LAPORAN WAJ3143 BIG PPG SEMESTER 5PROGRAM BINA INSAN GURUTAHUN
2015
NAMA PELAJAR PPG: AMBILAN: JUN 2011SEMESTER: 8OPSYEN: BAHASA
MELAYUPERINGKAT: 4SEMESTER: 7/8TARIKH: 5 FEBRUARI 2015TEMPAT: SK
(P) SULTAN IBRAHIM, JOHOR BAHRU.
LAPORAN REFLEKTIF:TAJUK : LAPORAN LAWATAN PENANDA ARAS KE
SEKOLAH CEMERLANG(A) LAPORAN AKTIVITI / PERISTIWALawatan Penanda
Aras ke sekolah cemerlang telah berjaya dilaksanakan pada 5
Februari 2015 yang lalu bertempat di Sk (P) Sultan Ibrahim iaitu
sebuah sekolah berprestasi tinggi yang terletak di bandaraya Johor
Bahru. Lawatan ini telah disertai oleh seramai 21 orang pelajar
dari kumpulan BM2 PPG Kohort 1 Ambilan Jun 2011 di bawah seliaan
Encik Azman bin Manas bagi melengkapi keperluan kursus WAJ 3143
Bina Insan Guru (BIG). Program ini bermula dengan semua pelajar BM2
berkumpul di Sk Temenggong Abdul Rahman 1 (STAR 1) seawal jam 9.15
pagi untuk menikmati sarapan pagi sebelum bertolak ke Sk (P) Sultan
Ibrahim yang terletak berhampiran dengan STAR 1. Sarapan di kantin
STAR 1
Pada pukul 9.45 pagi kami pun bertolak ke Sk (P) Sultan Ibrahim
(SIGS) dengan berkongsi kenderaan. Kami tiba diperkarangan sekolah
berkenaan kira-kira jam 9.50 pagi. Rombongan kami tiba di Sk (P)
Sultan Ibrahim Pada pukul 10.00 pagi rombongan kami telah dibawa ke
Bilik Mesyuarat oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum iaitu Pn
Azizah binti Abdul Rahman. Majlis dimulai dengan ucapan penghargaan
oleh Ketua Opsyen Kumpulan BM2 iaitu Encik Muhamad bin Smail atas
kesudian pihak Sk (P) Sultan Ibrahim menerima kunjungan kami.
Seterusnya ucapan alu-aluan disampaikan oleh GPK Kokurikulum SIGS
bagi meraikan kunjungan kami. Selepas itu kami telah diberi
penerangan oleh Pn. Azizah tentang segala program yang telah
dilaksanakan di sekolah tersebut hingga layak diberi anugerah
sekolah berprestasi tinggi. Sekolah ini telah mencapai banyak
kejayaan hingga ke peringkat antarabangsa dalam aktiviti kurikulum
dan kokurikulum. Setiap aktiviti atau program yang dilaksanakan
bukan sekadar melengkapkan takwim sekolah sebaliknya memberikan
pulangan yang begitu membanggakan. Selain mendapat berbagai
anugerah, setiap program tersebut telah memberikan suntikan dana
yang bukan sedikit kepada sekolah bagi melengkapka lagi prasarana
sekolah yang seterusnya dapat meningkatkan lagi prestasi
kecemerlangan sekolah ini.
Guru Besar Guru Penolong Kanan 1 Ketua Opsyen BM2 Guru Penolong
Kanan Kokurikulum Seterusnya, Guru Besar Sk (P) Sultan Ibrahim,
Puan Hajah Faridah bt Sukiran telah memberikan taklimat tentang
pengurusan sekolah cemerlang kepada kami. Melalui taklimat yang
diberikan itu telah memberikan kami maklumat atau gambaran yang
jelas akan sesebuah sekolah berprestasi tinggi. Maklumat tersebut
sedikit sebanyak dapat menaikkan semangat kami terutamanya bagi
guru yang menjadi pentadbir di sekolah yang ada di kalangan pelajar
kumpulan BM2. Sesi soal jawab menyusul selepas taklimat tentang
pengurusan sekolah cemerlang tersebut. Guru Besar telah menjawab
setiap soalan yang diajukan oleh wakil pelajar BM2 dengan begitu
yakin. Soalan-soalan yang dikemukakan adalah berkisar tentang
ciri-ciri guru cemerlang dan peranan yang dimainkan oleh mereka
dalam meningkatkan prestasi sekolah. Penerangan yang diberikan
dapat memberikan panduan yang berguna kepada kami untuk menjadi
seorang guru yang cemerlang.
