Page 1
LAPORAN
‘PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT DI ZOO NEGARA’
TARIKH
27 November 2011
TEMPAT
ZOO NEGARA, KUALA LUMPUR
ANJURAN
PERSATUAN PELAJAR EKONOMI PERNIAGAAN (BESS)
FAKULTI PENGURUSAN PERNIAGAAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) SHAH ALAM
LAPORAN DISEDIAKAN:
29 NOVEMBER 2011
Page 2
Laporan Eksekutif
1.0 Pendahuluan
2.0 Laporan Eksekutif
3.0 Laporan Aktiviti
4.0 Pencapaian Aktiviti
5.0 Penutup atau Rumusan Aktiviti
6.0 Jawatankuasa Pelaksana
7.0 Laporan Kewangan
8.0 Senarai Nama Peserta
9.0 Lampiran
Tentatif Program
Analisis Penilaian Kemahiran Insaniah
Huraian Penilaian
Borang Analisis Penilaian Kemahiran Insaniah
Foto-foto aktiviti
Page 3
PERSATUAN PELAJAR EKONOMI PERNIAGAAN
VISI
“Kami sentiasa berusaha untuk menjadi persatuan akademik yang terkemuka di UiTM dengan reputasi cemerlang yang mempunyai pelajar-pelajar dengan minda bertaraf dunia "
PROGRAM
KHIDMAT MASYARAKAT DI ZOO NEGARA
TARIKH
26 NOVEMBER 2011 (SABTU)
TEMPAT
ZOO NEGARA, KUALA LUMPUR
MASA:
7.00 PAGI – 5.00 PETANG
PENASIHAT DAN PENSYARAH PENGIRING
PUAN ZARINAH DENAN
PESERTA
BM230 5M, BM230 5A, BM230 5B, BM230 3A, = 39 ORANG
Page 4
PENDAHULUAN
Adalah menjadi satu aspirasi pelajar-pelajar jurusan Ekonomi Perniagaan
UiTM Shah Alam untuk melahirkan mahasiswa mahupun mahasiswi yang pakar
dalam bidang ekonomi. Namun, hal ini bukan sesuatu aspirasi yang mudah untuk
dicapai. Dalam usaha untuk mencapai aspirasi tersebut, para pelajar harus diberi
galakan untuk menyertai aktiviti kesukanan ataupun aktiviti pembelajaran di luar
kelas agar mereka dapat menjadi lebih aktif dan sihat.
Proses pelajaran dan pembelajaran di dalam kelas memerlukan tumpuan dan
perhatian yang sepenuhnya daripada para pelajar. Hasil daripada ini, para pelajar
mudah berasa letih dan bosan terhadap apa yang dipelajari. Justeru itu, sesuatu
perlu dilakukan untuk mengembalikan kembali semangat dan keterujaan pelajar
untuk menghadapi pembelajaran.
Menyedari bahawa kepentingan pelajar dalam memberi perhatian dan
tumpuan ketika sesi pelajaran dan pembelajaran dan prestasi mereka yang terbaik
dalam akademik, maka Persatuan Pelajar Ekonomi Perniagaan (BESS) telah
menganjurkan satu lawatan yg bersifat kebajikan dan dalam masa yang sama
menggalakkan pelajar untuk menyintai alam sekitar dan haiwan serta berganding
bahu membersihkan kawasan persekitaran haiwan-haiwan terbabit. Hal ini telah
memberikan nafas yang baru kepada para pelajar selepas bertungkus-lumus dan
bekerja keras dalam bidang akademik. Dengan melaksanakan aktiviti kebajikan di
Zoo Negara ini, para pelajar dilihat semakin aktif dan lebih bersemangat dalam
menjalani kehidupan seharian.
Page 5
LAPORAN EKSEKUTIF PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
Pada 27 November 2011 bersamaan hari Sabtu, Persatuan Pelajar Ekonomi
Perniagaan (BESS) telah mengadakan Program Khidmat Masyarakat dan Lawatan
Sosial ke Zoo Negara di Ampang, Kuala Lumpur. Seramai 39 orang peserta yang
terdiri daripada pelajar-pelajar jurusan Ekonomi Perniagaan semester 5 dan
semester 3 telah menyertai program ini. Program ini telah berlangsung dengan
jayanya dan mendapat penghargaan daripada pihak pengurusan Zoo Negara.
