LAPORAN AMALI LOKASI : KAMPUNG SRI LUKUT, KAHANG, KLUANG, JOHOR PENGENALAN Bulan yang beredar mengelilingi Bumi ialah sebuah satelit semula jadi dan kelima terbesar dalam Sistem Suria. Bulan mempunyai garis-pusat 3480 km, iaitu satu perempat saiz Bumi. Ia berputar mengelilingi Bumi dalam masa 27 hari dari jarak kejauhan 384 000 km atas paksi yang condong sedikit. Sambil mengelilingi Bumi, Bulan berputar atas paksinya sendiri dengan kelajuan yang sama. Ini menyebabkan permukaan Bulan yang sama menghadap Bumi. Persamaan masa putaran Bulan atas paksinya dan masa yang diambilnya mengelilingi Bumi adalah disebabkan oleh bentuk Bulan yang tidak begitu bulat dan juga agak memanjang. Tarikan graviti Bumi mempengaruhi putaran Bulan atas paksinya dan memaksa paksi Bulan menyusun selari mengikut arahan Bumi-Bulan. Disebabkan putarannya mengelilingi Bumi, Bulan sentiasa bertukar kedudukan berbanding arah Bumi-Matahari. Oleh yang demikian, bahagian cerahnya bertukar berbanding arah Bumi-Bulan. Ini menyebabkan dalam bulan Lunar, bentuk Bulan bertukar dalam siri fasa-fasanya. Sebagai contoh, bila Bulan betul-betul berada diantara Matahari dan Bumi, bulan tersebut tidak akan kelihatan, fasa ini dipanggil bulan baru. Sebaliknya pula, bila Bulan berada diarah bertentangan, iaitu Bumi berada diantara Matahari dan Bulan, fasa bulan purnama akan terjadi.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
LAPORAN AMALI
LOKASI : KAMPUNG SRI LUKUT, KAHANG, KLUANG, JOHOR
PENGENALAN
Bulan yang beredar mengelilingi Bumi ialah sebuah satelit semula jadi dan kelima terbesar dalam
Sistem Suria. Bulan mempunyai garis-pusat 3480 km, iaitu satu perempat saiz Bumi. Ia berputar
mengelilingi Bumi dalam masa 27 hari dari jarak kejauhan 384 000 km atas paksi yang condong sedikit.
Sambil mengelilingi Bumi, Bulan berputar atas paksinya sendiri dengan kelajuan yang sama. Ini
menyebabkan permukaan Bulan yang sama menghadap Bumi.
Persamaan masa putaran Bulan atas paksinya dan masa yang diambilnya mengelilingi Bumi
adalah disebabkan oleh bentuk Bulan yang tidak begitu bulat dan juga agak memanjang. Tarikan graviti
Bumi mempengaruhi putaran Bulan atas paksinya dan memaksa paksi Bulan menyusun selari mengikut
arahan Bumi-Bulan.
Disebabkan putarannya mengelilingi Bumi, Bulan sentiasa bertukar kedudukan berbanding arah
Bumi-Matahari. Oleh yang demikian, bahagian cerahnya bertukar berbanding arah Bumi-Bulan. Ini
menyebabkan dalam bulan Lunar, bentuk Bulan bertukar dalam siri fasa-fasanya. Sebagai contoh, bila
Bulan betul-betul berada diantara Matahari dan Bumi, bulan tersebut tidak akan kelihatan, fasa ini
dipanggil bulan baru. Sebaliknya pula, bila Bulan berada diarah bertentangan, iaitu Bumi berada diantara
Matahari dan Bulan, fasa bulan purnama akan terjadi.
FASA BULAN
Fasa bulan merujuk kepada keadaan bentuk bulan yang terang yang dapat dilihat dari Bumi.
Fasa Bulan berubah mengikut kitarannya apabila Bulan mengelilingi Bumi, mengikut perubahan
kedudukan Bumi, Bulan dan Matahari. Separuh dari permukaan Bulan sentiasa diterangi oleh cahaya
Matahari kecuali ketika berlaku gerhana Bulan. Ini kerana Bulan tidak mengeluarkan cahayanya sendiri
seperti Matahari. Cahaya yang kelihatan pada Bulan adalah cahaya Matahari yang dipantulkan oleh
Bulan ke Bumi. Bahagian yang terkena cahaya Matahari inilah yang dapat dilihat pada waktu malam..
Fenomena ini boleh di fahami melalui gambarajah 1 di bawah.
Gambarajah 1 : Bulan memantulkan cahaya dari Matahari ke Bumi
Untuk melengakapkan satu siri fasa Bulan akan mengambil masa lebih kurang 29.5 hari yang mana
setiap malam bentuk Bulan yang dapat dilihat dari Bumi akan sentiasa berubah-ubah.
Terdapat empat fasa utama Bulan yang bermula dengan anak Bulan, Bulan separa, Bulan
Purnama dan Bulan Separa Lama seperti yang di tunjukkan dalam gambarajah 2 di bawah.
Gambarajah 2 : 4 Fasa Bulan Utama
Fasa Bulan penuh adalah bermula dari Anak bulan, Bulan Sabit, Bulan Separa, Purnama Baru,
Bulan Purnama, Purnama Lama, Bulan Separa Lama dan Bulan Sabit Lama. Gamarajah di bawah
adalah bentuk Bulan mengikut fasa penuh.
Cahaya M
atahari
Anak Bulan
Bulan Separa
Bulan Purnama
Bulan Separa Lama
Cahaya M
atahari
Anak Bulan
Bulan Separa
Bulan Purnama
Bulan Separa Lama
Bulan Sabit
Purnama Baru
Purnama Lama
Bulan SabitLama
Gambarajah 3 : Fasa Bulan Penuh
PENGARUH BULAN DALAM KEHIDUPAN MANUSIA
Dengan wujudnya Bulan di langit serta kitaran fasanya telah menjadikan Bulan sebagai pengaruh
penting dalam kehidupan manusia dan fenomena semula jadi Bumi seperti pasang surut air laut.
BULAN SEBAGAI TAKWIM
KALENDAR ISLAM
Kalendar Islam atau dikenali sebagai takwim Hijrah atau Takwim Islam pula adalah Kalendar
Lunar digunakan di kebanyakan negara Islam untuk menentukan hari kebesaran Islam. Kalendar ini
berdasarkan bulan dan mempunyai kira-kira 354 hari setahun. Dalam takwim Hijrah, ada 12 bulan iaitu