Top Banner
Konsep Pentaksiran, Pengujian Dan Penilaian. Written by Super User. Posted in TUTORIAL Joomla Joomla Wordpress Wordpress 1.0 KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN, DAN PENILAIAN ( 3P ) 1.1 PENTAKSIRAN Definisi Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan makumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi
44

Konsep Pentaksiran pp dlm sains.doc

Oct 02, 2015

Download

Documents

Cgu Nick
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript

Konsep Pentaksiran, Pengujian Dan Penilaian.Written by Super User. Posted in TUTORIALJoomlaJoomlaWordpressWordpress1.0 KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN, DAN PENILAIAN ( 3P )1.1 PENTAKSIRANDefinisi

Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan makumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.

Tujuan Pentaksiran1. Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam

pembelajaran

2. Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran

3. Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan

pembelajaran

4. Memperbaiki pengajaran-pembelajaran

Aspek-aspek Pentaksiran1.Instrumen

2.Kumpulan yang ditaksir

3.Respon

4.Kumpulan yang menaksir

5. Skor

1.2 PENGUJIANDefinisiMenurut kamus Dewan Bahasa Edisi keempat, pengujian didefinisikan sebagai pengujian perihal menguji, pemeriksaan. Menurut Nitko (2004 ), pengujian merupakan prosedur bersistem yang menggunakan instrumen untuk mencerap dan memperlihatkan ciri pelajar dengan menggunakan skala numerikal atau skema pengelasan .

Pengujian merupakan satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan dengan carayang sistematik. Ia juga satu cara bagi mengukur tingkah laku seseorang individu. Ia dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu, sebelum, semasa dan selepassesuatu pengajaran. Proses/prosedur yang sistematik bagi mengukur pencapaian pelajar yang biasanya dibuat secara bertulis.

Tujuan PengujianTujuan pengujian ialah untuk menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran. Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar.

Menurut Cronbach (1970), Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan batuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori.Menurut Raminah ( 1991), Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan.

Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai markah akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan tahap berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji. Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan/ pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai pengetahuan,kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru.

1.3 PENILAIANDefinisiPenilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. Penilaian merangkumi aspek pengujian dan pengukuran. Penilaian juga dapat didefinisikan sebagai satu proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam menafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap.

Tujuan Penilaian1. DiagnosisPenilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan dapat memberikan maklum balas kepada guru tentang tahap penguasaan pelajar terhadap pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar. Selain itu, penilaian ini juga dapat memberi maklum balas tentang masalah yang dihadapi pelajar dalampembelajaran. Dengan itu, guru dapat mengenal pasti kemajuan seseorang pelajar, sama ada pada tahap yang sangat memuaskan, memuaskan, sederhana,lemah atau tidak ada sebarang kemajuan langsung. Daripada penilaian yang dijalankan juga, guru dapat mengenal pasti pelajar yang cepat/cergas, yang memerlukan aktiviti pengayaan dan pelajar yang lemah yang memerlukan aktiviti pemulihan. Guru juga perlu membuat keputusan sama ada untuk mengubah strategi pengajaran, supaya ia lebih bersesuaian dengan keperluan pelajar atau mengulang pelajaran dengan menggunakan strategi yang sama dan sebagainya.

Penilaian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran akan memperlihatkan kemajuan pelajar dalam jangka masa tertentu. Pengesanan kemajuan pelajar secara berterusan ini akan memberi maklum balas kepada guru tentang masalah yang dihadapi pelajar. Adakah pelajar mempunyai masalah dalam mempelajari dan menguasai pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar? Sekiranya pelajar menghadapi masalah, guru akan menyelidik punca masalah tersebut. Maklumat berkenaan akan digunakan guru untuk mengubah pendekatan pengajaran atau menyediakan latihan yang khusus supaya masalah yang dihadapi pelajar dapat diatasi. Tanpa bantuan khas ini, pelajar-pelajar akan terus menghadapi masalah dan akibatnya mereka akan terus ketinggalan dalam pembelajaran.

2. PencapaianPenilaian yang dijalankan pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran dapat memberikan maklumat tentang tahap penguasaan para pelajar terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap yang ingin disampaikan guru. Selain itu, penilaian yang dijalankan pada akhir tempoh pengajian;contohnya pada akhir Tahun 6 (UPSR), Tingkatan 3 (PMR) dan Tingkatan 5 (SPM); adalah bertujuan untuk menentukan gred pencapaian para pelajar secara keseluruhan. Penilaian pada peringkat ini lebih bercorak formal dengan tujuan akhirnya untuk memberi sijil kepada pelajar.

Hasil penilaian ini akan menunjukkan pencapaian akademik pelajar mengikut gred yang diberikan, seperti cemerlang, sederhana atau gagal. Pihak sekolah akan dapat menentukan keupayaan keseluruhan seseorang pelajar berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diduduki untuk tindakan selanjutnya, seperti pemilihan dan penempatan.

3. Pemilihan dan PenempatanPenilaian adalah penting sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula kerana guru perlu meninjau sejauh manakah pelajar-pelajarnya menguasai pengetahuan dan kemahiran asas kepada tajuk yang hendak diajar. Misalnya, seseorang guru Bahasa Melayu yang akan mengajar pelajar bukan penutur asli bahasa Melayu, perlu mengetahui aspek pengetahuan dan kemahiran manakah yang telah mereka kuasai, seperti tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya. Maklumat ini penting untuk guru membuat keputusan dalam menentukan peringkat yang bersesuaian untuk memulakan pengajaran.

Selain itu, guru juga dapat memilih pelajar untuk dikelompokkan dalam sesuatu kumpulan berasaskan tahap penguasaan mereka. Sekiranya penguasaan mereka berbeza, guru perlu menempatkan mereka mengikut tahap penguasaan masing-masing dan seterusnya merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut keperluan mereka yang berbeza-beza itu. Dalam keadaan ini, tujuan penilaian ialah untuk memilih dan menempatkan pelajar mengikut penguasaan pengetahuan dan kemahiran mereka.