Program yang diadakan selama sehari bermula dari jam 07.00 pagi hingga
jam 05.00 petang ini bertujuan untuk memupuk sikap sukarelawan dan melakukan
aktiviti-aktiviti kebajikan dalam kalangan pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda
(Kepujian) Ekonomi Perniagaan. Selain itu, program ini juga adalah untuk memupuk
semangat cinta akan alam sekitar dan membantu meningkatkan kefahaman pelajar-
pelajar semester 5 dalam subjek Environmental Economics.
Program ini juga dirangka untuk memberi suntikan baru kepada para pelajar
untuk menjalani kehidupan yang sihat serta bertenaga dengan mengikuti program
yang dijalankan di luar kawasan UiTM dan seterusnya para pelajar akan menjadi
lebih bersemangat dalam menuntut ilmu dan akan mencapai gred yang cemerlang
bagi subjek-sebjek yang diambil.
Selain untuk tujuan akademik, program ini juga dirangka untuk merapatkan
hubungan antara pelajar-pelajar baru iaitu pelajar dari semester 3 dengan pelajar
semester 5. Hubungan yang terjalin dilihat akan mampu memantapkan lagi institusi
masyarakat pelajar di UiTM Shah Alam ini khususnya dalam kalangan pelajar-
pelajar jurusan Ekonomi Perniagaan Fakulti Pengurusan Perniagaan.
Secara keseluruhannya, para pelajar Ijazah Sarjana Muda Ekonomi
Perniagaan dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat dan mempunyai hubungan
yang baik dengan orang awam disamping lebih berdisplin dalam menjaga kawasan
alam sekitar dan juga kawasan sekitar fakulti mahupun UiTM. Maka, objektif aktiviti
ini diadakan telah tercapai. Diharap program seperti seperti ini dapat diteruskan.
Page 6
LAPORAN AKTIVITI PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
Pada seawal jam 07.00 pagi, pelajar-pelajar jurusan Ekonomi Perniagaan
UiTM Shah Alam semester 3 dan semester 5 yang terlibat telah berkumpul di
perhentian bas Dataran Cendekia, UiTM Shah Alam. Setengah jam kemudian,
semua pelajar yang terlibat bertolak ke Zoo Negara, Kuala Lumpur. Perjalanan
dimulakan dengan bacaan doa oleh Presiden Persatuan Pelajar Ekonomi
Perniagaan, Aiman bin Shaare.
Pelajar-pelajar tiba di Zoo Negara pada jam 08.30 pagi. Kami diminta untuk
berkumpul di pejabat Zoo Negara yang terletak di Pintu 3 Zoo Negara. Sebaik tiba di
Zoo Negara tersebut, kami disambut oleh pegawai yang bertugas. Pelajar-pelajar
kemudiannya dibahagikan kepada tujuh kumpulan. Semua pelajar diberikan pelekat
yang bertulis ‘Community Services’ untuk dilekatkan di lengan baju. Kami
dikehendaki untuk memakai pelekat tersebut sehingga tamat program.
Kumpulan yang pertama ditugaskan ke Pusat Pengayaan atau ‘Enrichment
Center’. Seramai enam orang pelajar, iaitu empat pelajar perempuan dan dua
pelajar lelaki bawah seliaan Cik Riffa dibawa ke Pusat Pengayaan terbabit yang
terletak di sebelah tempat pameran Rusa Jawa. Pusat ini ditubuhkan bertujuan
untuk memastikan haiwan-haiwan yang ditempatkan di zoo ini bertabiat seperti di
habitat asal supaya haiwan-haiwan tersebut tidak bosan. Kumpulan ini dibahagikan
kepada dua kumpulan kecil iaitu dua orang lelaki ditugaskan untuk menyediakan
bahan untuk pengayaan menggunakan bahan-bahan terbuang manakala empat
orang pelajar perempuan ditugaskan untuk membuat survey bilangan pelawat yang
melawat haiwan-haiwan yang tertentu iaitu gajah, harimau, buaya dan beruang
matahari.
Kumpulan yang kedua ditugaskan untuk membersihkan kandang arnab, rusa,
monyet, kuda, badak dan burung enggang. Mereka diselia oleh En. Zainal dan En.
Wan. Mereka juga dikehendaki untuk memberi makanan kepada haiwan-haiwan
terbabit. Selesai menjalani tugas, mereka dibenarkan untuk menonton pertunjukan
haiwan seperti helang, burung nuri dan anjing laut di Amphiteather Zoo Negara.
Page 7
Kumpulan yang seterusnya ditugaskan untuk melakukan kerja-kerja di
Mammal Kingdom. Mereka ditugaskan untuk membersihkan kandang landak,
kanggaru dan kancil dan memberi makanan kepada haiwan-haiwan tersebut. En.
Musa menyelia dan memantau tugas-tugas mereka.
Seterusnya kumpulan keempat, mereka ditempatkan di Seksyen 3 bawah
seliaan En. Ganesan. Mereka perlu membersihkan kandang beruang, kambing, rusa
dan kanggaru. Mereka juga dikehendaki untuk mengambil rumput-rumput dan daun-
daun untuk diberikan kepada haiwan-haiwan terbabit makan.
Kumpulan seterusnya dibawa ke Amphitheater iaitu tempat pertunjukan
haiwan. pelajar-pelajar tersebut dikehendaki untuk membersihkan kawasan
pertunjukan dan persekitarannya sebelum pertunjukan bermula pada jam 11.00
pagi. Mereka juga perlu memberi makanan kepada haiwan-haiwan yang akan
membuat pertunjukan seperti anjing laut, burung nuri dan helang.
Kumpulan yang keenam ditugaskan untuk menjaga dan membersihkan
kawasan di taman burung. Mereka juga perlu memberikan makanan kepada burung-
burung tersebut. Antara burung yang ada di Taman Burung berkenaan ialah burung
enggang atau kenyalang, burung nuri, burung merpati, bangau dan sebagainya.
Namun, pengurus kawasan tempat mereka ditugaskan tidak membenarkan mereka
membuat sebarang rakaman video mahupun gambar bagi memelihara imej dan
kesulitan kawasan Taman Burung terbabit.
Kumpulan yang terakhir dibawa ke Seksyen 5, iaitu Savannah. Di situ,
haiwan-haiwan Savannah daripada Afrika Selatan ditempatkan seperti zirafah,
badak sumbu, burung kasuari, Sable antelope, zebra, red lechne, oryx, nyala, unta,
banteng, ankoli, guanaco dan lembu. Haiwan-haiwan yang ditempatkan di situ
adalah haiwan-haiwan yang sakit, masih menyusu dan haiwan yang belum boleh
biasakan diri dengan keadaan persekitaran zoo. Seksyen ini diselia oleh En. Amirul
Siva. Kumpulan pelajar yang dibawa ke situ ditugaskan untuk membersihkan
kandang-kandang dan memberi makanan kepada haiwan-haiwan di situ.
Page 8
Program ini berjalan bermula jam 08.45 pagi hingga jam 10.30 pagi, sebelum
mereka dibenarkan untuk berehat selama 30 minit untuk minum pagi. Kemudian,
tugas-tugas yang diberikan dilaksanakan sehingga jam 01.30 tengah hari. Mereka
dibenarkan untuk berehat, makan tengah hari, menunaikan solat Zohor dan bersiar-
siar sebelum menyambung semula tugasan pada jam 02.30 petang. Kebanyakan
tugas yang diberikan kepada para pelajar yang terlibat adalah tugas-tugas
pembersihan dan tugas memberi makanan kepada haiwan-haiwan.
Sepanjang aktiviti dijalankan, pelajar-pelajar dilihat gembira melakukan tugas-
tugas yang diberikan. Di samping menjalankan aktiviti-aktiviti yang ditugaskan,
mereka juga membantu petugas-petugas yang lain yang bertugas di zoo seperti
menunjukkan arah kepada para pengunjung, menerangkan kepada kanak-kanak
tentang haiwan-haiwan, dan mengutip sampah-sampah yang berteraburan di sekitar
zoo.
Tepat jam 04.30 petang, semua pelajar yang terlibat dengan program ini
berkumpul di Pintu 3 Zoo Negara untuk bergerak pulang ke destinasi masing-
masing. Sebelum program berakhir, Ketua Projek; Amirah Thuraiya binti Basiron
mewakili Penasihat Persatuan, Puan Zarinah Denan menyampaikan cenderamata
kepada En.......... sebagai tanda penghargaan kerana telah menerima kunjungan
kami untuk melaksanakan Program Khidmat Masyarakat ini. Setelah selesai sesi
bergambar dan penyampaian cenderahati, semua pelajar bersurai.
Page 9
RUMUSAN
Secara keseluruhannya, para pelajar Ijazah Sarjana Muda Ekonomi
Perniagaan dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat dan mempunyai hubungan
yang baik dengan orang awam di samping lebih berdisplin dalam menjaga kawasan
alam sekitar dan juga kawasan sekitar fakulti mahupun UiTM. Maka, terlaksananya
program ini dengan jayanya menandakan objektif aktiviti ini diadakan telah tercapai.
Para pelajar yang terlibat telah memberi respons yang positif kepada
keseluruhan program ini. Mereka kebanyakannya berpuas hati dan gembira kerana
dapat berbakti kepada Zoo Negara walaupun bantuan yang diberikan bukan dalam
bentuk material dan sekadar pertolongan yang sedikit. Namun, sumbangan mereka
terhadap dunia haiwan sangat berharga. Pengalaman yang mereka perolehi akan
dikongsikan bersama pelajar yang tidak berpeluang untuk menyertai program ini.
Diharap program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa yang akan
datang agar para pelajar dapat mempelajari sesuatu daripada alam sekitar dan
dunia haiwan dan dapat menanamkan perasaan cinta akan alam sekitar. Selain itu,
pelajar-pelajar semester 5 yang mengambil kursus Environmental Economics dalam
mengaplikasikan input yang mereka perolehi daripada program ini dalam pelajaran
mereka.
Page 10
JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
PENAUNG : Prof. Madya Dr. Normala Dato’ Amir IshakDekan Fakulti Pengurusan Perniagaan
PENASIHAT : Puan Zarina Binti DenanPensyarah Fakulti Pengurusan Perniagaan
PENGARAH PROGRAM : Amirah Thuraiyah binti Basiron
TIMBALAN PENGARAH PROGRAM
: Abu Musa bin Kamaruzaman
SETIAUSAHA : Nurul Syahida binti Hassan
BENDAHARI : Fiza Ilyani binti Buang
BIRO PROGRAM & PROTOKOL : Meor Agil bin Meor Azalan
BIRO MAKANAN & KEBERSIHAN :: Aiman bin Shaare
BIRO PUBLISITI & INFORMASI : Nur Amira Afiqah binti Mohamad Nasiron
Page 11
IMPLIKASI KEWANGAN
BIL. PERKARA (KUANTITI) JUMLAH
1. Makan pagi
(RM3 X 39 pelajar) RM 117
2. Makan tengah hari
(Rm6 X 39 pelajar )
RM 234
3. Makan malam
(RM6 X 39 pelajar )
RM 234
4. Cenderamata RM 40
JUMLAHRM625
Page 12
SENARAI NAMA PESERTA PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT DI ZOO NEGARA
NO. NAMA NO. MATRIKS
NO. KAD PENGENALAN
KUMPULAN
1 Amirah Thuraiya Basiron 2009441432 901104-14-5756 BM 230 5A
2 Nurshazana bt Rahim 2009211454 900825-14-6340 BM 230 5A
3Nuradila Muhammad Shukri
2009408024 900119-11-5184 BM 230 5A
4 Arina Farihan Bt Azhar 2009229702 900607-14-5024 BM 230 5A
5 Nurfarahain Mohd Saleh 2009622538 890906-14-6434 BM 230 5A
6 Khairunnisa Bt Abd Din 2009867738 901007-06-5674 BM 230 5A
7 Nur Hanifah Bt Ngah Ramli 2009498096 901125-06-5114 BM 230 5A
8Farah Ida Adha bt Abd Malek
2009418226 900704-01-5790 BM 230 5A
9Mohd Izwan Firdaus B. Shamsudin
2009600084 891010-14-6575 BM 230 5A
10Husna Amirah Zulkarnain Zulkifli Menon
2009895722 900420-14-6158 BM 230 5A
11 Nurul Najiah binti Zainal 2009609704 891108-14-5124 BM 230 5B
12 Hikmah Adibah Abd. Kipli 2009272828 901025-10-5422 BM 230 5A
13 Azlina Bt Sahrom 2009583537 831006-14-6324 BM 230 5A
14 Hazirah Binti Hairuddin 2009824612 900501-01-5360 BM 230 5M
15 Ahmad Rusydi Razak 2010417458 890626-08-5411 BM 230 5M
16Mohd Syafiq Azmi B Mustafa
2010269058 890206-10-5121 BM 230 5M
17 Aiman bin Shaare 2010455908 900823-10-5879 BM 230 5M
18 Shahliza Bt Sahabudin 2009460076 890417-14-6142 BM 230 5M
19Wan Nuri Ezniza Abdul Wahab
2009810168 890305-05-5078 BM 230 5M
Page 13
20Hety Nurul Nadiia Sulaiman
2009863276 890130-01-5268 BM 230 5M
21Muhammad Razman Kamarudin
2009824612 890614-14-5659 BM 230 5M
22 Hafiz Bin Ramely 2009875394 890614-03-5679 BM 230 5B
23 Shazreen Bt Ahmad Puad 2009685396 890328-14-6044 BM 230 5B
24Mohamad Qaril Asra B. Morsin
2009287102 890422-01-6115 BM 230 5B
25 Siti Suryani Bt Kosnan 2009219636 890805-06-5686 BM 230 5B
26 Nur Syazuani Bt Alias 2009802574 891214-03-5500 BM 230 5B
27 Norhafizah Bt Bahaman 2009494398 890724-05-5136 BM 230 5M
28 Izzatul Nadia bt Ibrahim 2011676224 891023-06-5264 BM 230 3A
29 Zunnadwah bt Md Ashraf 2011659206 900220-01-5954 BM 230 3A
30Nadiatul Zahrah Muhd Hassan
2011296568 900817-14-5460 BM 230 3A
31 Nadirah Jamal Abd Nasir 2011634052 900815-05-5306 BM 230 3A
32 Nur Rafiqah Kamaruddin 2011492854 901028-01-5174 BM 230 3A
33Norasyuhrah bt Abdul Raship
2011837548 900312-14-5318 BM 230 3A
34Abu Musa bin Kamaruzaman
2011872304 901127-01-5559 BM 230 3A
35Nurul Afzainizah Bt Mohd Zaini
900101-01-6102 BM 230 3A
36Nurul Syahida Binti Hassan
2010456998 900918-02-6030 BM 230 3M
37 Nur Farahdilah Bt Bakar 2009813318 900326-01-5290 BM 230 5M
38 Rashidah binti Saadon 900831-05-5234 BM 230 3A
39 Meor Agil bin Meor Azalan 2011898818 900806-10-5383 BM 230 3A
Page 15
LAMPIRAN
I. TENTATIF PROGRAMII. SENARAI KEHADIRAN PELAJAR
III. BORANG PENILAIAN AKTIVITI PELAJARIV. ANALISIS PENILAIAN KEMAHIRAN INSANIAHV. HURAIAN PENILAIANVI. LAPORAN MEDIA AKTIVITI
VII. BORANG LAPORAN PENUTUPAN AKTIVITI
Page 16
ATURCARA PROGRAM
MASA AKTIVITI
7.00 pagi –
8.15pagi
Para pelajar berkumpul di perhentian bas bangunan Hal Ehwal
Pelajar(HEP). Bertolak ke Zoo Negara.
8.15pagi -
10.00pagi
Tiba di Zoo Negara. Aktiviti sukarelawan bermula.
10.00pagi –
10.20 pagi
Rehat serta minum pagi.
10.20pagi –
1.00t/hari
Aktiviti sukarelawan dan kebajikan bersambung semula.
1.00t/hari –
2.00petang
Rehat, makan tengah hari serta solat.
2.00petang –
4.30petang
Aktiviti sukarelawan dan kebajikan bersambung semula.
4.30petang –
5.00petang
Tamat aktiviti sukarelawan. Ucapan daripada pihak Zoo Negara dan
pelaja-pelajar pulang semula ke UiTM Shah Alam.
Page 17
SENARAI KEHADIRAN PELAJAR
Page 18
BORANG PENILAIAN AKTIVITI PELAJAR
Page 19
ANALISIS PENILAIAN KEMAHIRAN INSANIAH
KI1a % KI1b % KI1c % KI2a % KI2b % KI2c % KI3a % KI3b % KI4a % KI4b % KI5 % KI6 % KI7a % KI7b %0
20
40
60
80
100
0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 00 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 07 7 3 3 3 3 3 0 0 3 0 3 0 3
2737 33 30 30
2030 33
2720 20 23 23 20
6757
63 67 6777
67 6773
37
8073 77 77
Strongly Disagree
Disagree
Neither
Agree
Strongly Agree
RAJAH 1 (a): ANALISIS PENILAIAN KEMAHIRAN INSANIAH KESELURUHAN
PEM
IKIR
AN
KRI
TIS
&
KEM
AH
IRA
N M
ENYE
-LE
SAIK
AN
MA
SALA
H
KEM
AH
IRA
N K
OM
UN
IKA
SI
KEM
AH
IRA
N K
ERJA
BE
RPA
SUKA
N
ETIK
A &
MO
RAL
PRO-
FESI
ON
AL
PEM
BELA
JARA
N B
ERTE
RU-
SAN
& P
ENG
URU
SAN
M
AKL
UM
AT
KEM
AH
IRA
N
KEU
SAH
AW
AN
AN
KEM
AH
IRA
N K
EPIM
PIN
AN
KI1 % KI2 % KI3 % KI4 % KI5 % KI6 % KI7 %
0102030405060708090
100
0 0 0 0 0
100
007
0 0 0 0 0
47
20 20
50
20
0
27
53
7380
40
80
0
67
0 0 010
0 07
Strongly Disagree
Disagree
Neither
Agree
Strongly Agree
RAJAH 1 (b): ANALISIS PENILAIAN KEMAHIRAN INSANIAH IEEE
Berdasarkan graf analisis penilaian Kemahiran Insaniah pelajar – pelajar
ketika menyertai program Khidmat Masyarakat di Zoo Negara ini menunjukkan
keputusan yang positif. Melalui penilaian Kemahiran Pemikiran Kritis dan Kemahiran
Menyelesaikan Masalah, sebanyak 53% pelajar yang menyertai program ini
bersetuju dengan penyataan-penyataan yang diberikan (rujuk Borang Penilaian
Kemahiran Insaniah Pelajar). Seramai 47% lagi menyatakan bahawa program ini
Page 20
berkesan dalam penerapan Kemahiran Pemikiran Kritis dan Kemahiran
Menyelesaikan Masalah pada tahap yang memuaskan.
Seterusnya ialah penilaian Kemahiran Komunikasi. Hasil penilaian
menunjukkan bahawa 73% peserta bersetuju bahawa program ini telah melatih
kemahiran komunikasi mereka. Manakala 20% pelajar yang lain menyatakan
bahawa program ini agak memuaskan dan dapat melatih kemahiran komunikasi
mereka pada tahap yang memuaskan dan selebihnya iaitu sebanyak 7% pelajar
tidak bersetuju dengan penyataan tersebut.
Bagi Kemahiran Kerja Berpasukan, sebanyak 80% bersetuju dengan
penyataan-penyataan yang diberikan (rujuk Borang Penilaian Kemahiran Insaniah
Pelajar). Mereka berpendapat bahawa program ini telah berjaya membantu mereka
dalam menjalankan kerja-kerja secara berpasukan dengan lebih baik lagi.
Selebihnya hanya menyatakan bahawa program ini memuaskan dari segi
pengaplikasian kemahiran kerja berpasukan.
Seterusnya ialah penilaian Etika dan Moral Profesional. Sebanyak 50%
pelajar menyatakan program ini memuaskan dari segi penerapan nilai-nilai etika dan
moral professional manakala 40% pelajar bersetuju dengan penyataan-penyataan
bahawa program ini telah berjaya menerapkan elemen etika dan moral professional
dalam diri mereka dan 10% pelajar yang lain memberikan skala 5 untuk program ini
dari segi penilaian etika dan moral professional menandakan program ini telah
membantu mereka mengaplikasikan nilai etika dan moral profesional dalam
kehidupan mereka.
Selain itu, kemahiran lain yang dinilai ialah Kemahiran Pembelajaran
Berterusan dan Pengurusan Maklumat. Sebanyak 80% bersetuju dengan penyataan
– penyataan bahawa program ini telah membantu mereka dalam meneruskan
pembelajaran di mana-mana sahaja mereka berada dan memahirkan mereka dalam
mengumpul dan menguruskan maklumat-maklumat yang mereka peroleh dalam
pembelajaran mereka. Selebihnya, iaitu sebanyak 20% pelajar kurang bersetuju
dengan penyataan terbabit.
Page 22
Penilaian yang seterusnya adalah penilaian Kemahiran Keusahawanan.
Merujuk Rajah 1(a), 73% menyatakan bahawa program ini telah memberi mereka
idea untuk membuka perniagaan pada masa akan datang. Selebihnya, kurang
bersetuju dengan penyataan-penyataan tersebut (rujuk Borang Penilaian Kemahiran
Insaniah Pelajar).
Melalui pelaksanaan program ini, pelajar-pelajar yang menyertai program ini
telah bersetuju dengan penyataan bahawa program ini telah memupuk dan
memantapkan Kemahiran Kepimpinan dalam diri mereka. Sebanyak 67% bersetuju
dan 7% sangat setuju dengan penyataan-penyatan tersebut (rujuk Borang Penilaian
Kemahiran Insaniah Pelajar) manakala yang selebihnya menyatakan program ini
berkesan dan memuaskan dalam penilaian Kemahiran Kepimpinan.
RAJAH 2: ANALISIS PENILAIAN PENGURUSAN PROGRAM
PEN
GIS
IAN
PRO
GRA
M
PERS
EMBA
HA
N M
ULT
IMED
IA
LOKA
SI P
ROG
RAM
ATU
RCA
RA D
AN
PEN
GEN
DA
LIA
N P
ROG
RAM
MU
TU M
AKA
NA
N D
AN
AKT
IVIT
I
KESE
LURU
HA
N M
UTU
AKT
IVIT
I
PL1 PL2 PL3 PL4 PL5 PL6
0.00
20.00
40.00
60.00
80.00
100.00
Strongly DisagreeDisagreeNeitherAgreeStrongly Agree
Berdasarkan Rajah 2 di atas, pelajar-pelajar yang menyertai program ini
kebanyakannya telah menyatakan bahawa pengisian program Khidmat Masyarakat
ini sangat bagus dan sebanyak 40% menyatakan bahawa program ini berkesan dan
baik sekali dari segi pengisiannya.
Page 23
Tiada persembahan multimedia dalam program ini maka tiada penilaian untuk
program. Semua pelajar memberi skala 1 untuk penilaian persembahan multimedia.
Pemilihan lokasi untuk program Khidmat Masyarakat ini ternyata sangat
bagus kerana 64% pelajar menyatakan bahawa lokasi yang dipilih iaitu Zoo Negara
di Ampang, Kuala Lumpur sangat bagus manakala 36% lagi menyatakan bahawa
lokasi yang dipilih sesuai untuk tujuan dan objektif program ini diadakan.
Bagi aturcara dan pengendalian program pula, rata-ratanya berpendapat
bahawa program ini telah diatur dengan baik dan terancang serta pengurusan yang
bagus. Program ini berjalan dengan lancar dan pelajar-pelajar memahami perjalanan
program yang telah direncanakan. Sebanyak 64% berpendapat bahawa
pengendalian program ini sangat bagus manakala 36% lagi menyatakan program ini
terancang dan baik.
Bagi penilaian mutu makanan dan aktiviti yang diatur, sebanyak 64% pelajar-
pelajar yang terlibat dalam program Khidmat Masyarakat ini menyatakan bahawa
pihak penganjur program ini telah menyediakan makanan dan aturcara program
dengan baik sekali. Hal ini menunjukkan bahawa mereka sangat berpuas hati
dengan penyediaan makanan dan aktiviti-aktiviti yang disediakan untuk mereka.
Sebagai kesimpulan untuk penilaian keseluruhan pelaksanaan program
Khidmat Masyarakat di Zoo Negara ini, sebanyak 80% pelajar menyatakan bahawa
program ini sangat bagus dan selebihnya menyatakan bahawa program ini
dijalankan dengan baik dan berkesan. Hal ini menunjukkan bahawa program ini
telah mencapai objektif yang direncanakan.
Page 24
BORANG PENILAIAN PENUTUP AKTIVITI
Page 25
GAMBAR – GAMBAR AKTIVITI
Page 26
LAPORAN DISEDIAKAN OLEH:
………………………………………………
(NURUL SYAHIDA BINTI HASSAN)SETIAUSAHA PERSATUAN PELAJAR EKONOMI PERNIAGAANUNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)SHAH ALAM.
DISEMAK DAN DISOKONG OLEH :
....................................................(PN. ZARINA BT DENAN )PENASIHAT,BUSINESS ECONOMICS STUDENTS SOCIETY (BESS)FAKULTI PENGURUSAN PERNIAGAANUiTM SHAH ALAM
DILULUSKAN OLEH :
..............................................................
( PM DR. ABDOL SAMAD NAWI )TIMBALAN DEKAN( HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI),FAKULTI PENGURUSAN PERNIAGAANUiTM SHAH ALAMFAKULTI PENGURUSAN PERNIAGAAN.