PERANCANGAN STRATEGIK KOKURIKULUM 2010-2014 Sekolah Kebangsaan Bukit Rokan (LKTP) NBA 5008 73200 Gemencheh, Negeri Sembilan Darul Khusus. 1.0Pendahu luan Perancangan Kokurikulum SKBR adalah suatu program bersepadu bagi menghasilkan generasi yang terdidik secara seimbang dan menyeluruh meliputi aspek Minda dan Pemikiran, Fizikal dan Jasmani, Rohani dan Emosi, Sahsiah dan Sosial serta Kepemimpinan dan Pengurusan. Ia serasi dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara. 2.0RasionalMelentur Buluh Biar Dari Rebung. Cabaran masa depan dalam era Teknologi Maklumat menuntut persediaan generasi baru yang berhemah tinggi, berjiwa besar, Beraklak mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dan meluas. Persediaan tersebut hanya dapat direalisasikan melalui pendidikan awal remaja yang terancang secara lengkap, menyeluruh dan seimbang. Aktiviti Kokurikulum mengambil peranan pelengkap dan penyempurna kepada gagasan tersebut. 3.0Objektif Aktiviti Kokurikulum: 3.1Menyuburkan proses tradisi keilmuan dan mencari pengalaman serta kemahiran. 3.2 Menyuburkan perkembangan Sahsiah dan Akhlak terpuji, kemahiran bersosial dan Pengurusan diri serta berdisiplin dengan teratur. 3.3 Latihan kepemimpinan berorganisasi , bertanggungjawab dan berwibawa. 3.4 Memupuk potensi individu dan bakat serta daya kreativiti murid. 3.5 Menyuburkan jiwa keagamaan dengan ketaatan melaksanakan kewajipan beribadat. 3.6 Mewujudkan iklim dan budaya positif di sekolah. 3.7 Memperkasa daya juang dan semangat patriotik / cintakan Negara.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Perancangan Kokurikulum SKBR adalah suatu program bersepadu bagi
menghasilkan generasi yang terdidik secara seimbang dan menyeluruh meliputi aspek Mindadan Pemikiran, Fizikal dan Jasmani, Rohani dan Emosi, Sahsiah dan Sosial serta Kepemimpinan
dan Pengurusan. Ia serasi dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara.
2.0 Rasional
Melentur Buluh Biar Dari Rebung. Cabaran masa depan dalam era Teknologi Maklumatmenuntut persediaan generasi baru yang berhemah tinggi, berjiwa besar, Beraklak mulia,
berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dan meluas. Persediaan tersebut hanya dapat direalisasikanmelalui pendidikan awal remaja yang terancang secara lengkap, menyeluruh
dan seimbang. Aktiviti Kokurikulum mengambil peranan pelengkap dan penyempurna kepadagagasan tersebut.
3.0 Objektif Aktiviti Kokurikulum:
3.1 Menyuburkan proses tradisi keilmuan dan mencari pengalaman serta kemahiran.
3.2 Menyuburkan perkembangan Sahsiah dan Akhlak terpuji, kemahiran bersosial dan
Pengurusan diri serta berdisiplin dengan teratur.
3.3 Latihan kepemimpinan berorganisasi , bertanggungjawab dan berwibawa.
3.4 Memupuk potensi individu dan bakat serta daya kreativiti murid.
3.5 Menyuburkan jiwa keagamaan dengan ketaatan melaksanakan kewajipan beribadat.
3.6 Mewujudkan iklim dan budaya positif di sekolah.
3.7 Memperkasa daya juang dan semangat patriotik / cintakan Negara.
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insane yang seimbang dan harmonis darisegi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan Negara.
MISI PENDIDIKAN NEGARA
Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensiindividu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi Negara Malaysia.
KURIKULUM KEBANGSAAN
Kurikulum kebangsaan adalah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatankokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma. nilai, unsur kebudayaan dan
kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani,rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan
untuk menyampaikan pengetahuan
FALSAFAH SEKOLAH
Murid Sekolah Kebangsaan Bukit Rokan (LKTP) mampu belajar dan diajar untuk berjaya dalam semuabidang.
VISI
Melahirkan pelajar yang cemerlang dan berdaya saing.
MISI
Berjaya dalam bidang Akademik, Sahsiah, Kokurikulum dan Teknologi Maklumat
VISI UNIT KOKURIKULUM SKBR
Melahirkan pelajar yang serba boleh dan mempunyai waja diri.
MISI UNIT KOKURIKULUM SKBR
Mengadakan latihan dan bimbingan serta tunjukajar yang berkesan.
3. Kelab Keselamatan Jalan Raya 4. Kelab Pelancongan
2.0 Perancangan Tahunan:- Panel Penasihat adalah dikehendaki merancang dan menyediakan
kegiatan-kegiatan yang sesuai dengan kehendak PPD masing-masing dengan teratur dan terperinci.
3.0 Buku Rekod Kegiatan / Buku Log:- Semua aktiviti yang dijalankan hendaklah dicatatkan dalambuku rekod kegiatan. Catatan dalam buku log hendaklah dihantar ke Pejabat pada hari berikutnya.
Mulai Tahun 2010 Fail Dokumen bagi setiap unit kokurikulum diaktifkan.
4.0 Takwim / Kalendar kegiatan - Jawatankuasa komponen dikehendaki menyediakan taburan
kegiatan dan projek yang hendak dijalankan.
5.0 Daftar Ahli - Pengagihan dan pendaftaran Ahli hendaklah dibuat berdasarkan ketetapan olehJawatankuasa induk unit kokurikulum.
6.0 Kehadiran Ahli- Kehadiran ahli perlu dicatat dalam buku log perjumpaan atau projek yangdiadakan.
7.0 Stok- Sekiranya ada membeli alatan untuk latihan, hendaklah merekod stok alatan tersebut didalam buku log pada ruang yang disediakan.
8.0 Kutipan Yuran.- Semua kutipan kendaklah dengan kebenaran Guru Besar / Pentadbir.
Kadar yuran mengikut ketetapan mesyuarat unit kokurikulum. Kutipan untuk projek besar perlu
mendapat kebenaran Guru Besar dan memaklumkan kepada PIBG SKBR.Semua kutipan perlu menyimpan penyata kewangannya yang lengkap.
9.0 Ketetapan Masa - Hari Rabu jam 3.00 – 5.00 petang adalah masa perjumpaan yang
diwajibkan. Hari dan waktu lain boleh dibuat pertemuan mengikut keperluan dan peraturan atau arahansemasa.
10.0 Laporan - Penasihat / pemimpin dikehendaki menyediakan laporan setelah tamat sesuatupertandingan atau projek yang dijalankan.
11.0 Mesyuarat Agong- Penubuhan Jawatankuasa dan perjalanan mesyuarat hendaklah mengikut
lunas-lunas demokrasi berlandaskan perlembagaan persatuan / unit beruniform.
12.0 Pakaian - Guru dan murid hendaklah memakai pakaian yang sesuai dengan aktiviti yang
dijalankan. Guru / pemimpin dan ahli-ahli Unit beruniform hendaklah memakai pakaian seragam
unit berkenaan pada setiap kali mengadakan perjumpaan.
13.0 Perkembangan Staff. – Guru-guru bertauliah / berpengelaman dalam sesuatu bidang hendaklahmembimbing guru-guru yang kurang pengalaman dari masa kesemasa.
14.0 Keselamatam Murid - Keselamatan murid dalam dan luar kawasan sekolah semasa menjalankan
kegiatan adalah tanggungjawab semua guru peanihat/pemimpin yang bertugas.
Guru Penasihat/pemimpin hendaklah sentiasa mengawasi murid-murid.Murid-murid tidak sama sekali dibenarkan berlatih atau membuat sesuatu projek bersendirian tanpa
pengawasan guru penasihat/pemimpin.
15.0 Kebenaran Ibubapa / Penjaga :- Kebenaran ibubapa/ penjaga WAJIB diperolehi sebelummurid-murid dibawa keluar untuk pertandingan / lawatan / perkhemahan/ kursus dan lain-lain.
Sekiranya ibubapa/penjaga tidak memberi kebenaran, murid berkenaan tidak dibenarkan mewakilisekolah walaupun murid berkenaan adalah seorang yang berpotensi.
Setiap kali murid dibawa keluar, Borang Kebenaran ibubapa / penjaga perlu diisi dan ditandatangani
oleh ibubapa / penjaga.
Arahan JPNS: Bil(4) JPNS. SK2/Jld.ix. Bertarikh 24 Nov 1991.
Disediakan oleh:
Unit KokurikulumSK. Bukit Rokan (LKTP)73200 Gemencheh, N. Sembilan
BAHAGIAN SEKOLAH,JABATAN SEKOLAH,KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,PARAS 5, BLOK J (SELATAN),PISAT BANDAR DAMANSARA, Telefon :03-2556900 50604 KUALA LUMPUR. Fax : 03-2535150
Kawat : ”PELAJARAN”
KP(BS) 8591/Jil. IV (4)19 JULAI 1995
Semua Pengarah Pendidikan Negeri,
Y. Bhg. Dato’/Datuk/Tuan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1995PELAKSANAAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)
1.0 LATAR BELAKANG
1.1 Pelajar adalah aset yang amat berharga dalam menentukan arah pembangunan padamasa akan datang. Dalam konteks pendidikan kebangsaan kegiatan kokurikulummerupakan satu program penting bagi membangunkan potensi pelajar secaramenyeluruh. Secara umum kegiatan kokurikulum yang sedia ada telah berjayamembina disiplin pelajar serta meningkatkan minat mereka terhadap pembelajaran.Namun demikian masih banyak ruang yang perlu dipenuhi untuk mengatasi masalahgenerasi muda yang semakin mencabar bagi mengisi tuntutan ke arah negara maju,
kita perlu menyediakan golongan pelajar yang dinamik dan berkualiti serta mempunyaiperkembangan sahsiah yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, dan Intelak(JERI)
1.2 menyedari keperluan ini Kadet Remaja Sekolah (KRS) hendaklah ditubuhkan di semuasekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan seluruh negara sebagai salah satupasukan Pakaian Seragam di sekolah. Kewujudan KRS sekaligus dapat memenuhikepelbagaian citarasa, minat dan bakat pelajar berdasarkan objektif yangdikemukanakan
2.0 RASIONAL
Menyedari hakikat bahawa minat serta kecenderungan pelajar kepada pasukanpakaian seragam di sekolah amat ketara sedangkan peluang untuk menyertai amatterhad, wajarlah KRS ditubuhkan bagi tujuan memenuhi minat serta untuk mengatasimasalah salah laku di kalangan remaja seperti penyalahgunaan dadah, pontengsekolah, budaya lepak dan juvana. Oleh itu aktiviti KRS diharapkan dapatmengembangkan semua aspek potensi manusia berteraskan ilmu dan amal ke arahpembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni danmoral yang tinggi selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Melahirkan pelajar cemerlang yang berminat, berakhlak mulia, berilmu danberketrampilan selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara ke arahmenjayakan Wawasan 2020.
4.0 OBJEKTIF
4.1 Membina generasi bersemangat patriotik yang cintakan agama, bangsa dan negara.
4.2 Melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkanakhlak Islam serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidupbermasyarakat dan bernegara.
4.3 Menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperolehi pengetahuan, pengalaman,kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.
4.4 Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan di kalanganpelajar mengenai isu-isu semasa serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.
4.5 Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri,
berdaya saing, bersemangat juang, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagaicabaran hidup.
5.0 STRUKTUR ORGANISASI
5.1 Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah adalah sepertiberikut:
a. Penaungb. Penasihatc. Pengerusi
d. Timbalan Pengerusie. Naib Pengerusif. Setiausaha Kehormatg. Penolong Setiausaha Kehormath. Bendahari Kehormati. AJK yang dilantik
5.2 Jawatankuasa terdiri daripada empat peringkat:a. Peringkat Kebangsaanb. Peringkat Negeric. Peringkat Daerah
d. Peringkat Sekolah
Maklumat lengkap struktur organisasi boleh didapati dalam Perlembagaan KRS
6.0 KEAHLIAN
6.1 Keahlian KRS adalah terbuka kepada semua pelajar di sekolah kerajaan dan bantuankerajaan.
6.2 Ahli bersekutu KRS terbuka kepada semua pelajar yang menuntut di institusipendidikan selain daripada yang dinyatakan dalam perkara 6.1.
