(ESEI BERKAITAN BAHAN UNTUK EDU3083 UNTUK RUJUKAN SEMUA. BAHAN
INI DIPETIK SECARA LANGSUNG DARIPADA BLOG WARGA PENDIDIK)
TAJUK 2 :KOD ETIKA PERGURUAN: ISU DAN CABARAN 1. Pengenalan 2.
Definisi Etika 3.Tatasusila profesion perguruan 4.Etika Guru Muslim
5.Ciri-ciri guru yang berkesan 6.Program pendidikan guru 7.Isu-isu
berbangkit 8.Cadangan 9.Penutup PENGENALAN Profesion guru dan
pendidik terutamanya dalam zaman-zaman mencabar ini bukanlah
semudah yang disangka - kerjanya separuh hari dan cutinya panjang.
Sebagai arkiteksosial, guru mempunyai tanggungjawab yang amat
besar, bukan sekadar member pendidikan dan menyampaikan ilmu.
Gurulah insan yang dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan
transformasi pendidikan yang dicita-citakan oleh negara. Justeru
kegagalan sesebuah masyarakat untuk berfungsi dengan sempurna kerap
dikaitkan dengan kegagalan sistem pendidikan sesebuah negara.Lebih
daripada itu, guru juga perlu menjadi model utama kepada anak
didiknya. Oleh itu mereka perlu berjiwa besar. Bukan sembarangan
orang layak menjadi guru. Hanya mereka yang luhur jiwa dan kental
semangatnya yang sanggup mencurahkan bakti untuk menjadi guru.
Kecintaan terhadap profesion ini juga seharusnya bukan sekadar
secara luarannya sahaja, sebaliknya menyelinap ke dalam lubuk
hatinya.Selain itu, guru sering dikaitkan sebagai agen perubahan
dalam agenda sosial, politik dan ekonomi. Perubahan-perubahan yang
dikehendaki oleh kerajaan selalunya disalurkan melalui falsafah dan
matlamat ( juga merupakan input ) yang perlu diterjemahkan oleh
guru sekolah dalam aktiviti kurikulum dan ko kurikulum.Falsafah
Pendidikan Negara (PPN) pula memberikan matlamat yang jelas
mengenaijenis manusia yang ingin dilahirkan oleh sistem kita.
Pendekatan melahirkan insane harmoni dan seimbang perlu mendapat
dukungan yang lebih bermakna supaya faktor perubahan yang berlaku
tidak menjejaskan matlamat pendidikan itu sendiri. Bagi memberi
tindak balas kepada faktor globalisasi, sistem kita harus mampu
mendepani cabaran zaman. Untuk menjadikan pendidikan di Malaysia
bertaraf dunia, ia tidak boleh terpencil dari arus pendidikan
dunia. Tapi keterbukaan kita terhadap pengaruh di luar lingkungan
jangan sampai menjadikan kita kehilangan jatidiri.Oleh yang
demikian, bagi memastikan jatidiri guru terus utuh, seseorang guru
haruslah mematuhi Etika Profesion Keguruan. Etika ini merupakan
panduan tingkah laku yang menjadi pegangan guru berlandaskan
nilai-nilai akhlak mulia. Melalui etika inilahmasyarakat boleh
menganilisis, menilai serta menentukan sama ada tingkah laku guru
telah mengikut peraturan yang ditetapkan atau sebaliknya. Melalui
etika ini juga dapatmembantu guru menangani cabaran dalam dunia
pendidikan yang begitu mencabar dewasa ini. DEFINISI ETIKA Etika
berasal dari perkataan Greek iaitu ethos dan ethikos. Ethos bererti
sifat, watak,kebiasaan, tempat yang biasa, cara hidup atau budaya
manakala ethikos pula ialahtatasusila, beradab atau kelakuan atau
perbuatan yang baik. Menurut Thiroux (2001),etika merupakan teori
yang berkaitan dengan tindakan, hujah dan tujuan yangmengarah
kepada makna sesuatu tindakan. Ia bukan bersangkutan dengan fakta
atau fizikal manusia tetapi merupakan suatu falsafah moral yang
mengambil kira tindakan atau tingkahlaku manusia. Tumpuan etika
ialah terhadap tingkahlaku individu,bagaimana manusia
bertingkahlaku dalam sesuatu keadaan. Namun begitu, Ismail Ibrahim
(1995) menyebut, etika ialah sebagai proses pemikiran tentang baik
dan buruk berkaitan perilaku seseorang. Etika juga merupakan suatu
disiplin ilmu yang mengkaji tentang moral, prinsip moral, kaedah
moral dan tindakan serta kelakuan manusia yang betul. Oleh itu
etika memperkatakan tentang apa yang betul dan salah, perbuatan
yang baik dan buruk, perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan,
yang patut dan tidak patut serta yang berkaitan dengan
tanggungjawab. Tegasnya, etika adalah sains perlakuan atau
behavioral science yang mengkaji tentang perlakuan manuisa dalam
masyarakat, membuat tafsiran mengenai tingkahlaku mereka dan
memberi panduan cara-cara bertingkahlaku yang betul berdasarkan
kepada piawaian etika atau moral manusia serta
masyarakatnya.Menurut Martin [1993], etika didefinisikan sebagai
"the discipline which can act as theperformance index or reference
for our control system". Oleh demikian, etika akan memberikan
batasan ataupun standard yang akan mengatur pergaulan manusia
didalam kelompok sosialnya. Dalam pengertiannya yang secara khusus
dikaitkan dengan seni pergaulan manusia, etika ini kemudian
dirupakan dalam bentuk aturan(code) tertulis yang secara sistematik
dibuat berdasarkan prinsip-prinsip moral yang ada, dan pada saat
yang diperlukan akan berfungsi sebagai alat untuk mengadili
segalatindakan yang secara logika-rasional umum (common sense)
dinilai menyimpang dari kode etik Dengan demikian etika adalah
refleksi dari apa yang disebut dengan "self control", kerana
segalanya dibuat dan diterapkan untuk kepentingan sosial (profesi)
itu sendiri.Selain dari itu, kerana kelompok profesional merupakan
kelompok yang berkemahiran yang diperolehi melalui proses
pendidikan dan latihan yang berkualiti dan mempunyai standard
tinggi yang dalam menerapkan semua kemahirannya yang tinggi itu
hanya dapat dinilai dari dalam oleh rakan sejawat, sesama sendiri.
Kehadiran organisasi profesion dengan perangkat "built-in
mechanism" berupa kode etik profesi dalam hal ini jelas akan
diperlukan untuk menjaga martabat serta kehormatan profesi, dan
disisi lain melindungi masyarakat dari segala bentuk penyimpangan
maupun penyalah-gunaan keahlian (Wignjosoebroto, 1999).Oleh kerana
itu dapatlah disimpulkan bahwa sebuah profesi hanya dapat
memperoleh kepercayaan dari masyarakat, apabila dalam diri para
elit profesional tersebut ada kesadaran kuat untuk mengindahkan
etika profesi bila mereka ingin memberikan jasa kepada masyarakat
yang memerlukannya. Tanpa etika profesi, apa yang semula dikenal
sebagai sebuah profesi yang terhormat akan jatuh menjadi sebuah
pekerjaan pencarian nafkah biasa yang sedikitpun tidak diwarnai
dengan nilai-nilai idealisme danujung-ujungnya akan berakhir dengan
tidak-ada lagi respek maupun kepercayaan yangdiberikan kepada para
golongan profesional ini. Maka Etika Kerja Kementerian Pelajaran
Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan
prinsip-prinsip berikut:-Niat yang betul, Perlakuan yang baik,
Pengerak ke arah Kebaikan,Memperkotakan apa yang
dikatakan,Berdisiplin dan beradab,Menghargai dan bertanggungjawab.
