-
TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN
1
KOLEKSI TOK AWANG NGAH 001. ULAR DALAM KUBUR WANITA 002. POKOK
PETAI MENCABAR BERTARUNG 003. HANTU BOTAK DALAM LOMBONG 004. PAK
KAMAT MENUNGGANG HARIMAU 005. DIA BERLARI DI ATAS AIR 006. MAYAT
BERNYAWA KUAT MAKAN 007. TIBA-TIBA MAYAT MENJADI BERAT 008. DENDAM
ANGUT LUMPUH 009. ORANG BESAR KENA SUNAT 010. DIKEJAR ORANG TUA
BERSERBAN KUNING
-
TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN
2
001. ULAR DALAM KUBUR WANITA LAMA juga orang-orang kampung
bercerita mengenai kematian Latip Pekak semasa memandikan mayat
isterinya Mak Yot Bidan yang kononnya balik ke rumah semula. Judin
Bauk yang menjadi saksi peristiwa itu bersama adik aruah Mak Yot
Bidan iatu Usin Macuk. Tetapi kata orang-orang tua yang balik
semula ke rumah itu bukannya Mak Yot Bidan tetapi jelmaan 'hantu
bungkusan'. Semasa orang-orang mengkebumikan jenazah Latip Pekak,
didapati kubur Mak Yot Bidan berlubang kira-kira sebesar lilitan
betis. Apabila dijolok oleh Lebai Piut ke dalam, kayu penyolok itu
sampai ke bawah. Berbunyi papan liang lahadnya apabila
diketuk-ketuk. Selepas kematian Latip Pekak tidaklah didengar lagi
suara jeritan dari kubur Mak Yot Bidan. Apakah rahsia di sebalik
kejadian itu tidak pula diketahui oleh orang-orang kampung. Ketika
saya sampai ke kampung ini dapatlah saya mendengar serba sedikit
ceritanya dari Judin Bauk. "Tak tau aku apakah ilmu yang dipakai
oleh aruah tu" jelas Judin Bauk apabila saya tanyakan kepadanya.
"Yang aku tau dia seorang bidan di kampung ni dulu. Agaknya ilmu
membidankan orang tentulah ada padanya" ujarnya bagaikan tergambar
lagi kepadanya peristiwa yang berlaku. "Sudah selesai semuanya, tak
payahlah kita sebut-sebut lagi" Lebai Piut mencelah. "Perkara dah
berlalu, biarlah orang-orang masih hidup jadikan tauladan tentang
petunjuk-petunjuk sedemikian dari Allah..." katanya perlahan.
"Benar kata aki tu.." saya tersengih-sengih memerhatikan dia. "Tapi
baik juga kita mengetahui latar belakang mengapa kejadian itu
berlaku. Dari sini bolehlah kita jadi tauladan kepada masyarakat
kita. Sebab petunjuk dari Allah itu supaya kita semua insaf"
keinginan saya masih membara ingin mengetahui latar belakang
kejadian yang menimpa diri aruah Mak Yot Bidan itu.
"Kadangkala....." Lebai Piut mengangguk-ngangguk lemah. "Kita
melihat zahir saja, sedangkan yang zahir itu pun tidak semuanya
kita tahu hanya Allah saja Maha Mengetahui" dia memberitahu. Saya
memahami maksud Lebai Piut itu. Dia tidak mahu cerita mengenai
kubur berasap itu dipanjang-panjangkan. Tidaklah mengherankan
kepada saya mengenai diri Lebai Piut itu. Dia memang bekas murid
aruah Tok Aki saya. Oleh itu saya cam betul akan tabiatnya
seakan-akan mirip dengan aruah Tok Aki saya. Sebenarnya saya datang
ke kampung tersebut semata-mata mahu menziarahi Lebai Piut. Tetapi
secara kebetulan cerita mengenai kubur berasap itu masih menjadi
buah mulut orang-orang kampung itu, sengajalah saya tanyakan kepada
Judin Bauk. Ketika saya ke Merlimau di Melaka pun ada juga cerita
mengenai kisah-kisah yang serupa dengan kejadian di kubur Mak Yot
Bidan ini. Kawan saya Ali Burn yang ceritakan kepada saya. Tetapi
saya tidak ambil peduli sangat cerita Ali Burn ini fasal kadangkala
ceritanya bercampur temberang sedikit.
-
TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN
3
Kira-kira dalam bulan Jun 1982 Ali Burn telah mengajak saya
berjumpa dengan seorang lelaki tua di Felda dekat Johor. Lelaki ini
tinggal bersama anak perempuannya di situ. Tetapi dia bukanlah
berasal dari Merlimau iaitu kampung asal Ali Burn. Bagaimanapun
menantu Pak Uduh ini memang berasal dari Merlimau. Pak Uduh sudah
berumur lebih 80 tahun. Dia kelihatan sudah uzur kerana penyakit.
Matanya pun sudah rabun dan suaranya pun tidak berapa jelas bila
bercakap. Tetapi bila Ali Burn datang , dia terlalu gembira. Memang
Ali Burn selalu datang ke situ menemui Rahman menantu Pak Uduh.
"Lama kau tak datang sini?" tanya Pak Uduh semasa Ali Burn
memperkenalkan saya kepadanya. "Kalau aku selalu datang nanti Pak
Uduh bosan" Ali Burn bergurau dengannya. "Lagi pun Pak Uduh nak
simpan-simpan sangat, kalau ada apa-apa tu bagilah pada orang muda"
tambahnya sambil duduk rapat dengan orang tua itu. "Apa yang kau
hendakkan pada aku, orang tua tak berguna" sahut Pak Uduh
tersengih-sengih. "Orang tua tak bergunalah selalunya ada isi...."
kata Ali Burn memaut bahu orang tua itu. "Kemenyan sebesar lutut
kalau tak dibakar tak berbau Pak Uduh" dia menepuk-nepuk bahu Pak
Uduh. Orang tua itu tersenyum. Dia tahu Ali Burn hanya begurau.
Kedatangan Ali Burn menemui dia juga memang mempunyai tujuan. Saya
juga tahu Ali Burn datang menemui Pak Uduh kerana mahu
mencungkil-cungkil rahsia ilmu kebatinan orang tua itu. Memang
menjadi kelaziman orang tua-tua seperti Pak Uduh itu tidak akan
menurunkan ilmunya kepada orang yang tidak boleh diharap. Maksud
orang tidak boleh diharap ialah mereka yang tidak bersungguh,
melainkan sekadar mahu menguji-nguji atau tidak dengan sepenuh
hati. Sebab itulah Pak Uduh sering mengelak-ngelak bila Ali Burn
cuba mendapatkan sesuatu ilmu kebatinan darinya. Selepas itu Ali
Burn pun memperkenalkan saya kepada Pak Uduh. Memang saya sendiri
berhajat mahu bertemu dengannya setelah Ali Burn menceritakan serba
sedikit mengenai diri orang tua itu kepada saya. "Jabat tangan tadi
pun aku tau dah, jabat tangan orang berisi..." kata Pak Uduh
tersengih-sengih merenung saya. Mungkin kerana matanya yang rabun
dia terpaksa merenung saya tepat-tepat. "Adalah isiya Pak Uduh"
sahut Ali Burn pantas. "Kalau tak ada isi kosonglah semuanya, baru
jadi hantu penanggal semua tali perut habis terkeluar ditarik
kepala..." katanya ketawa terkekeh-kekeh. Pak Uduh juga ketawa.
Saya juga ikut sama ketawa. Geli juga dengan kata-kata Ali Burn
itu. Fasal itulah kawan-kawan kami gelarkan dia Ali Burn temberang,
kerana ada saja ceritanya mahu memanaskan suasana dengan gelak
ketawa. "Iyalah, tahi pun isi juga namanya" balas Pak Uduh dihujung
ketawanya. "Tetapi berisi dengan tahi, tak sama berisi dengan
ilmu..." ujarnya macam menyindir. Dari Pak Uduh inilah saya
mendapat cerita mengenai kisah Naesah Lawa yang kuburnya berasap
seperti yang diceritakan oleh Ali Burn sebelum itu. Kampung Pak
Uduh memang di Melaka, tetapi
-
TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN
4
bukanlah dari Merlimau. Naesah Lawa itu seorang janda muda yang
mudah memikat pemuda-pemuda. Antaranya yang jatuh hati pada Naesah
Lawa ialah Pak Uduh sendiri. Akhirnya Naesah berkahwin juga dengan
Pak Uduh, tetapi mereka tidak mempunyai anak. Ketika berkahwin
dengan Pak Uduh, Naesah Lawa sudah dua kali bersuami. Sebagai orang
yang warak, Pak Uduh selalu menghabiskan masanya di surau
menunaikan ibadat, di samping belajar agama dari guru-guru agama
yang diundang khas. Naesah Lawa pula dalam diam-diam berkenalan
dengan seorang anak muda yang lain pula. Perhubungannya dengan anak
muda, satu hari telah terserempak dengan emak Pak Uduh. Apa lagi
perkara itu terus diberitahu kepada Pak Uduh. Tetapi Pak Uduh tidak
terus terburu-buru. Dia meminta emaknya bersabar dulu, kerana dia
belum melihat dengan matanya sendiri akan perbuatan isterinya itu.
Sejak itu emak Pak Uduh mula tidak senang dengan sikap Naesah Lawa.
Malah dia menuduh Naesah Lawa sudah menggunakan ubat pengasih
menyebabkan Pak Uduh tunduk mengikuti perintahnya. Sebenarnya Pak
Uduh bukanlah terkena ilmu guna-guna atau ubat pengasih. Dia
seorang yang taat kepada perintah agama. Sebab itulah dia masih
boleh bersabar mendengar aduan dari emaknya sendiri terhadap
kecurangan isterinya itu. Tetapi emaknya tetap berkeras menyalahkan
Pak Uduh. Tidak lama kemudian emak Pak Uduh jatuh sakit
muntah-muntah darah. Ada bomoh yang mengatakan dia terkena santau.
Sebaliknya apabila dibawa ke hospital pihak hospital mengatakan dia
terkena penyakit batuk kering. Hospital pula mengesyurkan supaya
dihantar mendapat rawatan lanjut di Kuala Lumpur. Bagaimanapun emak
Pak Uduh tidak mahu berubat di hospital. Akhirnya dia mati kerana
mengidap penyakit batuk darah. Sama ada dakwaan bomoh yang
mengubatnya itu benar atau tidak, Pak Uduh juga tidak mahu
mempercayai sangat. Tetapi Pak Uduh sendiri sudah mencubanya
sendiri mengubat emaknya dengan membacakan ayat-ayat Quran seperti
yang dipelajarinya. Setiap kali dia memberi emaknya minum air yang
sudah dibacakan Yassin, emaknya muntah-muntah darah. Di dalam darah
beku itu terdapat beberapa helai rambut. Malangnya, Pak Uduh sudah
terlambat mahu mengubat emaknya. Orang tua itu meninggal dunia
sebelum sempat Pak Uduh mengubatnya lebih mendalam. Disebabkan
terpengaruh juga dengan dakwaan bomoh mengenai emaknya yang
termakan santau itu, Pak Uduh telah mengerjakan sembahyang sunat
tahjud 44 malam agar orang yang menganiaya emaknya bertaubat. Dia
tidak berharap untuk bertemu dengan orang yang menganiaya itu,
kerana gurunya berpesan supaya tidak berbuat demikian. Hanya yang
diajarkan oleh gurunya memohon doa agar orang yang menganiaya itu
bertaubat kepada Allah. Tidak sampai 44 malam Pak Uduh melakukan
sembahyang sunat tahjudnya, tiba-tiba Naesah Lawa isterinya jatuh
sakit. Dia meracau-racau dan menjerit-jerit sepanjang malam. Dia
menuduh emak mertuanya sengaja membuat fitnah mengenai hubungan
sulitnya dengan seorang pemuda.
-
TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN
5
Disebabkan tidak tertahan dengan peristiwa emaknya baru saja
meninggal dunia, kemudian isterinya mula jatuh sakit meracau-racau,
maka Pak Uduh terpaksa minta tolong kepada gurunya To' Kiyai Parjo
dari Johor. "Mengapa tak diubat sendiri?" tanya To' Kiyai Parjo
apabila Pak Uduh menceritakan masalahnya. "Hati saya tak tenteram
To' Kiyai, tak dapat nak khusyuk..." dia menjelaskan dalam perasaan
bimbang. "Kalau begitu kau tak tahan diuji" sahut To' Kiyai Parjo
mengingatkan. "Tak tenteram bererti kau tak sabar, kalau mau cari
kemenangan mesti sabar. Mesti tenteram, barulah kau dapat
menggunakan ilmu kau" ujarnya macam kesal dengan sikap Pak Uduh.
Tetapi Pak Uduh tidak pedulikan lagi mengenai kata-kata gurunya.
Yang penting dia mesti selamatkan isterinya Naesah Lawa. Dia tidak
sanggup kehilangan isteri, setelah kehilangan emaknya. "Sekarang,
aku mahu kau sendiri mengubatnya" tegas To' Kiyai Parjo memberi
isyarat. Pak Uduh memahami isyarat itu. Dia mesti ditidurkan oleh
To' Kiyai Parjo untuk melihat sendiri penyakit isterinya. Dengan
cara itu barulah dia dapat mengubat mengikut cara yang diajar oleh
To' Kiyai Parjo. Ketika ditidurkan oleh To' Kiyai Parjo, Pak Uduh
merasa dirinya keluar dari jasadnya. Dia terapung-apung di awangan
menurut perintah To' Kiyai Parjo. Apabila disuruh melihat tubuh
isterinya Naesah Lawa, dia nampak Naesah Lawa terbaring dengan
seluruh tubuhnya berlubang-lubang. Kelihatan nanah dan darah keluar
dari lubang-lubang sebesar guli itu. "Apa yang kau nampak?" dia
terdengar suara To' Kiyai Parjo sayup-sayup dari jauh.
