KERTAS KERJA PEMBINAAN MAKMAL KOMPUTER INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM 08000, SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN TAHUN CADANGAN : 2013
KERTAS KERJA
PEMBINAAN MAKMAL KOMPUTER
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
08000, SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN
TAHUN CADANGAN : 2013
1. PENDAHULUAN
Makmal Matematik (MM) perlu diwujudkan untuk membolehkan guru-guru pelatih
mendalami ilmu matematik. Selain daripada itu, ia juga berperanan untuk
mencambahkan minat pelajar terhadap mata pelajaran ini bagi melahirkan para
guru pelatih yang pintar dan cemerlang dalam matematik. Hal ini adalah kerana
pembinaan Makmal Matematik menyediakan satu kaedah baru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) Matematik. Para guru pelatih akan
mendapati bahawa proses pembelajaran akan menjadi bermakna, mudah
difahami, menyeronokkan dan seterusnya dapat melauskan ilmu pengetahuan
mereka tentang Matematik.
Sejajar dengan misi kementerian Pelajaran Malaysia iaitu
“Membangunkan Potensi Individu melalui Pendidikan Berkualiti”, maka saya,
Lam Pui Han sebagai guru pelatih di bawah Jabatan Matematik mengambil
inisiatif untuk membina sebuah makmal matematik di Institut Perguruan Kampus
Sultan Abdul Halin. Maka, dengan ini amatlah berharap cadangan ini
dipertimbangkan dan akan mendapat perhatian dari pihak-pihak yang berkenaan
bagi menjamin kecemerlangan guru pelatih dalam menguasai ilmu matematik
dan seterusnya mampu menyumbang ilmu yang diperoleh kepada generasi yang
akan datang.
2. RASIONAL & MATLAMAT
Tujuan utama Makmal Matematik ini diadakan ialah memberi peluang kepada
guru-guru pelatih untuk menimba ilmu matematik melalui kaedah Pengajaran dan
pembelajaran (P&P) yang baru. Guru-guru pelatih juga akan memperoleh
pengalaman yang banyak dalam menjalankan penerokaan dan penemuan
berkaitan masalah yang bersangkutan Matematik melalui penyediaan aset-aset
yang telah disediakan dalam Makmal Matematik bagi kemudahan pensyarah dan
guru pelatih . Dengan ini, para guru pelatih akan mendapat kesan yang realistik
kerana mereka boleh terlibat dalam gerak kerja sama ada secara individu atau
berkumpulan untuk mencari satu penyelesaian Matematik. Malahan, Makmal
Matematik turut dapat mengurangkan beban para pensyarah untuk menyediakan
peralatan mengajar kerana semuanya telah disediakan dalam Makmal
Matematik. Hal ini dapat meningkatkan profesionalisme mereka kerana mereka
dapat berfokus untuk menyampaikan satu input atau pengajaran dengan lebih
cekap dan profesional.
3. OBJEKTIF
Penggunaan yang optimum Makmal Matematik dalam kalangan guru pelatih
dapat :
a. Memberi motivasi kepada para guru pelatih untuk meneroka
pembelajaran matematik secara mendalam dan berterusan.
b. Membina sikap yang positif dalam matematik. Para guru pelatih akan
merasa seronok dengan matematik.
c. Memupuk perasaan kerjasama dan bertanggungjawab. Murid lebih
bertanggungjawab untuk menjaga asset atau peralatan dalam Makmal
Matematik.
d. Menghargai dan menghayati keindahan matematik menerusi kaedah
inquiri penemuan dan penerokaan.
e. Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah
matematik serta mencapai persetujuan bagi penyelesaian yang
didapati.
f. Memperkembangkan kekuatan berfikir secara kreatif dan kritis, logik
dan imaginasi melalui aktiviti Matematik sama ada secara kumpulan
atau individu.
g. Melahirkan guru pelatih yang dapat mengaplikasikan pengetahuan
Matematik sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.
h. Menghayati dan mengamalkan nilai murni seperti sikap positif,
bekerjasama dan bertanggungjawab.
4. LOKASI SASARAN
Bilik pengajaran Mikro (Tingkat dua Bangunan pentadbiran). Bilik ini
dijadikan pilihan kerana telah disediakan dengan beberapa kemudahan yang
dapat mengurangkan perbelanjaan bagi membina satu makmal komputer.
Sebagai contohnya, kerusi dan Interactive white board telah disediakan.
Malahan, keadaan bilik tersebut yang kondusif iaitu dari segi keluasan dan
juga dipasangkan dengan penghawa dingin nescaya dapat memberi
keselesaan kepada guru-guru pelatih untuk menuntut ilmu matematik di situ.
Gambar bilik tersebut boleh dirujuk pada lampiran.
