Top Banner
KESIMPULAN HATI Pertama Hati Yang Beriman Lawannya Kafir Kedua Sum’ah Lawannya Bid’ah Ketiga Hati Yang Taat Lawannya Maksiat Dan HATI inilah tempat NIAT yang menentukan SAH SOLAT atau lain lain pekerjaan. KEDUDUKAN NIAT Bahawa NIAT itu tempatnya di HATI, tidak berhuruf dan bersuara sebagai letaknya harus melaksanakan :- QASAD menunjukkan ZAT akan SIFATNYA kepada yang disifatkan TAKRID menentukan ZAT akan SISATNYA dan kepada yang disifatkan. TA’AYUN sabenar2nya AKU menyatakan DIRI AKU dalam TAUHID Takbiratul Ihram Aku kepada Sifat yang disifatkan. Maka karamlah DIRI dalam lautan tidak bertepi itu nescaya SOLAT bukan lagi ENGKAU / AKU tetapi AKU ZAT yang melahirkan Kerja Aku dalam rupaku yakni SifatKu yang nyata dalam kelakuan hambaKu. Engkau tiada UPAYA dan KEKUATAN untuk melakukan solat itu malahan engkau lakukan atas Kurniaan & Rahmat Aku semata-mata. Kenapa engkau merasa ada kewujudan dalam hidup ini sedangkan WUJUD itu adalah Aku semata- mata ? Yang mengerjakan kelakuanmu itu Aku atas Kudrat & IradatKu. Yang menentukan waktu pun Aku, Aku punya Ilmu. Tanpa itu engkau tiada hambaku. Aku sengaja menyatakan DIRIKU padamu dan Aku memuji DiriKu diatas lidahmu wahai hambaku. Jangan sekali-kali ada rasa didalam hatimu bahawa engkau mempunyai kemampuan untuk memujiKu . Ketahuilah bahawa engkau adalah hambaKu yang FAKIR berhak menerima PemberianKu. TIANG SOLAT a. HADIR HATI yakni menghadap Allah dan membuangkan segala yang GHAYR (yang lain selain Allah ) didalam solat b. KHUSU’ / TETAP HATI didalam solat yakni tidak merayau –rayau fikiran kemana mana. c. SEMPURNA bacaan FATIHAH SAH SOLAT a. Sah solat kerana SAH WUDHU’
24

Kitab Ilmu & Makrifat _ Tok Guru Peramu

Dec 30, 2014

Download

Documents

Azizan Ibrahim

Tok Peramu
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Kitab Ilmu & Makrifat _ Tok Guru Peramu

KESIMPULAN HATI

Pertama Hati Yang Beriman Lawannya Kafir

Kedua Sum’ah Lawannya Bid’ah

Ketiga Hati Yang Taat Lawannya Maksiat

Dan HATI inilah tempat NIAT yang menentukan SAH SOLAT atau lain lain pekerjaan.

KEDUDUKAN NIAT

Bahawa NIAT itu tempatnya di HATI, tidak berhuruf dan bersuara sebagai letaknya harus

melaksanakan :-

QASAD menunjukkan ZAT akan SIFATNYA kepada yang disifatkan

TAKRID menentukan ZAT akan SISATNYA dan kepada yang disifatkan.

TA’AYUN sabenar2nya AKU menyatakan DIRI AKU dalam TAUHID Takbiratul Ihram Aku kepada Sifat

yang disifatkan.

Maka karamlah DIRI dalam lautan tidak bertepi itu nescaya SOLAT bukan lagi ENGKAU / AKU tetapi

AKU ZAT yang melahirkan Kerja Aku dalam rupaku yakni SifatKu yang nyata dalam kelakuan

hambaKu. Engkau tiada UPAYA dan KEKUATAN untuk melakukan solat itu malahan engkau lakukan

atas Kurniaan & Rahmat Aku semata-mata.

Kenapa engkau merasa ada kewujudan dalam hidup ini sedangkan WUJUD itu adalah Aku semata-

mata ? Yang mengerjakan kelakuanmu itu Aku atas Kudrat & IradatKu. Yang menentukan waktu pun

Aku, Aku punya Ilmu. Tanpa itu engkau tiada hambaku. Aku sengaja menyatakan DIRIKU padamu

dan Aku memuji DiriKu diatas lidahmu wahai hambaku.

Jangan sekali-kali ada rasa didalam hatimu bahawa engkau mempunyai kemampuan untuk

memujiKu . Ketahuilah bahawa engkau adalah hambaKu yang FAKIR berhak menerima PemberianKu.

TIANG SOLAT

a. HADIR HATI yakni menghadap Allah dan membuangkan segala yang GHAYR (yang lain selain Allah )

didalam solat

b. KHUSU’ / TETAP HATI didalam solat yakni tidak merayau –rayau fikiran kemana mana.

c. SEMPURNA bacaan FATIHAH

SAH SOLAT

a. Sah solat kerana SAH WUDHU’

Page 2: Kitab Ilmu & Makrifat _ Tok Guru Peramu

b. Sah Wudhu kerana Sah ISTINJA

c. Istinja itu membersihakan anggota badan dari berupa bentuk najis besar mahupun kecil.

KESEMPURNAAN ISLAM

Nota oleh Fakir – S = Soalan , J = Jawapan

S Yang dikatakan ISLAM berapa kesempurnaannya ?

J Tiga Perkara :-

a. Diikrarkan dengan lidah

b. Ditashdiqkan dalam hati

c. Dikerjakan dengan anggota

S Berapa tandakah yang dikatakan sesaorang itu Islam ?

J Empat perkara :-

a. Merendahkan diri keHadrat Allah dan sesama islam

b. Suci lidah dari memakan dan meminum benda haram

c. Suci lidah dari dusta dan mengumpat

d. Suci badan daripada Hadath Besar

S Yang dikatakan Islam berapa syarat pakaiannya ?

J Empat perkara :-

a. Sabar akan Hukum Allah SWT

b. Ridha akan Qadha Allah SWT

c. Menyerahkan Diri kepada Allah dengan tulus ikhlas

d. Mengikut Firman Allah dan Hadith Nabi.

S Apakah yang membinasakan Islam ?

J Empat perkara :-

a. Berbuat sesuatu amalan yang tiada dasar dari Islam itu sendiri

b. Mencela orang berbuat baik & meringankan Hukum Allah SWT

c. Diketahui tetapi tidak dibuat

d. Tiada tahu tetapi malas bertanya

Page 3: Kitab Ilmu & Makrifat _ Tok Guru Peramu

ILMU & MAKRIFAT TOK GURU PERAMU

Pendapat Tok Peramu tentang Makrifat adalah saperti berikut :-

Adapun Keputusan Makrifat itu ialah MENGENAL ALLAH. Kesudahannya putus ilmu itu yaitu

Mati...............

Adapun Makrifat yang mesti diketahui itu ialah 20 Perkara terbahagi kepada 5 Bahagian.......

BAHAGIAN PERTAMA :-

Hendaklah diketahui 4 perkara yakni :-

Pertama Allah sabelum bernama Allah apa NamaNya ?

Kedua Muhammad sebelum bernama Muhammad apa namanya ?

Ketiga sebelum hari yang tujuh itu apa namanya ?

Keempat sebelum Waktu Yang Lima itu apa namanya waktu itu ?

BAHAGIAN KEDUA

Hendaklah juga kamu ketahui 4 perkara lagi.

Pertama 40 hari hendak mati

Kedua 7 hari hendak mati

Ketiga 3 harihendak mati

Keempat 24 jam sebelum mati.

BAHAGIAN KETIGA

Lagi 4 perkara yang perlu kamu ketahui

Pertama hendaklah KENAL DIRI kamu

Kedua hendaklah kenal NYAWA kamu

Ketiga hendaklah kenal PENGHULU kamu

Keempat hendaklah kenal TUHAN kamu

BAHAGIAN KEEMPAT

Hendaklah ketahui akan ZIKIR PENYERAHAN NYAWA kepada Allah . Ada 4 perkara juga.

Pertama Serahkan dengan ZIKIR AF’AL yakni La Ilaha Illallah

Kedua serahkan dengan ZIKIR ASMA’ yakni Allah Allah Allah

Ketiga serahkan dengan ZIKIR SIFAT yakni Hu Hu Hu

Keempat serahkan dengan ZIKIR ZAT yakni Ah Ah Ah

Page 4: Kitab Ilmu & Makrifat _ Tok Guru Peramu

BAHAGIAN KELIMA

Hendaklah ketahui berkenaan RUH juga 4 perkara

Pertama RUH JASMANI yaitu TUBUH kita yakni DIRI TERJALLI

Kedua RUH RUHANI yaitu HATI kita yakni DIRI TERPERI

Ketiga RUH IDHAFI yaitu NYAWA kita yakni DIRI YANG TERPERI

Keempat RUH AL-QUDDUS yaitu RAHSIA kita yakni DIRI YANG WUJUD.

MUHAMMAD..............

Adapun nama MUHAMMAD itu jadi TUBUH pada kita.

Tubuh kepada Muhammad jadi NYAWA pada kita

Hati kepada Muhammad jadi NYAWA kepada kita

Nyawa kepada Muhammad jadi RAHSIA kepada kita.

TUBUH.................

Adapun yang bernama TUBUH itu PERBUATAN yang datang daripada HATI.

Perbuatan Hati datang daripada Nyawa

Perbuatan Nyawa datang daripada Rahsia

Perbuatan Rahsia datang daripada AF’AL ALLAH.

FUAD................

Adapun yang bernama MATA itu ialah untuk MELIHAT dan orang yang melihat itu tempatnya pada

MATA HATI pada JANTUNG.

Didalam jantung ada FUAD

Didalam Fuan ada CAHAYA

Didalam Cahaya ada RAHSIA

Didalam Rahsia itu adalah saperti Firman Allah SWT yang berbunyi :-

Al Insanu Sirri...Wa Ana Sirruhu

Insan itu adalah rahsiaKu dan Akulah rahsianya.

KENAPA NAMA MUHAMMAD ? ( Rahsia Muhammad )

Adapun sebab Nabi Muhammad itu bernama Muhammad kerana Kehendak Allah.

Sekalian ( Keseluruhan / Semuanya ) Alam ini terjadi kerana Muhammad saperti dinyatakan didalam

Hadith Qudsi :-

Sekalian jadi daripadamu Ya Muhammad dan engkau jadi daripada AKU

Page 5: Kitab Ilmu & Makrifat _ Tok Guru Peramu

Sabda Baginda Rasul :-

Aku jadi kerana Allah dan sekalian alam jadi kerana aku.

RAHSIA MUHAMMAD ( Mim Ha Mim Dal )

KETERANGAN HURUM MIM AWAL MUHAMMAD ( MIM AWAL )

Pertama menunjukkan ZAT hambanya berdiri solat

Kedua Tempat Makrifat tatkala Qiam

Ketiga Zikir Bagi Zat yaitu ZIKIR RAHSIA

Keempat tatkala itu Tuhan bernama AHDIAH

Kelima semasa itu Tuhan Semata-mata . Belim ada terjadi apa apa akan masa itu bernama AH...( Alif

Ha )

KETERANGAN HURUM HA MUHAMMAD ( HA )

Artinya SIFAT HAMBA yakni RUKUK dalam solat

Tempat HAKIKAT yaitu Rukuk

Zikir bagi Sifat yakni Nyawa

Tatkala itu Tuhan bernama WAHDAH

KETERANGAN HURUM MIM KEDUA MUHAMMAD ( MIM KEDUA )

Artinya ASMA’ HAMBA yaitu SUJUD dalam solat

Tempat TARIQAT tatkala Sujud

Tatkala itu Tuhan bernama WAHADIAH

Tatkala itu Tuhan TAJALLI sabenar-benarnya meliputi NUR MUHAMMAD. Masa itu Tuhan bernama

ALLAH SWT

KETERANGAN HURUM DAL MUHAMMAD ( DAL )

AF’AL HAMBA yaitu DUDUK dalam solat

Tempat SYARIAT yaitu tatkala dalam Duduk

Zikir bagi Af’al yaitu TUBUH La Ilaha Illallah

Tatkala itu Tuhan ibarat LA ( Lam Alif )

Tatkala itu bercampur RAHSIA dengan NYAWA dan ANASIR ADAM ( Alif Dal Mim )

KEJADIAN DIRI

Page 6: Kitab Ilmu & Makrifat _ Tok Guru Peramu

Adapun kejadian DIRI itu terkandung dalam 20 perkara dibahagi kepada 4 bahagian yaitu ( ada 16 shj

dicatitkan – fakir )

Bahagian Pertama

1 Jenis ZAT Diri Wujud Rahsia Kita Alam Lahut Ruh Al-Quddus

2 Jenis SIFAT Diri Terdiri Nyawa Kita Wujud Mutlak Ruh Idhafi

Alam Jabarut

3 Jenis ASMA’ Diri Terperi Hati kita Wujud Alam Ruh Ruhani

Tubuh halus

4 Jenis AF’AL Diri Tajalli Jasmani Wujud Idhafi Tubuh Yang Zahir

Bahagian Kedua

1 Wujud Wujud mutlak – Wujud Hakiki – Wujud Idhafi Wujud Tajalli

2 Ilmu Ilmu Hakiki – Ilmu Maklumat – Ilmu Fikir – Ilmu Ma’dom

Al-Asma’

