KERTAS KERJA PERKHEMAHAN PERDANA PENGAKAPPERINGKAT SEKOLAH SK
JALAN 3
TARIKH10-12 OKTOBER 2014
TEMPATSk Iskandar Perdana 43657 Bandar Baru Bangi, Selangor
Darul Ehsan.
ANJURAN:Pasukan Unit Pengakap Sekolah , Sekolah Kebangsaan Jalan
3
SK JALAN 3 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha
Mengasihani
1.0TUJUANKertas cadangan ini disediakan untuk memohon
pertimbangan dan kelulusan serta bantuan kewangan dari Pihak
Pentadbiran SK JALAN 3 untuk mengadakan Perkhemahan Unit Beruniform
Pengakap yang akan diadakan pada 16 Oktober 2014 di SK JALAN 3.
2.0PENGENALAN 2.1Perkhemahan Perdana Pengakap peringkat SK JALAN
3 merupakan aktiviti tahunan pengakap sekolah ini. 2.2Perkhemahan
ini akan memberikan tumpuan secara khusus kepada kurikulum
kepengakapan. Aktiviti yang dijalankan lebih menjurus kepada aspek
kecergasan dan ketahanan diri anggota ketika mengaplikasikan teori
yang telah dipelajari dalam pelbagai aktiviti luar yang mencabar
mental dan fizikal seperti jalan lasak, orienteering dan reka
cipta. 2.3Berdasarkan kepada aktiviti-aktiviti yang dijalankan,
penilaian akan dibuat secara menyeluruh berkenaan kemajuan dan
keberkesanan aspek perancangan dan pengurusan dalam melaksanakan
aktiviti untuk mengembangkan dan memajukan pasukan pengakap di
peringkat sekolah, daerah, negeri serta kebangsaan semenjak
penubuhannya.
3.0 RASIONAL
3.1Perkhemahan Perdana Pengakap patut diadakan setiap tahun
kerana merupakan acara kemuncak ahli pengakap di sekolah untuk
dinilai sama ada layak untuk menerima pangkat yang dinilai.
3.2Dicadangkan tema tahun 2014 ialah PENGAKAP KE ARAH KEPIMPINAN
BERKUALITI
4.0 OBJEKTIF4.1 Untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada
ahli-ahli pengakap tentang aspek perkhemahan secara menyeluruh.4.2
Untuk meningkatkan kesedaran kepada ahli-ahli pengakap tentang
perkembangan terkini kemajuan dunia.4.3 Untuk memupuk semangat
kerjasama dan berdikari serta meningkatkan motivasi dan keyakinan
diri setiap peserta.4.4 Untuk menggalakkan integrasi nasional
antara kaum, memahami kebudayaan dan kepercayaan yang pelbagai
serta menghormati pegangan masing-masing.
5.0 TEMAPENGAKAP KE ARAH KEPIMPINAN BERKUALITI
6.0 TARIKH
10-12 OKTOBER 2014 ( JUMAAT- AHAD)
7.0 LOKASIPADANG SK JALAN 3
8.0 ANJURAN BADAN BERUNIFORM PENGAKAP SEKOLAH , SK JALAN 3
9.0 SASARAN PESERTA40 PELAJAR
10.0 SENARAI JAWATANKUASARUJUK LAMPIRAN A
11.0 TENTATIF PROGRAMRUJUK LAMPIRAN B
12.0 ANGGARAN BELANJAWAN RUJUK LAMPIRAN C
13.0 PENUTUP Diharapkan agar program ini akan dapat dilaksanakan
dengan jayanya serta berjaya melahirkan guru pelatih yang sentiasa
bermujahadah dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah dengan penuh
keberkatan. Semoga segala aktiviti yang dilaksanakan mendapat
keredaan Allah S.W.T. Insya-Allah, sekian terima kasih.Disediakan
Oleh, Disemak Oleh,
......................................................
.........................................................(ZIKRI BIN
ZAIMANI) (MUHAMMAD AFIQ BIN MOHAMED)Setiausaha, Guru
Penasihat,Perkhemahan Pengakap 2014, Unit Beruniform Pengakap, SK
Jalan 3. SK Jalan 3.
Disahkan Oleh, Diluluskan Oleh,
..........................................
............................................... (JEFRIDIN BIN
PILUS) (HAJI OSMAN BIN HUSSAIN)Guru Kanan Kokurikulum, Guru
Besar,SK Jalan 3. SK Jalan 3.
LAMPIRAN AJAWATAN KUASA KERJA PERKHEMAHAN
Penasihat : Guru Besar( Haji Osman Bin Hussain)
Pengerusi : Penolong kanan Kokurikulum(JEFRIDIN BIN PILUS) Timb.
