1 DENDAM (SHARIZA A RAHMAN) Cerpen ‘Dendam’ ini mengisahkan hubungan kekeluargan antara kakak, adik, ibu dan ayah. Kakak dengan gelarannya Along amat membenci adiknya Angah yang mengoyakkan buku latihan Fizik yang baru dibelinya. Sebelum itu adiknya pernah menconteng buku latihan Kimia dan Geografi sehingga didenda oleh gurunya Puan Maria. Along sangat berang dan marah dengan adiknya Angah sehingga sanggup menampar pipi adiknya. Selain itu Along juga menolak adik sehingga terjatuh. Ketika Angah ingin mengadu kepada ibunya Along menjeling menyebabkan Angah tidak sempat untuk mengadu. Ketika selesai makan malam ayah mengamuk kerana kertas kerjanya telah dikoyakkan oleh adik. Ayah memarahi Along kerana tidak menjaga adiknya dan melarang dari memasuki bilik bacaan ayah. Along cuba mempertahankan diri mengatakan itu perbuatan Angah. Ibu tetap memarahi Along walaupun pelbagai alasan yang diberikan sehingga ibu melabelkan Along biadap. Ayah hanya mendiamkan diri ketika ibu dan Along berhujah. Along cuba memasang perangkap untuk mengenakan adiknya. Satu lagi peristiwa yang menyebabkan kemarahan ibu meluap-luap apabila rantai pusaka keturunannya putus. Ibu menuduh Along yang menyebabkan rantai itu putus tapi Along menafikannya. Along menuduh Angah yang menyebabkan rantai itu putus. Angah yang sering mengoyakkan kertas kerja ayah dan kemungkinan Angah juga yang memutuskan rantai ibu. Ayah mengamuk dan merotan Angah dengan menggunakan tali pinggang. Teriakan dan raungan Angah bergema di seluruh rumah. Along kesian mendengar raungan Angah kerana Along sendiri tidak pernah dipukul sebegitu. Sepanjang hari Along tidak mendengar suara tawa nakal Angah. Apabila malam larut Along memasuki kamar Angah yang sedang lena tidur. Along menyelak baju kurung Angah dan kelihatan garis-garis merah dan biru kesan daripada pukulan menggunakan tali pinggang oleh ayah. Along kesian dan sedih melihat keadaan Angah. Akhirnya Angah mengatakan bahawa dia menyimpan rahsia orang yang memutuskan rantai ibu. Along memeluk Angah kerana rasa terharu dan menyedari kasih sayang antara adik beradik. Sinopsis
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
DENDAM
(SHARIZA A RAHMAN)
Cerpen ‘Dendam’ ini mengisahkan hubungan kekeluargan antara kakak, adik, ibu dan
ayah. Kakak dengan gelarannya Along amat membenci adiknya Angah yang mengoyakkan
buku latihan Fizik yang baru dibelinya. Sebelum itu adiknya pernah menconteng buku
latihan Kimia dan Geografi sehingga didenda oleh gurunya Puan Maria. Along sangat
berang dan marah dengan adiknya Angah sehingga sanggup menampar pipi adiknya.
Selain itu Along juga menolak adik sehingga terjatuh. Ketika Angah ingin mengadu kepada
ibunya Along menjeling menyebabkan Angah tidak sempat untuk mengadu.
Ketika selesai makan malam ayah mengamuk kerana kertas kerjanya telah
dikoyakkan oleh adik. Ayah memarahi Along kerana tidak menjaga adiknya dan melarang
dari memasuki bilik bacaan ayah. Along cuba mempertahankan diri mengatakan itu
perbuatan Angah. Ibu tetap memarahi Along walaupun pelbagai alasan yang diberikan
sehingga ibu melabelkan Along biadap. Ayah hanya mendiamkan diri ketika ibu dan Along
berhujah. Along cuba memasang perangkap untuk mengenakan adiknya.
Satu lagi peristiwa yang menyebabkan kemarahan ibu meluap-luap apabila rantai
pusaka keturunannya putus. Ibu menuduh Along yang menyebabkan rantai itu putus tapi
Along menafikannya. Along menuduh Angah yang menyebabkan rantai itu putus. Angah
yang sering mengoyakkan kertas kerja ayah dan kemungkinan Angah juga yang
memutuskan rantai ibu. Ayah mengamuk dan merotan Angah dengan menggunakan tali
pinggang. Teriakan dan raungan Angah bergema di seluruh rumah.
Along kesian mendengar raungan Angah kerana Along sendiri tidak pernah dipukul
sebegitu. Sepanjang hari Along tidak mendengar suara tawa nakal Angah. Apabila malam
larut Along memasuki kamar Angah yang sedang lena tidur. Along menyelak baju kurung
Angah dan kelihatan garis-garis merah dan biru kesan daripada pukulan menggunakan tali
pinggang oleh ayah. Along kesian dan sedih melihat keadaan Angah. Akhirnya Angah
mengatakan bahawa dia menyimpan rahsia orang yang memutuskan rantai ibu. Along
memeluk Angah kerana rasa terharu dan menyedari kasih sayang antara adik beradik.
Sinopsis
2
Konflik kekeluargaan merenggangkan hubungan kekeluargaan. Hubungan Along, Angah,
ibu dan abah renggang kerana sedikit pertentangan. Along marah kepada abah dan ibu
kerana sering menyebelahi Angah.
1. Persoalan hubungan kekeluargaan.
Contoh: Hubungan yang ditunjukkan oleh watak-watak di dalam cerpen ini terutama
ketika makan. Mereka sekeluarga selalu makan bersama-sama.
2. Persoalan kebencian kepada adik.
Contoh: Along sangat membenci adiknya yang sering menconteng dan mengoyakkan
buku latihannya sehingga dimarahi gurunya.
3. Persoalan kasih sayang antara adik dan kakak.
Contoh: Pada akhir cerita Along dan Angah saling berpelukan menandakan kasih
sayang antara kedua beradik tersebut.
Permulaan
Cerpen ini dimulakan dengan Along marah apabila buku latihan Fiziknya yang baru dibeli
semalam terconteng dan terkoyak oleh Angah adiknya. Sewaktu pulang bercuti dulu buku
kerja Kimia menjadi mangsa. Along terpaksa mengorek tabung arnab untuk membeli buku
teks Geografi tetapi telah dikoyak dan diconteng oleh Angah. Along memarahi Angah kerana
perbuatannya dengan menampar pipi adiknya hingga terjatuh di atas sofa lalu menangis.
Tema
Persoalan
Plot
3
Perkembangan
Semasa hidangan makan malam ayah merungut dan memarahi Along kerana membiarkan
Angah masuk ke bilik bacaan ayah dan merenyuk dan mengoyakkan kertas kerja Ayah.
Kemarahan ayah begitu lahap oleh api dendam yang membara. Along cuba untuk membela
diri dengan mengatakan bukan dia yang melakukan. Along juga merungut kerana setiap
kesalahan adik akan ditanggung olehnya. Along memohon agar ayah dan ibu bersikap adil
padanya. Ayah dan ibu tetap memarahi Along, kerana dia adalah kakak. Along juga
melawan kata-kata ayah dan ibunya. Ibu mengatakan Along biadap kerana melawan cakap
orang tua. Manakala ayah membisu mendengar pembelaan daripada Along. Kemuncak
kemarahan , Along menghalau adiknya dari ruang tamu.
Klimaks
Klimaks cerpen ini apabila rantai mutiara ibu putus. Ibu mengamuk kerana terlalu
menyayangi rantai pusaka turun temurun itu. Ayah cuba menenangkan ibu untuk
membetulkan semula rantai yang putus tetapi tidak dihiraukan oleh ibu. Along tidak
mengaku memutuskan rantai ibu dan menuduh Angah yang memutuskannya. Angah
disebat dengan tali pinggang oleh ayah.
Peleraian
Along memasuki kamar Angah dan simpati terhadap adiknya. Angah menyelak baju kurung
dan kelihatan garis-garis merah dan biru kesan daripada sebatan tali pinggang ayah. Along
memohon kemaafan daripada Angah dan mereka berpelukan. Akhirnya, Along sedar
adiknya memerlukan kasih sayang dan perhatiannya.
Teknik Penceritaan
1. Dialog
Contoh: “Nak jadi samseng! Senang-senang koyakkan buku Along.”
“Angah Cuma tengok saja…”
2. Imbas kembali.
Contoh: Along teringatkan kisah adiknya mengoyakkan buku Geografi dan Kimianya pada cuti yang lalu.
4
3. Monolog dalaman.
Contoh: Oh Tuhan! Kejamkah aku? Adilkah aku terhadap Angah?
Along
� Cepat meradang terutama kepada adiknya.
� Sering memarahi adiknya yang melakukan kesalahan.
� Membenci adiknya kerana sering melakukan kesalahan.
� Pernah disekat wang saku perbelanjaannya ke sekolah gara-gara perbuatan adiknya yang mengoyakkan wang ayahnya.
Angah
� Gelaran Hantu Kecil yang diberikan oleh Along.
� Berwajah comel.
� Suka mengoyakkan kertas, buku, dan majalah.
� Wajahnya pucat apabila dimarahi.
� Buah hati ibu.
Abah
� Seorang yang tegas.
� Memukul adik dengan tali pinggang.
Emak
� Suka menyebelahi adik.
� Mempercayai telekan bidan mengatakan Angah membawa tuah.
Contoh: Penjuru hatiku, api dendam, keluhanku bertaburan, putik-putik dendam.