"Berlubang-lubang badannya. Ada darah dan nanah keluar" Pak Uduh
memberitahu apa yang dilihatnya. "Bacakan ayat ini dan hembuskan ke
situ" perintah To' Kiyai Parjo. Dia membacakan tiga kali ayat yang
diajarkan oleh To' Kiyai Parjo, kemudian dihembuskan ke tubuh
Naesah Lawa. Sebaik saja dihembuskan seluruh tubuh Naesah Lawa
menjadi hancur. Ketika ini Pak Uduh merasakan sekelilingnya bagai
dilanda ribut kencang, hingga dia juga hampir-hamoir diterbangkan.
"Mengapa?" soal To' Kiyai Parjo. "Ribut kencang..." jelasnya cemas.
"Bacakan doa ini" kata To' Kiyai Parjo memberi panduan. Sebaik
dibacakan ribut kencang tiba-tiba berhenti. Dia tidak nampak lagi
tubuh Naesah Lawa, tetapi kelihatan seorang lelaki berjubah putih
dengan janggutnya juga putih sampai ke pusat. Dia memberitahu apa
yang dilihatnya kepada To' Kiyai Parjo. Tetapi apabila dia
membacakan ayat yang diperintahkan oleh To' Kiyai Parjo, lelaki
berjubah putih itu tersenyum lalu memberi salam. Ketika ini Pak
Uduh sudah tidak mendengar lagi suara To' Kiyai Parjo yang
sayup-sayup tadi. Dia merasa begitu jauh terasing. Pak Uduh
menyahut salam lelaki berjubah itu. "Kenapa kau nak tolong orang
yang akan mati?" lelaki berjubah itu bertanya. "Mati hanya
ditentukan oleh Allah....." sahut Pak Uduh keras. "Kau orang
berilmu" ujar lelaki berkenaan macam menyindir. "Tetapi tidak
mendalami ilmu kau. Ilmu Allah luas dan kau tak akan jemu-jemu
mempelajarinya" kata lelaki berjubah putih itu lagi.
-
TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN
6
Pak Uduh dapat mengagak bahawa lelaki berjubah putih di depannya
bukanlah syaitan. Kerana syaitan tidak akan berani menyebut
ayat-ayat Allah. Bagaimanapun dia tidak berani bertanya siapakah
lelaki berkenaan. Apa lagi dia tidak dapat lagi berhubungan dengan
To' Kiyai Parjo. "Sekarang, baliklah kau" lelaki berjubah putih itu
memerintahkan dia meninggalkan tempat itu. "Tidak......aku mahu
selamatkan isteri aku!" tegas Pak Uduh. "Isteri seorang mukmin
ialah perempuan yang mempunyai cukup syarat di sisi Allah" suara
orang tua berjubah putih itu keras. "Apakah kau mau seorang isteri
yang dilaknati di sisi Allah" jelas orang tua itu lagi. "Kau setan,
memang pendusta" sahut Pak Uduh menahan kemarahan yang mula
membakar hatinya. Dia cuba mengharapkan To' Kiyai Parjo segera
menyeru namanya, tetapi sia-sia belaka.
Astaghafarullah-alazzim......" keluh lelaki tua itu menyesali sikap
Pak Uduh. "Jangan kau jadikan yang hak itu batil, dan yang batil
itu hak" katanya mengingatkan. "Jadi kau siapa?" Pak Uduh masih
mendongkol. "Orang berilmu mesti banyak bersabar" orang tua
berjubah putih itu menasihati dia. "Aku tau To' Kiyai Parjo, aku
juga tau tentang kau. Bukankah kau telah menunaikan Sunat Tahajud
selama 44 malam?" katanya mengingatkan Pak Uduh. "Iya....." angguk
Pak Uduh. "Kau sudah memohon pada Allah tunjukkan kebenaran?"
tanyanya lagi. Pak Uduh angguk. "Sekarang itulah kebenaran!" tegas
orang tua berjubah putih itu lagi. "Aku guru pada To' Kiyai Parjo,
dan aku bukan syaitan yang mahu mempengaruhi kau. Mari ke
mari......." dia menghulurkan tangannya. Cepat-cepat Pak Uduh
memeluknya. Terbau padanya sekelilingnya harum semerbak yang belum
pernah diciumnya selama itu. Sekaligus air mata Pak Uduh menitis.
"Maafkan saya To' Wali" Pak Uduh menangis terisak-isak. "Sudahlah
Uduh.." dia memujuk sambil mengusap-ngusap kepala Pak Uduh. "Naesah
yang memberi emak kau racun santau, kerana emak kau terserempak
akan perbuatan curangnya terhadap kau. Sekarang baliklah kau"
katanya meninggalkan Pak Uduh. Barulah Pak Uduh dapat mendengar
suara bisikan To' Kiyai Parjo. Bagaimanapun Pak Uduh meminta untuk
balik segera masuk ke tubuhnya. Tidak lama kemudian dia membuka
mata, dan dilihatnya Naesah Lawa masih terlentang menderita sakit.
"Saya fikir tak payahlah kita ubatkan lagi Naesah ni To'
Kiyai....." bisik Pak Uduh. To' Kiyai Parjo tersenyum. Dia sudah
tahu apakah yang tersirat di hati Pak Uduh. Malah pertemuan Pak
Uduh dengan arwah gurunya itu juga sudah difahami oleh To' Kiyai
Parjo. "Kalau kau dah kata begitu, terpulanglah" ujar To' Kiyai
Parjo perlahan. Tiga hari selepas itu pun perut Naesah Lawa menjadi
buncit. Lama kelamaan menjadi busung hingga kulit perutnya
mengening-ngening. Apa yang dilihat oleh Pak Uduh melalui
makrifatnya jelas telah berlaku ke atas Naesah Lawa. Seminggu
selepas perutnya menjadi busung Naesah Lawa pun meninggal dunia.
Pada senja waktu maghrib hari dikebumikannya itulah Pak Uduh
mendengar jeritan nyaring dari tanah perkuburan. Jeritan itu juga
didengar oleh orang-orang kampung. Selepas menunaikan
-
TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN
7
fardhu maghrib Pak Uduh bersama adik iparnya (iaitu adik lelaki
Naesah Lawa) bernama Selamat telah pergi ke tanah perkuburan.
Jeritan itu memang jelas seakan-akan suara Naesah Lawa. Sebab
itulah dia mengajak Selamat ikut sama melihatnya. Memang betul
jeritan itu datangnya dari kubur Naesah Lawa. Ketika mereka berdua
sampai rintihan dan ngongoian Naesah Lawa begitu jelas dan menusuk
perasaan. Dari kubur itu kelihatan asap berkepul naik. Air mata Pak
Uduh menitik melihat peristiwa yang menimpa ke atas kubur
isterinya. Kalaulah emaknya masih hidup bolehlah dia melutut
meminta ampun kepada emaknya bagi pihak Naesah Lawa. Tetapi
semuanya telah berlalu, dia hanya dapat berdoa meminta pertolongan
Allah supaya mengampunkan Naesah Lawa. Ketika mereka berdua sampai
rintihan dan ngongoian Naesah Lawa begitu jelas dan menusuk
perasaan. Dari kubur itu kelihatan asap berkepul naik. Air mata Pak
Uduh menitik melihat peristiwa yang menimpa ke atas kubur
isterinya. Kalaulah emaknya masih hidup bolehlah dia melutut
meminta ampun kepada emaknya bagi pihak Naesah Lawa. Tetapi
semuanya telah berlalu, dia hanya dapat berdoa meminta pertolongan
Allah supaya mengampunkan Naesah Lawa. "Mat...." kata Pak Uduh
sayu. "Kakak kau terseksa. Kau balik dan beritahu To' Kiyai Parjo.
Biar abang tunggu di sini buat apa yang patut" bisiknya tersedu
sedan. Kesedihan yang menusuk di jiwanya bukanlah kerana kematian
isterinya, tetapi penderitaan yang ditanggung oleh isterinya
setelah disemadikan di dalam kubur. Kalaulah benar Naesah Lawa
membuat perhubungan dengan lelaki lain dia boleh melupakan saja
segalanya. Dia sedia mengampunkan dosa Naesah Lawa terhadapnya.
Tetapi perbuatan Naesah Lawa tergamak memberikan emaknya makan
racun santau itu, hanya emaknya sajalah yang boleh mengampunkan.
"Baliklah Mat, minta bantuan dari orang kampung" katanya lagi
menahan kesedihan. "Baiklah bang" sahut Selamat perlahan. "Macam
mana pun abang sabarlah. Apa nak buat dah nasib dia..." Selamat
cuba mententeramkan perasaan Pak Uduh. Selamat terus balik ke rumah
Pak Uduh, kerana di sana orang sudah berkumpul untuk mengadakan
kenduri aruah. To' Kiyai Parjo juga ada menunggu di rumah Pak Uduh.
Segala kejadian yang dilihatnya di kubur kakaknya diberitahu oleh
Selamat kepada mereka yang ada di situ. "Abang Uduh minta To' Kiyai
ke sana" jelas Selamat. Beberapa orang yang ada di atas rumah turun
ke bawah. Mereka bersama-sama To' Kiyai Parjo mengikut Selamat
menuju ke kubur Naesah Lawa. Apabila sampai di kubur mereka dapati
Pak Uduh sedang membacakan Surah Yassin dengan tenang. Bunyi
jeritan juga mula mengendur. Kepul asap juga sudah mula
berkurangan. Tetapi keadaan demikian sementara saja. Selepas itu
asap dari kubur semakin menebal dan jeritan suara meminta tolong
semakin kuat. Sekali-sekala keluar api dari celah-celah kepulan
asap itu. Semakin kuat bacaan Surah Yassin dibacakan, semakin
kedengaran jeritan nyaring tidak ketahuan. "Begini Uduh...." To'
Kiyai Parjo menepuk bahu Pak Uduh. "Kalau kau izinkan kita galikan
semula kubur Naesah ni, kita mandikan dia dengan air Yassin"
ujarnya menahan kesedihan yang menusuk-nusuk. Pak Uduh hanya
mengangguk. Lidahnya sudah tidak terucapkan
-
TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN
8
apa-apa lagi. "Kalau begitu kau Selamat, bawalah kawan-kawan"
To' Kiyai Parjo berpaling pada Selamat. "Bawa cangkul, bawa lampu
gaslin dan bawa air segeluk" perintahnya. Selamat tidak menyahut.
Dia terus mengajak beberapa orang pemuda balik semula mengambil
barang-barang yang dipesan oleh To' Kiyai Parjo. Sementara bahang
panas dari kubur Naesah Lawa sudah dirasakan oleh Pak Uduh.
Bagaimanapun dia tidak undur dari menahan panas yang semakin
membahang itu. To' Kiyai Parjo membacakan sesuatu doa sambil
menghembuskan ke kubur Naesah Lawa. Lama To' Kiyai Parjo berdoa
barulah terasa bahang panas itu terasa berkurangan. Pak Uduh juga
ikut sama berdoa seperti yang pernah diajarkan oleh To' Kiyai Parjo
kepadanya. Tidak lama kemudian Selamat bersama dua tiga orang
pemuda tadi datang membawa cangkul dan lampu gaslin. Air sejuk di
dalam jag diberikannya kepada To' Kiyai Parjo. Setelah
diperintahkan gali oleh To' Kiyai Parjo mereka pun sama-sama
menggali semula kubur tersebut. To' Kiyai Parjo mahu memandikan
saja jenazah yang sudah dikebumikan itu dengan air yang sudah
dibacakan Surah Yassin. Ketika menggalinya Selamat merungut-rungut
juga kerana terasa panas. Tetapi To' Kiyai Parjo menasihatkan
supaya tidak disebut-sebutkan perkara bahang panas itu. Setelah
digali semula Selamat cuba membuka papan yang menutup liang lahad,
tiba-tiba dia terkejut dan cepat-cepat melompat ke atas. Mukanya
jadi pucat ketakutan. "Kenapa Mat...?" tanya Pak Uduh. Selamat
tidak menjawab. Dia terkaku tidak boleh bercakap apa-apa. Untuk
mempastikan keadaan sebenarnya mereka mendekatkan lampu gaslin ke
tebing kubur. Pak Uduh sendiri membukakan papan dinding liang lahad
tersebut. Sebaik saja papan dinding itu ditarik ke atas mereka
dapat melihat ular-ular bisa berkumpul di dalam liang tersebut
membelit jenazah Naesah Lawa yang baru saja dikebumikan siang
tadinya. Dari mana datangnya ular-ular tersebut? "Hanya Allah Yang
Maha Mengetahui" kata To' Kiyai Parjo bila melihat kejadian
tersebut. Tentulah mustahil terdapat ular di dalam kubur yang baru
saja dikorek dan baru saja dikambus semula. Mustahil jua ada sarang
ular di situ. Kalau mahu dikira ular bersarang di situ, bagaimana
pula dengan api dan asap yang kelihatan di atas kubur tersebut.
Anehnya apabila sudah digali tidak ada langsung kesan asap atau api
di situ. "Jangan difikirkan sangat" To' Kiyai Parjo menasihatkan
mereka yang terpegun melihat kejadian tersebut. "Pengetahuan Allah
meliputi tujuh petala bumi tujuh petala langit. Kita yang hidup ini
insaflah........" jelasnya dengan linangan air mata, bukan kerana
kesedihan tetapi gementarnya kepada Allah. Kemudian dia menyiramkan
air sejuk di dalam jag yang sudah dibacakan Yassin ke tubuh Naesah
yang dibelit ular-ular bisa itu. Setelah disiram air tersebut
ular-ular berkenaan lari menyusup di dalam lubang liang lahad dan
hilang entah ke mana. To' Kiyai Parjo turun ke dalam kubur lalu
mengepal tanah tiga kepal. Dia berdoa sambil menghembuskan kepada
kepalan tanah itu.
