DESTINASI SISWA 7- 11 APRIL 2014 1 Khidmat Siswa Merentas Borneo KERTAS KERJA DESTINASI SISWA KOLEJ UNGKU OMAR SESI 2013/2014 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 1.0 TUJUAN Pengusulan kertas kerja ini adalah bagi tujuan memohon kelulusan serta bantuan kewangan dari Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) untuk menganjurkan program Destinasi Siswa Kolej Ungku Omar bagi sesi 2013/2014. Selain itu, kertas kerja ini juga bertujuan untuk mendapatkan penajaan daripada badan-badan kerajaan dan swasta dengan harapan membantu melancarkan perlaksanaan program dan memberi makluman secara teperinci mengenai program kepada pihak yang terlibat. 2.0 PENGENALAN Destinasi Siswa (DeSis) merupakan salah satu program di Kolej Ungku Omar, Universiti Kebangsaan Malaysia pada semester kedua pengajian bagi sesi 2013/2014. Idea untuk menganjurkan program Destinasi Siswa ini terbit berasaskan kepada kesinambungan program- program yang pernah dianjurkan oleh Sekretariat Hal Ehwal Luar dan Pengantarabangsaan (HELA) di Kolej Ungku Omar. Di samping itu, ahli HELA turut melihat situasi di sebahagian tempat yang kurang mendapat pendedahan tentang arah tuju anak muda selepas tamat persekolahan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) amnya dengan melaksanakan satu program berbentuk motivasi dan pengetahuan. Atas dasar ingin membantu anak bangsa yang hidup sama dalam rumpun 1Malaysia, telah memimpin kata sepakat untuk memilih negeri Sarawak sebagai destinasi pilihan. Sebagai sebuah negeri yang terbesar di Malaysia, adalah menjadi kebanggaan dapat menjejakkan kaki ke bumi kenyalang itu untuk menabur bakti bergelar mahasiswa. Biarpun direntasi oleh Laut Cina Selatan, ia bukan penghalang untuk mencurah bakti pada mereka yang memerlukan serta berkongsi curahan idea anak muda Generasi Y ini dalam menyatu-padukan bangsa Malaysia. Maka, tema yang dipilih kali ini ialah “ Khidmat Siswa Merentas Borneo”. Ungkapan tersebut dalam erti kata lain adalah satu bentuk khidmat kesukarelawanan mahasiswa kepada masyarakat setempat bagi mengurangkan jurang sosial di samping
16
Embed
KERTAS KERJA DESTINASI SISWA KOLEJ UNGKU … · sepakat untuk memilih negeri Sarawak sebagai destinasi pilihan. Sebagai sebuah negeri yang terbesar di Malaysia, ...
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
DESTINASI SISWA
7- 11 APRIL 2014
1
Khidmat Siswa Merentas Borneo
KERTAS KERJA
DESTINASI SISWA
KOLEJ UNGKU OMAR
SESI 2013/2014
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 TUJUAN
Pengusulan kertas kerja ini adalah bagi tujuan memohon kelulusan serta bantuan
kewangan dari Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) untuk menganjurkan program
Destinasi Siswa Kolej Ungku Omar bagi sesi 2013/2014. Selain itu, kertas kerja ini juga
bertujuan untuk mendapatkan penajaan daripada badan-badan kerajaan dan swasta
dengan harapan membantu melancarkan perlaksanaan program dan memberi makluman
secara teperinci mengenai program kepada pihak yang terlibat.
