1.0 Pengenalan Sejak dahulu lagi, umat Islam sudah sering berbeza pendapat dalam menentukan hukum halal dan haram dalam bab pemakanan. Itu menjadi salah satu sebab kenapa kebanyakan kitab fiqh terdahulu menhuraikan dengan panjang lebar tentang bab halal dan haram dalam makanan. Rata- rata umat Islam tahu bahawa khinzir dan anjing tidak boleh disentuh, apatah lagi memakannya. Dengan kata lain, ini bukanlah masalah yang besar. Apa yang menjadi masalah ialah cara penyembelihan sesuatu binatang. Menurut Dr Mustofa al-Khin (2005), sembelihan dalam bahasa Arab ialah ح ئ ا ب الذiaitu binatang yang disembelih mengikut lunas syarak dengan syarat yang ditetapkan dalam Islam dan ia adalah binatang yang halal dimakan. Sembelihan ialah mematikan nyawa binatang yang halal dimakan dengan memutuskan urat halkum dan urat marih. 1 Oleh itu, kita sebagai umat Islam haruslah peka terhadap daging binatang yang kita makan. Hal ini adalah kerana setiap syarat yang ditetapkan oleh Allah mempunyai hikmah yang tersendiri. Mustofa al-Khin (2011) ada menyatakan bahawa; 1 Mustofa al-Khin, Mustofa al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji. (2005). Kitab Fikah Mazhab Syafie: Jilid 3. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd. Hlm 616 1
29
Embed
PIM 3143 - Isu Kontemporari Sembelihan Dalam Masyarakat
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1.0 Pengenalan
Sejak dahulu lagi, umat Islam sudah sering berbeza pendapat dalam menentukan
hukum halal dan haram dalam bab pemakanan. Itu menjadi salah satu sebab kenapa
kebanyakan kitab fiqh terdahulu menhuraikan dengan panjang lebar tentang bab halal dan
haram dalam makanan. Rata-rata umat Islam tahu bahawa khinzir dan anjing tidak boleh
disentuh, apatah lagi memakannya. Dengan kata lain, ini bukanlah masalah yang besar. Apa
yang menjadi masalah ialah cara penyembelihan sesuatu binatang.
Menurut Dr Mustofa al-Khin (2005), sembelihan dalam bahasa Arab ialahالذبائح iaitu
binatang yang disembelih mengikut lunas syarak dengan syarat yang ditetapkan dalam Islam
dan ia adalah binatang yang halal dimakan. Sembelihan ialah mematikan nyawa binatang yang
halal dimakan dengan memutuskan urat halkum dan urat marih.1 Oleh itu, kita sebagai umat
Islam haruslah peka terhadap daging binatang yang kita makan. Hal ini adalah kerana setiap
syarat yang ditetapkan oleh Allah mempunyai hikmah yang tersendiri.
Mustofa al-Khin (2011) ada menyatakan bahawa;
"وما قطع من شاط حال حياتها، فإنه ال يأكل لنجاسة ميتتها.
وما قطع من إنسان حال حياته، فهو طاهر، لطهارة اإلنسان
3ة حال حياتها، فهو نجيس، لنجاسة حال موته. وما قطع من داب
2ميتتها"
Kesimpulan daripada apa yang diperkatakan ialah jika sesuatu binatang itu mati dengan
sendiri, maka segala apa yang ada pada binatang tersebut akan haram untuk dimakan. Tetapi
jika binatang itu mati disebabkan oleh manusia (sembelih), maka halal binatang tersebut bagi
manusia. Hal ini menunjukkan bahawa betapa pentingnya sembelihan dalam menentukan halal
atau tidak makanan yang dimakan oleh manusia.
Sehubungan dengan itu, orang Islam perlulah tahu apakah perkara-perkara yang mesti
dipatuhi untuk menjadikan sesuatu sembelihan itu sah dan bersih. Menurut Mustofa al-Khin
(2005), terdapat tiga bahagian dalam syarat sah sembelihan iaitu syarat berkaitan dengan
1 Mustofa al-Khin, Mustofa al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji. (2005). Kitab Fikah Mazhab Syafie: Jilid 3. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd. Hlm 616
penyembelih, syarat berkaitan dengan binatang yang disembelih dan syarat berkaitan dengan
alat sembelihan.3 Dalam bahagian syarat berkaitan penyembelih, Syeikh Muhammad Arsyad al-
Banjari (2008) mengatakan penyembelih mestilah beragama Islam ataupun ahli kitab. Ahli kitab
yang dimaksudkan ialah orang Yahudi ataupun Nasrani. Namun, jika ada orang Islam yang
bersama-sama dengan orang bukan Islam, memegang pisau yang berlainan untuk
menyembelih seekor binatang, maka haram hukum memakan daging binatang tersebut.
Selain itu, sembelihan anak-anak orang Islam yang mumayiz adalah halal dan tidak
makruh. Apa yang menjadi makruh ialah sembelihan anak-anak yang belum mencapai usia
mumayiz, orang gila, orang yang mabuk kerana ditakutkan terdapat kekeliruan, dan orang yang
buta kerana bimbang tersalah sembelihannya.4 Bukan itu sahaja, menurut Mustofa al-Khin
(2005), penyembelih yang menyembelih sesuatu binatang bukan kerana Allah ataupun
menyebut nama selain daripada Allah sewaktu menyembelih sesuatu binatang adalah tidak
halal sembelihannya.5 Contohnya jika seseorang itu berniat menyembelih binatang untuk tuhan
selain daripada Allah, maka sembelihan itu akan menjadi tidak halal.