-
TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN
9
Dengan tidak menghiraukan sesiapa dia terus meletakkan tanah
yang dikepal tadi ke kepala mayat. Setelah semuanya selesai To'
Kiyai Parjo memerintahkan supaya dikambus semula. Hari berikutnya
tidak ada lagi kedengaran jeritan dari kubur Naesah Lawa. Sementara
di rumahnya Pak Uduh membaca Yassin setiap malam seperti yang
diingatkan oleh To' Kiyai Parjo. Jadi, bila teringatkan pertemuan
saya dengan Pak Uduh bersama Ali Burn, saya merasakan ada sesuatu
yang mesti telah berlaku menyebabkan kubur Mat Yot Bidan itu jadi
demikian. Tetapi disebabkan Lebai Piut tidak mahu diungkit-ungkit
lagi maka saya pun tidaklah mahu bertanyakan lagi pada Judin Bauk.
Bagaimanapun setelah Judin Bauk balik ke rumah barulah Lebai Piut
mahu menerangkan kepada saya kisah sebenarnya mengapa kubur Mak Yot
Bidan boleh jadi begitu. "Bukan kerana ilmu sesat yang dituntut"
kata Lebai Piut serba salah mahu menceritakan kepada saya. Tetapi
dosa kepada sesama makhluk, inilah yang berat hendak kita tanggung"
jelasnya mengeluh pendek. "Tak ada dia menuntut ilmu sesat?" tanya
saya. "Wallahhu'alam..." dia tersengih-sengih bagaikan soalan itu
mencuit hatinya. "Tetapi Yot tu berkehendakkan Latip Pekak semasa
dalam tangan suaminya lagi, iaitu aruah abang haji" katanya lagi.
"Ohhh, begitu..." saya terangguk-angguk mendengarkannya. Aruah
abang haji yang disebutkan oleh Lebai Piut itu ialah abangnya
sendiri Haji Suri. Saya juga mendengar berita kematian aruah Haji
Suri akibat termakan racun. Heran juga saya ketika itu, kerana
orang seperti dia masih ada juga orang sakit hati hingga tergamak
memberi racun. Setahu saya aruah Haji Suri itu memang warak. Dia
tidak pernah ambil tahu masalah peribadi orang lain. Malah dia akan
bercakap kalau ada perkara-perkara yang ditanyakan kepadanya saja.
Bagaimana orang seperti dia masih ada orang yang sakit hati
terhadapnya. Kalau setakat hati pun tak apa juga, tetapi tergamak
pula memberikan racun. "Yot yang memberinya racun....." tiba-tiba
isteri Lebai Piut mencelah. "Hisss, awak tu diam" Lebai Piut
berpaling kepada isterinya yang baru saja sampai menatang dulang
air ke depan kami. "Mana awak tahu Yot yang racun, awak nampak?"
katanya perlahan, tetapi jelas dia tidak senang dengan sikap
isterinya membuat tuduhan itu. "Ramai orang cakap...." jelas Mak
Ton tegas. "Cakap orang cuma syak wasangka saja. Allah saja Yang
Maha Mengetahui" ujar Lebai Piut kesal dengan keterlanjuran
isterinya itu. Memang Lebai Piut tidak mahu menerangkan lebih
lanjut perkara sebenarnya. Tetapi esoknya apabila saya tanyakan
kepada Judin Bauk mengenai cerita kematian aruah Haji Suri itu,
memang dia juga pernah mendengar khabar angin kononnya kematian
aruah Haji Suri itu akibat diracun oleh Mak Yot Bidan. Habis saja
edah selepas kematian aruah Haji Suri itu, Mak Yot Bidan pun terus
berkahwin dengan Latip Pekak. Bagaimanapun orang-orang kampung
tidak dapat ceritanya yang sahih, selain dari khabar-khabar angin.
Kalau ada pun mereka yang tahu tidak ada siapa pula yang berani
bercakap terus terang. Maklum sajalah Mak Yot Bidan itu merupakan
bidan di dalam kampung. Masing-masing memerlukan pertolongan Mak
Yot Bidan bila tiba waktunya.
-
TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN
10
-
TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN
11
002. POKOK PETAI MENCABAR BERTARUNG BARU saja mahu melelapkan
mata isteri saya menggerakkan kerana ada orang memanggil dari
tengah halaman. Dalam keadaan terkuap-kuap itulah saya memetik
lampu lalu membuka pintu hadapan. Seorang lelaki separuh umur
terkial-kial menupang motorsikal hondanya. "Maaflah ustaz saya
mengganggu..." cepat-cepat dia bersuara sebaik saja pintu terbuka.
Saya tersengih-sengih sambil terkuap-kuap. Mata memang sudah
mengantuk walau pun baru pukul 10 lebih. Tetapi sudah menjadi
kelaziman saya tidur awal sedikit kerana akan bangun semula pada
tengah malam. Bangun tengah malam ini pun bukanlah dilakukan setiap
malam, cuma saya lakukan apabila malam Jumaat. Saya akan melakukan
Sunat Tahjud diikuti dengan Sunat Tasbih juga. "Maaflah ustaz"
ulangi lelaki berkenaan. "Tak apa, silalah masuk..." saya
mempelawanya. "Tak payahlah ustaz" sahutnya terus mara ke pintu
rumah saya. "Saya nak minta tolong pada ustaz. Aki Sahak yang suruh
panggil ustaz" katanya. "Rumahnya di mana?" tanya saya mahu
mempastikan. Saya sendiri tidak berapa kenal dengan lelaki
berkenaan, tetapi rasanya dia lebih tua dari saya. "Saya Sonok dari
Kampung Simpang" jelasnya menghulurkan tangan kepada saya. "Petang
tadi saya pergi ambil Aki Sahak di Mancis rumah anaknya. Aki Sahak
ada di rumah saya, tapi dia suruh panggil ustaz juga" dia
tersengih-sengih. Berdebar juga hati saya bila Aki Sahak meminta
saya datang. Tentulah perkaranya besar juga, kalau tidak masakan
dia menyuruh Sonok mencari saya. Mujur juga Sonok dapat mencari
rumah saya di situ. Kalau sekadar gangguan syaitan Aki Sahak tidak
pernah memanggil saya. Dia sendiri boleh menghadapinya kalau ada
orang sakit diganggu syaitan. Bagaimanapun saya tidaklah mahu
bertanya kepada sesiapa pun mengenai tujuan mereka memanggil saya.
Memang sudah saya duga biasanya kalau orang mencari saya pada
tengah-tengah malam tentulah perkaranya ada pesakit yang memerlukan
rawatan. Heran juga saya selama datang ke kampung itu, mereka sudah
menganggap saya macam bomoh. Berkali-kali saya memberitahu mereka
saya bukanlah bomoh. Disebabkan yang meminta saya datang itu Aki
Sahak membuatkan saya serba salah. Nampaknya saya mesti memikirkan
perkara mahu bertukar dari situ, kerana bimbang orang akan salah
anggap. Nanti mereka menyangka saya seorang bomoh, sedangkan saya
tidak tahu apa-apa mengenai ilmu bomoh. Kalau saya tidak mahu
datang apa pula kata Aki Sahak. Sejak saya bertukar ke daerah itu,
kerapkali sangat Aki Sahak meminta saya membantu dia. Ingin juga
saya membantah tetapi cepat-cepat dia mengingatkan, "Kerja ni semua
buat kerana Allah saja....". Selepas bersiap-siap memakai baju,
saya pun terus membonceng motorsikal Sonok. Malam gelap gelita
tidak ada bintang-bintang di langit. Saya sampai di rumah Sonok
kira-kira jam 11 lebih. Aki Sahak sudah ada di situ duduk di hujung
serambi. Beberapa orang jiran Sonok juga ada di situ. Saya memberi
salam ketika menaiki tangga rumah. Kemudian bersalaman dengan
mereka yang duduk di serambi. "Terus ke hujung ustaz, terus ke
hujung" seorang lelaki tua menyuruh saya duduk di hujung serambi
dengan Aki Sahak. Kampung ini kira-kira empat batu jauhnya dari
tempat Aki Sahak tinggal. Semasa saya sampai itu mereka sudah
bercerita fasal anak Abang Amud
-
TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN
12
yang tenggelam dalam lombong. Aki Sahak memberitahu sayalah yang
telah membantunya mencarikan mayat itu yang tenggelam di dalam
lombong. Akhirnya perhatian mereka sudah beralih kepada saya,
bukanlah kepada Aki Sahak. Sebenarnya Aki Sahak cuba
mengelak-ngelak juga apabila dipanggil orang merawat pesakit,
tetapi kadangkala serba salah juga. Tidak heranlah mengapa
bomoh-bomoh terpaksa mengenakan bayaran kerana penat lelah mereka
terpaksa berjaga hingga jauh malam. Malah ada kalanya tidak cukup
tidur sekiranya dipanggil orang. Bagaimana kalau sampai pagi baru
selesai kerjanya? Tentulah esoknya menjadi letih dan mereka tidak
dapat bekerja mencari rezeki nafkah hidup? Tetapi kebanyakan orang
menuduh bomoh-bomoh itu mementingkan wang semata-mata apabila
mengubat pesakit. Bagaimana kalau kami lakukan secara sukarela
seperti Aki Sahak ini? Nampaknya senang saja iaitu duduk sambil
berdoa. Tetapi ketika berdoa ini mestilah dengan khusyuk atau
istilah moden 'kosentrasi', kadangkala terasa kepala bagaikan mahu
pitam kalau 'khusyuk' ini dilakukan sampai hampir satu jam. Inilah
yang tidak difahami oleh kebanyakan orang. Apabila saya bertukar ke
daerah kecil ini Aki Sahak terus meminta saya membantu dia. Bagi
penduduk-penduduk di daerah ini pula asal saja mendapat tahu
tentang seorang bomoh mereka akan segera mendapatkannya kalau
menghadapi kesakitan. Kadangkala diserang demam panas pun segera
mencari bomoh, pada hal penyakit demikian lebih baik dibawa ke
hospital. Kesihan juga saya melihatkan Aki Sahak. Tidak pernah dia
boleh duduk diam di rumah untuk beribadat dan sebagainya. Ada saja
orang menjemputnya. Kadangkala sampai ke Karak di Pahang, ke
Segamat di Johor, ke Tampin juga. Kadangkala dia sengaja melarikan
diri ke rumah anaknya di Mancis, namun dapat juga dicari orang.
"Anak Sonok ni hilang dari rumah" beritahu Aki Sahak berpaling
kepada saya. "Jadi, itulah nak minta kau sama-sama bantu" jelasnya
meleret senyum. "Eh, Aki sorang pun boleh....." ujar saya
tersengih-sengih. "Tidak..." sahutnya tegas. "Aku tak kemampuan,
sebab itulah perlu sangat kau membantu. Ini bukan kerja
manusia......" dia mula serius. "Dah bagi tau polis?" soal saya.
"Tak lagi, tapi ketua kampung dah beritahu..." sahut Sonok
perlahan. "Bila hilangnya?" saya memerhatikan Sonok tersandar pada
jenang pintu induk rumah. "Hari ni tadilah" jelasnya bertambah
gelisah. "Tengahari tadi dia mengembala kambing ke tepi kebun getah
nun, top...top....kambing aje balik petang tadi. Dia entah ke mana"
Sonok menerangkan. Berita kehilangan anak Sonok yang berumur 10
tahun itu segera diberitahu kepada jiran-jiran. Biasanya
petang-petang selepas balik dari sekolah, Tamin mengembala kambing
di hujung kampung. Dia bukanlah penuntut di sekolah tempat saya
mengajar. Sebab itulah saya tidak mengenali sangat keluarganya.
Kebanyakan penjaga murid di sekolah saya mengajar memang saya
kenali. Lagi pun sekolah yang jauh di kampung pedalaman ini,
bukanlah ramai sangat muridnya. Jadi, cepatlah dapat bermesra
dengan penjaga-penjaga mereka. Lagi pun mereka mulai mengenali
saya, sejak peristiwa anak Abang Amud.
-
TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN
13
Ketika ini penduduk kampung tempat Aki Sahak tinggal itu pun
masih belum tenteram akibat gangguan bunyi air disedut lubang
bergaung dari lombong tersebut. Terutamanya bila tengah malam
ornag-orang yang tinggal berhampiran dengan lombong dapat
mendengarnya dengan jelas. Ada juga Tonel memberitahu Sali dia
ternampak dari jauh satu benda melintang di tengah lombong. Tidak
lama kemudian benda itu tenggelam semula ke dalam air. Mungkinkah
ular besar yang dikatakan oleh orang-orang kampung selama ini?
"Saya minta ustaz cuba-cubalah sikit" pinta isteri Sonok tiba-tiba
muncul di pintu induk rumah itu. Matanya bengkak bekas menangis.
"Cubalah ustaz, kalau mati nak tengok juga mayatnya" dia mula
terisak-isak menahan kesedihan yang menusuk. "Hisss, jangan cakap
macam tu" Sonok mendongak sambil menguis paha Siti dengan sikunya.
"Tak ada apa-apa tu, boleh jadi Tamin sesat. Sabarlah sikit......"
katanya macam menasihatkan isterinya. Sedangkan dia sendiri pun
saya lihat resah gelisah sejak datang menjemput saya tadi. "Cubalah
ustaz" pinta Siti lagi merayu-rayu. "Saya dah dengar fasal ustaz di
Kampung Hulu bila anak Amud jatuh ke lombong. Saya harap benar
dengan ustaz ni" ujarnya tidak menghiraukan suaminya yang tersandar
pada jenang pintu induk rumah. "Sabarlah kak...." saya pula meminta
dia bertenang. "Kita tengok dulu macam mana, jangan tergopoh-gopoh.
Kalau kita sudah yakin Allah saja memberi perlindungan dan tempat
meminta pertolongan, bertenanglah" kata saya mengingatkan.
