KERTAS KERJA KARNIVAL PREMIER ZA’BA 2014 KOLEJ PENDETA ZA’BA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA TARIKH 6 - 9 MAC 2014 TEMPAT KOLEJ PENDETA ZA’BA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA ANJURAN BIRO TIMBALAN KETUA EKSEKUTIF MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR (MEP) KOLEJ PENDETA ZA’BA DENGAN KERJASAMA JABATAN PERKHIDMATAN PELAJAR, JPPel NATIONAL CANCER SOCIETY OF MALAYSIA (NCSM) KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
KERTAS KERJAKARNIVAL PREMIER ZA’BA 2014
KOLEJ PENDETA ZA’BAUNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
TARIKH6 - 9 MAC 2014
TEMPATKOLEJ PENDETA ZA’BA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
ANJURANBIRO TIMBALAN KETUA EKSEKUTIF MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR (MEP)
KOLEJ PENDETA ZA’BA
DENGAN KERJASAMAJABATAN PERKHIDMATAN PELAJAR, JPPel
NATIONAL CANCER SOCIETY OF MALAYSIA (NCSM)KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
TEMA“Express Yourself”
“Express Yourself” 6 - 9 Mac 2014
KERTAS KERJA
KARNIVAL PREMIER ZA’BA 2014 [KAPREZA 2014]
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini dirangka untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan kewangan
untuk mengadakan Karnival Premier Za’ba 2014 (KAPREZA 2014).
2.0 PENDAHULUAN
Karnival Premier Za’ba 2014 (KAPREZA ‘14) merupakan program anjuran Biro Timbalan Ketua
Eksekutif Majlis Eksekutif Pelajar, Kolej Pendeta Za’ba dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan
Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, Majlis Belia Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan
serta Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Program yang berkonsepkan hari keluarga ini telah masuk tahun yang kesembilan dan menjadi
satu program tradisi bagi warga Kolej Pendeta Za’ba. Maka, KAPREZA yang bakal berlangsung
pada tahun 2014 ini dengan tema dan pembaharuan yang tersendiri, bakal dijalankan dengan
matlamat utamanya untuk merapatkan ukhwah antara penghuni Kolej Pendeta Za’ba dengan pihak
pegurusan Kolej Pendeta Za’ba dan tidak lupa juga ukhuwah bersama komuniti setempat yang
berbilang kaum serta agama selaras dengan konsep 1Malaysia yang diterajui oleh Perdana Menteri
Malaysia, Y.A.B. Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
“Express Yourself” menjadi pilihan tema pada kali ini bertujuan untuk menyerlahkan sisi
mahasiswa/i dalam pelbagai aspek yang membolehkan mahasiswa/i lebih yakin dengan diri sendiri
dengan cara mengekspresikan kemahiran diri melalui aktiviti yang disediakan. Konsep riadah
santai yang diketengahkan mampu menarik perhatian pengunjung kerana bukan sahaja program
yang berbentuk sukan yang disediakan malah program berbentuk kerohanian dan kekeluargaan
juga turut diselitkan.
“Express Yourself” 6 - 9 Mac 2014
Selain itu, ia juga bermatlamat untuk memberi inspirasi kepada mahasiswa/i Kolej Pendeta Za’ba
khususnya untuk merasai satu pengalaman berkerja secara kumpulan atau berorganisasi di samping
membentuk kemahiran kendiri dalam menjadi mahasiswa/i yang berketrampilan dan cemerlang
secara holistik. Diharapkan, dengan pengalaman yang mereka peroleh semasa menglibatkan diri
dalam program ini dapat memangkin potensi integriti yang dapat merapatkan jurang antara kaum
dan agama yang berlainan dan membentuk sahsiah yang tinggi dalam diri pelajar terhadap elemen
kemanusiaan.
Unsur-unsur penggunaan Bahasa Inggeris juga diterapkan dalam menjalankan program KAPREZA
kali ini yang merujuk kepada kepentingan Bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi
antarabangsa. Hebahan dan promosi program akan dilaksanakan secara dwibahasa untuk menarik
minat para pengunjung.
Secara keseluruhan, program ini berpotensi untuk memupuk perpaduan antara kaum dan
penampilan seseorang mahasiswa/i untuk lebih berkeyakinan dan dapat menyesuaikan diri dengan
pelbagai cabaran di peringkat glokal mahupun global.
3.0 MISI
Menjadikan program ini sebagai satu landasan bagi menonjolkan bakat dalam diri kalangan
mahasiswa/i dan mejadikan aktiviti yang disediakan sebagai medium untuk melepaskan tekanan
dengan cara beriadah.