5. Personifikasi
Contoh: Hatiku dijurus lahar beracun.
6. Antomomisia (memperlihatkan sifat sesaorang)
Contoh: Hantu kecil
7. Totologi (Perulangan untuk penegasan)
Contoh: Benci. Aku benci.
Gaya Bahasa
7
1. Nilai kasih sayang
Contoh: Baru aku sedar sekarang aku ada seorang adik yang memerlukan kasih sayang dan perhatianku.
2. Nilai berdikari
Contoh: Along berdikari dengan membeli sendiri buku Geografinya yang dikoyakkan oleh Angah dengan menggunakan wang simpanan tabungnya.
3. Nilai hemah tinggi
Contoh: Walaupun dalam api kemarahan, Along masih menggunakan kata-kata yang baik untuk tidak bersetuju dengan pendapat ibu dan ayahnya.
4. Nilai hormat menghormati
Contoh: Angah amat menghormati kakaknya walaupun dibenci dan ditampar oleh kakaknya.
5. Nilai kesyukuran
Contoh: Along bersyukur kerana sedar daripada kesilapannya yang amat membenci adiknya sehinggap sanggup menampar pipi adiknya.
1. Kita harus bersabar dengan kerenah adik kita
Contoh: Apabila malam semakin larut, aku memasuki kamar Angah, sunyi. Hatiku dilanda resah. Perlahan-lahan aku menghampiri Angah yang sedang lena di katil comelnya.
2. Kita janganlah mempercayai tilikan.
Contoh: Syah dan ibu seakan percaya akan tilikan bidan yang membidankan kelahiran Angah. Aku sungguh hairan melihat ayah dan ibu masuk dalam golongan intelek, masih percaya kepada tilikan yang mengatakan Angah akan membawa tuah kepada keluarga.
Nilai
Pengajaran
8
3. Kita janganlah memperbesarkan perkara-perkara yang kecil
Contoh: Perkara macam itu pun engkau hendak besar-besarkan. Angah bukankah adik engkau.
4. Kita hendaklah mempunyai sikap sayang menyayangi antara ahli keluarga.
Contoh: Aku mengangguk sambil memeluk dan mencium pipi Angah. Buat pertama kali ini aku aku memeluk dan mengucupinya.
5. Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang terhadap kita. Contoh: Along dan Angah saling bermaafan antara satu sama lain.
1. Nyatakan pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas?
“Angah maafkan Along”.
2. Apakah nilai yang terdapat dalam petikan di atas?
“Angah boleh simpan rahsia. Angah tak bohong. Angah tak susahkan Along. Along sayang Angah tak?’
Jawapan
1. Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang terhadap kita.
2. Nilai kasih sayang, kebersihan fizikal dan mental, dan hemah tinggi.
Latihan
1
CAPA RENGAT
(BAHARUDDIN KAHAR)
Cerpen “Capa Rengat” mengisahkan seorang remaja yang ingin merasai kehidupan di
kampung ibunya. Pada waktu petang, “Aku” akan mengikut bapa saudaranya Pak Cik Kinto,
ke bukit-bukit di keliling kampung untuk menyedut udara segar dan menembak burung-
burung serta menjengah ikan-ikan di sungai. Hubungan Pak Cik KInto dan “Aku” seperti
belangkas.
Pada sebelah petangnya, “Aku” tidak dapat ke mana-mana kerana Pak Cik Kinto
pergi untuk berurusan dengan peguam. Ibu “Aku” pula berasa bosan tinggal lebih lama di
kampung. “Aku” mengambil keputusan merayau-rayau di sekeliling kampung. Ketika lalu di
sebidang paya, “Aku” melihat lima orang anak muda sedang bermain di bahagian tepi paya.
Seorang budak perempuan, Su mengajak “Aku” bermain bersama-sama mereka.
Permainan yang dimainkan begitu janggal dan “Aku” berasa kekok pada permulaannya
tetapi kemesraan budak-budak kampung menghilangkan rasa kekok “Aku”. Akhir sekali,
“Aku” diajak bermain rumah katak. Setiap kali rumah katak “Aku” siap dibina, Su akan
memecahkannya.
“Aku” cuba menangkap Su kerana mempersenda-senda kebolehan “Aku”. Rupa-
rupanya, Su begitu lincah meniti batang dan melompat hingga ke seberang paya. Tanpa
diduga, Su menghampiri “Aku” dan menghadiahkan sekuntum bunga Capa Rengat atau
bunga melur hutan yang berbau wangi. Kami seolah-olah dibuai perasaan apabila
berganding bahu menyiapkan rumah katak dalam kota buatan.
Tiba-tiba, ketika “Aku” dan Su asyik membina jalan menuju pintu masuk kota buatan,
seorang budak lelaki berumur lapan tahun menjerit nama Su. Su terpaksa pulang ke rumah
dengan segera. “Aku” mengenal pasti Su mempunyai seorang ibu tiri yang bengis daripada
kawan-kawan sepermainan. Budak yang memanggilnyaSu itu ialah adik tirinya.
Pada sebelah malamnya, “Aku” tidur dengan nyenyak. Bunga Capa Rengat
diletakkan di dalam botol berisi air. “Aku” ingin merasai kesegaran bau wangi Capa Rengat
dalam tidur.
Sinopsis
2
Setelah sehari berada di kampung , ibu memutuskan siri lawatan ke kampung
dipendekkan. Pak Cik Kinto dan Mak Cik Kinto meminta ibu memanjangkan tempoh di
kampung tetapi ibu mendesak-desak untuk pulang. “Aku” berasa terharu untuk
meninggalkan kampung dan kesayuan hatiku makin mendayu-dayu.
Dalam keadaan separuh sedar , “Aku” bertanyakan kepada ibu tentang
kesediaannya untuk pulang ke kampung semula. Malangnya, ibu melahirkan ketegasan
untuk tidak pulang ke kampung lagi kerana urusan tanah dan rumah pusaka sudah selesai.
Keputusan ibu membuatkan “Aku” sedih apabila “Aku” terpandang bunga Capa Rengat yang
sudah layu dan terkenangkan wajah Su.
Perasaan cinta pada kehidupan dan suasana di kampung. “Aku” telah mengalami
pengalaman yang menarik hidup di kampung. Contohnya, semasa “Aku” mengikut Pak Cik
Kinto menembak burung dan menyedut udara pergunungan yang segar.
1. Persoalan perasaan cinta sesama manusia melangkaui budaya.
Contoh: Aku yang berasal dari bandar menyukai Su yang tinggal di kampung yang jauh dari arus pembangunan.
Contoh: Kemesraan yang ditunjukkan oleh Su kepada aku menyebabkan aku amat suka tinggal di kampung hingga sukar untuk melupakan kampung walaupun pada asalnya aku amat tidak selesa berada di kampung.
3. Persoalan menghargai keaslian alam sebagai anugerah Tuhan.
Contoh: Dapat dilihat pada watak aku yang nenghargai dan menjaga Capa Rengat yang diberikan oleh Su.
4. Persoalan mengenang kembali tempat asal usul.
Contoh: Su seronok mandi sungai dan bermain ‘kota Buatan’ tempat asal ibunya.
Tema
Persoalan
3
Permulaan
Aku pulang ke kampung bersama-sama dengan ibunya untuk menguruskan tanah pusaka
dan rumah pusaka. Mereka berdua tinggal di rumah Pak Cik Kinto, bapa saudara “Aku”.
Pada waktu pagi, Pakcik Kinto melayani “Aku” dengan membawanya berjalan-jalan di bukit
sekeliling kampung.
Perkembangan
Pada sebelah petang, “Aku” merayau-rayau di sekeliling kampung kerana Pak Cik Kinto ke
kota untuk berurusan dengan peguam. “Aku” bertemu dengan sekumpulan budak kampung
yang sedang bermain di tepi paya. Salah seorang budak perempuan kampung yang
bernama Su mengajak “Aku” bermain bersama-sama dengan mereka. Ketika bermain, Su
telah memberikan Aku sekuntum bunga Capa Rengat (melur hutan). Kerana leka bermain,
Su dipanggil pulang oleh adik lelaki tiri nya pulang ke rumah. “Aku” pulang ke rumah dan
meletakkan bunga Capa Rengat dalam botol berisi air.
Klimaks
Keesokan paginya, “Aku” dikejutkan dengan keputusan ibu untuk pulang ke kota. “Aku”
berasa sedih dengan keputusan ibu kerana baru hendak merasai kenikmatan suasana
kampung.
Peleraian
“Aku” pulang ke kota dengan kenangan yang indah hasil pemberian bunga Capa Rengat
daripada Su, seorang gadis kampung.
Teknik Penceritaan
Cerita disusun mengikut kronologi urutan masa. 1. Pemerian
Contoh: Kami menyedut udara pergunungan yang segar. Kami melihat burung-burung berterbangan. Di samping itu, Pak Cik Kinto tidak pernah lupa membawa senapang patahnya, kalau-kalau bertemu denak.
Plot
4
2. Dialog
Contoh: “Cantik,ya !” kata budak perempuan itu.
“Cantik, “ jawabku pendek sambil merenung matanya yang jernih ghairah itu.
3. Kejutan
Contoh: Adik tiri Su muncul dan memanggil Su pulang semasa “Aku” sedang bermain dengan Su dan kawan-kawannya.