Puan Faridah begitu bersemangat menjawab soalan-soalan yang
dikemukakan Para peserta begitu tekun dan bersemangat mendengar
taklimat yang diberikan. Antara slaid yang ditayangkan Persembahan
multimedia turut diselitkan sepanjang sesi taklimat dan sesi soal
jawab dilaksanakan bagi memperjelaskan lagi maklumat yang
disampaikan. Apabila semua persoalan telah dirungkaikan, majlis
taklimat tersebut telah ditutupkan dengan acara membuka banting
yang disediakan sebagai gimik persembahan perasmian program Lawatan
ke Sekolah Berprestasi Tinggi. Sedikit cenderahati juga telah
disampaikan kepada pihak pentadbir untuk menghargai layanan dan
kerjasama yang diberikan untuk menjayakan program kami ini.
Pelancaran gimik perasmian dan penyampaian cenderahati. Kemudian,
rombongan kami telah dibawa melawat sekitar kawasan sekolah dan
kelas-kelas abad ke 21 oleh GPK 1. Sepanjang lawatan itu, kami
benar-benar teruja melihat setiap kelas-kelas tersebut kerana
semuanya sangat menarik dan bertepatan dengan ciri-ciri kelas abad
ke 21. Kami juga melawati bengkel Kemahiran Hidup atau Reka Bentuk
dan Teknologi (RBT) dan Bilik Pendidikan Seni Visual. Di kedua-dua
bilik ini dipamerkan berbagai hasil kerja tangan murid dan guru
SIGS. Lawatan ke kelas Abad ke 21
Hasil kerja tangan murid di bengkel Kemahiran Hidup (RBT)
Lawatan ke bilik seni visual dan hasil kerja murid dan guru.
Semasa lawatan ke bilik Seni Visual, kami diberi penerangan
tentang projek mencanteng batik yang merupakan salah satu produk
yang telah mendapat anugerah di peringkat antara bangsa. Kami
dimaklumkan juga bahawa produk batik ini akan dikomersialkan lagi
untuk menambah dana dan menaikkan nama sekolah. Selepas itu kami
dibawa melawat ke tapak semaian pokok bunga dan kebun tanaman
nanas. Hasil tanam ini juga memberi sumbangan dana kepada sekolah.
Pokok-pokok bunga tersebut dijual kepada penduduk setempat selain
digunakan untuk mencantikkan landskap sekolah. Hasil tanaman nanas
pula selain dijual terus buahnya, ada juga yang dibuat inti untuk
projek jualan biskut tat nanas. Landskap sekolah yang cantik dan
mendamaikan
Tapak Nursery Srikandi dan kebun tanaman nanas Selesai lawatan
ke kawasan sekolah, kami dijemput untuk menikmati jamuan makan
tengah hari di bilik galeri sekolah. Sebelum berangkat pulang, kami
sempat bergambar dengan pentadbir Sk (P) Sultan Ibrahim sebagai
kenangan. Kami dijemput ke bilik Galeri Sejarah SIGS Makan tengah
hari di Bilik Galeri Sejarah SIGS
Bergambar untuk kenangan Bersalam-salaman dan bersedia untuk
pulang ke STAR 1
Lawatan di Sk (P) Sultan Ibrahim berakhir pada pukul 1.30 tengah
hari. Pelbagai pengalaman berguna dapat kami bawa pulang untuk
diaplikasikan di sekolah masing-masing.ISU / MASALAH