5. Bahan – bahan yang diperlukan ( Anggaran perbelanjaan )
Dalam cadangan membina makmal matematik ini, terdapat banyak asset yang
perlu disediakan bagi memudahkan proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
Matematik dijalankan secara optimum.. Maka, Antaranya adalah aset yang
disediakan boleh dibahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama adalah aset
elektronik manakala bahagian kedua pula adalah aset yang bukan elektronik.
Oleh itu, dengan ini akan didemonstrasikan dalam bentuk jadual aset yang
diperlukan dalam Makmal Matematik yang dicadangkan beserta dengan
anggaran perbelanjaannya sekali
Aset-Aset Keperluan Makmal Matematik
Aset-aset elektronik
Bil Jenis barangan Kuantiti Anggaran Harga
(1 unit)
Jumlah (RM)
1. Komputer Pensyarah
(Jenama LENOVO)
1 RM 1049 1 x RM 1049
= RM 1049
2. Komputer Guru
Pelatih (Jenama
LENOVA)
12 RM 1049 12 x RM 1049
= RM 12588
3. Mesin Pencetak 3
dalam 1
1 RM 350 1 x RM 350
= RM 350
4. Projektor LCD
(ACER)
1 RM 2099 1 X RM 2099
= RM 2099
5. OHP 1 RM 499 1 x RM499
= RM 499
6. Pembesar Suara 1 RM 1299 1 x RM 1299
= RM 1299
JUMLAH RM 17884.00
Aset-aset bukan elektronik
Bil Jenis barangan Kuantiti Anggaran Harga Jumalah
(1 unit)
1. Almari Berkaca
a. Buku
b. Peralatan
c. Pameran
1
2
2
RM 509 5 x RM 509
= RM 2454
2. Meja panjang untuk
menempatkan
komputer.
4 RM 499 4 x RM 499
= RM 1996
3. Meja Amali 2 RM 220 2 x RM 220
= RM 440
4. Tong sampah 1 RM 4.90 1 x RM 4.90
= RM 4.90
5. Almari menyimpan
peralatan ICT
1 RM 299 1 x RM 299
= RM 229
JUMLAH RM 5123.90
Jadi, melalui anggaran perbelanjaan yang ditunjukkan di atas, dapat dilihat bahawa
saya telah mengklasifikasikan aset-aset kepada dua jenis iaitu elektronik dan bukan
elektronik.
∴ Jumlah anggaran perbelanjaan
= Aset – aset elektronik + aset-aset bukan elektronik
= RM 17884.00 + RM 5123.90
= RM 23007.90
Malahan, bahan-bahan lain yang perlu diletakkan sekali dalam makmal matematik
adalah seperti bahan-bahan alat bantu mengajar Matematik, buku-buku matematik,
peralatan matematik seperti sempoa dan penimbang, bahan maujud seperti kubus
dan sebagainya. Namun, semua ini tidak memerlukan sebarang perbelanjaan.
6.0 Pelan makmal Matematik
Seperti yang telah dinyatakan bahawa tempat yang dicadangkan untuk membina
makmal komputer adalah Bilik Pengajaran Mikro. Terdapat beberapa perubahan
mengenai susun atur peralatan haruslah diubah . Oleh itu, Pelan Makmal Matematik
berserta dengan petunjuk serta fungsi bagi setiap petunjuk tersebut akan ditunjukan
pada halaman-halaman seterusnya.
PELAN MAKMAL MATEMATIK
Berikut akan dijelaskan mengenai petunjuk bagi setiap satu butiran dalam pelan
Makmal Matematik disertakan dengan kegunaannya.
BIl Petunjuk Nama
Petunjuk
Kegunaan / catatan
1. Meja
Pensyarah
beserta
komputer
Meja pensyarah akan diletakkan di
hadapan sekali. Hal ini adalah untuk
memudahkan pensyarah memerhati
guru pelatih supaya proses
Pembelajaran dan Pengajaran (P&P)
bilik darjah dijalankan secara
terkawal.
Tambahan pula,meja pensyarah
disediakan juga bertujuan untuk
membolehkan pensyarah
menyediakan bahan-bahan yang ingin
disampaikan kepada guru pelatih
sebelum bermulanya P&P.
Bukan itu sahaja, para pensyrah juga
boleh meletakkan barangnya di atas
meja pensyarah yang disediakan.
Malahan, semua guru pelatih juga
akan mempunyai peluang untuk
bersoal jawab kerana pensyarah
dapat melihat dengan jelas jika
berada di hadapan.
2. Meja guru
pelatih
dengan
komputer
dipasang
dan kerusi.
Meja guru pelatih ini dapat
menampung seramai 6 orang guru
pelatih.
Komputer yang digunakan adalah
berbentuk LCD Jenama LEDOVO.
Maka, setiap meja akan disediakan
dengan 3 buah komputer. Setiap
komputer akan dikongsi oleh 2 orang
guru pelatih.
