Kertas Kerja Program Bina Insan Guru Semester 5 PISMP IPGM Sains 1 2009 INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS DARULAMAN 06000, JITRA KEDAH DARUL AMAN KERTAS KERJA PROGRAM BINA INSAN GURU PISMP IPGM SAINS 1 SEMESTER 5 “LAWATAN BENCHMARKING” SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ SYED OMAR, JALAN SULTANAH BAHIYAH, 05350 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN Disediakan oleh: Jawatankuasa Program BIG Semester 5 PISMP SAINS 1 IPGM 2009 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Kertas Kerja ProgramBina Insan Guru Semester 5 PISMP IPGM Sains 1 2009
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKAMPUS DARULAMAN
06000, JITRA
KEDAH DARUL AMAN
KERTAS KERJA
PROGRAM BINA INSAN GURU
PISMP IPGM SAINS 1 SEMESTER 5
“LAWATAN BENCHMARKING”
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
DATO’ SYED OMAR,
JALAN SULTANAH BAHIYAH,
05350 ALOR SETAR,
KEDAH DARUL AMAN
4 MAC 2009Disediakan oleh:
Jawatankuasa Program BIG Semester 5 PISMP SAINS 1 IPGM 20091
Kertas Kerja ProgramBina Insan Guru Semester 5 PISMP IPGM Sains 1 2009
PROGRAM BINA INSAN GURU SEMESTER 5 2009
PISMP IPGM SAINS 1
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KAMPUS DARULAMAN
Kandungan Muka surat
1. Pengenalan Bina Insan Guru
2. Rasional Bina Insan Guru
3. Objektif
4. Tarikh
5. Tempat
6. Peserta Kursus
7. Mentor
8. Ahli Jawatankuasa Kursus Bina Insan Guru PISMP IPGM 2009
9. Anggaran Kewangan
10. Pengangkutan
11. Jadual Program
12. Makanan
14. Penutup
14. Lampiran :
I. Senarai Nama Peserta Kursus
II. Jadual Program
Disediakan oleh:Jawatankuasa Program BIG Semester 5 PISMP SAINS 1 IPGM 2009
2
Kertas Kerja ProgramBina Insan Guru Semester 5 PISMP IPGM Sains 1 2009
1. Pengenalan
Program Bina Insan Guru merupakan suatu program yang dirangka khas untuk memenuhi
syarat guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bagi memperoleh Ijazah
Sarjana Muda Perguruan. Program ini diletakkan di bawah komponen Asas Dinamika Guru
(ADG), pelaksanaan program Bina Insan Guru merupakan suatu mekanisme tambahan dalam
pembentukan nilai jati diri guru-guru pelatih ke arah membentuk insan guru yang menepati
keperluan negara dan juga senada dengan Falsafah Pendidikan Negara dan juga mematuhi prinsip-
prinsip yang dijunjung dalam Rukun Negara.
Proses pembinaan insan guru dibina berlandaskan kepada aspek kesedaran bahawa
profession perguruan adalah profesion yang mulia dan memerlukan sikap dan tanggungjawab
yang tinggi. Insan guru juga dilihat sebagai golongan yang dapat membina generasi yang
cemerlang dan gemilang di samping menjadi ‘insan contoh’ kepada masyarakat.
Pada kali ini Bina Insan Guru berteraskan kepada pengurusan dan budaya sekolah.
“Lawatan Penanda Arasan” atau “Lawatan Benchmarking ” menjadi tugasan BIG yang
merupakan lawatan yang menumpukan kepada sekolah cemerlang dan juga sekolah harapan.
Selain daripada sekadar lawatan, program ini juga turut menekankan kepada pemerhatian terhadap
kepimpinan, pengurusan, iklim, infrastruktur dan infostruktur di sekolah tersebut. Penekanan
kepada aspek-aspek berikut amat penting sebagai hasil pemahaman insan guru terhadap
tanggungjawab profesion perguruan.
