KERTAS KERJA LAWATAN SILANG BUDAYA KE YOGYAKARTA TARIKH 24 – 27 JANUARI 2014 (JUMAAT - ISNIN) TEMPAT YOGYAKARTA, INDONESIA ANJURAN KELAB KEBUDAYAAN KOLEJ DATO’ ONN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2013/2014 TEMA “KEBUDAYAAN PEMANGKIN HUBUNGAN NEGARA”
12
Embed
KERTAS KERJA LAWATAN SILANG BUDAYA KE Pagilaran & Taman Sari - Masangin 12.00 tgh hari Rehat dan makan 2.00 petang - Membuat lawatan ke Siti Hinggil Selatan untuk menonton wayang kulit
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
KERTAS KERJA
LAWATAN SILANG BUDAYA KE
YOGYAKARTA
TARIKH
24 – 27 JANUARI 2014
(JUMAAT - ISNIN)
TEMPAT
YOGYAKARTA, INDONESIA
ANJURAN
KELAB KEBUDAYAAN KOLEJ DATO’ ONN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2013/2014
TEMA
“KEBUDAYAAN PEMANGKIN HUBUNGAN NEGARA”
Lawatan Silang Budaya ke Yogyakarta
24-27 Januari 2014
2
KERTAS KERJA
LAWATAN SILANG BUDAYA KE
YOGYAKARTA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon pertimbangan kelulusan serta bantuan kewangan dari
Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) untuk mengadakan lawatan silang budaya ke Yogyakarta.
2.0 PENGENALAN
Kelab Kebudayaan telah merancang untuk mengadakan lawatan silang budaya ke Yogyakarta
yang bertujuan untuk memperkenalkan budaya masyarakat Yogyakarta kepada pelajar Kolej
Dato’ Onn di samping menjalinkan hubungan baik dengan pelajar di Universitas Gadjah Mada,
Yogyakarta.
3.0 MISI
Untuk melahirkan pelajar yang berilmu bukan sahaja dalam akademik tetapi juga melahirkan
pelajar yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui penglibatan
dalam bidang kesenian. Dengan mengadakan lawatan silang budaya ini, pelajar akan didedahkan
dengan budaya masyarakat Yogyakarta dengan harapan mereka dapat mengenali dan menghayati
perbezaan budaya antara dua negara.
4.0 MATLAMAT
Matlamat untuk mengadakan program ini adalah :
4.1 Memperkenalkan budaya masayarakat Yogyakarta kepada pelajar Kolej Dato’
Onn, Universiti Kebangsaan Malaysia.
4.2 Menjalinkan hubungan baik antara pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia
dengan pelajar Universitas Gadjah Mada.
Lawatan Silang Budaya ke Yogyakarta
24-27 Januari 2014
3
5.0 OBJEKTIF
5.1 Melaksanakan aktiviti yang bertujuan membangunkan sahsiah diri dan personaliti
individu yang merangkumi nilai kemasyarakatan dan kenegaraan melalui elemen
kesenian
5.2 Membangunkan potensi dan identiti individu melalui pengetahuan dan kemahiran
serta memupuk semangat kesenian dalam kalangan pelajar
5.3 Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan pelajar dan secara langsung dapat
membina semangat berpasukan dalam kalangan pelajar.
5.4 Mendedahkan kepada pelajar tentang aktiviti pengantarabangsaan.
6.0 TEMA
“KEBUDAYAAN PEMANGKIN HUBUNGAN NEGARA”
7.0 ANJURAN
Kelab Kebudayaan Kolej Dato’ Onn sesi 2013/2014,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
8.0 TARIKH DAN MASA
Program ini dicadangkan akan diadakan pada :
Tarikh : 24 – 27 Januari 2014
9.0 TEMPAT PROGRAM
Tempat yang dicadangkan:
Universitas Gadjah Mada, Yogyakarta, Indonesia.
Lawatan Silang Budaya ke Yogyakarta
24-27 Januari 2014
4
10.0 PENGLIBATAN AHLI PROGRAM
Jumlah penglibatan :
- Penasihat I : Prof. Datin Noor Aziah Hj. Mohd Awal
II : Prof. Madya Dr. Jasri Jamal
- Felo : Encik Roslan Bin Ja’afar
- Pelajar : 15 orang
11.0 STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk lampiran A
12.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk lampiran B
Lawatan Silang Budaya ke Yogyakarta
24-27 Januari 2014
5
13.0 PERINCIAN PROGRAM
13.1 Lawatan Ke Universitas Gadjah Mada
Mengadakan sesi dialog antara pelajar kebudayaan UKM – UGM. Berharap agar pelajar-
pelajar daripada dua buah university ini dapat berkongsi pengalaman tentang menyertai
aktiviti kebudayaan. Lawatan ke Pusat Kebudayaan Koesnadi Hardjasoemantri yang
sememangnya terkenal dengan aktiviti kesenian dan kebudayaan diharapkan agar dapat
memberi pendedahan kepada para pelajar kebudayaan Kolej Dato’ Onn.
13.2 Mengadakan persembahan kebudayaan Malaysia
Para pelajar kebudayaan Kolej Dato’ Onn akan mempersembahkan persembahan tarian
tradisional dari Malaysia kepada pelajar-pelajar Universitas Gadjah Mada.
13.3 Lawatan ke tempat-tempat kebudayaan dan bersejarah
i. Istana Sri Sultan
ii. Siti Hinggil
iii. Masjid Gede Kauman
iv. Lawatan Ke Tugu Monumen
v. Demonstrasi Seni Mempertahankan Diri di dataran UGM
vi. Kuil Borobudur
vii. Mirota Batik
viii. Lawatan Ke Saptohoedojo Art Gallery
ix. Lawatan ke Kuil Prambanan
Lawatan Silang Budaya ke Yogyakarta
24-27 Januari 2014
6
14.0 BELANJAWAN
Rujuk lampiran C
15.0 PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan, dan urusan surat menyurat, sila hubungi: