengerusi:Pn. Raja Asharish bt Raja Jafar , GPK
Pentadbiran
En. Zalatef b. Ibrahim, GPK Kokurikulum
NYDP
Penyelaras
: Pn. Halimaton Saadiah bt Abdullah, Penyelaras 3K
Bendahari
: Bendahari PIBG
Juruacara Majlis: Pn. Marzuwani bt Mokhtar
Buku Program: Pn. Faridah bt Jamaluddin
Pn. Rosniza Binti Rosly
Makanan
: Pn. Siti Noraisyah bt. Ahmad
Pn. Juliana bt Mohd Noor
Pn. Amiza bt Adnan
Pn. Syamshiddar bt Aman
Peralatan
: En. Gailani b Hussain
Cik Ezwany bt Abdullah
Pn. Intan Delaila Binti Mohd Nor
AJK PIBG
PA System
: En. Kumar Rao
AJK PIBG
Persiapan Dewan: En. Ranysho b. Panjang
& Kantin Sekolah Pn. Nur Shafawati bt Mohd Ali
Pn. Zaini Binti Ramli
Pn. Aziah Binti Othman
Pekerja Swasta
Disiplin dan
: Pn. Azura bt. Alang
Keselamatan
Pn. Rapiza Binti Miswan
Pn. Nurul Huda Binti Abd Ghafar
Disediakan oleh
...
(HALIMATON SAADIAH BT ABDULLAH)
Penyelaras J/K 3K,
SK 1 Taman Selayang
68100 Batu Caves,
Selangor.
Disemak oleh
....
(PN, RAJA ASHARIAH BT RAJA JAFFAR)
GPK PENTADBIRAN,
SK 1 Taman Selayang
68100 Batu Caves,
Selangor.
Disahkan oleh,
....
(PN MINAH BT. ALI)
Guru Besar
SK 1 Taman Selayang
68100 Batu Caves,
Selangor.
3.1 JAWATANKUASA AKTIVITI DAN KUMPULAN
( MENGIKUT AGIHAN KAWASAN )BIL.KAWASANKETUA DAN KUMPULAN YANG
TERLIBAT
1.Longkang
1.Di bahagian sekitar kantin dan makmal komputer.
2.Di bahagian sekitar blok sekolah.1. En. Sharif Bin Salleh
2. Wakil PIBG/ibu bapa
3. Murid Tahun 6 Cekal
2.Kolam & Lanskap1. Pn. Haslina bt. Yaacob
2. Wakil PIBG/ibu bapa
3. Murid Tahun 5 Cekal
3.Tapak Perhimpunan dan Kawasan Koridor1. Pn. Norazah bt M.
Nasir
2. Wakil PIBG/ibu bapa
3. Murid Tahun 4 Cekal
4.Mengecat Dan Memasang Papan Tanda1. En. Shafit b. Ishak
2. Wakil PIBG/ibu bapa
3. Murid Tahun 3Cekal
5.Surau1. Pn. Noredah bt. Zainal Abidin
2. Wakil PIBG/ibu bapa
3. Murid Tahun 2 Cekal
Agihan Tugas mengikut kelas
BilKawasan/KelasKetua dan Kumpulan Terlibat
1.Blok C
( Kelas Tahun 4,5 & 6)
1. Pn Nurhajarul Aswad bt Desa
2. Pn. Zulaifa bt Deraman
3. Pn. Dewi Rahimi bt Subari
4. Murid 10 orang
2.Blok B
( Kelas Tahun 1,2 & 3)
1. Pn. Jalilah bt Miswan
2. Pn. Siti Fatimah bt Salleh
3. Pn. Musalma bt Saat
4. Murid 10 orang
3.Blok A
( Perpustakaan, Bilik Pemulihan & Bilik Muzik )
1. Pn. Hasrul Akmar bt Hassan
2. Cik Ezwany bt Abdullah
3. Pn. Shamanil Qamar bt Awang
4. Murid 10 orang
4.Bengkel Kemahiran Hidup1. En. Amiruddin b. Sulaiman
2. Pn. Hasnizah bt Hassan
3. Murid 10 orang
5.Makmal Komputer1. En. Muhaimin b. Mohd Nor
2. Pn. Noorasmaliza bt Mat Alias
3. Murid 10 orang
6.Makmal Sains 1. Pn. Saniza bt Matuhu
2. Pn. Rosniza Binti Rosly
3. Murid 10 orang
4.0 TARIKH PROGRAM / AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN
Tarikh
: 06 September 2014 (Sabtu)
Tempat
: Kawasan sekitar SK 1 Taman Selayang
Masa
: 8.00 pagi 11.30 pagi
Pakaian
: Pakaian sukan
4.1TENTATIF PROGRAMMASAAKTIVITI
8.00 pagiKetibaan Ibu bapa / Penjaga ke sekolah
8.15 pagiTaklimat agihan tugas
8.30 pagiGotongroyong bermula
11.00 pagiKetibaan tetamu VIP
11.30 pagiJemputan tetamu VIP melawat kawasan sekitar
sekolah
12.00 petangHadirin berkumpul di kantin & majlis ucapan dari
YDP PIBG & tetamu VIP.
12.30 petangMakan tengahari dan majlis bersurai
5.0 SUMBER KEWANGAN / ANGGARAN PENDAPATAN
Sumbangan diperolehi daripada:
a) PIBG
= RM1,000.00
b) Keperluan pembiayaan/sumbangan= RM1,000.00
Jumlah Keseluruhan
= RM2,000.00
5.1ANGGARAN PERBELANJAAN
a) Murid
= 171 orang
b) Ibu bapa
= 80 orang
c) Guru
= 22 orang
d) AJK PIBG
= 7 orang
__________
Jumlah
= 280 orang
5.1.1 Makan dan minum untuk makan tengahari
a)Makan = Nasi Ayam ( 1 orang = RM3.50)
b)Minum = Sirap ( 1 x RM0.50)
Jumlah = RM3.00
Keseluruhan : 280 x RM4.00 = RM 1,120
JUMLAH BESAR UNTUK MAKANAN = RM1,120
5.1.2 Anggaran perbelanjaan bagi peralatan
BilPeralatanHargaJumlah
(RM)
1.Tin Cat (Batu perhiasan)3 unit x RM50.00150.00
2.Tin Cat (Tiang garaj kereta)3 unit x RM20.0060.00
3.Berus Cat20 unit x RM5.00100.00
4.Penggarit50 unit x RM6.00300.00
5.Plastik Beg Sampah10 unit x RM2.0020.00
6.Berus Sabut
10 unit x RM2.5025.00
7.Sabun Pencuci3 unit x RM10.0030.00
8.Berus Longkang5 unit x RM6.0030.00
9.Pencedok longkang5 unit x RM8.0040.00
10Runcit125.00
Jumlah harga bagi peralatan yang diperlukan = RM880.00JUMLAH
KESELURUHAN PERBELANJAAN
(Makanan + Peralatan)
RM1,120 + RM880.00 = RM2,000.006.0 IMPLIKASI / FAEDAH PROGRAM
KEPADA PELAJAR, SEKOLAH DAN DIRI DARI ASPEK KEPIMPINAN.
Dalam meniti kehidupan pada masa kini, kita seyogianya memahami
maksud amalan bergotong royong. Amalan ini merupakan budaya yang
dipraktikkan sejak generasi dulu dan amalan ini dianggap tak basah
dek hujan, tak lekang dek panas. Peribahasa ini menunjukkan warisan
budaya atau amalan bangsa agar sentiasa releven dan diingati oleh
masyarakat Malaysia, terutamanya generasi alaf baharu ini. Yang
berlaku sekarang, budaya yang diingini hanyalah keseronokan dan
keselesaan yang tidak mahu dipertanggungjawabkan. Fenomena ini
melunturkan semangat memupuk amalan bergotong-royong. Tepuk dada,
tanya selera; berapa ramaikah yang tidak mengenali maksud
gotong-royong dan melaksanakannya? Berapakah peratus daripada
golongan muda generasi kini yang telah bergotong-royong untuk
membersihkan sesuatu tempat? Oleh hal yang demikian,kita mestilah
mengenali faedah bergotong-royong dan menjalankan kegiatan
bergotong-royong ini.
Amalan bergotong-royong sudah pastinya dapat memperindah tempat
tinggal termasuklah sekolah. Kebersihan sekolah merupakan keperluan
asas untuk hidup dengan selesa. Dengan amalan kemasyarakatan ini,
sekolah yang merupakan tempat anak-anak kita mendapatkan ilmu akan
menjadi sekadar indah khabar daripada rupa. Sebagai seorang guru,
kita tentu mahu akan kecantikan sekolah kita dipuji oleh orang
lain. Dengan menjalankan amalan bergotongroyong kita dapat
memperindah sendiri kawasan sekolah tambahan pula gotong royong
yang dijalankan bersam ibubapa dan murid-murid. Sudah pasti kita
dapat mengeratkan perpaduan bukan sahaja sesame guru tetapi juga
dengan ibubapa pelajar-pelajar kita. Fenomena ini persis peribahasa
tak kenal maka tak cinta. Apabila kawasan sekolah kita sentiasa
bersih dan indah,pihak luar yang dating ke sekolah kita juga akan
menyukai kawasan sekolah kita secara langsung dan akan sentiasa
bercerita dengan orang luar tentang kecantikkan sekolah kita.
Sebagai seorang penghuni bumi, kita boleh mengaktifkan diri
dalam amalan bergotong-royong dapat menghijaukan bumi. Bak kata
peribahasa, sambil menyelam minum air. Dengan mengaktifkan diri
dalam amalan bergotongroyong, kita dapat lebih memahami kepentingan
kegiatan bergotong-royong dan akan mewujudkan masyarakat yang
bekerjasama. Benarlah kata peribahasa, bersatu kita teguh bercerai
kita roboh . Kita harus mengapresiasi amalan ini sebelum
kewujudannya tidak diketahui lagi. Janganlah kita lupa bahawa di
mana ada kemahuan, di situ ada jalannya.
Selain itu, amalan bergotong-royong seyogianya menjadi satu
daripada aktiviti kehidupan yang penting sebagai langkah
membersihkan bukan sahaja tempat tinggal malahan juga sekolah
daripada menjadi vektor penyakit. Dengan berbuat begitu, kita dapat
mencegah dan menjauhi penyakit. Kata Tun Dr. Mahathir, mencegah
lebih baik daripada mengubati. Secara peribadi, saya berpendapat
bahawa kegiatan ini amat berfaedah dan mesti diamalkan sejak kecil
kerana meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan menjadikan
amalan ini sebagai aktiviti penting dalam kehidupan, kita dapat
banyak memperoleh pengalaman dan pengetahuan daripada amalan
tersebut. Kita juga dapat mengetahui betapa senangnya untuk
menyelesaikan sesuatu kerja dengan tenaga kerja yang ramai jikalau
kita mengaktifkan diri dalam kegiatan bergotong-royong. Oleh hal
yang demikian, amalan ini harus diingati dari satu generasi kepada
satu generasi. Amalan ini juga boleh dipraktikkan untuk mengekalkan
kesihatan dan keadaan yang selesa di kawasan sekolah khususnya.
Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata! Kegiatan
bergotong-royong memainkan peranan yang amat penting sebagai agen
perpaduan . Hal ini dikatakan demikian kerana kajian yang
dijalankan oleh Jabatan Perpaduan Negara yang mendapati jurang
pemisah antara kaum semakin lebar dari setahun ke setahun kerana
rambut sama hitam, hati lain-lain. Dengan menjalankan kegiatan
bergotong-royong kita dapat menghapuskan sikap masyarakat yang
seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.