Pengerusi : Guru Penasihat (Muhammad Afiq bin Mohamed)
Setiausaha : Zikri bin Zaimani Penolong Setiausaha : Sabrina Bt
MazlanBendahari Kehormat : Norbaya bin Husin JAWATANKUASA KERJA1.
Urusetia : Sekretariat Pengakap Daerah Kajang2. Kem Komandan :Nazri
Bin Hassan3. Timbalan Kem Komandan :Muhamad Asri Bin Ashari4.
Pemimpin :Mohd Hafez Bin Abd Aziz JW Aktiviti /PenilaianMohd Hamizi
Bin Harun1. JW Pendaftaran / Sijil /: Noorismail Hij
OmarDokumentasi Roslan Bin Khamis6. JW Persiapan Tempat / : Mohd
Afrizal Bin Zakaria Siaraya Mohd Fadzli Bin Yaakob7. JW Kerohanian
/ Moral :Mahyuddin Bin Mohamad Khusyunuddin Ahmad Mokhtar
8. Jawatankuasa Makanan : Zunita Bt Mohd Taib: Mohd Nasrun Bin
Maudin9. JW Perkhemahan Luar / :Abd Latif bin Ahmad Khidmas Saidi
Ahmad10. JW Khemah/Peralatan / Pengangkutan:Saidi Bin AhmadMohd
Hafiz Abd Aziz 11. Jawatankuasa Keselamatan / HEWA :Zaidawati Bt
ZainalNoraini bin Saad
11
LAMPIRAN B TENTATIF PROGRAM PERKHEMAHAN PERDANA PENGAKAP SEKOLAH
SK JALAN 3, 43657 Bandar Baru Bangi, SELANGOR
Tarikh0530 -07000800-10001030 -12301230 14001400 - 16001600 -
17001700 - 18301830 - 21002130 - 23302330
10/10/14(Khamis)PendaftaranMendirikan Khemah/
TaklimatKursusMakan Tengahari / Solat ZuhurAktiviti 1Solat Asar /
Minum PetangAktiviti 2Makan Malam / Solat Maghrib / Solat Isya/
KuliahAktiviti 3Minum Malam / Persiapan Diri
11/10/14(Jumaat)Solat Subuh/ Ujian Kerohanian/ Upacara
Pagi/SarapanAktiviti 4Aktiviti 5Makan Tengahari / Solat
ZuhurAktiviti 6Solat Asar / Minum PetangAktiviti 7Makan Malam /
Solat Maghrib / Solat Isya/ KuliahKebudayaanMinum Malam / Persiapan
Diri
12/10/14(Sabtu)Solat Subuh/Upacara
Pagi/SarapanKhidmasRaptaiPenutup / Majlis PenutupMakan Tengahari /
Solat ZuhurBersurai
LAMPIRAN C
PerkaraButiranJumlah [RM]
Makan TengahariRM 4.50 x 2 kali x 260 orangRM 2340.00
Makan MalamRM 4.50 x 2 kali x 260 orangRM 2340.00
Minum PetangRM 1.50 x 2 kali x 260 orangRM 780.00
SarapanRM 2.00 x 2 kali x 260 orangRM 1040.00
Minum MalamRM 1.50 x 2 kali x 260 orangRM 780.00
Makanan Urusetia / JurulatihRM 20 x 2 kali x 25 orang (5 Kali)RM
1000.00
Logistik & penginapanRM 300RM 300.00
Sewaan Tapak MuridRM 3 X 2 hari X 260 orangRM 1200.00
Sewaan Tapak PegawaiRM 3 X 2 hari X 25 orangRM 150.00
Perubatan / kecemasanRM 200RM 200.00
Urusetia / Luar jangkaanRM 500RM 500.00
Jamuan VIPRM 10 x 10 OrangRM 100.00
Dokumentasi / Sijil / Name TaqRM 300RM 300.00
JUMLAH BESAR RM 11 030.00
SENARAI NAMA PESERTA PERKHEMAHAN PERDANA PENGAKAP
SEKOLAHPERINGKAT SEKOLAH JALAN 3 (10-12 OKTOBER 2014)
BILNAMAKELASCATATAN
1MOHD HELMI BIN ABD MANAF4 BESTARI
2 ZUNITA BT MOHD TAIB4 BESTARI
3MOKHTAR BIN SAAD4 BESTARI
4 MUHAMMAD AZLEY BIN AZMI4 BESTARI
5ABD LATIF AHMAD4 BESTARI
6 ROSLAN BIN KHAMIS4 BESTARI
7 FADZLI YAAKOB4 BESTARI
8 NORAINI SAAD4 BESTARI
9 MOHD HAMIZI BIN HARUN 4 BESTARI
10 NAZRI BIN HASSAN4 BESTARI
11SAIDI AHMAD4 BESTARI
12MUHAMAD ASRI BIN ASHARI4 BESTARI
13NOORISMAIL HJ OMAR4 BESTARI
14MOHD AFRIZAL BIN ZAKARIA4 BESTARI
15ZAIDAWATI BT ZAINAL4 BESTARI
16MOHD HAFEZ BIN ABD AZIZ4 BESTARI
17MD ZAIB BIN TAIB4 BESTARI
18SHABRI BIN MD LUDIN4 BESTARI
19KHUSNYUDDIN B. MOHD MOKHTAR4 BESTARI
20MOHD NASRUN BIN MAUDIN4 BESTARI
21MAHYUDDIN BIN MOHAMAD4 BESTARI
22MOHD ZAHIR BIN TAHIR4 BESTARI
23SURAYA BT SHARIP4 BESTARI
LAPORAN PELAKSANAAN KHIDMAT KOMUNITI
Tajuk : LAPORAN KHIDMAT KOMUNITI PEMBERSIHAN TAPAK
PERKHEMAHANTarikh : 11 SEPTEMBER 2014Masa : 7.30 PAGI - 10.00
PAGITempat : KEM BIRO TATA NEGARA ULU SEPRI, REMBAU, NEGERI
SEMBILAN
1.0 PengenalanPerkhemahan Perdana telah diadakan untuk semua
Unit Beruniform bagi guru pelatih semester 4. Perkhemahan ini
merupakan elemen wajib di dalam proforma Unit Beruniform bagi fasa
kedua ini. Semua guru pelatih semester 4 yang mewakili unit
beruniform masing-masing terdiri daripada Pengakap, Pandu Puteri,
Puteri Islam, Kadet Remaja Sekolah dan juga Bulan Sabit Merah
Malaysia terlibat di dalam perkhemahan perdana ini. Perkehamahan
ini telah diadakan di Kem Biro Tata Negara Ulu sepri di Negeri
Sembilan. Perkhemahan tersebut telah dianjurkan oleh Unit
Kokurikulum IPG Kampus Pendidikan Islam.Perancangan aktiviti
perkhemahan perdana tersebut telah dirancang dengan rapi dan
teliti. Setiap unit membuat perancangan aktiviti sendiri mengikut
keperluan unit beruniform masing-masing. Unit beruniform pengakap
membuat kursus manik kayu 1 di dalam Perkhemahan Perdana ini
seperti ceramah kepengakapan, membina gajet dan juga khidmat
komuniti. Khidmat komuniti ini melibatkan semua ahli pengakap
mengikut agihan tugas kerja yang diberikan. Antara aktiviti yang
dilakukan bagi khidmat komuniti ini ialah menurunkan khemah,
membersihkan kawasan khemah, membersihkan tempat memasak dan juga
membersih tandas.
2.0 ObjektifAntara objektif pelaksanaan khidmat komuniti ini
adalah untuk melatih peserta yang bakal menjadi guru untuk
melibatkan diri dalam khidmat komuniti. Kerja komuniti merujuk
kepada pemerkasaan komuniti melalui penglibatan aktif komuniti
secara sukarela untuk kepentingan bersama. Penglibatan peserta di
dalam pelaksanaan khidmat komuniti sangat penting untuk memberikan
pendedahan kepada mereka tentang semangat setiakawan dan berpasukan
di dalam diri. Tujuan khidmat komuniti yang pertama ialah untuk
mewujudkan hubungan dua hala yang baik antara peserta dengan
jurulatih unit beruniform masing-masing. Hubungan ini wujud apabila
peserta membersihkan kawasan Kem Ulu sepri melalui arahan dan
bimbingan jurulatih. Hasilnya ialah sikap bertanggungjawab dapat
dipupuk dalam kalangan peserta. Sebagai individu yang
bertanggungjawab, sudah tentu akan memastikan tempat yang digunakan
kembali bersih dan ceria. Tujuan yang kedua ialah untuk melahirkan
sikap sukarelawan dalam kalangan peserta dalam kerja-kerja amal.
