PENGENALAN Asid sulfurik(nama lama:minyak vitriol)
ialahasidmineralyang kuat. Ia mempunyai formula kimiaH2SO4. Asid
sulfurik larut dalamairpada semua kepekatan. Apabila gas SO3pekat
ditambah kepada asid sulfurik, ia membentuk H2S2O7. Ini dikenali
sebagai asid sulfurikfumingatauoleumatau, jarang-jarang sekali,
asid Nordhausen. Asid sulfurik mempunyai banyak kegunaan, termasuk
dalam kebanyakanreaksi kimiadan proses pembuatan. Ia digunakan
secara meluas sebagai bahan kimia pengilangan. Kegunaan utama
termasuk penghasilan baja, memproses bijih, sistesis kimia,
pemprosesan air kumbahan dan penapisan minyak. Reaksi penghidratan
asid sulfurik adalahtindak balas eksotermayang kuat. Jika air
ditambah kepada asid sulfurik pekat, ia mampu menggelegak. Sentiasa
tambah asid kepada air dan bukan sebaliknya. Sebahagian daripada
masaalah ini disebabkan perbezaan isipadu kedua-dua cecair. Air
kurang tumpat berbanding asid sulfurik dan cenderung untuk terapung
di atas asid. Reaksi terhasil boleh dianggap sebagai membentuk ion
hidronium, seperti:H2SO4+ H2O H3O++ HSO4-.Disebabkan asid sulfurik
bersifat penghidrat, asid sulfurik merupakan agen pengeringan yang
baik, dan digunakan bagi menyediakan kebanyakan buah-buahan
kering.
SEJARAH Asid sulfurik telah ditemui oleh seorang ahli sains
andalkimiaIslam,Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi, pada kurun
ke-9. Beliau telah memperoleh asid sulfurik denganpenyulingankering
mineral-mineral vitriol tertentu. Misalnya:
(FeSO4 7H2O) FeO + H2O + SO3(CuSO4 5H2O) FeO + H2O + SO3SO3+ H2O
H2SO4
Apabila ferum (II) sulfat heptahidrat atau kuprum(II) sulfat
pentahidrat dipanaskan, kedua-duanya akan terurai menjadi ferum
(II) oksida serta kuprum(II) oksida masing masing dan membebaskan
air dansulfur trioksida. Air dan sulfur trioksida kemudiannya
bergabung menjadi asid sulfurik cair. Cara menghasilkan asid
sulfurik ini diketahui oleh ahli alkimiaEropahhasil penterjemahan.
Asid sulfurik dikenali sebagai oil of vitriol dan spirit of
vitriol. Perkembangan industri pada kurun ke-17 menyebabkan ahli
al-kimia bertungkus-lumus mencari cara untuk menghasilan asid
sulfurik secara komersial. Pada tahun 1736, seorang ahli
farmasiLondon, Joshua Ward, membakar sulfur dengan dengan kalium
nitrat, KNO3, dengan kehadiran wap air untuk menghasilkan asid
sulfurik secara komersial. Pada tahun 1746 diBirmingham, John
Roebuck menghasilkan asid sulfurik dengan cara tersebut dalam kebuk
yang menggunakan plumbum. Asid sulfurik dihasilkan dengan cara ini
untuk dua kurun yang seterusnya.
Cara Roebuck hanya dapat menghasilkan asid sulfurik 35-40%.
Pembaikan cara ini telah meningkatkan kepekatan asid sulfurik
kepada 78%. Walau bagaimanapun, asid sulfurik yang lebih pekat
diperlukan untuk menghasilkan barangan industri yang lebih
berkualiti. Satu lagi cara untuk mendapatkan asid sulfurik telah
ditemui:
FeS2 FeSO4FeSO4 Fe2(SO4)3FeSO4 Fe3O2+ SO3
Sulfur trioksida dapat dilarutkan dalam air untuk membentuk asid
sulfurik yang pelbagai kepekatannya. Tetapi, cara ini memakan masa
dan belanja yang terlalu banyak untuk kegunaan industri.
KEGUNAAN
Sebahagian besar asid sulfurik digunakan dalam pembuatan baja ,
seperti : Baja Ammonioum Sulfat dihasilkan daripada tindak balas
peneutralan antara asid sulfurik dan ammonia akueus .H2SO4 + 2NH3
(NH)SO Baja Kalium Sulfat dihasilkan daripada tindak balas
peneutralan antara asid sulfurik dan kalium hidroksida .H2SO4 +
2KOH K2SO4 + H2OKegunaan asid sulfurik yang lain : Membuat Detergen
Membuat Gentian Tiruan (Polimer) Membuat Pigmen Cat Sebagai
Elektrolit dalam Akumulator Asid Plumbum Sebagai agen penanggal
Oksida Logam dalam pembersihan permukaan Logam sebelum proses
penyaduran logam elektrik .
