1 | KAPREZA ‘14 LAPORAN AKTIVITI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 1.0 BUTIRAN PROGRAM a) Nama Program : Karnival Premier Za’ba 2014 (KAPREZA ’14) b) Penganjur : Biro Timbalan Ketua Eksekutif c) Dengan kerjasama : Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPeL), National Cancer Society Malaysia (NCSM) dan 1Malaysia for Youth (iM4U) d) Tarikh : 06 – 09 Mac 2014 e) Tempat : Kawasan Kolej Pendeta Za’ba, Kawasan Universiti Kebangsaan Malaysia, Sekitar Bangi, Sekitar Putrajaya dan Sekitar Sri Petaling f) Jumlah peserta i. A Day with NCSM : 30 orang ii. Cuci-Cuci Kapreza : 9 orang iii. Le Tour de UKM : 5 orang iv. Cancer Charity Cycling : 16 orang v. Ceramah Kanser Serviks : orang vi. Tenpin Boling Piala Pendeta : 7 orang vii. Malam Dambakan Cinta Rasulullah : 9 orang viii. Horse For Fun : 8 orang ix. Battlefield : 10 orang x. Siapa Hebat : 8 orang xi. Futsal : 12 orang xii. Battle of The Band : 11 orang xiii. Grooming : 5 orang xiv. Explorace : 12 orang xv. Food Hunter : 9 orang xvi. Kids Got Talent : 12 orang g) Perasmi Penutupan : Dato’ Hajah Zurainah binti Musa Pengarah Eksekutif Lembaga Pengarah Berjaya Corportation Berhad
27
Embed
LAPORAN AKTIVITI UNIVERSITI KEBANGSAAN … | KAPREZA ‘14 2.0 PENGISIAN AKTIVITI a) A Day with NCSM Program ini adalah sebuah program lawatan kebajikan ke National Cancer Society
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1 | K A P R E Z A ‘ 1 4
LAPORAN AKTIVITI
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 BUTIRAN PROGRAM
a) Nama Program : Karnival Premier Za’ba 2014 (KAPREZA ’14)
b) Penganjur : Biro Timbalan Ketua Eksekutif
c) Dengan kerjasama : Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPeL),
National Cancer Society Malaysia (NCSM) dan
1Malaysia for Youth (iM4U)
d) Tarikh : 06 – 09 Mac 2014
e) Tempat : Kawasan Kolej Pendeta Za’ba,
Kawasan Universiti Kebangsaan Malaysia,
Sekitar Bangi,
Sekitar Putrajaya dan
Sekitar Sri Petaling
f) Jumlah peserta
i. A Day with NCSM : 30 orang
ii. Cuci-Cuci Kapreza : 9 orang
iii. Le Tour de UKM : 5 orang
iv. Cancer Charity Cycling : 16 orang
v. Ceramah Kanser Serviks : orang
vi. Tenpin Boling Piala Pendeta : 7 orang
vii. Malam Dambakan Cinta Rasulullah : 9 orang
viii. Horse For Fun : 8 orang
ix. Battlefield : 10 orang
x. Siapa Hebat : 8 orang
xi. Futsal : 12 orang
xii. Battle of The Band : 11 orang
xiii. Grooming : 5 orang
xiv. Explorace : 12 orang
xv. Food Hunter : 9 orang
xvi. Kids Got Talent : 12 orang
g) Perasmi Penutupan : Dato’ Hajah Zurainah binti Musa
Pengarah Eksekutif
Lembaga Pengarah
Berjaya Corportation Berhad
2 | K A P R E Z A ‘ 1 4
Dengan ini turut disertakan :
h) Senarai peserta : (Lampiran A)
i) Gambar-gambar sepanjang aktiviti : (Lampiran B)
- Gambar semasa perasmian / penutup
- Gambar yang mempunyai banner / poster
- Gambar-gambar sepanjang program berlangsung
j) Aturcara / buku program terkini : (Lampiran C)
k) Jawatankuasa program yang sebenar : (Lampiran D)
l) Borang penilaian program :
m) Borang ulasan penasihat : (Lampiran E)
3 | K A P R E Z A ‘ 1 4
2.0 PENGISIAN AKTIVITI
a) A Day with NCSM
Program ini adalah sebuah program lawatan kebajikan ke National Cancer Society
Malaysia (NCSM) yang melibatkan seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada
majlis tertinggi KAPREZA ‘14. Program diadakan pada 25 Februari 2014 bertempat
di Bangunan Persatuan Kanser Malaysia, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala
Lumpur. Program ini telah memberi kesedaran dan pendedahan kepada peserta
berkaitan kanser dan peserta telah diberi taklimat, pengenalan kepada tahap dan jenis-
jenis kanser, mesin teknologi untuk mengimbas dan mengesan kanser dan juga
berpeluang melawat pesakit di Children’s Home Of Hope sepanjang lawatan.
b) Cuci-cuci KAPREZA
Program Cuci-cuci KAPREZA telah dijalankan pada 22 dan 23 Februari serta 1 dan 2
Mac 2014. Setiap krew telah mendapat latihan membasuh kereta oleh Car Shine
Enterprise pada 21 Februari 2014. Program ini telah mendapat tajaan dari 3 buah
kedai carwash iaitu Car Shine Enterprise, MRM Carwash dan Happy Carwash.
Program ini telah berlangsung selama 2 minggu dan telah mendapat sambutan yang
sangat menggalakkan. Sebahagian kutipan daripada program cucian berbayar ini akan
disalurkan kepada badan kebajikan National Cancer Society Malaysia (NCSM).
c) Le Tour de UKM
Program ini telah diadakan pada 22 Februari 2014 bertempat di sekitar Universiti
Kebangsaan Malaysia dengan memberi fokus kepada kolej kediaman di sekitar
kampus. Aktiviti berbasikal ini bertujuan untuk mempromosi kesemua aktiviti yang
akan diadakan sepanjang KAPREZA ‘14. Program ini melibatkan 40 orang pelajar
yang terdiri daripada majlis tertinggi dan krew KAPREZA ‘14 serta pelajar-pelajar
dari Kolej Pendeta Za’ba.
d) Pertandingan Tenpin Boling Piala Pendeta
Program ini telah diadakan pada 7 Mac 2014 bertempat di KL Mega Lanes, Endah
Parade, Sri Petaling. Ianya terbuka kepada semua warga Universiti Kebangsaan
4 | K A P R E Z A ‘ 1 4
Malaysia dan orang luar yang berminat. Berlangsung pada pukul 2.00 petang dan
berakhir pada jam 6.00 petang dengan jumlah peserta yang agak memberangsangkan.
e) Cancer Charity Cycling
Program ini diadakan pada 2 Mac 2014 bermula dengan pendaftaran pada jam 7.00
pagi. Program ini bertempat di Dataran Putrajaya. Program yang berkonsepkan riadah
santai ini amat bersesuaian dengan mahasiswa atau mahasiswi yang inginkan sesuatu
yang menyeronokkan di samping dapat menyihatkan badan. Program satu hari ini
juga melibatkan orang luar kerana penyertaan dibuka untuk orang ramai menyertai
dan sama-sama mengamalkan gaya hidup sihat dengan tujuan utama adalah untuk
menderma kepada yang benar-benar memerlukan melalui kerjasama dengan National
Cancer Society Malaysia (NCSM). Peserta yang mendaftar dianggarkan seramai 200
orang. Program telah berjalan dengan lancar.
f) Ceramah Kanser Serviks
Ceramah ini adakan pada 7 Mac 2014 di Auditorium Siswa, Bangunan Pusanika.
Bengkel ini bermula pada jam 9.00 hingga 11.00 pagi dan ceramah telah disampaikan
olej pakar dari National Cancer Society Malaysia (NCSM). Ceramah ini telah
memberi pengetahuan awal mengenai penyakit kanser kepada para peserta serta
memberi kesedaran mengenai bahaya kanser serviks serta langkah awal mencegah
kanser tersebut.
g) Malam Dambakan Cinta Rasulullah
Program ini melibatkan seluruh warga Universiti Kebangsaan Malaysia serta
komuniti sekitar. Anggaran sebanyak 300 orang telah hadir pada hari berkenaan.
Solat secara berjemaah telah dijalankan di Dataran Blok AB iaitu dataran Kolej
Pendeta Za’ba. Tindakan untuk slot ini telah diambil alih oleh semua krew Malam
Dambakan Cinta Rasulullah. Slot ini bertujuan merapatkan silaturahim sesama
mahasiswa dan mahasiswi dengan komuniti sekitar disamping dapat meningkat
pengisian ilmu agama dalam diri serta memantapkan ketaqwaan dan keimanan
kepada Allah S.W.T. Tajuk kepada slot ini berlandaskan tema program iaitu “Insan
Berselawat, Insan Penuh Rahmat”. Persembahan nasyid serta qasidah pula telah
dipersembahkan oleh kumpulan nasyid “Far East” yang mewarnai musik kesenian
islam di dalam negara dan pelajar tahfiz dari Maahad Tahfiz Masjid Al-Ridhuan yang
mengalunkan qasidah mereka. Slot ini mengajak para muslimin dan muslimat yang
5 | K A P R E Z A ‘ 1 4
hadir untuk sama-sama berqasidah memuji-muji kebesaran yang Maha Esa dengan
cara yang lebih berinteraktif.
h) Horse For Fun
Program ini telah diadakan pada 8 Mac 2014. Tiga ekor kuda dari Ponyzone telah
sampai ke dataran blok C pada jam 7.30 pagi bersama 5 orang pelatih dan bersedia
untuk ditunggangi oleh pengunjung semperna KAPREZA ‘14. Aktivit bermula pada
pukul 9.00 pagi dan berakhir pada jam 6.00 petang. Sebagai pengakhiran program ini,
pihak krew telah memberi plak kepada pihak Ponyzone sebagai tanda cenderahati dan
seterusnya pelatih dan kuda pulang pada jam 6.30 petang. Sepanjang dua hari
program berlangsung dengan baik.
i) Battlefield
Program ini telah diadakan pada 8 dan 9 Mac 2014 bertempat di Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia. Dengan bermacam-macam aksi tembak menembak
menggunakan peralatan lazer yang berteknologi tinggi, program ini telah menarik
minat ramai peserta. Menawarkan hadiah yang lumayan iaitu RM 400 untuk
pemenang tempat pertama RM 300 untuk tempat kedua, RM 200 untuk tempat ke tiga
dan RM 100 untuk tempat ke empat. Sacara keseluruhan, program ini berjalan dengan
begitu baik dan lancar.
j) Explorace
Aktiviti ini diadakan pada 8 Mac 2014 bermula jam 8.00 pagi dan dijalankan di
sekitar kawasan Kolej Pendeta Za’ba, Universiti Kebangsaan Malaysia. Program ini
bertemakan “Survival Za’ba”. Beberapa aktiviti telah dijalankan bagi menjayakan
Explorace dengan bermacam-macam halangan yang mencabar. Sebelum Explorace
bermula, para peserta telah membuat senaman ringan bagi mengelakkan kekejangan
dan perkara tidak diingini berlaku. Secara keseluruhannya program ini berjalan
dengan baik dan lancar.