“Aku”
� Seorang anak remaja
� Menghargai alam sekitar
� Proaktif dan cergas
� Mempunyai pandangan bernas
� Berfikiran positif
Ibu
� Pertengahan usia
� Tegas dengan pendirian
� Sikap terburu-buru membuat keputusan
� Prihatin terhadap orang lain
� Berperilaku mesra
Su
� Budak perempuan awal remaja
� Bersikap periang
� Aktif dan cergas
� Bijak mengolah keadaan
� Taat kepada ibu
Watak dan Perwatakan
5
Pakcik Kinto
� Bapa saudara “Aku”
� Mahir selok-belok di kampung
� Mempunyai kemahiran menembak
� Ikhlas melayani tetamu
� Melaksanakan urusan dengan cekap
Masa
Cerita berlatarkan masa sehari “Aku” tinggal di kampung. Peristiwa-peristiwa diolah oleh
pengarang merentasi waktu pagi, petang, dan malam.
� Pagi – “Aku” dan ibu bertolak pulang ke bandar setelah seharian berada di kampung.
� Petang – “Aku” dibawa oleh Pak Cik Kinto ke bukit di belakang rumah Pak Cik Kinto
untuk menikmati pemandangan dan menyedut udara segar di situ.
� Malam – “Aku” tidur dengan nyenyak kerana terlalu letih setelah seharian bermain
dengan budak-budak kampung.
Tempat
Latar tempat cerita berkisar di sebuah perkampungan Melayu yang berlatar belakang bukit-
bukau dan tanah paya
� Bukit di belakang rumah Pak Cik Kinto – tempat Pak Cik Kinto membawa “Aku”
bersiar-siar untuk menikmati pemandangan dan menyedut udara segar di situ.
� Paya – tempat kanak-kanak kampung berenang dan bermain di tepinya.
� Rumah Pak Cik Kinto – tempat “Aku” dan ibu bermalam ketika pulang ke kampung.
Masyarakat
1. Masyarakat bandar
Contoh: Diwakili oleh watak aku yang berasal dan dibesarkan di bandar begitu kekok waktu mula-mula sampai di kampung.
2. Masyarakat kampung
Contoh: Pak Cik Kinto yang sering ke hutan untuk berburu.
Latar
6
3. Masyarakat yang berpegang teguh pada ajaran Islam
Contoh: Ibu membetulkan tudungnya yang ditiup angin supaya melindungi rambutnya
kerana untuk menutupi aurat.
4. Masyarakat yang menghargai alam sekitar
Contoh: Su sangat mengenali alam kampungnya dan menyukainya serta menghadiahkan aku bunga Capa Rengat.
5. Masyarakat yang suka berburu
Contoh: Pak Cik Kinto sering berburu di hutan.
1. Kata Ganda Contoh: Tiba-tiba, seolah-olah, bukit-bukit, kadang-kadang, baik-baik 2. Anafora Contoh: Mengapa jadi sayu? Mengapa jadi kesepian? 3. Inversi (Keterbalikan ayat)
Contoh: Demi memandang gunung-ganang dan padang belukarnya yang subur itu, segala rasa kesepian itu hilang. Sepatutnya. Segala rasa kesepian itu hilang apabila memandang gunung-ganang dan padang belukarnya yang subur itu.
4. Personifikasi Contoh: Melahirkan sinar cemburu. 5. Simile Contoh: Seperti ada sesuatu yang memukul-mukul hatiku. 6. Simpulan bahasa Contoh: Seperti belangkas
1. Nilai keberanian
Su berani untuk meniti di atas sebatang tiang untuk menyeberang sungai yang dalam.
2. Nilai hemah tinggi
Su dan rakan-rakanya menegur aku dan mengajak aku bermain bersama mereka walaupun baru pertama kali berjumpa.
Gaya Bahasa
Nilai
7
3. Nilai kerajinan
Pak Cik Kinto rajin untuk membawa aku berburu bagi mendapatkan rezeki.
4. Nilai kerjasama
Su dan aku bekerjasama membina rumah katak semasa bermain.
1. Kita hendaklah menghargai alam sekitar.
Pak Cik Kinto dan aku menghargai keindahan alam sekitar semasa pergi berburu di hutan.
2. Kita hendaklah menghargai persahabatan.
Contoh: Aku menghargai persahabatan dengan Su dan sanggup menjaga bunga Capa Rengat yang diberi oleh Su kepadanya.
3. Kita hendaklah menyemaikan kasih sayang antara keluarga.
Contoh: Aku menyayangi Pak Cik Kinto bapa saudaranya walaupun baru saja mengenalinya.
4. Hendaklah kita bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara yang sukar.
Contoh: Su,aku dan rakan-rakannya bekerjasama membina rumak katak dan jalan ke rumah katak.
1. Apakah gaya bahasa yang terdapat dalam petikan di bawah?
“Cantik,ya !” kata budak perempuan itu.
“Cantik,” jawabku pendek sambil merenung matanya yang jernih ghairah itu.
2. Nyatakan nilai yang terdapat dalam petikan di bawah?
“Hei…! Nanti kau jatuh!” aku berseru demi melihat tangannya tergewang-gewang meniti batang.
Pengajaran
Latihan
8
Jawapan
1. Sinkof - Jawabku
Anafora pengulangan kata cantik, cantik
2. Nilai keberanian dan kerjasama
1
ANAK PENGGUNTING RAMBUT
( NOR HIDAYAH ASARI)
Cerpen “Anak Penggunting Rambut” mengisahkan seorang ayah yang mempunyai seorang
anak perempuan yang bernama Manisah. Manisah merupakan seorang anak yang
berambut pendek seperti kanak-kanak lelaki dan mempunyai nama panggilan, Manis.
Wajahnya comel dan suka tersenyum walaupun sedang sakit. Ayah berasa Manis lebih baik
berambut pendek kerana dia selalu pening dan pitam.
Manis bangga mempunyai ayah yang bekerja sebagai tukang gunting rambut
walaupun ayah sudah berusia enam puluh lima tahun. Kerana kebanggaan itu, rambut
Manis akan digunting oleh ayah sehingga mencecah usia remaja. Ayah Manis terkenal
dengan panggilan Mat Gunting di Kampung Batu 25, Bagan Datoh. Apabila ayah diterima
menjadi peneroka FELDA, beliau mengambil upah menggunting rambut setelah pulang dari
ladang.
Ketika Manis berada di tadika, kawan-kawannya sering mentertawakan pekerjaan
ayahnya sebagai penggunting rambut. Namun demikian, ayah akan menceritakan
kesusahannya mencari rezeki di kampung dengan melakukan banyak pekerjaan termasuk
menggunting rambut meskipun pendapatannya tidak seberapa. Ayah juga menceritakan
rezeki sebagai penggunting rambut sudah sebati dengan hidupnya sejak kali pertama
belajar menggunting rambut.
Manis sangat suka berambut pendek. Bagi Manis, rambut pendek telah membawa
kemenangan yang bermakna dalam hidupnya ketika berada di tadika. Sejak itu, Manis
selesa dengan berambut pendek dan ayah terpaksa menuruti kemahuannya. Kebanyakan
orang berpendapat bahawa ayah telah membentuk peribadi Manis berperwatakan lelaki
disebabkan rambutnya yang pendek. Namun begitu, ayah menyenanginya apatah lagi
Manis menghargai titik peluh ayah sebagai tukang gunting. Selepas kematian isterinya, ayah
sibuk mengambil alih tugas di dapur dan menjaga anak-anaknya hingga terlupa
menggunting rambut Manis.
Sinopsis
2
Ayah akan mengenakan upah menggunting rambut sebanyak lima puluh sen untuk
kanak-kanak dan seringgit untuk orang dewasa. Wang upah tersebut dikelakkan dalam
bekas kelengkapan gunting rambut dan disangkut pada dinding. Ayah tahu Manis selalu
mengambil antara dua puluh sen atau tiga puluh sen wang upah tersebut tetapi tidak
memarahinya apabila mengetahui wang tersebut digunakan untuk membeli keropok lekor di
kantin. Setelah menyedari wang belanja sekolah Manis tidak mencukupi, ayah telah
menambahnya dengan syarat Manis tidak boleh lagi mengambil wang upah gunting tanpa
kebenarannya.
Manis akan menunggu ayah pulang dari ladang sambil mengaturkan masa
pelanggan yang datang. Apabila ayah pulang dari ladang, biasanya terdapat dua atau tiga
orang pelanggan yang menanti kepulangannya. Manis akan membantu tugas-tugas lain
seperti menyapu dan mengumpulkan rambut serta menyediakan cangkul untuk menggali
lubang bagi menanam rambut-rambut yang digunting.
Di alam sekolah menengah, Manis masih berambut pendek walaupun dicemburui
oleh ramai pelajar senior. Pada waktu cuti hujung bulan, Manis akan meminta ayahnya
menggunting rambutnya mengikut gaya yang baru. Akhirnya, imej Manis berambut pendek
telah menjadi ikutan rakan-rakannya tetapi tidak disenangi oleh warden asramanya.
Apabila meningkat dewasa, Manis menyambung pelajarannya di Kuala Lumpur.
Sepanjang pengajiannya di universiti, Manis jarang-jarang pulang ke kampung. Manis cuma
menelefon ayahnya dengan memberikan pelbagai alasan untuk tidak pulang ke kampung.
Pada suatu hari, ayah mendapat panggilan telefon kecemasan daripada kawan
Manis yang menyatakan Manis sakit dan berada di hospital. Manis disahkan menghidap
leukemia sama seperti penyakit ibunya. Hati ayah menjadi sebak apabila mengusap helaian
dan gumpalan rambut Manis yang gugur daripada kulit kepalanya. Kepala Manis kini sudah
separuh botak.