CONTOH ASID SULFURIK
Pigmen Cat
Detergen
Pembuatan Baja
Contoh elektrolit
PENGGUNAAN ASID SULFURIK
PEMBUATAN ASID SULFURIK
1. Asid Sulfurik dihasilkan dalam industri melalui Proses Sentuh
menggunakan Mangkin Vannadium (V) Oksida sebagai mangkin.2. Bahan
mentah yang digunakan dalam Proses Sentuh ialah Sulfur, Udara dan
Air.3. Proses Sentuh melibatkan 3 Peringkat yang utama iatu :a)
Pemanasan Sulfurb) Penukaran Sulfur Dioksida kepada Sulfur
Trioksidac) Penghasilan Asid Sulfurik4. Pembuatan Asid Sulfurik
melibatkan beberapa peringkat :Sulfur Sulfur Dioksida Sulfur
Trioksida Asid Sulfurik
Penghasilan Asid Sulfurik dalam Industri.
PROSES SENTUH
Peringkat 1 : Penghasilan Sulfur Dioksida
Sulfur (g) dipanaskan dalam udara kering untuk menghasilkan
Sulfur Dioksida.S(p) + O2(g) SO2(g) Sulfur Dioksida juga boleh
disediakan dengan memanaskan Zink Sulfida dalam udara.2ZnS(p) +
3O2(g) 2ZnO(p) + 2SO2(g)
Peringkat 2 : Penghasilan Sulfur Trioksida
Sulfur Dioksida dioksidakan seterusnya oleh oksigen dengan
Mangkin Vanadium (V) Oksida, V2O5 untuk menghasilkan Sulfur
Trioksida pada suhu 450 hingga 500oC. Vanadium (V) Oksida digunakan
sebagai mangkin untuk menambahkan kadar tindak balas. Tekanan satu
Atmosfera :2SO2(g) + O2(g) 2SO3(g)
Peringkat 3 : Penghasilan Asid Sulfurik
Sulfur Trioksida dilarutkan dalam Asid Sulfurik Pekat untuk
membentuk Oleum, H2S2O7 .SO3(g) + H2SO4(ce) H2S2O7(ce) Oleum adalah
sejenis cecair likat.
Walaupun Sulfur Trioksida boleh larut terus dalam air untuk
membentuk Asid Sulfurik, tindak balas itu cergas dan akan
menghasilkan banyak haba. Oleh yang demikian, kaedah ini tidak
digemari Oleum kemudian dicairkan dengan sejumlah air yang sesuai
untuk membentuk Asid Sulfurik secara besar-besaran.
H2S2O7(ce) + H2O(ce) 2H2SO4(ce)
PENCEMARAN SULFUR DIOKSIDA
1. Gas Sulfur Dioksida ialah gas berasid dan beracun yang boleh
mengakibatkan pencemaran alam sekitar.2. Pernafasan udara yang
mengandungi gas Sulfur Dioksida boleh mengakibatkan penyakit di
sistem pernafasan dan penyakit peparu.3. Sumber pembebasan gas
Sulfur Dioksida termasuk :a) Pembakaran bahan api fosil dalam
kenderaan bermotor dan stesen kuasa arang batu.b) Letupan gunung
api.
4 Kesan pencemaran Sulfur Dioksida :a) Hujan AsidSulfur Dioksida
bertindak balas dengan Oksigen untuk membentuk Sulfur
Trioksida.
2SO2 + O2 2SO3
Kedua-dua oksida sulfur larut dalam air hujan untuk membentuk
Asid Sulfurus dan Asid Sulfurik masing-masing. (Hujan Asid)
b) Masalah PernafasanSulfur Dioksida menyebabkan masalah
pernafasan seperti Asma atau Bronkitis.
5 Kesan buruk hujan asid :a) Menghakis bangunan konkrit kerana
Kalsium Karbonat yang hadir dalam konkrit bertindak balas dengan
Asid Sulfurik.b) Mempercepatkan kakisan bahan buatan logam.c)
Menjadikan tanah berasid, tidak sesuai bagi tanaman.d) Mengurangkan
nilai pH tanah, air sungai dan air kolam serta membunuh hidupan
akuatik.e) Menghapuskan nutrien tumbuhan dengan melarutkan mineral
dalam tanah.6 Punca Sulfur Dioksida utama adalah daripada
pembakaran bahan api fosil seperti Petroleum yang mengandungi
Sulfur.
Hidupan akuatik terancam.
TINDAK BALAS KIMIA
SO2 + H2O H2SO3(Asid Sulfurus)
SO2 + H2O H2SO4(Asid Sulfurik)
Kemusnahan ekosistem yang berterusan akibat hujan asid.
SUMBER
Internet www.theblessedseed.com http://www.anatomylist.com
http://www.b4tea.com/ http://extremeplanet.files.wordpress.com
www.geology.com www.stonyfield.com
http://cikguzainida.blogspot.com/2011/08/pembuatan-asid-sulfurik.html
Majalah