Apabila seseorang yang berlainan kaum berinteraksi dengan seseorang
yang berlainan kaum, kita dapat mengenali kebudayaan kaum-kaum
masing- masing kerana masuk ke kandang kambing mengembek, masuk ke
kandang kerbau menguak. Melalui kegiatan bergotong-royong, kita
akan lebih dapat mempercayai masyarakat sekeliling dan menghormati
sesama diri. Dengan ini, kita akan hidup saling membantu bagai aur
dengan tebing. Sebagai contoh, gotong royong yang dijalankan di
sekolah pasti dapat mengeratkan perpaduan antara pihak sekolah
dengan ibubapa dan murid.
Melalui kegiatan yang afdal ini , kita dapat memupuk nilai murni
dalam sanubari kita. Hal ini dikatakan demikian kerana Tun
Dr.Mahathir, mantan Perdana Menteri ke-4 pernah menegaskan bahawa
dengan melibatkan diri dalam kegiatan bergotong-royong, kita
berupaya menerap pelbagai nilai murni dalam diri. Fenomena ini sama
seperti sambil menyelam ,minum air. Jelas beliau semasa merasmikan
kempen bergotong-royong pada peringkat nasional, awal tahun 2003.
Nilai murni yang diterapkan akan mentransformasikan kita sebagai
orang yang lebih disukai dan diterima oleh masyarakat terutama
ibubapa. Amalan ini juga mampu memasyarakatkan rakyat Malaysia oleh
sebab bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana
muafakat.
Aktiviti bergotong-royong sememangnya dapat menghidupkan
semangat tolong menolong dan bekerjasama. Dengan berbuat demikian,
kita dapat mengenali ibubapa murid kita secara mendalam.
Pembahagian tugas akan dapat dijalankan semasa aktiviti
bergotong-royong dijalankan dan semua orang akan merasai semangat
bersatu padu . Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara
bergotong-royong ialah membersihkan bilik guru, bilik darjah,
menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara, dan sebagainya. Melalui
cara ini, kita dapat menjalin dan meningkatkan hubungan dengan
pihak luar terutamanya ibubapa. Bak kata pepatah, berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing. Hubungan dengan ibubapa dan murid
sangat penting kerana untuk membina kejayaan murid-murid, hubungan
guru dengan ibubapa perlu baik supaya segala masalah berkaitan
dengan anak-anak mereka dapat diselesaikan dengan mudah. Kerjasama
yang erat antara pihak sekolah dengan pihak komuniti luar amat
penting dan sangat membantu pihak sekolah untuk mencapai
kecemerlangan sekolah khususnya para pelajar dan organisasi guru.
Tanpa integrasi kerjasama kedua-dua pihak, kejayaan dalam mengurus
sesebuah organisasi sukar dicapai.
Intihanya , amalan bergotong-royong membawa faedah yang banyak
termasuk menjadikan seseorang itu sebagai pemimpin. Dengan
mengamalkan semangat ini, bumi akan menjadi sebuah tempat yang
lebih indah dengan secara tidak langsung. Secara tidak langsung
dapat melahirkan pemimpin yang berjaya. Bak kata pepatah, ke bukit
sama didaki, ke lurah sama dituruni. Amalan ini tidak akan dilupai.
Sebagai penutup wacana, amalan gotong-royong merupakan
tanggungjawab yang penting bagi setiap orang untuk mewujudkan
kualiti kehidupan yang optimum. Marilah kita belajar amalan yang
baik dan amalkannya dalam kehidupan harian. Bak kata pepatah, yang
baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.