4.0 MATLAMAT
“Express Yourself” 6 - 9 Mac 2014
Mengeratkan hubungan antara warga Kolej Pendeta Za’ba di samping melatih mahasiswa/i untuk
menimba ilmu dalam berorganisasi dan pengurusan kerja agar dapat membentuk mahasiswa/i yang
mempunyai kemahiran generik yang diperlukan sebagai seorang mahasiswa/i yang berketrampilan.
Kerjasama yang terjalin dengan pihak luar juga memberi banyak manfaat kepada para mahasiswa/i
dalam mengembangkan potensi dan sahsiah diri.
5.0 OBJEKTIF
5.1 Menjadi satu medium untuk mengeratkan hubungan antara pengurusan dan juga penghuni
Kolej Pendeta Za’ba serta pihak badan bukan kerajaan.
5.2 Memberi peluang kepada mahasiswa/i dalam merancang dan menggerakkan sesuatu aktiviti
mengikut kreativiti dan acuan mereka sendiri.
5.3 Melatih mahasiswa/i dalam berorganisasi serta mempelajari kemahiran generik yang
diperlukan dalam menjadi mahasiswa/i yang berketrampilan.
5.4 Menggunakan aktiviti santai yang interaktif dalam mengekspresikan mahasiswa.
5.5 Bekerjasama dengan National Cancer Society Malaysia (NCSM) dalam menyokong usaha
mereka untuk membantu pesakit kanser daripada segi moral.
5.6 Membantu mengutip dan mengumpul dana kewangan melalui pelbagai program yang akan
dijalankan sepanjang karnival ini berlangsung bagi keperluan pesakit kanser melalui saluran
NCSM.
6.0 TEMA
“Express Yourself”
7.0 ANJURAN
“Express Yourself” 6 - 9 Mac 2014
Biro Timbalan Ketua Eksekutif Majlis Eksekutif Pelajar, Kolej Pendeta Za’ba dengan kerjasama
Jabatan Perkhidmatan Pelajar, JPPel, Universiti Kebangsaan Malaysia, Majlis Belia Malaysia,
Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
8.0 TARIKH DAN MASA
Tarikh : 6 - 9 Mac 2014
Masa : 8 pagi – 11 malam
9.0 TEMPAT
Kolej Pendeta Za’ba, Universiti Kebangsaan Malaysia
10.0 PUBLISITI
Program ini akan dihebahkan secara meluas dalam bentuk dwibahasa melalui iklan media massa,
flyers, poster dan banner di kawasan UKM, sekitar Bangi, Kajang dan juga semua kawasan di
Semenanjung Malaysia. Golongan sasaran adalah warga Kolej Pendeta Za’ba, semua warga kolej
kediaman Universiti Kebangsaan Malaysia, Kolej Za’ba Universiti Putra Malaysia, Kolej Za’ba
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Kolej Ketujuh Za’ba Universiti Malaya dan penduduk sekitar
Bangi.
11.0 CADANGAN PERASMI
11.1 Perasmi Pembukaan dan Penutup
DATO’ ZURAINAH BINTI MUSA
EXECUTIVE DIRECTOR BERJAYA GROUPS
12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM
“Express Yourself” 6 - 9 Mac 2014
Jumlah Krew KAPREZA’14 : 200 orang
Jumlah pengunjung : 1500 orang [anggaran]
13.0 STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk Lampiran A
14.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran B
15.0 PERINCIAN PROGRAM
15.1 Bacaan Yassin dan Solat Hajat
Bacaan Yassin dan solat hujan akan diadakan di Surau Kolej Pendeta Za’ba yang
merangkumi keseluruhan krew KAPREZA’ 14 dan juga penghuni kolej bagi mendoakan
kelancaran program yang berlangsung selama 3 hari berturut-turut.
15.2 Malam Dambakan Cinta Rasulullah
Program ini berkonsepkan islamik yang mengajak para muslimin dan muslimat untuk
beselawat dengan kaedah yang lebih interaktif. Program ini dapat menerapkan nilai-nilai
murni disamping dapat membersihkan hati dengan memuji-muji nama Allah.
15.3 Pertandingan Tenpin Boling Terbuka Piala Pendeta
Program ini dapat memupuk bakat bersukan serta semangat dalam kalangan pemainnya.
Pertandingan yang akan dijalankan di Endah Parade, Kuala Lumpur ini adalah terbuka
kepada warga Kolej Pendeta Za’ba, warga UKM dan penyertaan juga dibuka kepada orang
luar.
15.4 Pertandingan Futsal Piala Ayahanda
“Express Yourself” 6 - 9 Mac 2014
Futsal merupakan pertandingan futsal yang akan menemukan pemain dari pelbagai kolej
serta seluruh Bandar Baru Bangi dan juga Kajang. Penyertaan daripada kumpulan
kumpulan pemain wanita juga digalakkan.
