1 KEUSAHAWANAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN 1. PENGENALAN Falsafah pendidikan kebangsaan menjadi dasar dan panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia. Falsafah pendidikan kebangsaan menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan bukan sahaja untuk masyarakat dan negara malah untuk individu itu sendiri. Ini kerana individu yang baik akan menjadi warganegara yang baik. Kurikulum Asas Keusahawanan direkabentuk untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jika sebelum 1979, pendidikan hanya difokuskan kepada pendidikan akademik dan peperiksaan tetapi setelah menyedari sistem itu tidak dapat merealisasikan falsafah pendidikan kebangsaan, kurikulum Asas Keusahawanan telah direkabentuk dan dijadikan satu matapelajaran elektif di peringkat menengah. Objektif utama kurikulum Asas Keusahawanan adalah memastikan setiap pelajar memperolehi kemahiran asas pengetahuan berasaskan teknologi dan keusahawanan supaya pelajar dapat menjalankan kerja-buat- sendiri, merekacipta dan cenderung berurusniaga serta mengamalkan sikap dan budaya kerja yang baik. Ini adalah langkah pertama sebelum pelajar ini menjejakkan kaki ke dunia industri. Selain itu, kurikulum ini juga merupakan platform untuk pelajar mengembangkan bakat dan potensi diri sebagai persediaan awal menyediakan diri untuk menjalani kehidupan yang bermakna. Pembelajaran Asas Keusahawanan secara jelas melatih pelajar mempertingkatkan kemahiran kognitif, psikomotor dan efektif secara bersepadu, dan ini sangat DISEDIAKAN OLEH: ANIQAH SHUHADAH BT. MUHAMMAD FAHIMUDDIN, NORHASLINDA BT. HUSAIN, NORHAMISAH BT. MOHD ISA, JAZILAH BT. MISKAM, MOHD HELMAN B. TALIB
48
Embed
Keusahawanan Dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan_report
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
KEUSAHAWANAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
1. PENGENALAN
Falsafah pendidikan kebangsaan menjadi dasar dan panduan bagi semua aktiviti
pendidikan di Malaysia. Falsafah pendidikan kebangsaan menjelaskan tujuan dan matlamat
pendidikan bukan sahaja untuk masyarakat dan negara malah untuk individu itu sendiri. Ini
kerana individu yang baik akan menjadi warganegara yang baik.
Kurikulum Asas Keusahawanan direkabentuk untuk merealisasikan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Jika sebelum 1979, pendidikan hanya difokuskan kepada
pendidikan akademik dan peperiksaan tetapi setelah menyedari sistem itu tidak dapat
merealisasikan falsafah pendidikan kebangsaan, kurikulum Asas Keusahawanan telah
direkabentuk dan dijadikan satu matapelajaran elektif di peringkat menengah. Objektif utama
kurikulum Asas Keusahawanan adalah memastikan setiap pelajar memperolehi kemahiran
asas pengetahuan berasaskan teknologi dan keusahawanan supaya pelajar dapat menjalankan
kerja-buat-sendiri, merekacipta dan cenderung berurusniaga serta mengamalkan sikap dan
budaya kerja yang baik. Ini adalah langkah pertama sebelum pelajar ini menjejakkan kaki ke
dunia industri.
Selain itu, kurikulum ini juga merupakan platform untuk pelajar mengembangkan
bakat dan potensi diri sebagai persediaan awal menyediakan diri untuk menjalani kehidupan
yang bermakna. Pembelajaran Asas Keusahawanan secara jelas melatih pelajar
mempertingkatkan kemahiran kognitif, psikomotor dan efektif secara bersepadu, dan ini
sangat penting demi menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjurus kepada
pembinaan insan yang harmoni dan dapat memberikan sumbangan kepada negara,
masyarakat dan keluarga. Abdul Shukor bin Abdullah (2000), menyatakan bahawa
pendidikan Asas Keusahawanan yang dijalankan di sekolah memberi penekanan kepada nilai
murni dan semangat patriotik bagi menyedarkan murid akan peranan dan tanggungjawab
mereka sebagai warganegara maju dan masyarakat berilmu.
Tambahan lagi, murid dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, beretika
tinggi, bijaksana, serta dapat menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara
berkesan. Ini selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan yang ingin melahirkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI) juga
bertujuan untuk menjadi satu mata pelajaran yang dapat menyeimbangkan JERI murid
seterusnya menjadi pemangkin kepada peningkatan penerimaan minda terhadap mata
DISEDIAKAN OLEH: ANIQAH SHUHADAH BT. MUHAMMAD FAHIMUDDIN, NORHASLINDA BT. HUSAIN, NORHAMISAH BT. MOHD ISA, JAZILAH BT. MISKAM, MOHD HELMAN B. TALIB
2
KEUSAHAWANAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
pelajaran lain. Pemupukan kreativiti secara praktikal menjadi satu pemangkin kepada
peningkatan penerimaan minda terhadap mata pelajaran lain sekaligus dapat mengatasi
masalah sosial di kalangan pelajar. Ini kerana minat yang mendalam menjadikan pelajar
menumpukan sepenuhnya terhadap projek keusahawanan dan perniagaan kecil-kecilan ini
sedikit sebanyak dapat membanteras gejala lepak, penagihan dadah, vandalism dan pergaulan
bebas di kalangan pelajar. Jelas di sini bagaimana kurikulum yang dibentuk dapat
membentuk intelek, emosi dan sosial pelajar sebagaimana yang ditetapkan dalam falsafah
pendidikan kebangsaan.
Seterusnya, kurikulum yang dibentuk ini juga meningkatkan kemahiran
berkomunikasi pelajar, memupuk kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran membuat
keputusan bagi melahirkan warganegara yang cukup pakejnya iaitu berpengetahuan,
melaksanakan pengetahuan dan menyampaikannya kepada orang lain untuk keberuntungan
bersama. Warganegara yang berpengetahuan, bertanggungjawab dan berkebolehan ini
mampu mencapai taraf hidup yang lebih baik serta memenuhi kehendak-kehendak negara,
selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bukan sahaja untuk
pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan
kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas
kepada masyarakat dan negara. Pendidikan Asas Keusahawanan juga dapat memupuk sikap
saling bekerjasama dan dapat menjauhkan murid dari sifat sombong, riak dan bangga diri.
Namun perlu kita sedari Malaysia membangun dengan begitu pantas.
Justeru, keusahawanan merupakan bidang kerjaya yang sangat penting di negara ini.
Kerajaan bermatlamat menjadikan bidang keusahawanan terutamanya sektor industri kecil
dan sederhana sebagai penyumbang utama peluang pekerjaan baru, dan seterusnya membantu
perkembangan ekonomi negara pada abad ke-2l. Pelbagai usaha dijalankan bagi mencapai
matlamat tersebut. Antaranya ialah usaha-usaha khusus yang dilakukan oleh Kementerian
Pembangunan Usahawan, Kementerian Pertanian, Kementerian Belia dan Sukan dan
Kementerian Pendidikan.
Ingin ditekankan di sini tentang usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian
Pendidikan dalam membudayakan keusahawanan di kalangan rakyat di negara ini di
peringkat sekolah. Sehubungan dengan itu, budaya keusahawanan telah mula disemai seawal
sekolah rendah dengan memperkenalkan unsur-unsur keusahawanan dalarn mata pelajaran
matematik. Malah pembudayaan keusahawanan terus diterapkan di peringkat sekolah
DISEDIAKAN OLEH: ANIQAH SHUHADAH BT. MUHAMMAD FAHIMUDDIN, NORHASLINDA BT. HUSAIN, NORHAMISAH BT. MOHD ISA, JAZILAH BT. MISKAM, MOHD HELMAN B. TALIB
3
KEUSAHAWANAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
menengah rendah melalui mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu yang bermula pada
tahun 1991. Tambahan lagi, usaha membudayakan keusahawanan diteruskan di peringkat
sekolah menengah atas apabila pe1ajar diberi peluang memilih untuk mengikuti pendidikan
Perdagangan dan Keusahawanan me1alui mata pelajaran elektif vokasional dan teknologi.
Lantaran telah banyak dilaporkan bahawa keputusan untuk menubuhkan sesuatu
perniagaan adalah berasaskan pemahaman seseorang terhadap aktiviti keusahawanan. Lantas
matapelajaran Asas Keusahawanan dibentuk bagi mencapai matlarnat pendidikan
keusahawanan sekolah iaitu untuk membentuk pelajar sebagai pencipta kerja yang berpotensi
dan bukan sebagai pencari kerja. Hal ini kerana bekerja sendiri dan memiliki perniagaan
adalah satu opsyen yang realistik untuk pelajar yang mempunyai kemahiran vokasional dan
teknikal (Kent 1990). Malangnya, kebanyakan orang tidak melihat keusahawanan sebagai
satu alternatif kerjaya yang wajar diceburi. Oleh itu, adalah penting untuk membentuk sikap
yang positif terhadap keusahawanan dalam kalangan pelajar sebagai menjadi pemangkin
ekonomi dan pembangunan negara pada masa depan selaras dengan falsafah pendidikan
kebangsaan.
Seterusnya, terdapat beberapa kajian yang dibuat di negara barat telah membuktikan
bahawa pendidikan keusahawanan adalah berkait dengan keputusan untuk memulakan
perniagaan atau tidak. Kajian juga telah menunjukkan pengalarnan, potensi, ciri
keusahawanan, sikap, hobi, persepsi keusahawanan kendiri dan idea pemiagaan adalah
pengaruh yang kuat terhadap aspirasi keusahawanan. Dalam kajiannya, Scott et at. (1988)
telah mengenal pasti faktor yang mempengaruhi aspirasi keusahawanan antaranya ialah
minat, pengetahuan dan sikap terhadap keusahawanan dan kerjaya dalam bidang perniagaan
kecil.
Selain itu, penekanan kepada pendidikan keusahawanan telah bermula di sekolah
menengah rendah apabila pelajar diwajibkan mengikuti mata pelajaran Kemahiran Hidup
Bersepadu (KHB) yang mempunyai komponen Perdagangan dan Keusahawanan. Komponen
ini diperkenalkan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 dengan matlamat
untuk mendedahkan para pe1ajar dalam bidang dan maklumat perniagaan supaya pelajar
dapat menyedari potensi mereka ke arah menjadi usahawan. Kemahiran Hidup Bersepadu
(KHB) sebagai satu mata pelajaran dalarn Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
digubal pada tahun 1989 dengan matlarnat untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal
DISEDIAKAN OLEH: ANIQAH SHUHADAH BT. MUHAMMAD FAHIMUDDIN, NORHASLINDA BT. HUSAIN, NORHAMISAH BT. MOHD ISA, JAZILAH BT. MISKAM, MOHD HELMAN B. TALIB
4
KEUSAHAWANAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
faham teknologi, kenal faharn ekonomi dan mempunyai sifat serta sikap yakin diri, kreatif,
inovatif, inisiatif, produktif dan boleh berinteraksi dengan baik.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, Abd. Rahim
Bakar dan Mohd Majid Konting (2002), tumpuan pendidikan keusahawanan je1as kelihatan
pada komponen teras Perdagangan dan Keusahawanan yang diperuntukkan sebanyak 25%
daripada waktu pengajaran KHB. Komponen perdagangan dan keusahawanan ini
diperkenalkan dengan objektif untuk membolehkan pelajar;
a. menjalankan kerja buat-sendiri, menyenggara dan membaik pulih mudah dan
menyedari potensi ke arah menjadi usahawan,
b. me1uaskan pemahaman dan mengamalkan prinsip asas perniagaan dan
keusahawanan supaya boleh bertindak sebagai seorang pengguna atau pengeluar
sejajar dengan nilai dan etika pemiagaan, dan
c. memupuk sifat kreatif, inovatif, suka berusaha, jujur, bekerjasarna dan
mengamalkan cara kerja yang bersistem, tabiat kerja yang selarnat, sihat dan
bertanggungjawab.