Selain memulakan sesi pengajaran, tujuan penilaian juga ialah untuk memilih dan menempatkan pelajar mengikut aliran tertentu. Misalnya, keputusan pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran sains memungkinkan ditempatkan dalam aliran sains atau mengikut kecenderungan seseorang murid berkenaan.

4. Bimbingan dan KaunselingPenilaian juga dapat digunakan untuk tujuan bimbingan dan kaunseling kepada pelajar yang memerlukannya. Setiap pelajar sepatutnya mempunyai motivasi untuk belajar dan ia mungkin bersifat intrinsik/dalaman, iaitu motivasi daripada dalam diri pelajar itu sendiri. Contohnya, mereka yang belajar disebabkan ingin mengetahui sesuatu dengan mendalam, akan memperoleh pencapaian yang baik dan seterusnya akan dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Selain motivasi yang bersifat intrinsik ini, terdapat pula motivasi yang bersifat ekstrinsik/luaran, iaitu motivasi daripada luar, seperti dorongan daripada ibu bapa/rakan sebaya atau nasihat daripada guru/guru besar.

Selain itu, penilaian bertujuan untuk :

1. Membantu guru mengetahui keupayaan penguasaan murid.

2. Membantu guru dalam membuat perbandingan antara seseorang murid

dengan rakan-rakannya atau antara kelas tersebut dengan kelas lain.

3. Membuat perbandingkan pencapaian pelajar dalam subjek tersebut dengan

pencapaian dalam subjek lain.

4. Menentukan pelajar yang tinggi keupayaannya dan yang amat lemah

keupayaannya dan lemah pencapaiannya.

5. Membantu guru dalam menentukan pengayaan dan pemulihan bagi

pelajar yang berkenaan.

6. Membantu guru dalam membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat

pelajar terhadap pembelajaran.

7. Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah

pengajaran mereka.

Bagi pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah melalui langkah-langkah pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan dijalankan oleh guru di bilik darjah. Justeru, kecekapan guru dalam membangunkan instrumen pengujian dan penilaian amat penting malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran hasil daripada aktiviti pentaksiran, pengujian dan penilaian yang baik juga bukan sahaja memberikan satu kejayaan kepada guru malah kepada pelajar-pelajar yang diajar. Oleh yang demikaian, konsep-konsep ini perlulah diaplikasikan atau dipraktikan dengan sebaiknya oleh guru-guru di sekolah rendah.

1.4 Bagaimana Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian Dipraktikan Di Sekolah Rendah.Dalam proses pembelajaran di sekolah rendah, konsep pentaksiran, pengujian dan penilaian (3 P ) telah dipraktikan secara meluas. Antaranya untuk mengukur dan mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang murid dalam sesuatu kemahiran seperti mengukur pencapaian murid dalam menguasai kemahiran bertutur dalam pelbagai situasi melalui Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah ( PLBS ) dan mengukur keupayaan murid dalam penguasaan asas membaca dan menulis melalui program KIA2M. Dalam hal ini, penguasaan murid dalam kemahiran tertentu ditaksir menggunakan instrument pentaksiran yang disediakan oleh guru sendiri. Hasil dapatan dari pentaksiran tersebut akan dijadikan sebagai penanda aras untuk aktiviti pembelajaran seterusnya. Kini, murid Tahap 1 turut diuji dalam saringan LINUS (Literasi dan Numerasi) dan PROTIM merupakan saringan kemahiran untuk Tahap 2.

Dua jenis pengujian yang dijalankan di sekolah rendah iaitu pengujian secara formatif dan pengujian sumatif.

Pengujian fomatif ialah ujian yang dijalankan secara berterusan, iaitu semasa pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Tujuannya ialah untuk mengenal pasti kelemahan yang wujud semasa pengajaran dan pembelajaran. Dapatan daripada ujian formatif ini akan memberi maklum balas kepada guru dan dengan itu guru dapat membaiki dari segi pengajarannya dan memberi tumpuan yang lebih pada tajuk-tajuk yang menimbul kesulitan kepada pelajar. Ujian formatif adalah penting untuk menentukan sesuatu kemahiran atau tajuk pembelajaran itu berkesan dan menepati matlamat yang ditentukan. Contoh ujian formatif ialah menerusi Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah (PKBS) dan ujian yang guru beri di bilik darjah seperti ujian ringkas, kuiz, kerja rumah untuk mengetahui tahap kebolehan pelajar. Kini, murid dinilai secara berterusan menerusi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Sementara pengujian sumatif ialah ujian yang dijalankan secara formal bagi mengesan pencapaian murid dalam tempoh tertentu persekolahan.Ia bertujuan untuk memperoleh maklumat tentang pencapaian murid untuk beberapa topik pembelajaran dan seterusnya memberikan skor dan gred pencapaian.. Ujian sumatif juga digunakan untuk tujuan persijilan. Contoh ujian sumatif ialah ujian pada peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR).

Penilaian di sekolah rendah dijalankan menerusi Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) yang bertujuan untuk mengesan kemajuan murid secara berterusan agar dapat memastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil keatas seseorang murid sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan. Peranan guru ialah menilai murid dalam pelbagai aspek berdasarkan hasil pembelajaran yang ditetapkan dalam mata pelajaran yang berlainan. Contohnya aspek berbahasa dalam Bahasa Melayu, mengira dalam Matematik dan kemahiran proses sains dalam Sains.

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAHPelaksanaan PBS untuk penambahbaikan UPSR dan PMR mulai Tahun 1 pada 2011 dan Tingkatan 1 pada 2012Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) telah menjadi teras strategik PIPP (2006 2010) ; Teras 2 dalam PIPP (Membangunkan Modal Insan) Teras 6 dalam PIPP (Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan)

MENGAPA PERLU PBS1. Penekanan kepada JERI - aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan tidak tercapai2.Pendidikan berorientasikan peperiksaan - penglibatan dalam kokurikulum sangat kurang3.Pengiktirafan keterlaluan kepada pencapaian akademik semata-mata - tekanan kepada guru, murid & ibu bapa4.Menilai produk akhir berbanding proses pembelajaran - pengabaian pembentukan modal insan yang seimbang5.Tekanan ke atas guru-guru untuk menghabiskan sukatan pelajaran - Assessment for learning diabaikan - kurang membantu dalam proses pembelajaran sebenarnya6.Meningkatkan martabat profesyen keguruan guru lebih dihormati, peningkatan integriti dan keberkesanan guru7.Sistem Pentaksiran Sesetengah Negara Maju telah Berubah tiada peperiksaan awam di sekolah rendah dan menengah rendah

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH ADALAH:-Pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru di sekolah yang melibatkan murid, ibu bapa dan organisasi luar. Pentaksiran Sekolah dilaksana dalam bentuk pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran dan pentaksiran sumatif pada akhir unit pembelajaran, semester atau tahun

PERANAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

Merujuk Standard Prestasi

Proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum

JENIS-JENIS PENILAIANDi bawah program KBSR dan KBSM, terdapat tiga jenis aktiviti penilaian iaitu penilaian mengesan penguasaan, penilaian mengesan kemajuan, dan penilaian mengesan pencapaian. Pada amnya, ketiga-tiga aktiviti penilaian ini boleh digolongkan kepada dua jenis iaitu penilaian formatif yang digunakan untuk mengesan penguasaan dan kemajuan, dan penilaian sumatif yang digunakan untuk mengesan pencapaian.

Penilaian formatif meliputi aktiviti mengesan kekuatan dan kelemahan penguasaan pelajar dalam sesuatu kemahiran yang telah diajarkan. Cara penilaian ini merupakan dalam bentuk tidak formal seperti pemerhatian, bersoal jawab secara lisan, kuiz matematik, memeriksa hasil kerja pelajar dalam kelas atau kerja rumah. Penilaian formatif ini biasanya digunakan untuk mengesan bidang kelemahan penguasaan kemahiran pelajar secara individu supaya dapat membetulkan kesalahannya dengan serta merta.

Oleh itu penilaian ini kerap kali dijalankan selepas sesuatu kemahiran diajarkan. Di samping itu, penilaian formatif juga digunakan untuk mengesan kemajuan pelajar di dalam kelas melalui ujian kertas pensel dalam bentuk formal. Ujian kertas pensel lazimnya diadakan selepas beberapa unit kemahiran ataupun pembelajaran telah diajarkan. Keputusan ujian ini akan direkodkan dalam borang prestasi yang akan digunakan untuk menentukan tindakan selanjutnya.

Penilaian sumatif pula meliputi aktiviti pengujian dan pengukuran atas beberapa unit pembelajaran, biasanya dalam tempoh satu penggal atau dua penggal. Cara penilaian yang digunakan adalah bentuk formal dengan menggunakan ujian kertas pensel, peperiksaan amali atau bertulis, skala radar dan senarai semak. Penilaian sumatif ini biasanya digunakan untuk menentukan pencapaian pelajar dalam beberapa unit pembelajaran. Keputusan ujian itu akan digunakan untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, aktiviti pengayaan dan pemulihan, merekod keputusannya dalam rekod profil serta menempatkan semula kedudukan pelajar dalam kumpulan yang sesuai.

Tujuan penilaian sumatif ialah untuk mengesan pencapaian pelajar dalam kelas atau membuat perbandingan pencapaian mereka di antara kelas. Oleh itu, penilaian ini biasanya dijalankan secara formal dalam bentuk peperiksaan pada pertengahan dan akhir tahun persekolahan. Selain daripada peperiksaan pertengahan dan akhir tahun, penilaian sumatif juga meliputi peperiksaan awam seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan sebagainya, yang mana keputusannya digunakan untuk menggredkan pelajar mengikut peringkat pencapaian dalam satu tahap persekolahan serta menentukan taraf pensijilan.

Penilaian Formatif. Penilaian Sumatif

PENILAIAN FORMATIFPenilaian formatif adalah penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar.Ciri-ciri:dijalankan bagi tujuan memperoleh maklumat bagi memperbaiki kurikulum.dijalankan sepanjang masa dan maklumat yang diperolehi daripada penilaian ini digunakan secara terus menerus.bercorak ujian diagnostik yakni yang dapat memberikan input akan masalah yang dihadapi murid dalam mengikuti pembelajaran. dijalankan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. maklumat yang diperolehi hendaklah digunakan serta merta dalam memperbaiki pengajaran dan pembelajaran agar pelajar dan guru sama-sama memperolehi manfaat daripadanya.Contoh: sesi soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian di bilik darjah yang tidak ditentukan gred.Prosedur Penilaian Formatif1)Menentukan topik pembelajaran. Sukatan pelajaran mengandungi beberapa topik yang seharusnya dihabiskan sepanjang sesi persekolahan untuk satu tahun. TIopiK berdasarkan sukatan pelajaran disusun mengikut peringkat kesukaran. Seandainya topik tersebut mempunyai cakupan yang luas, maka penekanan harus diberikan dan mungkin diperlukan dikecilkan kepada sub-topik tertentu. Dengan cara ini guru akan dapat memastikan murid-murid menguasai sesuatu sub-topik tertentu terlebih dahulu sebelum meneruskan kepada topik-topik seterusnya. Sebelum beralih kepada topik lain, guru akan mengadakan ujian formatif untuk melihat tahap penguasaan sesuatu topik.2)Menyatakan aspek dan tahap pencapaian bagi sesuatu topik pembelajaran.Guru menentukan kebolehan pelajar dalam mengenal warna, simbol, membaca dan lain-lain mengikut keperluan topik berkenaan. Setelah aspek berkenaan ditentukan, maka guru boleh menentu tahap penguasaan murid-murid dalam bilik darjah terhadap satu-satu topik berkenaan. Dalam hal ini apabila keputusan menunjukkan 80% hingga 90% pelajar telah menunjukkan penguasaan terhadap sesuatu topik, memperlihatkan bahawa kebanyakan pelajar sudah menguasai topik berkenaan.3)Menghubungkaitkan elemen-elemen yang terdapat dalam setiap topik. Guru perlu menyusun elemen-elemen yang terdapat dalam topik-topik pembelajaran pada peringkat perlakuan tertentu dengan berdasarkan taksonomi pendidikan. Setelah pemeringkatan mengikut tahap perlakuan selesai, gurus seterusnya mengaitkan semua elemen berkenaan yang terdapat dalam satu-satu topik agar saling bertautan dan tidak terpisah.4)Membentuk soalan ujian. Dilakukan selepas penentuan elemen-elemen berkenaan setiap elemen berkenaan seharusnya diuji kepada pelajar sekurang-kurangnya satu soalan.5)Mencadangkan langkah susulan.Guru mengetahui tahap penguasaan sesuatu topik pembelajaran di samping kesukaran yang dihadapi oleh murid-murid.tindakan susulan harus dilaksanakan berdasarkan keputusan ujian yang diperolehi. Contoh: murid-murid masih menunjukkan kelemahan ketara dalam sesuatu topik, maka tindakan selanjutnya yang harus diambil oleh guru ialah mengulang semula topik berkenaan atau mengubah suai pendekatan penyampaian agar murid-murid boleh menguasai topik tersebut.Tujuan Penilaian Formatif:memperbaiki pengajaran pembelajaran. meningkatkan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu pelajaran. memperlihatkan kelemahan-kelemahan yang wujud sama ada pada penyampaian guru atau penguasaan murid dan seterusnya guru akan memperbaiki agar murid dapat menguasai dengan lebih baik. menolong murid-murid menguasai sesuatu unit atau topik pembelajaran dan ini memungkinkan mereka memperolehi pencapaian yang lebih baik pada akhir penggal atau semester persekolahan.memperbaiki kualiti serta dapat meramal pencapaian pelajar. Menjadi satu kepuasan kepada seseorang guru apabila beliau dapat meningkatkan pencapaian murid-murid dari semasa ke semasa.guru dapat meninggi dan mengekalkan pencapaian yang memuaskan. Hal ini melalui perbandingan yang boleh dibuat antara pencapaian murid sekarang dengan pencapaian murid-murid lalu melalui rekod ujian formatif yang telah dikendalikan dan mencatatkan masalah yang dihadapi oleh murid-murid dahulu serta langkah penyelesaian yang telah diambil. Dengan cara ini, guru dapat mengekalkan prestasi pelajar dan meramal pencapaian pada akhir penggal persekolahan.mengubah suai pengajaran seseorang guru. guru juga dapat menentukan pendekatan yang lebih baik dalam penyampaian. memberikan bimbingan pembelajaran kepada murid-murid. menjadikan murid sentiasa bersedia untuk menduduki siri ujian yang dijalankan dan dengan itu memerlukan ketekunan dan tumpuan kepada topik-topik pembelajaran.PENILAIAN SUMATIFPenilaian sumatif ialah penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran ( akhir penggal/ akhir tahun), yang bertujuan untuk menilai pencapaian akhir pelajar. Berbeza dengan penilaian formatif yang lebih menumpukan kepada penilaian penguasaan pelajar dalam sesuatu tajuk, penilaian sumatif bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir penggal persekolahan atau akhir tahun yang juga dapat menentukan keberkesanan sesuatu kurikulumCiri- ciri:lebih menumpukan menilai tahap penguasaan pelajar dalam satu-satu topik pembelajaranuntuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu penggal persekolahan dan digunakan untuk menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum secara keseluruhan. Langkah-langkah membentuk ujian sumatif:Membentuk jadual penentuan ujian yang mengandungi maklumat yang lengkap berkaitan objektif, bentuk item, jumlah item, tempoh penilaian, kandungan dan sebagainya. Ini bagi memastikan kesahan ujian yang bakal dilaksanakan dan kebolehpercayaan keputusan yang diperolehi.Menggubal soalan-soalan yang berkaitan dengan isi dan perlakuan yang ingin diuji. Setiap item haruslah menguji objektif pelajaran yang telah ditetapkan.Mengumpul item secara sistematik. Misalnya mengelompokkan item mengikut bentuk yang sama. Item objektif diasingkan dengan item mengisi tempat kosong, esei dan sebagainya. Item juga boleh disusun mengikut susunan topik atau mengikut aras kemahiran kognitif. Misalnya menyusun soalan bermula aras rendah diikuti aras lebih tinggi.Menyiapkan skema pemarkahan bagi tujuan penyemakan kertas ujian. Ini dapat mengelakkan berlakunya bias dalam pemberian markah murid-murid.Menyediakan arahan yang jelas tentang apa yang seharusnya murid lakukan dalam menjawab setiap soalan yang dikemukakan.Menguji item tersebut terlebih dahulu melalui ujian rintis kepada sampel pelajar bagi memastikan ujian yang bakal dijalankan itu benar-benar sah dan boleh dipercayai serta dapat membaiki kelemahan-kelemahan yang wujud pada item berkenaan.Menganalisis item yang telah ditadbir secara rintis bagi mengetahui aras kesukaran item, daya diskriminasi item, ketunggalan item, kesahan dan kebolehpercayaan berkenaan serta memastikan pilihan jawapan yang disediakan (distraktor) dapat berperanan dengan baik.Tujuan:membantu murid-murid secara individu dalam meningkatkan pencapaian. memberikan gred kepada murid-murid berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diadakan.mengiktiraf kebolehan dan kemahiran yang dimiliki oleh pelajar. Ini berdasarkan skor yang diperolehi oleh pelajar dalam penilaian yang dijalankan.dijadikan petunjuk dalam memulakan sesuatu kursus baru yang berkaitan. memperlihatkan peringkat pencapaian yang berbeza mengikut kumpulan.Soalan-Soalan Aras Taksonomi Bloom

Dalam sistem pendidikan penilaian atau pengujian amat penting kerana ia menilai proses pengajaran dan pembelajaran. Antara tujuannya ialah, menurut A.E. Ashworth (1982) dalam Testing For Continous Assess: A Handbook for Teacher in School and College (London: Evans, Yorkshire) member tujuh tujuan pengujian atau penilaian iaitu untuk dorongan, diagnosis, menilai, memilih, melapor, membanding dan meramal.Manakala menurut Benjamin Bloom (1956) dalam Taxonomy Of Educational Objectives: Handbook I: Cognitive Domain (New York: David McKay) telah memperkenalkan satu hierarki kognitif yang disusun dari aras rendah hingga ke aras tinggi iaitu aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Taksonomi ini terkenal dengan nama Taksonomi Bloom.1. PengetahuanAras kognitif yang terendah yang melibatkan proses kembali maklumat, fakta, definisi dan sebagainya.Contoh: Bilakah Malaysia mencapai kemerdekaan?2. PemahamanAras kognitif yang melibatkan proses pengembangan pemikiran. Pada aras ini pelajar menyatakan idea-idea utama dalam perkataan mereka sendiri. Contoh: Ahli-ahli sejarah menggunakan sumber arkeologi untuk mengkaji sejarah purba yang tidak mempunyai sumber bertulis. Sumber arkeologi berkaitan denganA. Bahan-bahan peninggalan masyarakat dahulu yang tertanam dalam bumi.B. Benda-benda yang dijumpai oleh ahli arkeologi dalam usaha cari gali.C. Barang-barang yang mempunyai ukiran dan tulisan yang boleh difahami.D. Alat-alat perkakas zaman silam yang masih digunakan hingga sekarang. 3. AplikasiPelajar menggunakan pengetahuan dan maklumat (konsep, teori, prinsip, hukuman atau prosedur dan sebagainya) yang mereka pelajari serta kefahaman mereka tentang pengetahuan dan maklumat itu dan kemuadian diaplikasikan dalam situasi baru.Contoh:Pada tahun 1954 bapa Ahmad ingin melancong ke Negara China tetapi gagal. Yang manakah berikut menerangkand engan tepat tentang kegagalan bapa Ahmad itu?A. Beliau membatalkan lawatannya kerana sebab-sebab tertentu.B. Beliau sukar mendapat kebenaran daripada kerajaan.C. Beliau enggan mematuhi peraturan imigresen.D. Beliau belum menyiapkan dokumen perjalanannya.4. AnalisisAras kognitif yang menunjukkan bahawa pelajar boleh mengasingkan idea-idea ke dalam komponen-komponennya yang berasingan dan mereka dapat menunjukkan yang mereka memahami hubungan antara komponen-komponen itu. Dalam proses analisis, pertimbangan dan penghakiman adalah satu cara yang penting bagi mendapatkan satu kesimpulan. Kesimpulan itu mempunyai bukti-bukti atau hujah-hujah. Contoh:Tuk JanggutTerkorban

Datuk Maharaja LelaDibunuh

Haji Abdul Rahman LimbongDibuang ke Makkah

Mengapakah perjuangan tokoh-tokoh di atas menemui kegagalan?A. Perjuangan kurang tersusun.B. Perjuangan atas kepentingan peribadi.C. Perjuangan mendapat tentangan Sultan.D. Perjuan bersifat setempat. 5. SintesisAras kognitif yang menghendaki pelajar menggunakan imaginasi dan pemikiran dengan mencantumkan unsure-unsur yang terdapat pada sesuatu untuk menghasilkan sesuatu yang baru.Contoh:Golongan diraja

Ulama

Golongan pembesar dan pentadbir

Golongan rakyat jelata

Golongan hambaRajah di atas menggambarkan susun lapis masyarakat Melayu Melaka pada abad ke15.Yang manakah berikut mempunyai kaitan yang paling tepat dengan golongan di atas?A. Mereka mempunyai peranan masing-masing.B. Mereka dilarang mengubah taraf hidup sama sekali.C. Mereka tinggal di kawasan yang berlainan.D. Mereka jarang berhubung satu sama lain.6. PenilaianAras kognitif yang mengkehendaki pelajar melakukan penilaian,diskriminasi, member rasional dan menyatakan pendapat dengan alas an-alasan tertentu. Contoh:Ketika mengiringi Sultan berangkat, Temenggung memillih tempat duduk di atas kepala gajah. Temenggung memilih tempat berkenaan keranaA. Beliau pandai mengembalai gajah.B. Beliau mesti melindungi Sultan daripada bahaya.C. Beliau mahir dengan selok-belok jalan.D. Beliau seorang yang gagah berani.Berikut merupakan contoh aras kesukaran item berdasarkan kata tugas soalan mengikut aras Kognitif Bloom (Taksonomi Bloom).Aras KesukaranKonstruk / KemahiranKata Tugas

Rendah / AchievementsPengetahuanKefahaman Apakah Berapah Siapakah Bilakah Labelkan Senaraikan Namakan Definisikan

Sederhana / CreditAplikasiAnalisis Lakarkan Jelaskan Huraikan Bincangkan Wajarkah Ramalkan Perihalkan Menyelesaikan

Tinggi / ExcellentSintesisPenilaian Rumuskan Sarankan/ syorkan Ulaskan Nilaikan Iktibar Mengarang

Taksonomi Bloom

Taksonomi BloomTaksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma itu. ( kamis Dewan Edisi Keempat, (2005)). Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisis bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, kesikapan dan psikomotor. Terdapat tiga domain dalam pendidikan iaitu yang pertama domain kognitif yang melibatkan pemikiran pelajar dimana menekankan aspek intelektual seperti pengetahuan, pengertian, dan ketrampilan berfikir. domain afektif yang melibatkan perkembangan sikap, perasaan ,emosi, nilai pelajar seperti minat, sikap, apresiasi dan cara penyesuaian diri. Dan seterusnya adalah domain psikomotor yang melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar.Domain Kognitif Taksonomi Bloom merupakan satu aras yang digunakan sebagai elemen di dalam pentaksiran. Ia pertama kali diperkenalkan oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1959. Taksonomi di dalam konsep ini bermaksud cabang kognitif iaitu elemen yang melibatkan otak dan pemikiran manusia.Domain Taksonomi BloomDomain taksonomi Bloom menitik beratkan aspek kognitif atau pengetahuan. Taksonomi ini bercorak hierarki iaitu dari tahap rendah kepada tahap tinggi. Terdapat enam elemen dalam domain kognitif Taksonomi Bloom ini. Elemen elemen tersebut pula telah dibahagikan kepada dua aras pemikiran iaitu pemikiran aras rendah dan pemikiran aras tinggi. Dalam taksonomi ini, kita akan mengkaji kesemua aspek taksonomi dari terendah hingga lah yang tertinggi. Berikut adalah hierarki Taksonomi Bloom berdasarkan apa yang telah dinyatakan oleh Benjamin S Bloom.

Rajah 1 : hierarki Taksonomi BloomElemen-elemen dalam Aras Taksonomi BloomElemen pertama adalah aras pengetahuan iaitu aras taksonomi yang paling rendah. Aras ini menguji sejauh mana keupayaan pelajar untuk mengingat kembali fakta atau pengetahuan yang telah dipelajari. Terdapat tiga peringkat dalam aras pengetahuan ini iaitu yang pertama pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan istilah berbentuk perkataan atau simbol. Aras yang kedua adalah pengetahuan tentang proses, aliran, pemeringkatan, penjenisan, teknik atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah. Dan aras yang ketiga adalan pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang contohnya seperti siapa, apa, di mana, bila dan beri. Ciri-ciri khusus soalan aras pengetahuan ini ialah murid perlu menggunakan proses mental untuk mengingat semula apa yang telah dipelajari seperti istilah, fakta, prinsip dan prosedur bergantung kepada apa yang telah diajar oleh guru di dalam kelas.Elemen yang kedua ialah aras kefahaman. Aras ini memerlukan keupayaan murid memberi huraian atau makna sesuatu perkara. Aras kefahaman ini terbahagi kepada tiga iaitu yang pertama penterjemahan yang memerlukan murid menterjemah bahasa lain ke bahasa lain tanpa menggubah makna asal. Yang kedua adalah mentafsir atau intepretasi iaitu mentafsir idea dan menerangkan idea atau maksud tersurat dalam ayat sendiri. Manakala yang ketiga adalah ekstrapolasi iaitu membuat inferens tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan berdasarkan maklumat yang diberi. Ciri-ciri soalan bagi aras kefahaman adalah seperti membuat interpretasi mudah dan menunjukkan bukti kefahaman dan dapat menggunakan ayat dan maklumat untuk diubah kepada bentuk yang baru.Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras kefahaman ini adalah seperti jelaskan, huraikan, terangkan, mengapakah, bezakan, nyatakan dan kelaskan. Elemen yang ketiga adalah aras aplikasi. Aras ini menguji keupayaan pelajar menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum dan prosedur. Aras ini memerlukan murid benar-benar memahami segala konsep, teori, hukum untuk menyelesaikan masalah. Soalan aras aplikasi biasanya memerlukan penggunaan proses aplikasi mental. Soalan aras ini biasanya melibatkan tiga frasa. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini adalah seperti selesaikan, tunjukkan dan susunkan.Elemen yang berikutnya adalah aras analisis. Aras ini mengkehendaki murid untuk memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur. Aras ini menekankan keupayaan pelajar mengenalpasti unsur unsur dan struktur. Jenis-jenis aras analisis adalan yang pertama aras analisis unsur iaitu memerlukan murid menentukan unsur-unsur. Murid juga perlu mencari bukti untuk menyokong unsur yang sedia ada. Aras kedua adalah analisis hubungan iaitu membuat perkaitan bukti dan hipotesis. Dan yang ketiga adalah aras analisis prinsip iaitu murid perlu mengenal pasti prinsip sesuatu organisasi yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu dengan menganalisis tujuan, pandangan dan pendirian. Ciri-ciri soalan aras analisis ialah soalan tersebut menggunakan proses mental analisis dan memerlukan pemahaman perhubungan khasnya dengan memecahkan kepada komponen dan melihat perkaitan antara komponen.Elemen yang kelima adalah aras sintesis. Aras ini memerlukan keupayaan murid untuk menggabungkan sesuatu struktur yang lebih jelas. Kategori soalan bagi aras sintesis ini penghasilan satu komunikasi unik iaitu pembinaan suatu komunikasi dimana murid cuba menyampaikan suatu idea, perasaan atau pengalaman kepada orang lain. Contohnya kebolehan menulis dengan susunan dan gaya yang menarik untuk menyampaikan buah fikiran. Kategori yang kedua adalah penghasilan suatu rancangan atau pelan operasi dan yang ketiga adalah kategori membina suatu hubungan yang abstrak. Ia melibatkan kebolehan membina atau membangunkan set hubungan yang abstrak seperti teori, hipotesis untuk menghuraikan sesuatu fenomena atau mengklasifikasikan fakta. Contohya kebolehan membuat deduksi berdasarkan maklumat yang diberikan dan dapat membuat suatu teori daripada data atau faktor yang diberi.Elemen yang terakhir adalah aras penilaian. Aras ini menguji keupayaan murid menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui. Murid perlu membuat pertimbangan tentang nilai sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan, sesuatu idea atau sebagainya. Pertimbangan dibuat dengan piawaian tertentu seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Ciri-ciri khusus aras penilaian ini adalah murid perlu membuat pertimbangan nilai ke atas sesuatu bahan, idea, kaedah bagi sesuatu tujuan. Membuat penelitian dan pertimbangkan sejauh mana sesuatu bahan atau kaedah memenuhi sesuatu kriteria. Pertimbangan dalam penilaian juga dikategorikan kepada dua iaitu pertimbangan dari segi bukti dalaman iaitu menilai ketepatan sesuatu, menggunakan bukti-bukti logik, ketekalan dan lain-lain. Contoh kebolehan menunjukkan kesilapan-kesilapan dari segi logik dalam sesuatu hujah yang dikemukakan oleh seseorang. Kategori kedua adalan pertimbangan dari segi kriteria luaran iaitu penilaian bahan yang merujuk kepada beberapa kriteria yang dipilih atau yang diingati. Contohnya perbandingan mengenai teori-teori utama, generaliasasi dan fakta mengenai kebudayaan tertentu.RumusanTaksonomi dalam pendidikan dibahagikan kepada 3 domain. Takonomi Bloom menghuraikan aras yang terdapat dalam domain kognitif yang melibatkan perilaku-perilaku yang menekankan aspek intelektual, seperti pengetahuan, pengertian, dan ketrampilan berfikir. Domain kognitif ini mengandungi enam elemen yang terdiri dariapda dua aras iaitu aras pemikiran mudah dan aras pemikiran tinggi. Elemen tersebut adalah pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sistesis dan penilaian.Elemen ini disusun secara menaik mengikut aras pemikiran iaitu dari aras mudah kepada aras pemikiran tinggi.JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

Definisi JSU ( Jadual Spesifikasi Ujian)Ia menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberikan panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan.Kepentingan JSU Dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan dan dapat dilakukan secara terancang dan rapi. Dalam JSU, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan pentingnya tajuk atau objektif pelajaran Akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian. Membolehkan ujian yang sama dibina oleh orang lain. Dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun. Perbandingan dapat dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain

Langkah-langkah Penyedian JSU (Jadual Spesifikasi Ujian)JSU mengandungi maklumat tentang: Bentuk dan panjangnya ujian Aras kesukaran dan juga aras kemahiran yang diuji JSU yang dirancang dengan baik akan menolong dalam penentuan kesahan dan kebolehpercayaan ujian itu. Pembahagian soalan untuk tiap-tiap unit kandungan mesti sama dengan penegasan yang diberi dalam pengajaran. Kepentingan aras mesti bersesuaian dengan kebolehan murid-murid yang akan diuji. Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan iaitu soalan objektif dan soalan subjektif. Penggubal soalan mesti menentukan jumlah soalan untuk ujian itu. Masa mestilah cukup supaya 80% daripada murid-murid dapat menjawab soalan.

Langkah pertama1. Menyenaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji2. Mengira jumlah masa bagi setiap tajuk yang diajar.

Langkah dua1. Menentukan soalan yang ingin dibina.Contohnya;soalan subjektif atau soalan objektif (bergantung kepada format)2. Meletakkan jumlah soalan bagi setiap topik.

Langkah tiga1. Menentukan aras kesukaran2. Menentukan model aras kesukaran model (JSU)3. Lazimnya JSU mengamalkan Taksonomi Objektif Pendidikan Bloom.

Langkah empat1. Memastikan jenis ujian yang akan/ hendak diuji.2. Jenis soalan yang boleh digunakan; ujian objektif, ujian esei, dan lain-lain. (bergantung kepada format)

Langkah Lima1. Menentukan bilangan soalan bagi setiap komponen2. Penentuan aras kesukaran soalan ( soalan mudah kepada soalan susah)3. Menetapkan pemarkahan.

Langkah enam1. Menyatakan matapelajaran2. Tingkatan atau kelas3. Susunan nombor soalan mengikut tajuk.

Posted byMOHAMMAD HAFIZI ZAINIat4:55 AM

PERBEZAAN ANTARA PENILAIAN FORMATIF DAN PENILAIAN SUMATIF

Penilaian formatif dan penilaian sumatif mempunyai beberapa ciri-ciri perbezaan dari segi pengertian, tujuan, aktiviti, masa, bentuk sasaran, liputan, rekod dan tindakan.

Berikut merupakan perbandingan perbezaan antara dua jenis penilaian.

JenisCiri Penilaian FormatifPenilaian Sumatif

PengertianSatu jenis ujian formal atau tak formal untuk mengesan tahap penguasaan dan kemajuan murid di dalam kelas.Satu jenis ujian formal untuk mengesan tahap pencapaian dalam sesuatu tap persekolahan.

TujuanMengesan penguasaan dan kemajuan murid untuk membaiki kelemahan dengan kada segera.Mengesan pencapaian murid berdasarkan beberapa unit pembelajaran dan pemeringkatan gred murid di dalam kelas.

AktivitiMenjalankan ujian formal atau tidak formal semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sama ada dibuat secara individu, kumpulan atau menyeluruh.Menjalankan ujian formal dalam beberapa waktu berdasarkan ketetapan jadual secara individu mengikut kelas.

MasaSemasa sesi pengajaran dilakukan atau setiap hujung bulan.Semasa semester pertama (pertengahan tahun) dan semester kedua (akhir tahun).

BentukUjian tidak formal (pemerhatian dan sesi soaljawab), atau formal (ujian bulan) melibatkan ujian kertas pensel dam masa yang singkat.Ujian formal adalah ujian kertas pensel atau ujian, lisan dalam jangka masa yang ditetapkan mengikut kesesuaiannya.

Sasaran Secara individu, secara kumpulan atau kelas.Secara kelas

Liputan Meliputi sesuatu kemahiran (ujian tidak formal) atau beberapa kemahiran (ujian formal)Meliputi beberapa unit pembelajaran atau sesuatu tahap persekolahan

Rekod Tiada (bagi ujian tidak formal) dan penggunaan senarai semak atau rekod prestasi (bagi ujian formal)Penggunaan rekod profil atau pensijilan.

Tindakan Membetulkan kelemahan dengan kadar segera atau menjalankan aktiviti pengayaan atau pemulihan di dalam kelas.

Menempatkan murid kumpulan atau kelas yang sesuai.

Merancan g dan mengubahsuai pelajaran atau kurikulum.

Memberi sijil berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan.