3 Nur Nur AlHadi – Nurul quddus – Nur hadi – Nur Al-bayan

4 Suhud Suhud Al-Ain – Suhud Khadafi – Khaliq Al-Asmat

Suhud Taufil

Bahagian Ketiga

1 Angin Angin Niat –Angin Padtar – Angin Sarsa – Angin Serul

2 Api Al-Hayat – Al-Muja – Sajin

3 Air Maal Hayat – Maal Kus – Maal Zam Zam – Maal Hain

4 Tanah Tanah Firdaus – Tanah Tiin – Arbail baasir – Tiin Siipaab

Bahagian Keempat

1 Di Jadi Ruh Masripah – Tubuh – Af’al

2 Wadi Jadi Tulang – Tariqat – Hati – Asma’

3 Mani Jadi urat – Haqiqat – Nyawa – Sifat

4 Ma’nikam Jadi Nyawa – Makrifat – Rahsia – Zat

Page 7: Kitab Ilmu & Makrifat _ Tok Guru Peramu

Bahagian Kelima

1 LA ( Laf Alif )

Ucapan bagi Tubuh menjaga kulit dan bulu Qalbi kepada Baitullah

2 ILAHA ( Alif Lam Ha )

Ucaoan bagi Hati penjaga daging dan darah Qalbi kepada Baitulmakmur

3 ILLA ( Alif Lam Alif )

Ucapan bagi Nyawa penjaga urat dan tulang Qalbi kepada Arasy

4 Allah ( Alif lam Lam Ha )

Ucapan kepada Rahsia penjaga urat dan sumsum Qalbi kepada Allah

KEJADIAN BENIH

HU QALBI itu RABBI terdiri Aku didalam Sifat Nafsiah Aku dikandung dalam Wujud Allah La Ilaha

Illallah Muhammadur Rasullullah Fi Kul Lil Maha Tiin Wa Naf Sin Aa Da Da Maa Wa Si A-Hu Il Mullah

Adapun asal kejadian BENIH manusia daripada MA’NIKAM daripada Syurga, dirupakan Allah SWT

turun kepada HU GHAIB rupa Allah jadi Ma’nikam rupa gilang gemilang hingga tujuh petala langit

dan tujuh petala bumi

- kemudian manikam itu jatuh kepada ubun ubun bapa 100 hari

- kemudian manikam itu jatuh kejantung bapa 40 hari

- kemudian manikam itu jatuh ke Hati Nurani Cahaya Haq 7 hari

- kemudian Manikam itu jatuh TA’AYUN HATI berupa air 3 hari

- kemudian manikam itu MERTABAT ZAT pada pinggang bapa 24 jam

- kemudian Manikam itu jatuh kerahim ibu dengan rupa huruf ALIF

- kemudian Manikam itu kepada ALAM RUH berkumpul saperti biji . Itulah sebab ia bernama

Manikam

- kemudian manikam bersifat ia bernama ALAM MITHAL. Ini yang bernama saperti Firman Allah : al

insanu sirri wa ana sirruhu

Page 8: Kitab Ilmu & Makrifat _ Tok Guru Peramu

- kemudian ia menilik dirinya terlalu indah, lalu lupa kepada dirinya bila bercampur dengan darah

ibunya. Maka hilanglah rupa itu dan bernama pula ia ALAM AJSAM yakni Alam Kasar. Kemudian bila

sampai janji, keluarlah ia dari kandungan ibunya dan hilanglah rupa yang dilihat maka menangis ia

sebab suara inilah bernama ALAM INSAN.

BILA AKHIR HAYAT

Bila akhir hayat kita dapati BERDENYUT-DENYUT PUSAT saperti asap serta kita mendengar ucapan :-

ALASTU BI RAB BIKUM – AH ( Alif Ha ) ANA MA – KAA NA BII MAA KAA NA MASA KAA NA.

Maka jawablah :-

YA ANA LA ILA HA ILLALLAH – 3 kali

Kemudian nampak cahaya KEBESARAN ALLAH maka kita zikir ALLAH – 3 kali

Kemudian kita nampak KALIMAH ALLAH maka kita zikir HU – 3 kali

Kemudian kita dengar UCAPAN TUHAN : ANA ALLAH LA ILA HA ILLALLAH ANA....serta terus kita

memandang akan KEBESARAN ALLAH maka kita zikir AH – AH- AH ( Alif Ha ).

Maka tamatlah riwayat kita. Ruh kembali ke Rahmatullah. Hasanul Khatimah.

ALHAMDU ( Alif –Lam- Ha -Mim -Dal )

Saudara pembaca yang budiman,

Mengikut penceritaan kalimah ALHAMDU ialah kalimah pertama yang disuarakan oleh manusia

yakni Nabi Adam a.s yang bermaksud Segala Puji Milik Allah.

Tidak ada satu pun manuskrip Ilmu Hakikat yang ada ditangan fakir yang tidak membicarakan

kalimah ALHAMDU ini. Masing masing memberi tafsiran tersendiri secara panjang lebar.

Page 9: Kitab Ilmu & Makrifat _ Tok Guru Peramu

Melalui ENTRI kali ini fakir sampaikan penjelasan penulis manuskrip ILMU & MAKRIFAT TOK GURU

PERAMU berkaitan kalimah ALHAMDU ini.

....................................................................................

ALHAMDU .....( Alif – Lam – Ha – Mim - Dal )

ALIF

Huruf ALIF itu WAKTU SUBUH. Nabi Adam a.s cahayanya putih. Malikatnya Jibrael Ruhani.

Sahabatnya Abu Bakar & Fatimah Keluar dari huruf ALIF itu DUA RAKAAT kerana TAJALLI Tuhan dua

mertabat yakni MERTABAT ZAT atau AHDIAH dan Mertabat SIFAT atau WAHDAH. Istananya dibawah

susu kiri . Keluar cahaya pada dahi. Kenyataan pada kita ialah MULUT & LIDAH

LAM

Huruf LAM itu waktu ZUHUR. Nabi IBRAHIM cahayanya Kuning. Malaikatnya MAKRIBUN. Keluar dari

huruf Lam itu empat rakaat kerana TAJALLI Tuhan WUJUD – ILMU – NUR – SUHUD. Istananya pada

HATI di lambung susu kiri yaitu RUH MAZIFAH. Kenyataan pada kita ialah HIDUNG & MATA

HA

Huruf HA ini waktu ASAR. Nabinya Nabi Yunus a.s Cahayanya Hijau Kuning. Malikaynya MIKAIL.