6.3 KRS yang dianggotai oleh ahli bersekutu diurus dan dibiayai oleh institusi di mana KRSitu ditubuhkan.
6.4 Keahlian KRS lucut serta merta apabila pelajar tersebut berhenti atau diberhentikandaripada menjadi pelajar berdaftar di sekolah/institusi seperti yang dinyatakan di atas.
7.0 KURIKULUM
7.1 Teras
a. Pendidikan Ketatanegaraan/Patriotismab. Latihan Fizikalc. Pendidikan Kerohanian
7.2 Umum
a. Aktiviti di Air b. Aktiviti di Daratc. Aktiviti Pengembaraand. Latihan Mentale. Latihan Kewarganegaraanf. Aktiviti Ketahanan Dirig. Aktiviti Pendidikan Luar h. Aktiviti Pendidikan Alam Sekitar i. Aktiviti Kemahiran Hidup (Keusahawanan)
j. Aktiviti Khidmat (Khidmat Masyarakat)
8.0 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN
8.1 Fokus utama pengurusan dan pelaksanaan aktiviti KRS peringkat Kebangsaan Negeridan Daerah ialah seminar dan bengkel konsep dan operasi KRS.
8.2 Kursus Pemimpin di peringkat sekolah menumpukan kepada aspek-aspek pelaksanaanaktiviti KRS.
9.0 YURAN KEAHLIAN
Yuran keahlian dikenakan sebanyak RM1.00 bagi setiap ahli.
10.0 PAKAIAN SERAGAM (UNIFORM)
Maklumat terperinci mengenai pakaian Seragam (Uniform) boleh didapati dalam bukuPerlembagaan KRS
Pelajar-pelajar dalam keadaan seperti berikut boleh dikecualikan daripada menyertaiKRS
12.1 Kes-kes Perubatan, Pelajar-pelajar yang telah disahkan oleh doktor mengidap sakit jantung, lelah dan lain-lain penyakit yang boleh membahayakan jika mengambil
bahagian dalam aktiviti KRS.
12.2 Kecacatan, Pelajar-pelajar yang mempunyai kecacatan angota tubuh yang bolehmembahayakan diri mereka jika mengambil bahagian dalam aktiviti KRS. Tetapisekiranya kecacatan mereka menjadi penghalang, pelajar-pelajar tersebut hendaklahdigalakkan mengambil bahagian dalam aktiviti yang sesuai bagi mereka.
12.3 Kelas Agama, Untuk pelajar-pelajar yang mengikuti kelas-kelas agama di waktupagi/petang, satu penyesuaian terhadap aktiviti KRS hendaklah diadakan. Untuk tujuanini, Pengetua hendaklah berunding dengan pihak sekolah/Jabatan berkenaan.
13.0 PEMANTAUAN
13.1 Tugas pemantauan hendaklah dilakukan oleh:
a. Pengarah Pendidikan Negerib. Pegawai Pendidikan Daerahc. Pengetuad. Ketua Penolong Pengarah dan Penyelia Kokurikulum JPNe. Penyelia Pejabat Pendidikan Daerah
13.2 Pemantauan merangkumi perkara-perkara berikut:
a. Laporan aktivitib. Laporan kewangan
14.0 Sila maklumkan kandungan Pekeliling ini bersama-sama dengan lampirannya kepadasemua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan di negeri Y. Bhg. Dato’/Datuk/Tuan.
Sekian, terima kasih.
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
(TAN SRI DATUK DR. WAN MOHD ZAHID BIN MOHD NORDIN)Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
S.K: 1. YB Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Hj. Abdul RazakMenteri Pendidikan Malaysia
PENGENALANKadet Remaja Sekolah (KRS) Malaysia merupakan satu-satunya pasukan beruniform yang
ditubuhkan di bawah naungan Kementerian Pelajaran Malaysia. Pasukan ini telah
diluluskan penubuhannya oleh Jemaah Menteri pada 18 Jan 1995. Penubuhannya telah disempurnakanoleh YB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak pada 20 Jun 1995 di Kuala Lumpur. Padapenghujung tahun tersebut seramai 300 orang guru seluruh negara telah diberikan kursus pendedahandan asas kejurulatihan KRS yang membolehkan mereka ditauliahkan sebagai pegawai.