Doktor memberikan harapan tipis untuk Manis hidup dalam tempoh beberapa bulan
sahaja. Namun begitu, Allah lebih sayangkan Manis. Dia menghembuskan nafas terakhirnya
di atas ribaan ayah. Pada akhir kalimat yang diucapkan oleh Manis kepada, ayahnya, masih
terngiang-ngiang di telinga ayahnya betapa sehelai rambut Manis amat bermakna dan
Manis tidak mampu menyimpannya lagi.
3
Kasih sayang ayah terhadap anaknya. Ayah yang bekerja sebagai tukang gunting
menyayangi anaknya, Manis dengan memenuhi kehendak anaknya untuk bergunting
rambut hingga ke akhir hayat anaknya.
1. Persoalan berdikari untuk meneruskan kehidupan.
Contoh: Ayah meneruskan kehidupan menjaga Manisah setelah kematian isterinya.
2. Persoalan prihatin dengan masalah.anak.
Contoh: Ayah menambah wang saku anaknya setelah wang saku yang diberi tidak mencukupi untuk perbelanjaan harian di sekolah.
3. Persoalan menerima takdir Tuhan dengan tabah dan tenang.
Contoh: Ayah dan anak-anaknya redha menerima kematian Manisah akibat penyakit Leukemia.
4. Persoalan mementingkan ilmu pengetahuan sebagai penyuluh hidup.
Contoh: Manisah sanggup meninggalkan keluarga di kampung untuk menyambung pelajaran di bandar.
Permulaan
Pengarang memulakan cerita dengan memperkenalkan watak ayah sebagai tukang gunting
yang dikagumi oleh anak perempuannya, Manis. Pekerjaan ayah sebagai tukang gunting
bermula dengan kerja sampingan tetapi akhirnya menjadi tersohor di Bagan Datoh. Manis
pula menjadi pelanggan ayahnya dengan gaya guntingan rambut pendek.
Tema
Persoalan
Plot
4
Perkembangan
Manis berbangga dengan kerjaya ayahnya, sebagai tukang gunting walaupun diketawakan
oleh kawan-kawannya. Kesetiaan Manis menemani ayahnya waktu bergunting rambut telah
dikagumi oleh ayahnya. Manis mempunyai prinsip untuk mempertahankan rambut
pendeknya walaupun sudah bersekolah menengah dan ditegur oleh warden asramanya.
Setelah melanjutkan pelajarannya di peringkat universiti, Manis tidak pulang ke kampungnya
dan hanya sekadar menelefon ayahnya sahaja.
Klimaks
Manis disahkan menghidap penyakit leukemia oleh doktor. Dia hanya boleh hidup selama
beberapa bulan sahaja. Ayah tersentuh hatinya apabila menerima perkhabaran itu
Peleraian
Penyakit leukemia Manis bertambah parah. Manis akhirnya meninggal dunia. Ayah
menerima suratan takdir Allah dengan mengenang kembali makna sehelai rambut Manis
yang gugur akibat penyakit leukemia.
Teknik Penceritaan
Cerita disusun mengikut kronologi urutan masa.
1. Dialog
Contoh: “Mengapa abah teruskan juga menjadi pengunting rambut bila dah sampai ke sini?”
2. Imbas kembali
Contoh: Aku masih ingat kali pertama dia ke tadika. Dia menangis.
3. Monolog Dalaman
Contoh: Kau tak rindukan pisau cukur yang pernah tergores di leher jinjangmu. Manis sudah lapan bulan abah tidak menggunting rambutmu.
5
Ayah
� Sudah berusia lewat 60-an.
� Seorang bapa tunggal.
� Rajin bekerja untuk menyara keluarganya.
� Tabah menjalankan tugasnya sebagai tukang gunting.
� Memiliki bakat dan kepandaian menggunting rambut.
� Hidup menduda setelah kematian isteri.
Manisah (Manis)
� Memiliki raut wajah yang comel.
� Berpendirian tegas dan sanggup menghadapi risiko.
� Berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam bidang pelajaran.
� Rajin membantu orang lain.
� Gemar berambut pendek.
Masa
� Petang – Ayah menanam rambut Manis di dalam satu lubang kecil selepas kematian
Manis.
� Subuh – waktu Manis meninggal dunia kerana penyakit leukemia.
� Waktu siang – waktu ayah bekerja di ladang, di kedai gunting rambut, dan Manis
pergi ke sekolah.
Tempat
� Kampung Batu 25, Bagan Datoh – kampung asal ayah sebelum berpindah ke tanah
rancangan FELDA.
Watak dan Perwatakan
Latar
6
� Tanah rancangan FELDA – tempat ayah merantau untuk mencari penghidupan yang
lebih baik.
� Tadika – Manis dan kumpulannya mengambil bahagian dalam acara membawa
bakul kacang di atas kepala dan memenangi acara tersebut.
� Asrama – Manis tinggal di asrama semasa bersekolah menengah.
� Hospital – tempat Manis dirawat kerana penyakit leukemia.
Masyarakat
� Masyarakat yang mementingkan sikap berdikari untuk kelangsungan hidup.
Contoh: Ayah yang berdikari mendidik anak-anaknya setelah kematian isterinya.
� Masyarakat peneroka FELDA yang dapat mengusahakan kerja sampingan.
Contoh: Ayah menjadi peneroka dan meninggalkan kampung halamannya.
� Masyarakat yang berani mempertahankan risiko.
Contoh: Ayah mempertahankan tindakannya memotong rambut Manisah hingga pendek walaupun dikritik orang kampung.
� Masyarakat yang menerima takdir Tuhan dengan tabah
Contoh: Ayah dan abang menerima takdir kematian Manisah dengan redha.
1. Sinkope
Contoh: Kau degil tetapi cepat menangis.
2. Kata Ganda
Contoh: Sampah-sarap, rakan-rakan, awal-awal,
3. Simile
Contoh: Seperti Busut Hitam
4. Personifikasi
Contoh: Jari-jemari abah ini seperti menari-nari sendiri
Gaya Bahasa
7
1. Nilai keberanian.
Contoh: Manisah berani berambut pendek walaupun telah dipanggil dan ditegur oleh guru.
2. Nilai berdikari
Contoh: Ayah berdikari dalam mendidik anak-anak selepas kematian isterinya.
3. Nilai semangat bermasyarakat
Contoh: Ayah sanggup meneruskan kerja menggunting rambut kepada peneroka dan anak peneroka walaupun bayarannya rendah.
4. Nilai kasih sayang
Contoh: Ayah sangat menyayangi Manisah sejak dari kecil hingga dewasa.
5. Nilai kerajinan
Contoh: Ayah rajin bekerja di ladang dan juga sebagai tukang gunting rambut pada sebelah petangnya. Manisah juga rajin menolong ayahnya membersihkan tempat menggunting rambut.
1. Kita hendaklah menerima ketentuan Allah
Ayah menerima ketentuan Allah yang mengambil nyawa isterinya dan juga nyawa anaknya Manisah lebih awal.
2. Kita hendaklah mendidik anak dengan sempurna.
Ayah mendidik anak-anaknya dengan baik walaupun tanpa isteri yang telah meninggal dunia.
Nilai
Pengajaran
8
3. Kita hendaklah bersangka baik terhadap jiran.
Orang kampung memahami mengapa ayah memotong rambut Manisah hingga pendek.
4. Kita hendaklah rajin belajar walaupun berjauhan dengan keluarga.
Manisah rajin belajar sehingga masuk universiti walaupun berjauhan dengan keluarganya.
1. Apakah pengajaran yang terdapat dalam petikan di bawah?
“ Bagaimanapun ajal dan maut kuasa Allah. Allah lebih sayangkan Manis. Subuh itu Manis menghembuskan nafasnya yang terakhir di ribaanku.”
2. Nyatakan gaya bahasa yang terdapat dalam petikan di bawah?
“Abah hanya mahu merindumu, Manis.”
3. Nyatakan 3 perwatakan abah dalam petikan di atas?
“Abah saya tukang gunting rambut. Masa muda, orang kampung panggil abah Mat Gunting. Abah saya cukup terkenal di kampung Batu 25, Bagan Datoh.”
Jawapan
1. Kita haruslah menerima takdir Ilahi.
2. Gaya bahasa sinkope, contoh merindumu.
3. Tukang gunting rambut, nama gelaran Mat Gunting, Pernah tinggal di Kampung Batu 25, Bagan Datoh, dan terkenal di Kampung Batu 25.
Latihan
1
GEMA SEPI GADIS GENIUS
(AZMAH NORDIN)
Basirah merenung berbelas-belas komputer di Makmal Perdana. Namun tiadapun
daripadanya berjudul program ‘antibusut’. Dalam keadaan fikirannya yang sedang kusut,
Basirah terkenang akan kakaknya, Hanani semasa mereka masih kecil lagi, semasa Hanani
di tadika sehinggalah Basirah melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Komputer. Banyak
perbezaan antara mereka berdua.
Selain itu, Basirah juga teringat akan ayahnya yang sentiasa sibuk. Basirah
menjalani praktikal dengan menduduki jawatan timbalan pengurus makmal sistem
komputer Makmal Perdana. Seperti kebiasaan, Basirah tercabar dengan masalah ‘busut’
yang dilonggokkan oleh pengurus makmalnya. Basirah bersemuka dengan teman-
temannya, para timbalan pengurus. Basirah membentangkan masalah busut. Namun, dia
dikritik. Ada ketikanya Basirah berasa sebak tetapi dia tidak akan menganggap kritikan
sebagai jemputan untuk bertinju, sebaliknya sebagai satu alternatif.