Selalunya demikianlah ibu-ibu menghadapi dugaan apabila
anak-anaknya menghadapi masalah. Tetapi saya tidak dapat salahkan
mereka, kerana perasaan manusia selalunya mudah digoda. Mereka
mudah hilang pertimbangan dan segera meminta pertolongan dari siapa
saja, pada hal tempat meminta pertolongan hanya semata-mata kepada
Allah. Ketika meminta pertolongan inilah syaitan menjanjikan
pertolongan. Orang yang tidak sabar akan segera meminta pertolongan
pada syaitan tadi. Akhirnya terpedayalah dengan perangkap syaitan
mahu menggoda manusia menukar aqidah, dengan meminta pertolongan
kepadanya. "Kita tunggu dulu apa kata Aki Sahak" saya menepuk bahu
Aki Sahak yang duduk mrnyandar pada dinding. "Tak ada apa kita
boleh buat, sebab budaknya tak ada di sini" Aki Sahak tersenyum
penuh makna. "Nak dicari tak tahu di mana, sebab pancaindera kita
hanya untuk melihat benda yang nyata" ujarnya tersengih-sengih.
"Jadi macam mana ni Aki. Anak saya Aki, macam mana" Siti terus
meraung tidak dapat menahan perasaan sebak yang menumpu di dadanya.
Kemudian Aki Sahak meminta saya melakukan tidur seperti pernah
dilakukan ketika mencari anak Abang Amud di dalam lombong. Setelah
berbincang dengan Aki Sahak saya bersetuju tidur sendiri dengan
tidak payah dikawal oleh Aki Sahak. Seperti yang telah saya
jelaskan cara pengubatan tidur samalah seperti bomoh-bomoh gunakan
semasa mereka 'menurun', tetapi caranya saja berlainan. Bomoh-bomoh
selalu menggunakan 'akuan' tertentu sebagai sahabat, manakala cara
tidur yang saya lakukan hanya satu penyerahan kepada Allah. Cara
memulakannya tidaklah memerlukan menyeru berbagai-bagai nama,
tetapi memudahi dengan berastaghfar kepada Allah Yang Maha
Pengampun, kemudian membaca A'uzubillah meminta dilindungkan dari
syaitan, Bismillahhirrahmannirrahim, Selawat kepada Rasullullah
dan
-
TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN
14
tasbih mensucikan keagungan Allah. Para ahli sufi tidaklah perlu
cara tidur seperti yang saya lakukan, baginya memadai merenung saja
ke dalam makrifat dan mereka akan mengetahuinya. Tetapi pengajian
kita belum sampai kepada tingkat ahli sufi, maka cara tidur inilah
untuk merenung secara makrifat. Itulah saya katakan amat sukar mahu
menerangkannya di sini, kerana hanya orang-orang yang mengetahui
saja tahu apakah yang saya gambarkan ini. "Kau tidur dulu dan cari
di mana budak tu sekarang" bisik Aki Sahak. "Tak payah beritahu
apa-apa pada Aki. Lepas tu nanti baru kita sama-sama mencari di
mana dia" katanya lagi. Saya mengangguk. Saya pun memulakan tidur
saya. Tidak lama kemudian saya merasa diri saya sudah berada di
satu kawasan paya. Saya terus menyeberangi paya hingga sampai ke
seberangnya yang dipenuhi oleh belukar rotan. Puas saya memerhati
sekelilingnya tidak ternampak pun anak lelaki Sonok yang hilang
itu. Dalam pada itu yang mesti saya ingatkan ialah lorong-lorong
jalan serta pedoman yang terdapat di situ untuk membolehkan
orang-orang kampung mencarinya nanti. Sebab cara yang saya lakukan
ini tidak dapat membawa Tamin balik ke rumah, kecuali kalau dipandu
oleh Aki Sahak. Kalau tidur bersendirian ini hanya untuk melihat
saja, bukan untuk melepaskan dia sekiranya dikawal oleh syaitan
yang terdiri dari makhluk-makhluk halus. Saya menyusup di bawah
duri-duri rotan itu memerhatikan kalau-kalau dia disorokkan di
situ, tetapi tidak juga kelihatan. Biasanya yang melarikan budak
demikian ialah bunian. Tempat yang demikianlah selalunya disukai
oleh bunian. Bagaimanapun Tamin tidak ditemui di situ. Hampir saja
saya putus asa kerana tidak dapat mencari Tamin. Dalam keadaan
demikianlah saya membacakan Surah Waddhuha untuk membuka jalan
supaya pandangan saya tidak dilindungi oleh makhluk-makhluk halus.
Bagi memudahkan lagi saya terus membesarkan diri hingga melangkaui
pokok-pokok besar yang tinggi. Ketika inilah saya nampak seorang
budak lelaki terselit di celah dahan pokok petai. Saya camkan
betul-betul memang benar itulah budak yang sedang dicari. Dari segi
akal memang mustahil bagaimana Tamin yang baru berumur 10 tahun itu
boleh memanjat pokok yang dianggarkan lima pemeluk. Pokok itu pula
terlalu tinggi yang dahannya yang paling bawah sekali sama
tingginya dengan pucuk kelapa saka. Bayangkanlah bagaimana budak
tersebut boleh sampai di celah dahan pokok petai itu, yang saya
anggarkan kira-kira lebih 30 kaki tingginya. Setelah saya cam semua
pedoman di kawasan pokok petai itu, saya pun balik semula. Apabila
saya terjaga Sonok suami isteri sudah duduk berdepan dengan saya.
Tidak sabar-sabar lagi dia mahu mengetahui sama ada saya sudah
berjumpa atau belum anaknya. Beberapa kali saya menggelengkan
kepala. Saya bagaikan tidak percaya dengan apa yang saya lihat.
Bagaimanapun saya terus memberitahu mereka apa yang telah saya
lihat. "Dah kau pagar tempat tu?" tanya Aki Sahak. Saya
menganggukkan kepala. "Budak tu dia tak dapat ambil lagi" Aki Sahak
menghela nafas. "Jadi, kalau mahu malam ni juga kita cari, kalau
tunggu besok takut terjatuh pula budak tu. Maklumlah penjaga tak
dapat masuk dekat lagi" kata Aki Sahak merenung muka Sonok.
"Eloklah malam ni juga kita ke situ" sahut Pak Jeli lelaki tua yang
mula-mula menegur tatkala saya sampai tadi. Dia ialah ayah Siti
iaitu bapa mertua Sonok. Rupanya dia ini seorang bomoh juga di
kampung itu. Walaupun dia seorang bomoh tetapi
-
TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN
15
tidaklah dia merasa irihati dengan usaha-usaha yang kami buat.
Memang ada cerita mengatakan seseorang bomoh itu akan marah apabila
ada orang lain mahu menunjukkan kepandaian melebihi dia. Tetapi itu
adalah tanggapan saja. Seorang bomoh yang bertanggungjawab tidak
akan menghalang orang lain melakukan sesuatu untuk menolong
pesakitnya, malah dia sendiri akan sama-sama membantu mengikut
kemampuannya. Pak Jeli sendiri mengakui ilmu bomohnya tidak sampai
kepada kekuatan doa-doa yang menggunakan ayat-ayat Quran ini.
Selama ini dia sendiri memang mengakui akan kebolehan Aki Sahak.
Kira-kira 10 orang jiran ikut sama dengan Sonok menuju ke tempat
yang saya katakan seperti yang dapat saya lihat tadi. Di antaranya
ialah Tapa Sungkur yang biasa memanjat pokok petai. Sengaja Tapa
Sungkur menawarkan diri setelah mendengar keterangan saya bahawa
Tamin dibawa ke atas pokok yang tinggi. Saya dan Aki Sahak juga
ikut sama. Malah Pak Jeli sendiri sanggup ikut sama. Maklumlah
Tamin itu cucu kesayangannya. Kami masuk ke hutan melalui kebun
getah di hujung kampung dengan membawa suluh andang dari daun nyiur
kering. Pak Jeli membawa lampu suluh enam sambung yang digunakan
untuk menyuluh musang. Disebabkan Tapa Sungkur yang selalu masuk ke
hutan dialah yang berjalan di hadapan sekali. Manakala saya
berjalan di belakang sedikit tetapi tidaklah jauh dari Tapa
Sungkur, kerana pedoman sebenarnya menuju ke tempat yang hendak
dicari ialah di dalam ingatan saya. Apabila masuk ke kawasan hutan
saya seolah-olah hilang pedoman. Tidak dapat hendak dicari tempat
yang saya lihat melalui tidur tadi. Mungkin keadaan malam terlalu
gelap menyebabkan kami tidak dapat mencari arah. Tapa Sungkur juga
sudah berpusing membawa kami sampai ke pinggir anak air, tetapi
paya yang dicari tidak juga bertemu. "Kalau paya bukan di sini
agaknya" Pak Jeli bersuara di belakang. "Yang aku tau kawasan paya
di sebelah baruh kebun getah tadi. Nampaknya kena berpatah balik
kita....." ujarnya meragui jalan yang dibawa oleh Tapa Sungkur. "Di
situ mana ada pokok petai" laung Tapa Sungkur meyakinkan Pak Jeli
jalan yang dituju sekarang adalah betul. "Di situ pun tak ada
belukar rotan......" katanya menambah. "Eloklah kita tengok
dulu....." sahut Pak Jeli mencadangkan. "Jangan gopoh-gopoh" Aki
Sahak cepat-cepat mencelah. Dalam usaha demikian tidak boleh
berbantah-bantah. Kerja berbantah-bantah itu memang kerja syaitan
untuk melalaikan insan sehingga kerja-kerja yang mahu dilakukan
tidak berhasil. "Kita tak boleh gopoh-gopoh, semuanya mesti
bersabar. Ikut dulu ke mana hala yang diingatkan oleh ustaz tu
tadi" ujarnya keras sedikit. Pak Jeli tidak menyahut. Tapa Sungkur
juga diam. Mereka tidak mahu menyinggung perasaan Aki Sahak. Selama
ini memang Aki Sahak menjadi tumpuan penduduk-penduduk kampung
berhampiran di daerah itu. Kadangkala mereka kecewa mahu
mendapatkan khidmat Aki Sahak kalau ada orang-orang dari Karak di
Pahang memanggilnya. Atau orang-orang dari Segamat dan Tampin juga.
"Saya cuma agak-agakkan aje Aki" tiba-tiba Pak Jeli menjelaskan
dari belakang. Bimbang juga dia kalau-kalau Aki Sahak tersinggung
dengan sikapnya cepat sangat menyalahkan Tapa Sungkur menunjukkan
jalan. "Tak baik berbantah-bantah" ujar Aki Sahak mengingatkan
sambil berdehem-dehem macam kahak tersangkut di tekak. "Dengar dulu
apa cakap ustaz, dia yang dapat mengagak jalannya" katanya
termengah-mengah menyusur lereng bukit. Pak Jeli terus mendiamkan
diri. Dia juga termengah-mengah menyusur lereng bukit kerana banyak
akar-
-
TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN
16
akar pokok besar menungkal. Malam bertambah gelap di dalam hutan
demikian. Ketika ini sudah lebih pukul 12 malam. Bunyi kuang
sayup-sayup di balik bukit diselang-seli bunyi ngiang-ngiang
cengkerik bersahutan. Saya berhenti sejenak di atas akar kayu
menungkal sambil mendongak ke atas. Melihatkan saya berhenti mereka
semua pun ikut sama berhenti. Aki Sahak pun sudah sampai di
belakang saya. "Nanti dulu Tapa..." Aki Sahak memanggil apabila
Tapa Sungkur yang di depan mahu meneruskan perjalanan. Tapa Sungkur
berpatah balik ke belakang mendapatkan saya. Perlahan-lahan saya
membaca Surah Waddhuha bagi mendapatkan semula pedoman jalan menuju
ke pokok besar yang kami cari. Selepas membaca tiga kali Surah
Waddhuha saya dapat melihat dengan jelas paya di bawah lereng
bukit. Paya itulah tidaklah buyau, tetapi cuma tanah pamah yang
ditumbuhi pucuk-pucuk paku. "Cuba ikut ke bawah ni Tapa" saya
memuncungkan bibir ke bawah lereng bukit. Tapa Sungkur terus
melompat mencari jalan untuk ke seberang tanah pamah tadi. Sonok
mengekorinya dari belakang. Manakala saya berjalan di belakang
Sonok dan diikuti oleh Aki Sahak serta Pak Jeli. Jiran-jiran yang
lain semuanya berjalan di belakang. Memang betul sebaik melepasi
saja kawasan tanah pamah itu kami menemui belukar rotan yang padat.
Tidak ada lorong mahu menembusi belukar ini. Kami terpaksa
berlegar-legar mencari jalan untuk naik ke bukit di sebelahnya.
"Bangsat...!" saya terdengar Pak Jeli merungut. "Orang di sini nak
cari geruh rupanya. Tahulah aku! Tahulah aku! Ustaz ni akan ajar
kau. Aku bawa ustaz ni untuk ajar kau...!" dia menggertap bibir.
Sebaik saja ke kawasan di situ Pak Jeli sudah dapat menangkap
gangguan tersebut, kerana dia memang pun seorang bomoh. "Dia nak
merasa penangan Aki Sahak dengan ustaz dengan Pak Jeli, biarkan!"
gerutu Tapa Sungkur terkial-kial mahu mencari jalan melepasi
belukar rotan yang padat. "Jangan gempur dia dulu Jeli..." kata Aki
Sahak mengingatkan. "Kita jumpa anak Sonok dulu dan kita bawa
balik, lepas tu baru gempur" ujar Aki Sahak selanjutnya. Dia
bimbang Pak Jeli tidak sabar bila menghadapi suasana demikian.