Penubuhan KRS ini bermatlamat untuk ‘melahirkan pelajar cemerlang yang beriman,
berakhlak mulia, berilmu dan berketrampilan selaras dengan hasrat Falsafah PelajaranKebangsaan ke arah merealisasikan Wawasan 2020’. Rasionalnya, aktiviti-aktiviti KRS diharap akandapat mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arahpembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni dan moral yangtinggi.
Antara objektif penting yang terkandung dalam buku Kurikulum Latihan, Kadet Remaja Sekolahyang diterbitkan oleh Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1997 ialahmembina semangat patriotik, memberi sumbangan kepada kesejahteraan masyarakat, memberipeluang kepada pelajar dalam mengurus dan memimpin, memahami isu-isu semasa serta menjiwaisemangat perpaduan, beketrampilan, berdaya saing, baerdaya juang, kreatif dan inovatif dalammenempuh pelbagai cabaran hidup.
Ketika ini usia Kadet Remaja Sekolah telah pun lebih daripada satu dekad. Dalam tempohtersebut, pelbagai kemajuan dan kejayaan telah dicapai. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan termasuk aktiviti besar seperti perkhemahan perdana, pertandingan kawad, kursus-kursus pegawai dan kadet,sambutan ulangtahun, kembara duga dan sebagainya. KRS juga telah menganjurkan beberapa aktivitiyang melibatkan majlis-majlis rasmi seperti perarakan bendera, majlis pentauliahan, penyampaian sijildan kenaikan pangkat, majlis makan beradat, upacara pembukaan dan penutupan latihan, kursus,seminar, bengkel dan sebagainya.
Pada katika ini, belum ada panduan khusus yang boleh digunakan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan. Kebanyakan program tersebut dilaksanakan berdasarkan pengetahuan danpengalaman pegawai-pegawai berkenaan yang diperolehi daripada kegiatan mereka dalam pasukanberuniform seperti Askar Wataniah, Pasukan Kadet Bersatu Malaysia, Polis Di Raja Malaysia, PasukanBomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam dan pasukan-pasukan beruniform yang lain.
Walaupun secara amnya aktiviti-aktiviti tersebut berjaya dilaksanakan namun terdapat beberapakelemahan yang ketara khususnya dalam aspek pengendalian, tatacara dan protokolnya. Oleh keranaitu akan terdapat perbezaan-perbezaan tertentu semasa pelaksanaannya yang bergantung kepadapengetahuan dan pengalaman pegawai-pegawainya.
Penerbitan Buku Panduan Istiadat Kadet Remaja Sekolah (BPI) ini adalah satu usaha untuk menyelaras setiap aktiviti yang dirancang oleh pasukan ini supaya dapat mengurangkan perbezaan-perbezan dalam aspek pengendalian aktiviti-aktiviti tersebut. Oleh itu, walau di mana program atauaktiviti KRS dilaksanakan maka akan terdapat kesamaan daripada aspek tatacara dan protokolnya.Secara tidak langsung, semua program dan aktiviti yang dilaksanakan menjadi lebih mantap dansistematik.
1.2. MATLAMAT
Matlamat Buku Panduan Istiadat Kadet Remaja Sekolah ini diterbitkan adalah untuk dijadikanrujukan kepada semua organisasi Kadet Remaja Sekolah sama ada di peringkat sekolah, daerah,negeri dan kebangsaan dalam melaksanakan program dan aktivitinya. Buku ini mengandungi tatacarapelaksanaan program yang melibatkan istiadat dan protokol sama ada di peringkat pengurusan,pelaksanaan, pegawai atau anggota bawahan supaya setiap program yang dirancang dapatdilaksanakan mengikut peraturan yang telah ditetapkan dalam buku ini.