NILAI-NILAI UTAMA ETIKA KERJA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA(KPM)
Walaupun banyak terdapat nilai-nilai mulia, tetapi tujuh nilai
utama menjadi fokus EtikaKerja Kementerian Pelajaran Malaysia.
Nilai-nilai itu adalah: Amanah, Benar, Bijaksana, Bersyukur,
Dedikasi, Ikhlas, Penyayang TATASUSILA PROFESION PERGURUAN
Tatasusila profesion perguruan merupakan suatu garis panduan atau
kod-kod tingkahlaku yang perlu dipatuhi oleh semua orang yang
menggelar dirinya sebagai pendidik dalam sistem pendidikan di
Malaysia. Tatasusila tersebut dibahagikan kepada empat bidang
tanggungjawab termasuklah pelajar, ibubapa, masyarakat dan Negara
serta rakan sejawat dan profesionnya sendiri. Tanggungjawab
terhadap pelajar Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan
pelajar daripada hal-hal lain. Bersikap adil terhadap setiap orang
pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani,mental, emosi, politik,
ekonomi, sosial, keturunan atau agama. Merahsiakan maklumat
ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada merekayang
berhak mengetahuinya. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar
dalam darjah sendiri atau dalam matapelajaran-matapelajaran yang
diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran. Menunjukkan suatu
cara berpakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang dapatmemberikan
contoh yang baik kepada pelajar. Memelihara dan memperbaiki
kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan,lawatan dan
menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar
supayapengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.
Tanggungjawab terhadap ibu bapa Menghormati tanggungjawab utama
ibubapa terhadap anak-anak mereka. Berusaha mewujudkan hubungan
mesra dan kerjasama yang erat di antara institusipendidikan dengan
rumahtangga. Menganggap semua makumat yang diberikan oleh ibu bapa
mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai
sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada
mereka yang berhak mengetahuinya. Memberikan maklumat kepada ibu
bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat
yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan
sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. Mengelakkan diri dari
mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang bolehmenjejaskan
kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.
Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara Mengelakkan diri
daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan
kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang
bertentangan dengan Rukun Negara. Memupuk dalam diri setiap pelajar
sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk
menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawabdan berguna,
menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati perbezaan
kebudayaan, keturunan dan agama. Menghormati masyarakat tempat kami
berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang
warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang
kegiatan masyarakat. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di
antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan
masyarakat. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan
moral, kebudayaan dan kecendekiawanan masyarakat. Berpegang kepada
tingkahlaku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani
kehidupan kami sehari-hari dengan baik. Tanggungjawab terhadap
rakan sejawat dan profesion perguruan Mengelakkan diri daripada
membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama
baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atauberbuat
sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. Tidak
melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan
sebagai guru. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan
tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan
mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dansosial. Sentiasa
bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang
baharudalam profesion perguruan. Sentiasa mengawasi diri kami
supaya tidak mencemarkan nama baik profesionperguruan. Akan menjadi
ahli sesebuah pertubuhan guru.Guru yang dimaksudkan dalam konteks
Tatasusila ini ialah orang yang menyebarkan pengetahuan di sesebuah
institusi pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi,termasuk
guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran, organisasi dan
penyeliaan pendidikan ETIKA GURU MUSLIM Etika perguruan Islam belum
dibuat secara khusus oleh kumpulan yang dianggotai oleh berbagai
kalangan yang profesional. Namun sebagai percubaan awal hal ini
boleh diusahakan secara perseorangan dan kemudiannya dapat ditokok
tambah oleh khalayak pendidik serta dihayati oleh mereka sebagai
suatu etika profesion keguruan .Antara yang boleh dirumuskan ialah:
Tanggungjawab Terhadap Allah Seorang guru Muslim hendaklah sentiasa
memantapkan keyakinan/keimanan kepada Allah di samping mengukuhkan
hubungannya yang berterusan denganNya. Sifat istiqamah, iltizam
semangat berbakti dan beramal soleh hendaklah menjadi amalan
harian. Guru Muslim mustahak menghayati rasa khusyuk, takut dan
harap kepada Allah. Guru Muslim hendaklah prihatin untuk sentiasa
mengagungkan syiar agama Islam dan berusaha ke arah mendaulatkan
syariat Islam. Guru Muslim mesti melaksanakan kewajiban agama,
menghindari laranganNya dan menyempurnakan segala hak dan
tanggungjawab yang berkaitan dengannya. Guru Muslim hendaklah
bersyukur kepada Allah di samping selalu berdoa kepadaNyadengan
membaca ayat-ayat Allah dan merendahkan diri ke hadratNya.
Tanggungjawab Terhadap Diri Guru muslim hendaklah memastikan
keselamatan diri sendiri, sama ada dari aspek fizikal, emosional,
mental mahupun moral. Prihatin terhadap kebersihan diri, pakaian,
perawakan dan tempat tinggal. Memahami kekuatan dan kelemahan diri
untuk boleh dimanfaatkan serta ditingkatkan dari segenap aspek.
Meningkatkan kesejahteraan diri agar dapat berkhidmat selama dan
sebanyak mungkin kepada Allah, masyarakat dan negara. Melibatkan
diri dengan program dan agenda yang boleh meningkatkan kualiti
profesion sebagai seorang guru. Tanggungjawab Terhadap Ilmu Guru
muslim hendaklah : Memastikan penguasaan ilmu takhassus secara
mantap dan mendalam. Beriltizam dengan amanah ilmiah.Prihatin untuk
mengamalkan dan mengembangkan ilmu yang dipelajari. Sentiasa
mengikuti perkembangan teknologi terbaru dalam pengajaran ilmu
yangberkaitan. Dari semasa ke semasa guru Muslim hendaklah
menelusuri sudut atau dimensi spirituality Islam dalam pelbagai
lapangan ilmu pengetahuan. Sentiasa memanfaatkan ilmu untuk tujuan
kemanusiaan, kesejahteraan dan keamananumat manusia sejagat.
Tanggungjawab terhadap Profesion Seorang guru tidaklah harus
bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat
profesionnya dan yang mana menyebabkan kurang kepercayaan orang
ramai terhadap profesion perguruan. Dia tidaklah harus bertingkah
laku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan
kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.Dalam semua hubungan
dan tugas seseorang guru hendaklah menjalankannya dengan jujur.
Tanggungjawab utama seseorang guru ialah terhadap pelajarnya.
