Mahasiswa Aspirasi Keharmonian ANAK MUDA NADI MALAYSIA 14-16 FEBRUARI 2014 KERTAS KERJA ANAK MUDA NADI MALAYSIA (NADI) TARIKH 14 - 16 Februari 2014 TEMPAT Kuala Selangor, Selangor darul Ehsan ANJURAN Sekretariat Keselamatan dan Kelab Xtreme-C Kolej Ungku Omar Universiti Kebangsaan Malaysia TEMA Mahasiswa Aspirasi Keharmonian
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Mahasiswa Aspirasi Keharmonian
ANAK MUDA NADI MALAYSIA14-16 FEBRUARI 2014
KERTAS KERJA
ANAK MUDA NADI MALAYSIA (NADI)
TARIKH
14 - 16 Februari 2014
TEMPAT
Kuala Selangor, Selangor darul Ehsan
ANJURAN
Sekretariat Keselamatan dan Kelab Xtreme-C
Kolej Ungku Omar
Universiti Kebangsaan Malaysia
TEMA
Mahasiswa Aspirasi Keharmonian
Mahasiswa Aspirasi Keharmonian
ANAK MUDA NADI MALAYSIA14-16 FEBRUARI 2014
KERTAS KERJAANAK MUDA NADI MALAYSIA
KOLEJ UNGKU OMARSESI 2013/2014
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 TUJUAN
Pengusulan kertas kerja ini adalah bagi tujuan memohon kelulusan serta bantuan
kewangan dari Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) untuk mengadakan Program Anak
Muda Nadi Malaysia Kolej Ungku Omar bagi sesi 2013/2014. Selain itu, kertas kerja ini
juga bertujuan untuk mendapatkan penajaan daripada badan-badan kerajaan dan swasta
dengan harapan membantu melancarkan perlaksanaan program dan memberi makluman
secara teperinci mengenai program kepada pihak yang terlibat.
2.0 PENGENALAN
Program Anak Muda Nadi Malaysia Kolej Ungku Omar merupakan salah satu program
berimpak tinggi yang dianjurkan oleh Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Ungku Omar,
Universiti Kebangsaan Malaysia pada semester kedua pengajian. Idea untuk
menganjurkan program Anak Muda Nadi Malaysia ini terbit berasaskan kepada gabungan
Sektetariat Keselamatan dan Kelab Xtreme-C Kolej Ungku Omar. Ungkapan penuh
bermakna ‘Mahasiswa Aspirasi Keharmonian’ dipilih sebagai tema program. Ungkapan
tersebut menyeru kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan kaum untuk
terus mengekalkan keharmonian yang sedia ada di bumi bertuah Malaysia. Menyedari
hakikat ini, mahasiswa UKM, khususnya dari Kolej Ungku Omar ini membawa satu
mesej yang cukup penting demi mengekalkan keharmonian yang sedia ada selain dapat
mengasah kebolehan serta membentuk peribadi yang sentiasa ingin mengekalkan
perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia, NADI ditubuhkan. Tujuan nadi adalah jelas
serta bersifat ingin memupuk semangat kesukarelawan serta perpaduan dalam kalangan
mahasiswa UKM sendiri serta masyarakat secara umumnya. Malah, salah satu daripada
program NADI yang kecil tetapi berimpak tinggi iaitu 1 SEKOLAH 1 KUO yang secara
dasarnya akan mengadakan MoU (Memorandum of Understanding) yang dijadikan
sebagai sekolah angkat kepada Kolej Ungku Omar. Penerangan awal yang diberikan
Mahasiswa Aspirasi Keharmonian
ANAK MUDA NADI MALAYSIA14-16 FEBRUARI 2014
sejak daripada bangku sekolah akan menerapkan perasaan serta rasa sayang kepada UKM
umumnya, sebagai platform utama untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Tidak lupa juga kepada golongan masyarakat serta penduduk daif di kawasan tersebut,
kami (mahasiswa) prihatin terhadap golongan tersebut dan secara tidak langsung cuba
untuk mengubah sedikit kehidupan mereka ke arah yang lebih baik dengan cara
memberikan bantuan dari pelbagai aspek contohnya barangan harian seperti makanan,
pakaian, barangan kebersihan dan sebagainya bagi membantu mereka yang
berpendapatan isi rumah kurang daripada RM1000. Tidak lengkap rasanya sekiranya kita
terus mengabaikan golongan gelandangan yang berada di sekitar kawasan Kuala Selangor
itu. Suatu projek untuk membantu mengurangkan sedikit beban bagi golongan
gelandangan diwujudkan di bawah program ini disamping segala barang-barang terpakai
termasuk baju, seluar, kasut dan segala apa jua barang-barang akan dikumpulkan
menerusi kolej-kolej di UKM dan pihak setempat di sekitar Bangi, Kajang dan Semenyih
dan akan diserahkan kepada mereka. Diharapkan projek ini berjaya supaya mahasiswa
UKM khususnya mahasiswa Kolej Ungku Omar dapat mencungkil bakat serta bidang
kepimpinan untuk menghadapi masa hadapan yang penuh dengan cabaran. Program ini
juga dapat memupuk semangat patriotisme dalam kalangan mahasiswa yang dilihat pada
masa kini semakin menipis dalam jiwa masing-masing. Selain itu, semangat bekerjasama
dalam menjayakan sesuatu agenda serta aspirasi kerajaan juga kini dilihat semakin hilang
dalam jati diri seorang belia atau lebih tepat, mahasiswa. Oleh itu, penerapan semula
semangat bekerjasama akan dipupuk ke dalam sanubari setiap belia yang menyertai
program ini. Teori “Blue Ocean Strategy” yang diguna rata-rata organisasi mahupun
kerajaan sendiri dilihat berkesan dan impaknya kian serasi dalam kalangan mahasiswa
walaupun masih ramai yang belum mengetahui tentang perkara ini dan dalam program
ini, kita cuba untuk menerapkan serba sedikit teori “Blue Ocean Strategy” seiring dengan
harapan serta agenda kerajaan dalam membina Malaysia yang stabil, progresif dan
harmoni.
Mahasiswa Aspirasi Keharmonian
ANAK MUDA NADI MALAYSIA14-16 FEBRUARI 2014
3.0 MISI
Sebagai pihak jawatankuasa pelaksana, adalah menjadi tanggungjawab untuk
memastikan kelancaran program ini dengan
3.1 Melaksanakan program selari dengan matlamat pengisian-pengisian yang
ditetapkan dan objektif-objektif yang telah digariskan.
3.2 Melahirkan mahasiswa yang mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi dan
mampu untuk mengadaptasi keadaan mengikut arus pemodenan semasa
3.3 Memupuk semangat sayang akan masyarakat di samping memberi perhatian
untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik
4.0 MATLAMAT
Pihak jawatankuasa pelaksana telah menetapkan matlamat penganjuran program adalah
4.1 Cuba mengubah kehidupan sesebuah keluarga kearah yang lebih baik.
4.2 Untuk memupuk semangat cintakan ilmu kepada masyarakat terutamanya
golongan pelajar menengah untuk mereka mengetahui serta berminat untuk
melanjutkan pelajaran ke menara gading
4.3 Memupuk semangat kasih sayang kepada golongan yang kurang bernasib baik
bagi memastikan bahawa mahasiswa sentiasa cakna kepada isu semasa dan tidak
ketinggalan dalam memberikan sumbangan kepada golongan yang tidak bernasib
baik.
4.4 Untuk mendekatkan golongan mahasiswa kepada masyarakat
Mahasiswa Aspirasi Keharmonian
ANAK MUDA NADI MALAYSIA14-16 FEBRUARI 2014
5.0 OBJEKTIF
Selari dengan 8 Kontrak Pembelajaran Pelajar, pihak jawatankuasa pelaksana
menggariskan beberapa objektif yang perlu dicapai
5.1 Melatih para pelajar dalam kemahiran berkomunikasi seperti menggunakan
kemahiran bukan lisan (penampilan fizikal, gerak tubuh dan hubungan mata) yang
sangat berkesan, mendengar dan memberi maklum balas yang relevan dengan
cepat, menyampaikan idea secara lisan dan bertulis, berunding ke arah mencapai
keputusan dengan menghormati pandangan orang lain dan sebagainya. Kemahiran
ini dapat diasah dalam pelbagai aktiviti yang disediakan sewaktu bersama
masyarakat, pelajar sekolah dan juga bersama golongan gelandangan.
5.2 Memperkemaskan lagi kemahiran kepimpinan & kerja berpasukan yang ada
pada pelajar seperti menerima tanggungjawab, merancang dan mengurus,
memberi arahan dan mengagihkan tugas, menyelesaikan satu tugasan multi
dimensi, membantu rakan-rakan secara proaktif serta membina kerja berpasukan
untuk mencapai matlamat yang disepakati. Ini dapat dilihat semasa aktiviti
kemasyarakatan dan juga semasa sesi pembahagian Latihan Dalam Kumpulan
(LDK)
5.3 Melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran pengurusan maklumat dan
pembelajaran sepanjang hayat seperti merancang strategi, meneroka
isu/masalah serta mengumpul dan menguruskan maklumat secara kendiri.
Program yang dilakukan di sekolah akan memberi sedikit sebanyak maklumat
tentang Universiti Kebangsaan Malaysia kepada para pelajar untuk menaikkan
semangat mereka melanjutkan pelajaran ke menara gading.