Oleh itulah, dia telah membuka buku log untuk merekod penceroboh. Basirah terkejut
apabila penceroboh menyelongkar segala-galanya yang berkaitan dengan ketenteraan.
Oleh itu, Basirah telah membawa masalah tersebut kepada teman sejawatnya. Basirah
menganggap penceroboh tersalah sasaran. Sasaran penceroboh untuk menembusi saluran
internet di Makmal Perdana Kebangsaan Labuan atau MPKL. Di sini berlaku perbezaan
pendapat antara Basirah dengan rakannya. Akhirnya Basirah membuat ujikaji dengan
menggunakan alat osiloskop bagi menentukan jarak antara makmal dengan penceroboh.
Lamunan Basirah terhenti apabila pintu yang terkuak berbunyi. Beberapa remaja tersembul
di muka pintu makmal. Kakaknya datang membawa kek dan mengucapkan selamat hari
jadi. Basirah cukup terharu.
Selepas itu, sekali lagi, osiloskop dipasang untuk mengesan gema pangilan dari luar.
Ketika mereka sibuk mengesan gema, tiba-tiba penceroboh membuat panggilan di
komputer-komputer makmal. Belum sempat dia memberi amaran agar berwaspada
terhadap penyelia khususnya, penceroboh sudah lenyap dari skrin komputernya. Hanani
yang ada pada ketika itu menyarankan menggunakan umpan untuk menembusi tembok
Sinopsis
2
penceroboh. Hanani tersipu malu. Basirah menghubungi pensyarahnya tentang
perkembangan terbaru. Selang beberapa minit, umpan mengena.
Basirah telah menerima ucapan tahniah atas kejayaan menyekat penceroboh.
Akhirnya, Basirah menyaksikan impian untuk masa depan yang tidak pernah diimpikan
selama ini menjadi kenyataan yang indah.
Kepintaran seorang remaja dalam menangani masalah pengguna jahil (hacker) komputer.
1. Persoalan kepintaran remaja dalam usia muda boleh menangani masalah penceroboh komputer. Contohnya: Basirah dapat menangkap penceroboh yang menyelusup sistem di makmal.
2. Persoalan kebolehpercayaan majikan untuk menerima remaja bekerja dalam bidang
berkemahiran tinggi.
3. Contoh: Hari pertama dia dihantar menjalani praktikal oleh pusat pengajian tinggi.
4. Persoalan kasih sayang antara adik beradik yang berbeza dari segi kepintaran.
Contohnya: Hanani dan Basirah berbeza dari segi kepintaran iaitu Basirah mahir dalam
bidang komputer manakala Hanani mahir dalam bidang kesenian dan kesasteraan.
Permulaan
Basirah merenung berbelas-belas komputer di Makmal Perdana. Namun tiadapun
daripadanya berjudul program ‘antibusut’. Dalam keadan fikirannya yang sedang kusut,
Basirah terkenang akan kakaknya, Hanani semasa mereka masih kecil lagi, semasa Hanani
di tadika sehinggalah Basirah melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Komputer. Banyak
perbezaan antara mereka berdua. Selain itu, Basirah juga teringat akan ayahnya yang
sentiasa sibuk.
Tema
Persoalan
Plot
3
Perkembangan
Basirah menjalani praktikal dengan menduduki jawatan timbalan pengurus makmal sistem
komputer Makmal Perdana. Seperti kebiasaan, Basirah tercabar dengan masalah ‘busut’
yang dilonggokkan oleh pengurus makmalnya. Basirah bersemuka dengan teman-
temannya, para timbalan pengurus. Basirah membentangkan masalah busut. Namun, dia
dikritik. Ada ketikanya Basirah berasa sebak tetapi dia tidak akan menganggap kritikan
sebagai jemputan untuk betinju, sebaliknya sebagai satu alternatif. Oleh itu, dia telah
membuka buku log untuk merekod penceroboh.
Klimaks
Basirah terkejut apabila penceroboh menyelongkar segala-galanya yang berkaitan dengan
ketenteraan. Oleh itu, Basirah telah membawa masalah tersebut kepada teman sejawatnya.
Basirah menganggap penceroboh tersalah sasaran. Sasaran penceroboh untuk menembusi
saluran internet di Makmal Perdana Kebangsaan Labuan atau MPKL. Di sini berlaku
perbezaan pendapat antara Basirah dengan rakannya. Akhirnya Basirah membuat ujikaji
dengan menggunakan alat osiloskop bagi menentukan jarak antara makmal dengan
penceroboh. Dengan bantuan pensyarahnya, kakaknya, iaitu Hanani dan rakan-rakan
Hanani, mereka berjaya mengesan penceroboh tersebut.
Peleraian
Basirah telah menerima ucapan tahniah atas kejayaan menyekat penceroboh. Akhirnya,
Basirah menyaksikan impian untuk masa depan yang tidak pernah diimpikan selama ini
menjadi kenyataan yang indah.
Teknik penceritaan
1. Deskriptif (pemerian)
Contoh: Dia teringatkan ayahnya yang datang dan pergi macam angin, meninggalkan
mereka di bawah jagaan pembantu rumah (m/s 4)
2. Monolog dalaman- Baiklah! Bisik hatinya, juga tegas. Dia terfikirkan sesuatu (m/s 10)
3. Imbas kembali
Contoh: Seingatnya, sewaktu Hanani baru menjejaki tadika biasa dulu, Basirah sudah
pun lulus peperiksaan untuk memasuki sekolah kanak-kanak pintar yang terletak di
pinggir bandar meninggalkan mereka di bawah jagaan pembantu rumah (m/s 4).
4
4. Imbas muka
Contoh: Hanani terus menghadapi masa hadapan dengan tenang dan tabah (m/s 17)
1. Watak utama
Basirah
� Anak kepada seorang ahli perniagaan dan berusia 14 tahun.
� Anak kedua daripada dua beradik, kakaknya bernama Hanani.
� Siswi dalam jurusan Sains Komputer.
� Diterima membuat amali di Makmal Perdana di pusat bandar Kota Kinabalu.
� Seorang yang pintar dalam bidang komputer.
2. Watak sampingan
Hanani
� Anak sulung kepada ahli perniagaan dan baru berusia 16 tahun.
� Kakak kepada Basirah.
� Seorang yang lincah dan kreatif.
� Suka mengambil berat akan adiknya.
� Mempunyai ramai kawan.
� Seorang yang suka kegiatan rekreasi.
Masa
� Siang – Basirah menjalani latihan amali di makmal sistem komputer di Makmal
Perdana
� Malam – Hanani berbual-bual dengan Basirah di rumah
� Hari minggu – Basirah terpaksa menyelesaikan kerjanya yang banyak di
makmal sistem komputer, Makmal Perdana
Watak dan Perwatakan
Latar
5
Tempat
� Makmal sistem komputer di Makmal Perdana – tempat Basirah menjalani latihan
amali tahun akhir jurusan Sains Komputer
� Pusat bandar Kota Kinabalu – tempat letaknya Makmal Perdana
� Sekolah kanak-kanak pintar – tempat Basirah belajar semasa zaman kanak-
kanak
� Institusi pengajian tinggi di Semenanjung – tempat Basirah belajar sebagai siswi
jurusan Sains Komputer
Masyarakat
� Masyarakat yang celik komputer – Basirah, pekerja di makmal sistem komputer,
Makmal Perdana, dan rakan-rakan Hanani mahir menggunakan komputer
� Masyarakat terpelajar – Basirah merupakan sisiwi tahun akhir jurusan Sains
Komputer di sebuah institusi pengajian tinggi
� Masyarakat remaja yang gemar akan aktiviti rekreasi – Hanani dan rakan-
rakannya mengikuti aktiviti rekreasi seperti berdiskusi sastera di pantai,
berkayak, dan mendaki gunung
1. Metafora
Contoh: Meniti buih di jeram (m/s 3), mata fikir (m/s 2)
2. Diksi
Bahasa Inggeris - hyperintelligent (m/s2), the exterminator (m/s 8)
Bahasa IT - Sotware (m/s 1), user (m/s 1), hacker (m/s 2)
Istilah Sains - Osiloskop (m/s 11)
3. Hiperbola
Contoh: Menggunung secara halimunan juga (m/s 9)
4. Sinkope
Contoh: Dah (Sudah), Kak (Kakak)
Gaya Bahasa
6
5. Simplok
Contoh: Dipuji macam bidadari
Contoh: Draikan macam puteri (m/s 16)
6. Perlambangan
Contoh: Busut
1. Nilai kasih sayang
Kakaknya menatang sebuah kek yang comel ke dalam makmal sempena hari jadi
Basirah yang ke-14.
2. Nilai berusaha
Basirah telah berusaha menyekat penceroboh komputer sehingga telah berjaya.
3. Nilai bertanggungjawab
Basirah bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan kepadanya.
1. Kita hendaklah mempunyai perasaan kasih sayang antara adik beradik walaupun
mempunyai tahap kepintaran yang tidak sama.