Kepentingan para pelajarnya haruslah mengatasi semua kepentingan
lain seperti kepentinganmasyarakat, persatuan atau persendirian.
Dia haruslah menumpukan perhatian dan pengajaran untuk semua
pelajar tidak kirabangsa, agama atau kepercayaan. Dia haruslah
bertugas sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha membentuk
tingkahlaku para pelajar ke arah matlamat-matlamat yang diterima
oleh masyarakat. Dia haruslah menumpukan perhatian terhadap
keperluan setiap pelajarnya. Dia haruslah mendidik dan mengambil
tindakan secara adil terhadap semua pelajar tidak kira bangsa,
warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal
keluarga, intelek, akademik dan status-status lain. Dia harus
mengesan dan menerima perbezaan individu di kalangan pelajar dan
memandu mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani,
intelek, dayacipta dan rohani. Dia harus menghormati hak setiap
pelajar supaya maklumat-maklumat sulit mengenaidiri para pelajar
tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang tidak
berkenaan. Dia tidaklah harus bertingkah laku terhadap para
pelajarnya begitu rupa yang bolehmembawa jatuhnya darjat profesion
perguruan. Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh
merosakkan kepentingan pelajar,masyarakat awam atau negara. Dia
haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap para pelajarnya supaya
merekadapat berkembang menjadi warga negara yang taat setia dan
beragama. Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang
boleh mengurangkankeyakinan diri para pelajarnya dan ibubapanya.
Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh yang
baik terhadap pelajar. Dia tidaklah harus menerima apa-apa bayaran
daripada para pelajarnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan
yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan
bayaran-bayaran yang disahkan. Dia tidaklah harus mengiklankan
dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau pengajaran persendirian. Dia
tidaklah harus memaksa kepercayaan keagamaan, politik persendirian
terhadap para pelajarnya. Dia tidaklah harus meminta atau menerima
hadiah daripada ibu bapa para pelajar atauahli-ahli masyarakat
dalam menjalankan tugas-tugas profesionnya. Dia tidaklah harus
menjatuhkan nama baik guru-guru lain.Untuk mendapatkan pekerjaan
atau kenaikan pangkat dia haruslah menggunakan cara-cara yang sah
sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan). Dia tidaklah harus
mengiklankan dirinya dengan cara membesar-membesarkan namanya untuk
mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan.
Tanggungjawab Terhadap Pelajar Guru muslim hendaklah lebih
mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar dari hal-hal lain.
Bersikap adil terhadap setiap seorang tanpa mengira faktor-faktor
jasmani, mental,emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan dan
agama. Menampilkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku
yang dapat memberikancontoh yang baik kepada pelajar.. Membimbing
atau mengajar seseorang pelajar dalam kelas sendiri atau dalam
mata- mata pelajaran yang diajar dalam kelas tanpa sebarang
bayaran. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui
pengkajian, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan,
mesyuarat atau seminar supaya pengajaranmencapai mutu yang
setinggi-tingginya Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat Guru muslim
hendaklah mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau
ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan
pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan
maruah seseorang guru. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang
boleh menjejaskan kecekapan sebagai guru. Berusaha dengan
sepenuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin
danbersungguh-sungguh dan mengekalkan kemajuan ikhtisas dan sosial.
Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang
baru dalam profesion perguruan. Sentiasa mengawasi diri supaya
tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan. Tanggungjawab
Terhadap Masyarakat dan Negara Mengelakkan diri daripada meyebarkan
sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar,
masyarakat atau negara, ataupun yang boleh bertentangan dengan
Rukunegara. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang
boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warga negara
yang taat setia, bertanggungjawabdan berguna, menghormati
orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan
kebudayaan, keturunan dan agama. Menghormati masyarakat tempat
mereka berkhidmat dan memenuhi segalatanggungjawab sebagai seorang
warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang
kegiatan masyarakat. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di
antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan
masyarakat.Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan tahap
kehidupan morality, kebudayaan dan kecendikiawanan
masyarakat.Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima
oleh masyarakat dan menjalani kehidupan harian dengan baik.
Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa Menghormati tanggungjawab utama ibu
bapa terhadap anak-anak mereka. Berusaha mewujudkan hubungan mesra
dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan
rumahtangga. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa
mengenai keadaan rumahtangga atau anak mereka sebagai sulit dan
tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang
berhak mengetahuinya. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi
kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang
diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. Mengelakkan
diri daripada penggunaan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan
ekonomi ibu bapa pelajar. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan
kata-kata atau melakukan sesuatu yangboleh menjejaskan kepercayaan
pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka. Kod etika keguruan
Islam ini kalau benar-benar dipatuhi dan diamalkan akan
membantukeberkesanan pangajaran guru. Perkataan keberkesanan
pengajaran guru ini mungkin kabur pagi setengah pihak. Oleh itu ada
baiknya kita menjelaskan maksud perkataan tersebut. Keberkesanan
bermaksud pengajaran guru berkenaan mencapai puncak matlamat yang
digariskan. CIRI-CIRI GURU YANG BERKESAN Perbincangan mengenai ciri
seseorang guru yang amat berkesan (highly effective)boleh
dikategorikan kepada tiga aspek iaitu: Ciri peribadi yang
menjelaskan perwatakan. i. Seorang yang bermatlamat
(mission-driven) dan juga seorang yang asyik dalam pekerjaannya.
ii. Bersikap positif dan real yakni yakin dalamapa pun yang
dilakukan di samping sabar menerima kenyataan biar pun pahit untuk
ditelan. iii.Merupakan seorang guru-pemimpin; di samping mengajar
ia jugamembimbing dan menunjuk ajar bukan sahaja anak didik malah
rakan sejawat dansiapa sahaja Ciri mengajar yang memberikan hasil.
seorang yang memiliki dan sentiasa menerapkan aspek
dengannya("with-it-ness") dalam apa jua yang dibuat atau apa jua
yang murid-muridnya mestibuat. Ia juga mempunyai stail yang
tersendiri, sesuai dengan semua keadaan danpersekitaran, nilai dan
budaya, peraturan dan undang-undang. Ianya juga memilikikepakaran
memotivasi serta kebekesanan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Ciri intelek yang menunjukkan ilmu, sedar-diri dan faham-kendiri.
Seseorang yang suka membaca buku, dan mempunyai mental life yang
segar, berkembang dan bersifat self-actualization dengan minda yang
sihat danterbuka, melihat alam dan kehidupan di dalam ruang lingkup
yang luas dan menyeluruh(banyak) di samping melihat, menganalisis,
mensintisis dan menilai satu di dalam yangbanyak. Falsafah
Pendidikan Negara (PPN) memberikan matlamat yang jelas mengenai
jenis manusia yang ingin dilahirkan oleh sistem kita. Pendekatan
melahirkan insan harmoni dan seimbang perlu mendapat dukungan yang
lebih bermakna supaya factor perubahan yang berlaku tidak
menjejaskan matlamat pendidikan itu sendiri. Bagi memberi tindak
balas kepada faktor globalisasi, sistem kita harus mampu mendepani
cabaran zaman. Untuk menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf
dunia, ia tidak boleh terpencil dari arus pendidikan dunia. Tapi
keterbukaan kita terhadap pengaruh di luarlingkungan jangan sampai
menjadikan kita kehilangan jatidiri. PROGRAM PENDIDIKAN GURU
Program pendidikan guru ialah satu program latihan praktik dan
sistematik berasaskan sekolah yang bersifat "developmental".
