Hassan Mohd Ghazali. UPSI. 1 Oleh: Hassan Mohd Ghazali Pensyarah Komputer Grafik Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak e-mail: [email protected]. 1. Pengenalan: Topik ini lebih tertumpu kepada reka bentuk grafik dan reka bantuk digital Multimedia. Pembelajaran bidang ini dikhusus kepada teori dan praktikal. Dari aspek teori guru memerlukan perbincangan, lawatan dan kuliah. Guru perlu mencari bahan-bahan melalui sumber internet (web), buku- buku terkini dan majalah. Tumpuan adalah banyak kepada reka bentuk digital samada dalam bidang grafik konvensional atau reka bentuk menggunakan komputer (multimedia, animasi dan laman web). 2. Pengertian: 2.1. Reka bentuk Grafik: • Perkataan Grafik adalah dari perkataan Greek iaitu ‘Graphikos’ yang bermaksud: Boleh melukis dan mewarna. • Penggunaan perkataan reka bentuk grafik atau ‘graphic designer’ mula diperkenalkan oleh William Addison dalam buku bertajuk ‘DWINGGINGS’ sekitar tahun 1922. • Kamus Webstar: Grafik ialah seni halus dan seni gunaan dalam gambaran dekoratif dan tulisan atau cetakan di atas permukaan datar beserta dengan teknik dan ketukangan yang berkaitan dengannya. • Smolucha L. (1997), dalam Buku ‘ The Visual Art’ menyatakan bahawa Seni Grafik merupa perkataan yang merujuk kepada banyak cabang seni halus terutamanya dalam bidang percetakan. Dan seterusnya beliau menyarankan reka bentuk grafik adalah lebih sesuai dalam aplikasi bidang ‘commersial-industrial’ dan komunikasi visual. • Dalam buku ‘Enscylopaedia of Graphic Design+Designers’ Tulisan Alan dan Isabella menyatakan istilah reka bentuk grafik adalah merujuk kepada aktiviti yang melibatkan Tipografi, Ilustrasi, potografi, percetakan, pemujukan, informasi dan instruksi. • Pada umumnya reka bentuk grafik lebih menjurus kepada reka bentuk visual yang berkepentingan komunikasi dengan audian. KOMUNIKASI VISUAL
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Hassan Mohd Ghazali. UPSI.
1
Oleh: Hassan Mohd Ghazali Pensyarah Komputer Grafik Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak e-mail: [email protected].
1. Pengenalan:
Topik ini lebih tertumpu kepada reka bentuk grafik dan reka bantuk digital Multimedia. Pembelajaran bidang ini dikhusus kepada teori dan praktikal.
Dari aspek teori guru memerlukan perbincangan, lawatan dan kuliah.
Guru perlu mencari bahan-bahan melalui sumber internet (web), buku-buku terkini dan majalah. Tumpuan adalah banyak kepada reka bentuk
digital samada dalam bidang grafik konvensional atau reka bentuk
menggunakan komputer (multimedia, animasi dan laman web).
2. Pengertian:
2.1. Reka bentuk Grafik:
• Perkataan Grafik adalah dari perkataan Greek iaitu ‘Graphikos’ yang
bermaksud: Boleh melukis dan mewarna.
• Penggunaan perkataan reka bentuk grafik atau ‘graphic designer’
mula diperkenalkan oleh William Addison dalam buku bertajuk
‘DWINGGINGS’ sekitar tahun 1922.
• Kamus Webstar: Grafik ialah seni halus dan seni gunaan dalam gambaran dekoratif dan tulisan atau cetakan di atas permukaan datar
beserta dengan teknik dan ketukangan yang berkaitan dengannya.
• Smolucha L. (1997), dalam Buku ‘The Visual Art’ menyatakan bahawa Seni Grafik merupa perkataan yang merujuk kepada banyak
cabang seni halus terutamanya dalam bidang percetakan. Dan
seterusnya beliau menyarankan reka bentuk grafik adalah lebih
sesuai dalam aplikasi bidang ‘commersial-industrial’ dan komunikasi visual.
• Dalam buku ‘Enscylopaedia of Graphic Design+Designers’ Tulisan
Alan dan Isabella menyatakan istilah reka bentuk grafik adalah merujuk kepada aktiviti yang melibatkan Tipografi, Ilustrasi, potografi,
percetakan, pemujukan, informasi dan instruksi.
• Pada umumnya reka bentuk grafik lebih menjurus kepada reka bentuk visual yang berkepentingan komunikasi dengan audian.
KOMUNIKASI VISUAL
Hassan Mohd Ghazali. UPSI.
2
2.2. Reka bentuk multimedia:
• Perkataan Multimedia merujuk kepada komunikasi yang menggunakan audio, video, teks, grafik dan animasi yang
digabungkan dengan interaksi pengguna secara interaktif dan
dipersembahkan melalui teknologi komputer.
• Multimedia Interaktif ialah gabungan pelbagai media seperti video, teks, audio, grafik dan animasi melalui komputer. Multimedia
interaktif dikaitkan dengan maklum balas. Secara khususnya
interaktif adalah komunikasi dua hala dalam komunikasi. Interaktif ialah satu proses yang membenarkan pemprosesan maklumat yang
mendalam ke dalam minda audian.
• Reka bentuk multimedia ialah reka bentuk visual yang menggunakan komputer dihasilkan melalui yang memenuhi ciri-ciri rekabentuk grafik
yang memasukkan unsur-unsur warna, imej, tipografi, susun atur dan
audio yang membenarkan keselesaan kepada penglihatan dan
pendengaran audian.
• Animasi merupakan elemen dalam multimedia. Animasi merupakan
satu teknologi yang membolehkan imej pegun kelihatan seolah-olah
hidup, dapat digerakkan, beraksi dan bercakap. Pengolahan animasi adalah menerapkan unsur-unsur grafik dan seni halus bagi memberi
kesan ilusi pergerakan. Contohnya ialah kartun.
2.3. Elemen Visual
• Kepentingan eleman visual dalam sesuatu reka bentuk komunikasi
visual adalah amat penting. Dua elemen yang penting dalam sesuatu
reka bentuk komunikasi visual.
1. Imej/ gambar
2. Tipografi
a. Kedua-dua elemen ini menjadi faktor penyebab kepada wujudnya komunikasi visual dengan audian. Pereka bentuk akan
mempersembahkan elemen visual ini melalui:
• Poster
• Media elektronik
• Bahan cetakan
• Bilboard
• Skrin multimedia dan sebagainya
• Pereka bentuk komunikasi visual perlu peka kepada pemilihan
komponen imej dan teks dalam sesuatu reka bentuk persembahan
agar ianya menepati ciri:
• Keterbacaan
Hassan Mohd Ghazali. UPSI.
3
• Kemesraan penglihatan audian
• Menarik minat untuk melihat
• Memokus
• Untuk memberi kefahaman dalam menentukan eleman visual dalam
komunikasi visual kita bahagikan kepada tiga bentuk visual dalam
sesuatu reka bentuk:
1. Visual realistik – Visual dalam bentuk yang nyata dan
asal seperti foto, ilustrasi dan karya lukisan.
2. Visual analogik – Visual yang telah dipermudahkan dalam bentuk grafik. Kebiasaannya dilukis dalam bentuk
rajah atau symbol.
3. Visual Organizatonal – Visual ini adalah rekaan grafik yang dipermudahkan dalam bentuk flowchat, graf, peta
dan sebagainya. Kemahiran kepada pereka bentuk ini
adalah dari segi bentuk dan variasi warna yang digunakan.