2. Kita hendaklah berusaha sedaya upaya apabila melakukan sesuatu pekerjaan.
3. Kita hendaklah bertanggungjawab atas apa yang diberikan kepada kita.
1. Apakah tema cerpen ‘Gema Sepi Gadis Genius?’
2. Nyatakan nilai-nilai yang terdapat di dalam cerpen ini serta buktikan.
3. Bincangkan pengajaran-pengajaran yang boleh diambil daripada cerpen ini.
Nilai
Pengajaran
Latihan
7
Jawapan:
1. Tema cerpen Gema Sepi Gadis Genius adalah kepintaran seorang remaja dalam
menangani masalah pengguna jahil (hacker) komputer. 2. Nilai-nilai yang terdapat dalam cerpen ini adalah tanggungjawab, contohnya Basirah
berasa bertanggungjawab untuk menghalang penceroboh yang menembusi saluran internet di Makmal Perdana Kebangsaan Labuan atau MPKL. Nilai kasih sayang juga ditonjolkan apabila kakak Basirah iaitu Hanani mengingati hari jadinya dengan membawa kek harijadi.
3. Pengajaran yang terdapat dalam cerpen ini ialah kita hendaklah menjalankan tugas
dengan penuh amanah dan dedikasi.
1
MAAF KUPINTA
(REJAB FI)
Fauzi seorang anak yang kematian ayah tinggal bersama-sama dengan ibu dan ayah tirinya.
Ayah tirinya sangat mengongkong kehidupannya. Ayah tirinya tidak membenarkan Fauzi
menonton televisyen terutama acara hiburan dan filem-filem. Ayahnya hanya membenarkan
Fauzi menonton televisyen untuk rancangan berita ataupun hal ehwal semasa. Bapa tirinya
juga mengongkong perjalanan hidupnya. Ayah tirinya juga tidak mengizinkan Fauzi pulang
ke rumah terlalu lewat malam dan sering mengambil tahu dengan siapa Fauzi berkawan.
Satu peristiwa telah menimpa hidup Fauzi, Kepala Fauzi berbenjol kerana terjatuh
dan terhantuk pada tiang. Fauzi lari menaiki basikal ke rumah neneknya. Dia benci dan
marah kepada ayah tirinya. Setelah lama tinggal di rumah neneknya, ayah dan ibunya
berbincang untuk menghantar Fauzi ke asrama. Cikgu Zainuddin, Kaunselor sekolah telah
membantu bagi membolehkan Fauzi tinggal di asrama.
Semasa di asrama Fauzi sering dilawati oleh ibu dan bapa tirinya. Ibunya sering
membawa buah tangan semasa melawat Fauzi. Manakala ayah tirinya memberi wang saku
untuk kegunaannya di asrama. Semasa di asrama Fauzi telah sedar daripada kesilapannya
dan berubah sikap. Hal ini demikian kerana dia sentiasa dinasihati oleh rakan karibnya
Syahir dan juga ustaznya.
Pada hari terakhir persekolahan sebelum cuti hujung tahun, Fauzi tidak sabar untuk
pulang ke kampung menemui keluarganya. Selepas makan malam di kampung, Fauzi
mengambil kesempatan memohon kemaafan daripada ayah tirinya di atas segala kesalahan
dan salah faham terhadap ayah tirinya. Ibunya berasa bangga dengan perubahan sikap
Fauzi. Fauzi mula menolong ayah tirinya di sawah dan di laut. Beliau juga turut menunjuk
ajar adiknya dalam pelajaran.
Menghargai pengorbanan orang lain demi kecemerlangan masa depan. Fauzi akhirnya
menghargai apa yang dibuat oleh ayah tirinya untuk kejayaannya walaupun pada mulanya
dia memberontak.
Sinopsis
Tema
2
1. Persoalan persahabatan.
Syahir dan Fauzi amat akrab bersahabat ketika di Asrama A. Mereka sering pulang ke kampung bersama-sama.
2. Persoalan kasih sayang ayah tiri terhadap anak.
Ayah tiri Fauzi amat menyayangi Fauzi dan sanggup melawat Fauzi di asrama. Dia juga bersikap tegas dalam mendidik Fauzi.
3. Persoalan ketegasan semasa mendidik.
Ayah tiri Fauzi melarang Fauzi menonton cerita-cerita yang tidak berfaedah. Dia juga melarang Fauzi keluar malam dan mengambil tahu dengan siapa anaknya berkawan.
Permulaan
Pengarang memulakan cerita di sebuah asrama dengan watak utamanya Fauzi tidak sabar
untuk pulang ke kampung menemui adik-adik, ibu dan bapa tirinya. Fauzi tidak dapat
melelapkan matanya kerana ingin mengisi cuti sekolah dengan rancangan yang telah
diaturnya. Syahir kawan Fauzi menegur Fauzi kerana masih belum tidur walaupun hari
telah lewat malam. Rakan-rakannya di Asrama A telah berdengkor. Dia teringat punca dia
tinggal di asrama sekolah. Bukan kerana pencapaiannya dan kemiskinannya tetapi ada
sebab lain mengapa dia tinggal di asrama.
Perkembangan
Fauzi teringat punca mengapa dia tinggal di Asrama A. Dia terdengar ayah tirinya berbual
dengan ibunya untuk menghantarnya ke asrama. Ayah tirinya amat tegas dalam mendidik
Fauzi. Fauzi tidak dibenarkan balik lewat malam dan juga tidak dibenarkan menonton
rancangan yang tidak berfaedah. Saban hari ayah tirinya akan bertanyakan kerja rumah
yang diberikan oleh guru kepada Fauzi sebaik sahaja pulang dari sawah. Suatu ketika Fauzi
terjatuh dan kepalanya benjol menyebabkan dia lari ke rumah neneknya yang berada empat
kilometer dari rumahnya. Ibunya juga menegur bapa tirinya kerana kasar dalam mendidik
Fauzi.
Persoalan
Plot
3
Klimaks
Selepas makan malam, Fauzi memohon maaf daripada ayah tirinya akan sikapnya selama
ini. Fauzi sedar tujuan ayah tirinya bersikap tegas kepadanya selama ini. Ayah tirinya cuba
menyelamatkan Fauzi daripada terlanggar tiang dan kepalanya terhantuk menyebabkan
kepalanya benjol. Malam itu Fauzi gembira kerana hajatnya untuk meluahkan perasaannya
kepada keuarganya tercapai.
Peleraian
Fauzi memenuhkan cuti sekolahnya dengan membantu keluarganya di sawah.Dia juga akan
turun ke laut mengikut ayah tirinya. Di samping itu, Fauzi juga menolong adik-adiknya dalam
pelajaran. Kini Fauzi mempunyai semangat untuk memajukan keluarganya.
Teknik Penceritaan
1. Monolog dalaman.
Contoh: “Benar kata-kata Syahir itu?” Fauzi berkata-kata sendiri.
2. Dialog
Contoh: “Emak kamu tahukah kamu ke sini?” Nenek Sapiah melepaskan keluhan kesal.
3. Imbas Kembali
Contoh: Di asrama Fauzi terkenangkan kehidupannya di kampung.
4. Imbas Muka.
Contoh: Fauzi membayangkan perkara yang akan dilakukannya apabila pulang bercuti nanti.
5. Pemerian
Contoh; Cahaya bulan tertumpah ke permukaan sawah. Daun padi kelihatan terliuk-liuk dibelai mesra oleh angin malam. Indah sungguh pemandangan malam itu.
4
Fauzi
� Tinggal di Asrama A
� Mempunyai seorang ibu dan seorang ayah tiri
� Mempunyai seorang sahabat yang bernama Syahir
� Ayahya meninggal dunia akibat penyakit barah.
� Mempunyai seorang nenek bernama Sapiah
� Memendam rasa tidak puas hati terhadap ayah tirinya.
� Pelajar yang aktif dalam kegiatan sukan
� Pintar dalam pelajaran
� Terharu apabila bersalaman dengan ayah tirinya semasa di asrama.
Ayah Tiri
� Ayah tiri Fauzi dan sangat menyayanginya.
� Memberi wang saku kepada Fauzi ketika melawat Fauzi di asrama
� Baik kepada anak tirinya.
� Tegas dalam mendidik anak.
� Sering memberikan wang saku kepada Fauzi.
Ibu
� Suka mengawal pergerakan anaknya Fauzi.
� Kadang-kadang tidak bersetuju cara ayah tirinya mendidik Fauzi
� Selalu membawa buah tangan seperti kuih semasa melawat Fauzi di Asrama.
Watak dan Perwatakan
5
Masa 1. Waktu malam
Contoh: Ketika di Asrama A Fauzi dan Syahir berbual sebelum tidur.
2. Waktu pagi
Contoh: Fauzi bangun dan bersiap-siap untuk balik ke kampung.
3. Cuti sekolah akhir tahun
Contoh: Fauzi pulang ke kampung untuk menghabiskan cutinya.
4. Lima Minggu
Contoh: Jarak masa Fauzi bercuti akhir tahun.
Tempat 1. Rumah
Contoh: Fauzi menonton televisyen
1. Asrama A
Contoh: Fauzi tinggal di Asrama A
2. Rumah Nenek Sapiah
Contoh: Fauzi lari ke rumah neneknya ketika menghadapi masalah dengan keluarganya.
3. Stesen Bas
Contoh: Fauzi dan Syahir menunggu bas untuk pulang ke kampong
4. Sekolah
Contoh: Ayah tiri dan ibunya datang ke asrama untuk melawat Fauzi.
Latar
6
Masyarakat
1. Masyarakat Pelajar
Contoh: Fauzi dan Syahir merupakan pelajar sebuah sekolah menengah dan tinggal di Asrama A
2. Masyarakat Petani
Contoh: Ayah tiri Fauzi merupakan seorang petani yang mengerjakan sawah. 3. Masyarakat Pendidik
Contoh: Cikgu Zainudddin merupakan seorang Guru Kaunseling yang menguruskan kemasukan Fauzi ke asrama.