Disebabkan dia seorang bomoh tentulah dia tidak peduli apa lagi
bila mahu menentang makhluk-makhluk halus demikian. Kadangkala
tindakan demikian boleh membahayakan orang yang sedang diganggu
oleh syaitan tersebut. Orang demikian sudah tidak ada semangat
lagi, kerana sudah dikuasai oleh makhluk-makhluk halus. Kalau
tersilap langkah sukar untuk memulihkan semula semangatnya. "Jangan
gempur dulu Jeli!" ulangi Aki Sahak. "Iyalah Aki..." sahut Pak
Jeli. "Saya serahkan pada Aki dan ustaz saja. Saya bantu dari
belakang" jelasnya. Puas berlegar-legar kami sampai ke kawsan
belukar bemban. Dari sanalah Tapa Sungkur membelok ke kanan mencari
pokok besar seakan-akan pokok petai yang saya sebutkan itu. Sebaik
saja melepasi belukar bemban itu barulah kami bertemu sebatang
pokok besar terpencil dari pokok-pokok yang lain. "Aki..." Pak Jeli
menarik bahu Aki Sahak. Tangannya menyuluh ke atas dengan lampu
picit sambung enam. "Itu Aki, tengok tu, tengok" katanya bergetar
menggertap bibir. Kami semua nampak Tamin di atas pokok tersebut.
Bagaimanakah cara mahu memanjat ke atas sedangkan pokok itu
terpencil di situ. Kalau ada anak-anak kayu bolehlah memanjat
mengikut anak-anak kayu. Manakala Tamin pula berpaut pada dahan
yang di atas sekali. Bagaimanakah
-
TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN
17
Tamin boleh sampai ke atas pokok demikian besar? Sedangkan
orang-orang dewasa pun tidak tahu bagaimanakah caranya mahu naik
memanjat memandangkan pokok itu tidak dapat dipeluk. Demikianlah
perlakuan mahkluk-makhluk halus yang tidak dapat kita lihat melalui
pancaindera biasa, kecuali melalui makrifat. Tentulah kerjanya
membawa Tamin ke atas pokok tersebut. Disebabkan kami sudah tahu
bahwa Tamin berada di atas pokok yang tinggi, maka kami memang
sudah membawa persediaan yang cukup seperti tali serta kapak.
Dengan perkakas-perkakas demikian mudahlah Tapa Sungkur mahu
memanjatnya. Mula-mula Tapa Sungkur menakik pokok itu dibuat
bertangga bagi memudahkan kakinya berpijak. Tali dililitkan
sekeliling pokok dan dengan ini boleh memautkan pinggangnya di
celah tali tersebut. Sedikit demi sedikit dia menakik pokok dengan
kapak, sedikit demi sedikit dia naik ke atas. Sehinggalah Tapa
Sungkur berjaya memanjat naik, timbul juga masalah bagaimana mahu
menurunkan Tamin. Dia tidaklah pengsan atau tidak sedar diri.
Tetapi seperti orang kebingungan tidak tahu apa-apa pun berlaku ke
atas dirinya. Bila dipanggil namanya dia menyahut. Sebaliknya kalau
ditanya yang lain-lain dia hanya menggeleng kepala atau mengangguk
saja. Tali yang dibawa pula tidak cukup panjang untuk membolehkan
Tapa Sungkur menbawa Tamin turun. Kami semua menjadi hilang akal.
Adalah satu perkara mustahil untuk membawa seorang kanak-kanak
berumur 10 tahun turun dari pokok demikian tinggi. Kalau
silap-silap berpaut mungkin dua-dua sekali terjun ke bumi. Setelah
puas memikirkan cara untuk menurunkan Tamin, akhirnya Pak Jeli
sudah tidak sabar lagi. Saya lihat dia menggertap bibir menahan
perasaan marahnya. "Aki, sekarang biar giliran saya dulu" katanya
memandang Aki Sahak. "Silakan..." sahut Aki Sahak perlahan. "Ustaz,
tadi giliran ustaz. Sekarang biar saya pula" Pak Jeli menoleh
kepada saya pula. "Silakan Pak Jeli" kata saya. Itulah baiknya bila
kita ramai. Mungkin salah seorang dari kita mempunyai kelebihan
dari satu segi, dan lemah dari segi lain. Manakala dari segi yang
lemah itu, orang lain pula mempunyai kelebihan. Demikianlah antara
saya, Pak Jeli dan Aki Sahak ketika ini. Aki Sahak dan Pak Jeli
memerlukan saya untuk mencari di manakah Tamin dilarikan oleh
syaitan. Tetapi dalam kelam kabut untuk membawa Tamin turun dari
pokok mungkin Pak Jeli lebih berpengalaman dari Aki Sahak dan saya
sendiri. Di sinilah pentingnya kami semua berpadu tenaga. "Tapa..."
laung Pak Jeli di dalam gelap malam yang sepi itu. Suaranya
bergaung ke balik bukit. "Tapa, turun dulu. Biarkan dia di situ.
Turun kau dulu..." dia menyeru Tapa Sungkur supaya turun. "Turun
dulu Tapa" Aki Sahak juga memanggilnya. "Biar Jeli pula naik. Jeli
sendiri nak naik" laungnya dari bawah. Terpaksalah Tapa Sungkur
turun dengan hampa. Ketika ini sudah lebih pukul tiga pagi. Tamin
masih juga belum dapat dibawa turun. "Setahu saya kawasan ni tak
ada pokok petai" keluh Tapa Sungkur sebaik saja dia sampai ke
bawah. Hairan juga dia dari mana datangya pokok petai di situ.
Kawasan hutan di situ semuanya sudah dalam kepala Tapa Sungkur. Dia
sudah mahir di mana selekohnya, di mana pokok petainya, di mana
rotannya. Cuma dia satu-satunya yang selalu mencari petai di situ.
Sebaik saja Tapa Sungkur sudah turun, Pak Jeli terus mengelilingi
pokok petai berkenaan. Kemudian dia menampar perdunya tiga kali.
Ketika ini Aki Sahak membisikkan kepada saya
-
TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN
18
supaya membantu Pak Jeli. Apabila saya dan Aki Sahak sudah
terpaksa mengambil keputusan menggempur bersama Pak Jeli, cuma kami
bertiga sajalah dapat berhubung antara satu sama lain. Saya dengan
Aki Sahak memang mempunyai cara yang sama, tetapi Pak Jeli
berlainan sedikit. Bagaimanapun kami masih dapat bekerjasama.
Sementara jiran-jiran yang sama ada di situ hanya melihat kami
bertiga dari mata kasar saja. Oleh itu mereka melihat hanya Pak
Jeli berkeliling pokok, sementara saya dan Aki Sahak berdiri
memejamkan mata. Pokok petai yang tersergam di depan kami sudah
bertukar menjadi lembaga hitam yang tinggi. Pak Jeli juga sudah
berdiri sama tinggi dengan lembaga hitam berkenaan. "Awak rupanya
ye!" jerkah Pak Jeli lalu menampar muka lembaga hitam itu tiga
kali. "Awak tak tau ke, bukankah cucu kawan yang awak larikan tu"
dia bercekak pinggang mencabar lembaga hitam itu seterusnya.
Lembaga hitam itu cuba menyiku Pak Jeli, tetapi dengan pantas
kakinya menyepak pada bahagian dada. Tamin masih juga dikepitnya di
celah ketiak. "Sekarang serahkan cucu aku!" suara Pak Jeli keras
mengancam lembaga hitam tersebut. "Aku tahu asal kau jadi, orang
memburu sesat di hutan asal kau jadi" bentak Pak Jeli bertambah
marah. "Awak jangan cari geruh Jeli..." jerkah lembaga hitam itu.
"Awak dapat sahabat baru, sahabat lama dah lupa. Tak mengenang budi
awak ni Jeli!" katanya menyindir. "Kawan tak peduli." sahut Pak
Jeli. "Kalau awak tak serahkan cucu kawan, bertempurlah kita. Belum
tentu siapa yang geruh" Pak Jeli teru menyepak dagu lembaga hitam
itu. DIa tetap berkeras tidak mahu melepaskan Tamin yang
dikeleknya. Seperti yang saya katakan Pak Jeli mempunyai cara
bomohnya. Dia terpaksa menentang lembaga hitam setinggi 30 kaki
dengan kekuatan tenaganya sendiri. Manakala saya dan Aki Sahak
tidak menentang dengan kekuatan secara makrifat, tetapi dengan
ayat-ayat Quran saja. "Wallauanna Quranna Suyirat bihhil jibalu.."
saya membaca doa lalu menghembuskan dari jauh. Serta merta
terpancar kilat dengan petir memukulo kepala lembaga hitam itu.
Saya lihat Aki Sahak menghembuskan ayat, "Lanarjumannakum..."
sekaligus memancar panah api menyinggahi tubuh lembaga hitam itu.
"Ampun.." teriaknya merintih. "Belum pernah kawan jumpa ilmu macam
ni tinggi. Ampun...Jeli, minta sahabat baru awak tu, jangan seksa
kawan macam ni. Kita bersahabat lagi Jeli" ujarnya merayu-rayu
meminta belas kasihan. "Baru awak tau, siapa sahabat kawan!" ejek
Pak Jeli sambil menampar muka lembaga itu tiga kali lagi. "Cukuplah
Jeli, cukuplah" rayu lembaga itu lagi. "Sekarang, serahkan cucu
aku!" bentak Pak Jeli menyepak betis lembaga itu pula. "Kalau awak
nak berlawan, satu sama satu Jeli..." dia mencabar Pak Jeli setelah
panah api tidak mengancamnya lagi. "Awak pun kalau nak berlawan,
serahkan cucu kawan dulu" sahut Pak Jeli semakin berang. "Kalau
awak berani, dengan kawan, jangan dengan cucu kawan" Pak Jeli terus
menyerbu menyiku rusuknya. Lenbaga hitam itu terhuyung-hayang
akibat disiku oleh Pak Jeli. Tetapi dengan pantas dia cuba membalas
dengan menampar Pak Jeli. Bagaimanapun Pak Jeli sempat mengelak.
Sekali lagi Pak Jeli menendang dada lembaga hitam berkenaan.
"Bukankah kawan dah cakap, awak tak dapat mengalahkan kawan,
bangsat puaka hutan jembalang tanah" Pak Jeli menggertap bibir.
"Sekarang lepaskan cucu aku!" jerkahnya.
-
TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN
19
Lembaga itu mengejek dengan ketawa. Dia tetap tidak melepaskan
Tamin dari keleknya. Ketika ini orang-orang yang ada di bawah pokok
hanya mendengar Pak Jeli berbantah-bantah dengan Tamin di atas
pokok. Suara Tamin bergaung sampai ke bawah. "Lepaskan cucu aku!"
bentak Pak Jeli lagi. "Awak kata kuat, cubalah ambil sendiri..."
lembaga hitam itu tertawa mengejek. Kemudian saya lihat Pak Jeli
menerkam garang mahu merampas Tamin dari kelekan lembaga hitam itu.
Mereka bergomol menunjukkan kehandalan masing-masing. Ketika ini
juga Aki Sahak membcakan sesuatu doa lalu menghembuskan ke arah
lembaga hitam tersebut. Sekaligus api dari segenap penjuru menyerbu
ke arah lembaga hitam. Terjerit-jerit dia menahan kesakitan. Tetapi
Aki terus meniup ke arahnya. Saya juga mengulangi beberapa ayat
lain bagi membantu Pak Jeli yang membuat serangan. "Hazihi
jahannamullati kuntum tu'adun..." saya menghembuskan ke arahnya.
Serentak dengan itu petir dan kilat memancar menerkam ke kepala
lembaga hitam. "Jeli, kau berani kerana sahabat-sahabat kau
membantu" rintih lembaga hitam itu gementar. "Ilmu sahabat-sahabat
kau terlalu tinggi. Belum pernah aku menentang ilmu yang demikian
tinggi..." katanya merayu supaya tidak diserang lagi. Bagaimanapun
Aki Sahak tetap tidak mempedulikan rayuan lembaga hitam ini.
Memandangkan Aki Sahak terus menentang, saya juga tidak berhenti
dari meneruskan serangan. Asap berkepul-kepul meliputi lembaga
hitam setinggi 30 kaki itu akibat tubuhnya terbakar. Dengan yang
demikian dapatlah Pak Jeli merampas semula Tamin dari bawah kelek
lembaga itu. Sebaik saja Tamin berada dalam tangan Pak Jeli,
lembaga hitam itu terpelanting jauh dihembus oleh Aki Sahak. Dia
menjerit-jerit kesakitan ketika melayang ke udara ditiup oleh Aki
Sahak. Apabila keadaan pulih semula kami pun baliklah membawa Tamin
yang masih dalam kebingungan. Kira-kira hampir jam 6.00 pagi
barulah kami semua sampai di rumah Sonok. Terasa mengantuk betul
mata akibat keletihan dan tidak tidur semalaman. Semasa dalam
perjalanan balik itu sempat Tapa Sungkur bercerita mengenai apa
yang dilihatnya. Katanya dia hairan bagaimana Pak Jeli yang sudah
berumur itu boleh memanjat pokok petai yang tinggi macam beruang
memanjat pokok saja. Dia tidak perlu menggunakan apa-apa,
seolah-olah kaki dan tangannya melekat pada pokok berkenaan. Semasa
dia membawa Tamin turun dari pokok mudah saja kepadanya seperti
menjinjing kapas. Inilah yang menghairankan jiran-jiran yang
menyaksikan Pak Jeli menyelamatkan cucunya Tamin. "Kalau macam tu
bolehlah ajak Pak Jeli cari petai ke hutan" Tapa Sungkur mengusik.