Seperti yang dapat kita perhatikan,
perkongsian meja dan cara
susunannya iaitu dari aspek setiap
guru pelatih akan menghadap satu
sama lain adalah bertujuan untuk
memudahkan aktiviti-aktiviti seperti
perbincangan, kerja kumpulan dan
inkuiri penemuan.
3. Sudut ICT Sudut ICT ini disediakan bertujuan
untuk menyimpan peralatan-peralatan
ICT seperti CD dan VCD berkaitan
dengan matematik. Selain itu, ia juga
akan dijadikan tempat untuk meletak
projector LCD,pembesar suara dan
OHP untuk mengelakkannya daripada
rosak.
Oleh hal yang demikian,
memandangkan benda-benda yang
disimpan di sudut ICT banyak akan
digunakan oleh para pensyarah
Matematik. Maka dengan itu, sudut ini
akan disediakan di hadapan tempat
meja pensyarah untuk memudahkan
pensyarah untuk mengambil apa
sahaja peralatan yang diperlukan.
4. Tong
sampah
Tong sampah disediakan di lokasi di
mana semua orang keluar masuk iaitu
di tepi pintu. Hal ini adalah untuk
memudahkan guru-guru pelatih untuk
membuang sampah kerana ia
diletakkan pada laluan yang bebas.
Malahan, tong sampah ini turut
disediakan untuk menjaga kebersihan
Makmal Matematik
5. Almari
bercermin
kaca
Almari bercermin kaca ini telah
disediakan sebanyak 5 buah.
Salah satu daripadanya akan
disediakan untuk menyimpan buku-
buku ilmiah/ rujukan matematik.
Dua buah lagi disediakan untuk
menyimpan peralatan matematik
seperti penimbang dan alat bantu
mengajar khususnya seperti bahan-
bahan maujud yang boleh digunakan
oleh guru pelatih untuk berlatih
menggunakannya untuk mengajar
murid-murid kelak.
Dua buah lagi adalah disediakan
untuk menyimpan hasil kerja guru-
guru pelatih seperti buku pop up dan
solid platonic dan Archimedes.
6. Interactive
White Board
(IWB)
Interactive White Board disediakan
sebagai tujuan untuk memudahkan
guru menyampaikan proses
pengajaran dan pembelajaran.
IWB memberi peluang kepada guru-
guru pelatih untuk lebih mendekatkan
diri kepada dunia ICT kerana IWB
telah disediakan dengan teknologi
yang canggih. Sebagai contohnya,
mereka boleh menulis dan melukis
dengan menggunakan ikon-ikon yang
disediakan dalam IWB.
7. Papan
kenyataan
Papan kenyataan disediakan untuk
melekatkan notis-notis yang penting,
jadual tugasan membersihkan
makmal matematik dan juga info-info
mengenai matematik noleh juga
dilekatkan.
8. Tempat
meletakkan
mesin
pencetak 3
in 1
Mesin pencetak ini disediakan untuk
tujuan memudahkan para guru pelatih
untuk membuat salinan jika terdapat
info penting yang diperlukan dalam
buku-buku yang disediakan dalam
Makmal Komputer.
Malahan, ia juga memudahkan
pensyarah kerana pensyarah boleh
membuat salinan kepada guru pelatih
jika didapati salinan yang dibuat
adalah tidak mencukupi.
9. Meja Amali Meja amali ini akan diletakkan di
bahagian paling belakang bilik Mikro.
Meja ini disediakan sekiranya murid
akan menjalankan aktiviti amali
seperti menghasilkan pop up atau
membuat teselasi dengan
menggunakan kentang.
Tujuan meja ini disediakan adalah
untuk mengelakkan sebarang
kerosakan atau kekotoran pada
komputer . kemungkinan teselasi
yang melibatkan penggunaan warna
akan mengotorkan tempat atau meja
meletakkan komputer.
7.0 Penutup
Besarlah harapan daripada pihak kami berharap bahawa semoga cadangan
pembinaan Makmal Matematik ini akan beroleh sokongan dari pihak Institut
Perguruan Kampus Sultan Abdul Halim. Semoga cadangan ini akan
dipertimbangkan dan seterusnya dilaksanakan dengan jayanya bagi mencapai
hasrat melahirkan guru-guru pelatih yang mencintai ilmu matematik dan seterusnya
mampu untuk menyampaikan ilmu yang diperoleh kepada generasi yang akan
datang. Moga- moga semua sumbangan dan bantuan yang diberi sama ada dari
segi perbelanjaan dan pembinaan akan mendapat keberkatan daripada Yang Maha
Berkuasa.
Disediakan oleh,
………………………………..
(LAM PUI HAN)
Ahli Jabatan Matematik
Institut Perguruan kampus Sultan Abdul Halim
LAMPIRAN
Gambar Bilik Pengajaran Mikro
Terletak di Bangunan Pentadbiran A Tingkat 2
Pengajaran Bilik Pengajaran Mikro dari belakang