Dalam bahagian syarat berkaitan dengan binatang yang disembelih pula, Syeikh
Muhammad Arsyad al-Banjari (2008) menyatakan syarat menyembelih binatang yang dapat
dikuasai ialah memutuskan halqum (saluran pernafasan) dan maryun (saluran makanan dan
minuman). Bagi menyembelih binatang yang berleher pendek seperti lembu, kambing atau
kerbau, disunatkan untuk menyembelih dibahagian bawah leher agar cepat mati. Apabila
berlaku sesuatu keadaan yang menyebabkan sesuatu haiwan itu hampir mati seperti dilukai
binatang buas, ditimpa dinding atau sebagainya, jika disembelih binatang itu maka sembelihan
itu dikira halal hatta baru sesaat disembelih, binatang itu terus mati. Namun, binatang itu
haruslah dalam keadaan mustaqirrah apabila disembelih iaitu mempunyai pergerakan yang
berkecamuk dan kuat selepas disembelih. Ini adalah bagi membuktikan binatang itu mati
desebabkan oleh sembelihan.
Jika berlaku sesuatu keadaan di mana haiwan itu sukar untuk disembelih, contohnya
haiwan liar, haiwan yang terjatuh di dalam lubang atau sebagainya, maka sembelihan akan
3 Mustofa al-Khin, Mustofa al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji. (2005). Kitab Fikah Mazhab Syafie: Jilid 3. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd. Hlm 618-619
4 Al-Banjari Syeikh Muhammad Arsyad. (2008). Kitab Sabilal al-Mukhtadin. Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa. Hlm 731-733
5 Mustofa al-Khin, Mustofa al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji. (2005). Kitab Fikah Mazhab Syafie: Jilid 3. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd. Hlm 620-621
2
menjadi halal dengan melukakan di mana-mana tempat pada tubuh binatang itu.6 Selain itu,
menurut Mustofa al-Khin (2005), binatang yang disembelih juga haruslah dipotong dengan
cepat dan sekaligus pada bahagian yang disembelih.7 Hal ini adalah kerana jika sembelihan
dilakukan dengan perlahan dan haiwan itu berhenti menggelepar sebelum kedua-dua urat
halqum dan marih diputuskan, maka akan terbatal sembelihan itu.
Dalam bahagian syarat berkaitan alat penyembelihan pula, terdapat beberapa perkara
yang perlu dititiberatkan oleh penyembelih. Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari (2008)
menyatakan bahawa syarat alat penyembelihan mestilah tajam sehingga dapat melukakan
binatang. Alat sembelihan itu juga boleh terdiri daripada apa sahaja kecuali tulang, gigi dan
kuku kerana alat-alat ini adalah alat penyembelihan bagi orang Ethiopia (Habsyah). Bukan itu
sahaja, hikmah dilarang menggunakan alat-alat ini juga adalah untuk mengelakkan terkena
najis dan darah yang terlekat pada alatan ini8.
Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi (2010), rahsia dalam penyembelihan mengikut Islam
ialah kita dapat mencabut nyawa binatang dengan seringkas cara yang dapat merehatkan
tanpa penyeksaan.9 Oleh sebab itu, disyaratkan penyembelihan itu dengan alat yang tajam agar
segera berkesan dan penyembelihan itu pula mestilah pada kerongkong kerana tempat itu lebih
menyegerakan terpisahnya kehidupan dari badan dengan mudah. Hal ini disokong lagi dengan
hadis riwayat Muslim daripada Syaddad bin Aus:
“Sesungguhnya Allah menyuruh berbuat baik terhadap segala sesuatu. Maka jika kamu
membunuh , perbaikilah cara membunuhmu dan jika kamu menyembelih, perbaikilah
cara penyembelihanmu. Hendaklah seseorang kamu menajamkan pisaunya dan
merehatkan binatang sembelihannya.”
Dalam hadis di atas, jelaslah bahawa Islam menyuruh kita bertindak belas kasihan ke
atas binatang yang hendak disembelih serta meringankannya daripada menanggung seksa
mati dengan apa cara sekali pun. Janganlah kita terpedaya dengan kata-kata orang kafir yang
mengatakan sembelihan cara Islam itu kejam. Pelbagai kajian telah dijalankan dan ianya jelas
6 Al-Banjari Syeikh Muhammad Arsyad. (2008). Kitab Sabilal al-Mukhtadin. Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa. Hlm 726-728
7 Mustofa al-Khin, Mustofa al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji. (2005). Kitab Fikah Mazhab Syafie: Jilid 3. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd. Hlm 622
8 Al-Banjari Syeikh Muhammad Arsyad. (2008). Kitab Sabilal al-Mukhtadin. Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa. Hlm 737-738
9 Yusuf al-Qaradawi. (2010). Halal dan Haram dalam Islam. Kuala Lumpur: Darul Syakir Enterprise.
3
terbukti bahawa cara mematikan dengan sembelihan mengikut syariat Islam adalah yang paling
baik.
2.0 Isu Kontemporari Sembelihan Dalam Masyarakat
Dalam konteks penyembelihan, binatang dikategorikan kepada dua jenis iaitu binatang
laut dan binatang darat. Namun, binatang laut tidak menjadi masalah kerana dalam Islam,
semua binatang laut halal dimakan kecuali yang memudaratkan manusia itu sendiri. Pada
hakikatnya, Allah SWT telah memberikan kelonggaran yang cukup ke atas hamba-Nya dengan
membolehkan memakan semua yang terdapat di laut tanpa mensyaratkan cara
penyemebelihannya. Bahkan Allah membiarkan manusia membuat apa sahaja cara untuk
menangkap ikan itu dengan menjauhkan diri dari cara penganiayaan sekadar yang mampu
olehnya.
Sungguhpun begitu, kategori binatang yang kedua yakni binatang darat mempunyai
pelbagai isu dan hal ini sering menjadi persoalan kepada umat Islam terutamanya yang tinggal
di luar negara Islam. Ulama terdahulu juga telah banyak membahaskan isu tentang sembelihan
walaupun sesetengah isu itu baru sahaja timbul pada zaman ini. Pada asasnya, terdapat empat
jenis makanan yang diharamkan dalam Islam iaitu bangkai (binatang yang tidak disembelih),
darah (darah yang keluar mengalir), daging babi atau anjing dan binatang yang disembelih
bukan kerana Allah. Empat jenis makanan haram ini disebut dalam al-Quran dalam surah al-
An’am ayat 145:
10
Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan
kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan
kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi - kerana
sesungguhnya ia adalah kotor - atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang
yang disembelih atas nama yang lain dari Allah". Kemudian sesiapa yang terpaksa
(memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui
batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”11
10 Al-Quran dan Terjemahan (2007). Kuala Lumpur: Pustaka Darul Iman Sdn. Bhd. Hlm 147.11 Syeikh Abdullah Basmeih. (2010). Tafsir Pimpinan ar-Rahman Kepada Pengertian al-Quran. Jakim:
Putrajaya
4
Rata-rata umat Islam tahu keempat-empat makanan yang telah diharamkan dalam
Islam. Namun, kehidupan dunia semakin canggih dan manusia pula mula memikirkan sesuatu
yang paling mudah dalam membuat sesuatu pekerjaan. Kaedah sembelihan tidak dapat lari
daripada perkembangan arus kemodenan ini. Hal ini menyebabkan umat Islam berasa kurang
yakin dalam memilih daging binatang yang halal untuk dimakan. Jika diperhatikan dalam
akhbar-akhbar pada masa kini, pelbagai isu dalam sembelihan telah menjadi kerisauan kepada
umat Islam.
1. Isu Kontemporari Sembelihan di Malaysia
a. Ayam Sembelihan Tidak Mengikut Syarak Dijual Secara Meluas
Dalam keenakan kita menjamu selera di kedai makan, pernahkah kita terfikir
tentang halal atau tidak makanan yang kita makan. Adakah cara penyembelihan yang
digunakan bertepatan dengan syarak ataupun tidak. Hal ini perlu diambil berat oleh
umat Islam kerana masyarakat pada zaman ini, tidak kira muslim ataupun bukan
muslim, kebanyakannya mengambil mudah dalam perkara halal dan haram. Apa yang
mereka pentingkan hanyalah untuk mengaut keuntungan yang lumayan.
Contohnya dalam akhbar Harian Metro (rujuk lampiran I), tiga pusat
penyembelihan di pasar Chow Kit yang mengedar ayam sembelihan ke pasar raya
didapati menyembelih ayam secara tidak sah menurut Islam apabila urat halkum ayam
yang disembelih tidak putus seperti disyaratkan. Bukan itu sahaja, menurut akhbar itu
lagi, pusat penyembelihan itu juga telah mengupah tukang sembelihan warga asing
yang tidak bertauliah untuk menyembelih ayam tersebut yang menyebabkan ayam yang
disembelih ibarat bangkai kerana dilemaskan di dalam tong berisi air sebelum
disembelih.12
Bukan itu sahaja, kejadian yang hampir sama turut berlaku di Kuantan, Pahang
(rujuk lampiran II) apabila wartawan sinar harian melaporkan sijil halal sebuah pusat
penyembelihan ayam di Indera Mahkota dibatalkan selepas didapati melakukan
penyembelihan ayam tidak mengikut hukum syarak oleh Pejabat Agama Islam Daerah
(Paid) Kuantan. Menurut akhbar itu lagi, Paid menjalankan siasatan selepas mendapat
12 Ayam Sembelih Tak Putus Urat. (2010), September 4). Dilayari pada 21 Julai 2014, daripada http://myradix.wordpress.com/2010/09/08/lagi-isu-sembelihan-ayam/
tiga bahagian iaitu penyembelih, binatang sembelihan dan alat sembelihan.15 Dalam kes
berlaku di Chow Kit dan Kuantan, ayam yang disembelih tidak terputus urat halkumnya.
Isu ini termasuk dalam syarat sah yang kedua iaitu binatang sembelihan. Menurut
Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari (2008), syarat menyembelih binatang yang dapat
dikuasai menyembelihnya adalah di lehernya denga memutuskan halqum (saluran
pernafasan) dan maryun (saluran makanan dan minuman). Oleh itu, binatang yang tidak
terputus mana-mana urat ataupun kedua-dua urat tersebut, hukum sembelihan binatang
tersebut adalah tidak sah dan daging binatang tersebut adalah haram dimakan.16
Dalam kes yang berlaku di Chow Kit dan Triang, pusat penyembelihan telah
mengupah warga asing untuk menyembelih ayam dan ayam sembelihan tersebut
diedarkan ke pasar raya untuk dibeli oleh orang ramai. Hal ini berkaitan dengan syarat
sembelihan yang pertama iaitu penyembelih. Menurut Drs. H. Mohamad Rifai (1981),
syarat penyembelih ialah orang Islam ataupun ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) sahaja
13 Erma Yusnida Jusoh. (2013), September 27). Sembelihan Tidak Ikut Syarak. Sinar Harian Online. Dilayari pada 21 Julai 2014, daripada http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/sembelih-tidak-ikut-syarak-1.206196
14 Wartawan Sinar Harian. (2013), Julai 12). Warga Asing Sembelih Ayam. Sinar Harian Online. Dilayari pada 21 Julai 2014, daripada http://www.sinarharian.com.my/warga-asing-sembelih-ayam-1.181624
15 Ismail Kamus & Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid. (2009). Indahnya Hidup Bersyariat: Modul Fardu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat Sepanjang Hayat. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd. Hlm 182.
16 Al-Banjari Syeikh Muhammad Arsyad. (2008). Kitab Sabilal al-Mukhtadin. Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa. Hlm 726
baik lelaki mahupun perempuan.17 Namun, adakah kita tahu status agama penyembelih
warga asing tersebut. Ini adalah perkara yang membimbangkan dan ianya patut diambil
berat oleh pihak berkuasa dan seluruh umat Islam.
Bukan itu sahaja, melihat kepada kes yang berlaku di Chow Kit, sumber akhbar
itu mengatakan bahawa ayam yang ingin disembelih dilemaskan dahulu di dalam tong
yang berisi air. Perkara ini bukan sahaja menyeksa haiwan itu sebelum mati bahkan
telah menyebabkan haiwan itu menjadi bangkai sebelum disembelih. Dalam Islam,
daging daripada bangkai binatang yang hidup di darat adalah haram sama sekali.
Pengaharaman ini ada disebut dalam surah al-Ma’idah ayat 3 yang bermaksud:
“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang Yang tidak disembelih), dan
darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-
binatang Yang disembelih kerana Yang lain dari Allah, dan Yang mati tercekik, dan
Yang mati dipukul, dan Yang mati jatuh dari tempat Yang tinggi, dan Yang mati
ditanduk, dan Yang mati dimakan binatang buas, kecuali Yang sempat kamu sembelih
(sebelum habis nyawanya), dan Yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan
juga) kamu merenung nasib Dengan undi batang-batang anak panah.18
Allah meletakkan syarat terhadap sesuatu perkara dengan bersebab. Begitu juga
dengan pengharaman bangkai. Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi (2010), pengharaman
bangkai itu adalah suatu hukum yang sangat jelas kerana tabiat manusia yang sihat
akan berasa jijik dengan bangkai itu dan memandangnya kotor, sedangkan para
cendiakawan umumnya akan mengganggap memakan bangkai itu suatu perkara yang
rendah dan bertentangan dengan kemuliaan darjat manusia.19 Kenyataan ini disokong
lagi oleh Mohamed bin Jusoh (1986) yang mengatakan naluri manusia yang
sememangnya suka kepada benda-benda bersih dan jijik kepada benda-benda kotor
seperti bangkai.20
Kesemua kes yang berlaku adalah sangat serius dan perlu diambil berat oleh
seluruh umat Islam kerana daging yang tidak disembelih dengan cara yang sah
17 H. Mohamad Rifai. (1981). Ilmu Fiqih Islam Lengkap. Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd. Hlm 449.18 Syeikh Abdullah Basmeih. (2010). Tafsir Pimpinan ar-Rahman Kepada Pengertian al-Quran. Jakim:
Putrajaya.19 Yusuf al-Qaradawi. (2010). Halal dan Haram dalam Islam. Kuala Lumpur: Darul Syakir Enterprise. Hlm
119.20 Mohamed bin Jusoh. (1986). Prinsip Utama Makanan dan Minuman Dalam Islam. Kuala Lumpur:
Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri. Hlm 43.
7
mengikut Islam akan menjadi daging yang haram untuk dimakan dan apabila kita
termakan makanan yang haram, maka makanan itu akan sebati dalam badan kita.
Semestinya kita tidak mahu membesar dengan benda yang haram. Oleh itu, kita
perlulah berhati-hati dalam memilih sesuatu makanan. Jika timbul rasa was-was
terhadap sesuatu makanan, janganlah kita tetap membeli makanan tersebut.
b. Hukum Sembelih Ayam Menggunakan Mesin
Dalam sebuah blogspot yang dijumpai di laman sesawang, terpampar sebuah
tajuk tentang isu sembelihan yang jarang didengar. Tajuk utama isu sembelihan itu
adalah “Isu Ayam Sembelihan Mesin: Halal atau Tidak”. Kebiasaannya kita hanya biasa
melihat orang menanggalkan bulu ayam menggunakan mesin, tetapi sekarang ade
kaedah yang baru iaitu menyembelih menggunakan mesin. Di Ottawa, ada pembekal
daging ayam halal yang menggunakan mesin untuk menyembelih ayam. Pekerja yang
beragama Islam akan membaca 'bismilah' ketika menghidupkan mesin, dan ada
pekerja-pekerja lain yang ditugaskan untuk memastikan kesemua ayam disembelih oleh
mesin mengikut standard syarak.21
Menurut Dr Mustofa al-Khin (2005), terdapat dua syarat berkaitan dengan alat
penyembelihan. Yang pertama ialah alat itu hendaklah boleh melukakan disebabkan
ketajamannya. Sembelihan dianggap tidak sempurna apabila ia mati disebabkan
hentakan dengan benda berat. Dalilnya ialah riwayat al-Bukhari dan Muslim, “Apa yang
mengalirkan darah dan disebutkan nama Allah padanya maka makanlah ia.”
Berpandukan syarat pertama ini, mesin masih lagi mematuhi syariat Islam iaitu
melukakan haiwan dengan ketajamannya dan bukan dengan hentakan.
Syarat yang kedua ialah alat sembelihan itu bukanlah gigi ataupun kuku.
Menurut Dr Mustofa al-Khin lagi, tidak halal sembelihan yang menggunakan salah stau
daripadanya walaupun ia melukakan dan ketajamnnya mengakibatkan mengalirnya
semua darah. Sabda Nabi pada akhir hadis yang diriwayatkan oleh Rafi’ bin Khudaij r.a.
yang diriwayatkan oleh as-Syaikhain dan telah disebutkan sebelum ini, “Selagi mana ia
tidak menggunakan gigi dan kuku.”22 Termasuk dalam hukum gigi dan kuku adalah
21 Seri Negara. (2009), Oktober 30). Isu Ayam Sembelihan Mesin: Halal atau Tidak?. Dilayari pada 21 Julai 2014, daripada http://serinegara.blogspot.com/2009/10/isu-ayam-sembelihan-mesin-halal-atau.html
22 Mustofa al-Khin, Mustofa al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji. (2005). Kitab Fikah Mazhab Syafie: Jilid 3. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd. Hlm 622-623.
semua jenis tulang sama ada tulang manusia ataupun selainnya. Oleh itu, sembelihan
menggunakan mesin juga tidak bertentangan dengan syarat yang kedua kerana mesin
yang digunakan bukanlah terdiri daripada gigi, tulang ataupun kuku.
Isu ini timbul kerana sesetengah umat Islam berpandangan sembelihan mesin
adalah tidak halal, sebaliknya sembelihan mesti dilakukan dengan tangan dan pisau
juga. Hal ini mungkin timbul kerana keadaan sekeliling yang sudah biasa dengan cara
penyembelihan seperti itu. Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi (2010), syarat penyembelihan
mengikut syariat ialah menyembelih haiwan itu atau dipotong lehernya dengan alat yang
tajam yang dapat mengeluarkan darah dan memutuskan urat pernafasan, meskipun
peralatan itu dari batu atau kayu.
Menurutnya lagi, hendaklah disembelih pada leher, iaitu pada uratnya dengan
sebab memotongnya itu akan terus mati atau dijalankan pisau pada urat pernafasan
yang akan menyebabkannya mati kerananya. Tetapi, yang lebih sempurna ialah dengan
memotong kerongkong dan saluran yang menjadi tempat laluan makanan dan minuman
dari kerongkongnya serta dua urat tebal di kedua belah urat lehernya.23 Rujukan ini
membuktikan bahawa mesin sembelihan mampu untuk mengikut syarat itu dan pada
pendapat saya, ia halal dimakan selagi tukang sembelih itu muslim dan menyebut nama
Allah sebelum sembelih.
Menurut Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari (2008), “Kalau dilepaskan anak
panah menuju binatang buruan, kalau kena dengan bantuan angin dan kemudian mati,
halallah memakannyakerana sukar memelihara dari tiupan angin. Tetapi kalau sampai
anak panah itu semata dengan tiupan angin bukan kerana qashad berburu, maka
haramlah dan tidak boleh memakannya.”24 Maksudnya ialah haiwan yang kita berniat
untuk mematikannya, dan kita mematikannya, maka halal untuk dimakan. Tetapi haiwan
yang kita tidak berniat untuk mematikannya, tetapi kita mematikannya, maka haramlah
untuk dimakan. Dalam isu sembelihan dengan mesin, orang yang mengendalikan mesin
itu haruslah berniat untuk menyembelih haiwan tersebut dengan nama Allah, maka
halallah untuk dimakan binatang tersebut.
23 Yusuf al-Qaradawi. (2010). Halal dan Haram dalam Islam. Kuala Lumpur: Darul Syakir Enterprise. Hlm 147.
24 Al-Banjari Syeikh Muhammad Arsyad. (2008). Kitab Sabilal al-Mukhtadin. Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa. Hlm 728.
9
Berdasarkan isu ayam sembelihan mesin ini, tiada rujukan yang menyebutkan
sembelihan menggunakan mesin. Namun, segala rujukan di atas adalah perkaitan dan
sebab kenapa sembelihan menggunakan mesin boleh digunakan. Tiada rujukan yang
menghalang ayam disembelih secara mesin. Sungguhpun begitu, isu mesin hanyalah
berkaitan dengan syarat sah alat penyembelihan sahaja. Syarat sah penyembelih dan
syarat sah haiwan yang disembelih haruslah mengikut syarat yang ditetapkan dalam
syariat Islam. Jika ketiga-tiga syarat sah ini ditepati, maka halal daging yang dimakan.
2. Isu Kontemporari Sembelihan di Luar Negara
a. Negara di Eropah Haramkan Sembelihan Cara Islam
Pada awal tahun ini iaitu 17 Febuari 2014, Denmark mengisytiharkan bahawa
negara itu akan mengharamkan penyembelihan haiwan ikut cara Islam dan tradisional
Yahudi. Sehubungan dengan itu, satu undang-undang baru akan dilaksanakan, iaitu
semua haiwan yang ingin disembelih akan dipengsankan terlebih dahulu, dan cara ini
bertentangan dengan ajaran Islam dan Yahudi. Kementerian Pertanian dan Makanan
Denmark berpendapat bahawa kaedah penyembelihan cara Islam dan Yahudi adalah
tidak beretika dan hak keagamaan tidak mengatasi hak asasi haiwan.25
Walaupun kes ini tidak berlaku di Malaysia, namun kita sebagai umat Islam tidak
boleh berdiam diri apabila agama kita dipandang rendah oleh orang lain. Pengharaman
sembelihan cara Islam bukan sahaja diharamkan di negara Denmark, bahkan sudah
pun diharamkan di negara Poland, Iceland, Norway, Sweden dan Switzerland.
Walaupun umat Islam dan Yahudi menegaskan bahawa kaedah penyembelihan mereka
menyebabkan penderitaan yang minimum kepada haiwan, namun pesuruhjaya Eropah
untuk Kesihatan, Tonio Borg, mengutuk larangan itu dengan berkata ia bercanggah
dengan undang-undang Eropah.
Di Eropah, kebanyakan mereka menggunakan kaedah stunning sebelum
penyembelihan dilakukan ke atas haiwan. Stunning bermaksud haiwan yang disembelih
melalui prosedur yang menyebabkan haiwan pengsan terlebih dahulu supaya tidak
berasa sakit ketika penyembelihan dilakukan. Pendekatan ini dianggap tidak kejam oleh
25 Wartawan Sinar Harian. (2014), Februari 2014). Denmark Haramkan Sembelih Cara Islam Yahudi. Sinar Harian Online. Dilayari pada 21 Julai 2014, daripada http://www.sinarharian.com.my/global/denmark-haramkan-sembelih-cara-islam-yahudi-1.251919
mereka. Kenyataan ini sebenarnya ternyata tidak benar. Menurut Dr. Danial Zainal
Abidin (2014), haiwan yang disembelih cara Islam menggelupur disebabkan otaknya
kehilangan oksigen dan bukannya disebabkan sakit. Sembelihan seperti yang dilakukan
oleh umat Islam adalah saintifik dan hal ini disahkan oleh ramai saintis.
Menurut Dr. Danial Zainal Abidin lagi, satu kajian yang bertajuk Attempts To
Objectify Pain And Consciousness In Conventional (Captive Bolt Pistol Stunning) And
Ritual (Halal, Knife) Methods Of Slaughtering Sheep And Calves telah dilakukan di
Universiti Hannover, Jerman untuk membandingkan kaedah stunning dengan cara
penyembelihan Islam. Menerusi kajian yang dilakukan, mereka mendapati dalam masa
3 saat yang pertama, otak binatang berada dalam keadaan tidur nyenyak. Hal ini
berlaku disebabkan pendarahan yang berlaku selepas penyembelihan dilakukan.
Selepas 6 saat berlalu, alat pengukur menunjukkan haiwan sudah tidak merasai
sebarang kesakitan. Namun, jantung haiwan terus berdenyut mengepam darah dan
mengeluarkan saki baki darah yang masih berada dalam badan haiwan. Keadaan ini
menyebabkan daging haiwan yang disembelih menjadi lebih segar dan tidak
memudaratkan.26
Sebaliknya, haiwan yang dikenakan kaedah stunning menunjukkan haiwan
berada pada kesakitan yang sangat tinggi. Tambahan daripada itu, jantung haiwan ini
berhenti mengepam darah lebih awal berbanding haiwan yang disembelih secara Islam.
Keadaan ini menyebabkan banyak darah bertakung dalam daging dan menjadikan
binatang berkenaan kurang berkhasiat. Bukan itu sahaja, menurut Dr. Danial Zainal
Abidin (2014), mengikut laporan daripada Lawton pada tahun 1971, terdapat haiwan
yang mati selepas dikenakan kaedah stunning. Hal ini bermaksud haiwan itu mati
sebelum disembelih dan ini menyebabkan mereka akan makan haiwan yang mati akibat
kejutan elektrik, bukannya daripada sembelihan.27
Bukan itu saja, sesetangah haiwan seperti itik, ayam dan angsa dikenakan
kejutan elektrik dalam tangki air. Menurut Dr. Danial, mengikut laporan pada tahun
1982, haiwan-haiwan ini digantung melalui kakinya dan kemudiannya kepalanya dicelup
ke dalam air supaya menerima kejutan elektrik. Berdasarkan kajian yang dibuat oleh
FAWC, satu pertiga daripada haiwan ini mati (menjadi bangkai) selepas menerima 26 Danial Zainal Abidin. (2014). Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan Quran daripada Teropong
Sains.Kuala Lumpur: PTS Millenia Sdn. Bhd. Hlm 227.27 Danial Zainal Abidin. (2014). Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan Quran daripada Teropong
kejutan dan sepertiga yang lain masih sedar dan merasai kesakitan.28 Haiwan yang telah
mati ini sama sekali tidak dibenarkan dalam Islam.
Perkara ini bukan sahaja di Eropah, bahkan di Australia, kehalalan dari negara
itu dipersoalkan selepas JAKIM mendapati sembelihan di negara itu telah menggunakan
kaedah menusuk tengkorak (theorativ-piercing) yang jelas bercanggah dengan hukum
syarak. Australia juga telah mewajibkan semua pusat sembelihan di negara itu
menggunakan kaedah tersebut di mana binatang yang disembelih akan ditikam
menerusi arteri untuk mempercepatkan kematiannya.29 Hal ini jelas menunjukkan
kesalahan dari segi sembelihan kerana Islam mengajar muslim untuk memotong urat
marih dan urat halkum untuk menyembelih binatang.
Oleh itu, jika dibandingkan kaedah stunning dengan kaedah penyembelihan cara
Islam, cara penyembelihan Islam adalah jauh lebih baik. Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi
(2010), antara kebaikan sembelihan cara Islam terdapat dalam apa yang diriwayatkan
daripada Ibn Umar RA bahawa Nabi SAW memerintahkan supaya menajamkan pisau
dan menyenangkan binatang, sabdanya yang bermaksud, “Apabila seseorang kamu
menyembelih, maka hendaklah dia menyempurnakannya (penyembelihannya).” Hadis
ini membuktikan bahawa kaedah penyembelihan cara Islam adalah seringan-ringan
kesakitan yang dikenakan ke atas binatang.
Selain itu, menurutnya lagi, sebuah hadis riwayat al-Hakim dan dikatakan hadis
ini sahih mengikut syarat al-Bukhari mengatakan; Daripada Ibn Abbas RA bahawa ada
seorang lelaki yang membaringkan seekor kambing, lalu sebelah tangannya mengasah
pisau yang hendak menyembelih binatang itu, maka Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud, “Ádakah engkau hendak merasakannya beberapa kali mati? Mengapa tidak
engkau menajamkan pisaumu sebelum engkau membaringkannya?”30
Umat Islam dilarang daripada menyeksa dan menyakitkan binatang-binatang
sebelum penyembelihan dilakukan. Menurut Dr. Danial Zainal Abidin (2014), dalam
sebuah riwayat oleh Abdul Razak, Umar al-Khattab pernah melihat seorang lelaki
mengikat kaki seekor kambing dan kemudiannya mengheretnya ke tempat
28 Danial Zainal Abidin. (2014). Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan Quran daripada Teropong Sains.Kuala Lumpur: PTS Millenia Sdn. Bhd. Hlm 230.
29 Halal dan Haram: Buku Penting untuk Umat Islam. (2006). Pulau Pinang: Persatuan Pengguna Pulau Pinang. Hlm 212.
30 Yusuf al-Qaradawi. (2010). Halal dan Haram dalam Islam. Kuala Lumpur: Darul Syakir Enterprise. Hlm 152-153.
12
penyembelihan. Umar pun berkata, “Celakalah kamu. Bawalah ia ke tempat
penyembelihannya dengan cara yang baik.”31
Oleh itu, dapat dibezakan bahawa kaedah sembelihan cara Islam adalah lebih
baik daripada kaedah Barat. Pemikiran umum kaedah Islam ialah bertindak belas
kasihan ke atas haiwan yang hendak disembelih serta meringankannya dari
menanggung seksa mati dengan apa cara sekalipun yang dapat dilakukan oleh
manusia. Janganlah kita hanya berdiam diri apabila orang yang bukan Islam mengutuk
cara penyembelihan Islam kerana sesungguhnya penyembelihan dengan kaedah Islam
itu adalah cara yang paling ringan dalam mematikan haiwan.
b. Sembelihan Menggunakan Arus Elektrik
Dalam laman web rasmi Utusan Malaysia bahagian Bicara Agama (rujuk
lampiran V), terpampar sesuatu tajuk besar yang tertulis “Sembelihan Guna Arus
Elektrik Dibenarkan”. Menurut akhbar itu lagi, Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Al-Fiqh,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Azman Mohd. Nor berkata,
“Menggunakan arus aliran elektrik dalam proses penyembelihan dibolehkan dan
disahkan halal oleh majlis rundingan Fatwa Kebangsaan dan kebanyakan negara yang
dihuni oleh masyarakat Islam.” Dr. Azman merupakan salah seorang panel
pembentangan dalam Forum Halal Sedunia 2012 (WHF) bertajuk 'Halal dan Tayyib'.
Manakala dua ahli panel lain ialah, Pengerusi Akademi Darul Jailani Kebangsaan, Iraq,
Shaykh Afeefuddin al-Jailani dan Pengarah Jabatan IFTA, Kementerian Hal Ehwal
Islam, Kuwait, Shaykh Turki Isa Al-Mutairi.
Menurutnya lagi, “Terdapat syarat yang mengehadkan penggunaan aliran
elektrik tersebut. Ia hendaklah digunakan sekadar untuk melemahkan haiwan
sembelihan tersebut dengan menggunakan arus yang paling minimum. Jika haiwan
sembelihan didapati telah mati akibat arus elektrik tersebut, maka haram dimakan dan
tidak sah penyembelihan tersebut. Ia hanya dibenarkan dengan tujuan melemahkan
haiwan tersebut supaya mudah untuk disembelih dan bukan tujuan untuk menyeksa.
Maka, pegawai agama atau seorang pemantau Islam perlu ditempatkan di setiap pusat
penyembelihan seperti yang telah dilaksanakan di Malaysia. Ini penting bagi
31 Danial Zainal Abidin. (2014). Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan Quran daripada Teropong Sains.Kuala Lumpur: PTS Millenia Sdn. Bhd. Hlm 224.