4. Masyarakat yang bersifat prihatin
Contoh: Ayah tiri Fauzi sangat prihatin terhadap pelajaran Fauzi dan selalu bertanya dengan siapa dia berkawan.
5. Masyarakat yang mementingkan pelajaran
Contoh: Ayah tiri Fauzi selalu bertanya tentang kerja sekolah yang diberikan oleh guru kepada Fauzi.
murid, masyarakat, dan alam pekerjaan. - Menghubung kait, mengalami, mengaplikasi,
bekerjasama dan memindahkan.
2
Langkah Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Penilaian Formatif
KBT / Catatan
Set
Induksi
• Guru meminta murid memainkan peranan watak dalam situasi perpisahan.
• Guru merangsang murid dengan amalan memohon maaf apabila berpisah dengan orang yang tersayang.
• Guru membimbing murid kepada tajuk cerpen “Maaf Kupinta” karya Rejab F.I.
Kad Situasi 1
1
Teknik Kerusi Panas
• Guru meminta setiap kumpulan memilih satu watak secara undian.
Contoh:
Fauzi, ayah tiri, ibu, Nenek Sapiah, dan Syahir (kawan Fauzi).
• Dalam setiap kumpulan, bincangkan perwatakan watak dengan merujuk kepada cerpen.
• Bina soalan aras rendah berdasarkan perwatakan watak untuk diajukan kepada watak yang dipilih oleh setiap kumpulan.
Contohnya:
� Adakah nama kamu, Fauzi? � Kamu berasal dari mana? � Sukakah kamu tinggal di asrama? � Seronokkah hendak meninggalkan
asrama? � Mengapa kamu nampak sedih?
• Setiap kumpulan diminta membuat persembahan,setelah semua bentuk soalan disiapkan, Salah seorang daripada ahli kumpulan diminta memegang Fauzi dan duduk di atas kerusi di hadapan kelas. Soalan akan ditanya secara tertib dan bertubi-tubi serta dijawab oleh Fauzi secara spontan. Murid-murid daripada kumpulan lain juga dibenarkan menyoal beberapa soalan berkaitan dengan perwatakan Fauzi.
Objektif (i) tercapai
Kad Undian
Kad Arahan
3
Langkah Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Penilaian Formatif
KBT / Catatan
• Kalau Fauzi tidak dapat menjawab, rakan-rakannya dalam kumpulan yang sama boleh membantu.
2
Menganalisis Watak dan Perwatakan
• Semasa aktiviti Kerusi Panas dijalankan, rakan-rakan yang menonton diminta mencatat perwatakan watak dalam Borang Perwatakan.
• (Nota: Setelah selesai setiap kumpulan melakukan aktiviti Kerusi Panas, guru boleh merumuskan peranan setiap watak yang dilakonkan dalam cerpen. Guru juga boleh memberhentikan aktiviti ini jika masa yang diperuntukkan telah cukup)
• Murid diminta mempersembahkan hasil kerja daripada Borang Perwatakan di hadapan kelas.
Objektif (ii) tercapai
Borang Perwatakan
3
Tatabahasa: Ayat Tanya
• Murid diminta menyenaraikan ayat-ayat tanya yang digunakan dalam aktiviti Kerusi Panas.
• Guru meminta murid berbincang tentang ayat-ayat tanya yang digunakan dalam aktiviti Kerusi Panas dan mempelbagaikan ayat tanya yang boleh digunakan.
• Berdasarkan jawapan spontan daripada aktiviti Kerusi Panas, murid diminta menulis ayat-ayat tanya.
Objektif (iii) tercapai
Lembaran Kerja
4
Langkah Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Penilaian Formatif
KBT / Catatan
4
Pengukuhan dan Peneguhan
• Guru meminta seorang murid merumuskan isi pelajaran pada hari ini.
• Guru memberikan peneguhan sosial dengan mengingatkan murid agar mengambil iktibar daripada cerpen tersebut dan menegaskan bahawa kita seharusnya menghargai pengorbanan dan jasa orang lain terhadap pembangunan diri sendiri.
5
Lampiran 1 Kad Situasi Lampiran 2
FAUZI
AYAH TIRI
IBU
NENEK SAPIAH
SYAHIR
Anda akan berangkat ke sekolah berasrama penuh. Sebelum berangkat, ahli keluarga anda bersalam-
salaman untuk merestui pemergian anda. Lakonkan situasi tersebut dengan memainkan peranan ayah, ibu,
adik-beradik dan sahabat-handai.
6
Lampiran 3
Kumpulan 2 Kumpulan anda diminta membincangkan watak dan perwatakan ayah tiri Fauzi. Bina beberapa soalan dan jawapannya bagi menjelaskan watak dan perwatakannya. Pilih seorang ahli kumpulan yang yang akan memainkan peranan sebagai ayah tiri Fauzi. Pemegang peranan watak harus bersedia menjawab soalan-soalan yang diajukan.
Kumpulan 1 Kumpulan anda diminta membincangkan tentang watak dan perwatakan Fauzi. Bina beberapa soalan dan jawapannya bagi menjelaskan watak dan perwatakannya. Pilih seorang ahli kumpulan yang yang akan memainkan peranan sebagai Fauzi. Pemegang peranan watak harus bersedia menjawab soalan-soalan yang diajukan
Kumpulan 3 Kumpulan anda diminta membincangkan tentang watak dan perwatakan Ibu Fauzi. Bina beberapa soalan dan jawapannya bagi menjelaskan watak dan perwatakannya. Pilih seorang ahli kumpulan yang yang akan memainkan peranan sebagai Ibu Fauzi. Pemegang peranan watak harus bersedia menjawab soalan-soalan yang diajukan
7
Lampiran 3
Kad Arahan
Kumpulan 4 Kumpulan anda diminta membincangkan tentang watak dan perwatakan Nenek Sapiah. Bina beberapa soalan dan jawapannya bagi menjelaskan watak dan perwatakannya. Pilih seorang ahli kumpulan yang yang akan memainkan peranan sebagai Nenek Sapiah. Pemegang peranan watak harus bersedia menjawab soalan-soalan yang diajukan
Kumpulan 5 Kumpulan anda diminta membincangkan tentang watak dan perwatakan Syahir. Bina beberapa soalan dan jawapannya bagi menjelaskan watak dan perwatakannya. Pilih seorang ahli kumpulan yang yang akan memainkan peranan sebagai Syahir. Pemegang peranan watak harus bersedia menjawab soalan-soalan yang diajukan
Lembaran Kerja Contoh daripada aktiviti Kerusi Panas Kumpulan 1( Watak Fauzi) 1. Adakah nama kamu, Fauzi?
2. Kamukah Fauzi?
3. Kamu, Fauzikah?
Pernyataan Jawapan: Ya, nama saya Fauzi. Arahan: Tuliskan variasi ayat-ayat tanya yang menepati pernyataan jawapannya. 1. Pernyataan jawapan: Saya berasal dari kampung. Variasi Ayat Tanya: _______________________________________________________________ 2. Pernyataan jawapan: Saya sangat suka tinggal di asrama. Variasi Ayat Tanya: _______________________________________________________________ 3. Pernyataan jawapan: Saya tidak seronok hendak meninggalkan asrama. Variasi Ayat Tanya: _______________________________________________________________ 4. Pernyataan jawapan: Saya bersedih kerana terpaksa pulang ke kampung. Variasi Ayat Tanya: _______________________________________________________________
1
WARKAH DARIPADA IBU
(ROHANI DERAMAN)
Mira telah menerima warkah daripada ibunya. Hampir setahun Mira dan adik-adiknya tinggal
di kampung bersama dengan datuk dan neneknya. Keputusan ibu dan ayahnya
menghantar Mira untuk tinggal dengan datuk dan neneknya telah menimbulkan seribu
persoalan. Namun ibunya tidak dapat menjawab persoalan tersebut. Ibu Mira berharap
agar suatu hari nanti Mira akan faham tindakan ibu dan bapanya itu. Mira dan keluarganya
telah bersiap untuk ke rumah datuknya di kampung. Mereka sampai ke kampung datuknya
menjelang senja. Pada malam hari mereka semua telah tidur berderetan di ruang tamu
walaupun neneknya telah menyiapkan bilik untuk mereka. Mereka tidur dengan nyenyak
sekali kerana kepenatan seharian dalam perjalanan. Keesokan harinya, apabila ibu dan
bapanya berangkat pulang, perasaan sayu dan hiba mula dirasai oleh Mira. Namun adik-
adiknya kelihatan riang kerana perpisahan dengan ayah dan ibu tidak begitu bermakna
kepada adik-adiknya. Nenek telah mengajak Mira ke kedai untuk memperkenalkan Mira
dengan rakan-rakan sebaya Mira serta mengenali. tempat di kampung neneknya itu.
Bermula dengan perkenalan dengan Suzana di kedai, Mira mula mengenali kawan-kawan
barunya yang lain. Mira mula bersekolah dan mengulangkaji pelajarannya. Dalam
keheningan subuh yang syahdu serta bunyi kokok ayam sahut-menyahut, Mira membaca
sekali lagi surat yang dikirim oleh ibunya.
Dalam surat tersebut, ibunya berdoa agar Mira dan adik-adiknya sentiasa dilindungi
Allah. Persoalan yang tidak terjawab oleh ibu Mira sebelum ini telah dinyatakan di dalam
surat tersebut. Masalah sosial yang melanda masyarakat kota begitu menghantui dan
menakutkan ibunya. Manakala corak pergaulan dan persekitaran di kampung masih yang
terbaik kerana masih mengekalkan amalan dan ciri-ciri hidup masyarakat berharmoni.