Sahabatnya pula ialah Omar. Keluar dari huruf HA ini empat rakaat yakni API – AIR – ANGIn – TANAH.

Istanayna pada LIMPA – Nafsu Jasmani. Kenyataan pada kita ialah BAHU & DADA.

MIM

Huruf MIM itu waktunya MAGHRIB . nabinya ialah Nabi MUSA. Cahayanya MERAH HITAM.

Malikatnya ISHDAH & WAHIDIAH. Istananya PARU – PARU Nafsunya Nafsu Haiwan. Kenyataan pada

kita ialah MATA ( Cahayanya )

DAL

Huruf DAL itu waktu ISYA’ Nabinya Nabi NUH. Cahayanya HIJAU HITAM. Malikatnya IZRAFIL.

Sahabatnya ALI. Keluar dari huruf DAL itu 4 rakaat kerana Tajalli Tuhan DI – WADI – MANI –

MA’NIKAM. Istananya HEMPEDU dari bawah lidah hingga keteklinga. Kenyataan pada kita ialah

TAPAK KAKI.

Nota Fakir :-

Saudara pembaca , fakir minta maaf kerana tidak dapat menjelaskan penjelasan diatas kerana fakir

tidak faham.

Barangkali mengikut ILMU TETENTU waktu waktu solat ada kaitan dengan kalimah ALHAMDU ini

kerana Allah jua.

Page 10: Kitab Ilmu & Makrifat _ Tok Guru Peramu

Bagi saudara pembaca yang ada mempelajari perkara ini eloklah beri penjelasan melalui Ruangan

KOMEN Entri ini untuk pemahaman mereka mereka yang tidak faham termasuk fakir . Tq.

TEMPAT ZIKIR PADA TUBUH

ZIKIR QALBI

Dua jari bawah susu kiri = QALBI = HATI

ZIKIR RUH

Dua jari bawah susu kanan = RUH = NYAWA

ZIKIR SIRR

Dua jari bawah susu kiri = SIRR = RAHSIA

ZIKIR KHOFI

Dua jari atas susu kanan = KHOFI = TERSEMBUNYI

ZIKIR AKHFA

Ditengah dada = AKHFA = TERLEBIH SEMBUNYI

ZIKIR NAFAS

Antara 2 kening meliputi sekalian kepala

ZIKIR KHALIAH

Di ubun ubun meliputi sekalian jasad

20 SIFAT DIDALAM DIRI

1 WUJUD

Badan Insan SIFATKU mula jadi menanggung didalam dunia

2 KIDAM

RUH JASMANI kulitku mula jadi meliputi sekalian alam

3 BAQA’

Page 11: Kitab Ilmu & Makrifat _ Tok Guru Peramu

RUHANI dagingku mula jadi menanggung RAHSIA didalam DIRI

4 MUKHALAFATUHU LIL HAWADITH

RUH NIBATI darahku mula menjadi meliputi Alam Sendiri

5 BINAFSIHI

RUH INSAN nafasku mula jadi berjalan ucapan didalam DIRI

6 WAHDANIAT

RUH RABBANI hatiku asal mula jadi TAHU didalam DIRI

7 KUDRAT

RUH QUDUS urat putihku yang tidak berdarah berjalan setiap dalam DIRI-ku

8 IRADAT

RUH KAHFI tulangku asal mula jadi menguatkan Alam Sendiri

9 ILMU

RUH IDHAFI benihku asal mula jadi YANG NYATA didalam CERMIN HAQ

10 HAYAT

RUH NURANI uratku yang meliputi didalam tubuh aku yang hidup alam sendiri.

11 SAMA’

BESI KURSANI pendengaranku asal semula jadi

12 BASAR

PANCARAN MA’NIKAM kalam aku berkata-kata dengan sendiri

13 KALAM

RUH MA’NIKAM menzahirkan perkataan didalam dunia

14 QADIRUN

WUJUD MA’NIKAM tali Ruhku KUNHI ZAT dengan Sifatku

Page 12: Kitab Ilmu & Makrifat _ Tok Guru Peramu

15 MURIDUN

ILMU ALLAH badanku asal mula jadi KALIMAH didalam diriku

16 ALIMUN

DARJAT ALLAH kebesaranku asal mula jadi duduk didalam otak yang putih

17 HAIYUN

Amalan terlebih suci ialah amalan Kalimah Aku asal mula jadi alam diriku

18 SAMIUN

Bersama ZAT & SIFAT WAHDAH didalam Kalimah iman diriku

19 BASIRUN

RAHSIA NYAWA dengan BADANWAHIDAH bersamalah Zat dengan badan tidak bercerai dunia akhirat

20 MUTAKALLIMUN

Ghaib didalam Ka’bah Ghaib aku didalam Ka’bah Kaca Arasy yang putih titik didalam Kalimah.

AWALUDDIN MAKRIFATULLAH

Permulaan agama mestilah MENGENAL ALLAH.

Firman allah :-

Ya Muhammad kenalkanlah DIRI kamu sebelum kamu Mengenal Aku dan sebenar-benar kenal Diri

kamu ialah Engakau Kenal Aku

Allah juga Berfirman :-

Ya Muhammad Aku jadikan baharu alam ini kerana Engkau dan Aku jadikan engkau kerana Aku.

Maka engkau inilah sebenar-benarnya RAHSIA AKU.

Dengan ini bererti kita mesti berpegang kepada pokok kesimpulan RAHSIANYA itu yakni kita mesti

betul betul kepada pengertian dan pemahaman RahsiaNya itu dengan terang dan jelas. Marilah kita

renungi Firman Firman Allah saperti berikut :-

Aku tidak memandang kepada rupamu yang cantik...pengetahuanmu yang banyak jika kamu tidak

Mengenal Aku maka sia sia sajalah amal kebajikan serta solat kamu yakni umpama debu yang

berterbangan diudara ditiup angin

Page 13: Kitab Ilmu & Makrifat _ Tok Guru Peramu

Engkau itu Aku dan Aku itu engkau

Oleh itu saudaraku sekalian kamu tuntutlah betul betul dan pelajarilah dengan sungguh sungguh

serta kajilah dengan mendalam agar kamu DAPAT MENGENAL ALLAH dengan sebanar-benarnya.

Mudah-mudahan Allah akan mengangkat Darjat kamu menjadi AHLI SUFI dan WALINYA.

