PROGRAM LAWATAN ILMIAH
KURSUS PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN
LAPORAN AJK BUKU PROGRAM
______________________________________________________________Tarikh
:11 Mac 2015 hingga 12 Mac 2015Hari : Rabu dan KhamisAhli Kumpulan
: 1. Rosasninda bt Abdullah 2. Azlinawati bt Yaakob
Tugas :1. Merekabentuk ilustrasi buku program Program Lawatan
Ilmiah Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan
Sukan (PJM3123E) ke Terengganu.2. Mengemaskini maklumat terbaru
dalam buku program dari semasa ke semasa.3. Mengedarkan buku
program kepada para VIP di tempat-tempat yang dilawati, para
pensyarah pengiring dan rakan guru pelatih pada pukul 8.25
pagi.Masalah : Menghadapi kekangan masa yang singkat dan tertakluk
kepada tugas harian di sekolah yang terpaksa didahulukan.Cadangan
:1. Makluman pembahagian tugasan yang lebih awal supaya perjumpaan
dengan pensyarah dapat dibuat lebih awal bagi mengelakkan persiapan
di saat-saat akhir. Rumusan : Sebanyak 32 buah buku program berjaya
disiapkan iaitu sebanyak 5 buah untuk VIP dan pensyarah pengiring
dan 27 buah untuk rakan guru pelatih.
Proses pembikinan buku program berjalan dengan lancar. Semua
ahli menunjukkan komitmen yang tinggi dan bekerjasama sepanjang
pembikinan buku program ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan
kepada Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Encik Wan
Zamri bin Wan Muhamad, dan Pensyarah Penasihat iaitu Encik Mohd
Yazid bin Deraman, kerana telah memberikan kerjasama dan tunjuk
ajar dalam usaha menyiapkan buku program ini. Ribuan terima kasih
kepada rakan-rakan guru pelatih yang telah menghantar gambar dan
biodata lengkap untuk dimuatkan ke dalam buku program seperti yang
dipinta oleh Encik Mohd Yazid.