Ibunya mengimpikan anak-anak yang soleh. Di kampung, Mira lebih terdedah kepada nilai-
nilai moral. Walaupun sejak kecil ibu dan bapa Mira memanjakan dengan kemewahan,
namun tidak bererti ibu dan ayahnya mahu lepas tangan dan melupakan tanggung jawab
sebagai ibu bapa. Apa yang ibu Mira mahukan ialah Mira dapat bersyukur dengan apa-apa
yang Mira ada. Hal ini akan membuatkan jiwa Mira kuat dan tabah menghadapi apa-apa jua
dugaan Allah. Setelah hampir setahun, Mira telah menunjukkan prestasi yang baik. Hal ini
menunjukkan Mira sudah faham sebab dia dihantar ke kampung. Setelah membaca surat
Sinopsis
2
daripada ibunya, Mira melipat surat tersebut dengan baik. Sekali lagi air mata Mira mengalir.
Mira baru faham apa yang tersirat selama ini. Betapa besar pengorbanan dan harapan ibu
dan ayah terhadap Mira.
Pengorbanan seorang ibu untuk memastikan kejayaan anak-anaknya pada masa depan.
Pengorbanan ini dapat dilihat melalui watak ibu yang menghantar anak-anaknya ke
kampung untuk tinggal besama-sama dengan ibu dan ayahnya kerana tidak mahu anak-
anaknya terdedah dengan gejala-gejala sosial yang berlaku di bandar.
1. Persoalan kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak.
Persoalan ini dapat dilihat melalui watak ibu dan ayah yang rela berpisah dengan anak-
anak demi memastikan mereka membesar dalam persekitaran yang lebih sempurna.
2. Persoalan kesediaan anak untuk melepaskan kemewahan yang dikecapi.
Hal ini dapat dilihat melalui watak Mira yang selama ini hidup mewah bersama dengan
ibu bapanya di bandar terpaksa hidup di kampung bersama-sama datuk dan neneknya
yang serba kekurangan di kampung.
3. Persoalan masalah sosial di bandar.
Gejala-gejala sosial yang melanda masyarakat bandar adalah berpunca daripada
pegangan agama, pengaruh persekitaran dan pengaruh rakan sebaya.
4. Persoalan tentang masyarakat kampung yang berpegang teguh pada ajaran agama.
Hal ini dapat dilihat melalui peristiwa Mira diminta oleh neneknya memakai tudung
kepala kerana sebagai wanita Islam menutup aurat adalah wajib dilakukan.
Permulaan
Mira telah menerima warkah daripada ibunya setelah hampir setahun Mira tinggal di
kampung bersama dengan datuk dan neneknya. Keputusan ibu dan ayahnya menghantar
Mira untuk tinggal dengan datuk dan neneknya telah menimbulkan seribu persoalan
kepadanya.
Tema
Persoalan
Plot
3
Perkembangan
Mira dan keluarganya telah bersia-siap untuk ke rumah datuknya di kampung. Mereka tidur
bersama-sama dengan nyenyak sekali kerana kepenatan seharian dalam perjalanan.
Perpisahan dengan ibu dan bapanya telah menimbulkan perasaan sayu dan hiba Mira.
Nenek telah mengajak Mira ke kedai dan dia telah berkenalan dengan Suzana. Mira mula
bersekolah di kampungnya dan suasana persekolahan di sana telah memberikan kesedaran
kepadanya. Mereka tidak menghiraukan perkara-perkara lain selain mengulangkaji
pelajaran.
Klimaks
Mira telah membaca surat yang dikirimkan oleh ibunya. Dalam surat tersebut, ibunya
menyatakan tujuan sebenar dia menghantar Mira dan adik-adik ke kampung kerana
bimbang dengan gejala sosial yang melanda masyarakat bandar kini. Masalah sosial yang
melanda masyarakat kota begitu menghantui dan menakutkan ibunya. Manakala corak
pergaulan dan persekitaran di kampung masih yang terbaik kerana masih mengekalkan
amalan dan ciri-ciri hidup masyarakat berharmoni. Harapan ibunya agar anak-anak menjadi
anak yang solehah, mampu menghargai kasih sayang dan pengorbanan orang tua.
Peleraian
Setelah membaca warkah daripada ibunya, Mira memahami tujuan ibunya menghantarnya
dan adik-adiknya tinggal di kampung.
Teknik Penceritaan
1. Dialog
Contoh: “Mira... ibu terpaksa menghantar Mira dan adik-adik tinggal dengan nenek di
kampung pada hujung bulan ini,” tiba-tiba saja ibu menyuarakan hasrat hatinya itu pada
suatu hari. (m.s: 60)
2. Deskriptif (Pemerian)
Contoh: Aku berbangga mempunyai ibu bapa yang penyayang. Walaupun sibuk dengan
kerja dan tugas seharian di pejabat, mereka masih ada waktu untuk bermesra dengan
keluarga. Ibuku seorang yang lemah lembut dan selalu setia kepada ayah. (m.s: 61)
3. Monolog Dalaman
Contoh: Keputusan ibu dan ayah menghantar aku dan adik-adik untuk tinggal di
kampung bersama datuk dan nenek, membuatkan aku bertanyakan diriku dengan
berbagai-bagai pertanyaan. (m/s 1)
4
Watak Utama
Amira
� Anak sulung daripada tiga beradik.
� Kakak kepada Aidil dan Manja.
� Seorang anak yang patuh dan taat kepada ibu dan ayahnya.
� Seorang yang tabah dalam menghadapi kesukaran hidup.
� Sangat menyayangi ibu dan ayahnya.
Watak Sampingan
Ibu
� Ibu kepada Mira, Aidil dan Manja.
� Seorang yang lemah lembut.
� Setia kepada suami.
� Merupakan anak tunggal.
� Seorang ibu yang penyayang.
Ayah
� Bapa kepada Mira, Aidil dan Manja.
� Seorang yang memahami perasaan isteri.
� Menantu yang cukup mengasihi mentuanya.
� Seorang bapa yang penyayang.
Masa
1. Waktu malam
Ketika Mira dan ahli keluarganya bermalam di rumah datuk dan neneknya.
2. Waktu siang
Hari ketika Ibu Mira bersama-sama anak-anaknya bersiap untuk pulang ke kampung.
Selain itu , semasa Mira dibawa oleh neneknya ke kedai Pak Uda Usop.
Watak dan Perwatakan
Latar
5
3. Waktu senja
Ketika Mira dan keluarganya sampai ke kampung. Manakala datuk dan neneknya sedang
bersiap untuk ke masjid.
Tempat
1. Di rumah ibu dan bapa Mira di Johor Bharu
Semasa mereka bersiap-siap untuk pulang ke kampung.
2. Di rumah datuk dan nenek Mira.
Peristiwa yang dapat dilihat semasa ahli keluarga Mira telah tidur berderetan di ruang
tamu rumah datuk dan neneknya.
3. Di Kedai Pak Uda Usop.
Mira telah dibawa ke sana oleh neneknya dan dia melihat anak-anak gadis seusianya
yang sopan berpakaian.
Masyarakat
1. Masyarakat bandar
Masyarakat yang sedar tentang keruntuhan nilai moral. Ayah dan ibu Mira menyedari
tentang gejala sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat di bandar.
2. Masyarakat kampung
Masyarakat yang masih kuat berpegang teguh dengan prinsip agama. Hal ini dapat dilihat
semasa Mira ke Kedai Pak Uda Usop, ramai anak gadis yang sebaya dengan Mira
berpakaian sopan dengan memakai baju kurung serta memakai tudung.
1. Sinkope
Contoh: bu (ibu), tak (tidak), nek (nenek), nak (hendak)
2. Metafora
Contoh: Sembilu rindu (m/s64)
3. Diksi
Contoh: Bahasa arab - Assalamualaikum, Walaikummusalam (m.s 63)
Contoh: Ibu dan ayah Mira sangat sayang akan anak-anaknya.
2. Nilai pengorbanan
Contoh: Setelah membaca warkah daripada ibunya, Mira baru faham, betapa besar pengorbanan dan harapan ibu dan ayah terhadapnya.
3. Nilai kepatuhan
Contoh: Dapat diperhatikan apabila nenek Mira menyuruh Mira memakai tudung apabila keluar daripada rumah. Mira akur dengan arahan neneknya walaupun sebelum ini Mira tidak memakai tudung.
1. Kita hendaklah berkorban apa sahaja demi orang yang disayangi
2. Kita hendaklah tabah dan redha menghadapi dugaan
3. Kita hendaklah menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa
1. Apakah gaya bahasa yang digunakan dalam cerpen warkah daripada ibu? Berikan dua
contoh bagi setiap gaya bahasa tersebut.
2. Berikan dua nilai yang boleh diambil daripada cerpen ini.
Jawapan:
1. Gaya bahasa yang digunakan dalam cerpen Warkah daripada ibu ialah sinkope.
Contoh: tak (tidak), nak (hendak).
2. Nilai kasih sayang. Nilai ini dapat dilihat melalui perwatakan ibu yang sangat
menyayangi anak-anak dan ingin melihat anak-anaknya berjaya dalam hidup dunia dan
akhirat. Selain itu, nilai kepatuhan iaitu Mira patuh dengan kehendak ibu bapanya yang