Program ini membolehkan guru pelatih membina, menguasai, dan
mengukuhkan ilmu profesional keguruan untuk menjadi guru permulaan
yang berkesan.Namun begitu, kualiti pengajaran dan pembelajaran
sesebuah sekolah banyak bergantung kepada kualiti gurunya.
Kelayakan dan keprofesionalan guru menentukan kualiti program. Mack
(1975) mengatakan ciri-ciri personaliti guru dan setakat mana
latihan profesional yang dimiliki adalah menyumbang kepada
kebolehannya. Ciri-ciri personaliti guru termasuklah: mempunyai
kematangan, menghormati pelajar dan ibu bapa, berkeyakinan,
fleksibel, suka belajar, perawakan baik, fizikal yang
sesuai,beretika dan mempunyai latihan yang cukup. Guru-guru perlu
mendapat latihan professional untuk memahami bagaimana murid-murid
berkembang dan belajar.Guru yang berkualiti dilihat dari segi
hubungan erat yang berjaya diwujudkan denganpelajar, kemampuannya
mengembangkan program dan merancang aktiviti,kejayaannya mewujudkan
komunikasi yang baik dengan ibu bapa dan rakan sejawatyang lain dan
kemahirannya dalam pentadbiran dan perkembangan
professional.Guruyang baik ialah guru yang efektif iaitu guru yang
berkemahiran serta dapat meningkatkan hasil pembelajaran pelajar.
Kemahiran yang ada pada guru tidak lahir begitu sahaja. Ia perlu
dipupuk dan dibajai melalui latihan yang sistematik sebelum
melibatkan diri di dalam profesion perguruan. Latihan adalah
penting bagi seseorang guru sekolah bagi mencapai kemahiran,
kecekapan serta keberkesanan didalam perlaksanaan tugas.
Sebagaimana apa yang dinyatakan oleh Yu- Wei Lin dan Spodek (1992)
iaitu latihan berfungsi meningkatkan kualiti pengajaran guru
sekolah.Walau bagaimanapun selain latihan yang diikuti minat yang
mendalam terhadap kerjaya juga membantu keberkesanan pengajaran
seseorang guru prasekolah. Motivasi juga merupakan faktor penting
yang boleh meningkatkan kualiti guru-guru prasekolah kerana ia akan
menaikkan semangat untuk berusaha dan mencapai matlamat yang hendak
dicapai.Penglibatan sekolah dalam melaksanakan program ini dapat
mewujudkan jalinan hubungan kerjasama antara Universiti dan
sekolah, memupuk rasa tanggungjawabbersama, rasa kesepunyaan
(ownership) dan mengukuhkan konsep "partnership" bagimembantu
perkembangan profesionalisme. Dalam melaksanakan program pendidikan
guru ini, bimbingan dan latihan lebihdiutamakan daripada penilaian.
Jalinan kerjasama dan perkongsian pengalaman serta kepakaran antara
Universiti dan sekolah, yang menjadi teras pelaksanaan praktikum
dapat membantu perkembangan sekolah terutamanya dari segi
peningkatan ikhtisasguru pelatih.Komponen utama yang perlu ada
dalam program pendidikan guru ialah: (a) pengajaran dan pengalaman
di bilik darjah, (b) pengajaran dan pengalaman luar bilikdarjah,
dan (c) pembentukan ciri sahsiah yang sesuai dengan profesion
keguruan. Objektif Program Pendidikan Guru Program pendidikan guru
memberi peluang kepada guru pelatih mengenal secara lebih dekat
peranan dan fungsi guru dan pengelolaan serta pengurusan sebenar
bilik darjah. Secara khusus, program ini memberi peluang kepada
guru pelatih belajar: tentang tugas dan tanggungjawab asas
keguruan. mengenal pasti dan memahami murid-murid yang mempunyai
perbezaan individu dan merancang persediaan pengajaran bagi
memenuhi keperluan individu tersebut. mengamal dan mencuba kaedah
pengajaran mata pelajaran serta menilai kerja murid seperti yang
telah dipelajari di dalam kursus. menilai kelebihan dan kelemahan
kesan-kesan pengajaran dan pembelajaran. prosedur dan teknik
pengelolaan kurikulum dan kokurikulum mempraktikkan etika keguruan.
Sistem pentadbiran dan pengurusan sekolah. mengamalkan, mengubah
suai dan mencuba teori-teori dan metodologi pengajaranberasaskan
keseluruhan ilmu keguruan dan disiplin pengkhususan. menganalisis
perbezaan-perbezaan pelajar dan menghubungkan isu-isu disiplin dan
gerak laku serta berusaha mengatasi masalah yang dihadapi. membina
daya usaha, kreativiti, kepekaan dan keyakinan diri serta sikap
yang lebih positif dalam suasana pengajaran dan pembelajaran yang
berbeza. mengalami proses sosialisasi di dalam masyarakat sekolah
supaya dapat berfungsisecara positif dalam bidang perguruan.