Tambahnya lagi, komponen perdagangan dan keusahawanan dalam mata pelajaran
KHB membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas perniagaan dan
keusahawanan yang menekankan amalan perniagaan termasuk aspek kewangan dan simpan
kira, pengurusan pemiagaan, erika dalarn perniagaan dan penge1uaran. Pelajar juga
dibekalkan dengan pengetahuan dan kemahiran tentang konsumerisme. Tujuannya adalah
untuk memupuk sikap berdikari, yakin diri, semangat ingin tahu, ingin mencuba dan tidak
berputus asa, meningkatkan inisiatif, daya mereka cipta serta berkeupayaan mengenal pasti
pe1uang pemiagaan, menggunakan peluang pemiagaan dengan bijaksana dan bertindak
sebagai pengguna dan pengeluar yang bertanggungjawab.
Walaubagaimanapun, kejayaan dasar pendidikan keusahawanan yang diperkenalkan
di sekolah menengah sangat bergantung kepada pelaksanaan sesuatu rancangan pendidikan.
Umpamanya program pendidikan keusahawanan ini akan dianggap berjaya sekiranya pelajar
dapat mengubah sikap, iaitu daripada negatif kepada positif terhadap keusahawanan,
mempunyai tahap ciri-ciri keusahawanan yang tinggi serta mempunyai aspirasi yang positif
terhadap keusahawanan. Oleh itu, banyak kajian telah dijalankan untuk meninjau ciri,
potensi, sikap dan aspirasi pelajar sekolah menengah yang telah mengikuti pendidikan
keusahawanan dalam sistem pendidikan di Malaysia.
DISEDIAKAN OLEH: ANIQAH SHUHADAH BT. MUHAMMAD FAHIMUDDIN, NORHASLINDA BT. HUSAIN, NORHAMISAH BT. MOHD ISA, JAZILAH BT. MISKAM, MOHD HELMAN B. TALIB
5
KEUSAHAWANAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Berdasarkan beberapa kajian, didapati pelajar memang mempunyai minat dalam
keusahawanan tetapi masih rendah ilmu pengetahuan tentang cara perniagaan beroperasi.
Mereka yang memilih untuk bekerja sendiri memilih untuk mendapatkan lebih latihan dalam
keusahawanan. Mohd. Salleh (1992) melaporkan kesan potensi keusahawanan semasa dalam
proses pembelajaran akan mempengaruhi aspirasi keusahawanan dan pemilihan untuk
bekerja sendiri. Oleh sebab itu, pelajar sekolah menengah yang mempunyai potensi dan ciri-
ciri serta sikap keusahawanan yang tinggi perlu dipupuk untuk mewujudkan kesedaran dan
persediaan memilih keusahawanan sebagai satu alternatif kepada kerjaya kerana Hatten et al.
(1995) juga mendapati ciri-ciri dan sikap pelajar berubah setelah terlibat dengan Program
Perniagaan Kecil.
Pandangan daripada ramai pengkaji tentang keperluan komponen keusahawanan
untuk para pelajar tidak dapat disangkal lagi. Humam (1988) umpamanya menyarankan
bahawa latihan keusahawanan perlu untuk memberi pendedahan kepada para pelajar semasa
usia masih muda. Sexton dan Kasarda (1992) berpendapat para pelajar memerlukan
kefahaman konsep yang berkaitan dengan keusahawanan serta penerapan ilmu pengetahuan
perniagaan merentasi bidang lain agar dapat mengenal pasti bakat yang ada serta merangsang
kemahiran dan perubahan sikap. Justeru, cara terbaik untuk mengajar ilmu keusahawanan
kepada pelajar-pelajar ialah melalui penerapannya dalarn bidang pendidikan vokasional
(Drucker 1991).
Di Malaysia, beberapa usaha sedang dijalankan oleh Kementerian Pembangunan
Usahawan dan Kementerian Pendidikan untuk mendedahkan pelajar ke dunia perniagaan dan
keusahawanan. Semua pelajar diberi peluang untuk mengikuti pembelajaran dalarn
komponen perdagangan dan keusahawanan dalarn mata pelajaran Kemahiran Hidup semata-
mata untuk memberi kesedaran dan meningkatkan minat untuk memulakan perniagaan
sendiri. Di samping itu, terdapat pandangan yang berbeza-beza tentang faktor dan perkara
yang perlu dititikberatkan dalarn mendefinsikan usahawan (Kuratko and Hodgets 1992),
dengan itu agak sukar untuk para pendidik di Malaysia untuk menentukan bidang manakah
yang perlu diberi perhatian dalarn melatih usahawan sarna ada dari segi personaliti atau ilmu
pengetahuan. Tambahan lagi, negara kita Malaysia amat mengharapkan pelajar masa kini
menjadi usahawan pelapis untuk meneruskan usaha kerajaan menjadikan Malaysia sebuah
Negara Industri.
DISEDIAKAN OLEH: ANIQAH SHUHADAH BT. MUHAMMAD FAHIMUDDIN, NORHASLINDA BT. HUSAIN, NORHAMISAH BT. MOHD ISA, JAZILAH BT. MISKAM, MOHD HELMAN B. TALIB
6
KEUSAHAWANAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Selain itu, Meyer (1992) telah menyarankan adalah sesuatu yang bijak untuk melatih
atau menyediakan pelajar sekolah untuk proses keusahawanan kerana apabila mereka tamat
persekolahan nanti, minat untuk memulakan perniagaan akan wujud. Miller (1987) pula
mencadangkan dalarn usaha untuk menghasilkan pelajar atau para graduan yang mempunyai
ciri-ciri keusahawanan mereka hendaklah dipilih daripada golongan pelajar yang memang
mempunyai ciri-ciri tersebut manakala Salleh (1992) mendapati tingkah laku untuk berniaga
adalah berkaitan dengan aspirasi keusahawanan dan bekerja sendiri.
Kesimpulannya, pendidikan keusahawanan perlu diterapkan kepada para pelajar tidak
kira seawal sekolah rendah seterusnya di peringkat menengah juga dikembangkan di
peringkat universiti supaya pelajar mendapat kemahiran untuk mengkomersilkan
pengetahuan mereka. Dengan ini sistem pendidikan akan dapat berubah mengikut perubahan
teknologi dan kehendak negara. Penggubal polisi pendidikan negara perlu menggabungkan
setiap elektif dalarn kumpulan vokasional dan teknologi dengan mata pelajaran
keusahawanan supaya dapat menggabung jalin antara kemahiran teknikal dan kemahiran
keusahawanan lantas dapat mengembangkan potensi pelajar secara seimbang, menyeluruh
dan bersepadu selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan untuk melahirkan insan
yang berketerampilan dan harmoni dalam setiap aspek yang ditekankan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelektual.
2. KEUSAHAWANAN DALAM ASPEK JASMANI
DISEDIAKAN OLEH: ANIQAH SHUHADAH BT. MUHAMMAD FAHIMUDDIN, NORHASLINDA BT. HUSAIN, NORHAMISAH BT. MOHD ISA, JAZILAH BT. MISKAM, MOHD HELMAN B. TALIB
7
KEUSAHAWANAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Berdasarkan rasional dalam sukatan pelajaran subjek Pengajian Keusahawanan,
kandungan pendidikan keusahawanan yang diajarkan di peringkat sekolah menengah atas
adalah tidak menyeluruh dan tidak mencukupi ( Kementerian Pendidikan Malaysia, 1999).
Pada masa ini, pendidikan keusahawanan hanya akan dipelajari oleh pelajar Tingkatan Empat
dan Tingkatan Lima melalui subjek Perdagangan Tingkatan 4 dan 5 yang kebetulan di
sarankan dalam jurusan Perdagangan sahaja ( Jabatan Pendidikan Teknikal, 1999). Walau
bagaimanapun, jumlah kandungan pendidikan keusahawanan dalam subjek Perdagangan
tersebut adalah tidak mencukupi untuk meliputi aspek keusahawanan, pembentukkan ciri-ciri
keusahawanan, menjana idea perdagangan, menggembleng sumber perniagaan, menganalisis
persekitaran keusahawanan dan perniagaan dan seterusnya menyediakan rancangan
perniagaan yang realistik sebagai asas dalam menceburkan diri dalam kerjaya keusahawan.
Mata pelajaran ini bertujuan untuk memberi pendidikan Perdagangan dan
Keusahawanan supaya pelajar mengetahui, memahami dan dapat menerapkan prinsip -
prinsip dan amalan-amalan positif bagi membantunya menjadi insan yang bertanggungjawab,
berpandangan jauh, rasional serta bijaksana dalam membuat sebarang keputusan, yakin diri,
sanggup berdikari dan berani menghadapi persaingan dalam apa juga usaha yang diceburi
berlandaskan sifat amanah dan jujur untuk kesejahteraan diri, masyarakat dan negara. Dengan
mempelajari mata pelajaran ini, pelajar akan memperolehi persediaan yang mencukupi untuk
melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi ataupun menceburkan diri
dalam pelbagai bidang kerjaya, khasnya yang berkaitan dengan perindustrian dan perniagaan
(Sukatan Pelajaran Perdagangan, 1990).
Menurut Mohd Fuad Razali (2003 : 87), antara bidang yang menawarkan pekerjaan
kepada lepasan SPM ialah jualan, pemasaran, perkeranian, hospitaliti dan perhotelan.
Walaubagaimanapun, perlu dingatkan bahawa peluang pekerjaan untuk lepasan sekolah yang
tidak mempunyai sebarang kemahiran biasanya terhad kepada kerja-kerja peringkat rendah
sahaja.Oleh itu, adalah penting untuk mengikuti kursus kemahiran yang dijalankan.
