LAPORAN AMALI LOKASI : KAMPUNG SRI LUKUT, KAHANG, KLUANG, JOHOR PENGENALAN Bulan yang beredar mengelilingi Bumi ialah sebuah satelit semula jadi dan kelima terbesar dalam Sistem Suria. Bulan mempunyai garis-pusat 3480 km, iaitu satu perempat saiz Bumi. Ia berputar mengelilingi Bumi dalam masa 27 hari dari jarak kejauhan 384 000 km atas paksi yang condong sedikit. Sambil mengelilingi Bumi, Bulan berputar atas paksinya sendiri dengan kelajuan yang sama. Ini menyebabkan permukaan Bulan yang sama menghadap Bumi. Persamaan masa putaran Bulan atas paksinya dan masa yang diambilnya mengelilingi Bumi adalah disebabkan oleh bentuk Bulan yang tidak begitu bulat dan juga agak memanjang. Tarikan graviti Bumi mempengaruhi putaran Bulan atas paksinya dan memaksa paksi Bulan menyusun selari mengikut arahan Bumi-Bulan. Disebabkan putarannya mengelilingi Bumi, Bulan sentiasa bertukar kedudukan berbanding arah Bumi-Matahari. Oleh yang demikian, bahagian cerahnya bertukar berbanding arah Bumi-Bulan. Ini menyebabkan dalam bulan Lunar, bentuk Bulan bertukar dalam siri fasa-fasanya. Sebagai contoh, bila Bulan betul-betul berada diantara Matahari dan Bumi, bulan tersebut tidak akan kelihatan, fasa ini dipanggil bulan baru. Sebaliknya pula, bila Bulan berada diarah bertentangan, iaitu Bumi berada diantara Matahari dan Bulan, fasa bulan purnama akan terjadi.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
LAPORAN AMALI
LOKASI : KAMPUNG SRI LUKUT, KAHANG, KLUANG, JOHOR
PENGENALAN
Bulan yang beredar mengelilingi Bumi ialah sebuah satelit semula jadi dan
kelima terbesar dalam Sistem Suria. Bulan mempunyai garis-pusat 3480 km, iaitu satu
perempat saiz Bumi. Ia berputar mengelilingi Bumi dalam masa 27 hari dari jarak
kejauhan 384 000 km atas paksi yang condong sedikit. Sambil mengelilingi Bumi, Bulan
berputar atas paksinya sendiri dengan kelajuan yang sama. Ini menyebabkan
permukaan Bulan yang sama menghadap Bumi.
Persamaan masa putaran Bulan atas paksinya dan masa yang diambilnya
mengelilingi Bumi adalah disebabkan oleh bentuk Bulan yang tidak begitu bulat dan
juga agak memanjang. Tarikan graviti Bumi mempengaruhi putaran Bulan atas
paksinya dan memaksa paksi Bulan menyusun selari mengikut arahan Bumi-Bulan.
Disebabkan putarannya mengelilingi Bumi, Bulan sentiasa bertukar kedudukan
berbanding arah Bumi-Matahari. Oleh yang demikian, bahagian cerahnya bertukar
berbanding arah Bumi-Bulan. Ini menyebabkan dalam bulan Lunar, bentuk Bulan
bertukar dalam siri fasa-fasanya. Sebagai contoh, bila Bulan betul-betul berada diantara
Matahari dan Bumi, bulan tersebut tidak akan kelihatan, fasa ini dipanggil bulan baru.
Sebaliknya pula, bila Bulan berada diarah bertentangan, iaitu Bumi berada diantara
Matahari dan Bulan, fasa bulan purnama akan terjadi.
FASA BULAN
Fasa bulan merujuk kepada keadaan bentuk bulan yang terang yang dapat
dilihat dari Bumi. Fasa Bulan berubah mengikut kitarannya apabila Bulan mengelilingi
Bumi, mengikut perubahan kedudukan Bumi, Bulan dan Matahari. Separuh dari
permukaan Bulan sentiasa diterangi oleh cahaya Matahari kecuali ketika berlaku
gerhana Bulan. Ini kerana Bulan tidak mengeluarkan cahayanya sendiri seperti
Matahari. Cahaya yang kelihatan pada Bulan adalah cahaya Matahari yang dipantulkan
oleh Bulan ke Bumi. Bahagian yang terkena cahaya Matahari inilah yang dapat dilihat
pada waktu malam.. Fenomena ini boleh di fahami melalui gambarajah 1 di bawah.
Gambarajah 1 : Bulan memantulkan cahaya dari Matahari ke Bumi
Untuk melengakapkan satu siri fasa Bulan akan mengambil masa lebih kurang 29.5 hari
yang mana setiap malam bentuk Bulan yang dapat dilihat dari Bumi akan sentiasa
berubah-ubah.
Terdapat empat fasa utama Bulan yang bermula dengan anak Bulan, Bulan
separa, Bulan Purnama dan Bulan Separa Lama seperti yang di tunjukkan dalam
gambarajah 2 di bawah.
Gambarajah 2 : 4 Fasa Bulan Utama
Fasa Bulan penuh adalah bermula dari Anak bulan, Bulan Sabit, Bulan Separa,
Purnama Baru, Bulan Purnama, Purnama Lama, Bulan Separa Lama dan Bulan Sabit
Lama. Gamarajah di bawah adalah bentuk Bulan mengikut fasa penuh.
Cah
aya M
ataha
ri
Anak Bulan
Bulan Separa
Bulan Purnama
Bulan Separa Lama
Cah
aya M
ataha
ri
Anak Bulan
Bulan Separa
Bulan Purnama
Bulan Sabit
Purnama Baru
Purnama Lama
Bulan SabitLama
Gambarajah 3 : Fasa Bulan Penuh
PENGARUH BULAN DALAM KEHIDUPAN MANUSIA
Dengan wujudnya Bulan di langit serta kitaran fasanya telah menjadikan Bulan
sebagai pengaruh penting dalam kehidupan manusia dan fenomena semula jadi Bumi
seperti pasang surut air laut.
BULAN SEBAGAI TAKWIM
KALENDAR ISLAM
Kalendar Islam atau dikenali sebagai takwim Hijrah atau Takwim Islam pula
adalah Kalendar Lunar digunakan di kebanyakan negara Islam untuk menentukan hari
kebesaran Islam. Kalendar ini berdasarkan bulan dan mempunyai kira-kira 354 hari
setahun. Dalam takwim Hijrah, ada 12 bulan iaitu Muharam, Safar, Rabiulawal,