5.4 Mencungkil idea kreativiti dan inovatif pelajar seperti mencadangkan
idea/inovasi yang baru, mensintesis tentang maklumat yang relevan, boleh
menunjukkan keupayaan penuh dalam menguruskan sumber dan pelaksanaan
rancangan, menawarkan satu penilaian yang baik kepada nilai komersial dan
sebagainya. Sebagai contoh, sesi soal selidik akan dijalankan sewaktu program
bersama gelandangan untuk mengumpul maklumat tentang golongan gelandangan
Mahasiswa Aspirasi Keharmonian
ANAK MUDA NADI MALAYSIA14-16 FEBRUARI 2014
ini dan akan diserahkan kepada pihak berwajib untuk diambil tindakan yang
sewajarnya
5.5 Mendedahkan kepada pelajar kemahiran keusahawanan dalam mencari dana
bagi melancarkan program.
5.6 Mewujudkan nilai, sikap, etika dan profesionalisme pada setiap individu agar
melaksanakan tanggungjawab dengan integriti dan amanah,menunjukkan tingkah
laku profesional serta menunjukkan sikap kesukarelawanan. Ini dapat dilihat
sewaktu pengurusan program dimana ahli jawatankuasa akan berurusan dengan
pelbagai pihak dari dalam mahupun luar.
6.0 TEMA
“ MAHASISWA ASPIRASI KEHARMONIAN ”
7.0 ANJURAN
Sekretariat Keselamatan
Kelab Xtreme-C
Kolej Ungku Omar
Sesi 2012/2013
Universiti Kebangsaan Malaysia.
8.0 TARIKH DAN MASA
Program ini dicadangkan untuk diadakan pada:
Tarikh : 14 – 16 Februari 2014
Hari : Jumaat – Ahad
Masa : 2.30 petang – 1.30 pagi
9.0 TEMPAT PROGRAM
Mahasiswa Aspirasi Keharmonian
ANAK MUDA NADI MALAYSIA14-16 FEBRUARI 2014
Tempat program akan dijalankan ialah di Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan.
10.0 PUBLISITI
Publisiti bagi program ini bercadang dilaksanakan sekitar Kolej Ungku Omar khususnya
dan Universiti Kebangsaan Malaysia amnya menerusi :
i. Poster
ii. Facebook
iii. bunting
iv. kain rentang
v. siaraya
vi. Digital Board UKM
vii. Digital Bunting
viii. mewujudkan satu sudut info program di kawasan kafetaria
Poster akan ditampal di setiap blok kediaman kolej, bangunan pentadbiran kolej, dan juga
sekitar kawasan daerah Kuala Selangor. Iklan akan disalurkan melalui facebook untuk
memberi hebahan tentang maklumat program. Bunting dan kain rentang akan digantung
di sekitar kolej dan daerah Kuala Selangor manakala hebahan menerusi siaraya akan
dilakukan ketika program-program dan aktiviti-aktiviti yang berlangsung di Kolej Ungku
Omar yang dijangka akan berlangsung sebelum program ini. Pembukaan sudut info di
kafetaria pula lebih menekankan hebahan isi program dengan harapan semua penghuni
kolej akan mengetahui mengenai program ini. Sudut info akan membekalkan serba
sedikit maklumat penting kepada penghuni seperti, pengedaran kupon, nama perasmi dan
sebagainya. Jawatankuasa pelaksana juga bercadang menghebahkan mengenai majlis ini
menggunakan skrin digital yang terletak di hadapan pintu masuk utama Universiti
Kebangsaan Malaysia dua minggu atau seminggu sebelum program ini berlangsung.
11.0 CADANGAN PERASMI
Mahasiswa Aspirasi Keharmonian
ANAK MUDA NADI MALAYSIA14-16 FEBRUARI 2014
Cadangan perasmi Program Anak Muda Nadi Malaysia (NADI) Kolej Ungku Omar sesi
ini adalah seperti berikut :
1. YB. Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Menteri Belia dan Sukan Malaysia
2. YB. Dato' Saravanan a/l Murugan
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia
3. YB. Dato’ Haji Irmohizam Bin Ibrahim
Pegawai Khas YAB Perdana Menteri Malaysia
4. YBhg. Prof. Ir. Dr. Othman Bin A. Karim
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM
5. Encik Nik Hairi Bin Omar
Pemangku Pengetua Kolej Ungku Omar UKM
12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM
i. Sasaran peserta :
150 orang
ii. Jumlah urusetia :
75 orang
13.0 STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk Lampiran A
14.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran B
15.0 PERINCIAN PROGRAM
Rujuk Lampiran C
16.0 BELANJAWAN
Rujuk Lampiran D
Mahasiswa Aspirasi Keharmonian
ANAK MUDA NADI MALAYSIA14-16 FEBRUARI 2014
17.0 PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat, sila
hubungi :
Majlis Eksekutif Pelajar (MEP)
Kolej Ungku Omar, Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan.
(u/p : Ahmad Ruzaini bin Rahim, Ketua Pengarah Program)