KOMITMEN KAMIMenghidang makanan Halal merupakan keutamaan kami
dan kami mengambil langkah yang ketat untuk memastikan semua produk
yang diproses dan dikeluarkan mengikut undang-undang
Syariah.McDonalds Malaysia merupakan Restoran Khidmat Segera
pertama menerima sijil Halal oleh Bahagian Hal Ehwal Islam di
Jabatan Perdana MenteriPROSES PENSIJILAN HALAL MCDONALDSMcDonalds
Malaysia menjamin setiap proses dan pemeriksaan yang ditetapkan
oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dipenuhi dan kami
diiktiraf 100% Halal.
PEMBEKAL YANG DIYAKINIDalam memastikan produk makanan kami
melepasi syarat ketat Halal, McDonalds hanya berurusan dengan
pembekal makanan yang diiktiraf Halal.Bahan-bahan tempatan diambil
dari pembekal yang bukan sahaja diperiksa secara menyeluruh oleh
pihak penguatkuasa yang diiktiraf tetapi telah juga disahkan Halal
oleh JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia).Pembekal luar negara
kami juga melalui proses yang sama oleh badan-badan penguatkuasa
Halal di luar negara. Badan-badan ini diiktiraf oleh JAKIM bagi
memastikan produk makanan kami di Malaysia memenuhi syarat-syarat
Halal yang ditetapkan.CARA PENGEDARAN DAN PEMPROSESAN KAMIMacFood
Services (M) Shd Bhd merupakan pembekal utama kami.Dengan lebih 25
tahun pengalaman, kerjasama antarabangsa serta pengiktirafan
daripada pihak antarabangsa dan tempatan, MacFood Services (M) Sdn
Bhd mengenakan kawalan dan ujian piawaian yang ketat dalam
mengeluarkan produk berkualiti tinggi.Mereka memastikan kemudahan
yang digunakan bersih serta memenuhi syarat-syarat Halal yang
ditetapkan apabila memproses ke semua bahan-bahan kami.
MEMASTIKAN KEBERSIHAN PREMISKami juga mengambil berat dan
langkah lebih dalam memastikan premis kami di tahap kebersihan yang
paling tinggi.JAKIM sentiasa menjalankan pemeriksaan berkala bagi
memastikan tiada pencemaran najis di tempat penyimpanan,
penghidangan, pengendalian dan pembungkusan.Dalam komitmen
mengekalkan kualiti dan kebersihan yang tinggi, kami bekerjasama
dengan JAKIM ketika pemeriksaan bagi memastikan keselamatan pekerja
dan kebersihan dipatuhi setiap masa.MENGUTAMAKAN KESELAMATAN
MAKANANTahap keselamatan setiap makanan di McDonalds adalah
keutamaan kami. Setiap bahan menjalani pemeriksaan keselamatan dan
kualiti menyeluruh. Bukan sahaja oleh kami, tetapi pihak
perbandaran tempatan serta badan bebas.Pengurus restoran dan krew
dilatih untuk memastikan tahap keselamatan makanan dan langkah
mengekalkan kualiti dipatuhi.Kami bekerjasama dengan pembekal bagi
memastikan bahan yang digunakan dalam menu kami menepati piawaian
ketat keselamatan makanan.
KOMITMEN KAMI KEPADA ANDAHalal bukan sahaja merangkumi aspek
agama malah memenuhi tahap kualiti dan kebersihan yang
ketat.McDonalds komited untuk menyediakan produk Halal berkualiti
tinggi daripada sumber ladang hinggalah ke hidangan makanan dengan
memberi perhatian terperinci kepada setiap perkara yang
dinyatakan.
KESIHATAN DAN KEBERSIHANBagi memastikan tahap standard kesihatan
yang tinggi, pekerja kami diwajibkan untuk mengambil suntikan
tifoid daripada pusat kesihatan yang diiktiraf oleh Kerajaan
sebelum bekerja di mana-mana restoran kami. Mereka juga harus
menuruti kod laku dan amalan kebersihan untuk memastikan syarat
polisi Halal dipatuhi.Merokok, makan, minum atau sebarang aktiviti
yang mungkin mencemarkan produk makanan tidak dibenarkan di kawasan
pengeluaran makanan.
MELAKUKAN LEBIH LAGIKami memahami konsep Halal lebih sekadar
persiapan makanan sahaja. Ia merangkumi keseluruhan operasi, proses
dan langkah daripada perkhidmatan yang mesra hingggalah memastikan
premis kekal bersih.Kami juga menyediakan Surau di kebanyakan
restoran supaya pekerja kami boleh menunaikan solat dengan
selesa.Halal bagi McDonalds melebihi sekeping sijil. Ia adalah
keutamaan kami