7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN
Aktiviti gotong royong perdana yang dijalankan di SK 1 Taman
Selayang banyakmendatangkan kebaikkan kepada semua pihak yang
terlibat sama ada kepada guru, murid-murid, ibu bapa dan semua
pihak. Namun ada sedikit penambah baikkan yang perlu dilakukan oleh
pihak sekolah.
Pertama, sebaiknya aktiviti gotong royong ini melibatkan lebih
ramai murid dan ibu bapa. Ini dapat menjadikan kerja pembersihan
dapat dilakukan dengan lebih cepat dan mudah. Aktiviti gotong
royong juga akan lebih meriah jika lebih ramai ibu bapa yang hadir.
Bak kata perpatah, yang berat sama dipikul yang ringan sama
dijinjing.
Selain daripada itu, aktiviti ini boleh dijadikan aktivti wajib
di mana ia diadakan setiap tahun. Amalan gotong royong ataupun
menjaga kebersihan merupakan sesuatu yang sangat disukai oleh Allah
SWT kerana bersih dapat menghindarkan diri kita dari dikelilingi
oleh syaitan. Oleh itu, tempat yang bersih ditambah pulak dengan
tempat menuntut ilmu, maka amatlah baik jika amalam gotong-royong
ini dapat dijalankan sekerap yang mungkin.
Seterusnya, pihak sekolah juga boleh memohon bantuan PIBG bagi
menyumbangkan pokok-pokok bunga untuk ditanam di kawasan sekolah.
Untuk menjalankan aktiviti ini juga, segala peralatan perlu
disediakan dengan cukup. Begitu juga dengan sumber kewangan.
SEKOLAH KEBANGSAAN 1 TAMAN SELAYANG68100 BATU CAVES,
SELANGOR
GOTONG ROYONG PERDANA.
TARIKH:06 SEPTEMBER 2014
HARI
: SABTU
TEMPAT:SK. 1 TAMAN SELAYANG
MASA
: 8.00 PAGI
Gotong Royong Perdana peringkat Sekolah Kebangsaan 1 Taman
Selayang, merupakan aktiviti tahunan dibawah badan Hal Ehwal Murid
dan Kokurikulum. Ia melibatkan semua guru, staf bukan akademik,
pekerja swasta, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), dan murid-murid
yang dipilih khas, Sekolah Kebangsaan 1 Taman Selayang.
Semua yang terlibat telah dibahagikan kawasan masing-masing
untuk di bersih dan dikemaskan. Seawal jam 7.40 pagi, semua murid
yang dipilih dikumpulkan dan dibahagikan mengikut kawasan yang
telah ditetapkan.
Tujuan dan objektif mengadakan aktiviti ini ialah;
Menjadikan sekolah bersih, kemas,baik dan selamat untuk
menjalankan P&P
Memupuk semangat kerjasama dikalangan murid-murid dan guru-guru
dan semua warga SK. 1 Taman Selayang dan mengamalkan sikap cintakan
kebersihan.
Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk yang membawa kepada
penyakit berjangkit seperti Denggi & HINI.
Aktiviti ini dapat dijalankan dengan lancar dan baik. Hasilnya
dapat memberikan manfaat dan keselesaan yang berterusan. Kawasan
sekolah yang bersih dan bilik-bilik yang kemas dan bersih ini
diharapkan dapat membantu dalam meningkatkan sistem pembelajaran
sekolah dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi sekolah.
Respon yang diterima daripada para peserta gotong royong juga
menjadikan pihak sekolah berasakan bahawa aktiviti ini perlu
diadakan setiap tahun. Antara respon tersebut ialah, aktiviti ini
dapat memupuk sikap bekerjasama antara pihak sekolah, ibu bapa dan
murid-murid. Selain itu ia dapat menjadikan badan kita sihat kerana
aktiviti ini dapat mengeluarkan peluh. Selain daripada itu,
aktiviti ini juga menjadikan semua pihak gembira kerana dapat
mengindahkan kawasan sekolah iaitu tempat untuk mendapatkan
ilmu..