Oleh itu, guru memerlukan kekuatan dan kemantapan dalam diri dari aspek yang lengkap
iaitu jasmani, emosi, rohani atau intelek. Sebagai insan yang bergelar guru adalah menjadi suatu
kewajipan untuk menampilkan peribadi dan jati diri yang baik di samping meningkatkan kualiti
dan ketrampilan diri. Oleh itu, pengisian-pengisian positif, penerapan nilai-nilai murni dan
pengamalannya juga perlu disemai dalam diri guru agar ia menjadi contoh dan ikutan kepada anak
didik khususnya dan masyarakat amnya dalam mengharungi cabaran di era globalisasi.
Disediakan oleh:Jawatankuasa Program BIG Semester 5 PISMP SAINS 1 IPGM 2009
3
Kertas Kerja ProgramBina Insan Guru Semester 5 PISMP IPGM Sains 1 2009
2. Rasional
Program ini dilaksanakan dengan harapan dapat membina insan guru yang berkualiti dan
efektif bertepatan dengan tema lawatan yang ingin diadakan berorientasi kepada pengurusan dan
budaya sekolah. Program ini merupakan batu asas kepada penterjemahan makna tugas guru yang
lebih efisyen. Menurut Stephen Covey di dalam bukunya yang berjudul “Stephen Covey's Seven
Habits of Highly Effective People” yang menekankan ke arah pembentukan manusia yang efeketif
berlandaskan nilai-nilai dan prinsip-prinsip di antaranya adalah seperti proaktif, fokus kerja dan
keutamaan kepada perkara yang lebih penting.
Justeru, lawatan ini akan memberi pendedahan kepada bakal guru tentang gerak kerja
dalam pengurusan di sekolah dengan lebih jelas serta dapat memberi gambaran awal tugas guru
supaya dapat membina suatu stigma bahawa guru perlu lebih eifisyen di dalam pengurusan di
sekolah. Guru efektif merupakan guru yang cemerlang di dalam pengurusan di sekolah seiring
dengan pengajaran dan pembelajaran di kelas.
Di samping itu, guru-guru pelatih PISMP Sains dapat membina keyakinan diri dalam
menghadapi cabaran semasa, menimbulkan kesedaran dan keinsafan dalam membentuk jati diri
sebagai seorang guru. Ini bertujuan untuk mencapai cita-cita murni membentuk peribadi seorang
insan yang berwawasan seterusnya membantu membina realiti wawasan negara.
Disediakan oleh:Jawatankuasa Program BIG Semester 5 PISMP SAINS 1 IPGM 2009
4
Kertas Kerja ProgramBina Insan Guru Semester 5 PISMP IPGM Sains 1 2009
3. Matlamat
Selepas mengikuti program Bina Insan Guru, para guru pelatih PISMP Sains diharapkan
dapat :
3.1. Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan dan patuh kepada tuntutan agama.
3.2. Memiliki semangat berpasukan, semangat juang yang tinggi serta sikap muhibah di
antara satu sama lain.
3.3. Mempunyai disiplin dan komitmen yang tinggi dalam apa jua keadaan.
3.4. Menyesuaikan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran sebagai seorang pendidik.
3.5. Memperkembangkan potensi diri sebagai pendidik dengan mengamalkan refleksi dan
penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan.
4. Objektif
Sasaran kepada guru pelatih PISMP Sains selepas mengikuti lawatan agar dapat:
4.1 Menghayati nilai-nilai dan sifat-sifat kepimpinan.
4.2 Mendalami pengurusan sekolah secara lebih efektif dan terancang.
4.3 Membudayakan elemen sekolah cemerlang dan penyesuaian iklim di sekolah.
4.4 Mengetahui kepentingan infrastruktur dan juga pengendaliannya.
4.5 Memahami perlaksanaan infostruktur di sekolah dengan lebih efisyen.
4. Tarikh
Program Bina Insan Guru PISMP Sains 1 Semester 5 2009 ini akan diadakan pada hari
Khamis, 4 Mac 2009.
5. Tempat
Program ini akan diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Syed Omar, Jalan