KERTAS KERJA TAUTAN KASIH BERSAMA GELANDANGAN KELAB EKONOMI 2014 TARIKH 16-18 April 2014 TEMPAT SEKITAR BANDARAYA KUALA LUMPUR ANJURAN KELAB EKONOMI FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2013/2014 TEMA “Tangan Dihulur, Budi Ditabur, Kasih Disemai”
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
KERTAS KERJA
TAUTAN KASIH BERSAMA GELANDANGAN
KELAB EKONOMI
2014
TARIKH
16-18 April 2014
TEMPAT
SEKITAR BANDARAYA KUALA LUMPUR
ANJURAN
KELAB EKONOMI
FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2013/2014
TEMA
“Tangan Dihulur, Budi Ditabur, Kasih Disemai”
TAUTAN KASIH BERSAMA GELANDANGAN
16-18 April 2014
“Tangan Dihulur, Budi Ditabur, Kasih Disemai”
KERTAS KERJA
TAUTAN KASIH BERSAMA GELANDANGAN
(SEKITAR KUALA LUMPUR)
KELAB EKONOMI
PERSATUAN MAHASISWA
FAKULTI EKONOMI DAN PERNGURUSAN
(PMFEP) SESI 2013/2014
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Selawat Dan Salam Buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW
Tujuan kertas kerja ini adalah untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan
kewangan dari Pusat Perkembangan Pelajar dan Fakulti untuk mengadakan Program Tautan
Kasih Bersama Gelandangan Kelab Ekonomi 2014.
Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (PMFEP) merupakan persatuan
induk yang tidak asing lagi di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP).
Salah satu kelab yang terdapat dalam PMFEP ini adalah Kelab Ekonomi. Kelab
ekonomi berhasrat untuk melaksanakan Tautan Kasih Bersama Gelandangan Kelab Ekonomi
2014 dengan bertemakan “Tangan Dihulur, Budi Ditabur, Kasih Disemai”. Program ini
bertujuan untuk melihat sejauh mana peranan mahasiswa terutamanya mahasiswa dari Fakulti
Ekonomi dan Pengurusan dalam mengkaji dan menjaga kebajikan sosial dan masyarakat.
Selain itu, program ini memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan kesejahteraan
masyarakat melalui bantuan yang disediakan, pembangunan sosial yang professional dan
perkongsian tanggungjawab yang strategik. Seterusnya, pelaksaanan program ini bertujuan
1.0 TUJUAN
2.0 PENGENALAN
TAUTAN KASIH BERSAMA GELANDANGAN
16-18 April 2014
“Tangan Dihulur, Budi Ditabur, Kasih Disemai”
untuk melahirkan ahli-ahli dan pelapis kelab yang jelas matlamat dan tujuannya dan lancar
gerak kerjanya hasil daripada kesepakatan bersama.
Diharapkan program ini akan dapat memberikan manfaat berguna kepada semua
pihak. Dengan itu, segala kerjasama dan sokongan semua pihak sama ada yang akan terlibat
secara langsung atau tidak langsung amat diharapkan. Sesungguhnya hasrat murni dalam
merealisasikan matlamat program ini hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu membalasnya.
Dengan tema ‘Tangan Dihulur, Budi Ditabur, Kasih Disemai’, Program ini mempunyai
misinya tersendiri di mana mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dapat melihat secara
kasar dan ilmiah bagaimana masalah gelandangan ini berterusan dan seolah-olah
mencacatkan pandangan negara Malaysia sebagai salah satu negara maju di Asia Tenggara di
samping memupuk semangat kemasyarakatan dan kerjasama dalam kalangan peserta
khususnya mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Pengurusan.
4.1 Melahirkan mahasiswa/i yang berwajah ketrampilan dari segi jati diri, khidmat sosial
terutama dalam aspek kajian masalah, berminda mahasiswa yang berfikiran kritis dan
berkebolehan dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan untuk kemajuan diri,
masyarakat dan negara.