Sebanyak manapun kitab kita baca, kaji dan pelajari INTIPATI yang perlu kita dapat dan perolehi

hanya EMPAT ( 4 ) PERKARA sahaja yaitu perkara yang membolehkan amal ibadah kita diterima dan

diakui oleh Allah SWT. Perkara itu ialah :-

Pertama

Mengenal Allah dengan sebenar-benar pengenalan dengan bukti yang terang dan jelas.

Kedua

Sentiasa dalam TUBUH ALLAH dengan bukti yang terang dan jelas juga.

Ketiga

Sentiasa mendengar SERUAN ALLAH juga dengan bukti yang jelas dan terang.

Keempat

Datang dari Allah kembali kepada Allah dengan pedoman yang sebenar-benarnya terang dengan

bukti yang jelas.

Sesungguhnya keputusan perkara perkara diatas, nampaknya senang dibaca tetapi tiap tiap satu

perkara diatas bukanlah mudah diperolehi pemahaman dan pegangan keimanannya walaupun kita

telah membaca mengkaji banyak buku, berguru dengan ramai guru, jika kita tidak menemui /

ditemukan dengan buku buku dan guru guru yang benar benar dapat memberi petunjuk untuk

pemahaman kita secra terang dan jelas.

RAHSIA DIDALAM DIRI

Inilah pada menyatakan bahawa didalam badan manusia itu EMPAT BAHAGI yaitu :-

NAFAS

ANPAS

TANAPAS

NUPUS

Sesungguhnya bagaimana rupa jasmani begitu jugalah rupa NYAWA.

Page 14: Kitab Ilmu & Makrifat _ Tok Guru Peramu

Manakala Nyawa itu adalah NAFAS dan TANAPAS itu saperti ANPAS. Maka keempat itu berperingkat

sampai kepada NUPUS dan Nupus itu saperti rupa ZAT manakala Zat itu saperti rupa SIFAT dan Sifat

itu saperti rupa ASMA’ dan Asma’ itu saperti rupa AF’AL.

Dan perkara diatas diakui oleh Allah saperti FirmanNya melalui Hadith Qudsi :-

QA LAL LAH HU TAALA - AL INSANU SIRRI WA ANA SIRRUHI SI FATI ILLA KHAIRI LIL LAH

Insan itu rahsiaKu dan Aku rahsianya. SifatKu itu Sifatnya tiada ada daripadaku melainkan Allah Taala

Barangsiapa mengenal akan BADANnya ia mengenal akan NYAWAnya. Barangsiapa mengenal akan

nyawanya ia akan mengenal akan SIRRnya Barangsiapa mengenal akan Sirrnya akan mengenal akan

TUHANnya yang qadim adanya.

Ketahuilah olehmu wahai talib – YANG KELUAR itu bernama NAFAS dan yang dinamai ANPAS itu

gerak dari hidung sampai kebawah leher. Dan yang dinamai TANAPAS itu gerak dari bawah leher

sampai ke hati. Yang dinamai NUPUS itu didalam Hati. Itulah HAKIKAT NYAWA.

WUJUD

WUJU DU KA ZAHRU WALA YUQA MU BI HI ZAHBU

Barangsiapa mengadakan DUA WUJUD jadi SYIRIK

ANA WUJU DA HU

Ada kita dengan DIA

WA NAF SUHU

Ada DIA dengan sendirinya.

Adapun WUJUD itu AIN ZAT artinya kenyataan kerana lafaznya dibaca itu wujud maknanya ZAT. Ini

adalah kerana Wujud itu ADA. Maka yang ADA itu ZAT. Maka tiada diperoleh dengan lafaz yang lain

daripada Wujud itu kerana wujudnya itu menyatakan Zatnya. Maka disebabkan itu dikatakan AIN

ZAT namanya.

Adapun Wujud itu artinya ADA. Apa yang dikatakan itu ada.

Yang dikatakan itu ialah ZAT.

Adapun Wujud ini ditilikkan pihak lafaznya SIFAT dan jika ditilik pada maananya ZAT dan apa yang

dikatakan lafaz itu kerana bacaan itu Wujud ada ZAT. Inilah maananya.

Adapun WUJUD DIRI SENDIRI berdiri dengan ZAT. Apa sebab dikatakan Wujud itu berdiri dengan Zat

? Sebab lafaz wujud itu ada manakala yang ADA itu ialah ZAT.

Page 15: Kitab Ilmu & Makrifat _ Tok Guru Peramu

PERINGATAN TENTANG SEMBAHYANG

Barangsiapa menyembah NAMA TANPA MAANA bahawasanya ia KUFUR

Barangsiapa menyembah MAANA TANPA NAMA bahawasanya ia MUNAFIK

Barangsiapa menyembah NAMA DAN MAANA dengan HAKIKAT MAKRIFAT mereka itulah MUKMIN

sabenar benarnya t

Barangsiapa meninggalkan NAMA DAN MAANA bahawasanya mereka itulah ARIFBILLAH

Solah Daim itu ialah solah tanpa huruf tanpa suara tanpa apa apa perbuatan. Ianya ialah kerja HAYAT

atau kerja HIDUP. Yang Hidup itu ialah NURULLAH atau Nur Muhammad yakni Nyawa.

PENGERTIAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD MUSTAFFA RASULLULLAH

NABI

Adapun Tubuh Nabi Muhammad itu yang zahir ialah AF’AL daripada ZAT

Adapun nyawa Nabi Muhammad itu SIFAT daripada ZAT ALLAH.

SIFAT

Adapun SIFAT itu NYAWA kepada Muhammad

MUSTAFFA - Adapun hati Mustaffa itu ASMA’ daripada ZAT ALLAH.

ASMA’

Adapun ASMA’ itu Nama NamaNya.

AF’AL

Adapun AF’AL itu Tubuh Nabi namanya AF’AL.

RASULLULLAH - Adapun Rasullullah itulah SIRR daripada ZAT ALLAH SWT.

ZAT

Adapun ZAT itu TUHAN, Rahsia pada Nabi, Cahaya Ilmu Kalam - SIRRULLAH namanya.

Inilah kita bertuhan pada Allah dengan 4 syarat yakni :-

Pertama ZAT ALLAH itu Tuhan pada kita

Kedua SIFAT ALLAH itu NYAWA pada kita

Ketiga ASMA’ ALLAH itu HATI pada kita

Keempat AF’AL ALLAH itu TUBUH pada kita.

Page 16: Kitab Ilmu & Makrifat _ Tok Guru Peramu

Dan TAJALLI Af’al Allah pada Tubuh kita dan Tajalli Asma’ Allah pada Hati kita dan Tajalli Sifat Allah

pada Nyawa kita dan Tajalli Zat Allah pada Sirr kita yakni sebenar-benarnya RAHSIA kita adanya.