Penerapan ilmu keusahawanan perlu dilakukan sejak peringkat sekolah rendah bagi
mencungkil bakat dan mengasah minat mereka untuk menceburi bidang keusahawanan
(Utusan Malaysia, 28 Julai 2008). Ini bermaksud pembentukan usahawan perlu bermula sejak
di bangku sekolah lagi. Pada peringkat ini, pelajar perlu didedahkan dengan ilmu
keusahawanan supaya timbul minat untuk menceburi bidang keusahawanan. Pelajar telah
diajar secara teori mengenai keusahawanan melalui matapelajaran KH di tingkatan satu
DISEDIAKAN OLEH: ANIQAH SHUHADAH BT. MUHAMMAD FAHIMUDDIN, NORHASLINDA BT. HUSAIN, NORHAMISAH BT. MOHD ISA, JAZILAH BT. MISKAM, MOHD HELMAN B. TALIB
8
KEUSAHAWANAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
hingga tiga manakala matapelajaran Perdagangan dan Keusahawanan di tingkatan empat dan
lima. Seterusnya pendidikan keusahawanan boleh diteruskan ke peringkat yang lebih tinggi
iaitu di peringkat IPT dan juga IPTS khasnya. Kejayaan selalunya mengiringi usahawan yang
mempunyai tahap pendidikan yang tinggi melalui dapatan kajian telah membuktikan bahawa
tahap pendidikan dalam bidang perniagaan mempunyai kaitan yang positif dengan tahap
kejayaan seseorang usahawan ( Zaidatol Akmaliah dan Habibah Elias, 1997).
Pembudayaan keusahawanan adalah merupakan proses pembangunan sikap dan
personaliti usahawan agar cintakan kejayaan dan kecemerlangan dalam setiap usaha yang
dilakukan. Melalui proses ini, membolehkan usahawan bertindak selaras dengan tuntutan
moral, etika dan akhlak agar kesan daripada aktiviti yang dilakukan akan mendatangkan
kesejahteraan kepada kepada diri sendiri dan masyarakat pada masakini atau akan datang.
Banyak perkara yang perlu diberi tumpuan dalam penerapan nilai ini dalam keusahawanan.
2.1. Mengawal halatuju masing-masing
Setiap perniagaan yang diceburi akan sentiasa mengalami ketidakstabilan,
perubahan dan terdedah kepada ancaman dalaman atau luaran. Keadaan ini
memerlukan pelajar belajar menyelia, melaksana dan mengawal halatuju perniagaan
yang diceburi agar terus berkembang . Halatuju perniagaan yang jelas akan
membolehkan usahawan menyusun strategi untuk terus memajukan perniagaan.
Usahawan perlu mempunyai pemikiran yang mampu memfokus kepada masa depan
dengan merancang strategi-strategi yang paling sesuai bagi memajukan
perniagaannya.
2.2. Memaksimumkan potensi diri
Pelajar tidak boleh berpuashati dengan apa yang dicapai setakat hari ini sahaja.
Mereka perlu meneruskan dan memaksimumkan usaha, kemahiran dan kemampuan
diri bagi menjamin kelangsungan perniagaan yang diceburi. Mereka perlu sentiasa
membuat analisis pemasaran produk, kekuatan pesaing dan melihat permasalahan,
peluang seta sebarang perubahan secara holistik. Selain itu mereka mesti sentiasa
bersedia untuk berhadapan dengan sebarang risiko dan juga ketidakpastian serta tahu
tentang strategi dan taktik untuk menangani nya dan menjadikan sesuatu risiko dan
ancaman itu sebagai satu peluang yang boleh menguntungkan.
DISEDIAKAN OLEH: ANIQAH SHUHADAH BT. MUHAMMAD FAHIMUDDIN, NORHASLINDA BT. HUSAIN, NORHAMISAH BT. MOHD ISA, JAZILAH BT. MISKAM, MOHD HELMAN B. TALIB
9
KEUSAHAWANAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
2.3. Berorientasikan perancangan
Perancangan merupakan satu aspek yang penting bagi seseorang usahawan
dalam menyusun strategi perniagaan agar mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Usahawan mestilah sentiasa memfokuskan kepada masa hadapan dan sensitif
terhadap sebarang perubahan yang berlaku. Usahawan tidak sepatutnya gelojoh atau
mengambil masa yang lama untuk merebut peluang. Usahawan bukanlah seorang
yang pakar dalam semua aspek maka mereka perlu melibatkan pihak yang
mempunyai kepakaran dalam membuat keputusan yang diluar kemahiran yang
dimiliki. Langkah berhati-hati membantu usahawan merancang masa depan dan
perniagaanya dengan baik dan sistematik. Perancangan yang dibuat mestilah tidak
terlalu panjang kerana ketidak pastian saiz pasaran yang mungkin berubah mengikut
peredaran masa.
2.4. Menggunakan masa secara strategik
Pengurusan masa adalah amat penting bagi menjamin kejayaan seseorang
usahawan. Pengurusan masa mestilah dilakukan secara strategik iaitu dengan
memastikan setiap masa disusuli dengan aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan
perkembangan syarikat.
2.5. Inovatif
Komitmen terhadap inovasi perlu dipupuk dan dibaja dalam diri usahawan.
Usahawan yang inovatif lagi kreatif akan memiliki kecenderungan untuk
menggunakan imaginasi bagi mengesan serta merbut peluang, mengambil faedah
daripada cabaran dan permasalahan yang dihadapi untuk memastikan pencapaian
matlamat yang telah ditetapkan.Pembudayaan inivasi dalam penyelesaian masalah
akan mengelakkan usahawan daripada bersikap pasif, defensif dan terlalu yakin
dengan kejayaan semasa. Pembudayaan inovasi juga akan membolehkan syarikat
terus mengembangkan saiz pasaran, memodifikasikan produk dan proaktif terhadap
tuntutan semasa pelanggan.
2.6. Meningkatkan kualiti kerja secara berterusan
DISEDIAKAN OLEH: ANIQAH SHUHADAH BT. MUHAMMAD FAHIMUDDIN, NORHASLINDA BT. HUSAIN, NORHAMISAH BT. MOHD ISA, JAZILAH BT. MISKAM, MOHD HELMAN B. TALIB
10
KEUSAHAWANAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Penghasilan produk dan perkhidmatan yang bermutu tinggi secara berterusan
akan dapat menjamin kesetiaan, komitmen dan kepuasan pelanggan. Seterusnya akan
memberikan keuntungan kepada usahawan. Nilai kualiti yang tinggi akan
memberikan pulangan yang menguntungkan melalui kesetiaan pelanggan. Oleh itu
usahawan perlulah berusaha untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang
berkualiti tinggi. Teknologi merupakan satu mekanisma yang dapat membantu
meningkatkan kualiti dankuantiti pengeluaran sesuatu produk. Oleh itu para usahawan
juga perlu prihatin terhadap penggunaan teknologi kerana ia menyumbang ke arah
pembuatan dan teknik reka bentuk yang lebih cekap dan tingkat daya pengeluaran
yang lebih tinggi.
2.7. Kesediaan untuk merebut peluang
Peluang-peluang perniagaan perlu dicari, dikenalpasti dan dieksploitasi sendiri
oleh usahawan. Oleh itu seseorang usahawan itu perlulah memaksimumkan kekuatan
daya berfikir dengan mencari jalan penyelesaian sebarang masalah yang dihadapi oleh
masyarakat dan mengeksploitasikannya dengan menjadikan masalah-masalah tersebut
sebagai peluang perniagaan. Justeru itu usahawan perlulah meningkatkan
pengetahuan dengan mengambil manfaat daripada pergaulan hariannya, memberikan
perhatian terhadap pendapat-pendapat pekerja, pelanggan atau pesaing, meningkatkan
pembacaan dan mengenalpasti kemahiran, kebolehan dan potensi yang ada pada diri
sendiri.
Kesimpulannya, unsur jasmani ialah unsur fizikal individu berkaitan anggota tubuh
badan. Perkembangan dan kecerdasan fizikal amat penting kerana ianya merupakan satu
perkara yang berkait rapat. Memberi kelebihan kepada diri agar dapat mempersiapkan diri
dari segi fizikal dan mental.
3. KEUSAHAWANAN DALAM ASPEK EMOSI
DISEDIAKAN OLEH: ANIQAH SHUHADAH BT. MUHAMMAD FAHIMUDDIN, NORHASLINDA BT. HUSAIN, NORHAMISAH BT. MOHD ISA, JAZILAH BT. MISKAM, MOHD HELMAN B. TALIB
11
KEUSAHAWANAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Setelah elemen keusahawanan diterapkan dalam diri pelajar, mereka dapat
mengetahui, memahami dan dapat menggunakan prinsip-prinsip dan amalan-amalan positif
yang mana boleh mengukuhkan emosi mereka. Kecerdasan emosi merupakan faktor yang
penting dalam menentukan kejayaan seseorang individu yang mana merangkumi kesedaran
kendiri, pengurusan kendiri, kesedaran sosial dan kemahiran sosial.Ini kerana dalam bidang
keusahawanan memerlukan ketahanan mental dan kekuatan emosi bagi menghadapi daya
saing dan persaingan. Menurut Abdul Shukor bin Abdullah (2000) menyatakan bahawa
pendidikan keusahawanan yang dijalankan di sekolah memberikan penekanan kepada nilai
murni dan semangat patriotik bagi menyedarkan pelajar akan peranan dan tanggungjawab
mereka sebagai warganegara maju dan masyarakat berilmu.Pelajar dididik untuk berfikir,
berilmu pengetahuan luas, beretika tinggi, bijaksana serta dapat menggunakan teknologi
maklumat dan komunikasi secara berkesan. Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
jasmani,emosi,rohani dan intelek.
Perkembangan emosi dikaitkan dengan perasaan yang berhubungan dengan sesuatu
rangsangan yang spesifik sama ada dalaman atau luaran seperti perhatian, pemikiran dan
tingkahlaku(Forgas,1992 : Morris 1989,di dalam George 2000). Kadangkala emosi juga
memberi kesan kepada bagaimana ianya mempengaruhi keputusan, kreativiti dan juga sikap
kita.Menurut Goleman,1998:378 menyatakan kecerdasan emosi merujuk kepada keupayaan
untuk menyedari perasaan diri kita dan orang lain, memotivasikan diri kita dan menguruskan
emosi diri kita serta perhubungan dengan baik. Adanya komponen kecerdasan emosi ini,
seseorang itu dapat menyedari kelemahan dan kekuatan diri masing – masing. Secara tidak
langsung individu dapat mengawal emosi dalam satu – satu situasi contohnya ketika berada
di bawah tekanan kerja, ketika menghadapi halangan atau dugaan dan kecelaruan emosi
melalui kemahiran motivasi, komitmen dan memanipulasikan kepercayaan.
Dengan menggunakan Kerangka Kompeten Emosi yang dibina oleh Daniel Goleman
dalam teorinya, kita boleh lihat bagaimana kurikulum keusahawanan ini dapat mengukuhkan
atau mengembangkan potensi emosi dalam diri individu. Kerangka ini menterjemahkan
emosi kepada dua aspek utama iaitu kompetem kendiri dan kompetem sosial.