4.2 Membudayakan sikap prihatin dan ambil cakna mahasiswa/i Fakulti Ekonomi dan
Pengurusan terhadap masyarakat-masyarakat majmuk di Malaysia di samping
mencari solusi dan alternatif untuk bekerjasama dengan pihak-pihak berwajib untuk
menyelesaikan masalah golongan gelandangan ini.
3.0 MISI
4.0 MATLAMAT
TAUTAN KASIH BERSAMA GELANDANGAN
16-18 April 2014
“Tangan Dihulur, Budi Ditabur, Kasih Disemai”
5.1 Meneliti bagaimana untuk memberikan pengalaman sebenar kepada peserta untuk
mendekati masyarakat yang terbiar ini dan memastikan aktiviti yang positif dijalankan
dalam membentuk peserta yang berilmu, berketrampilan, mapan dan bertaqwa
sebagai persediaan membentuk generasi pelapis dalam masyarakat.
5.2 Mendekati masyarakat gelandangan bagi mengetahui punca sebenar berlakunya
keadaan sedemikian buat mereka bagi menghindarkan persepsi negatif dalam minda
masyarakat.
5.3 Memberikan peluang kepada para mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Pengurusan untuk
membentuk pembangunan insaniah dalam diri dan mewujudkan rasa simpati dan
empati dalam diri mahasiswa supaya memikirkan penyelesaian masalah yang
dihadapi oleh ummah.
5.4 Menjalinkan hubungan-hubungan kerjasama dengan badan-badan NGO serta menilai
apakah tidakan yang sewajarnya diambil bagi mengatasi golongan-golongan
gelandangan ini.
“Tangan Dihulur, Budi Ditabur, Kasih Disemai”
Kelab Ekonomi
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP)
Universiti Kebangsaan Malaysia
5.0 OBJEKTIF
6.0 TEMA
7.0 ANJURAN
TAUTAN KASIH BERSAMA GELANDANGAN
16-18 April 2014
“Tangan Dihulur, Budi Ditabur, Kasih Disemai”
Program ini dicadangkan untuk diadakan pada:
Tarikh : 16-18 April 2014
Masa : Seperti yang dinyatakan pada lampiran tentatif program.
Tempat program yang dicadangkan:
Sekitar Kuala Lumpur
Anggaran jumlah peserta yang terlibat dalam program ini:
10.1 40 orang peserta-peserta program Tautan Kasih Bersama Gelandangan
10.2 Perbadanan Zakat Selangor
10.3 Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor
10.4 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
10.5 Polis Diraja Malaysia
10.6 NGO
Pengangkutan :
Sebuah bas UKM
8.0 TARIKH DAN MASA
9.0 TEMPAT PROGRAM
10.0 PENGLIBATAN
11.0 PENGANGKUTAN
TAUTAN KASIH BERSAMA GELANDANGAN
16-18 April 2014
“Tangan Dihulur, Budi Ditabur, Kasih Disemai”
Rujuk Lampiran A
Rujuk Lampiran B
14.1 Banner dan poster
14.2 Blog rasmi PMFEP
14.3 Digital Board UKM
14.4 e-Pelajar
14.5 Laman facebook PMFEP
PENGENDALIAN PROGRAM
Program ini melibatkan seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa/i
FEP serta AJK Kelab Ekonomi sendiri untuk membantu golongan gelandangan serta
memupuk sikap prihatin dalam diri peserta terhadap golongan yang hidup susah. Program ini
akan dijalankan selama tiga hari. Dua hari pertama akan diadakan pameran di foyer FEP bagi
memberikan pendedahan awal kepada mahasiswa/i berkaitan gelandangan serta memberi
ruang kepada individu atau kumpulan yang ingin memberikan sumbangan untuk membantu
12.0 STRUKTUR ORGANISASI
13.0 CADANGAN TENTATIF PROGRAM
14.0 PUBLISITI
15.0 PERINCIAN PROGRAM
TAUTAN KASIH BERSAMA GELANDANGAN
16-18 April 2014
“Tangan Dihulur, Budi Ditabur, Kasih Disemai”
golongan tersebut. Manakala hari ketiga merupakan kemuncak Program Tautan Kasih
Bersama Gelandangan dimana peserta akan dibawa ke sekitar Kuala Lumpur untuk melihat
sendiri kehidupan gelandangan. Program ini akan berakhir pada waktu malam. Hal ini di
sebabkan para gelandangan hanya akan balik ke tempat tidur mereka selepas waktu petang
kerana ada sesetengah daripada mereka yang bekerja tetapi tidak mempunyai duit yang
mencukupi untuk menyewa bilik atau rumah. Peserta-peserta akan berpecah ke lokasi-lokasi
terpilih di sekitar Kuala Lumpur dan kumpulan-kumpulan ini akan dipantau oleh pihak NGO
serta polis bagi menjamin keselamatan dan kelancaran program. Kami akan mengadakan 2
program pada hari berkenaan iaitu Program Gotong-royong Bersama DBKL dan juga
Program Beramah Mesra Bersama Gelandangan. Kami akan bergerak ke ibu kota dengan
menaiki bas UKM.
Sebelum menjalankan aktiviti, para peserta akan diberi taklimat keselamatan dan
panduan mengenai pantang larang dalam mendekati golongan gelandangan ini oleh pihak
NGO yang berkaitan. Perkara ini amat penting supaya peserta lebih sensitif dalam keadaan
tersebut dan supaya golongan ini tidak terkejut dengan kehadiran peserta dalam jumlah yang
ramai. Program pada hari berkenaan akan dimulakan dengan sesi gotong- royong bersama
DBKL di sekitar kawasan-kawasan gelandangan. Program ini dilakukan untuk memastikan
kawasan yang sering dijadikan tempat berteduh oleh golongan ini dalam keadaan bersih dan
tidak mencacatkan pandangan Kuala Lumpur sebagai destinasi tarikan pelancong di
Malaysia. Ia juga dapat mengeratkan lagi silaturrahim di antara peserta dan AJK Kelab
Ekonomi dan juga antara peserta dengan pihak DBKL sendiri. Walaupun aktiviti ini diadakan
pada waktu petang, segala penat lelah dan pengorbanan tidak kiralah dari segi masa dan
tenaga akan hilang sebaik sahaja melihat persekitaran yang bersih dan cantik. Program kami
yang seterusnya ialah beramah mesra bersama gelandangan di mana para peserta akan
mengagihkan makanan dan minuman beserta barang-barang keperluan kepada golongan ini.
Melalui program ini, para peserta dapat mendekatkan diri mereka bersama golongan
gelandangan dan menyelami sendiri kesusahan yang dialami oleh golongan ini. Selain itu,
pelajar dapat mengetahui serba sedikit mengenai punca golongan ini menjadi gelandangan
dan bersyukur terhadap rezeki yang diberikan oleh Allah S.W.T. selama ini. Perkara yang
paling penting, program ini dapat membuka mata masyarakat bahawa mahsiswa/i terutama
pelajar UKM juga mengambil berat tentang golongan gelandangan ini bukan sahaja kerajaan
serta NGO.
TAUTAN KASIH BERSAMA GELANDANGAN
16-18 April 2014
“Tangan Dihulur, Budi Ditabur, Kasih Disemai”
Diharapkan para peserta mendapat pengalaman dan informasi sepanjang program ini
dijalankan dan mengaplikasikan maklumat yang diperoleh dalam kehidupan seharian serta
terus berusaha menjadi masyarakat yang berguna kepada bangsa dan negara yang bakal
memerintah Negara pada masa hadapan.
Rujuk Lampiran C.
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan surat-menyurat, sila hubungi:
Urusetia,
TAUTAN KASIH BERSAMA GELANDANGAN, KELAB EKONOMI,
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN,
Pejabat Urusan Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Pengurusan,
Paras 4, Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
(u/p: Fatin Az-Zahrah Binti Halim Noor 019-3291207)