melibatkan diri secara aktif dalam pengelolaan kokurikulum sekolah
dan mencubapendekatan-pendekatan yang sesuai dan inovatif. Guru
Sebagai Penyelidik Penyelidikan dalam konteks globalisasi ini
menekankan kepada pembentukan satu budaya kolaboratif, kerjasama,
perkongsian dan penyayang dalam masyarakat. Disamping itu,
penglibatan yang meluas dalam proses penyelidikan akan
menimbulkansense of ownership di kalangan semua pihak guru yang
terlibat dalam penyelidikan tersebut. Setiap pihak yang terlibat
akan lebih terbuka dalam memberikan kerjasama dan maklumat yang
diperlukan. Pandangan di atas menunjukkan bahawa guru memerlukan
trdisi penyelidikan yang sesuai dengan teori dan amalan mereka
yangdapat menyumbang terhadap peningkatan kepada kemahiran
menyelesaikan masalah.Satu tradisi penyelidikan yang berkembang
dalam kemasyarakatan perlu di cuba dan di bangunkan. Organisasi,
firma dan kilang-kilang, tempat kerja, rumahtangga dan sekolah
adalah merupakan makmal yang ideal untuk menguji teori-teori sosial
dankemasyarakatan. Perwakilan seperti NGO, key personal, wakil dari
organisasi, surirumah, ketua tempat kediaman, adalah sebenarnya
dikelilingi oleh sumber-sumber dan bahan yang kaya yang boleh
dijadikan bahan penyelidikan.Stenhouse (1975) berpendapat bahawa
jika guru hendaklah merealisasikan aspirasi negara mereka, adalah
perlu mereka menganggap peranan mereka sebagai
penyelidik.Penyelidikan perlu dijadikan sebagai salah satu tugas
utama masyarakat. Pendedahan untuk menjalankan penyelidikan perlu
diberi kapada guru supaya aspirasi negara untuk membina insan yang
mempunyai kemahiran meneroka jati diri terbina secara
intrinsik.Donald Schon (1983) yang menyarankan perubahan amalan
gurudari berbentuktechnical rationality kepada reflective
rationality yang menekankan amalan refleksi sebagai asas
perkembangan profesional.Schon mengemukakan konsep
reflection-in-action dan knowing-in-action sebagai proses
penyelidikan yang menjadi saluran untuk perkembangan ilmu
profesional dan peningkatan profesional. Konsep
reflection-in-action dan knowing-in-action membawa maksud refleksi
yang dilakukan semasa seseorang itu melakukan sesuatu untuk
mempastikan apa yang dilakukan itu berkesan ataupun mungkin
persepsi yang baru diperolehi bagi membaiki amalan. Keadaan ini
banyak berlaku semasa guru mengajar misalnya guru sentiasa (sama
ada secara sedaratau tidak) membuat refleksi ke atas pengajaran
yang sedang mereka jalankan. Proses ini sebenarnya memerlukan
seseorang itu mengesan maklumat dan menganalisis maklumat bagi
membuat keputusan yang pantas bagi membaiki amalannya secara
berterusan.Elliott (1993) menekankan betapa perlunya refleksi yang
sistematik sebagai cara untuk mempertingkatkan mutu keputusan dan
tindakan profesional yang dibuat oleh seorang pengkaji Elliott
telah mengutarakan paradigma sains praktikal yang merangkuami
konsep guru sebagai penyelidik dan pengamal refleksi. Proses ini
melibatkan penyelidikan tindakan dan inkuiri tindakan. Bagi
Elliott, perubahan pendidikan perlu berlandaskan inkuiri yang
sistematik.Dari pandangan-pandangan di atas, jelaslah bahawa
penglibatan guru sebagai penyelidik ini perlu diperkembangkan.
Penglibatan pakar-pakar penyelidik dalam membimbing guru untuk
melakukan penyelidikan secara berterusan boleh membentuk budaya
menyelidik dan reflektif. Budaya ini memungkinkan suara dan
pandangan wakil guru didengar dan diambil perhatian oleh pihak
pembuat dasar dan pihak-pihak yang berkepentingan dalam pendidikan.
Ini sekurang-kurangnya dapat meningkatkan keyakinan dan self-esteem
guru. Budaya menyelidik juga didapati telah dapat menigkatkan
keberkesanan guru yang seterusnya dapat menyumbangkan kepada
kualiti pendidikan. Dalam konteks pendemokrasian pendidikan, konsep
guru sebagai penyelidik ini akan mula berakar umbi di kalangan guru
di negara ini. Penglibatan guru dalam penyelidikan terutama
penyelidikan tindakan perlu dijadikan amalan harian. Pembudayaan
penyelidikan yang menyeluruh adalah perlu supaya penyelidikan dapat
dijadikan sebagai amalan yang boleh membantu dalam membuat
keputusan serta tindakan yang lebih baik. Penyelidikan bukanlah
cara yang boleh menyelesaikan sesuatu masalah, tetapi penyelidikan
dapat membantu dalam melihat masalah secara lebih terancang dan
sistematik supaya penyelesaian kepada masalah itu dapat
dibuatdengan lebih berkesnn. Untuk membolehkan penyelidikan memberi
sumbangan yang berkesan dalam meningkatkan kualiti pendidikan guru
di setiap peringkat, metodologi,proses dan dapatan penyelidikan
perlu dapat difahami dan digunakan sebaik-baiknyaoleh pelbagai
pihak yang terlibat dan berkepentingan ISU-ISU BERBANGKIT Sejauh
manakah guru-guru di sekolah sedar akan etika keguruan seperti yang
tercetak di dalam Buku Rekod Pengajaran (Tatasusila Profesion
Perguruan, Malaysia)? Walaupun Pengetua/Guru Besar dan guru
memegang Buku Rekod Pengajaran dan merekodkan rancangan pengajaran
mereka tiap-tiap hari, tetapi adakah mereka membaca dengan teliti
dan memahami Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia yangmerupakan
garis panduan kod etika perguruan? Berapa peratuskah
Pengetua/GuruBesar dan guru-guru seluruh Malaysia yang memahami kod
etika ini dan betul-betu mengamalkannya? Menurut Dr. Mohammed Sani
(2001) dalam menggariskan sifat dan kualiti peribadi seseorang
guru, di antaranya termasuklah sifat bertanggungjawab, mempuyai
keyakinan diri, mempuyai daya kepimpinan dan menghayati nilai
keagamaan dan nilai murni melalui program tarbiyah ruhiyyah yang
berterusan. Menurut Rohaty (2002), guru perlu memahami dan
menghayati etika dan profesion keguruan supaya
dianggapprofessional. Malangnya terdapat juga segolongan guru dan
Pengetua/Guru Besaryang seolah-olah telah terlupa tentang kewujudan
kod etika keguruan, dan salah satu faktor yang menyebabkan kejadian
ini berlaku ialah faktor materialistik. Menurut Dr.Tajul Ariffin
(1997), tugas mendidik sekarang telah dicemari dengan kegilaan guru
untuk mencari kekayaan, kemegahan dan pangkat. Ini menyebabkan guru
menggunakanlebih banyak masa untuk kepentingan sendiri ke arah
perkara-perkara tesebut daripada memberi tumpuan kepada perkara
yang berkaitan dengan pendidikan. Ini jelas sekali menjejas etika
dan profesion keguruan. Sebagai kesan sampingannya, pada masa kini
telah berlaku kes-kes salah guna kuasa dan salah laku serta jenayah
yang melibatkan pengurus sekolah atau/dan guru-guru sekolah.Menurut
Timbalan Pendakwa Raya Badan Pencegah Rasuah, Zulqarnain Hassan
dalam pembentangan kertas kerja yang bertajuk Jenayah Rasuah Salah
Guna Kuasa dan Penyelewengan Dalam Pengurusan Sekolah pada Seminar
Kepengetuaan Kebangsaan Ke-3 di Institut Pengetua Universiti
Malaya, Mac 2004, beliau telah mengatakan bahawa pengurus sekolah
menyedari peruntukan undang-undang mengenai penyalahgunaan kuasa
itu, ``Tetapi mereka dengan sengaja melakukannya,. Menurut beliau,
kes-kes sedemikian didapati bertambah setiap tahun, dan ini
telahmenunjukkan peningkatan dalam kes penyalah gunaan kuasa oleh
pihak berkenaan.``Namun begitu ada juga pengurus sekolah yang tidak
tahu perbuatan mereka itu menyalahi peraturan, katanya.Dalam
pembentangan kertas kerja tersebut, belaiu telah memberi contoh
kes-kes yangtidak beretika yang berlaku di sekolah-sekolah di
Malaysia seperti berikut: (1) Contoh Kes Suapan Guru Jasmani
menerima wang daripada kontraktor didorong bahawa beliau meluluskan
pembelian alat sukan. (2) Pengetua sekeluarga menerima tiket kapal
terbang secara percuma untuk melancung ke luar negeri dari syarikat
buku yang menjual buku di sekolah berkenaan. (3) Pengetua menerima
wang bulanan untuk dirinya daripada pengusaha kantin asramasekolah
kerana telah berusaha mendapatkan tender untuknya. (4) Pengurus
sekolah meminta kontraktor membaiki rumahnya secara percuma
keranabeliau telah menganugerahkan kontrak kepada kontraktor
berkenaan. (5) Anak pengurus sekolah telah diberikan pekerjaan
sebagai kerani di pejabat kontraktor sebagai balasan kerana
mendapat kontrak. (6) Contoh penggunaan dokumen palsu untuk
mengelirukan majikana. Pengurus sekolah membuat tututan perjalanan
kepada pihak atasan kononnya perjalanan dibuat daripada tempat A ke
C, tetapi sebenarnya perjalanan adalah daripada A ke B (7) Pengetua
berpakat dengan kontraktor menuntut kos baik pulih perabot sekolah
dengan menggunakan resit/invois tetapi kerja baik pulih tidak
dijalankan sebaliknyakerja lain dibuat. (8) Pengetua meluluskan
bayaran kepada kontraktor membekal makanan untuk pelajar- pelajar
asrama sekolahnya dalam keadaan beliau tahu bahawa tuntutan adalah
tidak betul iaitu 100 orang pelajar diberi makanan tetapi tuntutan
daripada kontraktor ialah 200 orang pelajar yang diberikan makanan.
