Program Lawatan Sambil Belajar 17, 18, & 19 Mei 2013 “Oleokimia Mentransformasi Ke Arah Wawasan 2020” KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR ANJURAN: KELAB OLEOKIMIA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2012/2013 1. TUJUAN Tujuan kertas kerja ini adalah untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan kewangan dari Pusat Perkembangan Pelajar untuk Kelab Oleokimia mengadakan lawatan sambil belajar ke kilang-kilang oleokimia di sekitar Pasir Gudang, Johor. 2. PENGENALAN Program ini merupakan program tahunan Kelab Oleokimia kerana program ini dapat memberikan banyak pengetahuan yang berkaitan dengan oleokimia di samping memberi pendedahan dalam dunia pekerjaan. Program ini juga mendapat sokongan daripada Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi dan semua tenaga pengajar Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan. 3. MISI Menerapkan perasaan ingin tahu di kalangan mahasiswa/i tentang pengetahuan oleokimia, di samping melahirkan mahasiswa/i yang cemerlang dalam bidang akademik dan ko-kurikulum agar menjadi contoh dan inspirasi kepada warga Universiti Kebangsaan Malaysia yang lain. 4. MATLAMAT Lawatan ini diadakan bertujuan memberi pendedahan secara terperinci kepada pelajar oleokimia tentang kilang-kilang oleokimia dan pendedahan secara langsung tentang proses penghasilan produk berasaskan oleokimia.
14
Embed
KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR · PDF fileProgram Lawatan Sambil Belajar 17, 18, & 19 Mei 2013 ... KEBAJIKAN DAN JAMUAN -Makanan&Minuman i)Pensyarah ( RM 30.00 X 3 hari X 3....
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Program Lawatan Sambil Belajar
17, 18, & 19 Mei 2013
“Oleokimia Mentransformasi Ke Arah Wawasan 2020”
KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR
ANJURAN: KELAB OLEOKIMIA UNIVERSITI
KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2012/2013
1. TUJUAN
Tujuan kertas kerja ini adalah untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta
bantuan kewangan dari Pusat Perkembangan Pelajar untuk Kelab Oleokimia
mengadakan lawatan sambil belajar ke kilang-kilang oleokimia di sekitar Pasir
Gudang, Johor.
2. PENGENALAN
Program ini merupakan program tahunan Kelab Oleokimia kerana program ini dapat
memberikan banyak pengetahuan yang berkaitan dengan oleokimia di samping
memberi pendedahan dalam dunia pekerjaan. Program ini juga mendapat sokongan
daripada Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi dan semua tenaga
pengajar Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan.
3. MISI
Menerapkan perasaan ingin tahu di kalangan mahasiswa/i tentang pengetahuan
oleokimia, di samping melahirkan mahasiswa/i yang cemerlang dalam bidang
akademik dan ko-kurikulum agar menjadi contoh dan inspirasi kepada warga
Universiti Kebangsaan Malaysia yang lain.
4. MATLAMAT
Lawatan ini diadakan bertujuan memberi pendedahan secara terperinci kepada pelajar
oleokimia tentang kilang-kilang oleokimia dan pendedahan secara langsung tentang
proses penghasilan produk berasaskan oleokimia.
Program Lawatan Sambil Belajar
17, 18, & 19 Mei 2013
“Oleokimia Mentransformasi Ke Arah Wawasan 2020”
5. OBJEKTIF
5.1 Mendedahkan secara terperinci kepada para pelajar tentang pemprosesan
bahan mentah oleokimia.
5.2 Memberikan peluang kepada pelajar-pelajar tahun dua untuk memilih tempat
untuk menjalani latihan industri pada semester tiga tahun dua.
5.3 Menggalakkan pelajar aktif dalam setiap program yang dijalankan dan
mencungkil bakat-bakat baru yang mempunyai kredibiliti kepimpinan.
5.4 Mewujudkan kerjasama dan perpaduan yang erat di antara ahli kelab yang
berbilang kaum.
6. TEMA
“Oleokimia Mentransformasi Negara Ke Arah Wawasan 2020”
7. ANJURAN
Kelab Oleokimia,
Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan (PPSKTM),