Sekalung tahniah dan syabas serta terima kasih kepada semua yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan
Program Gotong Royong Perdana Sekolah Kebangsaan 1 Taman Selayang
2014.
Disediakan Oleh :
(PN.HALIMATON SAADIAH BT. ABDULLAH)
1. PENDAHULUANSistem pendidikan masa kini berdepan dengan
pelbagai cabaran dalam memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan dan
berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik
darjah merupakan salah satu faktor yang dapat membantu memenuhi
perlaksanaan matlamat tersebut. Penyediaan persekitaran yang
kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan
oleh sesebuah institusi pendidikan.
Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian
terhadap tahap kebersihan sekolah melalui pertandingan 3K.
Persekitaran sekolah yang bersih dan ceria dapat membantu
mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih
berkesan dan efektif.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melalui Jawatankuasa 3K
(Keselamatan, Kesihatan dan Kebersihan) telah merancang untuk
menganjurkan satu aktiviti Gotong-royong bersama pihak PIBG bagi
memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan
kepada murid tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan dan
keceriaan sekolah terutamanya bilik darjah. Di samping itu,
aktiviti ini akan membolehkan murid menerapkan nilai-nilai murni
dalam diri mereka.
Antara aktiviti yang dirangka akan dilaksanakan meliputi aspek
pembersihan kawasan longkang, kawasan pengumpulan sampah, keceriaan
kawasan sekitar sekolah serta menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk
aedes bersama pihak Jabatan Kesihatan Daerah Gombak yang akan
dijemput hadir untuk memberikan perkhidmatan `fogging` atau
menyembur asap di sekitar sekolah.
Adalah menjadi harapan agar para murid, ibu bapa, guru serta
warga SK 1 Taman Selayang akan memperoleh manfaat daripada aktiviti
ini dan seterusnya memenuhi serta mencapai matlamat 3K.2. TUJUAN
& OBJEKTIF2.1Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti
sekolah sebagai institusi yang
bersih, indah, selamat dan ceria.
2.2Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang
maksimum.
2.3Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu
antara murid,
ibu bapa, pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti
yang berkaitan dengan penglibatan semua pihak dalam program
kebersihan sekolah.
2.4Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu
bapa terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai
kemudahan yang telah
disediakan.
2.5Menggembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam
merealisasikan keberkesanan aktiviti. 3. NAMA AKTIVITI
Program Gotong Royong SKTS1.
4. TARIKH06 September 2014 (Sabtu)
5. ANJURAN
SK 1 Taman Selayang bersama Persatuan Ibu Bapa Dan Guru
(PIBG).
6. TEMPAT
SK 1 Taman Selayang 7. BILANGAN PESERTA
25 orang guru
171 orang pelajar
80 orang ibu bapa 8. JAWATANKUASA INDUK DAN PELAKSANA
Rujuk Lampiran A
9. TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran B
10. AKTIVITI DAN SKOP TUGAS
Rujuk Lampiran C
11. ANGGARAN PERBELANJAAN
Rujuk Lampiran D12. PENUTUP
Semoga semua objektif yang digariskan dalam kertas kerja program
ini tercapai dan diharapkan agar usaha ini mendapat kerjasama
daripada semua pihak yang terlibat dan diberkati oleh Allah.
Disediakan oleh,
.
(HALIMATON SAADIAH BT. ABDULLAH)
Setiausaha Jawatankuasa Pelaksana
Disokong oleh, .
( ENCIK ZALATEF B. IBRAHIM )Penolong Kanan Kokurikulum
SK 1 Taman SelayangDiluluskan oleh,
................................................................