Melalui kompetem kendiri, kita dapat mengamalkan kesedaran diri, regulasi kendiri
dan motivasi dalam kehidupan seharian. Kesedaran kendiri ini melihat bagaimana kita
mengenali diri sendiri, keadaan dalaman diri, kesukaan atau kegemaran diri dan intuisi.
DISEDIAKAN OLEH: ANIQAH SHUHADAH BT. MUHAMMAD FAHIMUDDIN, NORHASLINDA BT. HUSAIN, NORHAMISAH BT. MOHD ISA, JAZILAH BT. MISKAM, MOHD HELMAN B. TALIB
12
KEUSAHAWANAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Contohnya kesedaran emosi di mana kita dapat mengenali dan memahami emosi seseorang
dan kesan-kesannya. Selain itu kita boleh membuat penilaian kendiri yang tepat kerana kita
dapat mengenali kekuatan seseorang dan had yang ada padanya. Selain daripada itu boleh
meningkatkan keyakinan diri di mana kekuatan dalaman yang dapat meningkatkan nilai atau
harga diri dan kebolehan-kebolehan pada diri.
Dalam regulasi kendiri menekankan kebolehan mengawal atau mengurus keadaan
dalam hati dan gerak hati di mana kita ada kawalan kendiri, amanah, teliti, kebolehsuaian dan
inovasi. Kawalan kendiri memerlukan kita mengawal emosi-emosi dan gerakhati yang
mengganggu agar sentiasa dapat diawasi atau selalu kita istilahkan “keadaan masih boleh
dikawal” atau “under control”. Contohnya seorang pelajar telah diberikan tugasan
berkumpulan oleh gurunya yang mana perlu disiapkan dalam tempoh seminggu. Tempoh
yang diberikan itu telah menyebabkan konflik di dalam kumpulan dan mengakibatkan ahli-
ahli di dalam kumpulan begitu risau untuk menyelesaikannya. Namun dengan adanya
kawalan kendiri ini pelajar dapat mengawal emosi risau tersebut dan mengawal situasi dalam
kumpulan sehingga mereka dapat menyelesaikan tugasan tersebut.
Hal ini kerana mereka tidak berputus asa dan sedar bahawa tugasan tersebut adalah
amanah. Dengan adanya sifat amanah kita dapat mengekalkan tahap kejujuran dan integriti
yang baik di samping bersifat fleksibel dalam menangani perubahan kerana adanya kendiri
kebolehsuaian. Contohnya pelajar-pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) di
Universiti Pendidikan Sultan Idris yang terpaksa tinggal menyewa yang kadang kala
kediaman mereka tidak dilengkapi dengan kelengkapan yang sempurna umpamanya tiada
katil dan meja tulis. Kehidupan ini jauh berbeza dengan kediaman mereka yang sebenar dan
mereka terpaksa melaluinya sepanjang tempoh pengajian. Namun mereka ada elemen
kebolehsuaian atau fleksibel dalam diri masing-masing.
Seterusnya mereka boleh meneruskan kehidupan dengan ala kadar asalkan amanah
mereka sebagai seorang pelajar dapat ditunaikan. Lazimnya individu yang memiliki sifat
keusahawanan ini juga bersifat inovasi di mana mereka selesa dengan idea-idea , strategi dan
maklumat-maklumat yang baru dan cemerlang. Hal ini jugalah yang dihadapi oleh pelajar-
pelajar DPLI yang mana kebanyakan mereka telah terlalu lama menamatkan zaman belajar
dan apabila kini mereka menyambung pelajaran segalanya berlangsung dengan teknologi
maklumat namun mereka tetap boleh menerima keadaan baru ini. Semua ini adalah contoh
hasil daripada kurikulum keusahawanan yang diterapkan ketika zaman persekolahan dulu.
DISEDIAKAN OLEH: ANIQAH SHUHADAH BT. MUHAMMAD FAHIMUDDIN, NORHASLINDA BT. HUSAIN, NORHAMISAH BT. MOHD ISA, JAZILAH BT. MISKAM, MOHD HELMAN B. TALIB
13
KEUSAHAWANAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Tambahan lagi, elemen keusahawanan juga amat membantu dalam meningkatkan
motivasi individu di mana ianya memudahkan individu dalam usaha mencapai matlamat
masing-masing. Kita juga tahu bahawa motivasi ini adalah penggerak kejayaan dan
memerlukan komitmen dan inisiatif individu. Inisiatif yang dimaksudkan adalah bersedia
untuk bertindak bagi setiap peluang yang wujud. Adanya motivasi juga membuatkan kita
lebih tekun dalam mencapai matlamat biar pun menerima banyak halangan dan cabaran.
Misalnya seseorang yang telah mempelajari keusahawanan semasa di bangku sekolah dulu
bercita-cita untuk menjadi seorang guru perdagangan.
Ingin ditekankan di sini usaha demi usaha telah dilakukan sehinggalah individu
tersebut memiliki ijazah sarjana muda dengan harapan boleh menjadi seorang guru dengan
mengikuti program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) atau Kursus Perguruan
Lepasan Ijazah (KPLI). Namun sehingga tahap tersebut rezeki masih tidak memihak
kepadanya. Dan akhirnya individu tersebut telah menjalankan satu perniagaan menyediakan
perkhidmatan bekalan makanan masak di asrama-asrama sekolah berasrama penuh. Biar pun
tidak menjadi seorang guru namun masih lagi berkhidmat di sekolah walau dalam bidang
yang berbeza.
Selain itu, dalam persaingan sosial pula, elemen keusahawanan ini mampu mengenal
pasti bagaimana individu menangani sesuatu perhubungan dengan baik dan rasional.
Komponen sosial ini merangkumi aspek empati dan kemahiran sosial itu sendiri. Aspek
empati merujuk kepada kesedaran tentang perasaan orang lain,keperluan dan keprihatinan. Di
mana individu dapat memahami perasaan dan pandangan orang lain. Contohnya sebagai
seorang guru,apabila berhadapan dengan pelajar yang kurang pencapaian akademiknya, guru
tidak seharusnya terus-terusan mempersalahkannya atau menghukumnya. Seharusnya guru
menyiasat apakah masalah yang dihadapinya dan cuba memahami situasi pelajar tersebut.
Ada masanya pelajar bermasalah ini memerlukan dorongan kerana mereka tidak tahu di
manakah kelebihan dan kekurangan mereka disebabkan kebiasaannya mereka sentiasa berasa
rendah diri.
Selain itu, individu yang memiliki elemen keusahawanan ini juga dapat
membangunkan orang lain kerana dapat memahami tentang keperluan pembangunan dan
kemahiran individu lain. Tambahan lagi, aspek kemahiran sosial pula merupakan kecekapan
dalam merangsang tindak balas positif dari orang lain yang mana ianya melibatkan pengaruh,
komunikasi, pengurusan konflik, kepimpinan, pemangkin perubahan, membina hubungan
DISEDIAKAN OLEH: ANIQAH SHUHADAH BT. MUHAMMAD FAHIMUDDIN, NORHASLINDA BT. HUSAIN, NORHAMISAH BT. MOHD ISA, JAZILAH BT. MISKAM, MOHD HELMAN B. TALIB
14
KEUSAHAWANAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
positif dan kebolehan bekerja dalam kumpulan. Kemahiran sosial dalam memainkan peranan
pengaruh ini mampu menguasai keadaan dan orang lain di mana individu berjaya
menggunakan taktik kemahiran memujuk yang efektif.
Di samping itu, komunikasi yang bebas atau terbuka juga penting dalam meluaskan
pengaruh seseorang di mana seseorang itu mampu mendengar dengan terbuka dan
menyampaikan maklumat-maklumat yang berpengaruh. Dua elemen ini pengaruh dan
komunikasi perlu ada di dalam diri seorang guru terutamanya dalam berhubungan dengan
pelajar mahu pun orang lain. Cuba berikan ruang kepada pelajar agar rasa selesa untuk
meluahkan masalahnya dan cuba sebaik-mungkin untuk memberikan pendapat yang positif.
Selain daripada itu,individu keusahawanan lazimnya berjaya atau mahir dalam pengurusan
konflik iaitu kemahiran perundingan dan mampu menyelesaikan masalah.
Justeru, adanya unsur-unsur keusahawanan dalam diri individu juga mampu
menonjolkan sifat kepimpinan yang terpendam yang mana sebenarnya individu berkenaan
mempunyai inspirasi dan kebolehan dalam mengetuai individu-individu dalam pelbagai
kumpulan sama ada formal atau tidak formal. Disebabkan individu ini mempunyai sifat
kepimpinan, ini bermakna mereka juga mempunyai kebolehan untuk bekerja di dalam
kumpulan , dapat menghasilkan semangat kumpulan dan mencapai matlamat berkumpulan.
Secara tidak langsung dapat membina hubungan positif di kalangan ahli kumpulan. Apabila
wujud hubungan positif ini mudahlah bagi mereka untuk memulakan dan menghasilkan
sebarang perubahan di dalam kumpulan kerana mereka merupakan pemangkin perubahan.
Contohnya seseorang individu yang mempunyai elemen keusahawanan di dalam dirinya telah
berada dalam satu kelompok masyarakat yang tidak berlatar belakangkan pendidikan tinggi.
Pastinya masyarakat ini tidak berkembang dari segi pemikirannya dengan keadaan
semasa dan sukar bagi mereka untuk menerima sebarang perubahan. Maka individu
keusahawanan inilah yang memainkan peranan berkomunikasi dengan masyarakat,
merancang untuk membuat perubahan dan cuba membimbing mereka ke arah perubahan
positif biar pun besar kemungkinan individu ini menghadapi pelbagai cabaran dan halangan.
Namun dengan sikap sabar dan amanah yang telah terpupuk secara tak langsung dari elemen
keusahawanan itu, individu pasti mampu untuk menjadi pemimpin dan mewujudkan
hubungan baik dengan masyarakat tersebut.
Secara ringkas dapat disimpulkan di sini bahawa bidang keusahawanan bukanlah
sesuatu yang baru dalam sains sosial. Konsep keusahawanan ini seringkali dikaji dari
DISEDIAKAN OLEH: ANIQAH SHUHADAH BT. MUHAMMAD FAHIMUDDIN, NORHASLINDA BT. HUSAIN, NORHAMISAH BT. MOHD ISA, JAZILAH BT. MISKAM, MOHD HELMAN B. TALIB
15
KEUSAHAWANAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
pelbagai perspektif dan disiplin ilmu meliputi bidang psikologi sehingga ke bidang ekonomi.