"Bukan selalu boleh buat macam tu..." cepat-cepat Sonok mencelah
bila mengenangkan bapa mertuanya boleh memanjat pokok setinggi 30
kaki macam berjalan di atas tanah saja. "Hanya masa-masa tertentu
saja dia boleh lakukan macam tu. Kalau saja-saja nak tunjuk mampus
tak dapat" katanya menerangkan. "Iya, ini bukan barang
permainan..." Aki Sahak pula bersuara keras. "Jangan heboh-hebohkan
sangat apa yang kamu lihat tadi. Kalau boleh perkara di pokok tadi,
biar habis di pokok saja" dia mengingatkan supaya keanehan yang
dilihat sebentar tadi tidak diceritakan kepada orang-orang kampung
yang tidak ikut sama. Saya juga setuju dengan Aki Sahak. Perkara
yang berlaku ke atas Pak Jeli yang dilihat boleh memanjat pokok
setinggi 30 kaki seperti berjalan di atas tanah, bukanlah satu
pertunjukkan sarkas. Ianya digunakan pada masa yang diperlukan
saja. Walaupun Tamin dapat dibawa balik
-
TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN
20
tetapi keadaannya masih belum pulih. Semangatnya masih dikuasai
oleh lembaga hitam yang melarikannya. Sebab itu dia masih dalam
keadaan kebingungan, tidak tahu apa yang terjadi ke atas dirinya.
Disebabkan saya tidak boleh lagi menunggu lama di rumah Sonok, saya
pun segera balik ke rumah. Lagi pun saya terpaksa bertugas.
Bayangkan bagaimana mahu bertugas dalam masa mata terlalu mengantuk
tidak tidur semalaman. Perkara mengubati Tamin saya serahkan pada
Aki Sahak dan Pak Jeli saja.
-
TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN
21
003. HANTU BOTAK DALAM LOMBONG BARU saja saya meneguk kopi di
rumah Aki Sahak, dua orang lelaki tiba-tiba memanggilnya dari
tengah halaman. Aki Sahak ini memang kenal baik dengan Pak Tua
Mahat saya. Sebab itulah dia juga sangat menghormati saya. Dua
orang lelaki itu saya lihat dalam keadaan cemas. Tetapi dia tidak
terus memberitahu tujuan kedatangannya. Mereka berdua seolah-olah
terkejut melihat saya ada di rumah Aki Sahak. Mungkin saya orang
baru di situ, dan mereka menyangka saya juga datang meminta
pertolongan dari Aki Sahak. Memang ramai orang dari kampung-kampung
jauh datang ke kampung tempat Aki Sahak tinggal ini. Mereka tahu
Aki Sahak selalu dicari orang kerana mahu berubat. Sudah lebih dua
puluh tahun Aki Sahak pindah ke kampung tersebut apabila berkahwin
dengan isterinya Makda Saodah. "Apa halnya?" tanya Aki Sahak.
"Adalah sikit perkaranya Aki..." sahut salah seorang darinya. "Emm,
kalau iya pun naiklah dulu" pelawanya sambil undur sedikit dari
muka pintu. Dua orang lelaki itu naik ke rumah. Mereka duduk
bersebelahan dengan saya. Saya menghulurkan tangan kepada mereka
berdua. "Mat Deh..." ucap saya ketika bersalaman. "Sali" sahut
lelaki yang duduk berhampiran dengan saya tersenyum. Kami
mengangguk tanda mula berkenalan. "Saya Tonel" seorang lagi
memperkenalkan diri. "Mat Deh ni orang kampung aku..." Aki Sahak
menerangkan kepada mereka. "Sengaja datang nak jenguk-jenguk aku.
Kebetulan pula dia baru tukar kerja ke sini" ujarnya lalu memanggil
isterinya supaya membawakan dua buah cawan lagi. Tidak lama
kemudian Makda Saodah keluar membawakan dua buah cawan kosong. Dia
menuangkan kopi lalu menghulurkan kepada dua orang lelaki tadi.
Kami tidak banyak berbual. Sali dan Tonel kelihatan resah saja
hendak memberitahu sesuatu. Seolah-olah kehadiran saya di situ
mengganggu mereka hendak bercakap kepada Aki Sahak. "Cakaplah, apa
halnya?" kata Aki Sahak setelah masing-masing terdiam. "Begini
Aki..." jelas Sali tergagap-gagap. "Anak Bang Amud di baruh jatuh
lombong, sampai sekarang tak jumpa" dia terus memberitahu perkara
yang sebenar tujuan kedatangan mereka. "Huss, mcam mana boleh jatuh
lombong?" Aki Sahak macam terkejut. "Mandi dengan kawan-kawannya.
Tiba-tiba dia tenggelam, sampai sekarang tak jumpa" Tonel pula
menerangkan. Aki Sahak terdiam. Saya lihat dia merenung sesuatu
yang sukar hendak dilihat dengan mata kasar. "Banyak sangat dia nak
korban. Bulan dulu lelaki tua, sekarang ni pula kanak-kanak,
huss...!" Aki Sahak mendengus macam menyimpan dendam. Dengan tidak
banyak bicara saya dan Aki Sahak terus mengikut dua lelaki tadi
menuju ke lombong yang dikatakan. Saya dapati sudah ramai orang
berkumpul di tepi lombong. Penyelam-penyelam yang didatangkan dari
bandar juga sudah silih berganti menyelam ke dalam air. Semua
penyelam itu memberitahu susah mahu melihat ke dalam air kerana
terlalu keruh. Sebaliknya orang-orang kampung sudah tidak sabar
lagi. Budak yang mati lemas di dalam lombong itu sepatutnya sudah
ditemui. Lombong itu bukanlah luas sangat. Tetapi bagaimana pula
mayat budak itu tidak ditemui
-
TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN
22
lagi? Ada juga setengah pihak mencadangkan supaya menunggu saja
sampai mayat tersebut timbul. Kononnya kalau mayat mati lemas ianya
akan timbul apabila perut sudah kembung dipenuhi air. Tetapi sejak
dari tenggelamnya kira-kira pukul 10 pagi, sehingga jam 5.30 petang
mayat berkenaan tidak juga timbul. Ketua Kampung Pak Semail sudah
berbincang dengan ketua penyelam-penyelam itu supaya diusahakan
secara tradisional untuk menemui semula mayat budak tersebut.
Sebaliknya ketua penyelam-penyelam itu seorang lelaki India menolak
kemahuan Ketua Kampung Pak Semail. Dia tetap berpendapat kegagalan
usaha menemui mayat budak yang tenggelam itu disebabkan air lombong
terlalu keruh. Abang Amud yang dikatakan oleh Sali tadi, iaitu ayah
kanak-kanak berkenaan sudah mula tidak yakin lagi anaknya boleh
ditemui. Dia tahu anaknya sudah mati lemas. Tetapi mengapa mayat
anaknya tidak timbul ke permukaan air? Kalaulah hendak dikatakan
tenggelam dalam lumpur adalah mustahil. Kemudian saya nampak Aki
Sahak menarik bahu Abang Amud ke satu tempat yang jauh dari orang
ramai berkumpul. Saya tidak tahu apakah yang dikatakan oleh Aki
Sahak kepadanya. Saya bersama Sali dan Tonel asyik memerhatikan
penyelam-penyelam silih berganti menyelam ke dalam lombong.
Sehingga jam 7.00 malam anak lelaki Abang Amud tidak juga ditemui.
Ketua penyelam itu memberitahu orang-orang kampung kerja menyelam
itu ditangguhkan hingga ke esok harinya. Mereka tidak dapat lagi
menyelam disebabkan hari semakin gelap. Penghulu Mukim yang ikut
menyaksikan peristiwa tersebut cuba mententeramkan keluarga Abang
Amud. Dia nasihatkan supaya keluarga Abang Amud bersabar hingga
besok paginya. Bagaimanapun penyelam-penyelam itu tetap berkhemah
di tepi lombong untuk memudahkan kerjanya pada esok pagi. Tidak
lama selepas penyelam-penyelam itu menangguhkan kerja-kerja
menyelam, saya nampak Aki Sahak bersama Pak Semail menghampiri
Penghulu Mukim yang baru saja mahu meninggalkan tempat itu. Entah
apa pula dicakapkan oleh Aki Sahak kepadanya tidak pula saya
ketahui. Cuma dalam samar-samar senja saya lihat Penghulu Mukim
terangguk-angguk kepala saja. Sekali-sekali dia tersenyum sambil
menepuk-nepuk bahu Aki Sahak. Dalam masa saya asyik memerhati Aki
Sahak bersama Pak Semail bercakap-cakap dengan Penghulu Mukim,
tiba-tiba Abang Amud datang menepuk bahu saya. Dia tersengih-sengih
saja menjabat tangan saya. Sali dan Tonel yang ada bersama lalu
memperkenalkan kami. "Aki Sahak dah beritahu tentang Mat Deh ni..."
kata Abang Amud masih dalam keadaan rusuh. "Jadi, saya nak minta
tolonglah pada Mat Deh. Tolong benar-benarlah Mat Deh..." ujarnya
dengan penuh harapan. "Eh, tolong apa ni?" sahut saya
tersengih-sengih juga. "Janganlah berdalih lagi Mat Deh. Saya minta
tolong benar-benar ni. Aki Sahak minta saya sendiri sampaikan
kepada Mat Deh" Abang Amud mendesak. Saya menjadi serba salah
dengan permintaan Abang Amud itu. Saya berpaling ke arah Aki Sahak.
Dia bertiga dengan Penghulu Mukim dan Pak Semail datang menghampiri
saya. "Kalau boleh tolonglah apa-apa pun Mat Deh..." Penghulu Mukim
menghulur tangan kepada saya. Cepat-cepat saya menyambut tangan
Penghulu Mukim. Belum sempat saya menyahut Aki Sahak sudah
-
TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN
23
menyuruh saya diam. Aki Sahak meminta saya membantunya dalam
usaha mencari mayat anak Abang Amud yang tenggelam itu. "Lombong ni
bukannya sungai. Kalau sungai bolehlah kita kata budak tu hanyut.
Tentu ada sesuatu yang menyorokkan..." demikian Aki Sahak
menerangkan kepada orang-orang kampung yang berkumpul di tepi
lombong. Penyelam-pemyelam yang bertugas juga ada sama menyaksikan.
Mereka juga tidaklah membantah bila Aki Sahak menawarkan diri untuk
menolong kerana mereka sudah pun mengambil keputusan menangguhkan
kerja-kerja menyelam. "Perlukah bara api dan kemenyan?" soal Abang
Amud. "Tak payah. Ini bukan kerja asap kemenyan. Saya dan Ustaz Mat
Deh ni tahulah nak buat macam mana..." Aki Sahak memberi jaminan.
Sedangkan saya kebingungan dengan keputusan Aki Sahak. Saya tidak
tahu bagaimanakah cara mahu menolongnya. Tetapi saya tidak berani
untuk bertanyakan kepadanya. Lagipun dia berkali-kali menyebut
fasal Pak Tua Mahat iaitu bapa saudara saya yang sudah lama
meninggal dunia. Dia memberitahu tentang Pak Tua Mahat pernah
memberitahu dia mengenai diri saya. "Kita buat Mat Deh, kita buat
kerana Allah" Aki Sahak berbisik kepada saya. Sebelum memulakan
rancangan Aki Sahak itu kami semua menunaikan fardhu Maghrib
terlebih dahulu. Selesai sembahyang Maghrib barulah Aki Sahak
menerangkan bahawa dia mahu menidurkan saya. Barulah saya faham
bahawa cara menidurkan orang satu cara perubatan yang memang pernah
diajar oleh Pak Tua Mahat kepada saya, tetapi jarang saya amalkan.
Saya pun bersetujulah untuk membantu Aki Sahak. Saya sendiri yang
akan ditidurkan, dan rawan (yakni roh sewaktu kita tidur) saya
sendiri yang dikeluarkan mencari budak tersebut disembunyikan. Bagi
orang-orang yang tidak memahami mungkin merasa pelik bagaimanakah
cara demikian boleh dilakukan. Tetapi bagi mereka yang sudah
mempelajari Usuluddin tidak ada apa yang hendak dipelikkan. Di sini
saya tidak mahulah menerangkan, tetapi eloklah sesiapa yang ingin
mengetahuinya bertanyalah kepada ahli-ahli Usuluddin. Dipendekkan
cerita, dibentangkanlah tikar di bawah sepohon pokok. Sali yang
masih mempunyai air sembahyang diminta oleh Aki Sahak berdiri di
belakang saya untuk menyambut tubuh saya apabila rebah ke belakang.
Segala apa yang hendak dilakukan oleh Aki Sahak itu memang saya
sudah ketahui. Sebenarnya Aki Sahak juga tahu bahawa saya boleh
tidur sendiri dengan tidak payah dipandu olehnya, tetapi saya
sendiri berkehendakkan dia mengawas saya kalau-kalau apa yang saya
hadapi nanti sukar dilawan. "Mulakan zikir..." bisik Aki Sahak.
Saya hanya tersenyum. Kerana apa yang dicakapakan oleh Aki Sahak
itu bukanlah ditujukan kepada saya. Aki Sahak memang dapat merasa
diri seseorang itu sama ada berzikir atau tidak. Dalam beberapa
saat saja saya merasakan dunia menjadi gelap. Hanya saya dengar
suara Aki Sahak saja memerintahkan saya supaya terus berzikir.
Ketika ini saya merasakan diri saya melayang ke udara. Apabila Aki
Sahak menyuruh melihat diri sendiri, saya nampak tubuh saya
terbaring di atas tikar. "Sekarang kamu cari di mana anak Abang
Amud yang tenggelam di dalam lombong ni pagi tadi" suara Aki Sahak
begitu jelas kedengaran ke telinga saya.
-
TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN
24
Dengan tidak bertangguh saya rasakan diri saya terus masuk ke
dalam air lombong. Semuanya gelap gelita tidak kelihatan apa-apa.
Kemudian saya dengar Aki Sahak menyuruh saya membacakan Surah
Waddhuha. Setelah saya bacakan ayat berkenaan semuanya menjadi
terang benderang. Ketika ini saya nampak di tengah lombong satu
lembaga manusia yang duduk bersila di tengah dasar lombong sambil
meriba budak lelaki. "Dah jumpa" bisik saya perlahan sambil
memerhatikan kelakuan lembaga tersebut. Saya berlegar-legar di
dalam air itu mahu menghampiri lembaga yang duduk bersila di tengah
dasar lombong sambil meriba budak lelaki. Tiba-tiba dia berpaling
memerhati ke arah saya. Matanya kelihatan merah menyala-nyala
seperti puntung api. "Lepaskan budak tu..." perintah saya mengancam
lembaga tersebut. Tetapi dia tidak menghiraukan saya. Saya terus
memberi isyarat supaya dia melepaskan mayat anak Abang Amud yang
diribanya. Memang saya tahu budak tersebut tidak boleh diselamatkan
lagi, tetapi tidak patut puaka air itu tidak mahu lepaskan. Kalau
puaka air itu berkeras saya sudah merasakan geruh telah menanti.