ASAL RUKUN 13 DIDALAM SOLAT.

Inilah asal Rukun 13 yang wajib diketahui dalam melakukan Solat.

Adapun Rukun Solat itu datangnya daripada ALLAH – BAPA dan IBU.

DATANG DARIPADA ALLAH – 5 PERKARA.

1 Niat

2 Nyawa

3 Wujud

4 Nafas

5 Af’al

Yaitu didalam bentuk Merasa – Mencium – Menjamah – Melihat & Mendengar

DATANG DARIPADA BAPA – 4 PERKARA

1 Tulang

2 Kuku

3 Rambut

4 Rupa

DATANG DARIPADA IBU – 4 PERKARA

1 Darah

2 Daging

3 Otak

4 Lendir

Terhimpun menjadi 13 . maka jadilah Rukun 13 perkara melakukan SOLAT setiap hari memulangkan

sekalian HAKNYA sebagai ISI AMANAH yang dipertaruhkan kepada kita.

YANG MATI – YANG HILANG - YANG TINGGAL – YANG PULANG

YANG MATI itu ada 6 perkara yakni – Wujud – Anggota – Hawa – Nafsu – Gerak & Diam.

YANG HILANG pula ada 4 perkara yakni Darah – Daging – Tulang & Kulit

YANG TINGGAL itu ada 2 perkara yakni Iman & Taat

YANG PULANG ada satu sahaja yakni NYAWA. Pulang keempunyanya keasalnya.

HENING – QASAD – TAQRID & TA’YUN

Page 17: Kitab Ilmu & Makrifat _ Tok Guru Peramu

HENING itu apa ?

Adapun HENING itu tiada dapat menyerupai dengan CAHAYA yang lain. Adapun JERNIH itu apakala

tertenung lantas 7 petala langit dan 7 petala bumi.

Maka dalam cahaya yang HENING JERNIH itu yang terang benderang itulah CAHAYA PUTIH SIFAT

saperti terlebih putih daripada kapas bersifat saperti SIFAT KITA.

Ada tanda pada DAHI kita tersurat NAMA ALLAH. Inilah RUH NABI kita

Maka dalam ZIKIR ALLAH syaratnya terhapus sekalian diri dengan keadaan diri kita yang kehambaan

bagi RUH NABI saw yang dikatakan sebenar-benar SIFAT ALLAH NUR MUHAMMAD namanya.

Dan cahaya terang benderang hening jernih itulah CAHAYA ZAT ALLAH adanya. Wallah Hu Alam.

QASAD

Adapun QASAD itu MENYATAKAN NIAT tiada huruf dan tiada suara. Yang ada huruf dan suara

BUKAN NIAT tetapi ADOM ( ADAM )

Adapun yang sebenar-benarnya NIAT yang tiada huruf dan tiada suara itu ialah ZAT ALLAH. Inilah

NIAT yang sebanar-benarnya. Asal Niat dan tempat niat pada zahirnya ialah kita yang berniat tetapi

sebenarnya ialah TUHAN YANG MUTLAK yang bersifat WAJIBUL WUJUD KHALIQ AL ALAM lagi ber-

Sifat KAMIL MUKAMIL.

TA’RID

Adapun TA’RID itu MENYATAKAN FARDHU. Yang sebenar-benarnya Fardhu itu ialah TAJALLI SIFAT

ALLAH ertinya NYATA SIFAT ALLAH itu NUR MUHAMMAD AIN SABITAH pun ia juga namanya, UJUD

IDHAFI dan INSAN pun ia juga. Inilah sebenar-benarnya FARDHU itu.

Asal Fardhu ialah RUH NABI MUHAMMAD saw tempat Tajalli sekalian Ruh Adam itu.

Sebab dikatakan ASAL FARDHU yang sebenarnya kerana sekalian nyawa itu tajalli daripada NUR

MUHAMMAD saperti kata HADITH QUDSI :-

ANA MINALLAH HU KUL LII SHAI IIN MINAN NUR yang bermaksud

Daku daripada Allah manakala segala sesuatu atau cahaya alam ini daripada cahayaku.

ANA MINALLAHU WAL ANBIYA ......( tidak jelas = fakir ) yang bermaksud :-

Aku daripada Allah sekalian anbia’ daripada aku.

ANA MINALLAHU WAL MUKMINI NAA MIN NI

Page 18: Kitab Ilmu & Makrifat _ Tok Guru Peramu

Aku daripada Allah dan segala / semua mukminin daripada aku

Inilah sebabnya dikatakan MUHAMMAD itu BAPA SEKALIAN RUH dan ADAM itu BAPA SEKALIAN

TUBUH / JASAD.

Inilah juga sebab kenapa dikatakan yang Fardhu PADA KITA ITU NYAWA. Nyawa itu PEMERENTAH

BADAN. Jika tidak digerak oleh Nyawa tidak bergeraklah badan. Wallah hu Alam.

TA’YUN

Adapun TA’YUN itu menyatakan WAKTU Zuhur, Asar dan lain lain lima waktu itu. Adapun yang

sebenarnya NYATA AF’AL ALLAH SWT pada Jasad Adam yaitu Tubuh kita ialah ALAMM RUH YANG

KASAR. Itulah sebenarnya TA’YUN yakni sebenar benar NYATA.

TAUHID TAKBIRATUL IHRAM ( TI )

Adapun syarat TI itu hendaklah HADIR MATA HATI SYAHADAT KE ZAT ALLAH SWT.

Sebelum takbir kita NIATKAN didalam Hati yang kita MEMULANGKAN SEKALIAN PANCAINDERA yang

dikurniakan kepada kita ( kepada Allah = fakir ) Niatnya ialah Tiada pendengaranku hanya ia (

pendengaran Zat Allah ) tiada penglihatanku hanya ia tiada huruf tiada suara hanya ia tiada ciukmku

hanya ia tiada gerak dan diamku hanya ia.

HAKIKAT ZAT AF’AL – HAKIKAT SOLAT

Adapun ertinya SOLAT sebenarnya YANG MENYEMBAH ITU HAMBA, YANG DISEMBAH ITU TUHAN.

Yang menyembah itu FANA’ - yang disembah itu BAQA’. Maka sihamba PULANG KEPADA ADOMNYA.

Maka KEKALLAH TUHAN semata-mata pada SUHUD ( pandangan = fakir ) kita.