Keusahawanan bukan sahaja meliputi aktiviti – aktiviti pencapaian yang tinggi dalam tahap
motivasi tetapi juga melalui interaksi dengan faktor-faktor sosial yang mampu meningkatkan
dan menyokong sesuatu organisasi. Kajian yang dilakukan oleh Eisenhandt dan
Schoonhoven,1990;Francis dan Sandberg, 2000; dan Lechler, 2001, mendapati dan
menyokong bahawa wujud kepentingan yang sangat tinggi dalam bidang keusahawanan dari
aspek persahabatan,afeksi dan hubungan baik.
4. KEUSAHAWANAN DALAM ASPEK ROHANI
Nilai merentasi kurikulum merupakan satu prinsip yang penting dalam pengubalan
Kuriulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) .Nilai-nilai yang diberi tumpuan terdiri
daripada 16 nilai murni masyarakat Malaysia yang berasaskan berbagai-bagai tradisi,
DISEDIAKAN OLEH: ANIQAH SHUHADAH BT. MUHAMMAD FAHIMUDDIN, NORHASLINDA BT. HUSAIN, NORHAMISAH BT. MOHD ISA, JAZILAH BT. MISKAM, MOHD HELMAN B. TALIB
16
KEUSAHAWANAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
masyarakat, agama, norma-norma masyarakat Malaysia serta nilai-nilai sejagat yang selaras
dengan prinsip-prinsip Rukunegara. Nilai-nilai tersebut ialah:
Baik hati, berdikari, hemah tinggi, hormat menghormati, kasih sayang, keadilan,
kekebasan, keberanian,kebersihan fizikal dan mental, kejujuran, kerajinan,
kerjasama, kesederhanaan, kesyukuran, rasional dan semangat bermasyarakat.
Falsafah Pendidikan Negara, 1990
Dalam KBSM, pengajaran nilai menjadi tumpuan utama dalam Pendidikan Islam dan
Pendidikan Moral. Namun begitu, selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara unsur-unsur
nilai diterapkan dalam semua mata pelajaran sekolah, kegiatan ko-kurikulum dan budaya
sekolah yang positif. Penerapan nilai di sekolah perlu dilaksanakan dengan berkesan kerana:
Nilai etika yang mempengaruhi kehidupan harian, terutama di tempat kerja, adalah
unsur penting dalam kejayaan seseorang individu atau negara…
Nilai etika adalah sebahagian daripada kebudayaan sesuatu masyarakat dan nilai
perlu disemai dengan bersungguh-sungguh kepada masyarakat melalui saluran
formal(seperti sekolah) dan tidak formal.
Berita Harian, Julai 1,1991
Menurut Mohamed Noordin Sopiee, 1991 dalam kajiannya, menekankan kepentingan
nilai untuk masyarakat Malaysia yang telah dinyatakan dengan jelas dalam Wawasan 2020
yang bertujuan untuk membina sebuah masyarakat yang bermoral dan beretika sepenuhnya,
di mana rakyat akan teguh dengan nilai agama dan rohani serta menghayati standard etika
yang paling tinggi. Dalam kata lain, Wawasan 2020 yang berhasrat menjadikan Malaysia
sebuah negara yang maju tidak akan tercapai jika masyarakat Malaysia masih tidak beretika.
Sehubungan dengan kepentingan nilai dalam masyarakat Malaysia dan prinsip utama
dalam pengubalan KBSM, sekolah dan guru mempunyai tanggungjawab menerapkan nilai
murni di kalangan pelajar. Selain penerapan nilai melalui aktiviti ko-kurikulum dan budaya
sekolah yang positif, nilai murni juga patut diterap dalam semua mata pelajaran dan bukan
hanya dalam mata pelajaran pendidikan moral dan pendidikan agama sahaja.
…setiap domain mata pelajaran mempunyai dimensi moral, ..matematik adalah
mengenai sesuatu kebenaran..biologi pada hari ini penuh dengan isu-isu
DISEDIAKAN OLEH: ANIQAH SHUHADAH BT. MUHAMMAD FAHIMUDDIN, NORHASLINDA BT. HUSAIN, NORHAMISAH BT. MOHD ISA, JAZILAH BT. MISKAM, MOHD HELMAN B. TALIB
17
KEUSAHAWANAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
moral..sejarah adalah mengenai yang betul dan salah- yang bijak dan yang tidak
bijak-tentang tingkahlaku manusia… geografi adalah mengenai alam, tanah,
makanan dan manusia. Lakonan,novel adalah mengenai ‘treaties’ dan watak serta
interaksi-interaksi. Isu-isu moral adalah sesuatu perkara yang biasa di dalam semua
bidang…
Herming, 1980.
Cabaran yang dihadapi oleh seorang guru adalah bagaimana nilai boleh diterapkan
sehingga pelajar dapat memahami, menghayati dan mengamali nilai murni masyarakat
Malaysia melalui mata pelajaran di sekolah. Ini bermakna bahawa seorang guru bukan hanya
perlu mengetahui dan memahami liputan nilai dalam mata pelajaran yang diajarkan tetapi
juga pendekatan yang boleh digunakan untuk mengajar dimensi nilai dalam mata pelajaran
tersebut.
Berdasarkan apa yang ditekankan dalam KBSM, mata pelajaran perdagangan dan
keusahawanan adalah satu mata pelajaran elektif di bawah kumpulan vokasional dan teknikal
untuk tingkatan 4 dan 5. Mata pelajaran ini dianggap sebagai mata pelajaran lanjutan dalam
pengajaran dan pembelajaran bidang perdagangan dan keusahawanan seperti yang dipelajari
dalam mata pelajaran kemahiran hidup untuk tingkatan 1 hingga 3. Sukatan pelajaran
perdagangan dan keusahawanan ini berfokus kepada tiga dimensi iaitu dimensi ilmu
pengetahuan, kemahiran dan nilai seperti dinyatakan dengan jelasnya dalam matlamat
perdagangan yang bertujuan memberi pendidikan perdagangan dan keusahawanan (dimensi
ilmu pengetahuan) supaya pelajar mengetahui, memahami dan dapat mengaplikasi prinsip-
prinsip dalam bidang perniagaan dan perkhidmatan-perkhidmatan yang bersangkutan
(dimensi kemahiran) bagi membantunya menjadi insan yang bertanggungjawab,
berpandangan jauh, rasional serta bijaksana dalam membuat sebarang keputusan, yakin diri,
sanggup berdikari dan berani menghadapi persaingan dalam apa jua usaha yang diceburi
berlandaskan sifat amanah dan jujur untuk kesejahteraan diri, masyarakat dan negara
(dimensi nilai) Sukatan Pelajaran Perdagangan , 1990.
Walaubagaimanapun, nilai-nilai yang disebutkan di dalam matlamat perdagangan dan
keusahawanan mungkin tidak lengkap. Akan tetapi, seseorang tidak akan menafikan bahawa
adalah sukar untuk mengenepikan penyerapan nilai ini dalam kehidupan. Amnya
perdagangan dan keusahawanan dirangka untuk mengagih barangan dan perkhidmatan
kepada semua lapisan masyarakat supaya memenuhi kehendak dan keperluan. Sehubungan
DISEDIAKAN OLEH: ANIQAH SHUHADAH BT. MUHAMMAD FAHIMUDDIN, NORHASLINDA BT. HUSAIN, NORHAMISAH BT. MOHD ISA, JAZILAH BT. MISKAM, MOHD HELMAN B. TALIB
18
KEUSAHAWANAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
dengan itu, perdagangan meliputi segala kerja dalam bidang perniagaan dalam negeri dan
luar negeri serta segala bantuan perniagaan iaitu bank dan institusi kewangan, insurans,
promosi, pengangkutan, komunikasi dan pergudangan. Lanjutan daripada ini, seseorang yang
terlibat dalam kerja-kerja perdagangan (sama ada sebagai majikan, usahawan atau pekerja)
perlu menimbangkan kesan-kesan daripada tindakannya terhadap orang lain iaitu pengeluar
atau pengguna lain. Dalam kata lain, keputusan-keputusan yang perlu diambil oleh seseorang
yang terlibat dalam bidang perdagangan dan keusahawanan akan melibatkan pertimbangan
keputusan nilai seperti yang digambarkan di dalam beberapa contoh situasi yang berikut:
Situasi 1
Encik A merupakan seorang peniaga di sebuah kompleks membeli-belah. Encik A
telah menjual beg-beg jenama asal untuk beberapa tahun. Ramai pelancong serta
pelanggan tempatan membeli beg daripada Encik A kerana dia dikenali sebagai
seorang peniaga yang tidak pernah menjual barangan tiruan. Namun begitu,
perniagaan Encik A menghadapi kerugian dengan kemerosotan ekonomi.Jadi ada
kemungkinan perniagaan Encik A menghadapi risiko dimana perniagaannya akan
ditutup. Seorang peniaga mencadangkan Encik A menjual barang tiruan untuk
memperolehi keuntungan bagi mengatasi permasalahannya itu. Patutkah Encik A
berbuat sebegitu? Apakah kesan-kesan terhadap Encik A dan orang lain jika Encik A
sanggup menipu pelanggan? Bolehkah tindakan mendapat untung memberi justifikasi
kepada cara melakukannya?
Situasi 2
Encik B bekerja di syarikat XYZ. Dia diberikan tanggungjawab memesan beberapa
buah komputer untuk penggunaan syarikat. Keluarganya memiliki sebuah syarikat
komputer. Haruskah dia memesan komputer bagi syarikat XYZ dimana dia akan
memperolehi ‘kelebihan’ walaupun sebut harga bagi komputer yang sama jenis
daripada syarikat keluarganya lebih tinggi daripada syarikat-syarikat lain? Adakah itu
satu tindakan yang beretika?
Situasi 3
Encik C merupakan pengarah syarikat kewangan. Dia memerlukan pinjaman
persendirian untuk perniagaannya sendiri. Patutkah dia menggunakan jawatan atau
DISEDIAKAN OLEH: ANIQAH SHUHADAH BT. MUHAMMAD FAHIMUDDIN, NORHASLINDA BT. HUSAIN, NORHAMISAH BT. MOHD ISA, JAZILAH BT. MISKAM, MOHD HELMAN B. TALIB
19
KEUSAHAWANAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
kedudukan di dalam syarikat kewangan itu untuk faedah diri sendiri? Bolehkah
tindakan itu dijustifiasikan?
Situasi-situasi begini sukar dielakkan oleh seorang individu ataupun korporat yang
ingin mencapai matlamat ‘profesional’ dan juga keuntungan ekonomi dalam dunia
perdagangan dan keusahawanan. Seperti di dalam New Straits Times, 28 April 1993, terdapat
beberapa individu yang menjadi buta dengan dengan ‘ganjaran’ yang ada sehingga mereka
tidak dapat membezakan di antara yang baik dan tidak baik.Biasanya alasan dan justifikasi
diberikan sehingga nilai etika diketepikan. Maka jenayah-jenayah perdagangan atau ‘kolar
putih’ kadangkala berlaku termasuk penipuan oleh korporat, ‘insider trading’, short seling di
pasaran saham dan penipuan kad kredit. Penipuan-penipuan ini dilakukan oleh orang-orang
‘profesional’ sehingga mangsa mereka tidak menyedari bahawa mereka tertipu.