Sama ada saya akan menerima geruh atau sebaliknya adalah kuasa
Allah saja. Tetapi puaka air itu tetap jenis syaitan yang menjadi
musuh semua anak Adam. Syaitan juga mempunyai ilmu yang hebat kalau
anak-anak Adam tidak mempunyai cukup persediaan. "Lepaskan!"
perintah saya lagi mengancam lembaga botak itu. "Budak ini
mengganggu anak cucu aku bermain" sahut lembaga botak itu menyahut
cabaran saya. "Aku cakap lepaskan!" saya terus memberi amaran.
"Mana budak tu tau anak cucu kau bermain. Kau tubuh halus, kenapa
tak menyisih semasa budak tu mandi di sini" ujar saya mengingatkan.
Lembaga botak itu tetap menggelengkan kepala. Dia berkeras tidak
mahu melepaskan mayat anak Abang Amud. "Lanarjumannakum
walayamassannakum minna azabun 'alim..." saya menghembus
perlahan-lahan ke arah lembaga tersebut. Setiap kali saya
menghembuskan nafas berpuluh-puluh anak panah dengan api menyala
menjunam ke tubuh lembaga botak itu. Saya nampak lembaga botak itu
menggeliat-geliat setiap kali anak panah berapi itu singgah ke
tubuhnya. Dia menjerit-jerit sambil meronta meminta saya berhenti
membacakan ayat tersebut. "Ampun minta maaf kami. Ampun..." laung
lembaga botak itu menahan kesakitan. "Kami tahu awak anak buah Tok
Pawang Mahat. Kami tahu, tapi janganlah seksa kami macam ni" dia
merintih-rintih. "Kalau kau tak mahu dipanah dengan api, lepaskan
budak tu" perintah saya lagi. Lembaga itu tidak menyahut. Dia hanya
terkial-kial merintih meminta belas kasihan dari saya. Untuk
menguji sama ada dia benar-benar mahu mengaku kalah, saya cuba
berhenti dari berzikir. Sebaik saja saya berhenti berzikir
tiba-tiba dia melontarkan sesuatu ke arah saya. Berdecap rantai
besi memukul kepala saya. Belum sempat dia mengulangi untuk
melemparkan rantai besi itu ke arah saya, cepat-cepat saya
menguatkan zikir di dalam hati saya. "Wah, kau nak main-main ye.
Kau nak duga aku, kau nak duga!" saya mengherdik. Dalam keadaan ini
saya mendengar suara Aki Sahak membisikkan kepada saya, "Allahu
Akhbar". Lantas saya mengucapkan Allahu Akhbar tiga kali, kemudian
menghembuskan ke arah lembaga botak itu. Seluruh kawasan lombong
itu bergegar bagaikan ditimpa letusan gunung berapi. Tubuh lembaga
botak itu berputar-putar seperti debu ditiup angin. Dia
melolong-lolong meminta saya
-
TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN
25
berhenti dari mengucapkan Allahu Akhbar. "Minta ampun kami,
minta ampun..." dia merintih-rintih menahan gegaran yang
menggoncangkan seluruh kawasan lombong. "Sekarang lepaskan budak
tu! Lepaskan anak Abang Amud. Budak tu dah mati lemas, tak ada guna
kau sorokkan dia" jerkah saya mengancam. "Tolonglah berhentikan
dulu gegaran ni" katanya merayu-rayu. Apabila saya berhenti
menghembuskan nafas, gegaran itu berhenti. Dia tercongok semula di
tengah dasar lombong meriba mayat anak Abang Amud. Saya lihat dia
merintih-rintih seperti orang menahan seksaan yang berat. Tetapi
dia tetap berdegil tidak mahu mengalah. Dalam keadaan
tergigil-gigil menahan kesakitan itu lembaga berkenaan tidak juga
melepaskan mayat anak Abang Amud yang diribanya. "Kalau kau
berdegil aku bakar kau lagi" tegas saya mengingatkan. "Nantilah
dulu tunggu sampai kami puas bermain-main dengan budak ni" dia
tersenyum mengerling ke arah saya seolah-olah mahu mengejek.
"Nampaknya awak tak serik!" bentak saya. "Kami tak mahu lawan
ustaz. Kami nak bermain-main dulu dengan budak ni" ujarnya ketawa
kecil. "Kalau nak bermain kenapa tak main dengan anak cucu kau. Mau
tak kalau aku ambil anak cucu kau buat mainan?" saya cuba
mengujinya. "Apa salahnya kalau ustaz nak bertukar-tukar..." dia
semakin galak ketawa. Ketika ini saya terdengar suara Aki Sahak
mengingatkan supaya syaitan jangan dilayan. Memang syaitan sengaja
melalaikan kita dengan janji-janji kosongnya. Sebab itu kalau
berhadapan dengan syaitan jangan lagi dilayan bercakap. Teruskan
saja menyerang sampai dia tidak dapat bertahan. Saya tahu memang
syaitan tidak boleh dilayan. Tetapi saya cuma mahu menduga saja.
Saya mahu tahu sejauh mana permainan puaka air yang menjelma
sebagai lembaga botak itu. Sebaliknya Aki Sahak mahu saya bertindak
cepat. Mungkin orang ramai yang berkumpul di darat sudah tidak
sabar lagi menunggu. Segala pertelingkahan saya dengan lembaga
botak itu memang dapat didengar dengan jelas oleh mereka. Bagi
orang-orang yang tidak mengetahui seperti penyelam-pemyelam yang
ada di situ, mungkin mereka merasakan saya sedang merepek atau
bercakap sendirian. Atau bercakap untuk memperolok-olokkan orang
ramai saja. Tetapi kuasa Allah itu tidak dapatlah hendak saya
tunjukkan kepada sesiapa. Kecuali mereka yang memahami dan
mempelajarinya saja. Pengalaman yang sedang saya lalui itu hanya
boleh diketahui oleh mereka yang mengetahui tentang ilmu Allah
saja. "Panah saja dengan lanarjumannakum..." bisik Aki Sahak. Saya
mendengar suara Aki Sahak sayup-sayup dari permukaan air. "Besarkan
tubuh kamu, kerana roh manusia boleh membesar tidak ada had" kata
Aki Sahak. Saya menarik nafas. Ketika ini saya nampak dengan jelas
tubuh saya menjadi besar berkali-kali ganda. Lantas saya tangkap
tengkuk lembaga botak itu. "Lepaskan" perintah saya keras.
"Ampun..." sahut lembaga botak tergigil-gigil. "Taubat, kami tak
buat lagi. Kami akan lepaskan budak ni" katanya gementar. Tetapi
dia tetap meriba budak itu. "Walauanna quranna suyyirat
bihiljibalu..." saya berdoa dengan khusyuk dan taqwa kepada Allah.
Lalu saya hembuskan ke kepala lembaga botak itu. Kepala itu menjadi
hancur seperti debu berterbangan. Jeritannya bergema ke segenap
pelusuk. Hanya saya saja yang dapat mendengar jeritannya yang
menggema itu. Kalaulah semua orang yang berkumpul di tepi lombong
itu dapat mendengarnya, tentulah mereka sedar betapa besarnya kuasa
Allah. Hanya ayat-ayat Allah saja
-
TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN
26
dapat menghancur-leburkan segala gangguan syaitan. Malah
ayat-ayat yang dibacakan setiap hari sewaktu menunaikan fardhu
sembahyang itu boleh menggegarkan jantung syaitan. Sekiranya mereka
dapat melihat bagaimana terancamnya syaitan dengan ayat-ayat Allah
itu, sudah tentu mereka insaf dengan diri mereka. Inilah yang
berlaku ke atas lembaga botak jelmaan dari puaka air itu. Dia tidak
dapat menyembunyikan dirinya apabila dibacakan Surah Waddhuha.
Kemudian seluruh anggotanya menjadi debu bila dibacakan ayat-ayat
Quran. Kalaulah dengan ayat-ayat Quran gunung boleh
dihancur-leburkan, apa sangatlah kepada Allah kalau mahu meleburkan
makhluknya seperti syaitan itu. Sebaik saja tubuh lembaga botak itu
berkecai menjadi debu, mayat anak Abang Amud itu terlepaslah dari
ribaannya. "Sudah dilepaskan mayat budak tu, kejap lagi timbullah"
saya memberitahu Aki Sahak. "Baiklah sekarang masuk semula ke dalam
tubuh kamu, dan buka mata" saya dengar Aki Sahak memberi arahan.
Perlahan-lahan saya masuk ke tubuh yang terbaring. Kemudian
semuanya menjadi gelap. Apabila saya buka mata semua orang masih
mengelilingi saya. Tatkala saya mahu duduk, terdengar dua tiga
orang memekik dari tepi lombong, "Itu dia, itu dia...mayat budak tu
dah timbul di tengah lombong" kata mereka kegembiraan. Tiba-tiba
saya tergamam bila Abang Amud memeluk leher saya. Terasa air
matanya hangat menitis di atas bahu saya. Ketika ini orang ramai
sudah mula menarik jenazah anak Abang Amud ke tepi. Ketua penyelam
itu segera mendapatkan Penghulu Mukim, dan dia sibuk menyediakan
laporan mengenai gerakan mencari mayat budak tersebut. Di samping
itu dia juga telah melaporkan ke ibu pejabatnya mengenai kejayaan
menemui mayat itu. Penyelam-penyelam itu juga mengambil keputusan
untuk membatalkan perkhemahan di situ, di samping mahu membawa
jenazah berkenaan ke hospital terlebih dahulu. Sementara Abang Amud
membantah tidak mahu lagi jenazah anaknya dibawa ke hospital.
Setelah Penghulu Mukim memberi jaminan kepada Abang Amud bahawa
mayat anaknya tidak akan dibedah apabila dibawa ke hospital,
barulah Abang Amud setuju. Saya juga nasihatkan Abang Amud supaya
bekerjasama dengan penyelam-penyelam tersebut kerana terpaksa
membawa jenazah anaknya ke hospital terlebih dulu sebagai urusan
rasminya. "Mereka juga bersusah payah menolong Abang Amud" kata
saya mententeramkan Abang Amud. "Ah, dia nak cari nama je..."
rungut Abang Amud mendongkol fasal Ketua Penyelam itu pada mulanya
tidak mahu kerjasama dari Aki Sahak. "Mereka juga sama berpenat
lelah" Aki Sahak juga meningatkan dia. "Dia datang kerana tugas,
sebab itu dia perlukan bawa jenazah budak ni ke hospital. Biarlah
tugasnya selesai..." Penghulu Mukim memujuk Abang Amud. Malam itu
juga jenazah anak Abang Amud dibawa ke hospital. Sementara Penghulu
Mukim sendiri mengikutnya bagi mengelakkan dilakukan pembedahan ke
atas mayat berkenaan. Kira-kira pukul 2.00 pagi barulah jenazah itu
dapat dibawa balik ke rumah. Semasa orang-orang kampung berkumpul
di rumah Abang Amud menunggu kepulangan jenazah anaknya, satu bunyi
menggerunkan kedengaran dari arah lombong. Bunyi itu bergaung kuat
seperti air disedut. Sali merapati saya dan bertanyakan apakah
bunyi yang kedengaran dari lombong tersebut. Saya
-
TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN
27
sendiri tidak tahu apakah harus dijawab. Sebenarnya saya tidak
tahu mengenai latar belakang kampung tersebut. Tentulah saya tidak
tahu kejadian yang berlaku ke atas anak Abang Amud. Hanya beberapa
minggu sebelum itu seorang pengail tua mati lemas di lombong
berkenaan. Sali bertanyakan kepada saya kerana disangkanya saya
dapat melihat semua keadaan di dalam lombong. Memanglah sukar bagi
saya mahu menerangkan kepada Sali bagaimana saya melihat lembaga
botak di dalam lombong tadi, tetapi bukannya melihat semua penjuru
yang terdapat di dalam lombong. Bunyi bergaung macam air disedut
itu berulang kali semakin kuat. Saya juga terkejut dengan bunyi
yang menggerunkan itu. Saya lihat Aki Sahak melelapkan mata
menggunakan makrifat mahu mencari punca bunyi tersebut. "Nampaknya
dia nak minta geruh juga" bisik Aki Sahak. Mukanya kelihatan garang
seperti menghadapi musuh di hadapan. Saya merasakan bulu roma saya
tegak. Ini bukanlah bererti saya bimbang menghadapi gangguan
syaitan, tetapi secara automatik apabila zikir dikuatkan di dalam
hati, bulu roma mudah saja tegak. Apalagi tatkala mengetahui akan
gangguan syaitan. "Kalau dia nak geruh, kita bagi geruh!" sahut
saya macam mencabar lawan. "Ini geruh lain yang dipintanya" kata
Aki Sahak menggertap bibir. "Dia nak minta aku sendiri. Laknat...!"
kemarahan terbayang pada wajah Aki Sahak. Ketika ini jenazah anak
Abang Amud belum sampai lagi ke rumah. Kira-kira dalam pukul 12.30
tengah malam. Bunyi bergaung macam air disedut itu cukup jelas
kedengaran kepada orang ramai yang berkumpul di rumah Abang Amud
menunggu kepulangan jenazah. "Kalau begitu kita mesti ke hospital"
Sali mengesyorkan. "Mana tahu kalau diganggunya pula jenazah budak
tu" dia kelihatan cemas menghadapi suasana demikian. "Nanti
dulu..." ujar Aki Sahak. "Selalukah bunyi macam tu kedengaran?"
tanya saya pada Sali "Tak pernah..." katanya menggelengkan kepala.
