KERTAS KERJA KEM MOTIVASI MEMBENTUK JIWA PELAJAR SK TUMPAT TARIKH 29 APRIL HINGGA 3 MEI 2015 TEMPAT SK TUMPAT, KELANTAN ANJURAN MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR KOLEJ DATO’ ONN SESI 2014/2015 DENGAN KERJASAMA PERSATUAN KAKITANGAN AKADEMIK UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (PKAUKM) TEMA ”MOTIVASI DAN DAKWAH”
18
Embed
KERTAS KERJA TARIKH TEMPAT ANJURAN DATO’ · PDF filekertas kerja kem motivasi membentuk jiwa pelajar sk tumpat tarikh 29 april hingga 3 mei 2015 tempat sk tumpat, kelantan anjuran
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
KERTAS KERJA
KEM MOTIVASI MEMBENTUK JIWA PELAJAR SK
TUMPAT
TARIKH
29 APRIL HINGGA 3 MEI 2015
TEMPAT
SK TUMPAT, KELANTAN
ANJURAN
MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR KOLEJ DATO’ ONN
SESI 2014/2015
DENGAN KERJASAMA
PERSATUAN KAKITANGAN AKADEMIK
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (PKAUKM)
TEMA
”MOTIVASI DAN DAKWAH”
KEM MOTIVASI MEMBENTUK JIWA PELAJAR SK TUMPAT
29 APRIL HINGGA 3 MEI 2015
KERTAS KERJA
KEM MOTIVASI MEMBENTUK JIWA PELAJAR SK TUMPAT
KOLEJ DATO’ ONN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon bantuan kewangan daripada YB/YBhg.
Dato/Datin/Tuan bagi pembiayaan untuk mengadakan Kem Motivasi Membentuk Jiwa di
Sekolah Kebangsaan Tumpat, Kelantan. Program ini fokus kepada 82 orang pelajar yang
terdiri daripada pelajar tahun 6 dan pihak kami ingin meningkatkan jari diri mereka serta
menjadi ikon kepada mereka supaya pelajar-pelajar SK Tumpat semangat untuk belajar
dan meningkatkan jati diri mereka untuk maju dalam pelajaran mereka dengan
kedatangan mahasiswa dari Universiti Kebangsaan Malaysia.
2.0 PENGENALAN
Pada 29 April hingga 3 Mei 2015, iaitu pada hari Rabu hingga Ahad, Majlis Eksekutif
Pelajar, Kolej Dato’ Onn Sesi 2014/2015 akan menganjurkan Kem Motivasi Membentuk
Jiwa Pelajar di SK TUMPAT, KELANTAN. Selain itu program ini turut mendapat
kerjasama daripada Persatuan Kakitangan Akademik UKM (PKAUKM). Program ini
dijalankan bertujuan untuk membawa mahasiswa Kolej Dato Onn bagi menjalankan
aktiviti-aktiviti berbentuk motivasi, kerohanian, dan jasmani bersama para pelajar SK
Tumpat. Pelajar Kolej Dato Onn juga berpeluang menyumbangkan khidmat berbentuk
ilmu kepada pelajar-pelajar SK Tumpat khususnya dari segi pendidikan, peningkatan jati
diri melalui program-program berbentuk motivasi yang akan dijalankan dalam program
ini. selain itu juga, pihak kami tidak fokus kepada program motivasi sahaja tetapi kami
juga menekankan program-program kerohanian dan jasmani. Program ini juga berbentuk
akademik yang dapat meningkatkan motivasi kepada pelajar-pelajar sekolah rendah
dengan kehadiran pelajar UKM.
3.0 MISI
Mendekatkan jiwa mahasiswa dengan masalah dan kehidupan masyarakat sekeliling dan
juga dapat memberi pendedahan mengenai kepelbagaian suasana, budaya serta kehidupan
khususnya pelajar di Sekolah Kebangsaan Tumpat, Kelantan
KEM MOTIVASI MEMBENTUK JIWA PELAJAR SK TUMPAT
29 APRIL HINGGA 3 MEI 2015
4.0 MATLAMAT
Program ini dirancang dengan matlamat :
4.1 Menggalakkan percambahan ilmu dan idea serta fikiran kritis dalam
kalangan peserta program iaitu para pelajar Sk Tumpat Kelantan.
4.2 Memberi pendedahan kepada pelajar Kolej Dato Onn tentang suasana,
budaya dan gaya hidup di sekolah rendah serta cara pemikiran para pelajar
Sk Tumpat, Kelantan.
4.3 Membantu para pelajar SK Tumpat untuk mendapat motivasi dalam diri
dari aspek rohani dan jasmani
4.4 Memberi satu pengalaman baharu kepada para pelajar Kolej Dato Onn
dalam mengendalikan program berbentuk motivasi dan dakwah bersama
pejar sekolah rendah
5.0 OBJEKTIF
Program ini berobjektifkan :
5.1 Mendidik pelajar SK Tumpt untuk berfikiran kritis dan kreatif dalam
menyelesaikan isu-isu yang dihadapi.
5.2 Memberi pelajar SK Tumpat satu pendekatan yang bermakna dari segi
rohani dan jasmani
5.3 Menjadikan program ini sebagai satu landasan untuk membantu SK
Tumpat dari segi meningkatkn motivasi dan kesedaran islam.