13
memastikan penyembelih haiwan tersebut adalah muslim dan proses penyembelihan
dilakukan bertepatan dengan tuntutan syariat."32
Berita yang disebarkan itu menunjukkan bahawa kaedah stunning sudah mula
boleh digunakan di Malaysia. Berbagai-bagai-bagai syarat telah ditetapkan seperti
menggunakan arus yang paling minimum dan menetapkan seorang pemantau Islam di
setiap pusat penyembelihan. Namun, adakah kita yakin dengan memberikan kebenaran
menggunakan kaedah elektrik elektrik ini dapat menjamin haiwan yang disembelih itu
halal untuk dimakan. Jika Malaysia sudah mula membenarkan kaedah elektrik elektrik,
pemantauan secara kerap dan teliti perlu dijalankan supaya umat Islam di sini tidak
menjamu makanan yang haram dan tidak sihat.33
Hal ini adalah kerana kaedah elektrik elektrik mempunyai banyak kesan yang
negatif kepada haiwan itu sendiri dan orang yang memakannya. Menurut Dr. Danial
Zainal Abidin (2014), terdapat satu kajian yang dilakukan oleh Texas A&M University
dan Canada’s Food Inspection Agency yang mengatakan penggunaan elektrik elektik
kepada otak setinggi 150 paun boleh menyebabkan otak haiwan pecah berkecai dalam
badan. Leila Corcoran dalam artikelnya pula mengatakan otak yang berkecai ini boleh
menjadi penyebab kepada serangan penyakit Lembu Gila yang sering berlaku hari ini.
Dr. Danial menyatakan lagi bahawa mengikut The Royal Society for the
Prevention of Cruelty to Animal (RSCA), “Terdapat bukti-bukti sains yang menunjukkan
haiwan yang dikenakan kejutan elektrik ini sedar semula sebelum sembelihan
dilakukan.” Ini menunjukkan haiwan yang dikenakan kejutan elektrik akan menyababkan
kesakitan sebanyak dua kali. Pertamanya ialah semasa menerima kejutan elektrik dan
keduanya ialah semasa disembelih. Dr. Danial mengatakan lagi, stunning perlu
dihentikan kerana ia menjejaskan kualiti daging haiwan.34
Menurut Dr. Abdul Majid Katme berkata, haiwan yang dikenakan kejutan elektrik
mengalami kelumpuhan tetapi masih sedar dan mengalami kesakitan. Mengikut
Blackmore pada tahun 1982, perbuatan mengenakan kejutan elektrik melalui kepala
32 Mohd. Shah Che Ahmad. (2012), April 19). Sembelihan guna arus elektrik dibenarkan. Utusan Online. Dilayari pada 21 Julai, 2014, daripada http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0419&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_05.htm
33 Danial Zainal Abidin. (2014). Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan Quran daripada Teropong Sains.Kuala Lumpur: PTS Millenia Sdn. Bhd.Hlm 228.
34 Danial Zainal Abidin. (2014). Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan Quran daripada Teropong Sains.Kuala Lumpur: PTS Millenia Sdn. Bhd. Hlm 231
Mustofa al-Khin, Mustofa al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji. (2005). Kitab Fikah Mazhab Syafie: Jilid
3. Shah Alam: Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Syeikh Abdullah Basmeih. (2010). Tafsir Pimpinan ar-Rahman Kepada Pengertian al-Quran.
Jakim: Putrajaya.
Yusuf al-Qaradawi. (2010). Halal dan Haram dalam Islam. Shah Alam: Darul Syakir Enterprise.
Jurnal:
Noor Naemah Abd. Rahman. (1994). Darurah dan Kesannya Pada Mengharuskan Perkara
Yang Haram. Jurnal Syariah, 18-26. Kuala Lumpur: Fakulti Syariah Akedemi Islam
Universiti Malaya
19
Laman Web:
Ayam Sembelih Tak Putus Urat. (2010), September 4). Dilayari pada 21 Julai 2014, daripada http://myradix.wordpress.com/2010/09/08/lagi-isu-sembelihan-ayam/
Erma Yusnida Jusoh. (2013), September 27). Sembelihan Tidak Ikut Syarak. Sinar Harian Online. Dilayari pada 21 Julai 2014, daripada http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/sembelih-tidak-ikut-syarak-1.206196
Mohd. Shah Che Ahmad. (2012), April 19). Sembelihan guna arus elektrik dibenarkan. Utusan Online. Dilayari pada 21 Julai, 2014, daripada http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0419&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_05.htm
Seri Negara. (2009), Oktober 30). Isu Ayam Sembelihan Mesin: Halal atau Tidak?. Dilayari pada 21 Julai 2014, daripada http://serinegara.blogspot.com/2009/10/isu-ayam-sembelihan-mesin-halal-atau.html
Wartawan Sinar Harian. (2014), Februari 2014). Denmark Haramkan Sembelih Cara Islam Yahudi. Sinar Harian Online. Dilayari pada 21 Julai 2014, daripada http://www.sinarharian.com.my/global/denmark-haramkan-sembelih-cara-islam-yahudi-1.251919
Wartawan Sinar Harian. (2013), Julai 12). Warga Asing Sembelih Ayam. Sinar Harian Online. Dilayari pada 21 Julai 2014, daripada http://www.sinarharian.com.my/warga-asing-sembelih-ayam-1.181624