6 | K A P R E Z A ‘ 1 4
k) Kids Got Talent
Aktiviti ini dijalankan pada 9 Mac 2014 bertempat di Dataran Dinamis bermula jam
8.30 pagi hinggan 12.30 tengahari. Pertandingan ini adalah bagi mencari bakat dalam
kalangan si cilik dari sekolah dan tadika berdekatan. Antara segmen yang turut
dimuatkan pertandingan mewarna, “story telling” dan “talent show”. Program ini juga
dapat menarik kunjungan masyarakat sekitar khususnya ibu bapa yang membawa
anak mereka hadir ke program ini.
l) Futsal
Pertandingan Futsal merupakan program yang terbuka kepada peserta dari dalam dan
luar Universiti Kebangsaan Malaysia. Pertandingan telah diadakan pada 8 Mac 2014.
Program ini telah disertai oleh 24 buah pasukan yang mendaftar sebelum 5 Mac 2014.
Corak permainan secara liga telah dijalankan pada peringkat kumpulan dan corak
permainan kalah mati telah dipraktikkan pada perlawanan yang seterusnya sehingga
ke peringkat akhir. Masa perlawanan pada peringkat kumpulan ialah 5-1-5 dan bagi
peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir, masa perlawanan ialah 7-1-7. Namun,
bagi perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat ditentukan dengan sepakan
penalti. Secara keseluruhannya, program futsal ini telah berlangsung dengan jayanya.
m) Battle of The Band
Program ini telah diadakan pada 8 Mac 2014 bertempat di Dataran Blok AB dengan
kelengkapan pentas yang mantap dan lengkap dengan kelengkapan pentas yang baik.
Program ini telah menarik ramai pengunjung tambahan pula program ini telah
melibatkan 13 kumpulan yang berpengalaman dalam arena persembahan secara
langsung.
n) Food Hunter
Aktiviti ini telah diadakan pada 8 Mac 2014. Disertai oleh 20 orang peserta yang
terdiri daripada pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia serta orang awam. Aktiviti
ini berlangsung selama 4 jam di Dataran Dinamis, Kolej Pendeta Za’ba, Universiti
Kebangsaan Malaysia. Terdapat 3 saringan yang mencabar bagi menguji daya tahan
para peserta. Hidangan bagi saringan pertama adalah 3 biji burger yang ditaja oleh
Otai Burger dan sandwich 10 lapis serta air jus timun yang disediakan oleh krew
Food Hunter sendiri. Setelah mendapat 10 peserta yang berjaya ke peringkat kedua,
cabaran di saringan yang kedua para peserta dihidangkan pula dengan sebiji roti arab
7 | K A P R E Z A ‘ 1 4
dengan campuran penuh inti disertakan dengan jus tomato yang disediakan oleh krew
Food Hunter. Kemudian, 5 orang peserta akhir dipilih bagi mengakhiri aktiviti ini. Di
pusingan akhir, para peserta dihidangkan pula dengan sebiji burger bersaiz pinggan
10 inci dan air teh halia dicampur daun pudina yang ditaja oleh Bakery Pusanika,
UKM. Peserta tidak diberikan masa pada pusingan akhir ini. Syarat menjadi
pemenang bagi pusingan ini adalah menjadi peserta yang pertama berjaya
menghabiskan hidangan yang disediakan sekaligus menjuarai aktiviti ini.
o) Grooming
Aktivi berkonsepkan bengkel penjagaan diri ini telah berlangsung pada 8 Mac 2014
bermula jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Bilik Seminar 1, Kolej
Pendeta Za’ba, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bengkel dan ceramah telah
disampaikan oleh wakil dari beberapa agensi seperti “AVON” dan “Al-Hijab Sister”.