Yang Menyembah dan Yang Disembah pun ia juga. Yang memuji = DIA Yang Dipuji pun DIA juga

kerana Allah SWT Memuji DiriNya sendiri melalui lidah makhlukNya ( Insan )

Maka hamba itu tetaplah FANA’ sebab ditilik sekalian keadaan dirinya habis terpulang kepada Allah –

Ilmu, hayat, Kudrat, Iradat, Sam’, Basar, Kalam . Yang ada pada dirinya adalah SIFAT ZAT ALLAH

semata-mata.

Adapun Tuhan itu tiada diatas, tiada dibawah, tiada dihadapan, tiada dibelakang tiada dikanan

mahupun dikiri.

TIADA HAMBA TIADA TUHAN YANG WUJUD HANYA ZAT ALLAH WAJIBUL WUJUD.

Page 19: Kitab Ilmu & Makrifat _ Tok Guru Peramu

MEMULANGKAN AMANAH.

Hadith Qudsi yang bermaksud :-

1 TUKARKAN CAHAYA DIRIMU KEPADA CAHAYA TUHANMU

2 MATIKAN DIRI KAMU SEBELUM KAMU MATI

Adapun maksud MATIKAN itu ialah MEMULANGKAN AMANAH ALLAH yang ditanggungkan kepada

kita. Amanah Allah itu ialah WUJUD KITA YANG KASAR ( Jasad ) dan Yang Menanggung Amanah itu

ialah WUJUD KITA YANG BATIN yakni Nyawa dan YANG MENGAMANAHKAN itu ialah ZAT ALLAH.

Adapun SYARAT Memulangkan Amanah Allah itu ialah tatkala kita mengatakan ALLAH itu tarik nafas

kita dari dalam FUAD hingga sampai kealam QUDDUS. Alam itu UBUn UBUN dan makam KAB FUSAIN

yaitu antara dua bulu kening.

Maka kita tahankan hingga kuat sekalian alam kita merasa hapus wujud kita yang kasar kepada

wujud kita yang batin – hapus wujud yang batin kepada ZAT SEMATA-MATA kepada suhud kita.

Maka hapus dan karamlah sekalian SIFAT BASRIAH dalam lautan BAHRUL QADIM hingga nyata Sifat

laut semata-mata yaitu Laut Alam Allah. Maka katakanlah ALLAH HU AKBAR . telah fana’ sekalian

kelakuan dan diri kita maka nyatalah BAQA’ keadaan ZAT Tuhan semata-mata. Inilah dikatakan

SUHUD sehingga sampai kepada SALAM.

Adapun SUHUD itu ertinya PANDANG MATA HATI erti Mata Hati ialah pengetahuan Nyawa. Alam

Nyawa itulah sebenar-benarnya IMAN.

Inilah SIRRULLAH yaitu cahaya Alam Ilmu ZAT ALLAH yang tiada huruf tiada suara Wujud Mutlak

yakni Wujud Zat Wajibul Wujud.

Dengan ini Jasad kita KAMIL dengan Nyawa kita dan Nyawa Kamil Mukamil dengan ZAT ALLAH.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Page 20: Kitab Ilmu & Makrifat _ Tok Guru Peramu

DALIL NAQLI – AYAT AL-QURAN

Telah ada Aku dalam dirimu – betapa tidak kamu lihat ?

SIFAT MAANI & SIFAT MAKNUYAH

A DAERAH KITA MENGENAL DIRI YANG KASAR

ADAM = JASAD YANG KASAR

a. HIDUP Jasad dengan hidup Nyawa

b. TAHU Jasad dengan tahu Nyawa

c. BERKUASA Jasad dengan berkuasa Nyawa

d. BERKEHENDAK Jasad dengan kehendak Nyawa

e. MENDENGAR Jasad dengan mendengar Nyawa

f. MELIHAT Jasad dengan melihat Nyawa

g. BERKATA Jasad dengan berkata Nyawa

B DAERAH KITA MENGENAL DIRI KITA YANG BATIN

MUHAMMAD = NYAWA INSAN

a. HIDUP Nyawa dengan HAYAT Tuhan

b. TAHU Nyawa dengan ILMU Tuhan

c. BERKUASA Nyawa dengan KUDRAT Tuhan

d. MENDENGAR Nyawa dengan SAMA’ Tuhan

e. MELIHAT Nyawa dengan BASAR Tuhan

f. BERKEHENDAK Nyawa dengan IRADAT Tuhan

g. BERKATA Nyawa dengan KALAM Tuhan

PANDANG WUJUD YANG ESA PADA WUJUD YANG BANYAK

ZIKIRNYA HU ALLAH

Adapun Allah itu banyak namaNya kerana Nama Allah yang menjadikan Alam dengan limpah Sifat

Sifat diatas. Oleh itu Alam ini ialah Hakikat ZAT YANG ESA.

DALIL DALIL AL-QURAN

WALLAH HU MUHITHU LIL ALAMIN

Adapun Allah itu MELIPUTI sekalian Alam

LA TATA HAR RAKU ZAR RATUN BI IZ NILLAH

Tiada bergerak sesuatu walau sebesar zahrah sekalian melainkan dengan IZIn Allah

WA LA HAU LA WALA QUWWA TA ILLA BILLAH

Tiada DAYA UPAYA melainkan dengan KUDRAT Allah

Page 21: Kitab Ilmu & Makrifat _ Tok Guru Peramu

FA IN NA MA TAL WAL LAU AF SII HIM WAJ JAHULLAH

Dimana kamu hadapkan wajahmu disitu Wajah Allah

Barang kamu pandang pada ini hingga sampai yang menjadikan janganlah terhenti pandang kamu

pada sekalian itu hingga sampai kepada yang Menjadikan yaitu ZAT WAJIBUL WUJUD

Jika kamu pandang keadaan diri kamu hendaklah kamu pandang dengan HAYAT Tuhanmu. Jika kamu

pandang pengetahuanmu hendaklah kamu pandang ILMU Allah. Apabila kamu pandang kuasamu

hendaklah kamu pandang KUDRAT Allah. Begitulah seterusnya dengan pancaindera kamu dan Sifat

Sifat MAANI Allah yang lain.

Jika tidak demikian halnya sia sialah pandangan itu dan DERHAKA kamu terhadap Tuhan kamu.

ALLAH AN - NIAT – AHDAH – WAHDAH – WAHIDIAH

ALLAH – Alif - Lam –Lam- Ha

ALIF itu AHDIAH ZAT

LA TAAYUN pun ia SIRRULLAH pun ia juga. Inilah ASAL NIAT yang tiada huruf dan tiada suara. Inilah

USALLI SOLAT artinya Aku Solat Sifatnya NAFSI WUJUD

Adapun ALIF itu dalil menyatakan FARDHU . Inilah maknanya ZAT mertabat INSAN dan AHADIAH.