(9) Contoh kes pengurus sekolah yang mengambil kesempatan daripada
kedudukannya/jawatannya untuk kepentingan peribadi atau saudara.
(10) Seseorang pengurus sekolah mengeluarkan pesanan tempatan
kepada syarakat abangnya untuk mendapat bekalan kertas, kapur, pasu
bunga dan peralatan sukansekolah. (11) Pengurus sekolah membeli
peralatan peti sejuk dan televisyen bagi kegunaan bilikguru sekolah
dengan mengeluarkan pesanan tempatan kepada syarikat elektrik milik
isteri/suaminya. (12) Pengetua memberikan tender mengusahakan
kantin sekolah kepada pengusaha kantin yang ada hubungan
persaudaraan iaitu adik ipar. (14) Contoh kes pecah amanaha.
Pengurus sekolah memberikan wang bantuan kerajaan kepada pelajar
berada, danbukannya pelajar miskin seperti dikehendaki oleh
peraturan. (15) Pengurus sekolah dikehendaki membayar sejumlah wang
kepada Perbendaharaan tetapi bayaran tidak dibuat kepada
Perbendaharaan sebaliknya dimasukkan ke dalam akaun sendiri maka
beliau telah melakukan pecah amanah.Selain daripada contoh kes-kes
penyalah gunaan kuasa yang tersebut di atas, dalam tahun 2004 ini
telah pun berlaku beberapa kes yang tidak beretika di kalangan guru
kerana terlibat dalam penjenayahan dan salah tingkahlaku. Selain
daripada itu, satu kes yang berlaku di Sekolah Menengah Sains di
Kuantan,Pahang ialah ibubapa seorang pelajar telah mengadu bahawa
anaknya telah dirotan walaupun kesalahan yang dilakukannya terlalu
kecil (Berita Harian, 30/6/2004).Satu kes yang lain pula melibatkan
penjenayahan yang telah dilakukan oleh seorang guru lelaki di
sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur yang telah menculik seorang
budak perempuan yang hanya berusia empat tahun dan telah meminta
wang tebusan sebanyak RM200,000 (Berita Harian, 24/6/2004).Selain
daripada kes-kes yang tersebut di atas, kita juga sering dapati
adanya kecenderungan pihak-pihak tertentu, khususnya
syarikat-syarikat pengeluar, penguasa,penerbit, pengedar dan
individu-individu yang ingin membuat jualan terus kepada
pelajar-pelajar dan guru-guru atau pun ingin mengadakan promosi
melalui pameran dan demonstrasi dengan tujuan yang sama (Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil.12/1988,Kementerian Pendidikan Malaysia).
Menurut pekeliling berkenaan, Pengetua dan GuruBesar diingatkan
bahawa kebenaran tidak boleh diberi kepada mana-mana syarikat atau
mana-mana individu... Walau bagaimanapun, kelonggaran kepada
larangan ini boleh diberi kepada pihak-pihak yang memohon untuk
membuat jualan keadaan-keadaan tertentu seperti perayaan Hari
Ibubapa, Hari Guru, Hari Sukan [atau] demonstrasi dan promosi hanya
mendapat perhatian dan pertimbangan tanpa melibatkan
pelajar-pelajar danlain-lain guru. (Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil.12/1988, Kementerian Pendidikan Malaysia) ISU SEMASA PROGRAM
LATIHAN GURU Isu profesion guru juga sering dikaitkan dengan
latihan mengajar. Persoalan seperti bagaimana pihak universiti,
maktab, Kementerian Pelajaran dapat menguruskan progam latihan
mengajar bagi guru pelatih dengan cara lebih berkesan? Latihan
mengajar bagi bakal guru adalah pendidikan awal dalam hidup
pendidik. Pengetahuan akademik tidak cukup untuk menjadi seorang
guru, pengalaman dan amali praktikal menentukan kejayaan seseorang
guru. Keberkesanan penyampaian pengetahuan adalah hasil sebenar
kerja mereka. Keberkesanan pengajaran guru bergantung kepada konsep
guru sebagai berikut: Agen mangkin dalam pertumbuhan dan
perkembangan pelajar. Fasilitator dalam pembelajaran pelajar.
Penggerak kepada usaha pelajar. Pembimbing dan model. Pembuat
keputusan dalam penggunaan peluang ada untuk kebajikan pelajar.
Latihan mengajar memberi peluang bagi guru menggunakan teori dan
prinsip-prinsip pendidikan dalam situasi pengajaran dan
pembelajaran sebenar di samping meningkatkan keyakinan diri untuk
mengurus bilik darjah. Keseluruhan jangka masa latihan mengajar
lebih kurang 12 minggu, waktu mengajar antara 8 hingga 10 waktu
seminggu. Tumpuan khusus kepada proses pengajaran dan pembelajaran
di bilik darjah mengikut opsyen guru pelatih itu. Terdapat beberapa
kelemahan dalam program latihan pengajar:Kemahiran profesional
belum mantap. Latihan mengajar menekankan pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran,sedangkan tuntutan profesion perguruan
lebih daripada itu kerana guru menghadapibanyak tekanan sosial
seperti masalah berkaitan dengan disiplin, tuntutan ibu bapa
danmasyarakat yang mementingkan pencapaian akademik
cemerlang.Kekurangan bimbingan dan tunjuk ajar Guru pelatih diselia
antara 5 hingga 8 kali semasa latihan mengajar. Penyeliaan dibuat
untuk menilai kecekapan guru mengajar dan respons dari pelajar di
dalam matapelajaran. Sebagai perbandingan, latihan profesion
kedoktoran, doktor perlu menjalani housemanship selama setahun.