Sikap ini perlu dibentuk kepada para peserta perkhemahan bagi
melatih mereka untuk berkhidmat di dalam masyarakat kelak. Para
peserta berpeluang membentuk sikap tolong-menolong, kerjasama dan
sikap ringan tulang semasa membersihkan kawasan kem. Kesannya ialah
semangat gotongroyong dan budaya kesukarelawan dapat dipupuk dalam
kalangan belia. Akhir sekali ialah khidmat komuniti ini memberi
peluang kepada para peserta untuk meningkatkan kebolehan dan
keyakinan untuk berdikari, memikul tanggungjawab sebagai bakal guru
yang perlu turun di medan masyarakat. Guru yang mempunyai cara
pergaulan yang baik akan mudah mendekati masyarakat. Semasa
pelaksanaan khidmat komuniti dijalankan, terdapat ahli yang
dilantik sebagi ketua. Oleh itu, mereka diberi peluang untuk
memberi arahan dan memastikan semua ahli melakukan kerja dengan
baik. Idea dan fikiran yang dilontar mampu melicinkan kerja yang
dilakukan.
3.0 Laporan AktivitiPelaksanaan khidmat komuniti ini dijalankan
pada 11 September 2014 pada jam 7.30 pagi. Setiap unit perlu
menjalankan khidmat komuniti ini mengikut keperluan unit
masing-masing. Bagi unit pengakap, aktiviti khidmat komuniti yang
dijalankan ialah pembersihan tapak perkhemahan, pembersihan tandas,
pembersihan tapak masakan, pembersihan sekitar dewan dan
sebagainya. Aktiviti-aktiviti ini dilaksanakan bagi menunjukkan
sikap bertanggungjawab peserta sebagai tanda penghargaan kepada
pihak pengurusan kerana membenarkan aktiviti dilakukan di kem
tersebut.3.1 Sebelum AktivitiSebelum aktiviti ini dilaksanakan,
satu jawatankuasa telah dibentuk untuk mengetuai pelaksanaan
khidmat komuniti ini yang diterajui oleh saudara Zikri bin Zaimani.
Beliau dengan beberapa orang ahlinya mengatur pelaksanaan khidmat
komuniti ini bagi melancarkan pelaksanaan aktiviti tersebut.
Beberapa kumpulan telah diagihkan untuk melaksanakan aktiviti
khidmat komuniti ini. Kumpulan yang terlibat ialah kumpulan
mengemas alatan gajet, mengemas khemah, membersih tandas, mengemas
peralatan dan juga membersihkan tapak memasak. Aktiviti pembersihan
ini dilakukan sekitar kawasan tapak perkhemahan dan kawasan
sekitar. 3.2 Semasa AktivitiSeawal jam 7.30 pagi, para peserta
telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk aktiviti khidmat
komuniti ini. Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh para
peserta ialah mengemas khemah yang telah digunakan. Khemah dikemas
mengikut kumpulan peserta yang menggunakan khemah tersebut. Khemah
perlu dipastikan dalam keadaan yang baik semasa menyimpan di dalam
beg khemah agar dapat digunakan oleh peserta-peserta lain dimasa
akan datang. Semua kumpulan dapat mengemas dan menyimpan khemah
dengan baik disamping pemantauan jurulatih di sekitar tapak
perkhemahan. Aktiviti kedua khidmat komuniti ialah pembersihan
tandas, peralatan, tapak memasak, gajet dan sebagainya.
Aktiviti-aktiviti ini dilaksanakan secara berkumpulan bagi
memudahkan dan menjimat masa khidmat komuniti yang dilakukan. Bagi
kumpulan membersihkan tandas, mereka membersihkan tandas surau dan
tandas dewan. Antara peralatan yang digunakan ialah mop lantai,
berus, dan juga beberapa peralatan lain. Aktiviti pembersihan
tandas ini juga melibatkan ahli kumpulan daripada unit-unit lain.
Hal ini kerana tandas yang digunakan turut sama dipakai oleh
unit-unit lain. Kerjasama yang terbentuk melalui aktiviti ini dapat
dieratkan dan dijadikan sebagai penanda aras kepada persefahaman
antara peserta.Bagi kumpulan pembersihan tapak memasak, para
peserta diarahkan untuk memastikan segala peralatan memasak
mencukupi dan tapak yang digunakan bersih. Peralatan memasak ini
ditugaskan kepada Fatihah Mohd selaku ketua memasak bagi
perkhemahan perdana pada kali ini. Antara peralatan yang digunakan
untuk pembersihan tapak memasak ialah penyapu, mop lantai, berus
dan sebagainya. Aktiviti pembersihan peralatan memasak dan juga
tapak ini mengambil masa yang agak panjang memandangkan para
peserta perlu membasuh segala alatan memasak yang digunakan.