Tujuan program ini diadakan adalah sebagai pendedahan kepada mahasiswa dan
mahasiswi tentang kepentingan penjagaan diri. Program ini juga memberi peluang
kepada peserta untuk mempelajari cara solekan dan cara berpakaian yang betul
mengikut kesesuaian sesuatu majlis.
p) Siapa Hebat
Pertandingan telah berlangsung pada 8 dan 9 2014 bermula jam 8.00 pagi hingga 6.00
petang dan bertempat di Dataran Dinamis serta Bilik Seminar 1, Kolej Pendeta Za’ba,
Universiti Kebangsaan Malaysia. Aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti dalaman yang
terdiri daripada tiga jenis permainan iaitu “Gigantic Jengga”,”‘Chocolate Drop” dan
“Twisting Twister”. Sambutan daripada peserta amat menggalakkan yang mana setiap
peserta berpeluang untuk merasai pengalaman baru dan semestinya tidak
membosankan. Setiap peserta yang berjaya melepasi tahap yang ditetapkan turut
mendapat “hamper mini mug” manakala yang kurang bernasib baik pula mendapat
“goodies bag”.
8 | K A P R E Z A ‘ 1 4
3.0 KESIMPULAN
3.1 Kelebihan / kebaikan program
1. Memupuk dan menjalin kerjasama secara berpasukan serta merapatkan
lagi hubungan sesama pelajar.
2. Meningkatkan tahap menguruskan organisasi dengan teratur dan menimba
pengalaman dalam menjalankan program secara berstruktur dan tersusun.
3. Mahasiswa dan mahasiswi terdedah dengan aspek penjagaan diri dan
kesihatan fizikal serta rohani.
4. Mahasiswa dan mahasiswi terdedah dengan peluang, cabaran dan kerjaya
dalam bidang perniagaan
5. Menjana pemikiran optimis dan positif dalam kalangan mahasiswa dan
mahasiswi.
3.2 Permasalahan yang timbul
1. Peserta membatalkan penyertaan pada saat-saat akhir.
2. Beberapa kawasan asal tidak diberi kebenaran untuk digunakan oleh
pemilik pada hari program berlangsung.
3. Peserta tiba lambat untuk aktiviti.
4. Kekurangan banyak peralatan kerana tidak diluluskan permohonan
peminjaman menyebabkan banyak masalah pada saat-saat akhir.
5. Kelewatan beberapa pihak menyebabkan program tidak dapat berjalan
dengan lancar.
4.0 PENUTUP
Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar dan baik walaupun ada
sedikit kekangan dan halangan yang dialami sepanjang program ini dijalankan. Segala
permasalahan yang timbul juga dapat diselesaikan dengan baik menggunakan alternative
lain yang munasabah dan kerjasama semua yang terlibat membolehkan program berjalan
dengan lancar dan berjaya.
9 | K A P R E Z A ‘ 1 4
Sekian, terima kasih
Disediakan oleh:
………………………………………………..
MUHAMMAD AMIR IZZAT BIN ROSLI
Setiausaha I
Karnival Premier Za’ba 2014 (KAPREZA ’14)
Kolej Pendeta Za’ba
Universiti Kebangsaan Malaysia
Disemak oleh:
………………………………………………..
NUR AIN NADIRRA BINTI MOHD NOOR
Ketua Pengarah
Karnival Premier Za’ba 2014 (KAPREZA ’14)
Kolej Pendeta Za’ba
Universiti Kebangsaan Malaysia
Disahkan oleh:
………………………………………………
NOR ASEKEN BT ROSLEY
Felo Penasihat
Kolej Pendeta Za’ba
Universiti Kebangsaan Malaysia
10 | K A P R E Z A ‘ 1 4
LAMPIRAN A
SENARAI PESERTA
Nama Program : Karnival Premier Za’ba 2014 (KAPREZA ’14)
Tarikh Program : 06 – 09 Mac 2014
Tempat Program : Kawasan Kolej Pendeta Za’ba,
Kawasan Universiti Kebangsaan Malaysia,
Sekitar Bangi,
Sekitar Putrajaya dan
Sekitar Sri Petaling
Anjuran : Biro Timbalan Ketua Eksekutif dengan kerjasama
Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPeL),
National Cancer Society Malaysia (NCSM) dan
1Malaysia for Youth (iM4U)
BIL NAMA NO MATRIK JAWATAN / PROGRAM
1. Nur Ain Nadirra binti Mohd Noor A 141942 KP (MEP)