Semasa menjalankan housemanship, doctor pelatih adalah di bawah
pegawasan doktor pakar. Selepas itu, doktor tersebut perlu mendapat
pengiktirafan dan mendaftar dengan persatuannya untuk latihan dan
seterusnya terikatdengan tatasusila profesion kedoktoran di bawah
pengawasan persatuan perubatan.Jangka masa latihan yang singkat
Salah satu ciri profesion ialah latihan ahli-ahlinya memakan masa
panjang dan seragam di semua institusi pengajian. Tempoh latihan
perguruan berubah mengikut institusi dan permintaan tenaga manusia.
Misalnya, tempoh masa perguruan di maktab berkurang dari tiga tahun
ke dua setengah tahun. Program diploma pendidikan di university
mengambil masa 9 bulan termasuk latihan mengajar. Jangka masa
terlalu singkat menyebabkan calon tidak didedah kepada suasana
sebenar di sekolah dengan masa yang cukup. Kekurangan latihan
pendidikan guru dalam perkhidmatan adalah terancang dan berterusan
untuk membantu guru yang sedang berkhidmat bagi mengemaskini
pengetahuan dan kemahiran profesional mengenai pendekatan dan
penemuan mutakhir untuk membolehkan mereka menjalankan tugas dengan
efektif.Pendidikan guru dalam perkhidmatan sentiasa menekankan
strategi pengajaran baru terutamanya apabila sesuatu kurikulum baru
diperkenalkan untuk dilaksanakan oleh guru. Program ini membantu
guru menjalankan tugas, mempertingkatkan kebolehan mengajar dan
mendalami pengetahuan dan pengalaman guru. Di samping itu, sijil
atau diploma yang dianugerahkan oleh Kementerian Pendidikan
membantu para guru melanjutkan pelajaran ke universiti, kenaikan
pangkat atau gaji.Mengikut kajian Dr Mohammed Sani Bin Ibrahim
(1992), hanya seramai 1,485 orang guru iaitu 0.83 % daripada jumlah
guru di Malaysia pada 30 Jun 1989 seramai 178,666 guru yang
berpeluang mengikuti program pendidikan guru dalam perkhidmatan.
Punca-punca minoriti guru yang menghadiri program adalah bilangan
kursus yang ditawarkan dan bilangan peserta yang diambil adalah
terhad. Sistem pemilihan peserta kursus tidak memenuhi kriteria
yang ditetapkan oleh pihak penganjur. Menurut pegawai kanan di
Kementerian Pelajaran dan pengarah IPG bahawa pengetua cenderung
mencalonkan guru bermasalah manakala guru yang berprestasi baik
diminta terus mengajar di sekolah untuk memastikan proses
pengajaran dan pembelajaran pelajar tidak terjejas dan keputusan
peperiksaan sekolah dapat dikawal dan dipertingkatkan. Jabatan
Pelajaran Negeri juga tidak menyokong kebanyakan pemohonan guru
yang dicalonkan oleh pengetua. Masalah mendapat calon yang sesuai
menyebabkan berlakunya guru-guru pernah mengikuti kursus
dipilihsemula untuk berkhusus.Maklumat mengenai kursus tidak sampai
ke pengetahuan guru dan ini menyebabkan ramai guru tidak boleh
memohon untuk mengikutinya CALON GURU Antara calon-calon yang
menawarkan dirinya menjadi guru ada yang terdiri daripada golongan
tidak berminat terhadap profesion guru, oleh kerana memerlukan
pekerjaan dan merupakan pilihan terakhir mereka selepas gagal
memasuki program lain. Malaysia dilanda dengan banjir siswazah
akibat daripada dasar pendemokrasian pendidikan dibawa oleh Dasar
Ekonomi Baru. Peluang-peluang pekerjaan yang berkurangan akibat
kemerosotan ekonomi menyebabkan pengangguran segolongan besar
siswazah, maka sebahagian mereka telah diserapkan ke profesion
perguruan.Kriteria bercorak akademik digunakan dalam pemilihan
calon perguruan tanpa menitikberatkan sikap, aptitude atau
kecenderungan dan personaliti disertai dengan iltizam untuk berjaya
merupakan faktor penentu sama ada seseorang itu menjadi guru baik
atau sebaliknya. Profesion perguruan dan skim perkhidmatan
pendidikan masih belum menandingi profesion-profesion lain seperti
peguam, perniagaan, perakuanan dan kedoktoran yang menarik pelajar
terbaik. Misalnya, syarat umum kemasukan universiti adalah lulus
SPM dengan kepujian BM termasuk lulus ujian lisan, mendapat
sekurang-kurangnya gred E bagi Pengajian Am, gred E bagi dua mata
pelajaran lain bagi calon dari STPM.Isu tentang kelulusan akademik
guru bukan sahaja menarik minat orang ramai di Malaysia sahaja.
Laporan dari Amerika tentang keadaan kurang memuaskan bagi
keupayaan akademik (scholastic aptitude) di kalangan pelajar
berminat menjadi guru.Kebolehan intelektual bakal-bakal guru
didapati jauh lebih rendah daripada kebolehan kebanyakan pelajar
yang mengkhusus dalam bidang lain seperti kejuruteraan dan
perubatan. Justeru itu, pendidikan hanya dapat menarik
pelajar-pelajar yang kurang kebolehan dalam bidang akademik. Untuk
menaikkan imej penguruan di AmerikaSyarikat, syarat kelulusan
akademik memasuki bidang perguruan dinaikkan dari CGPA2.00 ke 2.5
(Laman dan Reeves, 1983). Kajian-kajian seterusnya menunjukkan
latarbelakang akademik pelajar pendidikan perguruan sama baik
dengan latar belakang akademik pelajar dalam bidang lain (Fisher
dan Reldman, 1985; Book, Freeman danBrousseou, 1985).Gambaran yang
jelas telah menunjukkan kelulusan akademik calon pendidikan kurang
daripada pelajar yang mengikuti pengajian perubatan, kejuruteraan
dan undang- undang. Walau bagaimanapun, untuk menjadi guru baik,
kelulusan akademik semata-mata tidak dapat dijadikan ukuran, banyak
sifat lain seperti dedikasi, sabar, akhlak baikadalah sangat
penting.Perlukah temuduga lebih ketat bagi pemilihan calon program
pendidikan diadakan? Keberkesanan guru bergantung kepada latihan
yang diterima dan keperibadian. Calon yang tidak berminat, dan
menganggap guru sebagai satu pekerjaan tidak dapat menjadiseorang
guru yang baik. Kredibiliti guru bergantung kepada:Nilai sikap
motivasi faktor personalitifaktor aspirasi dedikasi, komitmen dan
kepuasan diperolehi.sikap penyayang terhadap kanak-kanak dan
bercita-cita mengeksploitasi potensi mereka sepenuhnya. CADANGAN
Disarankan beberapa tindakan yang boleh diambil bagi meningkatkan
nilai etika dan kualiti profesion perguruan dalam sistem pendidikan
di negara ini, diantaranya seperti berikut : Topik Etika dan
Profesion Keguruan dengan berpandu kepada Tatasusila