Jelasnya di dalam dunia perdagangan dan keusahawanan ini , keputusan seseorang
individu melibatkan dimensi nilai. Namun begitu, keputusan mengenai sesuatu nilai berbeza
daripada seseorang individu dengan individu yang lain dan ini bergantung kepada ‘keberatan’
yang diberikan kepada beberapa faktor atau sebab (Vincent, 1986).Misalnya di dalam situasi
(2) Encik B mungkin akan memesan komputer daripada syarikat milik keluarganya jika dia
berpendapat bahawa adalah tidak salah dari segi moral jika dia membantu keluarganya untuk
mendapatkan keuntungan dalam perniagaan. Sebaliknya Encik B mngkin tidak akan
memesan komputer daripada syarikat milik keluarganya jika dia berpendapat bahawa
tindakannya akan menjejaskan kebaikan syarikat / majikannya. Hal ini perlu dipertimbangkan
dengan sewajarnya supaya seorang individu dapat membuat keputusan yang dianggap
bermoral. Secara amnya, satu pertimbangan atau keputusan dianggap bermoral jika keputusan
itu konsisten, objektif dan saksama serta boleh diaplikasikan dalam situasi yang hampir
sama.Dalam konteks Malaysia, keputusan itu haruslah berdasarkan kepada prinsip-prinsip
Rukunegara (Mukherjee dan lain-lain, 1992).
Permasalahan ini memberi peluang kepada pelajar untuk berbincang secara objektif
mengenai setiap pilihan serta kesan-kesannya. Tambahan pula, pelajar akan diberi panduan
dan bimbingan untuk membuat keputusan atau pertimbangan nilai. Dengan ini soalan yang
akan timbul selanjutnya adalah apakah pendekatan yang sesuai untuk membimbing pelajar
untuk membuat pertimbangan atau keputusan moral dalam sesuatu situasi perdagangan dan
keusahawanan.
DISEDIAKAN OLEH: ANIQAH SHUHADAH BT. MUHAMMAD FAHIMUDDIN, NORHASLINDA BT. HUSAIN, NORHAMISAH BT. MOHD ISA, JAZILAH BT. MISKAM, MOHD HELMAN B. TALIB
20
KEUSAHAWANAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Di samping itu, nilai dalam satu mata pelajaran boleh diajar melalui pendekatan lansgung dan
tidak langsung. Misalnya, memberi contoh yang sesuai yang berkaitan dengan nilai seperti
keratan akhbar mengenai seorang peniaga yang jujur dan berdikari dan amalan perniagaan
yang beretika, berbincang nilai-nilai yang penting dalam perdagangan dan keusahawanan
seperti sifat dan tanggungjawab seorang agen pengangkutan dan peniaga runcit kecil-kecilan,
bermain peranan situasi-situasi perdagangan dimana adanya kewujudan nilai-nilai seperti
situasi seorang jurujual melayan seorang pelanggan dan dimana seorang agen insurans
menjual insuran nyawa kepada seorang pelanggan, mengadakan projek/kajian kes mengenai
sesuatu isu/topik perdagangan yang melibatkan pengajian nilai seperti profil seorang
usahawan yang berjaya dan tanggungjawab peniaga kepada pengguna dan bermain
permainan simulasi situasi perdagangan yang melibatkan penyerapan nilai seperti dalam satu
mesyuarat staf untuk meningkatkan produktiviti syarikat dan urusan di pasaran saham.
Namun begitu, dalam dunia sebenar proses menyelesaikan nilai-nilai berkonfliks tidak
begitu mudah dan jelas, khususnya jika situasi itu melibatkan beberapa pihak yang
mempunyai justifikasi yang munasabah tetapi bertentangan. Jadi pelajar perlu memilih nilai
yang perlu diutamakan. Dalam keadaan sebegini, pendekatan secara tidak langsung
diutamakan (Benninga, 1988). Ini bukan sahaja menggalakkan pelajar menghuraikan nilai
diri sendiri dan orang lain tetapi juga membantu mereka mentakrif perspektif moral dan
rohani mereka.
Selaras kehendak kerajaan Malaysia dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini, sekolah
telah memainkan peranan penting bagi bersama-sama menjayakan matlamat-matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pelbagai aktiviti sukan, sistem pengajaran dan
pembelajaran, program-program kemasyarakatan, dan pelbagai lagi telah di atur dengan
begitu teliti bagi melancarkan semua urusan dan seterusnya membantu para pelajar
mengembangkan potensi individu mereka. Selama saya menimba ilmu pengetahuan, saya
telah melalui dan melihat pelbagai aktiviti sekolah bagi bersama-sama memainkan peranan
dalam mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan selaras dengan misi dan visi
sekolah iaitu “Meningkatkan dan menambahkan bilangan pelajar yang cerdas dan cemerlang
pencapaian akademik khususnya dalam bidang sains dan matematik serta bersahsiah tinggi
dan cenderung ke arah keusahawanan” dan “menjadi pusat kecemerlangan bertaraf dunia dan
berupaya menyediakan prasarana pendidikan yang mantap untuk melahirkan tenaga manusia
DISEDIAKAN OLEH: ANIQAH SHUHADAH BT. MUHAMMAD FAHIMUDDIN, NORHASLINDA BT. HUSAIN, NORHAMISAH BT. MOHD ISA, JAZILAH BT. MISKAM, MOHD HELMAN B. TALIB
21
KEUSAHAWANAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
yang berkualiti dan bijaksana ke arah pembentukan golongan profesional dan usahawan
bumiputera pada zaman maklumat”.
Tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah untuk mencapai matlamat dan
aspirasi Wawasan 2020 yang meliputi:
a. Perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada program bersepadu.
b. Perubahan bahan-bahan pelajaran yang mengutamakan nilai-nilai murni diserapkan
dalam semua mata pelajaran.
c. Perubahan program pendidikan yang berorientasikan untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis.
d. Perubahan sistem pendidikan yang berorientasikan kearah pendidikan umum.
e. Perubahan sukatan pelajaran yang sesuai untuk membangunkan sumber manusia
dengan melatih kemahiran pelajar dalam sains dan teknologi.
Amalan nilai moral dan etika yang baik dalam konteks keusahawanan di dalam mata
pelajaran perdagangan mendorong murid mempunyai tingkah laku yang bertanggungjawab
kepada masyarakat. Murid yang sentiasa diterapkan dengan nilai moral dan etika yang baik
ini akan menjadikan nilai-nilai ini sebagai panduan dalam proses pembentukannya sebagai
insan. Murid seterusnya menjadi warganegara yang mempunyai integriti yang tinggi, bersifat
patriotik dan tidak mementingkan diri. Antara lima prinsip nilai moral moral dan etika dalam
keusahawanan :
a. Prinsip tanggungjawab sosial - Perniagaan tidak boleh menyebabkan kemudaratan
kepada manusia dan alam sekitar. Menjaga kesejahteraan masyarakat dan
persekitaran.
b. Prinsip keadilan - Mengamalkan perniagaan yang adil iaitu tidak menindas dan tidak
memilih kasih.
c. Prinsip hak manusia - Amalan menghormati hak manusia lain dan tidak menghalang
hak orang lain.
d. Prinsip Autonomi – perniagaan yang tidak boleh menafikan hak memilih individu
dengan menghormati cara hidup orang lain serta menghargai kepelbagaian manusia.
e. Prinsip ketelusan – perniagaan yang tidak mengelirukan dengan menyatakan yang
benar.
DISEDIAKAN OLEH: ANIQAH SHUHADAH BT. MUHAMMAD FAHIMUDDIN, NORHASLINDA BT. HUSAIN, NORHAMISAH BT. MOHD ISA, JAZILAH BT. MISKAM, MOHD HELMAN B. TALIB
22
KEUSAHAWANAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Aspek pembangunan modal insan turut memberi tumpuan kepada aspek “keinsanan”
yang terbina menerusi falsafah hidup, pegangan agama dan dokongan moral. Modal insan
dengan ciri-ciri tersebut memenuhi keperluan untuk membolehkan transformasi dan
pembangunan individu, keluarga, masyarakat,serta negara secara lebih teratur. Misi dan Visi
ini jika dilihat pasti tidak lengkap tanpa objektifnya dan objektif-objektif penubuhan sekolah
ialah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik, cergas fizikal, sempurna
sahsiah, berdaya saing, saintifik dan global.
Objektif seterusnya ialah untuk mewujudkan suasana persekolahan yang kondusif dan
memberangsangkan untuk pengajaran dan pembelajaran dan mewujudkan sistem pengurusan
yang cekap. Selain itu, melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran
dalam teknologi maklumat serta cekap berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris. Melahirkan pelajar yang boleh berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif. Objektif
pelengkap kepada semuanya ialah untuk melahirkan pelajar yang cinta akan agama, bangsa
dan negara.
Di samping itu, kemahiran insaniah merupakan suatu kemahiran yang perlu dikuasai
oleh murid-murid terutamanya untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan. Pengajaran
yang berkesan merupakan teras kepada pembentukan modal insan dan kepentingan
kemahiran insaniah adalah bermatlamat untuk melahirkan pelajar yang memiliki sahsiah yang
menyeluruh. Kemahiran usahawan pula melibatkan keupayaan diri pelajar untuk meneroka
peluang dan membangunkan kesedaran tentang risiko, kreativiti dan inovasi dalam aktiviti
berkaitan perniagaan yang merangkumi kebolehan mengenalpasti peluang perniagaan,
kebolehan merangka perancangan perniagaan dan kebolehan untuk bekerja sendiri.
Persoalannya sekarang ialah setelah FPN dihasilkan, Wawasan 2020 digariskan dan
lebih dua dekad KBSR dan KBSM dilaksanakan, setakat manakah penerapan kemahiran
insaniah menerusi kemahiran keusahawanan dilaksanakan di sekolah-sekolah. Kim Seng,
2000 (dalam Nabiroh et al, 2010) menyatakan perkembangan mutakhir menyaksikan
terdapatnya kebimbangan berlakunya penghakisan nilai-nilai insaniah dalam kalangan
masyarakat Malaysia. Perbuatan salah laku seperti pengguguran haram, penyalahgunaan
dadah, ponteng sekolah, remaja lari dari rumah telah meningkat dari semasa ke semasa.
Sedangkan jika dihayati dengan teliti, keusahawanan mampu membentuk masyarakat insan
yang pandai membawa hala tuju, bijak mengambil peluang dan membuat keputusan. Di
sinilah kita perlu melihat kepada kepentingan peranan guru sebagai penerap nilai murni dan
DISEDIAKAN OLEH: ANIQAH SHUHADAH BT. MUHAMMAD FAHIMUDDIN, NORHASLINDA BT. HUSAIN, NORHAMISAH BT. MOHD ISA, JAZILAH BT. MISKAM, MOHD HELMAN B. TALIB
23
KEUSAHAWANAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
insaniah untuk merealisasikan matlamat pendidikan yang seterusnya mengatasi atau
menghapuskan masalah kedaifan nilai-nilai insaniah yang berlaku dalam masyarakat masa
kini.
