BIG FASA 5: LAWATAN PENANDA ARAS
(BENCHMARKING)1.0PENGENALANPelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) adalah
berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia
dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan
role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu
menyesuaikandiri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran
era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat
mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman
yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara
berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang
memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan
akan sentiasa bersedia disamping mampu menangani pelbagai cabaran
pendidikan dalam arus globalisasi.Program Bina Insan Guru (BIG)
semester 6 berfokus kepada memberikefahaman yang menyeluruh
berkaitan dengan pembinaan insan guru yang seimbang,hubungan guru
atau sekolah dengan komuniti ke arah meningkatkan kualiti
pendidikanserta guru dan akauntabiliti profesional. Di samping itu,
guru pelatih juga akan didedahkan dengan keperluan pembentukan
iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah yang berkesan.
2.0: OBJEKTIF:Melalui lawatan ini, diharapkan guru pelatih akan
dapat:4.1: Didedahkan dengan komuniti pendidikan yang wujud di
sekolah.4.2: Memahami dan mengenal pasti bentuk-bentuk pengurusan
cemerlang.4.3: Memahami dan menghayati budaya kerja cemerlang dan
mengaplikasikan dalam pengurusan pendidikan seharian.4.4:
Melibatkan diri secara aktif dalam sebarang aktiviti yang
dijalankan sepanjang program ini.
3.0 LAPORAN AKTIVITI:Pada semester ini, kami dikehendaki membuat
satu lawatan penanda aras atauBenchmarking ke sebuah sekolah yang
merupakan tugasan yang wajib dilalui olehguru pelatih PISMP
Semester 6 di bawah Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 5. Justeru,
kami telah membuat beberapa siri mesyuarat bagi menubuhkan
satuorganisasi untuk menguruskan program ini. Dalam mesyuarat yang
diadakan ini, kami telah bersetuju melantik Chong Su Yee daripada
unit L5 sebagai pengerusi BIG Fasa 5. Dalam mesyuarat tersebut
juga, kami telah membuat perlantikan beberapa Ahli Jawatan Kuasa
(AJK) seperti AJK Pengangkutan, AJK BukuProgram dan Aktiviti, AJK
Makanan dan lain-lain. Perlantikan AJK ini adalah bertujuan bagi
melicinkan program yang akan dijalankan. Selain itu, kami juga
telah membincangkansekolah-sekolah yang sesuai untuk dijadikan
penanda aras. Dengan sebulat suara kami telah bersetuju dengan
cadangan pengerusi untuk memilih SJK (C) Hua Lian 3, Taiping
sebagai tempat untuk kami membuat penanda aras. Program BIG Fasa 5
ini telah disertai seramai 46 orang guru pelatih yang terdiri
daripada guru pelatih PISMP Bahasa Cina(SK), unit L1 dan PISMP
Bahasa Cina (SJK), unit L5 ambilan Januari 2013. Lawatan ini juga
telah diiringi oleh dua orang pensyarah iaitu Encik Mohammad bin
Lani, tutor unit L1dan juga Cik Ng Poi Pick, iaitu tutor unit
L5.Program ini telah dijalankan pada hari Jumaat, 6 Mac 2015. Pada
pukul 5.45 pagi, kami telah berkumpul di garaj busi. Sebelum
bertolak,pengerusi BIG telah memastikan bahawa bilangan guru
pelatih yang menaiki bas telahmencukupi. Seterusnya, kami bertolak
ke SJK(C) Hua Lian 3 pada pukul 6.00 pagi. Perjalanan kami ke
SJK(C) Hua Lian 3 telah mengambil masa hampir satu setengah
jam.Pada 7.30 pagi, kami telah tiba di SJK(C) Hua Lian 3. Kami
telah disambut oleh Puan Intan Syuhada Mohamed Latifi selaku
koordinator program bagi pihak sekolahtersebut serta beberapa orang
guru yang lain. Selepas itu, kami pun medaftar di kaunter yang
telah disediakan oleh pihak sekolah. Selepas itu, majlis perasmian
dijalankan oleh guru besar serta pensyarah pengiring kami. Selepas
itu, taklimat telah bermula dan penceramah ialah guru besar iaitu
Encik. Beliau telah berkongsi pengalaman tentang cabaran dan
halangan untuk menjadi seorang guru yang cemerlang pada masa
dulu,kini dan akan datang. Seterusnya, beberapa soalan telah
ditanya oleh guru pelatih kepada guru Besar bagi mengetahui sejauh
mana usaha yang dilakukan oleh mereka bagi mendapat gelaran Guru
Besar Cemerlang. Perkongsian yang diberikan sangat menarik dan
telah membakar semangat kami untuk mengikuti jejak langkah mereka
sebagai Guru Besar Cemerlang.Beliau memperkenalkan kepada kami
tentag sekolah beliau. Beliau juga menyentuh tentang pengurusan dan
pentadbiran sekolah beliau. Beliau juga menyenaraikan pencapaian
murid sekolah tersebut dalam aspek kurikulum dan kokurikulum. Yang
lebih istimewa ialah, pelajar mereka mencapai keputusan yang
cemerang dalam bidang robotik. Ini memang menimbulkan perasaan
hairan kami terhadap murid sekolah ini.Selepas itu, kami dijemput
untuk menikmati sarapan pagi yang telah disediakan di kantin
sekolah. Selepas sarapan pagi, gurus sekolah mengiringi kami untuk
mengunjung ke kawasan sekolah. Infrastruktur sekolah memang cukup.