( MINAH BT ALI ) Guru Besar
SK 1 Taman Selayang
Ulasan:_____________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
JAWATANKUASA INDUK
(AKTIVITI KEMASYARAKATAN)
GOTONG ROYONG
Penaung
:Puan Minah bt Ali
Guru Besar, SK1TSPenasihat
:Puan Raja Ashariah bt. Raja Jafar
Penolong Kanan Pentadbiran
Pengerusi
:Puan Hurul Ain Zahra
Penolong Kanan HEM
Penyelaras :Encik Zalatef b. Ibrahim
Penolong Kanan Kokurikulum
Pen. Penyelaras :Halimaton Saadiah bt Adbullah Ajk
: Roslan Bin Maydin
Norazah bt. M. Nasir Hasrul Akmar bt. Hassan Mohammad Fauzi b
Selamat
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
Bil.JawatankuasaNamaTugasan
1.Aktiviti &Taklimat ProgramMuhammad Sharif Bin Mohamad
Said
Roslan Bin Maydin
13. Mengadakan taklimat bersama peserta sebelum program
dijalankan
14. Membahagikan murid mengikut kumpulan gotong royong
2.Bacaan DoaM. Zul Amin B Md. Isa15. Menyediakan teks bacaan
doa
16. Membaca doa
3.Alatan
En. Abdul Aziz b. Lahakim (k)17. Menyediakan peralatan yang
diperlukan
18. Memastikan semua barangan berada dalam keadaan baik dan
selamat.
19. Menyediakan murid untuk aktiviti gotong royong.
4.Sijil & HadiahPuan Hadijah Bt Hasaan20. Tempahan beg
cenderahati21. Tempahan sijil, senarai nama, cetakan sijil
5.Seranta / PA Sistem & DokumentasiMohd. Sharif B M.
Said
22. Penyediaan screen, alatan majlis, tempat dan suasana (sistem
bunyi latar)23. Menyedia dan menyiapkan laporan penuh untuk
pendokumentasian
24. Merakam gambar sepanjang majlis berlangsung
6.Persiapan Tempat Marziana Bt. M.Hashim
Che Nur Shuhadah Binti Ghazali25. Memastikan penyelia surau
telah dihubungi dan dimaklumkan..
26. Menetapkan kawasan yang akan dibuat gotong royong.
7.PendaftaranNoorlelasari27. Menyediakan borang kehadiran
peserta
28. Mengambil dan menguruskan kehadiran peserta kursus
8.JamuanAina Fatini Bt M. Safian29. Perancangan menu dan
tempahan mengikut kategori (kontegensi)
30. Penyediaan tempat, keceriaan , hidangan, pengagihan
(sistematik)
31. Kebersihan, keselesaan tempat, susunatur32. Protokol dan
layanan tetamu kehormat dan pensyarah
9.KebersihanM.Azmi B Ismail 33. Memastikan kebersihan di dalam
dan di luar dewan sepanjang program berlangsung
34. Menyediakan tong sampah bagi memudahkan peserta membuang
sampah di tempat yang telah di sediakan
10.JemputanFarhana Bt Samuran35. Menyediakan surat kepada pihak
surau .
36. Mengedarkan surat dan jemputan kepada penduduk setempat.
TENTATIF PROGRAM
KHIDMAT MASYARAKAT
Tarikh
: 06 September 2014 (Sabtu)
Tempat
: Kawasan sekitar SK 1 Taman Selayang
Masa
: 8.00 pagi 11.30 pagi
Pakaian
: Pakaian sukan
MASAAKTIVITI
8.00 pagiKetibaan Ibu bapa / Penjaga ke sekolah
8.15 pagiTaklimat agihan tugas
8.30 pagiGotongroyong bermula
11.00 pagiKetibaan tetamu VIP
11.30 pagiJemputan tetamu VIP melawat kawasan sekitar
sekolah
12.00 petangHadirin berkumpul di kantin & majlis ucapan dari
YDP PIBG & tetamu VIP.