Arus pembangunan yang semakin menggila memudahkan pelajar terjebak dengan
nilai negatif. Disinilah melalui pendidikan akhlak iaitu pendidikan dapat membina keyakinan,
kefahaman, penghayatan dan pengamalan nilai murni yang terkandung dalam ilmu wahyu
iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Terlalu banyak nilai murni yang selaras dengan fitrah insan
terkandung dalam ilmu wahyu. Guru boleh merujuk kepada nilai berkenaan dan seharusnya
membina nilai positif yang diinginkan menerusi pengajaran dan pembelajaran. Apabila guru
berjaya melaksanakan pendidikan akhlak pada peringkat awal, maka lahirlah pelajar yang
cemerlang dalam kedua-dua aspek iaitu akademik dan sahsiah. Biar apa pun nilai yang dipilih
dan diamalkan pelajar, ia hendaklah tidak bertentangan dengan agama dan wahyu.
Perkara inilah yang diharapkan ibu bapa dan masyarakat untuk dilaksanakan oleh
guru. Ibu bapa dan masyarakat mengharapkan anak mereka cemerlang dalam pelajaran dan
pada masa yang sama mengamalkan nilai murni. Tugas ini memang sukar dilakukan guru.
Bagaimanapun jika guru menjalankan tugasnya sebagai ibadah dan ingin membentuk pelajar
sebagai insan, maka itu akan menjadi mudah dan memberansangkan insyaallah inilah yang
dimaksudkan dengan tugas hakiki guru yang sepatutnya diangkat menjadi etika keguruan.
Matlamat pendidikan negara ini antara lain termasuklah mendidik pelajar supaya
mengamalkan tingkah laku yang baik. Tugas guru adalah untuk memastikan suasana
pengajaran dan pembelajaran sentiasa memelihara dan menyuburkan fitrah atau tabii pelajar
supaya harmoni dan sihat. Tugas ini hanya akan berjaya dilaksanakan sekiranya guru
merealisasikan amanah ibadah dan pembangunan insan dalam menjalankan tugas pengajaran
dan pembelajaran.
Setiap manusia inginkan hidup yang berkualiti yang biasanya dikaitkan dengan
kejayaan mencapai prestasi hidup yang tinggi dan diakui oleh masyarakat. Ini bermaksud
memperoleh status yang tinggi, kemewahan dan kebendaan. Namun konsep kualiti ini tidak
memenuhi matlamat pendidikan sebenarnya kerana kebendaan dan kemewahan semata-mata
tidak menjamin kesejahteraan hidup sesuai dengan fitrah insaniah. Apabila ciri insan terbina
dalam diri pelajar, tentulah mereka dapat menjalani hidup dengan harmonis dengan fitrah
atau tabii yang dianugerahkan SWT. Inilah yang dinamakan kualiti hidup. Dengan kata lain,
guru yang mengamalkan etika keguruan (tugas hakiki guru) akan dapat melahirkan pelajar
DISEDIAKAN OLEH: ANIQAH SHUHADAH BT. MUHAMMAD FAHIMUDDIN, NORHASLINDA BT. HUSAIN, NORHAMISAH BT. MOHD ISA, JAZILAH BT. MISKAM, MOHD HELMAN B. TALIB
24
KEUSAHAWANAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
dengan ciri keinsanan yang kehidupannya harmonis dengan fitrah atau tabii yang
dianugerahkan Allah SWT.
Selari dengan wawasan 2020, adalah menjadi hasrat kerajaan untuk mewujudkan
masyarakat Malaysia yang saintifik dan progresif, mempunyai daya inovatif dan kreatif yang
tinggi, maju dari segi sains dan teknologi (Zulfakar et al. 2020). Untuk menggerakkan usaha
bagi mencapai wawasan negara, modal insan yang inovatif dan kreatif serta berpengetahuan
tinggi adalah asset penting yang perlu difokuskan. Maka langkah pertama yang perlu
dimulakan adalah dengan membangunkan modal insan kelas dunia melalui pendidikan
(Razali 2007 dalam Zulfakar et al.2010).
Selain itu, institusi pendidikan diberi peranan sebagai tempat untuk memupuk insan
yang boleh menyumbang dan mengamalkan cara hidup yang positif selain berjaya mencapai
pendidikan tinggi dan menjadi insan yang cemerlang (Nosila, 2008) . Antara isu dan agenda
yang diberi keutamaan dalam usaha melahirkan individu yang cemerlang ialah penerapan
nilai-nilai dan budaya keusahawanan. Kemahiran keusahawanan adalah merupakan
kemahiran penting dalam kemahiran-kemahiran insaniah (soft skills) yang harus dimiliki oleh
pelajar-pelajar sama ada dari peringkat pengajian rendah atau peringkat pengajian tinggi.
(Norasmah et al, 2003).
Seterusnya, bidang keusahawanan berupaya melahirkan sumber tenaga manusia yang
dapat memelihara kestabilan ekonomi, sosial dan politik negara.Ia merupakan landasan
kepada pembangunan insan. Guru sebagai penjana modal insan mempunyai tanggungjawab
untuk melakukan inovasi (Subahan 1999, Saipon 2002 dalam Hanum et al 2008), bukan
hanya menyampaikan ilmu dan memberi maklumat namun bertanggungjawab membimbing
pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan yang diterima dalam realiti dunia hari ini yang
sentiasa mengalami perubahan. Dalam usaha pembinaan sahsiah pelajar atau kemahiran
insaniah melalui kemahiran keusahawanan, peranan guru adalah amat penting dan mencabar.
Kemahiran Insaniah (soft skills) adalah merujuk kepada ciri-ciri keperibadian, daya
tarik sosial, kemampuan berbahasa, normal peribadi, sikap kepekaan atau kepedulian serta
sikap optimis seseorang (Wikipedia). Kemahiran insaniah berkembang melalui proses
semulajadi seperti tumbesaran, kematangan dan penuaan (Megat Aman Zahiri, 2007).
Keusahawan berkait dengan sikap, nilai, pengetahuan dan kemahiran yang membolehkan
seseorang mampu dan cekap untuk mencari, mengenal, merebut peluang dan
DISEDIAKAN OLEH: ANIQAH SHUHADAH BT. MUHAMMAD FAHIMUDDIN, NORHASLINDA BT. HUSAIN, NORHAMISAH BT. MOHD ISA, JAZILAH BT. MISKAM, MOHD HELMAN B. TALIB
25
KEUSAHAWANAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
menterjemahkan kepada strategi – strategi dan usaha perniagaan bagi mendapatkan
keuntungan (Barjoyai, 2000).
Tambahan lagi, kemahiran Keusahawanan adalah sebahagian daripada Kemahiran
Insaniah.(Norasmah et al, 2003). Adalah menjadi matlamat untuk melahirkan usahawan yang
berpekerti mulia dan cemerlang. Agama Islam sendiri mengangkat bidang perniagaan atau
keusahawanan sebagai menguasai sembilan daripada sepuluh sumber memperolehi rezeki
dan kesenangan, malah untuk tujuan kebajikan juga. Namun perniagaan atau keusahawanan
tersebut mestilah diusahakan secara beretika dan menepati sifat-sifat islam yang tulen. Nabi
Muhammad s.a.w sebelum diangkat menjadi rasullulah adalah seorang usahawan yang
berjaya dan berakhlak mulia. Kejayaan, kecekapan dan kejujuran baginda menguruskan
perniagaan menjadikan baginda terkenal dengan gelaran Al-Amin yang bermakna yang jujur
dan beramanah. Sifat dan ketokohan baginda menjadi sebutan dan ikutan sehingga ke hari ini
bukan hanya di kalangan orang islam(Rosli Mahmood et al, 2009). Nilai-nilai sebeginilah
yang diharapkan mampu diterapkan kepada pelajar-pelajar yang bakal menjadi usahawan
pada masa hadapan. Oleh itu, kemahiran keusahawanan dijadikan elemen utama dalam
kemahiran insaniah yang ingin diterapkan kepada semua pelajar.
Kemahiran Keusahawanan yang ingin diperkenalkan dalam Kemahiran Insaniah (soft
skills) adalah mempunyai 4 tahap yang pertamanya ialah kebolehan mengenal pasti peluang
perniagaan. Kedua, kebolehan merangka perancangan perniagaan. Seterusnya ialah
kebolehan membina, meneroka dan merebut peluang perniagaan dan pekerjaan dan yang
terakhir ialah kebolehan untuk bekerja sendiri. Hal ini bersesuaian dengan pendapat Drunker
(1985) usahawan boleh dibentuk, ini kerana komponen dalam kemahiran keusahawanan itu
sendiri secara semulajadi telah tersedia sifat-sifat murni yang menjadi matlamat
pembangunan nilai-nilai insaniah pelajar seperti kesungguhan, tidak mudah putus asa,
bermotivasi, berinovasi serta bijak membuat keputusan.
Kesimpulannya, kebijaksanaan guru menggabungkan kemahiran insaniah dan
keusahawanan akan dapat menimbulkan motivasi dan minat pelajar untuk menguasai subjek
keusahawanan sama ada secara teori atau praktikal. Hal ini memberi makna yang pelajar
bukan hanya mengetahui kepentingan keusahawanan dan nilai-nilai murni untuk kehidupan
namun dapat mengintegrasikan kepentingan ilmu tersebut dalam pembangunan ekonomi dan
kualiti hidup diri, masyarakat dan negara selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang ingin mengembangkan potensi individu khususnya pelajar secara
DISEDIAKAN OLEH: ANIQAH SHUHADAH BT. MUHAMMAD FAHIMUDDIN, NORHASLINDA BT. HUSAIN, NORHAMISAH BT. MOHD ISA, JAZILAH BT. MISKAM, MOHD HELMAN B. TALIB
26
KEUSAHAWANAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
seimbang, menyeluruh dan bersepadu demi melahirkan modal insan yang sempurna dalam
semua aspek kehidupan.
5. KEUSAHAWANAN DALAM ASPEK INTELEKTUAL
Seterusnya, cabaran dunia pendidikan hari ini ialah untuk melahirkan pelajar yang
menyeluruh dan seimbang daripada aspek jasmani, rohani, intelek dan emosi. Cabaran ini
menjadi semakin hebat apabila meningkatnya masalah sosial dan akhlak dalam kalangan
pelajar. Oleh itu, adalah penting untuk meneliti semula peranan pendidikan dalam
membangunkan modal insan. Kemahiran intelek merupakan suatu kemahiran yang perlu
DISEDIAKAN OLEH: ANIQAH SHUHADAH BT. MUHAMMAD FAHIMUDDIN, NORHASLINDA BT. HUSAIN, NORHAMISAH BT. MOHD ISA, JAZILAH BT. MISKAM, MOHD HELMAN B. TALIB
27
KEUSAHAWANAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
dikuasai oleh murid-murid terutamanya untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan.
