LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE USS ENGINEERING & TRADING Satu Lawatan sambil belajar telah diadakan dengan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal berkenaan aplikasi ilmu dan kemahiran yang telah dan akan dipelajari berkaitan proses kejuruteraan pembuatan termaju. Lawatan ke USS Engineering &Trading yang bertempat di Kawasan Industri Mara (KIM), Batu Caves, Selangor, Selangor Darul Ehsan telah berlangsung pada 28 Januari 2014 bersamaan hari Selasa dengan jayanya. Antara objektif yang disasarkan pada lawatan kali ini adalah mengadakan hubungan kerjasama dalam bidang berkaitan kejuruteraan, khususnya bidang Kejuruteraan Mekanikal, memberi pendedahan kepada pelajar tentang aplikasi kejuruteraan masa kini yang terdapat di USS Engineering & Trading, memberi ilmu dan pengalaman awal kepada para pelajar terhadap laluan kerjaya mereka setelah tamat pengajian serta menyuntik inspirasi dan semangat para pelajar untuk terus fokus dalam memperlengkapkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kejuruteraan mahupun bidang keusahawanan yang ditawarkan oleh pihak MARA. Lawatan kali ini, disertai oleh pelajar dari semester 2, seramai 36 orang dan 4 orang pensayarah pengiring. Gambar Lawatan a) En Sabri, Pengarah, Syarikat USS Engineering & Trading, turut turun padang meraikan kedatangan pihak JKM, PNS. b) Demonstrasi produk inovasi oleh staf syarikat terhadap produk yang sedang dibangunkan. c) En. Sabri menerangkan serba ringkas porduk inovasi syarikat yang mendapat pengiktirafan peringkat kebangsaan. d) Pelajar diberi peluang melihat dengan lebih dekat lagi produk yang dihasilkan syarikat.