2.0 PENGENALAN
Destinasi Siswa (DeSis) merupakan salah satu program di Kolej Ungku Omar, Universiti
Kebangsaan Malaysia pada semester kedua pengajian bagi sesi 2013/2014. Idea untuk
menganjurkan program Destinasi Siswa ini terbit berasaskan kepada kesinambungan
program- program yang pernah dianjurkan oleh Sekretariat Hal Ehwal Luar dan
Pengantarabangsaan (HELA) di Kolej Ungku Omar. Di samping itu, ahli HELA turut
melihat situasi di sebahagian tempat yang kurang mendapat pendedahan tentang arah tuju
anak muda selepas tamat persekolahan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) amnya dengan
melaksanakan satu program berbentuk motivasi dan pengetahuan. Atas dasar ingin
membantu anak bangsa yang hidup sama dalam rumpun 1Malaysia, telah memimpin kata
sepakat untuk memilih negeri Sarawak sebagai destinasi pilihan. Sebagai sebuah negeri
yang terbesar di Malaysia, adalah menjadi kebanggaan dapat menjejakkan kaki ke bumi
kenyalang itu untuk menabur bakti bergelar mahasiswa. Biarpun direntasi oleh Laut Cina
Selatan, ia bukan penghalang untuk mencurah bakti pada mereka yang memerlukan serta
berkongsi curahan idea anak muda Generasi Y ini dalam menyatu-padukan bangsa
Malaysia. Maka, tema yang dipilih kali ini ialah “ Khidmat Siswa Merentas Borneo”.
Ungkapan tersebut dalam erti kata lain adalah satu bentuk khidmat kesukarelawanan
mahasiswa kepada masyarakat setempat bagi mengurangkan jurang sosial di samping
DESTINASI SISWA
7- 11 APRIL 2014
2
Khidmat Siswa Merentas Borneo
memberi pendedahan kepada para pelajar Sijil Tinggi Malaysia (SPM) dalam
menentukan destinasi mereka selepas tamat persekolahan terutama di sekolah luar
bandar. Program ini juga bertujuan untuk melahirkan semangat kebertanggungjawaban
mahasiswa yang terdiri daripada pelbagai latar belakang di samping mengeratkan
perpaduan selaras dengan moto Kolej Ungku Omar iaitu “ Berpadu Bertambah Mutu”.
Oleh yang demikian, adalah diharapkan agar program ini akan berjalan dengan lancar dan
jayanya sekaligus memberi impak tinggi kepada mahasiswa dalam meningkatkan mutu
dan rasa tanggungjawab seterusnya menjadi satu kenangan indah yang sentiasa diingati.
3.0 MISI
Sebagai pihak jawatankuasa pelaksana, adalah menjadi tanggungjawab untuk
memastikan kelancaran program ini dengan
3.1 Mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti supaya
dapat membentuk mahasiswa/i yang berketerampilan dan berdisiplin.
3.2 Melaksanakan program selari dengan matlamat pengisian-pengisian yang
ditetapkan dan objektif-objektif yang telah digariskan.
3.3 Menjaga nama baik universiti dan kolej sebelum, sepanjang dan selepas
pelaksanaan program.
DESTINASI SISWA
7- 11 APRIL 2014
3
Khidmat Siswa Merentas Borneo
4.0 MATLAMAT
Pihak jawatankuasa pelaksana telah menetapkan matlamat penganjuran program adalah
4.1 Menerapkan nilai-nilai murni seperti kasih sayang, bantu-membantu, semangat
bersatu padu dan sebagainya ke dalam diri setiap individu yang hadir.
4.2 Mengukuhkan semangat membina dan mengharumkan nama Kolej Ungku Omar
ke peringkat yang lebih tinggi.
4.3 Membentuk mahasiswa/i yang berketerampilan dalam semua aspek di samping
membentuk sahsiah diri, sifat kepimpinan serta cara pengurusan organisasi yang
efektif.
4.4 Menjaga dan memelihara kebajikan warga kolej agar para pelajar berasa bertuah
menetap di Kolej Ungku Omar
5.0 OBJEKTIF
Selari dengan 8 Kontrak Pembelajaran Pelajar, pihak jawatankuasa pelaksana
menggariskan beberapa objektif yang perlu dicapai;
5.1 Melatih para pelajar dalam kemahiran berkomunikasi seperti menggunakan
kemahiran bukan lisan (penampilan fizikal, gerak tubuh dan hubungan mata) yang
sangat berkesan, mendengar dan memberi maklum balas yang relevan dengan
cepat, menyampaikan idea secara lisan dan bertulis, berunding ke arah mencapai
keputusan dengan menghormati pandangan orang lain dan sebagainya.
5.2 Memperkemaskan lagi kemahiran kepimpinan & kerja berpasukan yang ada
pada pelajar seperti menerima tanggungjawab, merancang dan mengurus,
memberi arahan dan mengagihkan tugas, menyelesaikan satu tugasan multi
dimensi, membantu rakan-rakan secara proaktif serta membina kerja berpasukan
untuk mencapai matlamat yang disepakati.