Posted byMohamad Rosly Mohamad Shahat10:24Perbandingan Ujian Formatif Dan Ujian SumatifUjian formatif ialah ujian yang dijalankan secara berterusan, iaitu semasa pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Tujuannya ialah untuk mengenal pasti kelemahan yang wujud semasa pengajaran dan pembelajaran. Dapatan daripada ujian formatif ini akan memberi maklum balas kepada guru dan dengan itu guru dapat membaiki dari segi pengajarannya dan memberi tumpuan yang lebih pada tajuk-tajuk yang menimbul kesulitan kepada pelajar. Oleh itu ujian formatif adalah penting untuk menentukan sesuatu kursus atau program itu berkesan dan menepati matlamat yang ditentukan. Ujian yang boleh dibentuk dan ditadbir secara formal atau tidak formal bagi mengesan kemajuan atau penguasaan murid terhadap sesuatu pembelajaran. Ujian ini juga bertujuan Mengenal pasti tahap penguasaan dan kemajuan murid dan seterusnya mengambil langkah susulan bagi membaiki kelemahan yang wujud. Ujian ini dapat dijalankan secara formal,iaitu pentaksiran pensel-kertas yang melibatkan kemahiran bahasa. Dimana murid perlu menguasai kemahiran membaca dan memahami dan kemahiranmenulis,ujian lisan adalah terkecuali daripada pentaksiran pensel-kertas ianya hanya melibatkan kemahiran kognitif. Selain itu ujian ini juga dapat dijalankan secara tidak formal iaitu melalui pemerhatian, soal jawab, tugasan, latihan. Ujian ini juga boleh dibuat secara individu atau dalam kumpulan. Contoh ujian formatif ialah ujian yang guru beri di bilik darjah seperti ujian ringkas, kuiz, kerja rumah untuk mengetahui tahap kebolehan pelajar. Ujian ini dapat membaiki kelemahan murid serta merta dengan mengulang semula topik pembelajaran iaitu melalui aktiviti pemulihan,serta menjalankan aktiviti pengukuhan iaitu melalui aktiviti pengayaan Ujian sumatif ialah ujian yang dijalankan di akhir sesuatu kursus atau program, iaitu selepas beberapa topik pembelajaran atau pada pertengahan atau akhir penggal persekolahan. Ujian sumatif ialah ujian yang dijalankan secara formal bagi mengesan pencapaian murid dalam tempoh tertentu persekolahan.Ujian ini bertujuan untuk memperoleh maklumat tentang pencapaian pelajar pada kursus itu, atau untuk mengetahui setakat mana keberkesanan program yang telah dijalankan itu. Selain itu tujuan ujian sumarif adalah untuk mengenal pasti pencapaian pelajar untuk beberapa topik pembelajaran dan seterusnya memberikan skor dan gred pencapaian pelajar. Ujian sumatif juga diguna untuk tujuan persijilan. Contoh ujian sumatif ialah ujian pada peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM. Ujian ini dibuat secara formal ianyan melibatkan ujian pensel-kertas dan lisan. Ujian sumatif dijalankan secara berkumpulan biasanya di suatu tempat yang telah ditetapkan.Selain daripada itu ujian ini adalah bertujuan untuk menempatkan murid mengikut kumpulan pencapaian yang sesuai.Ujian ini juga memberikan pengiktirafan kepada pelajar dengan pembahagian sijil, hadiah dan sebagainya.Ujian Formatif dan Sumatif6:59 PMMat King1 commentUjian FormatifUjian formatif ialah ujian yang dijalankan secara berterusan, iaitu semasa pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Tujuannya ialah untuk mengenal pasti kelemahan yang wujud semasa pengajaran dan pembelajaran. Dapatan daripada ujian formatif ini akan memberi maklum balas kepada guru dan dengan itu guru dapat membaiki dari segi pengajarannya dan memberi tumpuan yang lebih pada tajuk-tajuk yang menimbul kesulitan kepada pelajar. Oleh itu ujian formatif adalah penting untuk menentukan sesuatu kursus atau program itu berkesan dan menepati matlamat yang ditentukan. Contoh ujian formatif ialah ujian yang guru beri di bilik darjah seperti ujian ringkas, kuiz, kerja rumah untuk mengetahui tahap kebolehan pelajar.Keberkesanan Menjalankan Ujian Formatif1. Menentukan Tajuk Pengajaran2. Menentukan Aspek dan Tahap Penguasaan3. Menghubungkan Elemen dengan Tajuk4. Membina Soalan Ujian5. Mencadangkan Tindakan SusulanKata TugasTahap PenilaianBentuk SoalanPengetahuanSiapa , Apa, Di Mana , TerangkanKefahamanHuraikan, Bandingkan, Bezakan, NyatakanAplikasiGunakan, Selesaikan, Kelaskan, PilihAnalisisKenapa, Kenalpasti, Rumuskan, Tentukan,BuktikanSintesisSelesaikanPenilaianNilaikan, Pilih, Bicarakan, MenaksirkanUjian SumatifUjian sumatif ialah ujian yang dijalankan di akhir sesuatu kursus atau program. Ia bertujuan untuk memperoleh maklumat tentang pencapaian pelajar pada kursus itu, atau untuk mengetahui setakat mana keberkesanan program yang telah dijalankan itu. Ujian sumatif juga diguna untuk tujuan persijilan. Contoh ujian sumatif ialah ujian pada peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.Perbezaan Penilaian Formatif Dan Penilaian SumatifAspekPenilaian FormatifPenilaian SumatifKonsep

Ujian yang boleh dibentuk dan ditadbir secara formal atau tidak formal bagi mengesan kemajuan atau penguasaan murid terhadap sesuatu pembelajaran

Ujian yang dijalankan secara formal bagi mengesan pencapaian murid dalam tempoh tertentu persekolahan.

Tujuan

Mengenal pasti tahap penguasaan dan kemajuan murid dan seterusnya mengambil langkah susulan bagi membaiki kelemahan yang wujud.

Mengenal pasti pencapaian pelajar untuk beberapa topik pembelajaran dan seterusnya memberikan skor dan gred pencapaian pelajar.

Waktu penilaian

Sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlangsung

Selepas beberapa topik pembelajaran atau pada pertengahan atau akhir penggal persekolahan.

Kaedah

Formal : pensel-kertas

Tidak formal : pemerhatian, soal jawab, tugasan, latihan

Dibuat secara individu atau dalam kumpulan

Dibuat secara formal ujian pensel-kertas, lisan.

Dijalankan secara berkumpulan

Selepas penilaian dijalankan

Membaiki kelemahan murid serta merta dengan mengulang semula topik pembelajaran pemulihan

Menjalankan aktiviti pengukuhan pengayaan

Menempatkan murid mengikut kumpulan pencapaian yang sesuai.

Memberikan pengiktirafan sijil, hadiah dsb.

Membaiki kurikulum / mata pelajaran