Dengan kebesaran ALIF ini maka jadilah LAM yakni dengan kebesaran dan kekayaan SIFAT ZAT

ertinya ESA pada pihak TANZIL.

LAM AWAL = ALIF DIATAS

Adapun ALIF DI-ATAS itu dalil menyatakan SIFAT huruf ALIF diatas. Maka jadilah LAM AWAL

maknanya SIFAT SEMATA-MATA mertabatnya WAHDAH yakni TA’AYUN AWAL ertinya NYATA YANG

PERTAMA yakni TAJALLI SIFAT ALLAH menjadi NUR MUHAMMAD – AIN SABITAH – WUJUD IDHAFI –

INSAN KAMIL pun ia juaga menanggung namaNya ALLAH. Inilah asal FARDHU yang sebenarnya yakni

SIFAT MAANI.

LAM AKHIR = ALIF DIBAWAH

Adapun Alif Di-bawah itu dalil menyatakan ASMA’NYA. Huruf Alif dibawah menjadi LAM AKHIR

maknanya ASMA’ mertabat WAHIDIAH yang bernama ALLAH yakni TA’AYUn THANI ertinya NYATA

YANG KEDUA maka Tajallilah RUH ADAM dengan kebesaran , kelimpahan Ruh inilah menjadi Tubuh

Adam daripada huruf Alif Di-Atas.

Maka huruf ini maknanya Zat Alif Di-Atas maka jadilah LAM AWAL maknanya Sifat Alif dibawah.

Maka jadilah LAM AKHIR maknanya ASMA’ ALIF didepan. Maka jadilah maknanya AFAL . Maka 4

huruf itu empat Sifat Alif Lam Lam Ha

Page 22: Kitab Ilmu & Makrifat _ Tok Guru Peramu

ALLAH HU AKBAR

ALLAH – ( Alif – Lam – Lam – Ha ) – Empat Sifat

ALIF = ZAT

LAM AWAL = SIFAT

LAM AKHIR = ASMA’

HA = AF’AL

AKBAR – ( Alif – Kaf – Ba – Ra )

ALIF = KAHAR

KAF = JAMAL

BA = JALAL

RA = KAMAL

ALLAH = GHAIBUL GHUYUB

ALIF = LA TA’AYUN = MERTABAT ZAT

LAM AWAL = TA’AYUN AWAL = NUR MUHAMMAD = RUH

LAM AKHIR = TA’AYUN THANI = MERTABAT ADAM = NYAWA

HA = MERTABAT TUBUH = JASAD

ZAT DIRI YSNG BERDIRI SENDIRI .Wujudnya di Alam LAHUT. Zikirnya AH ( Alif Ha ) AH . Ilmunya

KAMAL YAKIN

SIFAT DIRI DENGAN ZAT. Wujudnya Alam JABARUT. Zikirnya HU HU. Ilmunya HAQ QUL YAKIN

ASMA’ DIRI YANG TERPERI. Wujudnya di Alam MALAKUT. Zikirnya ALLAH 3 x . Ilmunya – ILMU YAKIN

AF’AL DIRI YANG TAJALLI. Wujudnya diAlam SAHADAH. Zikirnya LA ILA HA ILLALLAH. Ilmunya – ILMU

YAKIN.

Jelaslah kewujudan itu sebagai PENZAHIRAN KEBESARAN diriNya.

Dengan wujud itu terzahir pula segala KEINDAHAN JAMAL Allah namanya. Lantas terzahir pulalah

CAHAYANYA yang menerangi segala Keindahan itu JALAL ALLAH namanya dengan KEAGUNGAN itu

sempurnalah sudah sebagai Kenyataan ALLA HU AKBAR.

DARI ... Manuskrip ILMU & MAKRIFAT TOK GURU PERAMU -

ENTRI KEENAM BELAS ( 16 – TERAKHIR. )

HAKIKAT FATIHAH................

Ia Menyatakan DIRI

Page 23: Kitab Ilmu & Makrifat _ Tok Guru Peramu

BISMILLAH..............

Menjadi ia diriNya AR-RAHMAN itu Ya Muhammad , engkau jua keadaan YA RAHIM itu. Ya

Muhammad engkaulah kekasihKu. Tiada yang lain.

ALHAMDULULLAH.......

Ya Muhammad yang membaca Fatihah itu Aku. Yang memuji itu pun Aku. Alhamdulillah itu Ya

Muhammad Solatmu ganti SolatKu tempat memuji DiriKu sendiri.

RABBUL ALAMIN................

Rabbul Alamin itu Aku Tuhan Sekalian Alam.

AR RAHMAN – AR – RAHIM...........

Ya Muhammad yang membaca Ftihah itu Aku yang Memuji itu pun Aku juga.

MALIKIYAU MID DIIN..............

Ya Muhammad Aku Raja Yang Maha Besar...engkaulah kerajaannya.

IYYA KANA’ BUDU................

Ya Muhammad yang solat itu Aku. Aku memuji DiriKu Sendiri..

WA IYYA KAA NAS TAA IIN....

Ya Muhammad tiada kenyataanKu jika engkau tiada...

IH DI NAS SII RATAL MUSTAAQIM...

Ya Muhmammad Awal dan Akhir itu Aku

SIRATAL LAZI NA AN AM TA ALAI HIM..

Ya Muhammad sebab Aku sukakan engkau ialah engkau itu kekasihKu.

GHAI RIL MAGHDU BI ALAI HIM..

Ya Muhammad Aku jadi Pemurah padamu kerana engkau itu kekasihKu

WA LAD DHAL LIN...

Ya Muhammad jika tiada Aku maka tiadalah engkau..

Page 24: Kitab Ilmu & Makrifat _ Tok Guru Peramu

AMIN..

Ya Muhammad Rahsiamu itu Rahsia Aku.

Yakni yang disembah itu tiada suatu juapun didalamnya melainkan Tuhanku. Maka apabila Solat

ghaiblah didalamnya . Apabila ghaib ESA-lah ia dengan Tuhannya.

Yang Solat itu tiada dengan lafaz dan maknanya dengan citarasa yang solat amat rapat kepada Zat

Yang Esa dengan kata ALLA HU AKBAR.

Maka barangsiapa masuk didalam Solat tiada SERAH Tubuh dan Nyawa-nya maka kekallah Sifat

dengan Tuhannya – tiada mengesakan dirinya dengan Tuhannya. Sabda Nabi saw :-

Tatkala kamu Takbiratul Ihram membuangkan lafaz dan makna melainkan Wujud Mutlak semata-

mata.