KERTAS KERJA BAKTI SISWA : KE PUNCAK MENARA TARIKH 15-17 MAC 2013 TEMPAT SMK TUN ABDUL RAZAK, SELEKOH, PERAK ANJURAN: BAHAGIAN KEROHANIAN DAN SIVIK MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR (MEP) KOLEJ ANTARABANGSA IBU ZAIN (IZISH) TEMA “PELAJAR CEMERLANG, GENERASI TERBILANG”
12
Embed
KERTAS KERJA BAKTI SISWA : KE PUNCAK MENARA · PDF filemahasiswa akan menyediakan beberapa modul tentang bagaimana untuk ... membantu dalam membina pelajar sekolah yang cakna akan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
KERTAS KERJA BAKTI SISWA : KE PUNCAK MENARA
TARIKH 15-17 MAC 2013
TEMPAT SMK TUN ABDUL RAZAK, SELEKOH, PERAK
ANJURAN: BAHAGIAN KEROHANIAN DAN SIVIK MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR (MEP)
KOLEJ ANTARABANGSA IBU ZAIN (IZISH)
TEMA
“PELAJAR CEMERLANG, GENERASI TERBILANG”
Bakti Siswa : Ke Puncak Menara
15, 16 & 17 Mac 2013
2
KERTAS KERJA PROGRAM BAKTI SISWA : KE PUNCAK MENARA
KOLEJ ANTARABANGSA IBU ZAIN (IZISH) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 TUJUAN
Kertas cadangan ini disediakan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan kewangan dari pihak Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPeL) untuk mengadakan Program Bakti Siswa : Ke Puncak Menara pada 15-17 Mac 2013 bertempat di SMK Tun Abdul Razak, Perak.
2.0 PENGENALAN
Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yasin pernah berkata: “Kita hendak
lihat apa masalah pendidikan pelajar-pelajar luar bandar. Adakah disebabkan
infrastruktur yang tidak lengkap, kurang peralatan, kualiti guru, kurang guru,
persekitaran pembelajaran yang tidak sesuai atau sikap ibu bapa yang
menyebabkan anak-anak hilang tumpuan terhadap pelajaran.”. Jelas di sini
bahawa terdapat sesuatu perkara yang menyebabkan para pelajar di kawasan
luar bandar dan pedalaman mempunyai masalah dalam sesi pembelajaran
mereka.
Selain itu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin juga
mengatakan bahawa hanya 35% daripada seluruh pelajar-pelajar tahun 1 ijazah
sarjana muda IPTA adalah pelajar-pelajar dari kawasan luar bandar dan
pedalaman. Maka, apabila dinisbahkan kepada semua IPTA, hanya 2.8%
pelajar-pelajar tahun 1 dari luar bandar dan pedalaman berada di setiap IPTA.
Maka, persoalannya, mengapa para pelajar luar bandar dan pedalaman menjadi
kumpulan minoriti dalam komuniti kampus negara kita?
Oleh hal yang demikian, Bahagian Kerohanian dan Sivik, Majlis
Eksekutif Pelajar IZISH ingin menjalankan program bagi memotivasikan para
pelajar pedalaman, khususnya Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abdul
Razak di bawah tajuk, ”Bakti Siswa : Jom Masuk Sekolah”. Bukan itu sahaja,
para mahasiswa yang terlibat akan menjayakan gotong-royong untuk
membersihkan kawasan sekolah sebagai memenuhi tuntutan khidmat
masyarakat.
3.0 MISI
Program ini dijalankan dengan misi untuk memotivasikan para pelajar SMK Tun
Abdul Razak di Selekoh, Perak di samping memberi kesedaran kepada mereka
akan kepentingan mempunyai sahsiah diri yang baik serta melaksanakan
khidmat masyarakat dengan bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah
itu.
Bakti Siswa : Ke Puncak Menara
15, 16 & 17 Mac 2013
3
4.0 MATLAMAT
Program ini diadakan dengan matlamat untuk melahirkan pelajar-pelajar sekolah
yang mengambil berat tentang pelajaran mereka dan sedar akan kepentingan
sahsiah diri yang baik serta berkhidmat kepada masyarakat.
5.0 OBJEKTIF
5.1 Memberi motivasi kepada para pelajar SMK Tun Abdul Razak supaya pentingkan
pendidikan masing-masing.
5.2 Memberi kesedaran akan kepentingan mempunyai sahsiah diri yang baik.
5.3 Menjalankan Khidmat Masyarakat dengan bergotong-royong membersihkan
kawasan sekolah.
6.0 TEMA
Tema program ini adalah “Pelajar Cemerlang, Generasi Terbilang”
7.0 ANJURAN
Bahagian Kerohanian dan Sivik
Majlis Eksekutif Pelajar
Kolej Antarabangsa Ibu Zain (IZISH)
Universiti Kebangsaan Malaysia
8.0 TARIKH
Program ini dicadangkan diadakan pada:
Tarikh : 15, 16 & 17 Mac 2013
9.0 TEMPAT PROGRAM
Tempat program yang dicadangkan adalah di SMK Tun Abdul Razak, Selekoh,
Perak
Bakti Siswa : Ke Puncak Menara
15, 16 & 17 Mac 2013
4
10.0 PUBLISITI
Kawasan liputan publisiti adalah di Kolej Antarabangsa Ibu Zain, kampus UKM
Bangi, dan kawasan tumpuan umum sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang
merangkumi notis pemberitahuan, poster, flyers, banner, banting, paparan pada
laman web Kolej Antarabangsa Ibu Zain (IZISH), laman web UKM, papan digital
UKM, blog, dan laman web sosial.
11. 0 PECADANG PERASMI
Perasmi bagi Majlis Penutupan Program Bakti Siswa : Ke Puncak Menara yang
dicadangkan adalah Puan Rosmawati binti Ibrahim, Penolong Pengarah Pejabat
Kemajuan Negeri Perak Zon 5, daerah-daerah Hulu Perak.
12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM
Jumlah penglibatan program Bakti Siswa : Ke Puncak Menara adalah seramai
150 orang, perinciannya adalah seperti berikut :
Fasilitator : 35 orang
Felo Penasihat : 2 orang
Pelajar SMK Tun Abdul Razak : 100 orang
Guru Pembimbing : 3 orang
Jumlah Besar : 120 orang
13. 0 STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk Lampiran A
14.0 TENTATIF PROGRAM
RujukLampiran B
Bakti Siswa : Ke Puncak Menara
15, 16 & 17 Mac 2013
5
15.0 PERINCIAN PROGRAM
Bentuk dan aktiviti program ini lebih bersifat kepada pembangunan sahsiah
pelajar. Selain memupuk semangat dan motivasi, ia juga menerapkan semangat
kesukarelawan dengan melaksanakan aktiviti gotong-royong. Kami di pihak
mahasiswa akan menyediakan beberapa modul tentang bagaimana untuk
menjadikan mahasiswa ini berfikiran telus dan kritis.
16.0 BELANJAWAN
Rujuk Lampiran C
17.0 PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan surat menyurat, sila