Secara ringkas, kemahiran keusahawanan adalah melibatkan keupayaan diri pelajar untuk
meneroka peluang dan membangunkan kesedaran tentang risiko, kreativiti dan inovasi dalam
aktiviti berkaitan perniagaan dan pekerjaan yang merangkumi kebolehan mengenalpasti
peluang perniagaan, kebolehan merangka perancangan perniagaan dan kebolehan untuk
bekerja sendiri.
Tambahan lagi, pendidikan keusahawanan merujuk kepada satu proses mendapatkan
ilmu pengetahuan dan kemahiran tentang segala kegiatan yang dilakukan oleh usahawan
melalui pengajaran dan pembelajaran (Nor Aishah Buang, 2006) sama ada secara formal atau
tidak formal. Merupakan satu usaha untuk membina potensi keusahawanan individu melalui
pelaksanaan kurikulum keusahawanan dan aktiviti –aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Nor Aishah (2006) menyatakan bahawa kurikulum pendidikan keusahawanan diasaskan
kepada empat tunjang iaitu pembentukan sikap atau ciri-ciri penting, pembentukan atau
orientasi, kemahiran pengurusan perniagaan dan pembentukan vokasional. Manakala
Ashmore (1989) dan Miller (1983) sependapat bahawa pendidikan keusahawanan adalah satu
proses pembelajaran seumur hidup yang bermula dari sekolah rendah hingga ke pelbagai
peringkat pendidikan.
Justeru, tujuan pendidikan keusahawanan adalah untuk mengembangkan potensi
pelajar ke arah yang lebih kreatif, berinisiatif dan bijaksana dalam membuat keputusan.
Menurut Yap Poh Moi, 2002 dalam kajiannya menyatakan bahawa pendidikan keusahawanan
juga mengajar seseorang itu supaya bersedia mengenal pasti peluang dan merebut peluang
yang tercetus dalam persekitarannya, menterjemahkan idea ke dalam bentuk realiti atau satu
kegiatan ekonomi, di samping bertahan dan peka dengan perubahan dan ketidakpastian.
Antara ciri-ciri keusahawanan yang perlu dibentuk melalui pendidikan keusahawanan adalah
keperluan untuk pencapaian, kepimpinan, kreatif, berkeyakinan, mempunyai hubung jalin,
berinisiatif, mengambil risiko, berimaginasi dan berkeupayaan menganalisa. Clouse et.al
(2003) mencadangkan kurikulum pendidikan keusahawanan perlu memberi penekanan
kepada kreativiti, pembelajaran berasaskan masalah dan kemahiran menyelesaikan masalah
serta memfokuskan kepada kesedaran peluang-peluang. Kepentingan pendidikan
keusahawanan semakin dirasai keperluannya apabila wujudnya masalah pengangguran yang
semakin meruncing dalam kalangan belia di Malaysia.
DISEDIAKAN OLEH: ANIQAH SHUHADAH BT. MUHAMMAD FAHIMUDDIN, NORHASLINDA BT. HUSAIN, NORHAMISAH BT. MOHD ISA, JAZILAH BT. MISKAM, MOHD HELMAN B. TALIB
28
KEUSAHAWANAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Oleh itu, penerapan elemen keusahawanan di dalam kurikulum sekolah bertujuan
membentuk murid mengamalkan elemen keusahawanan melalui aktiviti-aktiviti pengajaran
dan pembelajaran sehingga menjadi budaya dalam kehidupan seharian mereka dan
kemuadian diaplikasikan dalam kehidupan seharian seperti apa yang telah dibincangkan
tentang keusahawanan yang dilihat dlam aspek jasmani, rohani dan emosi sebelum ini. Ingin
diberi penekanan di sini ialah fokus penerapan aspek intelek dalam elemen keusahawanan.
5.1. Mengamalkan Sikap Keusahawanan
Murid-murid yang menerima penerapan sikap-sikap keusahawanan melalui proses
pengajaran dan pembelajaran akan terdorong untuk mengamalkan sikap-sikap tersebut
dalam kehidupan seharian sehingga menjadi budaya. Budaya yang terbentuk ini akan
dapat menentukan kejayaan dalam sebarang usaha melalui bidang keusahawanan di masa
akan datang. Melalui penerapan sikap ini juga, murid-murid akan menjadi lebih peka
dengan keupayaan sendiri dan boleh melihat serta mengambil peluang yang terdapat di
persekitaran. Peluang perniagaan boleh wujud akibat masalah yang ditimbulkan oleh
orang lain, perubahan teknologi, perubahan citarasa pengguna, perubahan cara hidup,
perubahan sikap, sumber-sumber alam yang masih belum diterokai dan sebagainya.
Disamping itu juga, melalui konsep keusahawanan dalam aspek intelek, murid-
murid akan diajar untuk bersikap daya kreativiti dan inovasi. Kreativiti dijelaskan sebagai
kebolehan mengadakan idea alternatif, manakala inovatif pula adalah kebolehan
memperbaiki dan mengaplikasikan idea kreatif tersebut terhadap sebarang masalah yang
akan timbul. Murid yang dibekalkan dengan minda yang kreatif akan dapat
menyelesaikan masalah logikal di samping boleh menghasilkan idea yang boleh
dilaksanakan dalam bentuk suatu inovasi.
5.2. Mengamalkan Cara Berfikir ke Arah Keusahawanan dalam Situasi yang
Diperlukan
Seseorang murid perlu sentiasa berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Ini akan
membantu mereka mengenal pasti peluang-peluang dalam persekitaran, agar mereka
boleh terus berjaya atau sekurang-kurangnya bertahan dalam usaha mereka. Cara
berfikir kearah keusahawanan melibatkan beberapa langkah iaitu:
DISEDIAKAN OLEH: ANIQAH SHUHADAH BT. MUHAMMAD FAHIMUDDIN, NORHASLINDA BT. HUSAIN, NORHAMISAH BT. MOHD ISA, JAZILAH BT. MISKAM, MOHD HELMAN B. TALIB
29
KEUSAHAWANAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
a. menganalisis pemerhatian secara kritis dan kreatif,
b. memilih idea terbaik daripada banyak idea,
c. menambahbaik idea yang dipilih (inovasi),
d. melaksanakan idea dalam bentuk produk konkrit,
e. menyesuaikan idea baru dengan keperluan masyarakat dan persekitaran, dan
f. meneruskan peningkatan kualiti idea.
5.3. Mengamalkan Pengetahuan dan Kemahiran Pengurusan Asas Perniagaan yang
Mudah dalam Aktiviti Kehidupan Seharian yang Relevan.
Seseorang murid boleh menguasai pengetahuan dan kemahiran pengurusan
asas perniagaan yang mudah sekiranya mereka sentiasa didedahkan perkara tersebut
di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Selain daripada
mempunyai sikap dan cara berfikir ke arah keusahawanan, murid boleh mengamalkan
pengetahuan dan kemahiran tersebut dalam situasi kehidupan harian yang relevan.
Pengetahuan dan kemahiran pengurusan asas perniagaan yang mudah melibatkan
proses-proses;
a. merancang sesuatu projek dengan teliti,
b. melaksanakan projek mengikut langkah-langkah yang telah disediakan,
c. memantau projek,
d. menilai perlaksanaan projek, dan
e. membuat analisa keberkesanan projek yang telah di jalankan.
Tambahan lagi, terdapat pedagogi penerapan elemen pengetahuan dan
kemahiran pengurusan asas perniagaan yang mudah melibatkan praktis amalan-
amalan seperti menguruskan wang sama ada dalam perbelanjaaan harian atau
penabungan, mengurus transaksi jual beli mudah harian dan amalan kepenggunaan
yang baik.
5.4. Menghasilkan Produk Berasaskan Pengetahuan dan Kemahiran Teknologi dan
Vokasional.
Seseorang murid yang telah mempelajari sesuatu teknik dalam
pembelajarannya boleh mereka cipta dan menghasilkan produk yang berdaya saing
berasaskan pengetahuan teknologi dan vokasional mengikut kreativitinya. Asas
pengetahuan dan kemahiran teknologi dan vokasional boleh diguanakan dalam:
DISEDIAKAN OLEH: ANIQAH SHUHADAH BT. MUHAMMAD FAHIMUDDIN, NORHASLINDA BT. HUSAIN, NORHAMISAH BT. MOHD ISA, JAZILAH BT. MISKAM, MOHD HELMAN B. TALIB
30
KEUSAHAWANAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
a. menghasilkan produk berasaskan pengetahuan serta teknologi dan vokasional,
b. menghasilkan produk yang sama dengan menggunakan teknologi yang berlainan,
dan
c. menghasilkan produk menggunakan sumber yang pelbagai/ sumber alternatif/
sumber kitar semula
Pedagogi penerapan elemen ini melibatkan murid mempraktikkan langkah-
langkah dalam reka bentuk (design) yang menggabungkan pengetahuan teknologi dan
kemahiran vokasional yang di ajar oleh guru untuk menghasilkan produk yang boleh
dikomersialkan.
Kesimpulannya di sini, ilmu keusahawanan ini perlu diterapkan dalam diri setiap
pelajar dalam usaha mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dalam aspek
intelektual agar mereka dapat menjadi individu yang mempunyai imu pengetahuan dalam
bidang keusahawanan.
6. KESIMPULAN
Kesimpulanya, setiap aspek yang ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
sangat memainkan penting dalam melahirkan warganegara yang cukup pakejnya iaitu
berpengetahuan, melaksanakan pengetahuan dan menyampaikannya kepada orang lain untuk
keberuntungan bersama. Selain itu, individu juga haruslah memiliki nilai kerohanian yang
tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut. Juga mampu mengawal emosi agar
sentiasa tenang dalam membuat sesuatu keputusan serta menjadi contoh kepada orang lain.
Seterusnya, warganegara yang berpengetahuan, bertanggungjawab dan berkebolehan ini
mampu mencapai taraf hidup yang lebih baik serta memenuhi kehendak-kehendak negara,
selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bukan sahaja untuk
DISEDIAKAN OLEH: ANIQAH SHUHADAH BT. MUHAMMAD FAHIMUDDIN, NORHASLINDA BT. HUSAIN, NORHAMISAH BT. MOHD ISA, JAZILAH BT. MISKAM, MOHD HELMAN B. TALIB
31
KEUSAHAWANAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan
kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas
kepada masyarakat dan negara.
DISEDIAKAN OLEH: ANIQAH SHUHADAH BT. MUHAMMAD FAHIMUDDIN, NORHASLINDA BT. HUSAIN, NORHAMISAH BT. MOHD ISA, JAZILAH BT. MISKAM, MOHD HELMAN B. TALIB