5.4 Membantu sekolah yang pernah menyumbang kepada penubuhan UKM
6.0 TEMA
”Motivasi Dan Dakwah”
7.0 ANJURAN
Majlis Eksekutif Pelajar
Kolej Dato Onn,
Dengan Kerjasama
Persatuan Kakitangan Akademik
Universiti Kebangsaan Malaysia (PKAUKM)
KEM MOTIVASI MEMBENTUK JIWA PELAJAR SK TUMPAT
29 APRIL HINGGA 3 MEI 2015
8.0 TARIKH DAN MASA
Program ini dicadangkan untuk diadakan pada :
Tarikh : 21 Januari 2015 (Rabu) – 25 Januari 2015 (Ahad)
9.0 TEMPAT PROGRAM
Tempat yang dicadangkan:
1) Sekolah Rendah Kebangsaan Tumpat, Kelantan
10.0 PUBLISITI
Media cetak dan elektronik ( kain rentang, risalah, papan digital )
Sekitar kawasan SK Tumpat Kelanan dan kawasan Kolej Dato’Onn
11.0 CADANGAN PERASMI
Perasmian Penutupan
1) YB. Mat Razi Bin Mat Ail
Adun Pengkalan Kubur, Tumpat Kelantan
2) Yang Berbahagia Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali,
Naib Canselor UKM
3) Yang Berbahagia Prof. Madya Dr Faridah Bt Jalil
YDP Persatuan Kakitangan Akademik UKM (PKAUKM)
12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM DAN SASARAN PESERTA
1) 25 orang Pelajar Kolej Dato Onn
2) 2 orang Pegawai Pengiring
3) 82 orang Pelajar SK Tumpat
Jumlah Keseluruhan : 109 orang
13.0 STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk lampiran A
KEM MOTIVASI MEMBENTUK JIWA PELAJAR SK TUMPAT
29 APRIL HINGGA 3 MEI 2015
14.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk lampiran B
15.0 PERINCIAN PROGRAM
15.1 LDK 1 – Ice-Breaking
Peserta dalam setiap kumpulan dikehendaki mengenali ahli masing-masing dan
mengenali setiap fasilitator yang terlibat.
15.2 LDK 2 – Pengenalan Setiap Kumpulan
Aktiviti ini melibatkan tanggungjawab setiap ahli kumpulan untuk menyediakan
nama kumpulan, bendera kumpulan serta tagline kumpulan. Peserta dikehendaki
mempersembahkan semua ini dihadapan setiap kumpulan.
15.3 LDK 3 – Nak Tak?
Aktiviti ini bertujuan utuk memberi kesedaran kepada peserta jika mahukan
sesuatu, kata-kata sahaja tidak mencukupi.
15.4 LDK 4 – Pandangan Pertama
Aktiviti ini bertujuan untuk peserta memberikan maklum balas terhadap diri orang
lain serta menyedari tentang diri sendiri dari sudut pandangan orang lain
15.5 Kotak Muzik
Aktiviti ini bertujuan untuk menilai tahap kepekaan para pelajar terhadap situasi
sekeliling yang memerlukan mereka berubah mengikut arahan.
15.6 LDK 5 – Cermin Diri
Aktiviti ini bertujuan untuk peserta mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri
sendiri. Selain itu, ia juga untuk memupuk kekuatan diri dan berusaha mengatasi
kelemahan diri
15.7 Fantasi Kejayaan
Aktiviti ini bertujuan untuk peserta meningkatkan konsep kendiri dan menikmati
erti dan perasaan sesuatu kejayaan
15.8 Bicara Siswi
Slot ringkas mengenai kehidupan seorang remaja perempuan
KEM MOTIVASI MEMBENTUK JIWA PELAJAR SK TUMPAT
29 APRIL HINGGA 3 MEI 2015
15. 9 Hayati Islam
Aktiviti ini bertujuan untuk memberi kesedaran sekaligus membawa ajaran Islam
lebih dekat dengan hati pelajar.
15.10 LDK 6 – Teman Sejati
Aktiviti ini bertujuan untuk memupuk semangat setiakawan dan kesanggupan
untuk berkorban demi kawan.
15.11 Ceramah 1 – Buka Minda, Buka Hati, Kenali Diri
Ceramah ini bertujuan untuk membolehkan para pelajar SK Tumpat mengenali
kekuatan dan kelemahan yang ada pada diri mereka.
15.12 Ceramah Motivasi: Ibu Bapa Cemerlang, Anak Gemilang
Aktiviti ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan muhasabah diri kepada para
pelajar dan ibu bapa terhadap kepentingan pendidikan dalam masa hadapan anak-
anak.
15.13 Simulasi Kebakaran
Aktiviti ini bertujuan untuk membantu para pelajar agar bertanggungjawab
terhadap diri dan pasukan serta berwaspada terhadap apa pun keadaan yang
berlaku di persekitaran mereka.
15.14 Explore Race
Aktviti ini merupakan aktiviti terakhir dan aktiviti utama yang melibatkan
gabungan semangat kerjasama pasukan, tanggungjawab, tabah , kreatif para
pelajar kerana ia akan melibatkan cabaran dari segi minda dan fizikal para pelajar.
16.0 BELANJAWAN
Rujuk lampiran C
17.0 PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan, dan urusan surat menyurat, sila