ProfesionPerguruan, Malaysia yang tercatat dalam Buku Rekod
Pengajaran, dimasukkan kedalam agenda Mesyuarat Pertama Tahunan dan
apabila adanya guru baru yang melapor ke sekolah untuk mengingatkan
guru-guru tentang kod etika perguruan yang harus dipatuhi. Dengan
membuat demikian, pengetua dan guru besar juga akansentiasa
mengingati wujudnya kod etika yang harus dipatuhi dalam pengurusan
sekolah. Selain daripada itu, juga pamerkan Tatasusila Profesion
Perguruan dalam Bilik Guru supaya ianya dapat dibaca oleh seluruh
masyarakat sekolah agar guru akan sentiasa sedar akan kod etika
profesion keguruan. Laksanakan program peningkatan profesionalisme
guruMelalui program berkenaan membolehkan guru sekolah terbabit
bekerjasama dengan pensyarah IPG mengusahakan program yang dikenal
pasti berdasarkan keperluan masing-masing, seperti membina bahan
pengajaran dan pembelajaran(P&P), kursus padagogi dan motivasi
serta meningkatkan profesionalisme guru. Memberi bimbingan
profesional berterusan kepada guru, sekaligus menaikkan prestasi
pelajar di kawasan pedalaman dalam pelbagai aspek, bertepatan
matlamat mempertingkatkan akses, ekuiti serta kualiti pendidikan
dan strategi memperkasakan sekolah kebangsaan. Kualiti pengajaran
dan pembelajaran guru di padalaman perlu ditangani dengan
melaksanakan strategi berbeza daripada guru lain. Geografical
isolation perlu dipecah bagi mengurangkan jurang perbezaan
pendidikan antara kawasan pedalaman, luarbandar dan bandar Guru
perlu menyusun dan menentukan keutamaan kerja mereka sendiri. Dalam
hal ini Omardin Ashaari (1996) menyatakan dalam teori moden, kaedah
yang paling berkesan untuk mencapai matlamat bukan dengan
menggunakan kuasa (autokratik)tetapi dengan memenuhi hasrat dan
keperluan individu, di mana pihak pentadbiransentiasa mengambil
daya usaha untuk memotivasikan guru dan kakitangan sekolah.
Pembangunan Profesionalisme Melalui Pengurusan IlmuSecara jelasnya,
pengurusan ilmu sebenarnya mendorong kita untuk meningkatkan
profsionalisme dengan memberikan yang terbaik melalui konsep
pengurusan ilmudengan menekankn konsep perkongsian, mencari
maklumat yang baru. Maklumat ini seterusnya akan digunakan untuk
perkembangan profesionalisme pendidik. Fullan danHargreaves (1992)
menjelaskan bahawa konsep `collaberative di dalam pekerjaan akan
memberikan lebih pendekatan untuk menjadikan pendidik lebih
profesionalisme terutama di kalangan mereka yang baru berkhidmat
serta langkah-langkah yang dijalankan oleh Fullan dan Hargreaves
merupakan cadangan yang sama dengan konsep pengurusan ilmu ialah
Menggalakkan kerjasama di kalangan pendidik berkaitan dengan projek
dan pembangunan pelajar. Sering bertukar pendapat,kerjasama di
dalam seminar, mesyuarat, atau perjumpaan yang diadakan oleh pihak
sekolah bagi tujuan pembangunan profesionalisme pendidik.
Bermatlamatkan kejayaan. Pendidik bekerjasama menjalankan idea yang
diciptauntuk mencapai matlamat mereka. Menganjurkan perjumpaan
secra tetap bertujuan berbincang mengenai masalahpelajar. Mereka
sentiasa bertukar pendapat, meneliti semula penilaian dan
pencapaianpelajar, dan menggunakan kesempatan untuk membina alat
bantu mengajar PENUTUP Kesederan kepada etika dalam memartabatkan
profesion perguruan perlu datang dari pengalaman guru-guru sebagai
pendidik itu sendiri. Nilai etika dan gaya professional keguruan
perlu diterapkan dalam organisasi pengurusan guru dan aspek
pedagogi keguruan agar matlamat pengajaran dan pembelajaran
(P&P) dapat dimanfaatkan kepada pelajar. Nilai etika dan gaya
ini haruslah di pupuk dalam program pendidikan guru lagi agar
mereka dapat mengetahui lebih mendalam tentang objektif sebenar
menjadi seorang pendidik. Guru perlu memastikan pencapaian matlamat
dan objektif dasar pendidikan, guru juga perlu berdepan dengan
tanggapan dan persepsi pelajar dan masyarakat yang pelbagai
terhadap etika dan profesion keguruan.
RUJUKAN Book, C.L, Freeman, D.J.& Brousseau B. 1985.
Comparing academic backgroundsand career aspirations of education
and non-education majors. Journal of TeacherEducation,
vol.36(No.3): 27 30 Berita Harian Online.
http://202.184.94.19/bin/main.exe?f=doc&state=grsgrc.2.1 Berita
Harian Online.
http://202.184.94.19/bin/main.exe?f=doc&state=grsgrc.3.23
Berita Harian Online.
http://202.184.94.19/bin/main.exe?f=doc&state=grsgrc.3.37
Berita Harian Online.
http://202.184.94.19/bin/main.exe?f=doc&state=grsgrc.3.57
Berita Harian Online.
http://202.184.94.19/bin/main.exe?f=doc&state=grsgrc.3.63
Donald Schon (1983) A guide to innovation in education. Ann Arbor,
ISR: University ofMichigan. Fisher, R.E.and Feldman, M.E. 1985.
Some answers about the quality of teachereducation students.
Journal of Teacher Education, vol.36(No.3): 37-40. Fullan, M &
Hargreaves, A. 1992. Whats Worth Fighting for in your School?
Together for Improvement. Buckingham : Open University.Mack. (1975)
Dalam Rohaty Mohd Majzub. 2003. Pendidikan Prasekolah: Cabaran
DanKualiti. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohammed Sani
Bin Ibrahim. 1992. Satu penilaian terhadap pendidikan guru dalam
perkhidmatan di Malaysia dan implikasinya untuk masa depan. Tesis
Doktor Falsafah.Universiti Kebangsaan Malaysia. Robiah Sidin. 1998.
Pemikiran dalam pendidikan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti
Sdn.Bhd. Rohaty Mohd Majzub. 2003. Pendidikan Prasekolah: Cabaran
Dan Kualiti. PenerbitUniversiti Kebangsaan Malaysia. Stenhouse
(1975) Professional Ethics In Teaching: Towarda The Development Of
ACode Of Practise. Journal of Education, 0305764X, Jun 2000, Vol.
30, Issue 2.Academic Search Premier. Suprihadi dan Soehartono
(1982) Comparing academic backgrounds and careeraspirations of
education and non-education majors. Journal of Teacher
Education,vol.36(No.3): 27 30Thiroux J.P. 2001. Ethics, Theory and
Practice (7th Edition). New Jersey : Prentice Hall. Yu-Mei Lin dan
Spodek. (1992). Early Childhood Teacher Preparation In Taiwan.
EarlyChild Development and Care Journal, 78, 95-109.