Alhamdulillah walaupun mengambil masa yang agak panjang, kerja
pembersihan tersebut dapat dilakukan dengan baik dan
sempurna.Seterusnya berkenaan kumpulan pembersihan tapak
perkhemahan. Para peserta diminta untuk memastikan kawasan tapak
perkhemahan bersih seperti sebelum digunakan. Antara peralatan yang
digunakan ialah penyapu, pencakar, penyodok dan sebagainya. Para
peserta mengutip sampah-sampah di sekitar kawasan perkhemahan dan
juga mencakar daun-daun kering untuk dikumpulkan dan diletakkan di
satu tempat. Kerja pembersihan tersebut berjalan dengan baik dan
kawasan tapak perkhemahan tersebut bersih.
3.3 Selepas Aktiviti Aktiviti khidmat komuniti tamat pada jam
10.00 pagi. Semua kumpulan dapat menyiapkan tugasan masing-masing
pada jam yang telah ditetapkan. Kerjasama yang terbentuk oleh para
peserta kem dapat mempercepatkan aktiviti pembersihan tersebut.
Segala sampah-sampah yang telah dikutip dan diletakkan di satu
tempat telah dibakar di kawasan pembakaran sampah. Semua kawasan
aktiviti khidmat komuniti yang dijalankan bersih dan seperti
sediakala.
4.0 RumusanAlhamdulillah, segala aktiviti yang dirancang di
dalam pelaksanaan khidmat komuniti ini berjalan dengan baik dan
lancar dengan penglibatan keseluruhan ahli Pengakap IPG Kampus
Pendidikan Islam. Kesemua ahli dan peserta kem dapat menunjukkan
sikap prihatin terhadap rakan seperjuangan dan semangat setiakawan
yang tinggi sepanjang aktiviti tersebut berlangsung.
Jurulatih-jurulatih berpuas hati dengan kerjasama yang ditunjukkan
oleh para peserta kem perhemahan perdana tersebut.
Disediakan Oleh,
(MUHAMMAD AFIQ MOHAMED)Ahli Pengakap,IPG Kampus Pendidikan
Islam.
Refleksi Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan
kepada Allah Subhanu Wataala dan junjungan besar Nabi Muhammad
kerana saya telah berjaya menjalani Kursus Manik Kayu 1 bertempat
di Ulu Sepri Negeri Sembilan. Program ini diadakan untuk
memantapkan lagi nilai kepimpinan dalam diri para pelatih guru
khususnya unit pengakap untuk terus aktif bergiat dalam unit
beruniform serta dalam mempersiapkan lagi diri saya kearah menjadi
pemimpin yang cemerlang,aktif,berintergriti dan berkualiti tinggi
selaras seperti yang dihasratkan oleh kerajaan Malaysia. Unit
Beruniform merupakan satu program yang memberi banyak impak yang
positif dalam kehidupan seorang yang bakal bergelar pendidik pada
suatu hari nanti, pengetahuan dan pengalaman yang berguna kepada
semua peserta khususnya pengakap semasa menjalani program unit
beruniform ini amat berguna untuk di aplikasi dalam kehidupan.
Segala input yang diperoleh amat berguna bagi menambah ilmu
pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada untuk di aplikasi kepada
pelajar sebagai model bina insan yang bermakna .Program unit
beruniform ini juga telah mendedahkan dan mengajar saya tentang
pengurusan masa yang tepat, kerjasama antara semua rakan,
kekentalan semangat juang yang tinggi dan tabah menempuhi semua
halangan dan rintangan. Di samping itu juga, ia juga telah melatih
saya untuk bermasyarakat memandangkan program kali ini kami telah
diberikan kursus manik kayu 1. Selain itu juga, ini banyak perkara
baru yang telah saya peroleh sepanjang menyertai unit beruniform
pengakap untuk di manfaatkan dalam mendidik para murid nanti. . Di
samping itu, saya juga telah mendapat satu pengajaran yang sangat
bermakna dan penting melalui program khidmat komuniti ini, iaitu
bersosial dengan orang lain akan memudahkan kita dalam masyarakat.
Hal ini demikian kerana kita sebagai manusia tidak dapat hidup
tanpa kawan, memandangkan manusia merupakan golongan yang hidup
secara berkumpulan, berorganisasi, dan bersosial. Dengan kata lain,
kita perlu bekerjasama dan bantu membantu antara satu sama lain.
Akhir kata, semoga penglibatan dalam unit beruniform ini telah
menambah pengetahuan, pengalaman dan memantapkan kemahiran
perkhemahan selain memupuk sikap dan nilai murni dalam kalangan
pelajar dan diharap ia dapat dimanfaatkan ketika memimpin pasukan
unit beruniform di sekolah kelak.