Bilik muzik yang dipenuhi dengan alat muzik gitar, makmal komputer
yang mempunyai pelbagai sudut pameran hasil kerja robotik murid.
Guru juga menjelaskan kepada kami dengan jelas tentang sejarah dan
perkembangan robotik di sekolah ini. Guru juga membimbing dua murid
yang pekar dalam mmenghasilkan robotik untuk membuat demonstrasi
kepada kami bagaimanakah mereka membuat alat robotik yang akan
dipertandingkan dalam pertadingan robotik peringkat sekolah. Selain
itu, sekolah ini juga menggunakan kemudahan IT yang canggih. Mereka
menggunakan software belajar yang murid boleh menjawab di atas alat
IT tersebut. Ini memang dapat meningkatkan minat murid untuk
belajar dan menjadikan kelas jadi menarik. Setelah selesai sesi
melawat ke kawasan sekolah, kami menjalankan majlis penutupan. Sesi
penyampaian cenderamta kepada pihak sekolah dan gambar keseluruhan
peserta juga diambil oleh AJK fotografi. Selepas itu, kami sekali
lagi dibawa ke kantin untuk menikmati jamuan makan tengah hari yang
telah disediakan.Sebelum pulang ke kampus, kami mengucapkan ribuan
terima kasih kepada guru besar dan juga guru sekolahtersebut. Kami
juga telah mengambil kesempatan untuk bergambar di hadapan pintu
pagar keluar sekolah tersebut sebagai tanda kenang-kenangan. Saya
berharap ilmuyang diperoleh sepanjang program ini berlangsung dapat
saya gunakan pada masaakan datang sebagai seorang pendidik.Sekian,
terima kasih.
Disediakan oleh:
(LOW YEW MIN)AJK DokumentasiNo.KP: 911210-08-6138
4.0 REFLEKSI KESELURUHAN:Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan
satu program yang dilaksanakanbagi melahirkan insan guru yang
berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran sertamempunyai spiritual
dan sahsiah yang tinggi. Penghayatan yang begitu mendalamterhadap
pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam program BIG ini
akanmengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika
keguruan dalam dirisetiap bakal-bakal guru iaitu selaras dengan
hasrat negara. Sesungguhnya BIG seharusnya menjadi elemen yang
berkesan untuk menjadikan warga bakal pendidikmenjadi insan yang
sentiasa bersedia untuk berkhidmat & berbakti kepada
nusa,bangsa dan juga negara.Selain itu, program Bina Insan Guru
Insan ini dapat membina insan guru yangberakhlak mulia, bersemangat
juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal mental ,rohani dan
bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat, dan negara selaras
dengannilai-nilai keguruan.Program ini juga dapat membina daya
kepimpinan dan memupuk sikapbertanggungjawab, berfikiran kritis dan
kreatif serta menghayati misi dan visi FalsafahPendidikan
Kebangsaan (FPK).Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 5 berfokus
kepada memberi kefahaman yang menyeluruh berkaitan dengan pembinaan
insan guru yang seimbang,hubungan guru atau sekolah dengan komuniti
ke arah meningkatkan kualiti pendidikanserta guru dan akauntabiliti
profesional. Di samping itu, saya telah didedahkan dengankeperluan
pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah
yangberkesan.Pada pendapat saya, lawatan penanda aras ini amat
penting dijalankan olehguru-guru pelatih kerana mampu memberi
motivasi dan semangat kepada saya untukbersungguh-sungguh menimba
ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin sebelum bergelar guru agar
saya lebih bersedia untuk membangunkan dan meningkatkan prestasi
sekolah pada masa akan datang.Selain itu, lawatan ini dapat memberi
ilham, info dan tips kepada saya tentang pengurusan sesebuah
sekolah bagi memastikan sekolah terus berada dalam kemuncak
kecemerlangan. Saya amat kagum dengan kesungguhan guru besar
sekolah-sekolah ini kerana cukup tegas dengan prinsip hidupnya
untuk membawa sekolah masing-masing supaya terus cemerlang.
Gambar-gambar aktiviti:
Guru besar memilih beberapa orang pelatih untuk melakukan gerak
badan mengikut irama muzik.
Guru pelatih membuat persembahan di atas pentas.
Guru pelatih memberikan perhatin yang sepenuhnya semasa taklimat
diberikan.Guru besar memberikan taklimat kepada guru pelatih.
Guru pelatih mengedar daripada dewan dan bergerak ke
kantin.Pensyarah pengiring mendengar taklimat yang diberikan
bersama guru pelatih.
Gambar-gambar aktiviti:
Pensyarah pengiring bersama guru pelatih beratur untuk
mendapatkan makanan.
Guru pelatih bersedia untuk menjamu selera di kantin
sekolah.
Guru pelatih sedang menggunakan chrome book.Guru pelatih
mendengar taklimat tentang penggunaan chrome book.
Guru pelatih berasa seronok dengan remote control yang canggih
ini.Guru pelatih menggunakan remote control untuk menjawab soalan
yang dipaparkan dalam skrin.
Sesi penggambaran guru pelatih sebelum program tamat.Penyampaian
cenderamata kepada guru sekolah.Pekerja sedang menjelaskan
;software yang dikeluarkan oleh syarikat mereka.Bilik muzik yang
digantung dengan gitar yang agak banyak.Murid sedang menghasilkan
alat robotik yang mudah.Hasil alat robot yang dicipta oleh
murid.