12.30 petangMakan tengahari dan majlis bersurai
* Tertaluk pada perubahan
AKTIVITI & SKOP TUGAS
1Pembersihan Longkang Tugas membersihkan longkang ini dilakukan
adalah untuk melancarkan aliran air yang melalui kawasan tersebut
agar tidak tersumbat. Selain itu sebagai satu usaha untuk
menghalang pembiakan nyamuk aedes yang dikhuatiri akan memberi
kesan kepada murid khususnya yang berada di sekolah.
2Kolam Kedudukan kolam ikan yang berada di antara blok A dan B
merupakan kawasan tarikan bagi murid dan pelawat yang datang ke
sekolah ini. Melalui kerja gotong-royong di kawasan kolam ini, ibu
bapa, guru-guru dan para murid akan membersihkan kolam dan kawasan
di sekitarnya.
3Tapak perhimpunan dan koridor bangunan Bagi yang membersihkan
di kawasan ini, mereka akan membersihkan sampah di sekitar koridor
bangunan di tingkat dua. Seterusnya kawasan tapak perhimpunan.
4Mengecat dan Memasang papan tanda Bagi memberikan kesan
keceriaan pada sekolah, di bahagian perhiasan pokok bunga di
sekitar pondok keselamatan dan sekitar sekolah akan dicat
menggunakan warna-warna yang terang. Selain itu, papan tanda yang
telah ditempah akan dipasang di kawasan pintu masuk sekolah dan
pejabat.5Surau Agihan tugas di sekitar surau ini meliputi longkang,
kawasan perhiasan seperti pokok bunga dan bahagian dalaman surau
itu sendiri seperti susunan sejadah dan telekung (sekiranya ada)
serta kawasan di sekitar tempat wuduk (lelaki dan perempuan).
5Kelas
Setiap kelas akan diagihkan mengikut guru-guru dan wakil dari
ibu bapa disamping akan dibantu oleh beberapa kumpulan murid dari
beberapa kelas untuk membersih dan menceriakan setiap kawasan yang
telah ditetapkan.
SUMBER KEWANGAN / ANGGARAN PENDAPATAN
Sumbangan diperolehi daripada:
c) PIBG
= RM1,000.00
d) Keperluan pembiayaan/sumbangan= RM1,000.00
Jumlah Keseluruhan
= RM2,000.00
ANGGARAN PERBELANJAAN
e) Murid
= 171 orang
f) Ibu bapa
= 80 orang
g) Guru
= 22 orang
h) AJK PIBG
= 7 orang
__________
Jumlah
= 280 orang
Makan dan minum untuk makan tengahari
a)Makan = Nasi Ayam ( 1 orang = RM3.50)
b)Minum = Sirap ( 1 x RM0.50)
Jumlah = RM3.00
Keseluruhan : 280 x RM4.00 = RM 1,120
JUMLAH BESAR UNTUK MAKANAN = RM1,120
Anggaran perbelanjaan bagi peralatan
BilPeralatanHargaJumlah
(RM)
1.Tin Cat (Batu perhiasan)3 unit x RM50.00150.00
2.Tin Cat (Tiang garaj kereta)3 unit x RM20.0060.00
3.Berus Cat20 unit x RM5.00100.00
4.Penggarit50 unit x RM6.00300.00
5.Plastik Beg Sampah10 unit x RM2.0020.00
6.Berus Sabut
10 unit x RM2.5025.00
7.Sabun Pencuci3 unit x RM10.0030.00
8.Berus Longkang5 unit x RM6.0030.00
9.Pencedok longkang5 unit x RM8.0040.00
10Runcit125.00
Jumlah harga bagi peralatan yang diperlukan = RM880.00JUMLAH
KESELURUHAN PERBELANJAAN
(Makanan + Peralatan)
RM1,120 + RM880.00 = RM2,000.00
Lampiran A
Lampiran B
Lampiran C
Lampiran D
GAMBAR-GAMBAR SEMASA AKTIVITI GOTONG ROYONG DI SK 1 TAMAN
SELAYANG
06/09/2014
29