"Seumur hidup saya tak pernah dengar bunyi macam tu" jelasnya
semakin bertambah bimbang. "Macam mana?" Aki Sahak pula bertanya
kepada saya. "Aki dah biasa di sini, terpulanglah pada Aki" sahut
saya perlahan. Saya tahu Aki Sahak mahukan buah fikiran saya
bagaimana mahu menghadapi keadaan selanjutnya. Cuma saya dan Aki
Sahak saja yang tahu mengenai hantu botak jelmaan puaka air itu.
Sebab itu dia bertanyakan kepada saya, kerana jenis puaka air ini
sama juga dengan syaitan yang mesti dimusuhi oleh anak-anak Adam.
Dari Kak Liah isteri Abang Amud kami diberitahu mengenai lombong
itu adalah bermula dari sungai mati iaitu teluk sungai yang
terputus apabila sungai menjadi lurus. Kata Kak Liah nenek moyang
Abang Amudlah yang menjaga lombong berkenaan. Semasa arwah ayah
Abang Amud masih hidup dia sering membuat ancak sebagai makanan
kepada penunggu di situ. Dia melakukannya adalah mengikut seperti
mana dipesankan oleh ayahnya pula. Mereka turun temurun membuat
ancak di tepi lombong setahun sekali dengan meletakkan ayam separuh
masak di situ. Tetapi setelah kedatangan Aki Sahak ke situ, Abang
Amud datang belajar agama dari Aki Sahak. Sejak itu dia tidak
pernah lagi melakukan kerja-kerja memberi makan penunggu. Seperti
yang diceritakan oleh Kak Liah, sejak beberapa keturunan Abang Amud
lombong itu memang sudah ada di situ. Lombong itu berasal dari
sungai mati seperti yang disebutkan tadi. Lama kelamaan lombong
berkenaan menjadi besar. Ikan banyak di situ. Ketika ini Pak Jarak
merupakan pengail
-
TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN
28
di kampung tersebut. Dari Pak Jarak inilah asal usul keturunan
Abang Amud kemudiannya. Tiap-tiap hari Pak Jarak mengail tetapi
tidak dapat ikan. Mahu menjala dia tidak berani masuk ke tengah
disebabkan lombong itu dalam. Kalau mahu menjala dari tepi saja
mungkin tersangkut pada akar-akar kayu. Satu hari ketika hujan
turun renyai-renyai Pak Jarak nampak seekor ular besar berlingkar
di atas sebatang kayu yang melintang di tengah lombong. Ketika dia
ternampak ular ini mata kailnya direntap ikan. Tetapi sayangnya
mata kail dia tersangkut di dalam air. Pak Jarak menjadi serba
salah sama ada mahu turun ke air melepaskan mata kailnya yang
tersangkut atau membiarkannya begitu saja. Kalau mahu turun ke air
dia bimbang akan ular besar yang berlingkar di tengah lombong
berhampiran denagn tempatnya menghulur joran kail. Dalam keadaan
serba salah ini satu lembaga botak muncul di depannya. Lembaga
botak ini pula berpaut pada hujung ekor ular tadi. "Jarak...!"
lembaga botak ini menegurnya. "Awak mengail di sini tak minta
kebenaran kawan. Lombong ini kawan yang punya..." katanya
mengingatkan. "Mana aku tau awak yang punya" sahut Pak Jarak
memberanikan hati. Sedikit sebanyak dia juga memang pawang terkenal
di kampung itu. "Kawan tak mahu awak mengail lagi di sini!" kata
lembaga botak itu memberi amaran. "Aku tak peduli..." sahut Pak
Jarak tersinggung dengan sikap lembaga botak berkenaan. "Selama ini
rupanya kaulah yang menyebabkan aku tak dapat ikan" jerkahnya lalu
menghunus parang. Pantas dia mencacakkan mata parang ke tanah,
sambil membaca jampi serapah seperti yang pernah dituntutnya.
Lembaga botak itu menjadi marah lantas melontar Pak Jarak dengan
rantai besi. Pak Jarak menepisnya sambil menghentakkan tumit tiga
kali ke bumi. Lembaga botak itu terhuyung hayang bagaikan dadanya
kena hentak dengan tumit. "Kalau awak berkeras juga..." laung
lembaga botak itu menahan kesakitan di dadanya. "Kawan balas dendam
pada anak bini awak. Anak bini awak pun selalu mengail ke sini!"
katanya mengancam. Pak Jarak menjadi serba salah. Dia tahu puaka
air itu tidak dapat melawan dia, bagaimanapun dendamnya tetap
membara. Mungkin anak atau isterinya akan diganggu apabila datang
ke lombong tersebut. Dia tidak boleh menegah isteri atau anaknya
supaya jangan mengail di situ kalau tidak bersebab. Dia juga tidak
boleh memberitahu mereka tentang apa yang dilihatnya sekarang.
"Jadi awak nak apa?" soal Pak Jarak bercekak pinggang. "Lebih baik
kita bersahabat" sahutnya tegas. Tawaran puaka air itu mudah saja
diterima oleh Pak Jarak. Ilmu kebatinannya yang dituntut selama ini
memberi kesan juga. Bukan mudah mahu bersahabat dengan puaka air,
seperti juga bersahabat dengan hantu raya dan lain-lain. Syarat
bersahabat pun memang dia tahu. Dia perlu memberi makan sahabatnya
itu setahun sekali iaitu seekor ayam panggang masak mentah, bertih
dan darah ayam berkenaan. Setelah bersahabat dia boleh mengarahkan
puaka air itu mendapatkan apa saja keperluannya. Dia juga boleh
mendapatkan pertolongan menentang musuh-musuhnya kalau perlu
apabila sudah bersahabat.
-
TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN
29
"Kalau kau mahu bersahabat, apa salahnya" ujar Pak Jarak lalu
mencabut parangnya. Dia memulangkan semula rantai besi yang
dilemparkan oleh puaka air ke arahnya tadi. Di situlah mereka
berteguhan janji sebagai sahabat. "Ingat, kau jangan ganggu anak
cucu dan keturunan aku!" katanya meminta janji. "Baiklah..asal saja
kita tak putus sahabat" balasnya. Selepas itu ular yang berlingkar
di atas batang melintang di tengah lombong itu menyelam semula ke
dalam air bersama lembaga botak yang berpaut pada hujung ekornya.
Kemudian Pak Jarak merentap kailnya dan dapatlah ikan kelah sebesar
daun keladi. Tiap-tiap hari bila dia mengail sentiasa dapat banyak
ikan. Bagaimanapun kalau hari hujan panas dia melarang anak cucunya
bermain di tepi lombong itu. Siapa yang mengail ketika itu
disuruhnya balik. Apakah rahsia hujan panas itu tidak pernah
diberinya tahu kepada anak cucunya. "Macam itulah ceritanya..."
jelas Kak Liah pada saya. "Kalau begitu..." bisik saya pada Sali.
"Mari kita ke baruh tengok apa yang ada di lombong sekarang" kata
saya mengajaknya. Aki Sahak juga membenarkan saya pergi melihat
apakah sebenarnya yang berlaku di lombong. Dia sendiri menunggu di
situ saja. Kemudian saya dan Sali terus menuju ke baruh. Sali
membawa lampu picit dan berjalan di depan. Saya mengekorinya dari
belakang. Ketika sampai di lombong suasana di situ terlalu gelap.
Kami menyusup di celah-celah teberau untuk memerhatikan lebih dekat
apakah yang sebenarnya berbunyi. Sali sendiri tidak pernah lagi
mendengar bunyi tersebut. Memang bunyinya sungguh menggerunkan.
Saya menyuruh Sali memadamkan lampu picit terlebih dulu. Oleh itu
kami terpaksa merempuh belukar teberau itu dalam keadaan gelap
gelita. Sebaik saja sampai di tebing lombong, terdengar bunyi
bergaung itu seperti air disedut. Tidak ada apa-apa yang kelihatan
walaupun bunyinya terlalu hampir dengan kami. Sali terdiam tidak
bercakap apa-apa. Saya tahu dia benar-benar dalam ketakutan.
"Jangan-jangan naga tak ustaz?" bisiknya gementar. "Entahlah" jawab
saya, kerana cerita naga ini tidak terlintas langsung di kepala
saya. "Sebenarnya inilah lombong yang dipanggil orang lombong
guntung" beritahunya perlahan dalam keadaan cemas. "Kalau hari
hujan panas pernah orang nampak ular besar timbul di tengah
lombong" katanya tidak pernah renggang dari saya. "Kau pernah
nampak?" tanya saya menduga. "Tidak.." katanya sambil memerhati ke
tengah lombong. "Pernah mengail?" soal saya lagi. "Ada juga.."
jelasnya. "Kadangkala menjala juga dengan orang kampung" dia
menerangkan selanjutnya. "Tak ada pula jumpa ular?" saya kehairanan
dengan keterangan dia. "Selalunya Abang Amud bakar kemenyan barulah
orang berani mencari ikan" Sali menceritakan kepada saya latar
belakang sebenarnya lombong guntung itu. Mengapakah dipanggil
lombong guntung Sali juga tidak tahu, kononnya nama itu sudah ada
sejak turun temurun. Saya hanya mengangguk-angguk saja mendengar
cerita Sali. Mungkin orang bandar mengatakan itu sebagai tahyol,
tetapi bagi saya bukannya perkara mustahil. Di dalam Quran pun ada
disebutkan tentang peranan syaitan yang menjadi musuh setiap insan.
Syaitan yang nyata ialah perbuatan seseorang insan itu, tetapi
syaitan yang tidak nyata adalah makhluk halus yang tidak boleh
dilihat dengan pancaindera. Bagaimanapun apakah caranya saya hendak
menerangkan
-
TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN
30
kepada Sali tentang puaka air yang disebutkan tadi. Memang
cerita Kak Liah itu juga dianggap tahyol. Tetapi apa yang
diceritakan oleh Kak Liah, sudah dapat saya lihat sendiri melalui
makrifat yang dilakukan oleh Aki Sahak. Itulah lembaga botak yang
dikatakan pernah ditemui oleh Pak Jarak. Sayangnya Pak Jarak cuma
mempunyai ilmu pawang, bukannya ilmu agama. Maka dia telah menerima
syaitan menjadi sahabatnya. Sepatutnya seseorang insan tidak boleh
menjadikan syaitan itu sahabat, sebaliknya mestilah menggunakan
syaitan itu sendiri untuk melawan syaitan yang lain. Sebenarnya
kita boleh menggunakan syaitan, tetapi jangan biarkan diri kita
digunakan oleh syaitan. Cara bersahabat yang dibuat oleh Pak Jarak,
memang selalu digunakan oleh pawang-pawang di masa lalu. Cara
bersahabat ini secara tidak langsung telah menjadikan diri kita
dipergunakan oleh syaitan. Insan berhak memerintah syaitan seperti
yang pernah dilakukan oleh Nabi Allah Sulaiman 'Alaihissallam. Dan
ilmu syaitan tidak akan dapat mengatasi ilmu insan seperti
diterangkan dalam Quran mengenai Nabi Allah Sulaiman
'Alaihissallam. Tatkala Nabi Allah Sulaiman 'Alaihissallam mahukan
istana Puteri Ratu Balqis dipindahkan dan dibawakan kepadanya, jin
Afrit yang merupakan syaitan paling tinggi ilmunya telah menyahut
seruan Nabi Allah Sulaiman 'Alaihissallam berjanji akan membawa
istana Balqis sebelum sempat Nabi Allah Sulaiman 'Alaihissallam
bangun dari duduk. Tetapi seorang insan telah menyahut dengan
berjanji akan membawa istana Balqis sebelum sempat mata Nabi Allah
Sulaiman 'Alaihissallam berkedip. Ini menunjukkan ilmu syaitan
tidak akan dapat menandingi ilmu insan. Jadi, mengapakah kita
mengambil jalan bersahabat dengan syaitan? Hal ini susah saya
hendak terangkan kepada Sali. Lama saya dan Sali berdiri di tepi
tebing lombong itu, tetapi tidak ada lagi bunyi menggerunkan
seperti tadi. Kalau ada bunyinya saya akan menyuruh Sali menyuluh,
walaupun saya tahu kalau disuluh pun tentulah tidak akan kelihatan
apa-apa. "Dah tak ada bunyinya.." keluh Sali pendek. "Pukul berapa
sekarang?" saya bertanya. Sali menyuluh jam tangannya "Dekat pukul
dua..." beritahunya perlahan. "Kita balik dulu..." ujar saya
menepuk bahunya. "Kalau ada lagi bunyinya, esok kita ajak Aki Sahak
kerjakan" terus saya tolak dia suruh berjalan di hadapan. Sali
tidak menyahut. Dia memasang lampu picit semula merempuh belukar
teberau. Ketika berdiri di tebing lombong itu sempat juga saya
membaca Ayatul Kursi sebanyak 133 kali. Sepanjang perjalanan balik
itu tidak ada pun kami dengar bunyi macam air disedut itu lagi.
Semasa kami sampai di halaman rumah Abang Amud itulah, jenazah
anaknya baru sampai dibawa balik dari hospital.
-
TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN
31
004. PAK KAMAT MENUNGGANG HARIMAU SUDAH lama saya tidak balik ke
kampung. Kalau tidak ada hal mustahak memang jarang saya balik.
Lagipun ayah saya sering mengirim surat memberitahu khabar berita
di kampung. Bagaimanapun dalam bulan Ogos 1975 saya balik juga
menemui kedua orang tua. Tergerak saja hati saya mahu balik menemui
mereka. Ketika saya balik emak saya masih dalam kesedihan. Heran
juga saya mengapa emak dalam kesedihan kerana semasa mengirim surat
ayah saya tidak ada memberitahu apa-apa tentang berita tidak baik.
Ru