5.3 Melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran pengurusan maklumat dan
pembelajaran sepanjang hayat seperti merancang strategi, meneroka
isu/masalah serta mengumpul dan menguruskan maklumat secara kendiri.
DESTINASI SISWA
7- 11 APRIL 2014
4
Khidmat Siswa Merentas Borneo
5.4 Mencungkil idea kreativiti dan inovatif pelajar seperti mencadangkan
idea/inovasi yang baru, mensintesis tentang maklumat yang relevan, boleh
menunjukkan keupayaan penuh dalam menguruskan sumber dan pelaksanaan
rancangan, menawarkan satu penilaian yang baik kepada nilai komersial dan
sebagainya.
5.5 Mendedahkan kepada pelajar kemahiran keusahawanan dalam mencari dana
bagi melancarkan majlis.
5.6 Mewujudkan nilai, sikap, etika dan profesionalisme pada setiap individu agar
melaksanakan tanggungjawab dengan integriti dan amanah,menunjukkan tingkah
laku profesional serta menunjukkan sikap kesukarelawanan.
6.0 TEMA
“ KHIDMAT SISWA MERENTAS BORNEO”
7.0 ANJURAN
Sekretariat Hal Ehwal Luar dan Pengantarabangsaan
Kolej Ungku Omar
Sesi 2013/2014
Universiti Kebangsaan Malaysia.
8.0 TARIKH DAN MASA
Program ini dicadangkan untuk diadakan pada:
Tarikh : 7 – 11 April 2014
Hari : Isnin – Jumaat
Masa : 8.00 pagi – 10.30 malam
DESTINASI SISWA
7- 11 APRIL 2014
5
Khidmat Siswa Merentas Borneo
10.0 TEMPAT PROGRAM
Tempat program akan dijalankan ialah di Kuching, Sarawak.
11.0 PUBLISITI
Publisiti bagi majlis ini bercadang dilaksanakan sekitar Kolej Ungku Omar khususnya
dan Universiti Kebangsaan Malaysia amnya menerusi :
i. Facebook
ii. Bunting
iii. Kain rentang
iv. Siaraya
v. Digital Board UKM
Facebook digunakan sebagai medium untuk menyalurkan segala maklumat tentang
program di dalamnya dari masa ke semasa. Bunting dan kain rentang pula akan
digantung di sekitar tempat kejadian manakala hebahan menerusi siaraya akan dilakukan
ketika program-program dan aktiviti-aktiviti yang berlangsung di Kolej Ungku Omar
yang dijangka akan berlangsung sebelum program ini. Jawatankuasa pelaksana juga
bercadang menghebahkan mengenai majlis ini menggunakan skrin digital yang terletak di
hadapan pintu masuk utama Universiti Kebangsaan Malaysia dua minggu atau seminggu
sebelum program ini berlangsung.
12.0 CADANGAN PERASMI
Cadangan perasmi Destinasi Siswa Kolej Ungku Omar sesi ini adalah seperti berikut :
Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak : YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad
Morshidi bin Abdul Ghani
Ahli Parlimen Petrajaya : YB Datuk Fadillah Yusuf
DESTINASI SISWA
7- 11 APRIL 2014
6
Khidmat Siswa Merentas Borneo
13.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM
i. Sasaran peserta :
Program ini melibatkan ahli Sekretariat HELA Kolej Ungku Omar, para
pelajar SPM dari SMK Semera, dan penduduk Kampung Semera.
Jumlah urusetia :
36 orang
14.0 STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk Lampiran A
15.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran B
16.0 PERINCIAN PROGRAM
Rujuk Lampiran C
17.0 BELANJAWAN
18.0
Rujuk Lampiran D
19.0 PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat, sila
hubungi :
Eksekutif Hal Ehwal Luar dan Pengantarabangsaan
Majlis Eksekutif Pelajar (MEP)
Kolej Ungku Omar, Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan.
(u/p : Zaifa Raziya Binti Amir, Ketua Pengarah Program)