15.5 Horse For Fun
Tujuan diadakan Horse For Fun adalah sebagai aktiviti riadah yang mampu memupuk sifat
kekeluargaan. Mahasiswa/i yang tidak pernah menaiki kuda ataupun melihat kuda dapat
bergambar serta menunggang kuda di kawasan kolej.
15.6 Food Hunter
Program ini adalah program yang berunsurkan sukaneka yang diwujudkan untuk menguji
ketahanan fizikal para peserta dalam menghabiskan makanan dalam waktu yang ditetapkan.
Makanan yang bakal disajikan adalah makanan yang terdiri daripada pelbagai latar
belakang masyarakat yang bakal menilai ketahanan mereka dalam menerimanya.
15.7 Survival Za’ba
Program ini diilhamkan daripada siri rancangan televisyen Korea iaitu ‘Running Man’ yang
disesuaikan dengan budaya masyarakat Malaysia. Penyertaan daripada pelbagai bangsa
untuk setiap kumpulan adalah bertujuan untuk memupuk semangat integriti antara satu
sama lain. Checkpoint yang terlibat adalah di sekitar Kolej Pendeta Za’ba
15.8 Kids Got Talent
Program ini adalah bagi mencari bakat dalam kalangan si cilik dari sekolah dan tadika
berdekatan. Antara segmen yang turut dimuatkan adalah peragaan pakaian dan juga
pertandingan mewarna serta melukis. Program ini juga dapat menarik kunjungan
masyarakat sekitar khususnya ibu bapa.
15.9 Battlefield
“Express Yourself” 6 - 9 Mac 2014
Program ini adalah program yang berunsurkan extreme dan diwujudkan untuk menguji
ketahanan fizikal para peserta. Penyertaan berkumpulan memupuk sifat kerjasama dan
dapat meningkatkan daya pemikiran dan perancangan peserta.
15.10 Grooming
Tujuan diadakan grooming adalah untuk memberi pendedahan kepada mahasiswi tentang
kepentingan penjagaan diri dan juga untuk melatih mahasiswi untuk tampil lebih
berkeyakinan dalam segala aspek. Program ini juga memberi peluang kepada peserta untuk
mempelajari cara berpakaian yang betul mengikut kesesuaian sesuatu majlis.
15.11 Siapa Hebat?
Pengenalan kepada permainan ini untuk memriahkan lagi majlis sepanjang karnival
berlangsung di samping memberi keseronokan dan juga kenangan terindah zaman kanak-
kanak para peserta.
15.12 Battle Of The Bands
Program ini berkonsepkan pertandingan yang membolehkan sisi lain mahasiswa dari
bidang lain iaiti seni muzik ditonjolkan. Selain itu, ia juga sebagia satu medium untuk
mengeratkan hubungan dia antara warga Kolej Pendeta Za’ba dan juga warga kolej
kediaman lain di UKM.
15.13 Cuci-Cuci Kapreza
Skuad khas akan ditubuhkan untuk mencuci kenderaan di sekitar UKM. Aktiviti mencuci
kenderaan ini akan diadakan sebelum karnival ini berlangsung. Secara tak langsung ini
dapat mempromosikan KAPREZA 14 di dalam UKM mahupun di sekitar Bangi. Program
ini akan diadakan 2 hujung minggu berturut-turut sebelum berlangsungnya tarikh
KAPREZA’ 14.
15.14 Le-Tour de UKM
“Express Yourself” 6 - 9 Mac 2014
Le-Tour de UKM ini diadakan untuk menyemai sifat cintai universiti dalam kalangan
mahasiswa/i yang menyertai program ini. Dalam acara ini, para peserta akan berbasikal
dari Kolej Pendeta Za’ba (KPZ) dan akan melakukan flash mob di setiap kolej di UKM
untuk mempromosikan KAPREZA ‘14. Pogram ni akan dilakukan berlangsung satu hari
dan akan diadakan sebelum berlangsungnya karnival ini, bagi mempromosikan karnival ini.
15.15 Cancer Cycling Charity
Program yang berkonsepkan riadah santai ini amat bersesuaian dengan mahasiswa/i yang
inginkan sesuatu yang menyeronokkan di samping dapat menyihatkan badan. Program satu
hari ini juga melibatkan orang luar kerana penyertaan akan dibuka untuk orang ramai
menyertai dan sama-sama menagamalkan gaya hidup sihat.
16.0 BELANJAWAN
Rujuk Lampiran C
17.0 PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat sila hubungi:
NUR AIN NADIRRA BINTI MOHD NOOR NURIN AFIQAH BINTI ZAIRUL AZMAN
Ketua Pengarah Timbalan Ketua Pengarah 1
Karnival Premier Za’ba 2013 Karnival Premier Za’ba 2013
Kolej Pendeta Za’ba Kolej Pendeta Za’ba
Universiti Kebangsaan Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia