Kursus Sembelihan Kursus Sembelihan
Kursus SembelihanKursus Sembelihan
ObjektifObjektif
Melalui program ini, peserta dapat :
Memahami Konsep Penyembelihan Halal dalam Islam.
Dapat membezakan antara sembelihan yang Halal dan yang tidak Halal
Takrif azZabaihTakrif azZabaih
Menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan memutuskan urat halkum dan urat merih menggunakan alat
yang tajam dengan niat kerana Allah.
Hukum SembelihanHukum Sembelihan
• Hukum sembelihan adalah wajib kecuali ikan dan belalang.
• Semua daging haiwan yang halal adalah haram dimakan kecuali dengan penyembelihan yang mengikut syara’.
• Daging haiwan yang halal tidak disembelih mengikut syara’, ia akan menjadi bangkai dan haram memakan bangkai haiwan. Kecuali hidupan laut dan belalang.
Dalil azZabaihDalil azZabaih
Al-Maidah 5: ayat 3 :ىىىىى ىىىى ىىىىى
Maksudnya: Diharamkan kepada kamu memakan bangkai binatang yang tidak disembelih dan darah yang keluar mengalir dan daging babi termasuk semuanya,dan binatang yang disembelih selain dari Allah. (1)
Persoalanan non Muslim terhadap Persoalanan non Muslim terhadap sembelihan.sembelihan.
1. Adakah sembelihan itu zalim dan kejam?2. Kenapa Islam mengsyaratkan sembelihan?3. Apakah Hikmat sembelihan didalam Islam (2)
Hikmat sembelihanHikmat sembelihan
1) Darah adalah bahan atara kuman dan bakteria – darah-darah yang mengandungi toksin-toksin beracun ini bakal dibuang jika disembelih dengan cara penyembelihan cara ISLAM .
2) Daging kekal segar untuk tempoh masa lebih lama – berikutan pengurangan darah pada daging berbanding cara sembelihan lain .
Hikmat sembelihanHikmat sembelihan
3) Haiwan tidak merasai kesakitan disembelih – Keratan pantas salur darah pada leher menghentikan pengaliran darah ke saraf otak yang menyebabkan kesakitan . Oleh itu , haiwan tersebut tidak merasai kesakitan . Ketika hampir mati , haiwan itu meronta , menggeliang-geliut , menggeletar dan menendang , bukan kerana sakit tetapi akibat penegangan dan pengenduran otot yang kekurangan darah dan akibat pengaliran keluar darah daripada badan .
Adakah perempuan di benarkan Adakah perempuan di benarkan untuk menyembelih?untuk menyembelih?
Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ubaidullah, bahawa Naafi' telah mendengar Ka'ab Ibn Malik meriwayatkan dari bapanya:
“Bahawa mereka pernah mempunyai kambing dan binatang tersebut dilepaskan merayap di Bukit Sila', di kota Madinah. Salah seorang dari hamba wanita menyedari bahawa seekor kambingnya berada didalam keadaan kematian, lalu dia memecahkan batu dan menyembelihnya..”
Adakah perempuan di benarkan Adakah perempuan di benarkan untuk menyembelih?untuk menyembelih?
Kata beliau : 'Jangan makan sehingga aku bertanyakan kepada Nabi atau Aku menghantar seseorang untuk bertanya kepada baginda.' Maka dia bertanya kepada Nabi , atau menghantar seseorang untuk bertanya, dan baginda memberitahunya agar memakan daging tersebut **Ubaidullah menegaskan bahawa si-penyembelih merupakan seorang hamba wanita dan dia berupaya menyembelihnya.
Jenis sembelihanJenis sembelihan
(Al-Zabh)
Menyembelih dengan cara memotong di halqum bagi haiwan seperti kambing dan lembu
ىىىىى
(Al-Nahr)
Menyembelih dengan cara memotong di labbah bagi haiwan berleher panjang seperti unta, ostrich
(Al-’Aqru)
Menyembelih dengan cara melukai di mana-mana bahagian haiwan.
14
Sembelihlah saya di s ini , barulah darah keluar dengan sempurna dan saya lekas mati
How about me?
Rukun Sembelihan
1. Penyembelih
1. Muslim
2. Berakal
3. Niat menyembelih, tidak sah sembelihan
yang tidak disengajakan
4. Tidak berada didalam ihram
Sembelihan boleh dilakukan dengan sebarang alat tajam yang boleh mengalirkan darah, kecuali yang diperbuat dari tulang, kuku dan gigi. (3)
Sabda Rasulullah yang direkodkan di dalam Sahih Muslim daripada Rafi’ Bin Khadij:
Maknanya: Sembelihlah dengan sesuatu yang dapat
mengalirkan darah, sebutlah nama Allah lalu makanlah,
kecuali dengan gigi dan kuku. Aku jelaskan kepada kamu
semua; gigi itu sejenis tulang, sedangkan kuku adalah alat
yang biasa digunakan oleh bangsa Habsyah (untuk menyembelih). (Riwayat Muslim)
3- PROSES PENYEMBELIHAN - DEFINISI
Bahasa - pembersihan dari sebarang kekotoran dan najis
Syarak - menyembelih binatang yang mampu
dikuasai dan harus dimakan dengan memutuskan urat halkum (penafasan), urat mari’ (saluran makanan) dan dua urat darah di kiri dan kanan leher binatang (urat karotid dan jugular (wadajain) dengan menggunakan alatan tertentu yang tajam dengan niat kerana Allah s.w.t
1. Niat penyembelihan hanya kerana Allah2. Sembelihan hendaklah di leher, kerana di
situlah urat-urat berkumpul.3. Hendaklah binatang itu mati semata-mata
disebabkan oleh penyembelihan4. Hendaklah menyembelih dengan segera
dan bersungguh-sungguh. (5)
*Contoh kalimah adalah
(Bismillahi Allahuakbar)
yang bermaksud:“Dengan nama ALLAH, ALLAH yang Maha Besar”
TM
Halal Industry Development Corporation (HDC)5.02, Level 5,KPMG Tower, First Avenue, Persiaran Bandar Utama,47800 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,Malaysia.
Tel : +603 - 7965 5555Fax : +603 - 7965 5500
Hotline : 1800 - 880 - 555 (within Malaysia)+603 7965 5400 (outside Malaysia)
www.hdcglobal.com
TM
Saluran makanan (mari’)
Karotid venaSaluran penafasan (halqum)
Jugular Arteri
TM
Halal Industry Development Corporation (HDC)5.02, Level 5,KPMG Tower, First Avenue, Persiaran Bandar Utama,47800 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,Malaysia.
Tel : +603 - 7965 5555Fax : +603 - 7965 5500
Hotline : 1800 - 880 - 555 (within Malaysia)+603 7965 5400 (outside Malaysia)
www.hdcglobal.com
TM
Kawasan Sembelihan
TM
Halal Industry Development Corporation (HDC)5.02, Level 5,KPMG Tower, First Avenue, Persiaran Bandar Utama,47800 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,Malaysia.
Tel : +603 - 7965 5555Fax : +603 - 7965 5500
Hotline : 1800 - 880 - 555 (within Malaysia)+603 7965 5400 (outside Malaysia)
www.hdcglobal.com
TM
26
Gambarajah menunjukkan kawasan penyembelihan lembu yang betul*
Trachea – respiratory tract (from the posterior oral cavity to the lungs)
Esophagus – a tube runs from the larynx via diaphragm and enter the stomach
Carotid arteries – O2 blood supply from the heart to the brain
Jugular veins – non O2 or CO2 blood supply from the brain to the heart
Tulang leherAtas
CarotidArtery
Kulit leher
Saluran makanan
Jugular Vein
Salur nafas
Bawah
TM
Halal Industry Development Corporation (HDC)5.02, Level 5,KPMG Tower, First Avenue, Persiaran Bandar Utama,47800 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,Malaysia.
Tel : +603 - 7965 5555Fax : +603 - 7965 5500
Hotline : 1800 - 880 - 555 (within Malaysia)+603 7965 5400 (outside Malaysia)
www.hdcglobal.com
TM
30
3131
32
34
35
36
37
1. Haiwan yang halal dan mampu dikuasai2. Haiwan tersebut masih hidup dan berkeadaan Hayat
Mustaqirrah*3. Wajib memutuskan Halkum (saluran pernafasan) dan
Mari’(saluran makanan dan minuman)
* Hayat al-Mustaqirrah boleh dikenalpasti apabila darah terpancut semasa penyembelihan dan adanya pergerakan setelah disembelih
Sembelihan dapat dilaksanakan dalam dua keadaan iaitu :1.Haiwan yang mampu dikuasai : caranya - memutuskan halqum (saluran pernafasan) dan mari’ (saluran makanan dan minuman) (6)
2. Haiwan yang tidak mampu dikuasai :
Haiwan buruan (Kancil, Kijang), juga haiwan yang asalnya jinak telah menjadi liar dan juga yang terperosok atau tersepit dalam lurah dan sebagainya - dengan cara melukai pada mana-mana bahagian yang boleh menyebabkan kematian.
Situasi sembelihan
Jika ditinggalkan haiwan yang telah disembelih mati dalam keadaan tidak terputus dengan sempurna urat mari’ dan halkum maka haiwan tersebut adalah Tidak Halal dimakan (Bangkai)
Jika telah berhenti gerakan haiwan yang disembelih dalam keadaan urat mari’ dan urat halkumnya tidak terputus, kemudian dipotong semula baki urat tadi, maka haiwan tersebut juga dikira Bangkai dan Tidak Halal (7)
EHSAN DALAM PENYEMBELIHAN
"Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat ihsan ke atas tiap-tiap sesuatu, maka apabila kamu
membunuh elokkanlah pembunuhan itu, dan apabila kamu menyembelih maka elokkanlah penyembelihan itu, dan hendaklah salah seorang kamu menajamkan
pisaunya dan hendaklah dia memberi keselesaan kepada binatang sembelihannya.” (Hadits riwayat Muslim) (4)
Perkara sunat, makruh dan haram dalam sembelihan
Perkara sunat dalam sembelihan
1. Menyebut nama Allah2. Menyembelih disiang hari 3. Mengadap kiblat4. Membaringkan binatang di atas
rusuk kirinya dengan cermat dan diangkat sedikit kepala haiwan tersebut
5. Mengendalikan haiwan tersebut dengan cermat
Perkara sunat dalam sembelihan
1. Menajamkan mata pisau 2. Tidak mengasah pisau di hadapan
binatang yang hendak disembelih3. Tidak menyembelih di hadapan
binatang yang lain.4. Memberi minum haiwan sebelum
disembelih5. Selawat6. Lelaki yang baligh dan berakal
Perkara makruh dalam sembelihan
1. Tidak menyebut nama ALLAH ketika sembelihan
2. Tidak menghadap kiblat3. Memperlakukan haiwan dengan
kekasaran yang tidak munasabah4. Mengasah pisau dan menyembelih di
hadapan haiwan lain
Perkara makruh dalam sembelihan
5. Melakukan proses seterusnya sebelum haiwan benar-benar mati.6. Menyembelih sehingga putus kepala7. Penyembelihan orang buta ke atas haiwan yang mampu dikuasai8. Berhadas besar, haidh atau junub
Perkara haram dalam sembelihan
1. Menyembelih untuk selain daripada kerana ALLAH SWT
2. Bertujuan menyekutukan selain dari nama Allah
3. Berada dalam Ihram4. Pisau yang tumpul
Hukum JaninHukum Janin
Jika terdapat janin dalam kandungan haiwan yang disembelih dan ia mati setelah ibunya disembelih maka janin itu halal dimakan kerana kematiannya itu disebabkan kematian ibunya yang disembelih.
Sabda Rasulullah SAW yang direkodkan di dalam Sunan Abu Dawud dari Abu Said Al-Khudri :
Hukum JaninHukum Janin
Ertinya: Wahai Rasulullah, kami menyembelih unta, lembu dan kambing, kemudian kami dapati janin dalam perutnya, apakah kami membuangnya atau kami boleh memakannya? Beliau berkata: "Makanlah jika kamu mahu! Sesungguhnya penyembelihannya adalah dengan menyembelih ibunya“ (Abu Dawud)
Hukum pisau terangkatHukum pisau terangkat
•Jika orang yang menyembelih terangkat tangan dan pisau sebelum sempurna penyembelihan dan kemudian ia kembali menyempurnakan penyembelihannya , maka hal seperti ini adalah harus kerana ia telah melukainya dan segera menyempurnakan penyembelihan.Lagi pun ketika itu binatang tersebut masih hidup.Maka ia
•termasuk dalam firman Allah swt surah al-Maidah : 3 :
“…..kecuali yang sempat kamu sembelih.(sebelum habis nyawa)……” dengan syarat tidak sengaja
Hukum pisau terangkatHukum pisau terangkat
•Sekiranya binatang itu mati sebelum sempat si penyembelih menyempurnakan sembelihannya , maka binatang itu tidak harus
dimakan…
•Dalam mazhab Imam Syafie , disyaratkan cepat-cepat menyembelih dan dengan cara sekaligus.jika terlambat sehingga haiwan berkenaan sampai ke tahap harakah mazbuh sebelum sempat memotong urat halqum dan juga marih , maka batallah penyembelihan tersebut.
HUKUM PENGGUNAAN STUNNINGHUKUM PENGGUNAAN STUNNING
KEPUTUSAN FATWA KEBANGSAAN Bersidang pada 13 Mac 2006 dan memutuskan bahawa “Penggunaan Pneumatic Percussive Stunning dalam penyembelihan lembu dan binatang halal seumpamanya adalah dibenarkan dengan syarat tengkorak haiwan sembelihan yang dikenakan stunning dalam keadaan tidak retak tengkorak dan matinya adalah kerana sembelihan.
HUKUM PENGGUNAAN STUNNINGHUKUM PENGGUNAAN STUNNING
BIL. PERKARA FATWA
1.
2.
Penggunaan elektrikal stunning dalam penyembelihan lembu
Penyembelihan ayam menggunakan Water Stunner
24 November 1988- Penggunaan elektrikal
stunning dalam penyembelihan lembu adalah harus
24 November 1988- Penggunaan water
stunner dalam proses penyembelihan ayam adalah harus
KesimpulanKesimpulan
Sembelihan cara Islam adalah yang terbaik dan merupakan cara yang penuh penghormatan kepada haiwan dan ihsan dalam penyembelihan. Pengusaha-pengusaha rumah sembelih perlulah membangunkan tata cara pengendalian yang sesuai dengan jumlah sembelihan haiwan dan dalam masa yang sama hendaklah memastikan syarat-syarat dan adab-adab sembelihan dipatuhi.
SEKIANSEKIANTERIMA KASIHTERIMA KASIH